Qada Solat

Author Topic: Qada Solat  (Read 47256 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Mahyuddin

  • *
  • Posts: 84
    • View Profile
09 April, 2008, 01:15:55 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Ana ada sdikit kemusykilan...Apakah perlu sorg muslim mengqada'kan solat fardunya.... yang mana dia telah lama meninggalkan solat fardu tersebut dgn sengaja kemudian dia bertaubat pada usia 50 tahun?...boleh x beri hadith nya sekali jika ada.

    syukran...
    "Hidup dan matiku, hanya kerana redha ALLAH taala"

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #1 09 April, 2008, 01:51:39 AM
  • Publish Di FB
  • Menurut pendapat Mazhab 4

    Wajib qadla shalat yang ditinggalkan
    Ini Menurut Pendapat empat mazhab, yaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali dan berdasarkan perintah dan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  - (Baginda Qodho Sholat Subuh bersama para sahabat kerana tertidur dan Qodho Sholat Asar dalam waktu Maghrib kerana peperangan)

    Pandangan yang mengatakan tidak wajib qadha’ adalah pendapat Imam Ibn Taymiyah, Ibn Hazmin, ia juga diamalkan oleh Umar bin Khattab, Ibn Umar, Umar abd Aziz, Ibn Sirin, dan lain-lain. Hujah mereka: Islam telah mewajibkan solat dan tidak boleh menangguhkannya walaupun sakit, musafir dalam peperangan; ditegaskan oleh Imam Ibn Taymiyah tidak boleh mengqadha’ solat yang tertinggal, cukup dengan taubat dan solat sunat yang banyak untuk menggantikannya.

    Orang-orang yang mewajibkan qadha’ berhujjah bahwa jika qadha’ ini diwajibkan atas orang yang lupa dan tertidur, yang mana kedua-duanya di ma’afkan, maka kewajibannya atas orang yang tidak dima’afkan dan orang yang durhaka (termasuk yang meninggalkannya kerana sengaja)  jauh lebih layak. Disamping itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para shahabat pernah shalat Ashar setelah masuk waktu Maghrib pada perang Khandaq. Sebagaimana yang diketahui, mereka tidak tertidur dan tidak lupa, meskipun sebagian di antara mereka benar-benar lupa, tapi tidak mereka semua lupa. Yang ikut mendukung kewajiban qadha’ ini ialah Abu Umar bin Abdul-Barr.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Mahyuddin

    • *
    • Posts: 84
      • View Profile
    Jawab #2 09 April, 2008, 08:13:57 AM
  • Publish Di FB
  • MasyaALLAH.....syukran ya ustaz....

    btul...btul...skrg ana fham...

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Jawab #3 09 December, 2009, 03:27:09 PM
  • Publish Di FB
  • sumber: http://nuraiman.wordpress.com/2008/03/22/wajib-bersegera-qada-solat/

    SOALAN:
    SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

    Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

    JAWAPAN:
    SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

    Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

    Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

    Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

    Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

    Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

    Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat.
    Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

    Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

    Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

    Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

    Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

    Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

    Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

    Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    msa

    • *
    • Posts: 1573
      • View Profile
    Jawab #4 14 March, 2010, 09:32:27 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih nur_87 untuk entry ni. masih ramai yg tidak tahu atau keliru berkenaan qada solat ni...kefahaman yg betul untuk perkara ini perlu dituntut dan disebarkan...maklumlah kita manusia biasa...kadang2 kita terlalu letih hingga tidak sedar untuk solat, kadang2 kita alpa dan lupa, kadang2 kita terdesak...Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua...semoga Allah mengampuni dosa kita dan membantu kita dalam ibadah kita untukNya...
    « Last Edit: 14 March, 2010, 09:46:38 AM by msa »
    ~ Begin with the End in Mind ~

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #5 14 March, 2010, 09:44:05 AM
  • Publish Di FB
  • kalau dulu mase muda2 dia tinggal solat pastu dia da insaf..

    so macam mane dia nak qada kan solat tu?

    dia qada solat tu dengan setiap waktu fardu lepas tu dia qada solat
    contoh macam solat zohor, pas solat zohor dia solat qada zohor..
    solat asar, pas solat asar dia qada solat asar

    boleh ke macam nie

    msa

    • *
    • Posts: 1573
      • View Profile
    Jawab #6 14 March, 2010, 09:52:07 AM
  • Publish Di FB
  • kalau dulu mase muda2 dia tinggal solat pastu dia da insaf..

    so macam mane dia nak qada kan solat tu?

    dia qada solat tu dengan setiap waktu fardu lepas tu dia qada solat
    contoh macam solat zohor, pas solat zohor dia solat qada zohor..
    solat asar, pas solat asar dia qada solat asar

    boleh ke macam nie

    Saya rasa boleh...yg penting ikhlaskan diri...Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menyayangi hamba-hambanya, tidak kiralah sebanyak mana dosa hambanya selagi tidak syirik kepadaNya, Dia akan ampunkan...oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan dan memohon keampunan dari Allah...dalam pada itu perlulah yakin Allah akan mengampuni kita dan menerima taubat kita...Allah Maha Menerima Taubat....Allahu 'alam...sesiapa yg lebih 'arif sila betulkan saya jika saya tersilap...

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #7 14 March, 2010, 10:14:03 AM
  • Publish Di FB
  • sumber: http://nuraiman.wordpress.com/2008/03/22/wajib-bersegera-qada-solat/

    SOALAN:
    SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

    Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

    JAWAPAN:
    SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

    Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

    Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

    Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

    Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

    Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

    Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat.
    Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

    Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

    Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

    Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

    Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

    Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

    Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

    Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


    Mengapa mesti ada alasan untuk membiasakan diri dalam mengqadha' solat subuh... keliru*
     keterangan di atas jelas Rasulillah saw menerangkan pertunjuk-pertunjuk yang mesti kita Beringat dan patuh dalam apahal keadaan sekali pun.
    Selain itu kita akan dicap sebagai orang yang LALAI Mahukah ditempatkannya Ke NEraka Yang sama taraf para MUNAFIKUUN(Orang munafik/bermuka-muka dan jelas Hipokrit terhadap Allah swt)Kalau s[olat dan hubungan dengan ALLAH SWT  nya serupa itu bagaimana pula hubungan sesama MANUSIA???? Tepuk dada tanya IMAN atau ANGAN_ANGAN mahu Masuk Ke SYURGA AKHIRAT? -00)
    « Last Edit: 14 March, 2010, 10:16:43 AM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    syafiqah

    • *
    • Posts: 32
    • jihad demi ISLAM
      • View Profile
    Jawab #8 14 March, 2010, 04:34:51 PM
  • Publish Di FB
  • salam,
    diri yg jahil ini ingin bertanya,
    niat utk solat qada' tu mcm mne?
    kena sebut "qadaussolat" ke atau niat msm biasa utk solat fardhu?
    sbb ada yg bertny pd sy, tp sya x dpt nk bantu dia sbb x tahu
    cerdiknya seseorg itu apabila dia kenal Allah, Tahu istimewanya syurga, Tahu betapa azabnya neraka & dia berusaha mencari keredhaan Allah dlm setiap lapangan hidupnya.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #9 14 March, 2010, 04:35:57 PM
  • Publish Di FB
  • ada'an tukar qodha'an. ertinya: tunai tukar ganti.

    qiraati

    • *
    • Posts: 284
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Jawab #10 14 March, 2010, 06:14:36 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt..

    Ana harap semua nasihat diberikan dengan berhemah dan tiada perli memerli dalam memberikan nasihat. Setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Terima kasih.
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    msa

    • *
    • Posts: 1573
      • View Profile
    Jawab #11 14 March, 2010, 07:08:03 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt..

    Ana harap semua nasihat diberikan dengan berhemah dan tiada perli memerli dalam memberikan nasihat. Setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Terima kasih.

    Terima kasih qiraati..betul tu...dekat halaqah ni macam2 jenis orang ada...ada orang yg baru hendak mendalami agama....ada orang yg ilmunya sudah tinggi...ada orang yg ingin mencari ketenangan dan ingin bertaubat dari dosa lampau...ada orang yg keras hati...ada orang yg sangat sensitif...berhemah lah kita dalam berkata2, semoga tiada yg tersinggung...lebih buruk jika ada yg lari lebih jauh dari jalanNya disebabkan kata2 kita...telitilah surah al-dhuha ayat 10...semoga kita semua dirahmati Allah... :aamiin:

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #12 27 March, 2010, 04:19:31 PM
  • Publish Di FB
  • usolli fardhas subhi rak'ataini qadho'an lilllahi ta'ala

    ertinya: sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat secara qadha kerana Allah Taala.

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #13 27 March, 2010, 06:54:58 PM
  • Publish Di FB

  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    Pak Arab mohon tambah sedikit berkenaan Qadha Solat Fardhu!

    Daripada pengalaman mengendalikan Kursus2 untuk pelajar2 dewasa dan juga orang2 tua, satu masalah besar yang mengganggu mereka adalah sewaktu mereka masih remaja :

    1. Sering mengabaikan solat. Maksudnya adakalanya solat dan adakalanya tidak.

    2. Banyak kesilapan dalam mengerjakan solat. Rukun, Fardhu, sunnat tunggang langgang.  Setengahnya tak tahu bezakan Rukun dan Sunnat.



    Soalan :

    1. Adakah wajib Qadha solat2 yang tidak sempurna rukun?

    2. Bagaimana jika tidak ingat berapa banyak waktu tertinggal?



    Jawapan :

    1. Semua solat Fardhu yang di tinggalkan samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak sengaja wajib di qadha.

    Semua solat yang tidak sempurna, ertinya kerana tertinggal rukun atau disebabkan kerosakan pada bacaan rukun "Qawliyah",  atau kesilapan pada menepati rukun Fi'liyyah,  maka wajib di Qadha. 


    2. Jika seseorang tidak ingat berapa banyak waktu yang dia tertinggal atau berapa banyak  solat yang telah rosak,  maka kiraan adalah dari mula dia insaf akan kesilapannya  dan kira ke belakang sehingga  mulai dari dia sampai umur baligh!

    Umpamanya seseorang insaf  akan kerosakan pada solatnya pada umurnya 17 tahun sedangkan dia baligh pada umurnya 13 tahun. Maka 4 tahun yang dikira rosak solatnya, wajib di ganti. 



    Cara gantikan solat yang ditinggalkan/ rosak :

    Boleh digantikan beransur2 setiap hari sehingga selesai semuanya.  Jika seseorang menggantikannya pada setiap waktu, Insya Allah akan selesai bila sampai masanya. Yang penting dia tekadkan hati untuk menggantikan semua solat yang tertinggal/ yang rosak.



    Wallahu A'lam

    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    layyinul_harir

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #14 27 March, 2010, 09:55:01 PM
  • Publish Di FB
  • salam..
    masa sekolah dulu,ustazah ada ckp,kalau kita nak buat solat sunat,kita qada'lah solat fardu dulu..sbb itulah yg ALLAH tgk dulu..wallaua'lam..

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #15 11 November, 2010, 03:24:46 PM
  • Publish Di FB
  • SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

    Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

    Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

    Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

    Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

    Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

    Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

    Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

    Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

    Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

    Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

    Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

    Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

    Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

    wingcomx

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #16 26 March, 2011, 07:01:47 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum
    saya nak tanya selama ini saya solat dengan menyangka perbuatan menoleh ke kanan semasa memberi salam pertama dalam solat adalah rukun atau wajib, tetapi baru-baru ini saya dapat tahu yang ia adalah sunat, soalan saya wajibkah saya qada' solat saya sebalum ini kerana tidak tahu akan perkara tersebut. adakah solat saya tidak sah?

    D_humaira

    • *
    • Posts: 268
      • View Profile
    Jawab #17 26 March, 2011, 07:12:25 PM
  • Publish Di FB

  • 1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

    2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

    3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

    4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

    5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    nisa_aj

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Jawab #18 05 April, 2011, 06:44:31 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    saya konfius la..dlm al-quran xder pulak terangkan pasal qada sembahyang tp sekarang ader ramai yang qada sembahyang kalo dorang tertinggal solat...contohnyer pegi tgk wayang,lepastue terlajak asar la katakan...masa maghrib wat solat maghrib n qada asar tadik...boleh ke x ek....nak tau gak

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1150
      • View Profile
    Jawab #19 05 April, 2011, 08:00:20 PM
  • Publish Di FB
  • hutang dengan manusia lagikan perlu dibayar...inikan pula hutang dengan ALLAH...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    12251 Views
    Last post 23 September, 2010, 01:27:36 PM
    by ibnushams
    39 Replies
    29459 Views
    Last post 09 April, 2014, 09:08:24 PM
    by amru
    7 Replies
    934 Views
    Last post 22 November, 2013, 11:51:54 PM
    by Saya Hamba