Sifat Terpuji dan kesan Pada Peribadi

Author Topic: Sifat Terpuji dan kesan Pada Peribadi  (Read 9313 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
17 April, 2008, 08:54:51 PM
Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan
rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah
seperti berikut:
Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku
pada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkan
sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,
sum'ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, maka
akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan
rasa sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, minta dipuji,
meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika
sifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlah
pada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah
milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal'iya–
zubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan
menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.
Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan
menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah
hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada
hamba-hamba- Nya.
Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah
seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik lahirlah pada
diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti merendah
diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang
rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa,
rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta
maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.
Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan
benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawa
ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang
itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa
malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dari
seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalam
kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah
Taala.
Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia
takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi
orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi
orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji.
Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah,
jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.
Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, mereka
tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam
arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap
dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasa
bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada
melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak
kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan
atau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan
itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.
PERINGATAN:
Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang
banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati
maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa
bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja
tidak dapat
melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi
akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak
itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa
diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang
dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang
hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi
hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah
biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak
tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu
mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat
baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat
dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka
di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.
Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan
mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan
mazmumah.
Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah
diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah
perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan
agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah
hendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.

dari minda sahibuzaman..
TuhAN cInTa aGuNg..

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
Reply #1 08 September, 2008, 12:46:16 PM
JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN KESANNYA PADA PERIBADI SESEORANG

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan
rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah
seperti berikut:
Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku
pada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkan
sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,
sum'ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, maka
akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan
rasa sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, minta dipuji,
meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika
sifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlah
pada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah
milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal'iya–
zubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan
menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.
Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan
menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah
hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada
hamba-hamba- Nya.

Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah
seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik lahirlah pada
diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti merendah
diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang
rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa,
rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta
maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.
Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan
benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawa
ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang
itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa
malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dari
seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalam
kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah
Taala.

Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia
takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi
orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi
orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji.
Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah,
jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.
Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, mereka
tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam
arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap
dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasa
bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada
melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak
kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan
atau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan
itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

PERINGATAN:
Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang
banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati
maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa
bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja
tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi
akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak
itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa
diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan.

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang
hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi
hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah
biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak
tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu
mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat
baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat
dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka
di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.
Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan
mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan
mazmumah.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah
diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah
perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan
agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah
hendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.

dari minda sahibuzaman...

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #2 14 December, 2008, 12:13:02 PM
Syukran info yg menarik USTAZ.....
tapi kemana ya sdh lama ia tak muncol kedlm kelas usrah ni?
İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

habibati

  • *
  • salam ukhwah buat semua teman-teman
    • View Profile
Reply #3 07 March, 2009, 10:12:07 PM
 :aamiin:
[img]

nur zulaikha

  • *
  • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
    • View Profile
Reply #4 17 April, 2009, 12:08:33 PM
sifat terpuji dapat melahirkan keperibadian yang baik
pesona keperibadian yang baik akan menjadikan dirinya dihormati dan disayangi orang sekelilingnya
kerana mereka merasa senang bergaul dengan orang sebegini.
cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
rasulmu dan ALLAH
cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

Reply #5 17 April, 2009, 01:53:16 PM
sifat terpuji dapat melahirkan keperibadian yang baik
pesona keperibadian yang baik akan menjadikan dirinya dihormati dan disayangi orang sekelilingnya
kerana mereka merasa senang bergaul dengan orang sebegini.

ya ana setuju...

ana suka bersama sahabat yang jelas terlihat sifat terpuji pada dirinya..

bila kita silap dia memperbaiki..

bila ada kemuskilan dia hadir bersama jawapan..

alangkah indahnya punyai sahabat sepertinya...

moga kita menjadi cermin kepada sahabat yang mempunyai sifat terpuji ini..

amiin..
I lOVE ISLAM

Reply #6 31 July, 2009, 11:46:18 PM
   
              Di satiap gerak geri perbuatan ,percakapan, pemandangan , pendengaransan sabagai nya
              adalah berbalik kapada sifat2 Maani ....oleh itu perlu difahamkan dengan menggunakan Ilmu Tauhid

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
Reply #7 31 July, 2009, 11:58:59 PM
   
              Di satiap gerak geri perbuatan ,percakapan, pemandangan , pendengaransan sabagai nya
              adalah berbalik kapada sifat2 Maani ....oleh itu perlu difahamkan dengan menggunakan Ilmu Tauhid
Iyo.. ni ada jugak rujukan kat kitab cahaya rabbani.. :")
"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com

Reply #8 18 December, 2009, 01:02:23 PM
BARULAH KU SEDARI YANG DIRIKU TERLALU BANYAK KELEMAHAN..
TERIMA KASIH..

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #9 18 December, 2009, 02:51:17 PM
 :msya:
terima kasih kerana menyampaikannya di sini
barulah saya sedar
selama ini saya ada juga sifat2 mazmumah.

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #10 18 December, 2009, 06:24:25 PM
Kemuliaan seseorang dinilai daripada hatinya yang kaya dengan iman, takwa dan sifat mahmudah (terpuji) yang menggilap hatinya.
Inilah antara rahsia kemuliaan dan kebahagiaan yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah dan generasi sahabat selepasnya.

Dengan memperkasakan diri dengan pengisian hati yang sarat dengan iman dan ketakwaan mampu mengharungi segala percubaan yang merintang titian hidup dengan semangat waja. Lebih daripada itu, iman dan takwa mampu mencipta keajaiban yang tidak pernah dicipta oleh sesiapa pun sebelum ini.Lahirkanlah sifat2 terpuji dalam diri kita.

Riot_heroes

  • *
  • IMMORTALITY
    • View Profile
Reply #11 18 December, 2009, 06:46:59 PM
Sifat yang mulia ni bukan boleh dibuat-buat. Ia lahir dari keikhlasan hati. Seorang Ulamak berkata untuk mendapat sifat-sifat mulia ini seseorang kene banyak bergaul dengan orang-orang soleh dan banyak melakukan kerja-kerja khidmat. Dan khidmat yang paling besar ialah Khidmat pada agama. (buat sesuatu tanpa harap sesuatu). Ketika Umar RA menjadi khalifah pernah sekali beliau pergi ke telaga dan mengambil air. Perkara ini dilihat oleh hambanya lalu berkata " Mengapa tidak suruh saya sahaja yang mengambil air itu". Umar RA berkata "sejak manusia mula mendengar kata-kata ku maka ujub telah lahir dari hatiku. Maka aku ingin memusnahkannya dengan melakukan kerja-kerja khidmat. InshaAllah jika kita banyak khidmat maka Allah akan jadikan hati kita bersih dan lembut. Tetapi kalau kita banyak "dikhidmat" maka perasaan "seorang tuan" akan zahir dan hati menjadi keras dan sifat-sifat buruk mula akan bertapak (melainkan mempunyai iman yang kuat). "khidmat" telah menjadi sebahagian daripada agama  di zaman Nabi SAW dan Sahabat RA hinggakan Abu Bakar RA menjadi khalifah pertama atas pun semata-mata atas dasar khidmat.
You'll Never Walk Alone

 Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

Reply #12 15 June, 2011, 11:45:56 PM
 :syukur:  Bagi manusia yang  semacam ini ....Hati nya telah berseh....Jiwa nya suci serta tingkah laku nya ada lah mulia di sisi Allah.

Reply #13 16 June, 2011, 12:36:00 PM
MasyaAllah SubhanaAllah...

Marilah kita sama2 berusaha membaiki diri..
Perbetulkan diri mana yang silap..

MErasakan kehambaan diri dan bukan merasakan ketuanan diri...

InsyaAllah

Reply #14 16 June, 2011, 01:56:00 PM
MasyaAllah SubhanaAllah...

Marilah kita sama2 berusaha membaiki diri..
Perbetulkan diri mana yang silap..

MErasakan kehambaan diri dan bukan merasakan ketuanan diri...

InsyaAllah

insyaALLAH............

imanhilmi

  • *
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Reply #15 16 June, 2011, 04:14:29 PM
Sifat sifat terpuji terkandung dalam surah Al Sajdah ayat 15-16 ..ALLAH SWT berfirman:

Maksudnya:"Sesungguhnya orang orang yang beriman dengan ayat ayat KAMI adalah apabila
diperingatkan dengan ayat ayat kami mereka menyungkur, sujud dan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka sedang mereka tidak menyombong. Lambung mereka jauh dari tempat tidur,
sedangkan mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harap. Dan mereka
menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang KAMI berikan kepada mereka"

Mampukah sebagai hamba-NYA kita mencapai sifat terpuji seperti ini sedangkan diri tidak pernah
terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Maha suci Engkau Ya ALLAH.yang mampu menentukan
segalanya. Waalahu'alam.
aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #16 19 April, 2012, 09:55:20 AM
Sifat yang mulia ni bukan boleh dibuat-buat. Ia lahir dari keikhlasan hati. Seorang Ulamak berkata untuk mendapat sifat-sifat mulia ini seseorang kene banyak bergaul dengan orang-orang soleh dan banyak melakukan kerja-kerja khidmat. Dan khidmat yang paling besar ialah Khidmat pada agama. (buat sesuatu tanpa harap sesuatu). Ketika Umar RA menjadi khalifah pernah sekali beliau pergi ke telaga dan mengambil air. Perkara ini dilihat oleh hambanya lalu berkata " Mengapa tidak suruh saya sahaja yang mengambil air itu". Umar RA berkata "sejak manusia mula mendengar kata-kata ku maka ujub telah lahir dari hatiku. Maka aku ingin memusnahkannya dengan melakukan kerja-kerja khidmat. InshaAllah jika kita banyak khidmat maka Allah akan jadikan hati kita bersih dan lembut. Tetapi kalau kita banyak "dikhidmat" maka perasaan "seorang tuan" akan zahir dan hati menjadi keras dan sifat-sifat buruk mula akan bertapak (melainkan mempunyai iman yang kuat). "khidmat" telah menjadi sebahagian daripada agama  di zaman Nabi SAW dan Sahabat RA hinggakan Abu Bakar RA menjadi khalifah pertama atas pun semata-mata atas dasar khidmat.


Test  untuk merge topik.
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


divider3
halaqahforum4