Sejarah Uthmaniyah

Author Topic: Sejarah Uthmaniyah  (Read 13065 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

uswah teladan

  • *
  • Posts: 235
    • View Profile
18 March, 2008, 11:16:51 PM
  • Publish Di FB


  • Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era pemerintahan Sultan Suleyman I (1520 – 1566). Ketika itu pemerintahan Uthmaniyyah mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia. Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan Suleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa dunia:

    “Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman beta. Beta adalah Süleyman, yang namanya dibacakan di dalam Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine, beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk. Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan tanah Moldavia”.

    Walau bagaimana pun, selepas berlakunya peperangan yang berterusan, kesatuan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah, pengkhianatan kerajaan Safavid Syiah di Iran dan pelbagai lagi faktor, keperkasaan Uthmaniyyah mula merintis graf menurun.

    Punca Kemerosotan Turki Uthmaniyyah

    Sebab-sebab yang membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Uthmaniyyah adalah pelbagai, namun semuanya terangkum di dalam satu kenyataan iaitu, “menjauhkan diri dari kepatuhan kepada Syariat Allah dan menghukum dengannya”. Ia dapat dilihat di pelbagai sudut seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

    Hal inilah yang mengundang musibah sebagaimana yang telah pun diperingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:

    “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga supaya jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (An-Noor 24: 63)

    Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Othmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

    Hal ini berlaku seiringan dengan kebangkitan musuh Othmaniyyah, sama ada di Barat, mahu pun Timur seperti kerajaan Safavid Syiah di Iran. Pada tahun 1599, Shah Abbâs dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.

    1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.

    Akan tetapi amat menarik untuk kita meneliti, apakah perbalahan tentang isu yang cuba diketengahkan oleh seminar ini pernah berlaku di era Othmaniyyah. Pernahkan masyarakat Othmaniyyah ‘diganggu’ oleh pertembungan pandangan di antara Salaf dan Khalaf? Seandainya ya, apakah pelajaran yang boleh kita pelajari daripadanya?

    Sumber:
    http://tamansejarah.blogspot.com
    « Last Edit: 18 March, 2008, 11:20:46 PM by uswah teladan »

    m_husna

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #1 24 June, 2008, 10:04:09 PM
  • Publish Di FB
  • tambah2 lagi adanya kpimpinan Kamal Attartuk.. yahudi yg btopengkan Islam. smua msyrkt tertipu. sbb ingin mgenangkan jasa si kamal tu yg pernah bangunkan negara Islam, mereka tunduk pd pemerintah. smpai xsedar Islam yg asal tu bagaimana.wallahu'alam.

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #2 24 June, 2008, 10:09:26 PM
  • Publish Di FB
  • mengimpikan semula kebangkitan Islam.
    Bermula dari diri kita dalam mengusahakannya sambil memohon pertolongan dari Allah.

    Andai kata Islam kembali bangkit, nescaya tiada lagi masalah2 yang bertentangan dengan ajaran Islam.
    musuh Islam akan menjadi takut ; itulah yang sebenarnya.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    taufiq_muslim

    • *
    • Posts: 26
    • Iqra-sebutlah "'tuhan kami ialah Allah"
      • View Profile
    Jawab #3 21 August, 2008, 06:35:38 PM
  • Publish Di FB
  • jadi... macam mana kita nak usahakan kebangkitan Islam itu..
    macammana Nabi SAW usahakan, begitulah kita juga perlu usahakan..
    Nabi SAW tegakkan Islam dengan susah payah..
    kita pun perlu tegakkan Islam dengan susah payah..
    saya nak tanyalah kepada siapa yang tahu..
    macam mana Nabi SAW usaha tegakkan agama?
    saya budak baru belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan,
    kalau betul fikir-fikirkan...

    hariz amir

    • *
    • Posts: 40
      • View Profile
    Jawab #4 14 December, 2009, 03:27:19 PM
  • Publish Di FB
  • Sesungguh nya benarlah firman allah...bahawa kita sememangnya lalai.......

    Setelah lama kerajaan islam mengalami kegemilangan..mereka mulai lupa dan alpa...mereka berfoya-foya...sehingga tidak menyedari...pihak barat dan yahudi ingin menghancur kerajaan turki uthmaniah....Rancangan mereka sungguh licik....orang yg bertanggung jawab yg menjatuhkan empayar Islam ialah  Mustafa Kamal Artartuk....Sesungguhnya ramai yg tidak tahu bahawa Mustafa Kamal ini adalah seorang YAHUDI...Seseungguhnya di dalam negara turki terdapat golongan yahudi yg Islam pada zahir nya tapi mengamalkan ajaran yahudi senyap-senyap.......

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #5 05 February, 2010, 05:42:01 PM
  • Publish Di FB
  • begitu la teknik2 orang2 kafir,

    mereka tau, penentangan secara keras tidak akan berjaya,

    lantas mereka mengatur suatu perancangan yang sangat licik sehingga apa yang berlaku sekarang nie pun kerja mereka,

    selicik-licik mereka, ALLAH lagi licik,

    saya setuju dengan komen saudara taufiq
    kita harus mencontohi cara Nabi SAW kita untuk mengembali kan kegemilangan era islam tersebut

    semoge kita berjaya,...

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #6 06 February, 2010, 08:54:34 AM
  • Publish Di FB
  • Sementara sebahagian besar negara-negara Arab terdedah pada kelemahan dan bertengkar di antara satu sama lain tehadap pelbagai isu, Turki dengan perlahan, tapi pasti, menegaskan dirinya sebagai kekuatan terkemuka di Timur Tengah, selain Israel dan Iran. Turkey khususnya di bawah pemerintahan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah dan berterusan dalam mengambil langkah-langkah yang lantang dalam memperluaskan pengaruhnya ke timur,  sambil bersedia untuk medapatkan gelaran bertuah sebagai ketua negara bagi dunia
    muslim sunni.

    Rakyat Turki mengisi kekosongan psikologi strategik tetentu di Timur Tengah, terutamanya di tanah Arab.

    Yang pasti, kekosongan ini tercipta kebanyakannya akibat daripada kemerosotan pengaruh kekuatan Arab tradisional, seperti Mesir, yang telah menjadi seperti kaku, sebuah entiti tanpa tujuan, hasil dari menjadi alat yang lumpuh kepada Amerika Syarikat.

    Peningkatan berterusan status Turki di wilayah serantau merupakan kisah kejayaan sebenar, yang boleh dilihat sebagai teladan bagi negara-negara lain.

    Turki Yang Mula Terbit.

    Benar, ketika AKP berkuasa pada tahun 2002 melalui peti-peti suara, bukan melalu politik kotor, seperti yang sering berlaku di sebahagian besar negara-negara Arab lain, ia berusaha dengan tenang dan bijaksana untuk  menangani sebahagian punca masalah kronik yang sentiasa mengganggu republik Turki.

    Akhirnya, kejayaan merawat sebahagian besar penyakit-penyakit ekonomi ini telah memberi kesan yang mengkagumkan dan akibatnya, membolehkan ekonomi Turki bukan saja keluar dari keadaan yang sangat kaku, tetapi juga untuk melakukan pertumbuhan yang hebat, terutama di pengeluaran dan eksport sektor.

    Hari ini, Turki berada di tangga ke-17 kuasa ekonomi dunia. I juga merupakan negara yang berdiri dengan bangga dan berkata "Tidak" kepada Israel dan Amerika Syarikat.

    Secara dalaman, kerajaan Turkey dengan diam-diam menyelesaikan, atau setidak2nya meredakan, masalah dihadapi puak Kurdis dengan menerima tuduhan atau tanggapan puak Kurdis seta  mengakui ketulenan linguistik dan budaya orang Kurdis.

    Ini sangat membantu dalam menstabilkan arena domestik, dan meningkatkan keselamatan dalaman, yang merupakan keperluan penting untuk kemakmuran ekonomi.

    Bawah kepimpinan Erdogan, Turki berjaya dalam menyelesaikan masalah-masalah lama dengan Armenia, dengan demikian merampas dari Israel dan Yahudi Amerika, pengaruh kepada kad tekanan yang sensitif telah digunakan berkali-kali terhadap Turki bagi memastikan ia tetap berputar pada orbit Israel-Amerika.

    Namun, perkara yang paling luar biasa mengenai AKP  adalah ia bertekad untuk mengekalkan kemahuan politik yang bebas terutama apabila berdepan Amerika Syarikat dan Israel.

    Tujuh tahun yang lalu, ketika Amerika Syarikat hendak menakluki Iraq, kerajaan Turki dengan tegas menolak untuk membenarkan pesawat-pesawat pejuang Amerika menggunakan Incirlik Air Base bagi menyerang Iraq.

    Perdana Menteri Erdogan tegas dengan keputusan itu, yang mengatakan bahawa ia kehendak bersama rakyat Turkis.

    Ini terjadi dalam waktu yang sama ketika sebahagian besar regim Arab bersaing di antara satu sama lain untuk menggembirakan dan bersetuju dengan pengurusan Bush, yang telah mengorbankan puluhan ribu penduduk Iraq.

    Erdogan tidak perlu menjelaskan apa pun terhadap orang Amerika. Beliau hanya berkata "Tidak".

    Menjaga martabat negaranya di dunia yang lebih kelihatan lebih seperti hutan dan  sedikit seperti komuniti manusia yang beradab, Erdogan tidak ragu-ragu menghadapi Israel, berikutan pembunuhan dan pencerobohan ala-Nazi terhadap rakyat Palestin yang tak berdaya.

    Walaubagaimanapun, sementara menjaga hubungan dengan Israel secara berhati-hati, bagi keperluan praktikal tertentu, Erdogan menegaskan dengan jelas kapada para pemimpin rejim Israel bahawa masa depan hubungan Turki dengan negara Yahudi itu akan sangat bergantung pada perlakuan Israel, terutama terhadap Palestin.

    Ini adalah kata-kata serius dari bekas sekutu pemimpin Israel yang strategik di Tengah Timur. Israel mendapat mesej itu, tetapi bingung bagaimana untuk me-internalisasi dan menerimanya.

    Memang benar bahawa Turki bukan-Arab tidak akan menjadi sekutu proaktif Palestin di masa mendatang.

    Namun, orang akan berpendapat bahawa mulai sekarang, Turki tidak akan menjadi pekak dan bisu, dan akan melihat kepada cara lain jika, dan apabila, Israel memutuskan untuk memulakan episod lain pembunuhan seperti Nazi terhadap rakyat Gaza atau Palestin lain.

    Setidak-tidaknya, Turki akan tidak lagi dilihat sebagai aset strategik Israel, seperti yang pernah terjadi selama bertahun-tahun sebelum kedatangan kuasa AKP .

    Dunia Arab yang kaku.

    Berbeza dengan kisah kejayaan Turki, negara Arab lain tetap berpecah-belah, dengan banyak Negara-negara Arab berjuang untuk terus hidup secara ekonomi, sementara dengan serius dan nyata menyerahkan kedaulatan dan martabat bangsa ke Amerika Syarikat, sekutu penjaga Israel .Bahkan, situasi Arab secara kolektif mungkin adalah terburuk sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah, selepas Perang Dunia I. Kegagalan Arab melakukan tugas yang relatif mudah secara kolektif, seperti menghalang kepungan Genting Gaza, menunjukkan secara mendalam, kegagalan dan kelumpuhan yang menjangkaui semua peringkat.

    Demikian pula dengan keasyikan memikirkan urusan dalaman bagi setiap negara Arab, jelas menghalang setiap usaha bersepadu bangsa Arab untuk mencapai integrasi ekonomi dan politik.

    Alasan utama bagi kelumpuhan politik yang bertahan lama ini, yang merupakan tragedi, adalah dengan pemikiran kesukuan dan dinasti berkuku besi yang tersebar luas di dunia Arab.

    Salah satu ekspresi nyata mentaliti kesukuan ini adalah bahawa kebanyakan penguasa autokratik Arab, tak kira mereka mengadaptasi kerajaan beraja atau kerajaan republik, wujud dalam rangka untuk mengawal rakyat mereka dan mengekalkan kuasa mereka dan anak-anak mereka, bukan untuk memimpin bangsa dan memajukan kepentingan mereka.

    Sebagai contoh, Mesir adalah negara dengan 80 juta penduduk yang mempunyai sumber manusia dan sumber lain yang telah tersedia.
    Negara yang sangat penting ini, yang pernah dicalonkan untuk sebagai harimau Afrika, telah mundur dalam segala bidang kehidupan, hasil dasar rejim kuku besi dan pengurusan politik yang lemah.

    Seperti yang dijangka, keadaan ini membantu menyemai dan memdalamkan perasaan depresi, kurang semangat, dan tidak berdaya di antara rakyat Mesir, yang menyebabkan ribuan profesional terpaksa meninggalkan negara dalam usaha mencari maruah diri, rasa hormat, dan untuk bekerja.

    Negara-negara Teluk

    Bagi negara Arab yang kaya dan diperintah oleh dinasti yang bodoh, mementingkan diri sendiri, dan zalim, mereka juga terperangkap dalam kekecewaan yang serupa, kerana strategi utama Shaikh yang berkuasa adalah untuk kekal berkuasawalau dengan cara apa sekalipun, termasuk mengalah kepada kehendak kuasa asing.

    Seperti yang diketahui juga, penguasa zalim ini, dalam banyak contoh adalah jelas bodoh, kerana mereka telah gagal dengan skandal untuk mentafsir sumber kewangan yang besar yang mereka miliki kepada sesuatu yang nyata dan bertahan lama dalam realiti ekonomi.

    Sesetengah penguasa Arab sebenarnya begitu bodoh dengan menghabiskan berjuta dollar untuk membangunkan projek yang menarik perhatian, tetapi sia-sia dari segi ekonomi, seperti menara tinggi untuk menunjukkan kekayaan mereka.

    Jelan, ketua suku ini kekurangan langkah-langkah utama untuk melindungi ekonomi mereka daripada sistem kewangan yang mengecewakan, seperti yang kita lihat baru-baru ini di Dubai.

    Mentaliti kesukuan yang memusnahkan inilah yang telah menghalang negara-negara yang berbudaya sama ini, seperti yang negara anggota Majlis Kerjasama Teluk Arab, daripada menubuhkan pasaran yang nyata atau mencapai kesatuan dalam sistem kewangan.

    Juga tidak mampu untuk membina kekuatan ketenteraan yang berkredibiliti yang dapat melindungi negara-negara ini terhadap kemungkinan pencerobohan asing.

    Tiada  keraguan bahawa situasi Arab yang bersama ini akan terus parah dengan  lebih lanjut sehingga ia runtuh sepenuhnya.

    Ini akan berlaku kecuali sebahagian besar Arab bangun dari keadaan dormans, putus asa, dan lemah semangat, dan mengambil keputusan  untuk memperkukuh diri dan kembali menguasai martabat dan kebebasan Arab.

    Orang Arab tidak bodoh, dan mereka boleh, jika mereka mahu, belajar daripada Turki, saudara-saudara kita dalam iman.

    Namun, anda boleh memimpin kuda ke tempat air, tetapi anda tidak boleh memaksanya minum.

    Sungguh menyedihkan bahawa di negara yang sama tempat Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (saw), sedang jutawan yang kaya raya menurutkan kemahuan buruk mereka dan dengan salahnya, mengaku menegakkan undang-undang syariah.

    Jadi, Shariah yang manakah yang  memungkinkan seorang putera berakhlak buruk, misalnya, untuk membelanjakan sumber ummah dengan boros demi keinginan nafsunya sendiri, dalam masa yang sama, jutaan umat Islam tidak boleh mencari makanan untuk memberi makan kepada anak-anak mereka?

    Di dalam Al-Quran, Allah memberi amaran terhadap orang-orang berakhlak buruk seperti mereka bahawa hukuman akan dijatuhkan bergantun pada waktu sahaja.

    [Jika kamu berpaling (daripada jalan-Nya), Dia akan menggantikan orang lain ditempat kamu, kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu!] (Muhammad, 38)

    Sementara itu, kita berkata kepada saudara-saudara Turki kita, selamat kembali, Kami telah lama merindukan Ottoman.

    alih bahasa dan pengubahsuaian dari http://www.iviews.com/Articles/articles.asp?ref=DP1001-4067


    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #7 06 February, 2010, 10:40:59 AM
  • Publish Di FB
  • The good news, and perhaps the what-comes-next, is Turkey

    When I lived in Turkey in the early nineties the country was surrounded by enemies. Now all of its neighbours are friends. Internal relations between Turks and Kurds are also much better than they were a few years ago. Both developments stem from a long-overdue dilution of Kemalist national chauvinism brought about by new social forces. These are the upwardly mobile Anatolian Islamic-democrats represented by Prime Minister Erdogan’s Justice and Development Party. They aim to build an inclusive post-Ottoman society, and their economy is flourishing.

    An intellectual associated with the Justice and Development Party told a friend of mine that the best things to happen to Middle Eastern Muslims in the 20th century had been Ataturk and Wahhabism, because both challenges – the militantly secularist and the sectarian literalist – had forced (and are forcing) Muslims to rethink their core values. Turkey’s Sufi-based Sunnism is an attractive model which could sap the appeal of Salafism in the ex-Ottoman Arab world. But the Turkish-led alliance that is emerging inludes the Shia world too. Turkey has defended Iran’s right to nuclear energy and, against American orders, is investing enthusiastically in the Iranian economy.

    Turkey and the Arabs are ending a century of mutual alienation. The late Ottoman state degenerated from a multicultural Muslim dominion into an empire on the European model in which nationalist Turks oppressed the Arab territories into stagnation. Arab nationalism flared in response. In what was a historical mistake – but perhaps a necessary one – in 1917 the Arabs accepted the help of the British to rid themselves of Turkish rule. The British promised an independent Arab state; what the Arabs got was the Sykes-Picot dismemberment of their homeland and the resulting irrevocably corrupt states system. Palestine was lost.

    Ataturk defended the Turkish homeland from dismemberment and constructed a functioning European-style nation-state, but one run by the army. The governing ideology was fervently ethno-nationalist, precluding cooperation with non-Turks. Greeks fled to Greece while Greek Turks fled to Turkey. The Armenians had already been cleansed. Ataturk considered Turkey’s Arab and Persian neighbours to be degenerate oriental races. Official mythology taught that Turks had invented language and civilisation, that the ancient Sumerians were Turks, and that Turks had colonised India when the Indians lived in trees. Across the border in Syria, Baathist myths repeated these ideas in an Arab mirror.

    The practical contention between the two countries was over Wilayat Iskenderoon, or Hatay in Turkish, which the French Mandate (mandated to guard Syria’s territorial unity) gave to Turkey in 1938 in return for a promise not to join Germany in a future war. Arab nationalists in Syria and elsewhere were outraged by the loss of ancient Antioch, of Iskenderoon, Syria’s major port, and of the green lands and markets around these cities. Syrian maps still show Wilayat Iskenderoon as part of Syria, although Syrians don’t resent the Turks like they resent the Israelis occupying the Golan. The Turks are old neighbours and they do not seek to drive out the Arabs. Now that the border is wide open, now that Syrians, Lebanese and Jordanians can enter Turkey without a visa, now that Turkish-Syrian trade is burgeoning, Iskenderoon does not even feel so lost any more.

    Syria gave up the Kurdish separatist leader Abdullah Ocalan in 1999, greatly reducing Turkish hostility. Syrian president Bashaar al-Asad and his wife Asma al-Akhras are popular figures in Turkey, and Turkish prime minister Erdogan is wildly popular in the Arab world, particularly after his public rebukes of Israel during the Gaza massacre.

    The friendship with Syria shows that Turkey is engaging not only with Arabs but with Arab and Muslim interests too. Its hardening position in support of the Palestinians allows a voice of Muslim conscience to be heard in the international arena. This marks a change. The regional US-client regimes seem suddenly much less relevant, and the age of the ‘moderate camp’ versus ‘resistance front’ duality, which reigned a couple of years ago, has already passed.

    Turkey has democratic stability on its side. Another military coup is highly unlikely, firstly because the miltary itself contains representatives of the new Turkish mood, and secondly because the army’s secularist hard-core would dash its hopes of moving further into the European Union’s embrace if it were to seize power. But it is Turkey’s slow realisation that the EU will never allow it to be a full member that has encouraged it to claim its place in Asia, where it belongs. In Asia it is admirably placed as the conduit of Iraqi, Iranian and Caspian Sea oil, as the bridge to Europe and Europe’s Muslims, and as a potential shield for the region against American attacks.

    The Turkish-led alliance could prevent a fresh outbreak of war in Iraq. Turkey would make a sounder sponsor of Iraqi Sunni interests than Saudi Arabia, and could moderate Iranian influence in the country.  An alliance is also essential for cross-border cooperation over water and fuel distribution as climate change and resource shortages loom across the region.

    sebahagian dari petikan http://qunfuz.com/2010/01/31/what-comes-next/

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #8 06 February, 2010, 10:43:21 AM
  • Publish Di FB
  • maaf kerana petikan2 tidak berkaitan dengan gagasan Turki Uthmaniyyah, sekadar ingin berkongsi mengenai situasi semasa Turki yang sedang meningkat naik.

    Hafizahidan

    • *
    • Posts: 44
    • TiAdA CiNtA aGuNg SeLaIn CiNta AlLaH & RaSuL
      • View Profile
    Jawab #9 03 June, 2010, 04:42:48 PM
  • Publish Di FB
  • Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, uniknya empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.


    Sultan Muhammad al-Fatih Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).


    Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.


    Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.


    Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683


    Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kematian Sultan Suleiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.


    Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawb dalam membantu perjuangan pihak Protestant Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katholik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.


    Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan perang salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.


    Kemerosotan (1683-1827)


    Sultan Murad IV Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.


    Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Russia, Austria-Hungary. Perang Russia-Turki ialah peperangan antara Russia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah iaitu berusia selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571.


    Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuh Eropahnya, terutamanya Russia.


    Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Russia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.


    Kejatuhan (1828-1908)


    Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britan dan Russia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Crimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Russia.


    Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.).


    Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.


    Pembukaan Ýttihat ve Terakki Cemiyeti

    Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. Ýttihat ve Terakki Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh Ýttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, Ýttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Crimea.


    Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.


    Pembubaran (1908-1922)


    Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berpelembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.


    Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.Tiga buah negara Bahkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Russia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan pertama. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan kedua.


    Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Russia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.


    Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.
    Salam ukwah & salam sayang... lalalalaaa...

    ihya

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #10 15 March, 2011, 12:08:40 PM
  • Publish Di FB
  • Quote

    Sejarah Uthmaniyah

    Salam dari Turki.  :)

    Saya bertanya-tanya apakah perspektif anda. Saya membaca. Terima kasih.

     :msya:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    942 Views
    Last post 19 August, 2012, 02:35:38 AM
    by Ana Tholibah
    0 Replies
    1217 Views
    Last post 05 November, 2009, 09:01:27 PM
    by abuzulfiqar
    10 Replies
    2512 Views
    Last post 26 February, 2011, 05:27:06 PM
    by akmalshirou