Aurat -Sembahyang- Mengikut Pendapat Mazhab

*

Author Topic: Aurat -Sembahyang- Mengikut Pendapat Mazhab  (Read 8291 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2095
    • View Profile
05 April, 2008, 10:25:40 PM
  • Publish
  • Menutup Aurat

    Definasi aurat dari segi bahasa ialah kekurangan. Dari segi syara' ialah sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.

    Pengertian pertama daripada segi syara' ialah berkaitan dengan sembahyang. Menurut pendapat jumhur ulama', disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika berada bersendirian di dalam gelap.

    Menurut pendapat ulama' Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai. Begitu juga ketika berseorangan, menurut pendapat yang shahih daripada mazhab itu. Justeru itu, tidak harus jika dilakukan sembahyang ketika berseorangan secara bertelanjang, sekaliun ia dalam rumah yang gelap gelita sedangkan terdapat pakaian yang bersih.

    Wajib menutup aurat ketika bersembahyang dan juga pada masa-masa lain sekalipun ketika berada berseorangan, melainkan jika perlu seperti untuk mandi, buang air besar dan berintinjaa'.

       Dalil yang mewajibkan menutup aurat ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
             "...Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang)... ."
                                                                      
    (Surah al-A'raaf 7:31)
    Menurut Ibnu Abbas. "Apa yang dikehendaki di sini ialah pakaian ketika sembahyang." Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
       
            "Wahai Asmaa', orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini".
       
    Baginda Rasulullah s.a.w. pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.
    Menurut ijma' ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada waktu sembahyang atau tidak.

    Bersambung...

             # Salinan Kitab Fiqhul Mazaahib
                Harap tidak bertanya dan menambah posting di sini. Ini adalah salinan untuk Maktabah Halaqah. Jika ada soalan/pertanyaan sila ke board soal-jawab.

    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2095
      • View Profile
    Reply #1 08 April, 2008, 11:18:21 AM
  • Publish
  • Syarat Penutup Aurat

       (a) Tebal dan Tidak Jarang

    Wajib menutup aurat dengan kain tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya. Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka tidak sah bersembahyang dengannya, kerana tidak tercapai tujuan menutup aurat.

    Sebaliknya, sekiranya kain itu boleh menyembunyikan warna kulit, tetapi membayangkan bentuk dan ukuran tubuh badan, maka sah bersembahyang dengannya kerana ia tidak dapat dielakkan sekalipun memakai kain tebal. Walaubagaimanapun, menurut pendapat ulama' Syafi'i, kain seperti itu makruh dipakai oleh orang perempuan dan khilaf al-Awla bagi orang lelaki.

    Menurut pendapat ulama' Syafi'i, syarat penutup islah sesuatu yang tidak menjelaskan warna kulit, sekalipun menggunakan air yang keruh atau tanah. Tetapi tidak boleh menggunakan selubung yang sempit dan keadaan gelap sebagai penutup aurat. Menurut pendapat mereka juga, penutup mestilah suci.

    Menurut ulama' Maliki jika penutup itu boleh menjelaskan apa yang di bawahnya, maka ia dikira seperti tidak menutup aurat. Tetapi jika membayangkan apa yang dibawahnya, maka dikira sebagai makruh.



    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2095
      • View Profile
    Reply #2 17 April, 2008, 11:11:42 AM
  • Publish
  •          (b) Maksud Menutup Aurat di Kalangan Ulama'

             Ulama' Syafi'i dan Hanbali berpendapat hendaklah meliputi semua bahagian yang perlu ditutup, secara berpakaian atau seumpamanya. Tidak memadai menggunakan selubung yang semit dan keadaan gelap sebagai penutup aurat.
     
             Menurut ulama' Hanafi dan Maliki memadai dengan keadaan gelap sebagai penutup aurat ketika darurat. Ini disebabkan menurut pendapat mereka, yang wajib ialah menutup aurat daripada penglihatan orang lain sekalipun penutupan itu dari segi hukum sahaja seperti tempat gelap bukanlah menutup aurat daripada pandangan matanya sendiri, sebagaimana yang difatwakan.

             (c) Cara-cara Penutupan Aurat Yang Dituntut

             Di kalangan ulama' Hanafi dan para fuqaha' lain, yang dituntut ialah menutup sekeliling aurat. Maka tidak wajib menutup di sebelah bawah atau bahagian baju. Oleh itu, sah sembahyang di atas kaca yang menampakkan semua yang terdapat di sebelah atasnya.

             Jika terdapat sesuatu yang boleh menutup sebahagian aurat sahaja, maka wajib menggunakannya untuk menutup aurat, sekalipun dengan tangan sebagaimana pendapat yang asah di kalangan ulama' Syafi'i kerana tercapai tujuan menutup aurat. Sekiranya mencukupi untuk menutup dua kemaluan sahaja maka wajib ditutupkannya. Jika penutup itu hanya cukup untuk kedua-dua kemaluan hadapannya dahulu dan kemudian barulah kemaluan belakang menurut ulama' Syafi'i. Sebaliknya, menurut ulama' Hanafi dan Maliki, hendaklah diutamakan menutup kemaluan belakang dan kemudian barulah kemaluan hadapan. Wajib dikancingkan butang baju atau mengikat di tengah-tengah baju jika boleh menampakkan aurat ketika ruku' atau lain-lain lagi.

    Sembahyang Menggunakan Pakaian Yang Haram


    Menurut pendapat ulama' Maliki dan Syafi'i sah sembahyang dengan menggunakan pakaian yang haram tetapi penggunaannya haram.
         
            Menurut pendapat ulama' Hanafi, sembahyang menggunakan pakaian tersebut adalah sah, tetapi penggunaan pakaian itu adalah makruh tahriim kerana tidak diharuskan memakainya seperti hukum memakai sutera bagi orang lelaki dan berdosa seperti hukum sembahyang di atas tanah yang dirampas tanpa keuzuran.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2095
      • View Profile
    Reply #3 17 April, 2008, 05:23:12 PM
  • Publish
  •    Menurut pendapat ulama' Hanbali, tidak sah sembahyang menggunakan benda yang haram seperti pakaian yang diperbuat daripada sutera, atau sembahyang di atas tanah yang dirampas sekalipun dirampasnya itu faedahnya atau sebahagian daripadanya, atau sembahyang menggunakan pakaian yang dibeli  dengan semua wang haram atau setengah daripada wang itu sahaja haram atau sembahyang dengan memakai cincin emas. Ini semua jika ia mengetahui tentang pakaian itu dan tidak lupa berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ahmad daripada Ibn Umar:


    Terjemahan: Sesiapa membeli pakaian denganharga 10 dirham, sedangkan satu dirham daripadanya adalah wang haram, nescaya Allah S.W.T. tidak menerima sembahyangnya selagi pakaian itu dipakainya.

            Kemudian beliau memasukkan dua jarinya ke dalam dua lubang telinga dan berkata, "Tulilah kedua-dua telinga ini jika Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersabda demikian.

    bersambung...

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #4 17 April, 2008, 05:54:55 PM
  • Publish
  • Quote
    Sembahyang Menggunakan Pakaian Yang Haram

    Menurut pendapat ulama' Maliki dan Syafi'i sah sembahyang dengan menggunakan pakaian yang haram tetapi penggunaannya haram.
         
            Menurut pendapat ulama' Hanafi, sembahyang menggunakan pakaian tersebut adalah sah, tetapi penggunaan pakaian itu adalah makruh tahriim kerana tidak diharuskan memakainya seperti hukum memakai sutera bagi orang lelaki dan berdosa seperti hukum sembahyang di atas tanah yang dirampas tanpa keuzuran.

    ustaz,
    maaflah tak berapa faham. Kenyataan macam bercanggah sikit.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2095
      • View Profile
    Reply #5 17 April, 2008, 07:09:23 PM
  • Publish
  • kat mana kelirunya akhi... boleh tolong perincikan...

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #6 18 April, 2008, 09:15:57 PM
  • Publish
  • Rujuk kepada penggunaan oleh mazhab syafi'e.
    macam ana kena rujuk tu sebab solat ikut mazhab syafi'e.
    Yang menjadi kurang faham tentang memakai yang sudah ternyata haram tu tentunya tidak sah sembahyang.(ini kenyataan saya)

    maaf ustaz, cuma kalau ustaz boleh terangkan supaya ana lebih faham.
    kalau ada contoh lagi baik agaknya..

    m_husna

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Reply #7 25 June, 2008, 01:58:05 PM
  • Publish

  •         "Wahai Asmaa', orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini".
       
    Baginda Rasulullah s.a.w. pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.
    Menurut ijma' ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada waktu sembahyang atau tidak.


    ustaz benar kah ada pengecualian dlm solat skrg, di mana pmpuan dibolehkan utk menampakkan pgelangan tangannya ?

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2095
      • View Profile
    Reply #8 25 June, 2008, 02:51:22 PM
  • Publish
  • Memang bahasa kita bila diterjemahkan perkataan 'kaffain' bermaksud dua tapak tangan.

    Sebab yang dimaksud dengan al-kaffaini adalah tapak tangan, mencakup bagian dalam (bathinul kaff) dan juga bagian luar atau punggung (zhahirul-kaf). Sedangkan apabila diterjemahkan dengan telapak tangan, maka yang dimaksud hanya bagian dalam tapak tangan saja.

    Penerjemahan yang tepat adalah tapak tangan yang mencakup bagian dalam dan luarnya. Sehingga batas mulainya aurat adalah pada pergelangan tanganya (ar-risghu).

    Dengan demikian, ketika ada seorang wanita shalat dengan terlihat punggung tangannya, belum termasuk terlihat auratnya. Sebab punggung tangan bukan termasuk aurat, jadi memang boleh terlihat.

    Boleh baca seterusnya di sini.
    http://www.eramuslim.com/ustadz/shl/6510195043-punggung-tangan-terbuka-ketika-sholat.htm

    Keterangannya sebagaimana berikut;

    Assalamu'alaikum,

    Pak ustadz, saya sering melihat perempuan ketika sedang sholat kelihatan punggung tangannya dari pergelangan tangan sampai jarinya), apakah itu diperbolehkan?

    Yang saya tahu, kalau perempuan sedang sholat itu semuanya harus tertutup kecuali muka dan telapak tangan. Apakah punggung tangan yang saya maksud itu juga termasuk telapak tangan? Apakah ada contoh atau haditsnya bahwa punggung tangan boleh terlihat ketika sholat? Terima kasih banyak atas jawaban ustadz.

    Siti Maryam
    izma
    Jawaban

    Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabaraktuh,

    Para ulama secara mayoritas telah bersepakat berdasarkan dalil-dalil yang ada untuk menetapkan bahwa batas aurat seorang wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Dalam bahasa arab, disebutkan jami'u badaniha illa al-wajha wal kaffaini (seluruh tubuhnya kecuali wajah dan dua tapak tangan).

    Mungkin yang jadi titik masalah di sini adalah tentang istilah telapak tangan. Dalam bahasa Indonesia, kalau al-kaffaini diterjemahkan sebagai telapak tangan, sebenarnya bukan penerjemahan yang tepat. Sebab yang dimaksud dengan al-kaffaini adalah tapak tangan, mencakup bagian dalam (bathinul kaff) dan juga bagian luar atau punggung (zhahirul-kaf). Sedangkan bila diterjemahkan dengan telapak tangan, maka yang dimaksud hanya bagian dalam tapak tangan saja.

    Penerjemahan yang tepat adalah tapak tangan yang mencakup bagian dalam dan luarnya. Sehingga batas mulainya aurat adalah pada pergelangan tanganya (ar-risghu).

    Dengan demikian, ketika ada seorang wanita shalat dengan terlihat punggung tangannya, belum termasuk terlihat auratnya. Sebab punggung tangan bukan termasuk aurat, jadi memang boleh terlihat.

    Sebagai sebuah perbandingan, mungkin anda masih ingat bahwa seorang wanita yang hendak dilamar diperbolehkan memperlihatkan wajah dan kedua tapak tangannya. Tentu bukan hanya bagian dalamnya saja yang boleh dilihat, tetapi punggung tangannya termasuk yang boleh dilihat juga. Sebab punggung tangan memang bukan termasuk aurat.

    Khilaf Para Ulama Tentang Batasan Aurat Wanita dalam Shalat

    Sebenarnya kalau mau lebih diperdalam lagi, masih bisa kita dapati beberapa perbedaan sederhana dari pandangan para ulama tentang batasan aurat wanita dalam shalat. Beberapa di antaranya yang dapat kami sebutkan di sini antara lain:

    a. Mazhab Hanafiyah

    Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali bathinul kaffaini (bagian dalam tapak tangan) dan dzahirul qadamaini (bagian luar tapak kaki). Maka shalat dengan terlihat bagian dalam tapak tangan hukumnya boleh. Sebagaimana bolehnya terlihat kedua tapak kaki bagian luar hingga batas mata kaki.

    b. Mazhab Malikiyah

    Dalam mazhab ini ada dua macam aurat, yaitu mughalladzah (berat/besar) dan mukhaffafah (ringan/kecil). Aurat mughalladzah batasnya antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat mukhaffafah antara seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan luar dan dalam.

    Kemudian batasan itu dikaitkan dengan hukum batalnya shalat lantaran terbukanya masing-masing jenis aurat ini. Bila yang terbuka aurat mughalladzah, shalatnya batal dan dia harus mengulangi shalatnya dari awal lagi. Hal itu seandainya dia mampu menutupnya tapi membiarkannya saja.

    Sedangkan bila yang terbuka aurat mukhaffafah, shalatnya tidak batal, meskipun membiarkannya hukumnya haram atau makruh. Dan dia pun tidak harus mengulang shalatnya, hukumnya sebatas mustahab (dianjurkan) untuk mengulangi shalat seandainya waktunya masih tersisa.

    c. Mazhab Asy-Syafi'i

    Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan, dzhahiruhma wa bathinuhuma. Maksudnya yang bukan termasuk aurat adalah wajah dan kedua tapak tangan baik bagian dalam maupun bagian luar. Maka shalat dengan terlihat wajah dan kedua tapak tangan bagian dalam dan luar hukumnya boleh, karena bukan termasuk aurat.

    d. Mazhab Hambali

    Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali hanya wajahnya saja. Sedangkan kedua tapak tangan baik bagian dalam tapak tangan bagian luarnya termasuk aurat. Maka di dalam shalat yang boleh terlihat hanya wajahnya saja, sedangkan tapak tangan luar dalam termasuk aurat yang wajib ditutup.

    Wallahu a'lam bishshawab wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabaraktuh,
    Ahmad Sarwat, Lc.


    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #9 04 January, 2009, 07:36:13 PM
  • Publish
  • Aurat solat yg ustaz tunjuk ajar ni jelas.
    Alhamdulillah.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #10 14 January, 2009, 10:17:44 PM
  • Publish
  • Yang menjadi kurang faham tentang memakai yang sudah ternyata haram tu tentunya tidak sah sembahyang.(ini kenyataan saya)

    Menurut ana, pernyataan kitab tersebut benar...memang tetap sah solat, karena pemakaian sesuatu yang diharamkan berada di luar kegiatan solat itu sendiri (yaitu tidak tergantung pada syarat dan rukun solat tersebut)...sedangkan memakai pakaian yang haram itu diharamkan hanya dari segi pemakaian tersebut, tidak sampai pada pekerjaan solat...contoh pakaian yang diharamkan adalah baju yang dighasab atau dicuri...Pendapat al-Jaziri ini dinukil dari kitab2 Syafi'iyyah seperti Tuhfah, Nihayah dan lain2.

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    208 Replies
    33311 Views
    Last post 14 August, 2014, 09:11:15 AM
    by al-baab
    42 Replies
    9883 Views
    Last post 13 November, 2013, 07:51:20 AM
    by afiQoh
    57 Replies
    13270 Views
    Last post 19 January, 2014, 11:34:50 AM
    by pancingming