Perihal Iblis Laknatullah

*

Author Topic: Perihal Iblis Laknatullah  (Read 13943 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

24 April, 2008, 09:49:22 AM
  • Publish
  •  :)

    leh sapa2 bagitau.... perbezaan jin dan syaitan? ada yg mengatakan jin juga
     adalah sebahagian keluarga dari syaitan.. betulke?napa ada jin Islam dan jin kafir
    sekiranya mereka ini adalah keluarga syaitan???

    wallahua'lam...
    « Last Edit: 20 October, 2009, 09:50:27 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 14 July, 2008, 03:40:52 PM
  • Publish
  • Rahsia Iblis Laknat ..

    Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.


    Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.


    Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.

    Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.

    Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"


    Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.


    Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"


    Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.


    Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah.

    Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"


    Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba.

    Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.


    Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

    Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"


    Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.


    Soalan Nabi (1) -

    "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

    Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

    Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.

    Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.

    Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik.

    Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"


    Soalan Nabi ke 2 -

    "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

    Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.

    Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.

    Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.

    Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.

    Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.

    Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."


    Soalan Nabi ke 3 -

    "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah?

    Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

    Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.

    Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.

    Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.

    Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.

    Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.

    Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka.

    Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.

    Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

    Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.

    Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

    Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.

    Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu.

    Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."


    Soalan Nabi ke 4 -

    "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

    Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya.

    Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"


    Soalan Nabi ke 5 -

    "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

    Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

    Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.

    Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala.

    Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"


    Soalan Nabi ke 6 -

    "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

    Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."


    Soalan Nabi ke 7 -

    "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

    Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"


    Soalan Nabi ke 8 -

    "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

    Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.

    Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.

    Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.

    Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

    Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

    Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan.

    Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."


    Soalan Nabi ke 9 -

    "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

    Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang

    "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

    Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam.

    Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.

    Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

    Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.

    Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

    Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.

    Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"

    Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya.

    Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala.

    Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.


    Soalan Nabi ke 10 -

    "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?"

    Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam.

    Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"

    Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

    Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.

    Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.

    Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

    Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.

    Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"


    Soalan Nabi ke 11 -

    "Siapa yang serupa dengan engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"


    Soalan Nabi ke 12 -

    " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"


    Soalan Nabi ke 13 -

    "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

    Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"


    Soalan Nabi ke 14 -

    "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

    Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka.

    Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.

    Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


    Soalan Nabi ke 15 -

    "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

    Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


    Soalan Nabi ke 16 -

    "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

    Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"


    Soalan Nabi ke 17 -

    "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar.

    Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


    Soalan Nabi ke 18 -

    "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"


    Soalan Nabi ke 19 -

    "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"


    Soalan Nabi ke 20 -

    "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

    Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "


    Wallahua'alam

    Reply #2 07 September, 2008, 07:37:17 AM
  • Publish
  • Biodata Iblis Laknatullah
    Nama : Iblis laknatullah
    Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
    Status : Fasik kelas pertama
    Agama : Kufur
    Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai
    Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam
    Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
    Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
    Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
    Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
    Modal pusingan : Angan-angan kosong
    Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah
    Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
    Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
    Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
    Kelemahan : Bila orang membaca istighfar
    Lambang : Sebarang tatu
    Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat
    Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
    Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
    Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran
    Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
    Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
    InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.


    Reply #3 19 September, 2008, 11:30:16 AM
  • Publish
  • Salam...


    Kedengaran, iblis masih lagi berlegar di sekitar Mekah dan hidup hingga hari kiamat.Wallahua'lam, adakah Mantan Pemimpin Jin dan Malaikat ini akan bertemu Imam Sahibuz Zaman - Imam Mahdi AS? Kita tunggu kemunculan Imam yang akan memenuhi dunia ini dengan kebaikan dan kebenaran...
    Tiada Tuhan disembah melainkan Allah yang menghidupkan aku daripada mati 5 pancaindera; Melihat, Mendengar, Mencium dan Bergerak serta Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Penghuluku dan Aku Pengikutnya..

    Reply #4 05 April, 2009, 02:42:46 PM
  • Publish
  • BIODATA MUSUH KITA
    Nama:Iblis
    Tempat Kediaman: Hati yang lalai, tempat maksiat, tempat yang kotor.
    Keluarga: jin, Syaitan dan Taghut.
    Tempat Kembali: Neraka Jahannam
    Pangkat: Fasik darjah pertama.
    Agama: Kufur
    Tugas: Professor dan pengarah bagi golongan yang menyesatkan hamba Allah.
    Kerja: Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan.
    Tempoh Khidmat: Hingga hari kiamat.
    Modal: Angan-angan.
    Majlis: Pasar-pasar.
    Tema Kerja: Munafik penghulu akhlak.
    Keuntungan: Sia-sia seperti debu yang berterbangan.
    Pakaian: Pakaian yang tidak menutup aurat.
    Pasangan Hidup   : Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang.
    Sahabat: Munafik.
    Sumber rezeki: Harta yang haram.
    Janji: Menjanjikan kefakiran dan kemiskinan.
    Cita-cita: Mengkafirkan semua manusia.
    Benda yg
    menyedihkan bgnya
    : Banyak sujud kepada Allah.
    Makanan: Daging bangkai. (Mengumpat)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    INILAH JUGA SEBAHAGIAN BESAR BIODATA SYAITAN KERANA SYAITAN ADALAH PENOLONG KEPADA IBLIS[/b]
    « Last Edit: 05 April, 2009, 02:52:33 PM by Munaliza Ismail »
    ::[Nota Buat Da'ie]::

    ::Apabila kita sendiri sering diuji dengan apa yang kita dakwahkan, itu petanda Allah sdg mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dlm usaha kita mengingatkan manusia

    Reply #5 05 April, 2009, 03:07:03 PM
  • Publish
  • 1< Ada ayat dlm kitab menyebut 'syaitan akan direjam bersama ahli2nye di dalam neraka jahanam' .... dlm ayat ni,, xde plk kate jin direjam,, mksudnye jin itu dlm kategori 'keluarganya' ...

    2< Dlm record,, syaitan dah dimasukkan ke dalam neraka,, tp,, dia xjugak berubah.. xjugak nk tunduk kat nabi adam... sedangkan blum ade rekord mengatakan jin masuk neraka,, xde pn dlm kisah2...

    3< Di alam kubor,,, manusia akan diseksa bagi yg berdosa,, diazab dlm kubor.. ade dlm kitab yg mengatakan,, 'jika jeritan itu didengari oleh jin dan manusia (yg masih hidup), maka akan (((((ana dah lupe r ayat tu))))... mknenye,, jin dan manusia xdengar pn jeritan tu,,, kiranya hanya syaitan dan malaikat sahaja yg blh dengar...

    4< Syaitan itu adalah sejahat2 makhluk,, sekejam2 budi,, seteruk2 akhlak2,, bilemane jin disebutkan dlm kitab hanyalah 'sejahat2 manusia', maka,, xkira samada dia islam @ x,, dia tetap sama dgn manusia paling jahat... cuba tunjukkan seorang manusia yg paling jahat,, lebih kurang r dengan syaitan..

    wallahua'lam...
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    Reply #6 05 April, 2009, 03:17:31 PM
  • Publish
  • PERBEZAAN JIN DAN SYAITAN

    ::[Secara Ringkas]::

    SYAITAN
    Golongan yang langsung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukarmenjadi MARID dan 'IFRIT.

    JIN
    Golongan ini ada yang soleh dan ada yang fasik, mereka sama dengan golongan manusia, ada yang baik, dan ada yang jahat, ada yang mukmin dan ada yang kafir.

    Firman Allah s.w.t : Maksudnya
    " Dan sesungguhnya antara kami ada golongan yang soleh dan ada pula yang demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza" (Surah al-Jinn : 11)

    Firman-Nya : Yg bermaksud :
    "Dan sesungguhnya antara kami ada yang taat dan ada pula yang menyimpang daripada kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun yang menyimpang daripada kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahannam.  (Surah al-Jinn : 14-15)

    Jin ada yang beragama Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi dan penyembah berhala. Yang beragama Islam ada yang bermazhab Ahlus_Sunnah, Bidaah, berfahaman Qadariyah, Murjiah, Syiah dan sebagainya.

    Reply #7 05 April, 2009, 06:56:24 PM
  • Publish
  • salam..
    benar ka jin boleh berkhawin dgn manusia????dan syaitan plak boleh menjadi anak dalam kandungan seseorang manusia?????
    tolong explain kan.....

    Reply #8 05 April, 2009, 11:09:36 PM
  • Publish
  •  :)

      Mengarutlah.Mana ado jin kawin ngan manusia.Jin kawin ngan jin adolah.
      Cubalah tanyo yg pakar mengenai makhluk ini kpd org alim

    meow

    Reply #9 05 April, 2009, 11:18:00 PM
  • Publish
  • :)

    leh sapa2 bagitau.... perbezaan jin dan syaitan? ada yg mengatakan jin juga
     adalah sebahagian keluarga dari syaitan.. betulke?napa ada jin Islam dan jin kafir
    sekiranya mereka ini adalah keluarga syaitan???

    wallahua'lam...

    Jin itu sama seperti manusia.. ada manusia baik dan ada manusia jahat, ada muslim dan bukan muslim.. dan di kalangan yg bukan muslim itu, ada pula yg jahat dan baik.. jin adalah gelaran pada makhluk itu yg setara dgn gelaran manusia.. jika jin itu beragama Islam, ia dipanggil jin Islam, dan yg tidak beragama Islam itu namanya jin kafir.. di kalangan jin kafir pula ada yg tidak mengganggu manusia, dan ada juga yg mengganggu manusia.. begitu juga jin Islam ada yg tidak mengganggu manusia dan ada yg mengganggu manusia.. jin kafir yg mengganggu manusia itulah digelar syaitan.. manakala istilah kita seperti pocong, hantu raya dan lain-lainnya adalah sub-kategori di bawah syaitan..

    Wallahua'alm..

    Sumber: Kuliah Dato Hj Ismail Kamus.


    Reply #10 03 June, 2009, 05:06:17 AM
  • Publish
  • Godaan Iblis laknatullah

    Perang antara manusia yang beriman dan Iblis telah berlangsung ribuan tahun. Kalah dan menang silih berganti. Walau sebenarnya perang ini kurang berimbang. Dalam hal ini Iblis berada di atas angin. Hanya orang-orang tertentu yang bisa menang terhadapnya. Hal ini karena beberapa hal :

    1. Iblis dan bala tentaranya dari golongan jin tidak kelihatan sehingga sulit untuk dikalahkan dan dikesan keberadaannya oleh manusia.

    2. Bala tentara iblis dari golongan manusia juga bertebaran dimana-mana dan dalam bentuk yang kadang tidak kita sadari. Kadang mungkin berwujud seorang manusia yang cantik jelita, isteri yang aduhai, bahkan mungkin anak kita sendiri.

    3. Iblis berumur panjang, sejak Nabi Adam Alaihissalam diciptakan sampai hari kiamat nanti. Sehingga pasti sudah sangat mahir menjerumuskan manusia ke jurang kemaksiatan. Pengalamannya menjebak manusia pasti sudah sangat banyak. Iblis adalah profesor dalam bidang menggoda manusia.

    4. Manusia punya hawa nafsu yang mudah berkolaborasi dengan godaan syaitan untuk melakukan kemaksiatan yang menabir hati dan akal sehat. Sehingga manusia lebih mudah terjerumus.

    Mengingat beberapa alasan di atas, orang-orang beriman harus membuat sistem pertahanan yang super power kuat dan berlapis untuk bisa memenangkan perang abadi ini. Petunjuk untuk membuat system pertahanan itu sudah dijelaskan semua dalam syariat Islam. Ibarat menjaga diri agar tidak terserang penyakit, maka ada beberapa yang perlu dilakukan.


    1. Selalu memohon kepada Allah agar dilindungi dari godaan syaitan yang dilaknat. Tanpa perlindungan Allah kita tidak akan mampu lolos dari jeratan iblis dan syaitan.

    2. Membuat imunisasi diri terhadap serangan yakni dengan selalu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Belajar mengekang hawa nafsu dan mengendalikannya di bawah akal sehat.

    3. Mempelajari dan mengetahui tipu daya syaitan dan cara-cara syatan masuk ke aliran darah manusia, sehingga kita biasa mempersiapkan strategi menghadapinya. Cara ini sudah banyak ditulis oleh para ulama kita.

    4. Membuat kota agar diri dan keluarga kita  terhindar dari gangguan dan rayuan syaitan. Ciptakan lingkungan dan keluarga yang Islami. Janganlah berteman dengan syatan. Walau cara ini sukar, karena dimana-mana syaitan bertebaran. Di pejabat, di jalanan, di rumah, pasar raya, mereka bersatu. Penerapan syariat Islam wajib untuk menciptakan suasana yang kondusif untuk menghindari godaan syaitan.


    Pesanan    :  bacalah artikel pembuka topik untuk mendapat info menarik tentang  rahsia Iblis.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #11 09 June, 2009, 10:37:31 PM
  • Publish
  •  :)
    Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

    DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

    Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

    Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

    Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”

    Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

    Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

    Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

    Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”

    Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”

    Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

    “Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

    Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”


    « Last Edit: 14 June, 2009, 11:37:37 AM by Munaliza Ismail »

    Reply #12 14 June, 2009, 11:38:47 AM
  • Publish
  • Part 2 - Iblis gentar

    IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

    Amalan yang menyakiti iblis

    Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

    “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

    Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

    Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.”

    Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

    Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

    Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

    Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

    Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

    Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

    Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

    Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

    Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

    Reply #13 14 June, 2009, 11:39:36 AM
  • Publish
  • Part 3 - 70,000 anak bantu iblis

    IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

    Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.
    Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

    Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

    Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

    Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

    “Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

    “Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

    “Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

    “Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

    “Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

    “Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

    “Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

    “Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

    “Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

    “Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

    “Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

    Reply #14 14 June, 2009, 11:40:11 AM
  • Publish
  • Part 4 - Pendusta sahabat iblis

    IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

    Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.

    “Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

    “Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

    “Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

    “Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”

    “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”

    “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

    “Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

    “Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”

    “Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

    “Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

    “Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

    Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.

    Reply #15 14 June, 2009, 12:47:44 PM
  • Publish
  • Iblis dan syaitan adalah makluk Tuhan yang tak kan jemu untuk berdamping dengan anak cucu Adam bagi menyesatkan mereka dan sama2 mengheret manusia ke neraka.persiapkan lah diri kita semua dengan ilmu yang berguna agar dapt menepis segala tipu daya iblis dan kaum kerabatnya.iblis tak kira siap kamu kerana ia setia dengan tugas masing2.

    Reply #16 06 November, 2009, 04:55:56 PM
  • Publish
  •  Nama                    : IBLIS LAKNATULLAH
    T.Kelahiran            : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
    Status diri              : Fasik kelas pertama
    Agama                     : Kufur
    Tempat Tinggal      : Hati-hati mereka yang lalai
    Alamat Tetap           : Neraka jahanam
    Kawasan                : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
    Arah perjalanan     : Tiada haluan dan bengkang bengkok
    Isteri                      : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
    Kaum kerabat         : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
    Modal pusingan       : Angan angan kosong
    Tempat pertemuan  : Pasar pasar
    Musuh ketat            : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
    Motto kerja              : 'Hipokrasi asas akhlak'
    Hobi                      : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
    Cita cita                  : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
    Kelemahannya        : Bila orang membaca istighfar
    Logo                      : Sebarang tatu
    Pejabat operasi      : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
    Rakan kongsi          : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
    Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
    Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
    Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
    Matlamat                 : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
    Teman sejawat        : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
    Ganjaran                 : Dosa dan kemurkaan Allah
    Pembantu setia        : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
    Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
    Yang ditakuti           : Orang mukmin yang bertakwa
    Yang dibenci            : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
    Alat perangkap          : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
    Saat ajal                  : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
    Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian
    Janji janji                : Janji kosong,angan angan dan tipu daya
    Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah 

    Reply #17 06 November, 2009, 04:59:57 PM
  • Publish
  • Tempat Tinggal Iblis
     
    Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
    Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
    Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
    Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
    Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
    Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
    Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"
    Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
    Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
    Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
    Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
    Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
    Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."
    Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
    Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
     Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Reply #18 06 November, 2009, 05:41:14 PM
  • Publish
  • hmm kalau macam tu.. macam mana pulak dengan orang bunian?
    adakah mereka dari spesies jin?

    Reply #19 06 November, 2009, 07:32:14 PM
  • Publish
  • Bunian itu jin islam
    asbab itulah mereka hidup hampir dgn manusia, kampong bersebelahan kg manusia, di kaki gunung ledang, di gunung ledang, gunung jerai, dan bukit bukau kebanyakan ada mereka.

    yg selalu kanak kanak hilang atau sesat dlm hutan tu, selalunya termasuk ke alam jin,

    bunian dapat pergi ke pasar malam, manusia.
    bila kenduri kendara, mereka pun kerap ambil makanan,

    ada juga manusia yg menikah dgn bunian, maka keturunan mereka tu, mampu masuk ke alam bunian lah,
    yg sedih, ada juga, bapa budak, kerana anak anak tak tahu menahu, jasad bapa di katakan mati, lalu di kapan di tanam,
    padahal, bapa tu masuk ke alam bunian, jumpa, atau senangnya, di bawa oleh isterinya yg bunian itu.

    kesianlah mereka, hidup di alam bunian, sampai Kiamat

    sebab itu, janganlah suka, mengambil, dampingan jin atau bunian, nanti bila mati kita pula akan di kudakan mereka.

    maaf ya, cerita ni, hanya yg tahu saja tahu, jika ikut nasihat guru, tak boleh cerita, takut timbul fitnah .

    semuga sabar menghadapi cerita ini, dan mintalah petunjuk Allah, tanyalah Allah, benar atau idak ni

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    4099 Views
    Last post 01 June, 2009, 04:24:41 PM
    by naaz93
    3 Replies
    2957 Views
    Last post 13 December, 2011, 03:34:30 PM
    by amar alKhatab
    2 Replies
    1857 Views
    Last post 18 December, 2011, 09:42:31 PM
    by amar alKhatab