Sumpah dan Nazar

Author Topic: Sumpah dan Nazar  (Read 19306 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mmas_forever1991

  • *
  • Posts: 263
    • View Profile
09 May, 2008, 06:24:01 PM
  • Publish Di FB
  • SUMPAH/NAZAR

    Apa yg perlu dilakukan kalau melanggar sumpah / nazar?bagaimana kalau dilanggar berulang kali?


    « Last Edit: 16 April, 2009, 05:36:27 AM by Munaliza Ismail »
    yang hak itu hak , yang batil itu batil
    http://fightforjusticeforever.blogspot.com/

    aku_muslim

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #1 10 May, 2008, 01:33:10 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Dsyaratkn pd sumpah tu 3 perkara;

    1.   taklif, ikhtiar, lafaz serta qasad[niat]
    2.   sumpah dengan nama Allah  @ sifat nya
    3.   perkara yg disumpah bukanlah yg dwajibkn syarak..

    orang yang melanggar sumpah diwajibkan  kafarah iaitu boleh pilih mana2 satu drpd berikut;
     
    = merdekakan hamba
    = beri makan 10 org miskin secupak seorang
    = beri pakaian pada 10 org miskin
    = jika tidak  dapat buat 3 kat atas ni kenalah puasa 3 hari

    sekian saja
    wassalam………..
    « Last Edit: 10 November, 2009, 09:07:29 AM by Ummi Munaliza »
    TAKKAN HILANG ISLAM DDUNIA
    DMANA BUMI DPIJAK
    D SITU ISLAM DJUNJUNG

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #2 16 April, 2009, 01:49:32 AM
  • Publish Di FB
  • 1. Perintah Menunaikan Nazar

    Abbas Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
    Sa`ad bin Ubadah meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. tentang nazar yang pernah dinazarkan ibunya namun ia wafat sebelum menunaikannya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Tunaikanlah nazar itu untuknya. (Shahih Muslim No.3092)

    2.Larangan Bernazar

    Hadis riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
    Suatu hari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. melarang kami bernazar, beliau bersabda: Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menangkal sesuatu apa pun tetapi hanya untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3093)

    Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
    Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Janganlah kalian bernazar, karena nazar itu tidak dapat menolak takdir sedikit pun juga, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3096)

    3. Bernazar Berjalan Kaki ke Kaa'bah

    Hadis riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu:
    Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. melihat seorang yang telah lanjut usia dipapah kedua anaknya. Maka beliau bertanya: Kenapa orang tua ini? Mereka menjawab: Ia bernazar untuk berjalan kaki. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah tidak membutuhkan penyiksaan orang tua ini terhadap dirinya sendiri. Dan beliau memerintahkannya untuk berkendaraan. (Shahih Muslim No.3100)

    Hadis riwayat Uqbah bin Amir Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
    Saudara perempuanku bernazar akan berjalan kaki menuju Baitullah tanpa alas kaki. Lalu ia menyuruhku untuk menanyakan kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam., maka aku pun menanyakannya. Beliau bersabda: Berjalan kakilah ia dan naiklah kendaraan. (Shahih Muslim No.3102)

    kesimpulan:
    elakkan bernazar. sekiranya kamu mendapatkan sesuatu yang dihajati, bersyukurlah. sekiranya tidak, bersabarlah dan tetaplah di dalam syukur dengan menggandakan amalan serta ketaatan.  secara peribadi, saya melihat orang yang bernazar ini adalah orang yang kikir. mereka hanya melakukan sesuatu, sekiranya diberikan sesuatu. oleh yang demikian, elakkanlah dari bersifat sedemikian.

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 19 April, 2009, 09:59:49 AM
  • Publish Di FB
  •                                                            
       Nazar tidak dapat mengubah takdir

    NAZAR]
    ADA orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T.


    Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya. Hakikatnya, nazar tidak dapat mengubah takdir.

    Sebuah hadith Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya."

    Huraian hadith
    Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya. Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya.

    Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan.
    « Last Edit: 19 April, 2009, 10:02:55 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 19 April, 2009, 01:33:14 PM
  • Publish Di FB
  • BERNAZAR

    BERNAZAR untuk mendapat kejayaan di dalam sesuatu perkara yang dihajati merupakan satu amalan yang telah sebati dalam masyarakat Islam.

    Walaupun bernazar itu sudah menjadi seperti suatu tradisi dan kelaziman, namun roh dan konsep sebenar nazar sebagai salah satu wahana bagi seseorang insan mendekatkan diri kepada Allah SWT hendaklah tidak dilupakan.

    Perkataan nazar dari segi bahasanya ialah janji melakukan kebaikan ataupun keburukan. Dari sudut syarak, nazar ialah janji melakukan kebaikan secara khusus.


    Nazar menurut istilah fuqaha pula bererti mewajibkan diri melakukan ibadah yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun ibadah yang bergantung kepada perkara yang lain.


    Ini adalah berasaskan daripada firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azabnya seksanya merebak di sana sini. (al-Insan: 7)

    Begitu jua dengan sabda Rasulullah SAW daripada Aishah r.a. yang bermaksud: Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatlah akan-Nya, dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya. (riwayat Al-Bukhari)

    Nazar adalah disyariatkan dan ia termasuk ibadat yang wajib dilaksanakan oleh orang yang bernazar. Sebab itulah para fuqaha menyatakan bahawa nazar tidak sah dilakukan oleh orang kafir.

    Namun adalah lebih afdal seseorang itu melakukan ibadat yang mahu dilakukannya tanpa mewajibkan perkara itu ke atas dirinya dengan menjadikannya sebagai nazar.

    Nazar dikategorikan kepada tiga jenis iaitu nazar al-lajjaj (keras kepala), al-mujazah (ganjaran) dan al-mutlaq.

    Nazar al-lajjal berlaku dalam keadaan pertengkaran dan ia terbit hasil daripada kemarahan. Contohnya, sekiranya seseorang bercakap dengan seseorang yang lain, maka atas nama Allah wajib ke atas ku puasa sebulan.

    Nazar jenis ini ada dua keadaan dari satu sudut ia seperti bersumpah tidak mahu bercakap, dari sudut yang lain pula seperti nazar, maka orang yang bernazar boleh memilih sama ada tebus sumpah atau menunaikan nazarnya.

    Nazar yang kedua iaitu al-mujazah yang mana seseorang itu mensyaratkan kewajipan sesuatu ibadat dengan tercapainya sesuatu kehendak. Contohnya, jika ia sembuh daripada penyakit ini maka ia akan mewakafkan sebahagian daripada hartanya.

    Apabila kehendak yang dinazarkan itu tercapai di mana Allah SWT menyembuhkan penyakitnya itu, maka orang yang bernazar wajib melaksanakan apa yang telah dinazarkan.

    Nazar jenis yang ketiga iaitu al-mutlaq di mana ia semata-semata hendak mendekatkan diri kepada Allah dan tidak didahului oleh apa-apa masalah.

    Contohnya, atas nama Allah wajib ke atasku puasa pada hari Khamis. Nazar ini wajib dilaksanakan kerana nazar ini tiada pergantungan syarat dengan perkara lain.

    Apabila nazar itu sah, maka orang yang bernazar wajib melaksanakan apa yang telah diwajibkan ke atas dirinya, apabila berlaku perkara yang dikehendakinya itu. Hukum ini adalah bagi nazar yang dikaitkan dengan tercapai sesuatu kehendak. Bagi nazar mutlak, dia bebas melaksanakannya secara mutlak (bila-bila masa).

    Disunatkan menyegerakan pelaksanaan apa yang dinazarkan pada awal waktu dan ketika hadirnya peluang yang mengizinkan. Ini dilakukan sebagai cara untuk segera melepaskan diri daripada kewajipan tersebut.
    « Last Edit: 17 September, 2009, 04:52:50 AM by Ummi Munaliza »

    baiduri biru

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #5 11 September, 2009, 08:12:42 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    kat sini saya nak tanya tentang satu masalah berkaitan bernazar...
    saya dulu pernah bernazar..sekiranya saya dapat pekerjaan yang saya apply saya bernazar saya akan berkahwin dengan H..tetapi setelah saya dapat kerja tu,saya putus cinta dengan H..dan tak lama selepas itu, saya bercinta dengan N dimana N adalah kekasih pertama sy dlu..tp kami jga terpisah dlu atas sebb2 tertentu...setelah hampir kami nak bertunang...tetiba saya teringat dengan nazar saya itu..adakah sy patt tunaikan nazar saya itu..tp, sy telah melakukan satu kesalahan/satu dosa yg sangat besar dengan N...tp kami telah insaf dan bertaubat takkan ulanginya lagi..sehingga kami sah menjadi suami isteri...
    tetapi...dengan nazar sy itu, saya takut tak dapat bersama dengan N...dan bertanggungjawab dengan dosa yang telah kami lakukan..saya nak kami bertanggungjawab dengan dosa dan kesilapan yg kami lakukan...
    saya ingin tanya disini..adakah saya perlu menunaikan nazar tersebut dan melupakan tanggungjawab terhadap dosa yang telah kami lakukan itu?..

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #6 11 September, 2009, 11:36:53 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    kat sini saya nak tanya tentang satu masalah berkaitan bernazar...
    saya dulu pernah bernazar..sekiranya saya dapat pekerjaan yang saya apply saya bernazar saya akan berkahwin dengan H..tetapi setelah saya dapat kerja tu,saya putus cinta dengan H..dan tak lama selepas itu, saya bercinta dengan N dimana N adalah kekasih pertama sy dlu..tp kami jga terpisah dlu atas sebb2 tertentu...setelah hampir kami nak bertunang...tetiba saya teringat dengan nazar saya itu..adakah sy patt tunaikan nazar saya itu..tp, sy telah melakukan satu kesalahan/satu dosa yg sangat besar dengan N...tp kami telah insaf dan bertaubat takkan ulanginya lagi..sehingga kami sah menjadi suami isteri...
    tetapi...dengan nazar sy itu, saya takut tak dapat bersama dengan N...dan bertanggungjawab dengan dosa yang telah kami lakukan..saya nak kami bertanggungjawab dengan dosa dan kesilapan yg kami lakukan...
    saya ingin tanya disini..adakah saya perlu menunaikan nazar tersebut dan melupakan tanggungjawab terhadap dosa yang telah kami lakukan itu?..

    Wa'alaikumussalam,

    Apabila tidak dapat menunaikan nazar maka hendaklah membayar kaffarah :


    Kaffarah sumpah dan nazar ialah:


    (1) Memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan dari jenis sederhana yang biasa diberikan oleh orang yang
    membayar kaffarah itu (jenis makanan) kepada keluarganya.

    (2) Atau memberi pakaian sepuluh orang miskin dengan sesuatu yang dinamakan pakaian, seperti baju, kain sarung, serban
    dan sebagainya.

    (3) Atau memerdekakan hamba.

    (4) Jika dia tidak berkemampuan untuk melakukan salah satu dari tiga jenis perkara yang tersebut, maka wajiblah dia
    berpuasa selama tiga hari. Yang dimaksudkan dengan tidak berkemampuan itu ialah tidak berdaya untuk mengadakan harta bagi membayar kaffarah tersebut, seperti orang yang mempunyai harta, tetapi hanya mencukupi untuk orang yang di bawah
    tanggungannya.

    Sumber : Mufti Brunei.

    p/s : Semoga kita semua dapat memperbaiki diri dari dosa yang telah dilakukan. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh.

    WaLLahua'lam
    « Last Edit: 11 September, 2009, 11:39:21 AM by IbnuNafis »

    irasyraf

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #7 16 September, 2009, 11:33:04 PM
  • Publish Di FB
  • salam saya nak tanya..kes saya lebih kurang seperti masalah diatas, beza saya benazar untuk tidak berjumpe dengan si Z kerana takut melakukan perkara2 yang tidak dingini, da jika saya jumpe..akan berlaku perkara buruk ke atas diri saya..dan saya telah pun 6 bulan tidak bertemu dengan si Z dan makin hari makin tidak tertahan rindu saya dengan si Z..bolehkah tuan bagi pendapat..bantu la saya??saya sangat buntu..dan saya ingin tanya apekah itu tebus nazar

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #8 17 September, 2009, 04:51:44 AM
  • Publish Di FB
  • Janji pada Allah mesti di laksanakan.Hukum tetap hukum

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 10 November, 2009, 11:49:36 AM
  • Publish Di FB

  • Hukum nazar (النذر)

    Pengenalan


    Makna nazar sudut bahasa ialah berjanji dengan kebajikan atau kejahatan.

    Makna nazar sudut syarak pula ialah melazimkan berbuat kebajikan pada perkara yang tidak lazim.

    Dalil
    “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

    Rukun Nazar

    1. Orang yang bernazar.

    2. Pekara yang dinazarkan.

    3. Ucapan yang diguna untuk bernazar.

    Syarat orang yang bernazar

    1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.

    2. pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.

    3. Lulus memerentah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerantah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta adapun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.

    4. Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah dengan sebab jauh atu sempit waktu.

    Syarat Ucapan yang diguna untuk bernazar

    *Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafas yang memberi tahu melazimka (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.

    *Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

    Syarat perkara yang dinazarkan

    *Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

    *Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nfkah keluarga.

    *Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, brdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.

    *Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yanh harus.

    Bahagian nazar

    Nazar terbahagi dua:

    Pertama. Nazar lajaj dan gadab (لجاج وغضب). Makna lajaj ialah berpanjangan pada berkelahi atau bebalah,  dan  makna gadab marah. Nazar ini makruh.

    *Cara nazar ini ialah:

    A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia melakukan perkara yang telah dia tegah atas dirinya atau orang lain daripada memperbuatnya, seperti katanya “jika aku bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa”, atau jika si Ahmad bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku berpuasa.

    B. atau dia bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia tidak melakukan apa yang telah dia tetapkan diatas dirinya atau oranglain, seperti katanya “jika aku tidak bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa, sila kias yang lain

    C. atau dia bernazar mewajibkan berbuat kebajikan jika apa yang diceritakan tidak benar, seperti katanya jika aku tak boleh angkat batu ini nescaya waji atas ku berpuasa. Nazar ini (C) untuk menguatkan berita yang dibawa.

    *Wajib orang yang bernazar lajat dan gadab memilih antara melakukan apa yang dia wajibkan atas dirinya seperti puasa pada contoh di atas, atau dia membayar kafarah sumpah iaitu diberi pilih antara memerdekdkan hamba yang mukmin yang tidak ada aib yang menyebab kan tidak boleh berkerja dengan baik, atau memberi makanan kepada sepuluh orang fakir atau miskin setiap orang satu cupak dengan makanan yang mengenyangkan di negerinya atau memberi pakayan dengan mana mana pakayan seperti baju kemeja, kain sarung, baju kurung, atau sapu tangan.

    Kedua. Nazar tabarrur  (تبرر)  ) maknanya kebajikan. Nazar ini sunat kerana (للوسائل حكم المقاصد) bagi wasilah (nazar) mengikut hukum perkara yang dikasadkan (ibadat)

    *Cara nazar ini ialah:

    A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan ketiadan taklik (pergantungan), seperti berkata seorang yang telah sembuh dari penyakitnya “wajib atas ku berpuasa kerana Allah telah memberi nikmat kepada ku iaitu Dia sembuhkan penyakit ku”, atau “wajib atas ku menyembelih kambing qurban”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan itu dengan segera dan tidak ada pilihan yang lain.

    B. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan taklik iaitu mengantungkan berbuat kebajikan dengan dapat nikmat atau hilangnya bencana seperti katanya “jika sembuh aku dari penyakit ini wajib atas ku puasa”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan apabila didapati sifat yang digantungkan seperti puasa pada contoh dan tiada baginya pilihan yang lain.


    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #10 10 November, 2009, 12:53:14 PM
  • Publish Di FB
  • Seseorang telah bersumpah sambil memegang Al Quran mengatakan bahwa dia takkan merokok lagi. Waktu itu dia hanya keseorangan. Tetapi dia kembali menghisap rokok ataupun Dia kembali nak hisap rokok. Boelhkah sumpah ini dikifarahkan. Kalau terlanggar apa hukumnya?
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 10 November, 2009, 01:18:13 PM
  • Publish Di FB

  • Mohon sesiapa yang arif dengan hukum bersumpah ini...

    :)

    UMMI SAYA NAK TANYA: SAYA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN
    SAYA TELAH BERSUMPAH UNTUK MEMBACA AL-QURAN SUKURANG-KURANGNYA SATU KALI SEHARI KEPADA ALLAH/AL-QURAN ITU SENDIRI (SAYA SUDAH LUPA KERANA PERIS TIWA INI BERLAKU SUDAH LAMA).
    APA YANG SAYA LAKUKAN (SUMPAH TERSEBUT) KERANA JIWA SAYA DALAM KEADAAN TERTEKAN DAN KECELARUAN HAMPIR SEPARUH GILA DISEBABKAN MASALAH PERIBADI.

    KEMUDIAN SAYA TELAH BERSUMPAH KERANA TERLALU TERTEKAN DAN BERCELARU. PADA WAKTU ITU JIWA SAYA TERLALU TERTEKAN SEHINGGA TERPAKSA MENERIMA RAWATAN.

    SEKARANG INI UMI YANG MENJADI MASALAH KADANG-KADANG SAYA TIDAK MENUNAIKAN SUMPAH TERSEBUT DAN SAYA TELAH MELAKUKAN KAFFARAH.

    ADAKAH SAYA TELAH BEBAS SELAMA-LAMANYA DARI SUMPAH SETELAH MENUNAIKAN KAFFARAH.
    KALAU TIDAK BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA BEBAS DARI SUMPAH TERSEBUT?

    SAYA MOHON PENJELASAN UMMI.


    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #12 10 November, 2009, 07:03:52 PM
  • Publish Di FB
  • seorang gadis amat menyesal kerana telah menyebabkan kemarahan ayahnya. dia berjanji sekiranya ayahnya dapat memaafkan kesalahannya, dia akan berpuasa selama tujuh hari berturut-turut.

    soalan:

    1. adakah janji itu nazar?

    2. ayahnya sehingga kini tidak memaafkan kesalahannya, adakah dia patut berpuasa selama tujuh ari berturut-turut juga? 

    khairull_89

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #13 10 November, 2009, 09:35:03 PM
  • Publish Di FB
  • 1. itu tandanya nazar

    2. soalan xmenepati

    khairull_89

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #14 10 November, 2009, 09:39:14 PM
  • Publish Di FB
  • nazar tidak dapat mengubah taqdir.. hanya sebagai jaminan doa

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 10 November, 2009, 09:44:23 PM
  • Publish Di FB


  • Kepada yang menyoal, bersabarlah untuk mendapat jawapan ...

    hjali11

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Jawab #16 16 November, 2009, 05:02:10 PM
  • Publish Di FB
  • kalau kita ader wat sumpah laknat depan quran camner nak batalkan sumpah tu yer?
    kalau sumpah biasa lak camner?




    [box title=Perhatian]
    Mohon menulis dengan ejaan Bahasa Melayu yang betul tanpa singkatan ejaan.

    ~ Pena Halaqah
    [/box]
    « Last Edit: 16 November, 2009, 05:15:34 PM by PenaHalaqah »

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #17 16 November, 2009, 06:24:05 PM
  • Publish Di FB
  • sumpah laknat akan berbalik kepada diri sendiri, jadi kenalah banyakkan istighfar, mengaku salah, minta ampun, jangan ulangi, dan perbanyakkan berbuat kebaikan

    nabi saw, nabi kamu, tak ada melaknat, kecuali, pendita yahudi yg memnag suka permainkan kebenaran, itupun kadar berpatutan. Kebanyakannya kejahatan di balaskan kebaikan

    kurangkan dan tiadakan, sumpah jika diri belum mampu, ikhlas dan tak berpengetahuan.

    perbaikilah diri, semuga bertaqwa kepada Tuhan

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Jawab #18 20 November, 2009, 10:59:51 AM
  • Publish Di FB
  • salam kepada yang bertanya... mudah-mudah apa yang d persoalkan dan jawapan yang d berikan akan memberi sedikit gambaran kepada kita.... wallau'alam...
    *SUMPAH tak semestinya tak berkaitan dengan IBADAT, ia pernyataan untuk menekankan sesuatu itu penting/benar.
    Dalam ISLAM tidak ada sumpah dengan QUR'AN,kalau nak nyatakan kebenaran kena ada bukti/saksi atau sebut nama ALLAH sahaja.
    wallau'alam

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Jawab #19 20 November, 2009, 11:12:24 AM
  • Publish Di FB
  • Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Dan jikalau engkau mengucapkan sumpah atas sesuatu sumpah, lalu engkau melihat yang lainnya itu lebih baik daripada yang engkau sumpahkan tadi, maka datangilah yang lebih baik itu dan bayarkanlah kaffarah - yakni dendanya - dari sumpahmu tersebut." (Muttafaq 'alaih)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bersumpah atas sesuatu sumpah lalu melihat yang lainnya itu lebih baik daripada yang disumpahkannya, maka bayarkanlah kaffarah - yakni denda - dari sumpahnya tersebut dan baiklah mengerjakan yang lebih baik tadi." (Riwayat Muslim)

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Niscayalah kalau seseorang di antara engkau semua itu berlarut-larut dalam sumpahnya dan tidak membayarkan kaffarahnya - yakni dendanya - dalam keluarganya, hal itu adalah lebih berdosa baginya di sisi Allah Ta'ala daripada ia memberikan kaffarah yang telah diwajibkan oleh Allah atas dirinya." (Muttafaq 'alaih)

    Maksudnya: Seseorang yang bersumpah lalu melihat ada yang lebih baik dari yang disumpahkannya tadi, tetapi ia tetap dalam sumpahnya dan tidak suka mengerjakan yang lebih baik itu, lalu membayar kaffarah dari yang sudah terlanjur disumpahkan, hal itu adalah lebih berdosa daripada kalau ia membayar saja kaffarahnya sumpah yang terlanjur itu, kemudian mengerjakan yang dilihat lebih baik tadi. Sabdanya: Yalajja dengan fathahnya lam dan tasydidnya jim yaitu berlarut terus dalam sumpahnya dan tidak membayar kaffarah, sedang sabdanya: Atsamu dengan tsa' bertitik tiga, artinya ialah lebih banyak dosanya.

    *Allah Ta'ala berfirman: "Allah tidak akan menuntut engkau semua dengan sebab sumpahmu semua yang tidak disengaja, tetapi Allah menyiksa engkau semua karena sumpah yang engkau semua teguhkan ikatannya. Maka kaffarah - yakni denda - sumpah yang sedemikian ini ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa engkau semua berikan kepada keluargamu atau memberikan pakaian kepada mereka atau memerdekakan hambasahaya. Barangsiapa tidak menemukan semua itu - yakni tidak kuasa melakukannya, maka kaffarahnya ialah berpuasa tiga hari, demikian itulah kaffarahnya sumpah yang engkau semua sumpahkan dan jagalah sumpahmu semua itu." (al- Maidah: 89)

    Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Ayat ini diturunkan, yaitu: La yuaakhidzukumullahu bil-laghwi fi aimanikum - sebagaimana yang tercantum itu - untuk menjelaskan kata seseorang yang berbunyi: "Tidak demi Allah" dan "Ya, demi Allah." (Riwayat Bukhari)

    *Mohon kemaafan yang bertanya..sumpah yang macam mana yang bertanya maksudkan..mudah2an akan mendapat jawapan dan ada penyelesaiannya...
    *sekiranya masih samar2..di harap yang bertanya rujuk yang lebih ALIM tentang permasalan ini
    *mohon maaf daripada ana,, WALLAHU'ALAM

     

     


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    1636 Views
    Last post 02 November, 2011, 04:53:11 PM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    647 Views
    Last post 26 June, 2012, 10:23:20 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    427 Views
    Last post 07 November, 2013, 10:51:07 AM
    by alhaudhie