Sumpah dan Nazar

*

Author Topic: Sumpah dan Nazar  (Read 20959 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 03 December, 2009, 05:20:03 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum semua,

    saya nak bertanya berkenaan dengan nazar yang saya tidak ingat bilangannya dan apa yang di nazarkan. Ada yang saya ingat tetapi saya tidak mampu melakukan sedangkan ketika saya berniat itu  saya rasa boleh melakukannya.Kebanyakkan nazar itu saya buat di zaman remaja. Macam mana cara nak menebus nazar saya itu. Adakah saya dikehendaki memberi makan 10 orang fakir sahaja untuk beberapa bilangan nazar yang saya tidak ingat atau setiap satu nazar itu kena bagi 10 orang fakir untuk di tebus. Adakah 5 nazar kena bagi 50 orang fakir makan.

    Bagaimana pula sekiranya saya tidak mampu untuk memberi makan/pakaian/memerdekakan hamba. Adakah saya di kehendaki berpuasa tiga hari berturut2 untuk semua bilangan nazar yang saya tidak ingat itu atau setiap nazar itu saya di kehendaki berpuasa. Adakah 5 nazar kena berpuasa 15 hari.
    « Last Edit: 03 December, 2009, 06:32:11 PM by elsiealaia »

    Reply #21 03 December, 2009, 06:53:31 PM
  • Publish
  • Jangan suka bersumpah

    Firman Allah SWT,
    “Dan janganlah kamu jadikan (nama ) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu dari berbuat baik, dan bertqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui “(al-Baqarah ayat 224)

    Sebab turun ayat

    Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai.

    Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim, ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha. Kata lelaki ini Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan. Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah.

    Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata : Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian. Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan engkau merdekakan hamba-hambamu dan segala harta kamu dijadikan belanja untuk pakaian Kaabah. Sebab yang demikian telah dilarang oleh Allah SWT. Janganlah kamu jadikan Allah sebagai penghalang dari sumpah mu itu, oleh itu hendaklah kamu bayar kaffarah dari sumpahmu itu iaitu :

    1. Memerdekakan seorang hamba
    2. Memberi makan kepada 10 orang miskin
    3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.

    Namun ada riwayat yang mengatakan ayat ini turun kerana Saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah tidak mahu meneruskan bantuan kepada seorang miskin yang bernama Misthah bin Utsatsah. Ini kerana Misthah terlibat bersama Abdullah bin Ubai bin Salul menyebarkan fitnah kononnya isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah r.anh mempunyai hubungan sulit dengan Safwan bin Muattol. Apabila turun ayat Al-Quran yang membersihkan Aisyah dari tuduhan fitnah tersebut, Saidina Abu Bakar bersumpah tidak mahu meneruskan bantuan kepada Misthah.

    Tiga sumpah yang dilarang oleh Rasulullah …

    Sabda Rasulullah saw,

    لا نذر ولا يمين فيما لا يملك ابن أدم ولا في معصية الله ولا في قطعة رحم

    Maksudnya : Tidak ada Nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam,dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah SWTdan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)

    Berdasarkan hadis ini Nabi saw melarang bersumpah dalam 3 perkara :

    1. Bersumpah dalam perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam seperti ungkapan : “Wallahi, anak aku pasti akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini”

    2. Bersumpah dalam melakukan maksiat seperti katanya “Wallahi aku akan berjudi pada petang ini”..

    3. Bersumpah untuk memutuskan silaturrahim seperti katanya “Wallahi aku tidak akan menegurnya kembali”.

    Bersumpah kerana terpaksa.

    Firman Allah SWT pada ayat selanjutnya,

    “ Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (225)

    Maksud ayat di atas ialah orang yang bersumpah menggunakan nama Allah secara tidak sengaja (tidak ada niat dalam hati) tidaklah dianggap berdosa. Melainkan sekiranya sumpahnya itu disertai dengan niat dalam hati maka orang yang sedemikian hendaklah bertaubat kerana Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Pengajaran yang boleh diambil….

    Pengajaran daripada ayat 224-225, sumpah adalah sesuatu perkara yang sangat mahal dalam Islam. Justeru itu janganlah sekali-kali mempermain-mainkan sumpah atau bersumpah walaupun hanya dengan isu yang kecil dan remeh, menyebabkan orang akan memandang rendah terhadap sumpah seseorang.

    Kata Imam as-Syafie rhm, “ Aku tidak pernah bersumpah baik pada yang benar atau pun pada yang dusta ”

    Rujukan,

    Tafsir Al-Munir
    Tafsir Ahmad Sonhadji
    Tafsir Al-Azhar.

    Reply #22 04 December, 2009, 02:56:46 AM
  • Publish
  • saya nak minta pendapat semua,masa saya kawin dulu saya berjanji kat isteri saya,kalau kami dapat dapat anak lelaki saya bernazar nak puasa sehari,alhamdullilah kami dikurniakan seorang anak lelaki. boleh bagi pandangan adakah saya harus membuat nazar saya itu? harap bagi penjelasan yang jelas kat saya.

    Reply #23 04 December, 2009, 06:42:53 AM
  • Publish
  • boleh bagi pandangan adakah saya harus membuat nazar saya itu? harap bagi penjelasan yang jelas kat saya.

    Saudara syuqran wajib melakukan nazar tersebut. Nazar adalah janji manusia dengan Allah. Jika janji manusia dengan manusia wajib ditunai, apatah lagi berjanji dengan Allah.

    Jika dilihat dari nazar yang saudara buat , ia memenuhi Hukum nazar seperti di bawah.

    Rukun Nazar

    1. Orang yang bernazar.

    2. Pekara yang dinazarkan.

    3. Ucapan yang diguna untuk bernazar.

    Syarat orang yang bernazar

    1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.

    2. pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.

    3. Lulus memerintah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerintah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta ada pun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.

    4. Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah dengan sebab jauh atau sempit waktu.

    Syarat Ucapan yang diguna untuk bernazar

    *Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafas yang memberi tahu melazimka (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.

    *Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

    Syarat perkara yang dinazarkan

    *Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

    *Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nafkah keluarga.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.

    *Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yang harus.

    Reply #24 13 January, 2010, 06:57:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    Saya sedang menanti keputusan SPM, dan saya telah bernazar sekiranya saya mendapat sekurang2-nya 6A, saya akan berpuasa sunat sebanyak A yang akan saya perolehi.

    Soalan saya,

    1) Adakah boleh jika saya menunaikan puasa sunat itu terlebih dahulu sebelum keputusan saya keluar kerana risau mungkin tidak berkesempatan untuk menunaikannya kerana sibuk dengan aktiviti selepas keputusan spm keluar kerana saya sudah mempunyai perancangan sendiri.

    2) Adakah boleh saya menukar nazar atau memperbaharui nazar saya sementara keputusan SPM saya belum di umumkan ,

    Terima Kasih.

    Reply #25 13 January, 2010, 09:40:04 PM
  • Publish
  • kalo da bersumpah atau bernazar tapi tak mampu utk buat, tak silap kene berpuasa sunat 3 hari la........

    (kalo salah tolong betulkan ye....)
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    Reply #26 13 January, 2010, 09:46:04 PM
  • Publish
  • kalo da bersumpah atau bernazar tapi tak mampu utk buat, tak silap kene berpuasa sunat 3 hari la........

    (kalo salah tolong betulkan ye....)


    Salam Kita ada buat research tentang nazar..harap dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca.
    Sumber= iluvislam.com


    S1. Berapakah jenis nazar?

    =Hukum bernazar ada 3 jenis

    1)Nazar Al Laj yakni melakukan Nazar di dalam kemarahan
    2)Nazar Al Mujazad atau Nazar Mukafat(kalau hajatnya di
    di tunaikan,dia akan melakukan sesuatu kepada Allah swt.
    Mewajibkan dia melakukan sesuatu yg tidak wajib keatas dirinya
    3)Nazar yg haram di lakukan-seperti contoh,aku bernazar jika nazar ku di tunaikan
    akan aku lakukan fardhu maghrib,atau akan akan berpuasa di bulan ramadhan.
    Kan kesemuanya itu memang di wajibkan.


    S2. saya ada niat nk puasa nazar kalo jmp brg nie,and saya dah jumpa pun, tapi saya lupe brp ari sy niatkan .. macam mana yaa???

    =Wajib ke atas saudari berpuasa dengan jumlah yang diyakini, sekurang-kurangnya sehari. Wallahu A'lam


    S3. kalau kte berniat pose nazar slame seminggu..perlu ke dilakukan secara berturut2?

    =Nazar mengikut niat orang yang melafazkan nazar tu. Kalau diniatkan untuk puasa seminggu berturut-turut, maka wajiblah dilakukan berturut-turut. Tapi jika sekadar dilafaz dan diniatkan selama 7 hari sahaja, maka tidak wajib dilakukan berturut-turut. Wallahu A'lam


    S4. nak tumpang tanya...kalu saya belum habis pose ganti...boleh ke saya bernazar untuk puasa nazar????

    =Tidaklah menjadi kesalahan untuk berpuasa nazar walaupun masih belum habis lagi menggantikan puasa Ramadhan.


    S5. mau tanya skit.......kalo puasa nazar.......dier ade limit waktu ke?? maksudnye.... kena puasa nazar before habis akhir tahun ke?al maklumlah....kalo di perantau...nak pose waktu summer agak perit....cadang nak pose kat msia....tapi lambat agi balik msia.....kirenye....bley ke delay.....pose nazar tuh?? bile tibe waktu yg sesuai.....baru nak pose...hope ustaz/ustazah bley menjawap.....
    trimas.....

    =Boleh ditangguhkan puasa nazar jika nazarnya tidak disyaratkan dibuat pada waktu tertentu. Selagi mana rasa nyawa masih dikandung badan, maka boleh ditangguhkan. Namun ia dikira sebagai satu hutang dengan Allah Ta'ala, selagi mana ia tidak ditunaikan.


    S6. ustaz klu puasa nazar jtuh pd ari hrm pose cmne pula...?
    wajib ke haram?

    =Puasa nazar jatuh pada hari raya contohnya, maka haram dia berpuasa. Dan wajib membayar kaffarah sumpah, jika dia bernazar contohnya untuk berpuasa pada 1 Oktober 2008. Didapati 1 Oktober 2008 adalah 1 Syawal, maka haram dia berpuasa. Tapi kalau nazarnya 1 Oktober sahaja (tanpa ditentukan tahun), maka tangguhlah ke tahun hadapan, dan tidak wajib membayar kaffarah.


    S7. boleh ustaz terangkan tentang bayar kaffarah nazar tu? apa & bagaimana?

    = Kaffarah nazar adalah sama dengan kaffarah sumpah iaitu pilihan sama ada dengan memerdekakan seorang hamba sahaya atau memberi makan sepuluh orang miskin atau fakir atau memberi pakaian kepada mereka dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari sebagai kaffarahnya.

    Ini diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu daripada Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, Baginda bersabda yang bererti :

    Maksudnya: “Kaffarah (denda) nazar sama dengan kafarah (denda) sumpah.” riwayat Muslim..

    p/s : berkongsi la dengan kita kalau anda semua ada pertanyaan ataupun maklumat tambahan..'sharing is caring'

    Reply #27 22 February, 2010, 09:09:00 AM
  • Publish
  • Soalan

    Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar seperti mana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan secara lebih terperinci mengenai perkara ini.

    Saya pernah bernazar untuk lulus peperiksaan. Namun sehingga kini saya lupa nazar saya. Maka berpandukan kenyataan agar disedekahkan makan/pakaian kepada 10 orang miskin. Bagaimana kalau saya bersedekah kepada 10 anak yatim dalam bentuk pakaian? Bagaimana syarat untuk bersedekah baju itu dan bagaimana pula syarat untuk bersedekah makanan?

    Jawapan

    Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

    Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama setahun. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib.

    Nas al-Quran yang bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.(al-Haj:29). Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib. Manakala dalam surah yang Allah swt berfirman yang bermaksud: Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.(al-Insan: 7)

    Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

    Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firmanya yang bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.(al-Maidah:89).

    Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

    1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.

    2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

    3- Memerdekakan seorang hamba

    4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

    Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan ruji sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan. Adapun cadangan saudara untuk memberi pakaian kepada 10 orang anak yatim adalah tidak tepat dan tidak terlepas dari menebus nazar. Ini kerana tidak semua anak yatim tergolong dalam golongan fakir miskin.

    Dalam masa yang sama menjaga anak yatim dan kebajikan mereka tidak semestinya dengan bantuan tebusan nazar. Sebetulnya ialah saudara mencari 10 orang fakir miskin dan memberi mereka pakaian yang lengkap. Pakaian lengkap maksudnya seluar panjang dan baju, atau baju melayu sepasang atau baju melayu dengan kain pelekat. Kalau penerimanya perempuan maka hendaklah pakaian yang diberi itu boleh menutup aurat. Menebus nazar adalah tuntutan yang wajib ditunaikan, ia dikira ibadat kepada Allah SWT.

    Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah SWT, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti ” melepaskan batuk di tangga”, natijahnya Allah SWT tidak akan terima.

    Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #28 13 June, 2010, 09:31:26 AM
  • Publish

  • Assalamualaikum..

    saya nak tnya..kalau kita melanggar sumpah yg kita buat dengan Allah, atas nama-NYA..
    selain daripada bertaubat dan memohon keampunan..pada masa kini jenis hukuman / denda macam mana yg harus kita lakukan / di kenakan..
    kalau zaman Rasullullah dulu..dengan memerdekakan hamba..pada masa kini..???
    ' sesungguhnya, setelah DIA menyiapkan seluruh makhluk-NYA, maka
     di cipta-NYA satu tulisan untuk diri-NYA sendiri yang di letakkan-NYA di atas arasy yang berbunyi, SESUNGGUHNYA KASIH-KU MELEBIHI MARAH-KU"

    Reply #29 13 June, 2010, 10:17:00 AM
  • Publish
  • apa jenis pelanggaran tu

    spesifik, takzir
    jika tiada dalam qisas, atau had

    fikir akannya, fidyah, denda, segantang beras ke, atau bagaimana tertentu kepada jenis pelanggaran

    sila pm jika tak mahu di ketahui apa jenis pelanggaran

    Reply #30 13 June, 2010, 02:29:24 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum,

    Kaffarah nazar adalah sama dengan kaffarah sumpah iaitu pilihan sama ada dengan memerdekakan seorang hamba sahaya atau memberi makan sepuluh orang miskin atau fakir atau memberi pakaian kepada mereka dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari sebagai kaffarahnya.

    Ini diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu daripada Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, Baginda bersabda yang bererti :... See More

    Maksudnya: “Kaffarah (denda) nazar sama dengan kafarah (denda) sumpah.” riwayat Muslim

    Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic29_2006.htm

    Wallahua'lam

    from : koleksi soal jawab agama on fb

    Reply #31 30 September, 2010, 06:40:16 PM
  • Publish
  • Saya ingin bernazar seekor lembu untuk disedekahkan jika hajat tercapai.  Bolehkah dikorbankan pada hari raya aidiladha dgn niat nazar?  Adakah orang yang bernazar itu boleh mengambil sedikit dari daging tersebut?

    Reply #32 28 November, 2010, 06:21:09 AM
  • Publish
  • Soalan saya,

    1) Adakah boleh jika saya menunaikan puasa sunat itu terlebih dahulu sebelum keputusan saya keluar kerana risau mungkin tidak berkesempatan untuk menunaikannya kerana sibuk dengan aktiviti selepas keputusan spm keluar kerana saya sudah mempunyai perancangan sendiri.

    Jawapan  soalan 1. Tidak boleh menunaikan nazar yang belum pasti keputusannya. Baca syarat -syarat yang dikatakan nazar.

    Reply #33 28 November, 2010, 06:27:14 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    Saya sedang menanti keputusan SPM, dan saya telah bernazar sekiranya saya mendapat sekurang2-nya 6A, saya akan berpuasa sunat sebanyak A yang akan saya perolehi.

    2) Adakah boleh saya menukar nazar atau memperbaharui nazar saya sementara keputusan SPM saya belum di umumkan ,


    بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:


    Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan.Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar , selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt.

    Maka , dalam persoalan di atas ,  saudari  wajib menunaikan nazarnya sepertimana yang telah diucapkan , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :

    وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ


    “dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”

    Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripada sebelumnya
    , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :

    الأصل إذا عين الإنسان لنذره مكانا معينا بأن نذر صدقة أو بناء مسجد في مكان معين لزم الوفاء بالنذر في المكان والجهة المعينة ما لم يمنع من ذلك مانع شرعي إلا أن ينقله إلى مكان أفضل منه مثل الحرمين الشريفين ، فلا بأس بذلك


    “Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah).Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”

    Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan.Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.

    Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya.Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.


    WA

    Rujukan:

    Al-Kaffarah fi dhaui al-Quran wa al-sunnah , As-Syaikh Dr.Mailuudi bin Jam’ah , Mu’assasah Ma’arif , Beirut. Cetakan 2002.

    Al-Ikhtiyaarat al-Fiqhiyyah Li syaikhul Islam Ibn Taimiyyah ,Abul Hasan Ali bin Muhamad bin Abbas Al-Hanbali , Maktabah Riyadh al-Hadisah.

    Reply #34 28 November, 2010, 04:11:48 PM
  • Publish
  • pada zaman nabi Musa A.S ,jika kita bernazar maka nazar itu perlu dituruti walaupun nazar itu adalah sesuatu yg haram,, berdasarkn cerita ini.

    Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. namun Nabi Musa mencari sesuatu yg lebih hina dari air kencing anjing hitam iaitu air dari bumbung org yg tidak sembahyang...

    Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu...
    fikirkn lah...

    wallahu'alam
    hadapi duniawi bersedia ukhrawi dengan senyuman... insya'allah.

    Reply #35 28 November, 2010, 06:02:33 PM
  • Publish
  •  :)
    kalau bernazar wajib dia bayarkan?kalau tak bayar jatuh dosa besar?betulke?
     :syukur:
    ada jawapan dah...
    Quote
    Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan.Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar , selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt.

    Maka , dalam persoalan di atas ,  saudari  wajib menunaikan nazarnya sepertimana yang telah diucapkan , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :

    وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

    “dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #36 14 January, 2011, 12:15:15 AM
  • Publish
  • assamalamualaikum HALAQIAN semua,
     
    saya ada soalan disini berdasarkan satu kejadian.

     'seorang rakan saya yang masih belajar berkata ''sekiranya aku berjaya di dalam final exam dan mendapat gred A, aku belanja kamu semua makan di Chicken Rice Shop bila kita mula semester baru''
     
    bila ditanya kembali, dia berniat begitu kerana ingin melafazkan syukur diatas rezeki Allah serta ingin berkongsi kegembiraan. dan dia ternyata memperoleh kejayaan.
     tetapi baru-baru ini, dia ada bertanyakan sama ada haram atau tidak baginya untuk turut makan makanan yang telah dijanjikan itu.

    -adakah ini dikira NAZAR?
    -sekiranya nazar, APAKAH HUKUM BAGI ORANG YANG BERNAZAR ITU UNTUK TURUT MAKAN APA YANG DINAZARKAN?

    harap Halaqian dapat membantu saya menerangkan kepada dia. terima kasih. ^____^

    Reply #37 12 February, 2011, 10:16:28 PM
  • Publish
  •  :)

    saya di sini ingin menyatakan 1 masalah. begini, masalah ini sudah menghantui saya untuk lebih kurang 1 tahun. saya ada masalah di mana sering sahaja terlintas untuk bersumpah di dalam hati saya. dan ianya pasti melibatkan hal remeh temeh tetapi kalau saya tidak melakukannya, saya akan murtad, masuk neraka untuk selama-lamanya dan lain-lain lagi. saya tahu, lintasan hati tidak akan dikira tetapi saya keliru kerana seperti saya sendiri yang ingin menginginkannya. apabila sesuatu perkara remeh berlaku, pasti saya ingin bersumpah dalam hati saya, saya cuba menahannya, tidak ingin memikirkannya tetapi saya tidak boleh, dan bila terlintas perkara itu, baru saya berasa lega. seperti lintasan hati itu mesti kena keluar, lepas itu baru saya akan rileks, kalau tidak saya akan berasa gelisah. adakah ini dikira sebagai saya sudah meniatkan sumpah? saya juga sering keliru sama ada adakah itu memang datang dari diri saya atau lintasan sahaja. adakah betul sumpah memang tidak akan dikira jikalau ianya hanya di dalam hati? kerana saya takut mengenai murtad dan masuk neraka itu... dan saya juga tidaklah menyebut demi allah. adakah boleh kalau saya berfikir bahawa kalau betul saya melakukan sumpah pasti saya berpegang kepadanya tanpa ragu-ragu di mana saya tidak mempersoalkannya sama ada saya bersumpah ke atasnya atau tidak? tetapi saya takut kalau betul saya telah bersumpah tetapi selepas itu saya sendiri yang menidakkannya kerana kadang-kadang saya seperti terbawa-bawa di mana saya ingin bersumpah ke atsnya... tetapi ini semua hanyalah di dalam hati, tidak pernah saya melafazkannya. saya minta maaf jikalau soalan saya ini agak panjang. harap sesiapa dapat membantu saya... sekian, terima kasih.

    Reply #38 12 February, 2011, 11:55:26 PM
  • Publish
  • lintasan dalam hati yang menimbulkan keraguan, was was, dan semacamnya adalah daripada selain Allaah

    ketahuilah dari darah keturunanmu itu, ada saka baka, yakni pusaka keturunan, dan saintis juga mengesahkannya, bila mereka punya kajian terhadap genetik, gnome, tak dapat kesan, bagaimana boleh hilang, kajian atas dua beadik kembar yang ramai di eropah, faktor keturunan, sebagaimana, melayu katakan, saka baka. Ghost in your genes

    cuba berjumpa Orang yang tahu, nanti dia boleh tahu, padamu, ada idak gangguan, saka baka, dan negativiti
    negativiti juga gangguan dari perdaya syaitan

    perbanyakkan istighfar ya
    ingat Allah, berselawat dan istigfar banyak banyak

    semuga dapat kurangkan, lintasan negatif dalam diri

    jika mahu buang itu gangguan, boleh PM saya ya, inshallah ada jalannya

    subhanallah

    Reply #39 21 February, 2011, 07:30:27 PM
  • Publish
  •  :)
    bagaimana pula dengan seseorang yang bernazar akan memutuskan silaturrahim dengan orang?
    bukankah itu tidak patut?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    1823 Views
    Last post 02 November, 2011, 04:53:11 PM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    747 Views
    Last post 26 June, 2012, 10:23:20 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    502 Views
    Last post 07 November, 2013, 10:51:07 AM
    by alhaudhie