Kemusykilan berkaitan mengerjakan Solat Jumaat - Page 1

*

Author Topic: Kemusykilan berkaitan mengerjakan Solat Jumaat  (Read 6869 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

21 June, 2008, 03:01:10 AM
  • Publish
  •  :)....

    Saya nak mintak pendapat saudara2 sekalian..Saya ingin menyatakan persoalan yang selama ini membelengu hidup saya..Saya bekerja sebagai pekerja di pelantar minyak ditengah laut dengan syarikat xxxx..Seperti mane kita maklum, orang Islam kafir apabila meninggalkan solat Jumaat lebih dua (2) kali..Saya berada di laut lebih 1bulan,kekadang mencapai 3bulan..Apabila setiap kali hari Jumaat, kami hanya sembahyang Zuhur sahaja. Apa hukumnya?Lagi 1, bolehkan solat Jumaat ditunaikan secara berjemaah dipelantar minyak?Kalau nk kira org Islam di pelantar lebih 40orang, setiap pelantar boleh memuatkan dalam 60orang. Tempat untuk solat berjemaah juga boleh dibuat atas dek helikopter. Tapi, untuk pelantar lain yang dekat lebih kurang dalam 5km, adakah ia dikira sebagai satu (1) mukim? :ws:

    Harap saudara semua dapat membantu persoalan saya ini. Takbir, ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR!!!
    « Last Edit: 23 October, 2009, 02:28:07 PM by Ummi Munaliza »

    NoZaBiZz

    Reply #1 23 June, 2008, 12:49:04 AM
  • Publish
  • kompleks juga permasalahan nie... syarat sah Jumaat jumlah jemaah yang mendirikan solat itu sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin (tinggal menetap) di tempat itu. kalau kita duk kat tempat tue lebih dari 3 hari, kira kita dah mastautin lah... so, pada pendapat ana, usulkanlah pada pengurus pelantar tue atau pada syarikat nta tue. kalau dah usul tapi tak dapat permission tue, xleh nak wat per lah... just pandangan...wallahu'alam

    Reply #2 22 December, 2008, 12:01:14 PM
  • Publish
  • salam bro,

    wa rsa tiada yg susah.... yg jd susah bila kita TAK NAK BUAT....

    jika nak pasti ada jalan.. dan yg penting niat dan usaha kita.... IMAN kita telah dididik bahawa tiada apa yg terjadi melainkan dgn izin Allah jua....

    bismillah.... sholat hajat, mesyuara, dan buat susulan.... barkat insyallah

    Reply #3 07 June, 2009, 12:05:03 PM
  • Publish
  • Assalamualikum.

    Jumlah 40 orang itu adalah berdasarkan 'kira-kira' sahaja. Adapun solat Jumaat itu termasuk 'solat ritual sosial komuniti'; yakni mesti dilaksanakan dalam satu-satu masyarakat yang mengandungi lebih dari satu ketua keluarga (lelaki). Ini adalah untuk mempastikan perpaduan dan rasa persaudaraan umat Islam sentiasa terpelihara. Sebab itu khutbah yakni sesi saling nasihat menasihati; menjadi syarat kepada 'solat ritual sosial komuniti' ini. (Malah khatib pun selalu cakap:'...untuk peringatan para jemaah dan diri saya sendiri').

    Dalam konteks sdr itu; semua mereka yang tinggal di pelantar dan isi kapal yang berkaitan dengannya adalah dikira satu komuniti.

    Nota: Sila rujuk hadis yang dijadikan rujukan berkaitan kuantiti 40 itu.

    Wassalam.

    meow

    Reply #4 07 June, 2009, 12:08:25 PM
  • Publish
  • :)....

    Saya nak mintak pendapat saudara2 sekalian..Saya ingin menyatakan persoalan yang selama ini membelengu hidup saya..Saya bekerja sebagai pekerja di pelantar minyak ditengah laut dengan syarikat xxxx..Seperti mane kita maklum, orang Islam kafir apabila meninggalkan solat Jumaat lebih dua (2) kali..Saya berada di laut lebih 1bulan,kekadang mencapai 3bulan..Apabila setiap kali hari Jumaat, kami hanya sembahyang Zuhur sahaja. Apa hukumnya?Lagi 1, bolehkan solat Jumaat ditunaikan secara berjemaah dipelantar minyak?Kalau nk kira org Islam di pelantar lebih 40orang, setiap pelantar boleh memuatkan dalam 60orang. Tempat untuk solat berjemaah juga boleh dibuat atas dek helikopter. Tapi, untuk pelantar lain yang dekat lebih kurang dalam 5km, adakah ia dikira sebagai satu (1) mukim? :ws:

    Harap saudara semua dapat membantu persoalan saya ini. Takbir, ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR!!!

    Usulkan soalan ke Jabatan Mufti negeri-negeri lebih baik.. ini berkaitan hukum.. elok bertanya pada yg lebih memahaminya.. yg diberikan kuasa memfatwa..


    Reply #5 10 June, 2009, 11:35:12 PM
  • Publish
  • :)....

    Saya nak mintak pendapat saudara2 sekalian..Saya ingin menyatakan persoalan yang selama ini membelengu hidup saya..Saya bekerja sebagai pekerja di pelantar minyak ditengah laut dengan syarikat xxxx..Seperti mane kita maklum, orang Islam kafir apabila meninggalkan solat Jumaat lebih dua (2) kali..Saya berada di laut lebih 1bulan,kekadang mencapai 3bulan..Apabila setiap kali hari Jumaat, kami hanya sembahyang Zuhur sahaja. Apa hukumnya?Lagi 1, bolehkan solat Jumaat ditunaikan secara berjemaah dipelantar minyak?Kalau nk kira org Islam di pelantar lebih 40orang, setiap pelantar boleh memuatkan dalam 60orang. Tempat untuk solat berjemaah juga boleh dibuat atas dek helikopter. Tapi, untuk pelantar lain yang dekat lebih kurang dalam 5km, adakah ia dikira sebagai satu (1) mukim? :ws:

    Harap saudara semua dapat membantu persoalan saya ini. Takbir, ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR!!!

    Usulkan soalan ke Jabatan Mufti negeri-negeri lebih baik.. ini berkaitan hukum.. elok bertanya pada yg lebih memahaminya.. yg diberikan kuasa memfatwa..



    Betul tu.

    Reply #6 03 April, 2010, 12:27:51 AM
  • Publish
  • apa erk jawapan untuk masalah nie? ke dah ada fatwa tentang nie?
    ALLAH answer PRAYERS in 3 ways..
    1- HE says YES & GIVES u wat u WANT..
    2- HE says NO & GIVES u somthg BETTER..
    3- HE says WAIT & GIVES u da BEST in HIS own time

    Reply #7 27 April, 2010, 02:28:30 PM
  • Publish
  • Salam..

    Fatwa mengenai solat jumaat di pelantar minyak
    Keputusan:

    4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan fatwa berkenaan dipohon bagi mendapatkan penjelasan hukum sembahyang jumaat di pelantar minyak di luar pantai Terengganu berdasarkan pendapat kesemua empat mazhab. Permohonan itu menggambarkan bahawa sembahyang jumaat di lokasi tersebut sangat perlu bagi dihayati kebesaran hari jumaat dan mendengar khutbah yang diharapkan dapat mengingati serta membuka hati merka yang lalai.

    4.3.2 Mesyuarat bersetuju menjawab persoalan tersebut seperti berikut :

    i. Solat jumaat adalah fardhu ain keatas mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Bagi mereka yang berada di pelantar minyak adalah tidak diwajibkan keatas mereka solat jumaat kerana tidak mencukupi syarat iaitu tidak bermastautin dan pelantar minyak bukan merupakan kediaman tetap (albalad). Hukum ini adalah didasarkan kepada kesemua pendapat atau Qaul Mu"tamad keempa-empat mazhab ( untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab dalm mazhab yang empat seperti kitab Al-Fiqah Al Islami Wa Adallatuhu oleh Ad Duktur Wahbah Az-Zahili-Juzuk At-Thani halaman 265 -275).

    ii. Selain dariada itu, mendirikan solat jumaat di tempat yang tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama adalah suatu kesalahan ( seksyen 168(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dirujuk ).

    iii. Mengenai syiar hari jumaat dan keinsafan melalui khutbah jumaat, kaum muslimin di pelantar masih boleh menghayati syiar dengan beberapa amalan sunat jumaat seperti membaca al-quran, berzikir dan berdoa. Merka juga boleh dibawa kepada suasana keinsafan dan kesedaran beragama dengan mengadakan kuliah-kuliah, muzakarah dan ceramah agama.

    Wallahua'lam..
    Memikili Tuhan.. Memiliki segalanya..
    Kehilangan Tuhan.. Kehilangan segala2Nya..

    Reply #8 04 May, 2010, 12:14:34 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah kita dah dapat jawapan drpd pihak yang punya kapasiti menjawab permasalahan ni..sekurang2nya kita dpt sedikit manfaat ilmu walaupun kita x berada dlm kondisi tersebut..

    Reply #9 21 June, 2010, 05:33:19 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah. Syukran kepada pemberi jawapan.... Sekurang-kurangnya kita mengetahui dari tidak tahu langsung. elok kiranya kita berjumpa dengan ustaz sendiri untuk tahu dengan lebih lanjut. Wallahualam
    « Last Edit: 21 June, 2010, 05:34:50 PM by khairuddin »
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    "Berusahalah kamu seperti mana kamu akan hidup untuk selama-lamanya. dan beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari."

    Reply #10 21 June, 2010, 11:11:52 PM
  • Publish
  • sepatut nya hukum dan dalil2 yang berkaitan boleh meninggalkan solat jumaat bagi pekerja2 off-shore tu dilampirkan sama pada pekeliling fatwa tu.....mmm.....tapi takpe lah, dia dah bagi nama kitab tu.....mungkin boley belek2 kat dalam kitab tu nanti.....

    sebagai selingan, aku nak citer la sikit.....dulu aku pernah dengar ada seorang ulamak alim 4 mazhab yang mendirikan juga solat fardhu jumaat ketika berada di atas puncak bukit bendera walaupun ketika itu hanya ada 15 orang saja makmum dan termasuk imam.....

    dari apa yang aku dengar, ulamak tersebut menggunakan kaul yang lemah.....aku pun tak pernah jumpa lagi kat dalam kitab mana duduk letak kaul yang lemah tu.....nak ler jugak tengok2 kan.....

    kalau ada Al-Ustaz yang boley huraikan bab tu best jugak ni.....just untuk pengetahuan aje.....

    ceria*
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    Reply #11 11 November, 2010, 10:20:13 AM
  • Publish


  • Solat Jumaat tidak cukup 40  orang



    Pandangan Prof   Dato' Mahmud Zuhdi
    http://mahmoodzuhdi.com/index.php?option=com_content&task=view&id=120&Itemid=132



    Persoalan tentang berapa bilangan yang cukup dan berapa luas kawasan yang perlu dirangkumi menimbulkan persoalan. Mazhab Syafi'i mengatakan bilangan minimum 40 orang dan sembahyang Jumaat tidak boleh berlaku lebih daripada dua tempat di satu kawasan. Sementara Mazhab Hanafi pula mempunyai pandangan yang berbeza. Mengikt mazhab ini bilangan tidak menjadi masalah.


    Perbezaan pendapat ini perlu dihormati. Maksudnya siapa saja boleh mengikut siapa saja. Cuma di Malaysia, kerana kerajaan menentukan Mazhab Syafi'i sebagai Mazhab rasmi maka mazhab itu perlu diikuti. Kerana keputusan keranaan menjadikan perbezaan pendapat itu tidak boleh berbangkit lagi.


    Ada dua kepentingan yang berbangkit di sini, iaitu kebibasan memilih mazhab dan kesetabilan masyarakat. Dalam Islam kepntingan kestabilan perlu didahulukan daripada kepentingan kebebasan, terutama di Malaysia di mana masyarakat Islam sentiasa terdedah kepada perpecahan.


    Masalah mesra ibadat tidak berbangkit. Kerana mereka itu boleh sembahyang berjemaah juga, iaitu sembahyang zohor secara berjemaah. Kemudian kalau nak berucap berucaplah selepas sembahyang itu sebagai ganti khutbah. Kerana selain soal sah atau tidak berbangkit wajib atau tidak.


    Bagi mazhab Syafi'i kalau bilangan tak cukup sembahyang Jumaat tidak wajib. Dalam keadaan itu yang wajibnya sembahyang zohor. Apa susahnya sembahyang zohor secara berjemaah sahaja. Kan sama sahaja? Yang tak baiknya kita berbalah tentang hukum sedangkan Islam itu lebih luas daripada pandangan mazhab.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #12 11 November, 2010, 10:25:17 AM
  • Publish
  • masalahnya memang dah ada mufti nyatakan...cuma aku tak dapat masuk laman mufti sabah...ada masalah sikit lamannya...scrip fulll...entak kenapa...

    Reply #13 11 November, 2010, 10:28:49 AM
  • Publish
  • Soalan 1:
    (a) Sebuah kampung cukup untuk mendirikan fardhu Jumaat 40 orang, tetapi kerana hujan, yang datang cuma 12 orang bolehkah kita menunaikan solat Jumaat dan adakah tertanggung dosanya kepada orang yang tidak datang?

    (b) Perkara seperti itu ada di setengah tempat mereka menunaikan solat Jumaat dan setengahnya kedua-duanya sekali.

    (c) Bagaimanakah halnya dengan pekerja kilang yang ditegah oleh majikan dari menyempurnakan fardhu Jumaat di masjid-masjid.


    Jawapan :

    (a) Tidak wajib menunggu mereka yang tidak dapat hadir berJumaat kerana uzur hari hujan kerana mereka itu uzur sebab hujan.

    (b) Wajib atas mereka yang hadir ke masjid bersembahyang Jumaat kalau cukup 40 orang yang baligh dan jikalau tidak cukup maka sembahyanglah Zohor, ini menurut mazhab Syafei dan pada satu pendapat yang lain jikalau cukup bilangan 12 orang boleh mereka bersembahyang Jumaat. Dan yang muktamad bagaimana yang terdahulu bersembahyang Zohor sahaja.

    (c) Wajib atas pekerja-pekerja semuanya meminta izin untk menunaikan fardhu Jumaat tiap-tiap hari Jumaat, dan bagi yang takut dibuang kerja seperti dia yakin kalau pergi berjemaah akan diberhentikan maka atasnya dihukumkan uzur.

    http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=338&newlang=mas

    Reply #14 11 November, 2010, 10:30:24 AM
  • Publish


  • Soalan 2:

    (a) Solat Jumaat yang kurang 40 orang adakah sah @ tidak?

    (b) Membaca khutbah tidak betul makhrajnya tertambah, terkurang terpanjang pendek adakah sah solat Jumaatnya?

    (c) Yang dikatakan 40 orang ahli jemaah adakah orang yang tetap dalam masjid @ penduduk kampung sahaja?


    Jawapan 2:

    (a) Sah sembahyang Jumaat jika mengikut kepada pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafei yang mengatakan harus dengan 12 orang lelaki.

    (b) Sah, kalau betul khatib itu membaca rukun khutbah, dan yang salah di tempat yang bukan rukun, pada ayat Al- Quran @ hadith adalah haram tetapi tidak batal khutbah.

    (c) Yang dimaksudkann dengan 40 orang ialah penduduk kampung yang bermustautin di situ.

    Reply #15 11 November, 2010, 10:32:25 AM
  • Publish

  • Soalan 3:

    Adakah sah mendirikan solat Jumaat yang kurang daripada 40 orang walhal dalam kampung itu penduduknya ada lebih 100 orang.


    Jawapan 3:

    Tidak sah mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie melainkan jika mengikut kepada pendapat yang mengatakan sah Jumaat dengan kurang 40 orang kalau tidak mengikut tidaklah sah Jumaat itu.


    Soalan 4:

    Betulkah boleh menunaikan solat Jumaat kurang 40 orang?


    Jawapan 4:

    Dalam mazhab Syafie menurut pendapat yang muktamad tidak boleh.

    Reply #16 11 November, 2010, 10:34:17 AM
  • Publish


  • Soalan 5:

    (a) Sebuah penduduk yang wajib Jumaat lebih 40 orang tetapi tiap-tiap Jumaat tidak pernah cukup tiap-tiap Jumaat diulangi dengan Zohor.

    (b) Sebuah kampung ada masjid dan cukup ahli Jumaat, tiba-tiba kena pagar kerana darurat dan penduduknya banyak berpindah hingga kurang dan tidak cukup ahli Jumaatnya adakah mustahak mendirikan Jumaat di kampung tersebut.

    (c) Adakah berdosa kiranya orang di situ pergi Jumaat ke tempat lain supaya dapat Jumaat tidak di ulangi Zohor.


    Jawapan 5:

    (a)Tidak mengapa dibuat begitu apa boleh buat, orang yang tidak hadir itu menerima siksa tuhan di hari qiamat, hati mereka itu tertutup dengan kekotoran dosa besar.

    (b) Jika mereka tidak mendirikan Jumaat tetapi bersembahyang Zohor tidaklah mengapa, kalau mereka mendirikan Jumaat mengikut kepada pendapat ulama’ Syafie yang membolehkan mereka Jumaat dangan 12 orang harus mendirikannya, begitu juga mereka yang tersebut dalam jawapan (1) di atas.

    (c) Berdosa dengan bersengaja kerana dia mengurangkan bilangan Jumaat di Kampungnya, jikalau bilangan orang-orang dalam kampungnya tetap juga sekalipun ia pergi sembahyang ke kampung lain maka tidak mengapa.

    Negara asal : Malaysia
    Negeri : Johor
    Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
    Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe Tahir Al- Hadad
    Tarikh Diisu : 1936-1961

    http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=338&newlang=mas

    Reply #17 11 November, 2010, 10:35:24 AM
  • Publish
  • itu aku faham ummi...cuma penduduk memang tidak pergi dan kemungkinan memang tidak cukup walaupun semua pergi ke masjid....maka itula sebabnya di jalankan juga...memandangkan memang tidak cukup...yang membolehkan ia cukup hanyala musafir...so untuk mengelak dari keraguan maka lepas solat jumaat,solat zohorla :senyum:

    Reply #18 11 November, 2010, 10:38:15 AM
  • Publish
  • dan kalau memang itu saja jumlah penduduknya(kurang) maka boleh d jalankan...memandangkan kawasan jauh dari pekan atau sesuatu balad.....

    Reply #19 11 November, 2010, 10:57:25 AM
  • Publish
  • itu aku faham ummi...cuma penduduk memang tidak pergi dan kemungkinan memang tidak cukup walaupun semua pergi ke masjid....maka itula sebabnya di jalankan juga...memandangkan memang tidak cukup...yang membolehkan ia cukup hanyala musafir...so untuk mengelak dari keraguan maka lepas solat jumaat,solat zohorla :senyum:

    Assalamualaikum...
    perbezaan dalam mazhab bukan untuk persengketaan, ia untuk kesenangan kepada umat islam..
    jikalau kejadian itu berlaku dan penduduk yang tidak datang tanpa keuzuran, maka menjadi kewajipan pada imamnya atau ahlinya untuk menyedarkan penduduk kampung tersebut akan kewajipan solat jumaat.dan di hari itu diberi kelonggaran pada imamnya dengan bertanya pada ahlinya sama ada mahu melakukan solat jumaat atau zolat zohor sahaja.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    13444 Views
    Last post 18 November, 2014, 10:35:34 PM
    by Pengguna takjuga
    6 Replies
    8061 Views
    Last post 23 August, 2013, 03:12:50 PM
    by ansarul_haqq
    14 Replies
    2024 Views
    Last post 02 July, 2011, 02:37:48 PM
    by intizhar