APA ITU JIHAD?..

Author Topic: APA ITU JIHAD?..  (Read 19787 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
26 April, 2008, 03:17:27 PM
  • Publish Di FB

  • APA ITU JIHAD?


    Akhir-akhir ini, jihad telah disalahertikan. Ia sudah dicemari padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia sebab ia datang dari Tuhan, dari Rasulullah dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu kalau dapat dilaksanakan dengan tepat, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan.

    Malangnya sekarang jihad sudah dikotori oleh umat Islam sendiri. Bila dikatakan jihad, yang dibayangkan ialah bunuh orang, tembak dan bom sana sini, serangan berani mati, sabotaj dan lain-lain keganasan lagi sehingga hendak sebut perkataan jihad pun sudah malu dan rasa inferiority complex. Ini kerana orang bukan Islam sudah pandang serong dengan perkataan jihad. Umat Islam sendirilah yang sudah menyalahertikan jihad itu.

    Erti jihad

    Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.

    Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

    Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi. Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut trend mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang,” maka orang terus faham.

    Takrif jihad

    Seterusnya apa pula hubungkait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

    Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

    “Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

    “Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

    “Tidak,” jawab Rasulullah.

    “Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

    “Bukan.”

    “Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

    “Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

    Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”

    Pintu Islam ialah kalimah syahadah. Maka siapa yang berjuang bagi meninggikan dua kalimah syahadah agar diterima orang, itulah berjuang. Bagi orang yang sudah syahadah, kita berjuang agar mereka mengekalkannya. Manakala orang yang belum syahadah, kita berjuang agar mereka mengucapkannya, ertinya sampai mereka masuk Islam. Ini baru takrif dari segi perkataan-perkataan, belum dihurai isinya yang lebih mendalam lagi.

    Isi jihad

    Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.

    Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? Di sini kita ambil yang terpokok sahaja iaitu iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam bakul dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (hakikat atau tasawuf). Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar.

    “Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”

    Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi iman, Islam dan ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.

    Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakan pakej iman. Di situ ada keyakinan dan sebagainya.

    Bila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.

    Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Tuhan seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.

    Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, muhammadur rasulullah”. Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari iman, Islam dan ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata: “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli iman, Islam dan ihsan!”

    Itulah erti jihad atau berjuang di jalan Tuhan. Selain itu, ia dikira berjuang pada jalan syaitan. Justeru itu mengapa berjuang sampai bunuh orang? Ledak bom sana sini. Itu syaitan yang ajar. Itu bukan mati syahid tetapi mati sakit. Berjuang ialah hendak beri sesuatu yang baik pada orang.

    Natijah jihad

    Bilamana kita sudah pandai menjaja ‘barang’ Tuhan dengan bijaksana dan dengan cara yang betul maka berebut-rebutlah orang membelinya. Bila orang membeli dengan pakejnya iaitu iman, Islam dan ihsan, maka nampaklah syiar-syiar Tuhan pada peribadi orang itu. Kalau berlaku pada satu kelompok manusia maka lagi terserlah syiar Tuhan pada kelompok manusia itu. Keindahannya dapat dilihat pada pendidikan, pada ekonomi, pada kebudayaan, pada pentadbirannya, pada ibadah dan pada akhlaknya. Nampak indah, nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

    Apabila tiga pakej ini diterima dan dihayati, maka akan terserlah kecantikannya. Contohnya:

    Dalam bidang pendidikan, guru dan murid hormat-menghormati. Guru bagaikan seorang ayah yang sangat sayang kepada anak-anaknya.
    Dalam rumah tangga pula, nampak syiar Tuhan yang mana rumah tangga itu harmoni dan berkasih sayang. Hasil membeli barang Tuhan tadi, nampaklah anak hormat kepada ibu bapa, isteri taat, suami bertanggungjawab, sama-sama beribadah dan membesarkan Tuhan serta syariat-Nya.
    Nampak pula syiar pada ekonomi di mana berlakunya tolak ansur, ada khidmat, ada kasih sayang antara satu sama lain, penjual perlu kepada pembeli dan pembeli perlu kepada penjual.
    Nampak kehidupan yang begitu indah dan cantik. Nampak dalam masyarakat berlaku kasih sayang. Lahir perpaduan, kesatuan, kerjasama dan bekerjasama.
    Begitu juga pada pentadbiran. Nampak indahnya pentadbiran.
    Begitulah seterusnya di sudut-sudut lain, akan terserlah keindahannya kerana orang yang berjuang pada jalan Allah berjaya menjual barangnya kepada orang ramai iaitu iman, Islam dan ihsan. Ibarat orang dapat makan makanan berkhasiat, dia nampak sihat dan badannya kuat. Tidak terkena penyakit atau tidak sakit. Hidupnya selesa. Itulah yang dinamakan syiar.

    Syiar dapat dilihat oleh mata pada keindahan hidup. Hasil orang berjuang menjual iman, Islam dan ihsan maka manusia atau masyarakat menjadi baik, berakhlak, berkasih sayang dan bersatu padu. Nampak syiarnya dan nampak kebesaran Tuhan. Tuhan berfirman:

    Maksudnya: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.” (Al Haj: 32)

    Jadi yang dikatakan jihad atau berjuang itu ialah supaya orang terima ajaran Tuhan yang tiga perkara tadi. Hasilnya orang nampak syiar Tuhan di tengah masyarakat. Natijahnya, barang siapa yang berjuang hingga nampak syiar Tuhan, itulah yang dikatakan berjuang di jalan Allah.

    Berjuang di jalan Allah mana ada berbunuhan, pancung orang, ledak bom sana sini bahkan perkataan yang kasar pun tidak ada. Kalau cakap kasar, tidak akan laku iman, Islam dan ihsan yang kita jual itu. Kalau kita jual dengan sombong, angkuh, ganas, tanpa akhlak dan tidak jaga lidah, macam mana Islam hendak laku? Orang tidak akan terima agama Tuhan yang begitu cantik itu jika kita berjuang dengan ganas, secara militan dan tidak ada akhlak.

    Jadi berjuang pada jalan Tuhan itu ialah hendak bangunkan syiar Tuhan. Supaya syiar itu berlaku dalam kehidupan, dalam ibadah, dalam ekonomi, kebudayaan dan masyarakat. Hari ini orang berjuang; sekalipun atas nama jemaah Islam; tidak nampak syiar Tuhan itu. Tidak nampak hasilnya seperti ibadahnya berdisiplin, berkasih sayang, lahir perniagaan atas dasar khidmat dan bertolak ansur dan lain-lain. Sebab mereka menjual barang Tuhan dengan ganas, menzalim, menindas dan kasar. Akibatnya barang Tuhan tidak laku.

    Peringkat jihad

    Jihad atau berjuang itu banyak peringkat. Di antaranya:

    Jihad kepada orang kafir supaya dia terima dua kalimah syahadah dan masuk Islam. Selepas itu dididik berasur-ansur supaya meningkat iman, Islam dan ihsannya sehingga lahirlah syiar-syiar dalam kehidupannya. Tidaklah berjuang dengan orang kafir itu sampai hendak bunuh dia.
    Terhadap orang Islam, iaitu setelah mereka terima pakej iman, Islam dan ihsan itu, mungkin mereka jahil. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana hendak amalkan. Maka berjuang terhadap orang Islam adalah agar mereka dapat sempurnakan amalan ketiga-tiga pakej itu. Dalam kata-kata lain, berjuang terhadap orang Islam adalah agar meningkat Islam mereka.
    Ada dua lagi perjuangan yang tidak nampak iaitu perjuangan terhadap nafsu dan perjuangan terhadap syaitan. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, erti jihad itu ialah bersungguh-sungguh mengumpulkan tenaga. Bagaimana tenaga itu hendak dijadikan alat. Kalau nafsu, bagaimana hendak menggunakan tenaga itu untuk membendung nafsu ammarah sehingga meningkat jadi lawwamah. Setelah itu hendak bendung nafsu lawwamah itu hingga menjadi mulhamah dan seterusnya.
    Begitu juga kita menghimpunkan tenaga bersungguh-sungguh untuk membendung pengaruh syaitan. Pengaruh syaitan ini lebih mudah diperangi. Yakni setelah nafsu dapat diperangi, dapat ditundukkan, maka automatik jalan syaitan dapat ditumpaskan. Apabila nafsu ditumpaskan, mudahlah untuk membendung syaitan sebab nafsu itu highway bagi syaitan. Kalau highway sudah ditutup, syaitan tidak boleh melaluinya. Begitulah caranya berjuang terhadap nafsu dan syaitan.

    Kalau begitu, fahamlah kita bahawa erti jihad itu ialah menegakkan kalimah Allah, yang mana kalimah Allah ada tiga perkara asas iaitu iman, Islam dan ihsan. Daripada tiga perkara itu dipecahkan menjadi banyak lagi dan diperjuangkan hingga orang terima. Bila orang terima dan orang amalkan maka lahirlah dalam kehidupan keindahan-keindahan Islam, yakni syiar-syiar Islam yang Tuhan kata: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.”

    Berjihad sama sekali tidak ada kaitan dengan militansi. Kita berjuang tidak ada hubungan dengan perang. Cuma bilamana kita berjuang seperti yang dikatakan tadi maka kalau ada orang yang hasad dengki, dia akan memerangi kita. Bukan kita yang undang, tapi orang lain yang undang.

    Jadi perang itu kalaupun berlaku bukan dari kita tetapi musuh yang mengundang. Bukan salah kita tetapi salah musuh. Dalam berhadapan dengan musuh itu pun terbahagi kepada dua. Kalau dia undang perang, kita tengok dulu kekuatan kita. Kalau kita masih lemah, kita elak dulu.

    Macam Rasulullah, masa masih lemah, baginda tidak lawan. Sebaliknya baginda menyuruh Sahabat-Sahabat berpindah dari Mekah ke Habsyah dan baginda sendiri pernah pergi ke Thaif.

    Begitu juga sewaktu berhijrah ke Madinah, umat Islam masih lemah lagi. Setelah ada kekuatan, bila orang undang perang, baru Rasulullah berperang. Selagi belum ada kekuatan, baginda elak dulu. Sebaliknya sekarang, kita yang undang orang perang. Kalau kita kuat boleh tahan tapi kita cuma guna batu dan lastik, hendak melawan musuh yang ada kereta kebal!

    Itulah gambaran erti jihad atau erti berjuang. Cantik dan indah tetapi ulama pun sudah tidak faham. Berapa ramai orang hari ini yang berjuang secara militan. Manakala yang tidak militan pula, hasilnya tidak ada. Dia memperjuangkan hak orang, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan ideologi, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan kefahaman ciptaan manusia dan isme, dia kata dia perjuangkan hak Tuhan. Kedua-duanya tidak betul. Kedua-duanya tidak akan menghasilkan apa-apa.

    di petik dari minda ikhwan global...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #1 26 April, 2008, 03:59:29 PM
  • Publish Di FB
  • perkongsian yg menarik pak kanjeng..ape pon islam itu syumul

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #2 27 April, 2008, 10:57:44 PM
  • Publish Di FB
  • jihad itu ialah....kurangkan bercakap....perbanyak kan amal....memijak nafsu terutama di kala sendirian...hati bersih dari sifat2 keji...buat yang ini dulu

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #3 29 April, 2008, 09:09:43 PM
  • Publish Di FB
  • perkongsian yg menarik pak kanjeng..ape pon islam itu syumul

    tak jadi hal....

    balqisy umairah

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Jawab #4 05 May, 2010, 02:16:13 PM
  • Publish Di FB
  • bismillahirrahmanirrahim...jihad ada matlamatnya.jihad merupakan perjuangan yg menuju kpd allah.dakwah pun menuju kpd allah.jom dkwah


    balqisy umairah

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Jawab #5 05 May, 2010, 02:22:39 PM
  • Publish Di FB
  • pndpt ana tntg jihad..jihad yg utama adalh membentuk satu jamaah islam.cthnya,pd zmn rasululllah,islm hanya dianggotai oleh beberapa org shj. mereka berjuang dlm satu organisasi.kemudian apabila mereka berhijrah ke madinah,rasullah terlibat dlm siasah.Politik..untuk apa?sbg platform membina negara islam.apabila pnduduk madinah melantik rasulullah sbg PM,maka wujudlah sebuah negara islam yg berpiagamkn hukum drpd allah yg dipggil piagam madinah.kemudian matlamat seterusnya adalah melebarkan islam,membentuk empayar2 islam.

    ruqaiyyah

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #6 05 May, 2010, 02:26:00 PM
  • Publish Di FB
  • alhamdulillah..info yang cukp berguna buat ana...
    jihad dilihat sebagai perintis islamofobia hari ni kan...amat sedih kerana jihad disalah erti..

    sayaislam

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #7 16 August, 2012, 10:40:15 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum .

    saya ingin mengetahui dua perkara disini .

    1) Apakah diantara salah faham barat terhadap jihad ?

    2) Apakah cara untuk memerangi salah fahap barat terhadap jihad ?


    saya harap jawapan yang diberikan dapat membantu saya . terima kasih

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #8 16 August, 2012, 10:47:36 AM
  • Publish Di FB
  •  :ws:

    akak pernah buat assignment sem lepas tentang salah faham terhadap jihad. akak cari info melalui internet dan  buku2 tentang jihad. cuba sayaislam google cari info.

    cuma satu yang dapat akak simpulkan ialah salah faham yang paling besar ialah tentang pengertian jihad itu sendiri. ramai yang beranggapan bahawa jihad adalah perjuangan mengangkat senjata dan penuh dengan keganasan. hakikatnya tidak. justeru itu, salah faham yang sering barat war-warkan ialah jihad itu satu bentuk keganasan.

     :ins: akan ada sahabat2 lain yang lebih arif untuk huraikan persoalan ini

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #9 16 August, 2012, 10:52:02 AM
  • Publish Di FB
  • PENGENALAN

    Akhir-akhir ini, jihad telah disalahertikan malah seringkali terjadi kesalahfahaman tentang jihad dari sudut makna yakni erti jihad sehinggalah kepada perlaksanaan jihad. Ini kerana pihak Barat sering menonjolkan pandangan yang salah tentang Islam sehingga segala perkara dalam Islam dipersoalkan, dipertikaikan dan diperlekehkan. Mereka melabelkan pejuang-pejuang Islam sebagai pengganas sedangkan  perkataan jihad itu sangat baik dan mulia kerana ianya datang dari Tuhan yang Maha Esa, dari Rasulullah saw sebagai junjungan besar umat Islam dan juga dari ajaran Islam yang indah, cantik dan lengkap sebagai penyuluh kehidupan. Jihad jika dilaksanakan dengan tepat dan mengikut landasan yang telah ditetapkan dalam Islam, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan yakni syiar Islam.

    Menurut BUKU TEKS Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Secara umumnya jihad bermakna perjuangan , iaitu perjuangan mempertahankan kesucian dan keselamatan agama serta negara Islam. Jihad juga bermaksud perjuangan menentang sebarang bentuk kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

    Dalam kamus Islam, Jihad secara umumnya bermaksud perang pada jalan Allah. Jihad berasal dari kata kerja ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). Allah memerintahkan Muslim mengerjakan amar maaruf nahi munkar (mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka Islam menampilkan konsep ‘jihad’ bersesuaian dengan firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 78 yang bermaksud “ Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.”

    Pengertian jihad menurut Muhammad Haniff Hassan & Mohamed bin Ali dalam buku mereka SOAL JAWAB MENGENAI JIHAD bermaksud mengerah separuh tenaga atau berjuang untuk menunaikan perintah Allah Taala dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan demi kebaikan seluruh alam. Jihad adalah sebahagian dari ajaran Islam yang menganjurkan kepatuhan kepada Allah Taala dan hubungan damai dengan semua pihak. Jihad melawan musuh yang memerangi hanyalah sebahagian dari pengertian dan bentuk jihad yang dinyatakan di atas. Manakala melalui artikel JIHAD MENURUT AL-QURAN, pengertian jihad amat luas. Ianya melibatkan usaha luaran sehingga usaha dalaman (batin) dan usaha itu mencakupi ruang yang luas termasuk untuk diri, keluarga, masyarakat, negara, agama serta seluruh alam. Dan jihad yang sebenar adalah jihad yang mengarah kepada damai dan selamat. Manakala, kekata jihad diulang 30 kali dalam Al-Quran. Ia berasal dari kata dasar juhd atau jahd. Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd(jahada) bermakna kesungguhan dalam bekerja. Tetapi, kata al-jihad (jihad) dari Al-Quran itu berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam menurut masa dan ruang. Menurut Imam Ragib Al-Isfahani (ahli bahasa Al-Quran), kata jihad dalam Al-Quran mempunyai 3 erti iaitu;
    1)   Berjuang melawan musuh yang nyata
    2)   Berjuang melawan syaitan
    3)   Berjuang melawan nafsu

    Pengertian jihad yang dikemukakan oleh Imam Ragib Al-Isfahani hampir sama dengan pengertian jihad yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah (ulama besar Hambali). Dalam bukunya Zad al-Ma’ad, Ibnu Qayyim al-Jauziah menyebutkan bahawa jihad terdiri daripada empat martabat iaitu ;
    1)   Jihad terhadap nafsu
    2)   Jihad terhadap syaitan
    3)   Jihad terhadap orang kafir
    4)   Jihad terhadap orang munafik


    Berdasarkan pandangan dua Imam di atas, jihad dapat disimpulkan sebagai “menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha atau kekuatan untuk melawan suatu objek yang tercela yang boleh mengancam ketenteraman hidup damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT”.  Menurut artikel yang dipetik dari Minda Ikhwan Global, pengertian jihad pada asalnya bukanlah bermaksud berjuang sebaliknya setelah dirumuskan intipatinya dari segi lafaz dan bahasanya, maka jihad barulah dikatakan berjuang. Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu perkataan jahada, yajhadu, juhdan atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Maka, itulah yang diertikan dengan Jihad. Oleh yang demikian, maka ahli bahasa setelah mengambil intipati dan kesimpulan makna telah mengeluarkan satu istilah baru bagi jihad yakni berjuang. Secara amnya, apabila diseru “mari kita berjuang”, maka umat akan memahami maksudnya tetapi apabila diseur “mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga”, umat akan tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan. Justeru itu, pelbagai makna jihad boleh disimpulkan tetapi sejauhmana ianya difahami, Wallahu’alam. Kerana itu wujudnya salah anggap terhadap jihad yang memberikan kesan mendalam terhadap tamadun Islam dan juga syiar Islam itu sendiri.

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #10 16 August, 2012, 10:54:31 AM
  • Publish Di FB
  • SALAH ANGGAP TERHADAP JIHAD DAN HURAIAN

    Salah anggap terhadap jihad semakin berleluasa mutakhir ini. Istilah jihad seringkali dipandang serong malah dikaitkan dengan keganasan. Islam dilabelkan sebagai agama yang menyokong keganasan kerana jihad hanya terdapat dalam agama Islam. Masyarakat antarabangsa umumnya dan golongan bukan Islam khasnya melabelkan perjuangan pejuang-pejuang Islam yakni para mujahidin sebagai pengganas (terrorist) yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Walhal perjuangan para mujahidin bukanlah perjuangan yang sengaja dicipta atau direka untuk suka-suka sebaliknya perjuangan yang dilakukan adalah untuk menentang pencerobohan serta kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam demi memartabatkan dan menegakkan syiar Islam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud         “ kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan ) sedang peperangan itu adalah perkara yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
    Pelbagai tanggapan negatif dilontarkan oleh Masyarakat antarabangsa umumnya dan golongan bukan Islam khasnya  kepada mereka yang berjihad hanya kerana dalam setiap kotak pemikiran mereka telah disetkan bahawa jihad itu adalah peperangan yang menggunakan senjata dan hanya akan meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Namun, menurut ringkasan daripada Kitab Jundullah karangan sa’id Hawwa ;

    1.   Jihad ialah berperang di jalan Allah dan menegakkan agamanya,. Berperang itu banyak bentuknya dan ia bukanlah hanya dengan pedang semata-mata bahkan banyak lagi senjata yang boleh dan telah digunakan. Contohnya, hari ini manusia lebih cenderung untuk berperang menggunakan media sama ada media massa atau media elektronik. Ia telah memberi kesan dengan terhasilnya generasi yang hidup tubuhnya tetapi hilang roh Islamnya. Ini kerana pemikiran mereka telah dirosakkan dengan serangan melalui media dan justeru itu media juga adalah salah satu saluran untuk berperang.
     

    2.   Jihad tidak dapat dipraktikkan oleh mereka yang cintakan harta dan keduniaan bahkan ia hanya dapat direalisasikan dengan kefahamna terhadap Islam. Ini kerana mereka yang ingin berjihad tetapi tidak sanggup meninggalkan dunia malah tidak memahami tujuan jihadnya, maka ianya menjadi sia-sia. Contohnya, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi apabila “dibeli” dengan harga-harga tertentu, mereka sanggup berpaling tadah daripada perjuangannya. Dan ada juga yang berjuang semata-mata untuk merebut jawatan, pangkat dan segala penghormatan dunia kerana pada tanggapan mereka tidak salah jika mereka berjuang untuk kesenangan diri mereka.

    3.   Sebahagian manusia tersilap dalam memahami erti jihad. Maka apabila itu berlaku, akan terjadilah beberapa kesilapan berikut ;
    a)   Mereka menyangka bahawa Islam itu milik Allah dan Allah pasti akan membantu agamaNya. Kerana itu mereka tidak berjuang dengan kesungguhan atau hanya melepaskan batuk di tangga.
    b)   Mereka menyangka bahawa apabila mereka berjaya memperbaiki diri mereka, sudah pasti tiada apa atau siapa pun yang dapat menggugat mereka. Lalu mereka akan berlumba-lumba dengan “amalan sendiri” dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran.

    4.   Berjihad hanya dengan hati adalah jihad yang paling rendah martabatnya sekiranya dia mampu mencegahnya. Apabila dia tidak mampu mencegahnya, maka gunakanlah kaedah yang paling sesuai dalam berjihad mengikut kesesuaian dan keadaan. Contohnya, berdemostrasi yang merupakan jihad dengan hati yang paling baik ketika ini di Malaysia kerana kita tidak perlu terlalu gopoh untuk melancarkan perang bersenjata sepertimana yang berlaku di negara-negara bergolak seperti Syria, Mesir, Somalia, dan banyak lagi. Di samping itu juga, berjihad dengan hati bukanlah “membiarkan” sahaja maksiat itu terjadi atau cukup sekadar menanam rasa benci dan marah terhadap perbuatan mungkar sebaliknya jihad dengan hati ialah merubah dan mencegah maksiat dengan hati. Contohnya, orang pada hari ini menganggap bahawa apabila kita membenci maksiat dan perkara mungkar, itu sudah dikira sebagai jihad sebaliknya itu bukanlah jihad.

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #11 16 August, 2012, 10:55:26 AM
  • Publish Di FB
  • Sepatutnya kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan supaya kemungkaran itu dapat dihapuskan, diboikot malah disekat penularannya.

    5.   Jihad juga terbahagi kepada 5 jenis iaitu ;
    a-   Jihad dengan Lidah
    b-   Jihad Mengajar
    c-   Jihad dengan Tangan dan Tubuh
    d-   Jihad Politik
    e-   Jihad Harta

    Matlamat sebenar peperangan yakni jihad dalam Islam adalah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian, dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud “ Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah.” Dalam buku bertajuk DAGANGAN & CINTANYA dibeli ALLAH,  penulis menyatakan bahawa sikap dingin umat Islam, khususnya para pemuda terhadap Jihad menegakkan daulah Islamiah dalam negara masing-masing dilihat semakin hari semakin luntur. Di waktu yang sama, kuffar dalam apa jua agama dan bangsa, semakin meningkatkan usaha mereka memperbodoh, menghina, menzalimi dan memurtadkan umat Islam dari masa ke masa. Keadaan umat Islam sekarang ini bagaikan sebuah bateri yang semakin lemah. Ia seakan tidak mampu lagi menghidupkan enjin kereta atau motor dan ia perlu kepada satu kuasa tambahan atau kuasa baru bagi menghidupkan semula enjin yang lemah itu. Jihad kian hari kian luntur dari tubuh pemuda Islam. Apakah puncanya? Sukar untuk mencari jawapan yang tepat kerana masing-masing punya alas an atau jawapan yang tersendiri. Sudah menjadi lumrah manusia pada masa akhir zaman ini tidak mahu berfikir tentang jihad serta menghargai para mujahid dan mujahidah yang telah gugur syahid. Sebaliknya para mujahidin yang gugur syahid ini dilempar pula dengan pelbagai fitanah. Maka, sekali lagi jihad disalah anggap dan terus dipandang negatif oleh pihak-pihak yang tidak pernah tahu atau berusaha untuk tahu tentang jihad itu sendiri sedangkan tiada kedua kaki seorang hamba yang berdebu kerana berjihad fisabilillah akan  tersentuh api neraka. Apabila bercakap tentang jihad bersenjata, berperang atau sebagainya, semua orang perlu berhati-hati dan terpaksa terhendap-hendap terlebih dahulu bagaikan tikus takutkan kucing di siang hari. Perkara ini tidak ubah seperti Rasulullah yang terpaksa bersembunyi di rumah Al-Arqam Abi Arqam di awal dakwahnya dahulu kerana takut diketahui oleh pimpinan Quraisy yang kejam pada masa itu. Justeru itu, timbul satu lagi salah anggap tentang jihad yang menyatakan bahawa jihad itu dilakukan secara sembunyi oleh orang-orang yang penakut dan tidak yakin pada diri dan kekuatan yang mereka ada. Sedangkan tindakan Nabi Muhammad SAW itu adalah sesuai dengan masa bermulanya siri dakwah Islam kerana pengikutnya pada masa itu baru berjumlah beberapa orang sahaja dan mereka pula dikelilingi oleh para penguasa yang zalim dan ribuan manusia jahil yang tidak dapat menerima kebenaran atas sifat kejahilan mereka itu sendiri. bertepatan dengan Firman Allah yang bermaksud “ (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang Berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripada-Nya dan keredhaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.” (Surah Al-Taubah ayat 20-22). Misi dakwah dan jihad Rasulullah tidak terhenti hanya kerana kekangan dan tekanan yang diberikan oleh pihak kuffar sehingga berlakunya pertumpahan darah, kehilangan nyawa dan harta benda namun jihad tetap diteruskan sehinggalah Nur kebenaran telah menusuk masuk menawan kalbu-kalbu yang jahil itu. Akhirnya, hati-hati ini bergabung tenaga dengan para pengikut Rasulullah. Antaranya adalah Sayidina Hamzah dan Sayidina Umar Al-Khatab. Demikianlah bagaimana Islam itu terpaksa dibangunkan dengan pengorbanan darah dan nyawa para sahabat. Para sahabat berani berterus-terang walau di mana sahaja dan mereka juga tidak gentar dengan ancaman musuh samaada sedikit ataupun ramai. Sayangnya kini, setelah Allah memerintahkan umat manusia itu keluar ke medan perang untuk berjihad di jalan Allah dan berdakwah, tiba-tiba ada pula suara minta umat Islam agar berwaspada. Ramai yang berpesan agar tidak terburu-buru kerana kemenangan umat Islam masih jauh. Jadi, jihad perlu dilakukan secara senyap-senyap kerana ini adalah Sunnah. Tanpa disedari  pandangan inilah yang telah menimbulkan satu lagi salah anggap terhadap jihad dalam Islam dan memberi untung yang besar kepada musuh-musuh Islam.

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #12 16 August, 2012, 10:58:21 AM
  • Publish Di FB
  • Tertegaknya bendera yang membawa syiar Islam itu adalah hasil daripada limpahan darah para syuhada dalam peperangan Uhud, Badar, Khandak, Tabuk, Hunaian dan sebagainya. Gerun dan panik musuh-musuh Islam apabila berhadapan dengan tentera Islam seolah-olah mereka berhadapan dengan malaikat maut. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud “ (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.” (surah Al-Anfaal ayat 12). Namun hari ini, bendera-bendera Islam yang diceroboh dipijak-pijak  oleh kaki-kaki bernajis di hadapan kita di saat-saat kita masih hidup namun kita tidak berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Ini kerana satu anggapan salah yang telah tersemai hampir sekian lama dalam kotak fikiran kita ialah “bukan bendera negara aku yang dipijak. Jadi tak perlu lah nak ambil tahu”.

     Menurut penulis Dr M. Abdul Qadir Abu Faris,  Hassan al-Banna menyedari dan selalu mengingatkan umat Islam akan adanya serangan membabi buta dari Barat terhadap agama ini. Mereka menyebarkan dakyah dengan cara membuat pelbagai pandangan yang buruk atau memberikan pemahaman terhadap agama Islam sesuai dengan pemahaman kolonialisme, iaitu dengan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama ibadah yang tidak ada hubungannya dengan pemerintahan, kekuatan, kewaspadaan, politik dan jihad, tidak menuntut para penganutnya untuk membela tanah air mereka dan membebaskan tanah air mereka daripada orang-orang yang merampasnya. Dan melalui dakyah ini, satu lagi anggapan salah terhadap jihad telah timbul yakni tidak perlu berjihad untuk menentang orang yang menyerang jika ianya akan mengakibatkan kecelakaan. Lebih baik menyerah dan tunduk kepada penyerang sebagaimana pandangan orang-orang bodoh yang tidak memahami masalah dan kewajiban daripada agama ini. Sedangkan firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 15-16 yang bermaksud “ Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sesungguhnya orang itu kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.”

    Jihad terbahagi kepada dua iaitu ;
    a-   Asghar (kecil)
    b-   Akbar (besar)

    Jihad di medan perang (al-qital) sebenarnya merupakan perjuangan yang kecil. Al-Quran menetapkan bahawa perang bela diri hanya boleh diisytiharkan oleh pemerintah dan bukan perseorangan. Inilah yang berlaku ketika Nabi sudah berada di Madinah dan menubuhkan sebuah pemerintahan di sana. Dalam zaman Nabi saw, perang bela diri tadi telah dilakukan ke atas golongan kafir dan munafik yang dengan nyata memusuhi umat Islam. Tetapi jihad lebih besar bukanlah peperangan. Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah saw ketika Baginda baru saja kembali dari Perang Badr dan diriwayatkan oleh banyak kitab hadis : “ Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar, iaitu jihad melawan hawa nafsu.” Menurut petikan dari ‘Ensiklopedia Islam-Jihad ms. 219, Jihad melawan hawa nafsu (jihad-un-nafs) merupakan perjuangan besar setiap Muslim. Nabi Muhammad diutuskan Allah ke bumi sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin ( rahmat ke seluruh alam) dan tujuan Baginda tidak lain ialah menyempurnakan akhlak manusia. Justeru itu, jihad besar ialah membetulkan diri sendiri dengan akhlak terpuji dan menjauhi perbuatan cela kerana jihad melawan hawa nafsu ini amat luas sekali. Dalam surah As-Saaf ayat 11 yang bermaksud “ Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.”

    Dan dari istilah jihad, terbit istilah Mujahid iaitu orang yang melaksanakan jihad yang bermakna:
    -   Orang yang berjuang dengan dirinya (melawan nafsunya) demi Allah swt
    -   Orang yang berusaha dengan dirinya demi melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah swt.
    -   Orang yang berjuang dengan gigih dan pasrah kepada ketentuan (takdir) Allah swt

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #13 16 August, 2012, 10:58:55 AM
  • Publish Di FB
  • Peraturan asas peperangan dalam Islam adalah :

    1.   Berani, supaya musuh anda akan berasa takut dan tidak akan menyerang anda.
    2.   Jangan memulakan sesuatu dengan permusuhan. Berikhtiar untuk kedamaian seberapa banyak yang mungkin.
    3.   Berlawan hanya kepada mereka yang memerangi kamu, hukuman kolektif tidak harus dikenakan dan mereka yang tidak bertempur tidak harus dikorbankan. Senjata kebinasaan jisim tidak harus digunakan.
    4.   Menghentikan setiap permusuhan, sebaik sahaja pihak yang lain ingin menuju kepada keamanan.
    5.   Mentaati perjanjian dan muafakat selagi musuh itu mentaatinya.

    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud “ ….perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. Daripada maksud firman Allah ini, jelas sekali bahawa tuntutan jihad diwajibkan apabila berlaku pencerobohan terhadap harta benda, nyawa, negara dan agama. Namun, masyarakat hari ini telah tersalah anggap bahawa jihad menentang pencerobohan hanyalah terletak di bahu para tentera, askar, polis dan pihak-pihak yang bertanggungjawab sahaja.

    Satu lagi salah tanggapan yang sering berlaku ialah Jihad dikaitkan sebagai Terrorisma sedangkan Jihad bukan terrorisma. Harus ditekankan bahawa Jihad terhadap mereka yang tidak bersalah walaupun dengan kekejaman ataupun cara dengan membunuh diri, tidak pernah dibenarkan dalam Islam. Islam menggalakkan mereka yang tertindas untuk berjuang demi kebebasan mereka dan mengarahkan agar umat Islam yang lain menolong mereka yang menderita. Islam tidak pernah membenarkan walau apa sahaja bentuk kekejaman terhadap mereka yang tidak terlibat atau tidak bersalah kerana Terrorisma bukanlah jihad sebaliknya fasad. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 11 yang bermaksud      “ Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”

     Dalam melaksanakan misi jihad, terdapat banyak halangan yang membantutkan kelancaran sesuatu jihad. Antaranya ialah :
    a-   Jihad tidak menjadi keutamaan dalam kehidupan umat Islam kini.
    b-   Kebanyakan umat Islam kini takut untuk berjihad kerana mempunyai iman yang lemah dan pegangan akidah yang kurang mantap.
    c-   Ukhwah islamiyyah dewasa ini semakin rapuh malah sikap berpuak-puak semakin subur kembali mewarnai umat Islam kini. Kerana itu pihak musuh terbesar umat Islam kini semakin rakus dan berani mengganyang wilayah-wilayah Islam seperti Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan banyak lagi.
    d-   Kurangnya pemahaman dan pendedahan tentang erti jihad, konsep jihad, bahagian-bahagian jihad dan perlaksanaan jihad.

    Secara tidak langsung, wujud beberapa tanggapan salah terhadap konsep jihad seperti ;
    1-   Majoriti umat Islam hari ini tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep jihad yang dianjurkan dalam Islam kerana mereka melihat jihad dalam  konteks yang sempit dan salah.
    2-   Jihad yang difahami oleh umat Islam kini terlalu terfokus kepada perjuangan bersenjata yakni perjuangan yang melibatkan keganasan dan kekejaman.
    3-   Pejuang-pejuang Islam adalah pengganas atau ekstremis agama yang kolot pemikirannya dan bertindak secara tidak rasional.
    4-   Jihad itu hanya terpakai kepada mereka yang negaranya diceroboh dan tidak terpakai kepada mereka yang aman damai negaranya.
    5-   Ramai yang beranggapan cukuplah sekadar ada niat untuk berjihad dan tidak perlu berjuang untuk melaksanakannya kerana akan ada orang lain yang melaksanakannya.
    6-   Ramai yang beranggapan mati syahid itu hanyalah untuk orang-orang yang hidupnya memang telah ditakdirkan pengakhirannya begitu.
    7-   Ramai yang beranggapan Tiada istilah jihad dalam aspek Ekonomi, Pendidikan, Pemakanan Halal, Budaya, Perundangan, Politik, Hak Asasi Manusia, dan lain-lain.
    8-   Akibat dari salah anggap tentang jihad, mereka telah terkeliru antara tuntutan jihad Akbar (besar) dan jihad Asghar (kecil)
    9-   Di barat, jihad sering disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam, pengertian Jihad itu lebih luas.
    10-   Wujudnya salah faham yang menyatakan bahawa para pejuang jihad boleh membunuh warga asing dan tawanan sewenang-wenang sedangkan Islam tidak pernah mengajar untuk membunuh sesuka hati apatah lagi mengambil sesuatu yang bukan hak.

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #14 16 August, 2012, 10:59:56 AM
  • Publish Di FB
  • KESAN PENGABAIAN TERHADAP JIHAD

    Apabila jihad telah disalah ertikan dan pelbagai tanggapan negatif diberikan, maka akan wujud impak yang secara langsung dan tidak langsung memberi kesan kepada syiar Islam. Islam tidak pernah memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan. Ini kerana prinsip peradaban Islam menurut Mustafa al-Syiba’I menyatakan bahawa Islam mengajak manusia supaya saling kenal dan tolong menolong dalam keadaan aman damai serta mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda, dan menghina kehormatan sesuatu bangsa. Justeru itu, apabila jihad diabaikan oleh umat Islam kini, beberapa kesan atau impak seperti ;
    a-   Kehormatan dan maruah Islam tidak lagi diambil peduli. Nyawa, Harta benda, harga diri umat Islam diceroboh sewenang-wenangnya tanpa ada benteng atau perisai yang kukuh untuk menghalangnya.
    b-   Keamanan di negara-negara Islam semakin luntur hingga terjadi banyak pergolakan dalam negara-negara Islam itu sendiri seperti di Mesir, Syria, Lubnan, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan banyak lagi.
    c-   Tiada lagi jihad untuk menasihati golongan yang melakukan kejahatan atau mengikut nafsu kerana umat Islam kini lebih senang mengambil pendekatan ‘nafsi-nafsi’ atau dalam bahasa mudahnya ‘menjaga periuk nasi masing-masing’.
    d-   Masalah ekonomi kian meruncing di kalangan negara Islam dan umat Islam khususnya kerana tiada istilah jihad untuk memerangi sistem Riba, penipuan, syubhah dan sebagainya terutama dalam soal pinjaman dan urusan jual-beli.
    e-   Masalah  sosial kian hari kian teruk kerana pengaruh Barat telah menular hamper di seluruh negara Islam termasuklah di pemikiran dan jiwa umat Islam terutamanya generasi Islam alaf baru.
    f-   Ketiadaan pendidikan amat berleluasa dalam masyarakat Islam di merata dunia hari ini kerana negara-negara bergolak seperti Somalia, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya semakin keciciran dalam pendidikan. Mereka tidak mempunyai infrastruktur pendidikan yang secukupnya kerana kebanyakkannya musnah dibedil musuh dan penceroboh.
    g-   Tempat ibadat umat Islam yakni masjid dirobohkan, dimusnahkan dan dihancurkan oleh kuffar laknatullah tanpa mengambilkira sensitivity umat Islam. Ini terjadi kerana hanya umat Islam di tempat bergolak sahaja berusaha untuk mempertahankannya sedangkan umat Islam yang lain tidak merasa terpanggil untuk berjihad bersama-sama mempertahankan masjid dari dimusnahkan. Hal ini jelas apabila umat Islam Palestin bermati-matian mempertahankan Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam setelah peristiwa israk Mikraj Nabi saw sedangkan negara-negara Islam yang besar dan kaya raya lebih senang mendiamkan diri. Kerana Itu Sheikh Abdul Rahman Sudais dalam satu khutbahnya menyatakan Wajib bagi umat Islam yang lain untuk berjihad dan berjuang membantu umat Islam di Palestin dan negara Islam yang lain.
    h-   Pemerintahan yang sedia ada tidak mengikuti sepenuhnya pemerintahan Islam yang sepatutnya dan hukum Allah tidak dilaksanakan kerana takut pada desakan musuh-musuh Islam yang banyak bertindak seperti gunting dalam lipatan. Malah ada yang menganggap hukum Allah itu tidak relevan dengan zaman yang dikatakan serba moden dan canggih ini.
    i-   Banyak tindakan, aksi-aksi serta perlakuan yang melampaui batas berlaku kebelakangan ini kerana istilah jihad hanya terpakai untuk peperangan menentang musuh sahaja tetapi hakikatnya jihad itu luas dan termasuklah jihad berdakwah dan menyeru orang ramai kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
    j-   Wujud ideologi-ideologi baru yang telah mengelirukan umat Islam amnya dan orang-orang bukan Islam Khasnya seperti jihad itu tidak memberi keuntungan apa-apa sebaliknya hanya membawa kepada kemusnahan, kehancuran dan kebinasaan.
    k-   Wujudnya fenomena jihad yang salah. Apabila dikaji sebab-sebab yang berada di sebalik kemunculan fenomena jihad yang salah itu, beberapa kelemahan dikenalpasti seperti ;
    i-   Kelemahan pada peringkat pemahaman jihad sebagai salah satu syariat Islam
    ii-   Kelemahan pada peringkat pemahaman hukum-hukum syariat dan kaedah-kaedahnya.
    iii-   Kelemahan pada peringkat memahami realiti kehidupan dan penerapan hukum ke atasnya.
    l-   Timbul bahaya dari segala usaha untuk menjadikan tamadun Barat sebagai pemimpin dengan mengorbankan identiti Islam berdasarkan tesis-tesis seperti : Akhir Sejarah dan Pergolakan Tamadun.
    m-   Kekuatan negara Islam semakin lemah dan fahaman moden (sekularisme) semakin giat diterapkan untuk menjatuhkan syiar islam.
    n-   Wujud ketidakseimbangan yang nyata dan jelas dari segi kekuatan tenaga dan peralatan serta keupayaan ekonomi antara umat Islam dengan Barat serta sekutunya.

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #15 16 August, 2012, 11:01:06 AM
  • Publish Di FB

  • KESIMPULAN

    Implikasinya, kelemahan dalam memahami kewajipan jihad dalam kehidupan telah menyebabkan jihad dipinggirkan dan dipandang sepi oleh majoriti umat Islam kini. Ini kerana kelemahan dalam membaca realiti kehidupan yang mencabar telah mengakibatkan kelemahan yang ketara dalam menyusun segala kepentingan, menentukan segala tujuan dan menyusun segala strategi. Syahid adalah ganjaran yang tak ternilai buat mereka yang berjihad Lillahitaala. Walau apa jua halangan dan salah tanggapan yang ditimbulkan terhadap konsep jihad dalam Islam, umat Islam seharusnya berusaha untuk memahami dengan lebih lanjut tentang jihad samaada melalui pembacaan, pendengaran dan juga pemerhatian. Dan sesungguhnya Jihad itu indah dan ganjaran bagi mereka yang berjihad untuk menegakkan syiar Islam seperti yang dijanjikan Allah swt amatlah besar dan tak ternilai dengan wang ringgit. Akhirul kalam, dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda “barangsiapa berpegang dengan sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku, baginya adalah ganjaran syahid (fisabilillah).” Hadis Riwayat Tabrani.


    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #16 16 August, 2012, 11:03:20 AM
  • Publish Di FB
  • BIBLIOGRAFI

    1.   Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam hamzah, Azhar Mad Aros. 2009. BUKU TEKS Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    2.   C.N Al Afghani, Mohd Rapi B. Mohd Nor Al Jundi. 2011. DAGANGAN & CINTANYA dibeli ALLAH. Selangor. Mashi Publication Sdn. Bhd


    3.   Dr M. Abdul Qadir Abu Faris. Jun 2011. FIQH Politik HASAN AL-BANNA. Kuala Lumpur. Mutiara Ilmu Selekta Sdn. Bhd.

    4.   Dr. Yahya Nuryadi. 2010. Jihad Al-Qaeda Menjerumus Umat Islam Ke Kancah Maut. Kuala Lumpur. Progressive Publishing House Sdn. Bhd.


    5.   Muhammad Haniff Hassan, Mohamed bin Ali. 2007. SOAL JAWAB MENGENAI JIHAD. Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura.

    6.   Artikel-artikel daripada internet ;
    a-   Jihad (Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia bebas)
    b-   Salah anggap terhadap dan kesan pengabaiannya.
    c-   Jihad menurut Al-Quran
    d-   Apa itu Jihad?
    e-   Memahami Erti Jihad (Mukmin Portal)

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #17 16 August, 2012, 11:09:27 AM
  • Publish Di FB
  • sayaislam,

    akak kongsikan assignment ringkas akak masa sem 1. ianya bukanlah complete cuma sekadar berkongsi... senyum*

    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Jawab #18 16 August, 2012, 11:10:13 AM
  • Publish Di FB
  • Dan dari istilah jihad, terbit istilah Mujahid iaitu orang yang melaksanakan jihad yang bermakna:
    -   Orang yang berjuang dengan dirinya (melawan nafsunya) demi Allah swt
    -   Orang yang berusaha dengan dirinya demi melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah swt.
    -   Orang yang berjuang dengan gigih dan pasrah kepada ketentuan (takdir) Allah swt


    Untuk diri saya..saya letakkan level dalam soal "JIHAD"..pada usia yang begini saya
    mahu fokus untuk jihad kepada diri sendiri..sebelum memikirkan jihad yang lebih besar.

    p/s:Kawin dalam usia yang muda juga satu jihad....(Betul tak kak Robhun??)
    cinta ini biar sampai syurga...

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #19 16 August, 2012, 11:13:51 AM
  • Publish Di FB
  • Dan dari istilah jihad, terbit istilah Mujahid iaitu orang yang melaksanakan jihad yang bermakna:
    -   Orang yang berjuang dengan dirinya (melawan nafsunya) demi Allah swt
    -   Orang yang berusaha dengan dirinya demi melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah swt.
    -   Orang yang berjuang dengan gigih dan pasrah kepada ketentuan (takdir) Allah swt


    Untuk diri saya..saya letakkan level dalam soal "JIHAD"..pada usia yang begini saya
    mahu fokus untuk jihad kepada diri sendiri..sebelum memikirkan jihad yang lebih besar.

    p/s:Kawin dalam usia yang muda juga satu jihad....(Betul tak kak Robhun??)

    betul tu qalamm... pandai adik akak... baguss

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    436 Views
    Last post 20 August, 2012, 10:40:56 AM
    by al_ahibbatu
    6 Replies
    716 Views
    Last post 21 November, 2012, 01:48:57 PM
    by Hairizal
    6 Replies
    502 Views
    Last post 10 October, 2013, 11:52:12 AM
    by imtiyazsumaiyah