Mengenal tahap keimanan

*

Author Topic: Mengenal tahap keimanan  (Read 7767 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

26 June, 2008, 04:43:38 PM
  • Publish

  • Sejauhmana kita serius untuk menghampirkan diri kepada Allah, bergantung sejauhmana kita mengenali diri kita. Orang yang mengenal diri akan sedar bahwa diri mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang dijadikan Allah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah Allah untuk melaksanakan segala hukum-hakam Allah di dunia.

    Hukum Allah hanya ada lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Oleh itu dengan mengenal diri,seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Ada banyak cara dan kaedah untuk mengenal diri. Dan yang pernah diajarkan oleh arwah datuk saya ialah dengan mengenal di tahap mana iman kita berada. Di tahap mana nafsu kita berada. Dan kekuatan apakah yang kita miliki.
    Allah menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina. Setelah dikandung sembilan bulan di dalam rahim ibunya, maka lahirlah jasad manusia ke muka bumi. Walau asalnya dari setitis air mani yang hina, maka jadilah ianya pelbagai bentuk dan wajah manusia yang hidup di mukabumi. Dari setitis air mani yang hina inilah lahirnya para doktor yang berusaha mengubati penyakit. Lahirlah para arkitek yang mampu mereka bangunan yang mencakar langiut. Lahirlah guru-guru yang mendidik.

    Tidak lupa juga kita ingin sebut, lahir juga manusia-manusia yang tidak senang dengan kebenaran sebaliknya lebih berselera dengan kemungkaran dan maksiat.
    Walaupun pelbagai wajah manusia yang lahir didunia,hina atau mulianya manusia disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanannya kepada Allah. Andainya iman yang dimiliki oleh seseorang itu mantap, disitulah kasih sayang dan rahmat Allah ke atasnya walaupun dia hanya seorang penoreh getah. Andainya keimanan yang dimilikinya rapuh, disitulah letaknya kemurkaan Allah walaupun dia menguasai empayar perniagaan berbillion dollar.


    Apakah takrifan iman ? Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati, diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya. Apabila seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah diyakini. Inilah iman. Timbul pula persoalan. Ada hadis yang menyebut "mukmin yang hasad dengki". Adakah mukmin yang hasad dengki ? Persoalan ini akan saya jawab di dalam tazkirah ini.


    Oleh itu saudara dan saudari, antara cara mengenal diri ialah hendaklah kita kenal tahap keimanan kita berada di mana ? Rendahkah , pertengahankah atau tinggikah ? Tahap keimanan antara seseorang tidak sama. Ulamak ada menggariskan tahap keimanan ini kepada beberapa peringkat. Dalam tazkirah ini, saya hanya ingin memperkatahkan 3 tahap dalam keimanan.


    Tahap pertama ialah Iman Taqlid. Apakah iman taqlid ? Iman taqlid ialah iman ikut-ikutan. Atau lebih kita kenali sebagai "Islam baka". Mereka tahu adanya rukun iman, tetapi hanya sekadar tahu tetapi tidak meyakini. Orang ditahap iman taqlid ini, Islamnya tidak kukuh. Tidak ada prinsip. Dia tidak ada sandaran atau alasan atau dalil yang kuat, mengapa dia wajib beriman.
    Kalau dia ditanya : " Adakah engkau beriman ?"
    Jawapan yang akan diberikan ialah : "Ya saya beriman."
    Kalau ditanya pula : "Apakah bukti Allah itu wujud ?"
    Jawapan yang akn diberikannya ialah : "Semua orang kata Allah itu wujud, maka wujudlah Allah"
    Sandaran keyakinannya adalah pada kata-kata orang, bukan pada dalil akal dan dalil Al Quran. Dia beriman dan berkeyakinan tanpa ilmu. Keimanan tidak teguh dan rapuh. Mudah goyah dan mudah dipesongkan oleh anasir-anasir yang memperjuangkan kesesatan dan kemungkaran.
    Orang yang beriman taqlid ini, bukan saja keyakinan kepada rukun iman tidak mempunyai sandaran yang jelas oleh ilmu tauhid. Disebabkan kecacatan dalam berkeyakinan ini, maka dirnya juga tidak berprinsip. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sering bercanggah antara sattu sama lain. Dia tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang bathil. Dia tidak tahu menggunakan ilmu syariat untuk menghisab diri sendiri dan peri laku masyarakat. Maka amat mudahlah orang yang beriman taqlid ini bukan setakat menyesatkan diri mereka sendiri, malahan juga menyesathkan orang yang mengikutinya. Maka persoalan "mukmin yang hasad dengki" sudah pun terjawab. Mukmin yang hasad dengki ialah orang yang berada pada tahap iman taqlid. Mereka hanya tahu Allah itu tuhan, mereka hanya tahu syurga dan neraka itu ada. Tetapi tidak yakin. Sebab itu mereka boleh anggap, dosa kecil laksana seekor lalat yang hinggap di batang hidung mereka. Inilah antara tanda orang di tahap iman taqlid. Tak rasa berdosa dengan dosa yang telah dilakukan.


    Mengikut qaul yang paling jelas oleh ulamak-ulamak yang mebahaskan ilmu tauhid, aqidah orang yang berada di tahap iman taqlid adalah tidak sah. Segala amal ibadahnya tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah. Untuk memperbaiki mutu dan tahap keimanan di peringkat taqlid, seseorang itu wajiblah menuntut ilmu Fardhu Ain. Hal ehwal keimanan dibahaskan dalam juzuk ilmu tauhid. Maka wajiblah dia mempelajarai, memahami, meyakini dan mengamalkan ilmu tersebut bagi dia memperbaiki mutu dan tahap keimanannya kepada Allah. Andainya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu, maka ulamak sepakat mengatakan bahwa matinya saling tak ubah bagai matinya seorang yang bukan Islam.


    Namun, kepada seseorang yang terlalu bodoh dan jahil. Walau dia telah berusaha untuk menuntut ilmu berhubungkait dengan keimanan, tetapi masih juga tahk boleh nak faham dan yakin, ulamak bersepakat mengatakan sah imannya ettapi dengan syarat, keyakinannya mestilah jazam (putus atau mutlak).


    Tahap iman kedua ialah Iman Ilmu. Orang yang beriman taqlid, setelah dia menuntut ilmu fardhu ain. Setelah dia faham dan yakin akan ilmu yang telah dipelajarinya, maka meningkatlah amalannya. Diri sudah sedar bahwa setiap perlakuan didunia akan mendapat pembalasan dari Allah di akhirat. Kalau baik amalannya di dunia, maka syurgalah yang bakal dibalas. Jika buruk amalan di dunia maka nerakalah tempat perhentian.


    Orang ditahap iman ilmu, mereka telah mempelajari akan kesemua rukun iman yang enam iaitu :
    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada malaikat
    3. Percaya kepada kitab-kitab
    4. Percaya kepada Nabi-nabi
    5. Percaya kepada Hari Qiamat
    6. Percaya kepada Qadha & Qadar Allah.


    Beserta dengan dalil-dalil aqli dan naqlinya walaupun secara ijmal (ringkas).


    Paling minima, seseorang yang berada di tahap ini mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli ke atas :


    1. 20 sifat yang wajib bagi Allah
    2. 20 sifat yang mustahil bagi Allah
    3. Satu fifat yang harus bagi Allah
    4. 4 sifat yang wajib bagi Rasul
    5. 4 sifat yang mustahil bagi Rasul
    6. Satu sifat yang harus bagi Rasul.


    Kesemua sifat-sifat yang berjumlah 50 ini, hendaklah difahami dan diyakini sungguh-sungguh. Jika sudah difahami dan diyakini, barulah orang yang beriman taqlid di naikkan tahap mutu keimanannya ke tahap iman ilmu.
    Antara sifat orang yang memiliki tahap iman ilmu. Imannya dan keyakinannya berasas dan ada sandaran ilmu. Iktiqadnya disertai dengan dalil yang kuat. keyakinannya tidak mudah goyah. Mereka tahu yang mana satu kesesatan dan yang mana satu kebenaran. TETAPI, mereka tidak kuat hendak melawan perkara-perkara yang menghalang dari beribadah. Ada empat perkara yang menghalang seseorang untuk beribadah iaitu dunia, manusia (fasik, munafik dan kafir harbi), syaitan dan hawa nafsu. Maka mereka akan terus terjebak dalam lembah kemungkaran walau pun sedar perkara yang dilakukan akan mendatangkan dosa.

    Mereka hanya mampu memperkatakan tentang Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Kesimpulannya iman di tahap iman ilmu, belum lagi menjamin seseorang untuk selamat dari kemurkaan Allah SWT. Maka orang ditahap iman ilmu ini, perlulah berusaha lebih gigih agar tingkatan imannya meningkat.


    Tahap iman yang ketiga ialah Iman "Ayyan.Orang yang berada di tahap iman Ilmu, andainya dia berusaha memperbaiki dirinya. Maka tahapnya akan meningkat ke tahap iman ayyan. Antara ciri orang yang memiliki tahap iman ayyan ialah :


    1. Keyakinannya bertempat di hati dan bukan diakal. Dia yakin dan terasa akan adanya malaikat yang melaporkan dan menulis setiap tingkah laku dan perkataannya. Dia sedar dan terasa, seandainya dia melakukan dosa, dia terasa bagai telah melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan "Kekasih"nya yang tercinta. Hati dia terhiris pilu. Sentiasa wujud hubungan hati antara dia dan Allah. Jangankan hendak buat dosa besar, dosa kecil pun dia benci. Jangankan dosa kecil, perkara yang makruh dan syubahah pun dia akan tinggalkan. Tak seperti kita, yang mengaku pejuang Islam. Tapi dosa kecil yang berlaku, kita usahakan cari alasan untuk menghalalkannya.
    Ibadah orang ditahap iman ayyan meresap jauh ke lubuk hati. Dia sentiasa merasai kebesaran Allah. Sentiasa merasai diawasi oleh Allah, sehingga dia sering menghisab dosa-dosa yang dilakukannya dan sering bertaubat. Dia sentiasa merasa diri dia berdosa. Sebab rasa diri berdosa itu adalah rasa kehambaan. Sebagai hamba , memang sewajarnya kita merasakan diri berdosa agar kita tidak berani melakukan sebarang dosa. Di zaman kita sekrang dah lain. Orang lebih suka mengurangkan rasa berdosa, bukannya mengurangkan dosa. Sepatutnya kita kurangkan dosa, bukannya kurangkan rasa berdosa. Jadi orang di tahap iman ayyan, dia akan sentiasa menyucikan dirinya dengan taubat dan menghindarkan perkara-perkara yang mengundang daki dosa dari terpalit di hati mereka.


    Untuk mencapai iman ayyan, seseorang yang ditahap iman ilmu perlulah :


    1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki
    2. Banyakkan ibadah sunat
    3. Banyakkan zikir dan munajat
    4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
    5. Bermujahadah melawan nafsu. Ini akan saya huraikan apabila kita membahaskan tentang tingkatan nafsu dalam usaha kita mengenal diri.


    Jadi saudara dan saudari sekelian. Inilah secara ringkas huraian berkenaan mengenali tahap keimanan yang ada pada diri kita. Marilah kita suluh dan hisab diri kita. Berdasarkan sifat-sifat yang dihuraikan tadi, di tahap manakah kita berada. Seandainya kita berada di tahap iman taqlid, maka berusahalah untuk menimba ilmu agar kita mencapai tahap iman ilmu. Seandainya lita berada di tahap iman ilmu, berusahalah kita untuk mencapai tahap iman ayyan kerana hanya iman ayyan sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka di akhirat kelak



    Reply #1 26 June, 2008, 05:37:14 PM
  • Publish
  • ringkas nya....tanya diri kita di mana tumpuan hati dan fikiran kita bila datang nya ujian...adakah tumpuan pada makhluk atau Allah

    Reply #2 02 September, 2008, 02:35:29 PM
  • Publish
  • ada satu hadis menceritakan lebih kurang..
     'Rasulullah SAW bersabda lebih kurang,
    "Apabila seseorang itu melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya.
    Jika tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan mulut. Jika tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan hati.
    Dan itu adalah selemah-lemah iman."   
    hadis riwayat Muslim.

    apa yang saya faham dari hadis ini...kalau kita lihat sesuatu kemungkaran...
    sekurang-kurangnya hendaklah kita ada perasaan benci terhadap kemungkaran tersebut.
    kalau benci pun takde...takde la iman kita...
    kita hanya berusaha....Allah SWT jua yang menentukan segala-galanya
    saya budak baru belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan,
    kalau betul fikir-fikirkan...

    Reply #3 04 December, 2008, 02:37:41 AM
  • Publish
  • petanda duni akhir zaman...
    cara mencegah kemungkaran bukan lagi dlm hati...
    hatta...
    akan ada satu masa dimana manusia melakuka zina begelimpangan di sana sini...
    walaupun ditengah2 jln...
    orang yg paling kuat imannya pd masa itu akan mengatakan kepada orang yg sdang berzina semasa beliau ingin berjalan...
    "tepi sikit aku nak lalu..."
    bukannya nak cegah, tegur atau membenci...
    tp buat x tahu je...
    seolah2 x de pe2 yg berlaku...
    moga2 kita tidak hidup sampai ke zaman itu...

    Reply #4 04 December, 2008, 08:57:02 AM
  • Publish
  •  :)
    Selamat pagi semua....
    Semoga sihat dan segar phisik dan pshychology,

    Apakah takrifan iman ? Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati, diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya. Apabila seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah diyakini. Inilah iman. Timbul pula persoalan. Ada hadis yang menyebut "mukmin yang hasad dengki". Adakah mukmin yang hasad dengki ? Persoalan ini akan saya jawab di dalam tazkirah ini.


    Oleh itu saudara dan saudari, antara cara mengenal diri ialah hendaklah kita kenal tahap keimanan kita berada di mana ? Rendahkah , pertengahankah atau tinggikah ? Tahap keimanan antara seseorang tidak sama. Ulamak ada menggariskan tahap keimanan ini kepada beberapa peringkat. Dalam tazkirah ini, saya hanya ingin memperkatahkan 3 tahap dalam keimanan.

    Semoga di Redhai Allah swt....
    Hm...mahu masuk ke kelas ni...(nnti terlambat)
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #5 11 December, 2008, 10:11:44 AM
  • Publish
  • assalamualaikum..
    astaghfirullahalazim..
    adakah iman ana hnya sekadar iman taqlid..
    nauzubillah..
    moga ana mampu mmpertngkatkn amal dn ilmu..
    ya ALLAH jgn kau bolak balikkan hati kami setelah engkau berikan kami petunjuk...
    ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

    Reply #6 12 December, 2008, 09:05:20 AM
  • Publish
  • iman dibentuk dari aqidah yang salim..
    para ulama' sepakat bahawa, aqidah yang benar2 salim adalah seperti yang ditonjolkan para sahabat..
    memeluk Islam dgn benar2 percaya apa yang d bawa oleh Rasulullah, menganuti agama baru bukan senang..
    teguh dlm menghadapi mehnah dan ujian pihak musyrikin..
    sedia berkorban harta dan nyawa...

    namun kita, Iman kita mmg sentiasa turun naik...
    tak lain tak bukan, akidahnya tak mantap....
    jika kita yakin Allah sentiasa melihat kita, kita pasti terhindar dr segala maksiat,
    maksiat yang slalu kt buat menjadi hijab untuk kita beribadah padanya...

    muhasabah utk dr ana jgk, syukran ats artikel d ats.

    Reply #7 26 January, 2011, 08:43:25 AM
  • Publish
  • Surah Al Baqarah ayat 257 ALLAH SWT berfirman maksudnya:
    "ALLAH SWT Pelindung [mengawal dan menolong ] orang orang yang beriman
    IA mengeluarkan mereke dari kegelapan [kufur] kepada cahaya iman. Dan
    orang orang yang kafir,penolong mereka ialah taghut [syaitan,berhala atau
    apa saja yang menyesatkan ] yang mengeluarkan mereka dari cahaya iman
    kepada kegelapan [kufur]..Mereka itulah ahli neraka dan mereka kekal
    di dalamnya selamanya."

    Riwayat ada menyatakan Rasulullah saw telah pergi melawat umatnya yang berada di dalam
    neraka yang paling atas.Mereka ini terdiri dari golongan yang beriman dan percaya kepada
    ALLAH SWT tetapi telah melakukan dosa dosa lain ketika berada di dunia sehingga terseretnya
    mereka ke neraka.Rasulullah saw merasa amat sedih melihat penderitaan umatnya di dalam
    neraka itu lalu memohon syafaat kepada ALLAH SWT untuk mengeluarkan umatnya itu dari
    neraka dan ALLAH SWT telah memperkenankan permintaan Rasulullah itu. Tidak terhingga
    bersyukurnya umat umat tadi atas RahmatNYA sehingga mereka dapat keluar dari neraka.

    Rasulullah cuma akan memberi syafaat ke atas umatnya dan umat Rasulullah saw hanya terdiri 
    dari golongan mereka yang beriman.Manakala golongan kafir yang degil dan sombong terhadap
    ajaran yang di bawa oleh Rasulullah saw akan kekal selamanya di dalam neraka.

    Benarlah janji ALLAH SWT orang yang beriman dan beramal soleh serta golongan yang terpilih
    untuk di beri rahmat oleh ALLAH SWT akan masuk syurga dan golongan yang kufur dan tidak
    beriman akan di siksa dengan azab yang pedih di dalam neraka.

     

    i
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    Reply #8 26 April, 2011, 12:05:07 AM
  • Publish
  • petanda duni akhir zaman...
    cara mencegah kemungkaran bukan lagi dlm hati...
    hatta...
    akan ada satu masa dimana manusia melakuka zina begelimpangan di sana sini...
    walaupun ditengah2 jln...
    orang yg paling kuat imannya pd masa itu akan mengatakan kepada orang yg sdang berzina semasa beliau ingin berjalan...
    "tepi sikit aku nak lalu..."
    bukannya nak cegah, tegur atau membenci...
    tp buat x tahu je...
    seolah2 x de pe2 yg berlaku...
    moga2 kita tidak hidup sampai ke zaman itu...

    zina dah pun berlaku merata-rata...cuma kita je yang tak sedar...contoh yang paling dekat, ni depan laptop ni....search je ley tengok zina....bukan kah tu nama nya zina dilakukan di depan khalayak ramai tanpa segan silu?
    na'uzubillah min zalikh
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2203 Views
    Last post 13 March, 2012, 01:11:16 AM
    by mohdazri
    20 Replies
    5135 Views
    Last post 30 January, 2011, 09:25:55 PM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    3842 Views
    Last post 30 November, 2011, 10:51:05 PM
    by Carreno