Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah - Page 6

*

Author Topic: Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah  (Read 25541 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #100 28 November, 2010, 12:27:30 PM
  • Publish
  • tak pernah pun ada yang salah..kehadiran mereka ada hikmah yang Allah nak tunjuk...sejahat mana pun mereka, pedih dan terluka hati kita...ada pengajaran yang Allah nak kita belajar...pengalaman mendewasakan...bukan usia...
    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu
    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan
    Berikan secebis keinsafan
    Bekalan sepanjang perjalanan
    Mencari ketenangan

    Reply #101 28 November, 2010, 12:33:28 PM
  • Publish
  • jumpa orang yang salah?

    sebab kita duk ingat kita ni betul sangat kot!
    kita syarah kata kita terbaik?
    kita ngaku dengan kawan kawan, kita larang kawan kawan ber maksiat, dengan sinis?

    selalunya, apa yang  kita niatkan, dalam hati kecil kita itulah, Allah membukan peluang peluang kita menghadapinya

    contoh, awak mintak lelaki yang baik
    bolehkah kenal, kebaikan

    jumpa yang jenis 'white collar criminal' pun nampak baik sahaja luarannya
    cassanova juga baik luarannya
    romeo juga baik luarannya

    jadi tak salah orang yang kita jumpa tu

    sebaiknya, perbetulkan niat dari dalam diri kita tu
    berserahlah Allah, Allah mahukan kita menjadi manusia yang Ikhlas

    Ikhlas, bertemu dan berpisah, tak menaruh hati kepada peribadi
    kecuali, suka kepada dia, kerana Allah

    Inshallah, Subhanallah

    Reply #102 17 April, 2011, 07:59:00 AM
  • Publish
  • apakah jenis usaha yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari menemui musibah kedua setelah menemui kegagalan pada kali yang pertama?

    Reply #103 20 April, 2011, 09:19:41 PM
  • Publish
  • Mudah sahaja sofeahoney.. Bertaubat, kembali kepada Allah. Taati perintah Allah dan Rasul, ibu dan bapa. Jaga hati, jangan terpedaya dengan tipudaya syaitan. Jangan HAMPIRI zina, (bukan jangan berzina, ya tapi hampiri pun tak boleh) tundukkan pandangan (bukan jangan berpegangan tangan ya, berbalas-balas pandangan pun tak boleh).

    Dah buat semua step kat atas tu, tapi masih ada muslimin nak 'test power mengayat'? Suruh aja dia masuk meminang. Nak kenal2, nak bercinta, lepas nikah ja. InsyaAllah sofea akan temui dengan muslimin yang benar2 ikhlas ingin mengangkat martabat sofea sebagai isteri. Tak mengapa sofea bertemu bermacam kerenah sepanjang mencari jodoh. Banyakkan bersabar, serahkan semuanya kepada Allah s.w.t

    wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #104 21 April, 2011, 08:26:48 AM
  • Publish
  • Setelah kegagalan pertama...rasa diri tak boleh bangun lagi..
    Namun kerana setipis iman dalam diri...ku gagahkan jua demi kehidupan yang ibarat roda...
    Senyuman ibu sentiasa jadi peneman....doa pada Allah sentiasa setiap saat...
    Untuk bertemu dengan yang terbaik...kita akan melalui perjalalan yang sangat pahit...
    Aku merasainya...kerana itulah aku tahu rasanya...Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang berlaku... Aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan lelaki yang hadir dalam hidup ini..semuanya hanya pengajaran semata.... Tapi ku mohon pada Allah biarlah 'dia' ini yang terakhir.....kerana aku sudah sangat letih dengan permainan duniawi ini..'Dia mungkin dapat membimbing aku'...Amin...
    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

    Reply #105 21 April, 2011, 08:37:19 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah an-nisae.. Banyakkan bersabar. Semua perjalanan mencari jodoh yang sangat perit, menyakitkan hati, penuh ujian, ranjau dan dugaan. Jadikan panduan sebagai dalam menempuh kehidupan berumahtangga kelak. Medan perjuangan yang sebenar alam bercinta akan terserlah setelah akad nikah. Moga pengalaman silam itu membuatkan kita sangat menghargai ikatan pernikahan yang dianugerahkan buat kita.

    Usah terlalu mengharap yang terbaik, kerana kita akan kecewa. Bersedialah untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Bersedia untuk menerima jika pasangan yang diharapkan dapat membimbing tetapi, tidak mampu membimbing. Perjalanan mencari jodoh yang berliku, moga menyedarkan kita, 'kita takda apa-apa selain Allah sebagai tempat bergantung. Jodoh pun kita tak boleh tetapkan untuk diri sendiri'

    wallahua'lam.

    Reply #106 21 April, 2011, 03:07:04 PM
  • Publish
  • Tapi ku mohon pada Allah biarlah 'dia' ini yang terakhir.....kerana aku sudah sangat letih dengan permainan duniawi ini..'Dia mungkin dapat membimbing aku'...Amin...

    Usahlah bertapi² lagi.. seperti masih dalam keadaan ragu pula.. Jika Puan telah menyerahkan kepada Allah, buatlah segalanya kerana Allah.. Lakukan setiap tindakan kamu semata-mata dari Allah, kerana Allah dan Untuk Allah..

    Sekian..

    Reply #107 21 April, 2011, 03:23:19 PM
  • Publish
  • Salam,

    antum perlu faham kadang2 Allah lebih memahami hambanya..ini semua ujian, bersabarlah. Allah berfirman :

    " Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu adalah baik, dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu buruk untuk kamu " - surah al baqarah ayat 216 -

    kemudian kita perlu faham kenapa semua bende itu terjadi.. Apa peranan kita hidup di dunia kalau bukan untuk di uji ?

    ‎"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." [Al Mulk: 2]

    Oleh itu istiqomah dan memohon doa kepada Allah untuk masa2 akan datang... Mohon limpah kurnia kebaikan selalu. Wallahu'alam

    Reply #108 21 April, 2011, 03:27:53 PM
  • Publish
  • Iya, Sebagai Seorang Muslim, Apabila mendengar akan kekuasaan Allah, Mereka yang letih akan kuat kembali.. Yang sedang kuat akan bertambah kuat akibat dari keyakinan tuh.. Itulah Iman..

    Puan renungkanlah..

    Reply #109 21 April, 2011, 03:39:30 PM
  • Publish
  •  :)
    Jazakillah ukhty...
    kadang -kala Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan, tapi Dia memberikan apa yang kita perlukan.
    Bertemu dengan orang yang salah dapat memberikan kita pengajaran, betapa alpanya kita melupai cinta kepada-NYA...

    Reply #110 21 April, 2011, 04:04:57 PM
  • Publish
  • MEMANG ALLAH SENGAJA.....

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat menjadi penilai yg baik.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
    sentiasa mengharapkan pertolongan
    ALLAH.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS
    UNTUK DIRI KITA.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
    PENYAYANG kerana mengingatkan kita
    bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
    untuk kita dan kehidupan kita pada
    masa depan...

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    dapat mengutip pengalaman yg tak semua
    orang berpeluang untuk mengalaminya.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita jadi
    MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
    HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

    memang ALLAH sengaja menemukan kita
    dengan orang yg salah supaya kita
    LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
    SELAMANYA KEKAL...

    RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA.........

    disaat diri hampir hilang arah....
    dunia tersa kelam...
    sy terbaca kata-kata diatas, lalu.... mengalir air mata
    syukur Ya Allah...
    KAU berikn aku kekuatan,


    Reply #111 21 April, 2011, 04:18:07 PM
  • Publish
  • Terima kasih semua....

    Saya tidak mengharapkan apa2...segala urusan biarlah Allah yang tentukan..
    Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...
    Allah pemilik cinta yang ada di hati saya...Allah yang berhak keatas semua milikNya....

    Reply #112 21 April, 2011, 04:45:33 PM
  • Publish
  • an_nisae....
    bersabarlah... kerna sabar itu penawar kepada segala masalah. saya percaya, an_nisae sorang wanita yg tabah, cekal dan punya semangat yg kental. Tersentuh hati saya apabila baca kata-kata an_nisae kt sini.
    Menitis air mata.... kerna saya juga sudah letih & penat dengan lelaki yang sy temui. Lakonan sudah sebati dalam diri mereka, akhirnya kita yg sengsara... hati ini lebih terluka bila org yang saya percaya, yg saya sanggup korbankn perasaan sendiri semata-mata untuk kebahagiaan dia, tikam saya dari belakang. Dan amat terkilan sekali kerna orang itu adalah kaum hawa seperti kita. Saya pasrah atas segalanya.... biarpun hampir setiap hari air mata ini menitis kerna dia, namun saya kumpulkan kekuatan yang masih ada demi meneruskan hidup yang entah sampai bila ini.... hari-hari yang dilalui sekarang amat perit. tidak mudah untuk saya lupakan segala kenangan bersamanya.

    Reply #113 21 April, 2011, 05:04:56 PM
  • Publish
  • Tidakkah jiwamu akan tenang dengan hanya mengingati ayat-ayat Allah swt?


     Allah berfirman yang bermaksud:
    'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Dalam Surah Ali Imran:ayat; 200)

    Maka cukupkanlah bagimu hanya Allah segala-galanya tempat mengadu dan merintih
    paling baik Allah swt sebagai wakil pelindung/penolongmu...
    agar tidak akan menambahkan luka hati  kealiran darah...
     :ins: Syifa' penawar bagimu.. :aamiin:
    Nauzubillahiminzalik..
    .
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #114 21 April, 2011, 06:05:34 PM
  • Publish
  • Tidakkah jiwamu akan tenang dengan hanya mengingati ayat-ayat Allah swt?


     
    Maka cukupkanlah bagimu hanya Allah segala-galanya tempat mengadu dan merintih
    paling baik Allah swt sebagai wakil pelindung/penolongmu...
    agar tidak akan menambahkan luka hati  kealiran darah...
     :ins: Syifa' penawar bagimu.. :aamiin:
    Nauzubillahiminzalik..
    .

    betul tu halawah, jiwa akan tenang hanya dengan mengingati ayat-ayat Allah...
    hanya Dia yang tahu segala isi hati dan perasaan kita, lantaran itu... dekatkanlah diri kepada Allah...
    Hanya Dia yg layak menjadi pelindung jua penolong kepada kita
    setiap apa  yg terjadi adalah dengan izinNya jua....


    Reply #115 21 April, 2011, 07:04:54 PM
  • Publish
  • terima kasih kepada ummu fatimah atas nasihat yang diberikan itu.......saya hargai kata-kata ummu faitimah dan insya allah akan saya isrtiqamah melaksanakannya....hanya insan-insan yang pernah mengalami kekecewaan itu sahaja yang dapat menyelami perasaan masing-masing seperti sha ira dan an nisaie....mungkin pengalaman mereka tidak sama seperti yang saya hadapi tapi sedikit-sebanyak akibat dari kekecewaan yang mereka alami hampir sama seperti yang sedang saya hadapi sekarang ini....

    Reply #116 21 April, 2011, 07:11:10 PM
  • Publish
  • Jangan melatah bila bermasalah hati dan perasaan ketika beCINTA
    bersyukurlah..sebab masih belum berKAHWIN masalah tu datang..
    fikirkan macam mana perempuan yg dah berkahwin yg mengalami masalah hati dan perasaan seperti ni???
    ia lebih menusuk jauh ke dalam hati..dan melemahkan urat nadi
    Bukan macam orang laki boleh kahwin lebih..
    dan memang patut perempuan tak boleh kahwin lebh, kerana perempun itu emosi..
    tetapi lelaki solusi...(kecuali yg ikut hawa nafsu dan nafsi2)
    Percaturan Allah itu maha baik..terbaik..
    jadi bersyukurlah..
    jangan banyak membazirkan air mata kepada benda yang tak patut..
    perasaan cinta itu patut dan lumrah..
    tetapi kepada siapa diberikan tu perlu dilhat kepatutannye..
    tiada couple sebelum kahwin..
    dan thread ini lebih sesuai dengan tajuk ''Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yg Bukan Seperti yg Kita Hajatkan''
    the word 'SALAH' is too unpleasant..
    kerana percaturan Allah tidak pernah salah..
    Percaturannya itu tepat sekali@betul tetapi didatangkan dalam bentuk ujian..
    tetapi sedikit sekali yg mengambil iktibar..
    Ia bukan 'salah'...
    'Ujian' yg 'betul' itu membawa kita kepada yg lebih betul dan tepat..
    renung2kan dan selamat beramal..
    zuuuppp~~~
    « Last Edit: 21 April, 2011, 07:15:20 PM by D_humaira »
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    Reply #117 21 April, 2011, 09:25:50 PM
  • Publish
  • Sofea, perjalanan saya dalam bertemu jodoh juga bukanlah semudah petik jari terus nikah. Sama juga ceritanya, putus cinta, difitnah, diserang dan entah apalah lagi yang saya pun berjuang hebat nak melupakannya. :senyum:. Biasalah tu, tiap orang tak sama ujiannya. Tenang ja hadapi semuanya, hidup di dunia cuma sementara. Bila rasa menderita hidup kat dunia, takut2lah kalau menderita kat akhirat juga. Setiap orang buat dosa, sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat. Cukuplah seorang itu berdosa, apabila tidak merasa dirinya berdosa..

    Tak mengapa kita merasa pahitnya putus cinta dijalan yang haram, itu lebih baik dari kita terus terleka tanpa berusaha menggapai cinta Ilahi. Masih belum terlambat untuk kita sama-sama mencari harga diri kita yang sangat mahal sebagai hamba Allah.

    Wallahua'lam.

    Reply #118 22 April, 2011, 02:58:40 PM
  • Publish
  • sofea...
    Degup jantung seseorang seakan-akan berbicara kepadanya bahawa sesungguhnya hidup ini terdiri dari minit-minit dan detik-detik. Adakalanya kita berasa dah penat sangat... letih... dengan ujian Dia. Tertanya-tanya sendiri "kenapa Allah pertemukan aku dengan dia? Kan bagus kalau aku tak kenal dia". Sedar atau tidak, sebenarnya kerana dipertemukan dengan orang macam itulah hati kita lebih tabah, kuat semangat, secara tidak langsung juga, kita akan lebih dekat kepada Allah. Jangan sekali-kali sofea benci dia. Ingatlah, tiada manusia yang sempurna selain Nabi. Kita semua hanya insan biasa yg punyai kekurangan jua kelemahan. Sama-sama perbaiki diri dalam mencari keredhaan Allah, bukan mencari kesalahan dek kerna kekecewaan. Allah itu maha mendengar doa orang yang teraniaya. Jangan menghukum kesilapan dia... soal hukuman, serah saja kepada Allah. Hanya Dia yang maha Adil.... betul, hati kita sakit...perit...pedih...hancur bagai tidak dapat dicantum semula. Namun... yakin dan percayalah kepada janji dan balasan Allah.

    ukhwah fillah abadan abada

    Reply #119 22 April, 2011, 03:25:12 PM
  • Publish
  •  :)
    Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...yakinlah dengan janji Allah.. Jadikan kesilapan hari ini sebagai penyuluh hari esok. Kerana dia yang salah lah aku kini semakin tabah... terima kasih kerana tidak bersama diriku.... Alhamdulillah..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    32 Replies
    5472 Views
    Last post 21 April, 2011, 08:30:48 AM
    by An_Nisae
    15 Replies
    2668 Views
    Last post 23 May, 2011, 07:47:34 AM
    by faa zahra
    24 Replies
    3318 Views
    Last post 19 October, 2011, 04:17:04 PM
    by adi-tok pulau m