Fitrahnya Hidup Bertuhan

Author Topic: Fitrahnya Hidup Bertuhan  (Read 2826 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
24 April, 2008, 05:53:08 PM
  • Publish Di FB
  • TIDAK CUKUP HIDUP SEMATA-MATA DENGAN FITRAH,KITA MESTI HIDUP DENGAN TUHAN

    Fitrah ialah kehendak atau keinginan semulajadi manusia. Kehendak fitrah manusia itu, ada yang utama dan ada yang kurang utama. Yang utamanya hanya satu iaitu kehendak atau keinginan untuk bertuhan. Yang kurang utamanya banyak. Ini termasuklah keinginan untuk berkasih sayang, berkawan, suka kepada kepada kecantikan dan keindahan, keharmonian, kedamaian, ketenangan dan keamanan dan suka kepada sifat-sifat yang baik seperti lemah-lembut, pemurah, rendah diri, pemaaf dan sebagainya.

    Sebenarnya kita boleh hidup aman damai hanya dengan mengikut fitrah kita. Terutama kalau fitrah kita itu masih baik dan belum dirosak atau dicemarkan oleh suasana. Dengan mengikut fitrah seperti ini sahaja, masyarakat boleh menjadi tenang, berharmoni dan bertolong-bantu. Memang itulah keinginan fitrah dan manusia akan berbuat mengikut keinginan fitrahnya itu.

    Ini dapat kita lihat di dalam masyarakat orang asli yang hidup di hutan. Atas dorongan fitrah, mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan baik di antara satu sama lain. Mereka mampu mewujudkan masyarakat yang mempunyai jalinan yang rapat, bersatu padu dan berharmoni.

    Di dunia lain pula terdapat masyarakat yang hidup aman damai. Kalaupun mereka ada undang-undang untuk menghukum penjenayah dan orang-orang yang membuat salah laku, mereka sebenarnya banyak terpandu oleh etika dan kod sosial atau social code masyarakat mereka yang telah diterima bersama. Kadang-kadang etika atau kod sosial ini terkandung di dalam budaya atau tradisi hidup mereka. Ianya tidak bertulis tetapi semua ahli masyarakat memahami dan mengamalkannya.

    Etika dan kod sosial ini tercetus atas dorongan fitrah bersama yang mahukan ketenangan, keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat mereka.

    Tetapi ini ialah kedamaian dengan fitrah, bukan kedamaian dengan Tuhan. Tuhan tidak mahu kita damai dan menjadi baik atas dasar fitrah semata-mata. Tuhan mahu kita jadi baik atas dasar Tuhan.

    Kedamaian dan kebaikan atas dasar fitrah tidak tahan diuji. Orang yang baik atas dasar fitrah bila berlaku sesuatu ujian, baiknya akan hilang dan jahatnya akan terserlah.. Orang yang pemarah dan panas baran; contohnya, akan tenang sekiranya keadaan tidak menekannya. Tetapi kalau dia ditekan dan disusahkan, dia akan jadi berang dan akan mengamuk. Orang yang tidak sabar dan tidak redha pula akan nampak tenang apabila semua keperluannya cukup. Tetapi kalau keperluannya berkurangan dan dia jatuh miskin, dia akan mula meracau dan mengeluh. Boleh jadi dia akan putus asa. Begitulah seterusnya.

    Hidup dengan Tuhan bermaksud Tuhan itu menjadi teras dalam kehidupan. Tuhan itu diimani dan dijadikan pegangan. Segala apa dalam hidup ini dikaitkan dan disandarkan kepada Tuhan. Kita menumpang kekuatan Tuhan. Kedamaian, ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dicapai hasil dari cinta dan takut dengan Tuhan. Sifat-sifat baik yang tercetus pada diri individu itu adalah hasil dari mujahadah dan memperbaiki diri atas dorongan rasa takut dengan Tuhan.

    Bila kita hidup dengan Tuhan, kita mudah tenang dan sabar dengan susah dan ujian kerana kita bersandar dengan Tuhan. Kalau dalam susah dan ujian pun kita boleh tenang, maka lebih-lebih lagilah kita boleh tenang dalam kesenangan dan kemewahan.

    Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia mahu diriNya dilibatkan sama dalam segala urusan dan masalah hamba-hambaNya. Tuhan seolah-olah berkecil hati kalau kita tidak libatkan Dia dalam urusan dan masalah kita. Pada Tuhan, hamba-hambaNya itu adalah kepunyaanNya. Dialah yang paling berhak untuk membantu dan menolong hamba-hambaNya. Janganlah kita kesampingkan Dia. Marilah kita hidup denganNya.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    azah_firzah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #1 07 May, 2008, 12:58:37 PM
  • Publish Di FB
  • emmm, sejauh mana kita hdup dengan tuhan? fikir2kan..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #2 07 May, 2008, 01:49:39 PM
  • Publish Di FB
  • emmm, sejauh mana kita hdup dengan tuhan? fikir2kan..


    tanya pada diri...
    apakah setiap perbuatan di sertai dengan allah...

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 516
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Jawab #3 23 April, 2009, 01:31:42 PM
  • Publish Di FB
  • perhatikan hati kita di mana kita letakkan dalam kehidupan...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #4 23 April, 2009, 01:33:46 PM
  • Publish Di FB
  • emmm, sejauh mana kita hdup dengan tuhan? fikir2kan..


    tanya pada diri...
    apakah setiap perbuatan di sertai dengan allah...

    "tidak AKU jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat pada KU"
    hidup kita untuk berkhidmat pada ALLAH..
    moga2 ALLAH bimbing kita..AMIN~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #5 23 April, 2009, 05:59:53 PM
  • Publish Di FB
  • suatu ketika, ibrahim bin adham membeli seorang hamba.

    “siapakah namamu?”, tanya ibrahim bin adham.
    "pangillah apa yang kau suka", jawab hamba tersebut.

    "apakah yang engkau makan?"
     makanan yang kau berikan aku makan.

    "pakaian apakah yang engkau pakai?"
     pakaian yang engkau berikan aku kenakan.

    "apakah yang engkau kerjakan?"
     pekerjaan yang kau perintahkan kepadaku.

    "apakah yang engkau inginkan?"
     apakah hak seorang hamba untuk menginginkan?

    lalu berkata ibrahim bin adham kepada dirinya sendiri:
    "celakalah engkau, seumur hidup engkau adalah hamba kepada Allah. kini ketahuilah bagaimana seharusnya 
     menjadi seorang hamba."
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    acit

    • *
    • Posts: 704
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #6 01 June, 2009, 04:21:25 PM
  • Publish Di FB
  • Demi mencapai maksud yang dikatakan HIDUP DENGAN TUHAN itu mestilah dengan usaha ke arahnya dan beramal dengan amalan yang membuka hijab denganNya.Tidak cukup sekadar berdoa,berazam,berdoa,berazam,lepas tu berdoa lagi kemudian berazam semula.Namun langkah pertama ke arah itu belum lagi dimula.Jadi bagaimana kita boleh berharapkan untuk mengenal akan Allah itu ? Langkah pertama perlu dimulakan...baru ada perhentian akhir.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Aku_Anak_Mak

    • *
    • Posts: 136
      • View Profile
    Jawab #7 04 March, 2011, 07:16:59 AM
  • Publish Di FB
  • Demi mencapai maksud yang dikatakan HIDUP DENGAN TUHAN itu mestilah dengan usaha ke arahnya dan beramal dengan amalan yang membuka hijab denganNya.Tidak cukup sekadar berdoa,berazam,berdoa,berazam,lepas tu berdoa lagi kemudian berazam semula.Namun langkah pertama ke arah itu belum lagi dimula.Jadi bagaimana kita boleh berharapkan untuk mengenal akan Allah itu ? Langkah pertama perlu dimulakan...baru ada perhentian akhir.

    Ayoooohhh...apakah langkah pertama itu?

    1. MengESAkan Allah.  Betulkah?
    Aku  Yang Bengong

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    969 Views
    Last post 20 March, 2009, 10:56:36 AM
    by cokodok08
    0 Replies
    553 Views
    Last post 18 June, 2010, 10:56:49 PM
    by Abi Naim
    1 Replies
    786 Views
    Last post 24 October, 2011, 03:03:56 PM
    by Yuzie