Kawan Baik

*

Author Topic: Kawan Baik  (Read 28150 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nor

  • *
  • Posts: 142
    • View Profile
28 May, 2007, 12:48:06 PM
  • Publish
  •  :)

    -KaWaN BaiK- 

    Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
    Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

    Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
    Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
    Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
    kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

    Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
    membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
    Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
    untuk berbuat kebaikan.

    Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
    Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.

    Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
    Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

    Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

    Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
    seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

    Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
    kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

    Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

    Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

    Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
    kita kawan kan ...???
    JANA PENDAPATAN MEWAH HANYA DENGAN HANDPHONE ANDA!!Sila lawati http://Prepaid4U.Net/?id=eyla07

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 28 May, 2007, 02:01:26 PM
  • Publish
  • kawan mudah dicari...
    tapi sahabat..amat sukar..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #2 28 May, 2007, 03:57:47 PM
  • Publish
  • Kawan baik?

    Uhu.. tp kadang² terkilan jg dgn kawan baik...

    Bila sdh menjadi kawan baik, pasti saja spt saudara sedarah sedaging layanannya.. Tp syg.. kdg² susah jg mempunyai kawan baik..
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #3 28 May, 2007, 04:04:03 PM
  • Publish
  • Kawan baik?

    Uhu.. tp kadang² terkilan jg dgn kawan baik...

    Bila sdh menjadi kawan baik, pasti saja spt saudara sedarah sedaging layanannya.. Tp syg.. kdg² susah jg mempunyai kawan baik..

    seperti yang dinyakankan pak kanjeng..
    bahawa kawan dan sahabat amat jauh berbeza...

    izza

    • *
    • Posts: 172
    • Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
      • View Profile
    Reply #4 28 May, 2007, 04:31:43 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.. semua..

    Mungkin pada kebanyakan orang,

    Kawan, teman n sahabat itu sama saja..

    Pada ana istilah ni punya keistimewaan n makna yg tersendiri

    Bila sebut sahabat tu lebih rapat n mesra..

    Teman n Kawan tu sedikit kurang dari sahabat..

    Kiranya, sahabat ni lebih special la pada ana..

    *Apa2 pun, sahabat yang baik adalah yang pabila
    Kita pandang wajahnya, mengingatkan kita pada ALLAH,
    Mendengar kata2 nya, bertambah ILMU kita,
    Bila melihat akhlaknya, menenangkan hati..
    Pendek kata.. segala perlakuannya dapat memberi kebaikan pada kita

    Juz pendapat dari ana if silap betulkan ye..


    "LA ILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH"

    alyani

    • *
    • Posts: 212
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #5 28 May, 2007, 04:56:46 PM
  • Publish
  • Sahabat sejati
    Jan 30th, 2007 by nurjeehan

    Oleh: Haslinda Lukman

    ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

    ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

    Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

    Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

    Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

    Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

    Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

    Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

    Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
    Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
    Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
    Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
    Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
    Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
    Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

    Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

    Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
    Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
    Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
    Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
    Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

    dari : Mutiara Hati*

    Setiap sesuatu menjadi petanda, menunjukkan bahawa Dialah Yang Maha Esa~
    KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.

    jihad

    • *
    • Posts: 37
      • View Profile
    Reply #6 29 May, 2007, 07:14:30 AM
  • Publish
  • Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
    Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

    Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
    Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
    Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

    Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
    Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

    Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
    Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

    Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
    Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
    Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

    Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

    Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

    Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

    Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

    Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

    Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

    Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

    Amin Yarabbil Alamin.~www.raudhah.com

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #7 30 May, 2007, 09:45:33 AM
  • Publish
  • mudah nak jadi kawan baik...

    tapi...susah nak cari kawan baik...

    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #8 30 May, 2007, 09:56:08 AM
  • Publish
  • :sedihnya:~

     >:(...moge2 ALLAH pertemukan kawan baik utk kite... >:( :o :o

    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Reply #9 12 March, 2009, 10:22:36 PM
  • Publish
  • "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

    Bukannya senang mencari kawan yang baik
    Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

    Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
    Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
    Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

    Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
    Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

    Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
    Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

    Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
    Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

    Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
    Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

    Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
    Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
    Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
    Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

    Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

    Kita kawan baik kan....

    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    akuime

    • *
    • Posts: 222
    • sayabudakbarubelajar
      • View Profile
    Reply #10 12 March, 2009, 11:54:34 PM
  • Publish

  • Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


    setuju...
    kadang2 kita selalu salahkan org lain sbb x baik pada kita..
    tapi kita terlupa..adakah kita ni baik pada org lain?

    kadang2 kita selalu kecik hati klu kwn x sms, emel, or call kita..
    tapi kita terlupa..adakah kita sms, emel or call kwn kita?

    kadang2 kita selalu ckp kwn x ingt kwn sbb lama x g umh..
    tapi kita terlupa..adakah kita sendiri pergi ziarah kwn?

    so, sblom ckp pape kt org, ckp pada diri sndiri dulu.."aku ni baik ke?"
    klu rs diri x baik, kita berubah..insyaAllah bila diri kita berubah..org di sekeliling kita pun turut berubah..

    amin..

    p/s: ingatan utk diri sendiri..
    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    shahir

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #11 23 August, 2009, 12:11:08 PM
  • Publish
  • AS.KUM..............

    Smu kwan same je,ada ok ada x.ckp org lumrah khidupan manusia mcm tu...
    stiap org msti ada ksilapan yg di buat.wawawawawawa
    ehhhhhhh,cramah plak aku hari ni...
    mcm x pcaye je.bye2 :aamiin:

    BuJaNg_SeNang

    • *
    • Posts: 133
    • "hidup segan, mati tak mau"
      • View Profile
    Reply #12 23 August, 2009, 02:04:16 PM
  • Publish
  • carilah kawan yang baik yang boleh masak... nanti dapat suruh dia masak time sahur dan berbuka pose..:sedihnya:

    adakah binatang peliharaan seperti arnab, kura-kura, kucing, harimau dan sebagainya boleh kita golongkan dalam kawan yang baik?

    kadang2 kawan baik dari kalangan kita ada jugak gigit kita dari belakang.... berwaspadalah.. mungkin sebab lapar kot pose2 nie...wawawawa :)

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #13 23 August, 2009, 02:23:19 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian

    Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

    "hidup tak mau, mati segan"

    jadilah kawan yang baik yang boleh masak... nanti bila suruh kawan lain masak time sahur dan berbuka pose boleh la tolong sama ..:sedihnya:

    adakah binatang peliharaan seperti arnab, kura-kura, kucing, harimau dan sebagainya boleh kita golongkan dalam kawan yang baik? boleh, malahan kawan2 yg baik pun boleh dikatergori sebagai manusia peliharaan maklumlah kawan makan kawan dalam diam

    kadang2 kawan baik yg gigit kita dari belakang adalah diri kita sendiri .... berwaspadalah jadilah kita kawan yg baik .. mungkin sebab lapar kot pose2 nie...wawawawa


    Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki2an, & jgn kamu tipu-menipu, & jgn benci-membenci, & jgn musuh memusuhi, & jgn kamu berjual beli atas jual beli setengah yg lain, & jadilah kamu sekelian sebagai hamba2 Allah yg
    bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya & tdak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seorg itu jika ia menghina saudaranya yg Islam. Seorang Muslim ke atas seorg Muslim yg lain diharamkan darahnya, harta bendanya
    & kehormatannya. ' "

    noirtora85

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #14 23 August, 2009, 02:25:51 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    saya susah untuk mempercayai seseorang sebagai kawan baik saya. tapi, perlu ke kawan baik kita tahu segala-galanya daripada kita?

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #15 23 August, 2009, 02:46:41 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian

    Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

    * saya susah untuk mempercayai seseorang sebagai kawan baik saya. tapi, perlu ke kawan baik kita tahu segala-galanya daripada kita?

    so eloklah kawal lidah kita ... terutama kalau nak cerita perihal org lain pada kawan2 .... kalau cerita pasal diri sendiri kot la kita sendiri buka rahsia diri sendiri kan ........ bukan senang nak cari kawan bergelar sahabat pada masa nie ... tapi kenapa kita sendiri tak menjadi sahabat pada diri sendiri .... elakkan dari mencari masalah @ merumitkan masalah ....selesaikan masalah k

    Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

    maaf sekadar pendapat sahaja .... masa yg nak dilalui tu patut2 padanlah digunakan ngan sebaik mungkin k

    haizam

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Reply #16 23 August, 2009, 03:04:07 PM
  • Publish
  • setuju2..........
    tapi ada jugak kawan yang sanggup jual nama kawan baiknyer semata2 demi kepentingan diri sendiri.............
    ada jugak kawan yang berpura2 baik.......
    apa yang patut kita buat dengan kawan2 yang sewaktu dengannye...

    BuJaNg_SeNang

    • *
    • Posts: 133
    • "hidup segan, mati tak mau"
      • View Profile
    Reply #17 23 August, 2009, 10:49:13 PM
  • Publish
  • kita hidup perlu waspa setiap masa... sekarang ini dunia akhir zaman banyak penyelewengan berlaku..  kalau zaman nabi dulu boleh dikatakan semua umat islam amanah tapi sekarang hanya 2,3 kerat aje yang amanah.. berhati-hatilah memilih sahabat. sehabat yang baik juga adalah seorang yang tak malu untuk menyatakan kesalahan kita.. tapi, apapun harap kalian bahagia dunia dan akhirat sebab hidup kat dunia nie kejap aje...:sedihnya:.

    Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

    ceramah la pulak...

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #18 23 August, 2009, 11:43:05 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian

    apabila dibacakan pada yg lain2 ...apa terkesan pada diri sendiri ... wahai kawan pada kawan diri yg baik

    Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! ......Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu)."

    moga2 kita bersikap sedemikian ....sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku..bur @ atas KU (atas perintah Allah)

    adikbelajar

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #19 25 August, 2009, 06:41:16 PM
  • Publish
  • banyak org banyak ragam.......
    ari ni aku blajar sesuatu iaitu jgn menilai org drp luaran.... kdg2 nampak mcm baik tapi kat dalam busuk.... kadang2 luar nmpk jahat tapi memang baik...... i luv my fren...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1863 Views
    Last post 27 January, 2008, 12:32:56 PM
    by an.nashruum
    42 Replies
    12008 Views
    Last post 16 December, 2012, 12:40:53 PM
    by afiQoh
    2 Replies
    2068 Views
    Last post 17 November, 2011, 09:32:55 PM
    by Carreno