Hukum membaca Al-Quran tanpa Tajwid...

Author Topic: Hukum membaca Al-Quran tanpa Tajwid...  (Read 9434 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rosmadiana

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
17 March, 2008, 02:47:51 PM
  • Publish Di FB

  • Apakah hukumnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tapi tidak disertakan dengan hukum tajwidnya sekali?
    « Last Edit: 08 August, 2009, 10:25:41 AM by Munaliza Ismail »
    Mirana[/i]

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Jawab #1 17 March, 2008, 05:50:00 PM
  • Publish Di FB
  • hukum membaca Al-Quran tapi tidak disertakan dengan hukum tajwid adalah berdosa
    menurut pendapat ulama mutaddimun kerana mempelajarinya adalah
    wajib berdasarkan sabda Nabi s.a.w

    Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Orang (mukmin) yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di temani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat dua ganjaran."(Sahih Muslim: No.767)

    Maka, untuk memahirkan bacaan al-Quran hendaklah di baca didepan guru yang pakar dan
    mesti di baca berulang kali. Kalau boleh bacaan mestilah setiap hari dan di baca berlainan surah.
    salah satu perkara yang kurang elok berlaku dalam masyarakat melayu ialah mereka hanya mengenal bacaan yasin pada malam jumaat sahaja, sedangkan belambak-lambak lagi surah yang terdapat dalam al-Quran.

    Wassalam.
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Jawab #2 18 March, 2008, 08:45:46 AM
  • Publish Di FB
  • Jangankan bacaan sahaja...apa-apa pun pembelajaran mesti ada guru yang pakar
    untuk kita rujuk..tak kiralah apa kitab pun yang kita bawa...tak boleh kita baca kitab
    semata-mata tanpa guru kerana berguru dengan kitab umpama berguru dengan syaitan.

    Bagi masyarakat melayu pula bukan malam jumaat jadi amalan membaca yasin.
    sebenarnya...masa dulu kebanyakkan hari jumaat masyarakat melayu tidak bekerja ( tidak
    ke sawah, tidak menoreh, tidak kelaut dll ) jadi pada malam jumaatlah mereka boleh berhimpun
    ada yang sembang kosong dan ada yang membaca al-Quran. Jadi...surah yasin ni adalah satu surah yang popular berbanding surah lain dan ada yang menghafalnya juga mungkin kerana surah yasin banyak kegunaan seperti digunakan ketika perubatan, pendinding diri, dibaca ketika orang sakit dsb. Surah-surah lain ada juga dibaca pada malam lain atau dalam solat atau ketika
    mengajar anak-anak cuma surah yasin lebih popular berbanding yang lain...jadi diharapkan berbaik sangkalah dengan hamba yang membaca surah Yasin dimalam jumaat nih....wassalam.
    « Last Edit: 18 March, 2008, 08:54:59 AM by assujak »

    NoZaBiZz

    Jawab #3 18 March, 2008, 10:45:02 AM
  • Publish Di FB
  • Menurut Ibnu Al Jazari Al-Quran wajib dibaca secara tajwid. "Berdosalah membaca tanpa tajwid, sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan tartil iaitu membacanya dengan sebutan yang betul (dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid) dan membaca dengan lambat-lambat, kerana maksud membaca Al-Quran itu ialah dengan tadabbur atau berfikir dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat.

        Membaca dengan tartil itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan tartilkanlah bacaan Al-Quran dengan sempurna". (Surah Al Muzammil ayat 4)     Berusahalah mempelajari tajwid semampu yang boleh,  dengan ikhtiar itu setidak-tidaknya telah menyelamatkan kita daripada membuat kesalahan dalam membaca Al-Quran. Seandainya masih terdapat kesilapan dan kesalahan kita berserah kepada Allah.

    Sumber : http://www.darulnuman.com/soal/urut8.html

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Jawab #4 06 April, 2009, 12:32:49 AM
  • Publish Di FB
  • dalam kehidupan pun kita ada peraturan dan disiplin,
    membaca alquran yg menjadi panduan hidup tu xkn tak de peraturan?
    tak sempurna jika lagu tanpa musik.
    irama dan lagu tidak boleh dipisahkan.
    begitu juga tajwid dan pembacaan nya..
    bacalah alquran dengan hukum tajwid yg sempurna..
    agar kita mendapat reda Allah dlm setiap pembacaan kita..

    smile until you cant smile;

    h4mb4

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #5 21 December, 2009, 01:54:09 AM
  • Publish Di FB
  • kalau ada yg pandai2 terjemah ikut rasa sedap sendiri bagaiamana? ada gak yg langsung membaca tanpa baris dan tajwid.. adakah mereka sesat?
    seperti di thread portal ini..
    http://www.terjah.com/v2/forum/viewthread.php?thread_id=280&rowstart=300#post_7672

    mmg pelik la org tu.. apakah hukumnya dan bagaimana kita nak mengembalikan keyakinan dia seperti keyakinan kita sekang ni?
    terima kasih..

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #6 21 December, 2009, 10:51:36 AM
  • Publish Di FB
  • Bacalah Al Quran walaupun tidak boleh membaca dengan baik. Dalam masa yang sama perbaikilah dengan berguru. Jangan tinggalkan pembacaan Al Quran. Hati yang kosong daripada Al Quran akan dikuasai oleh Syaitan. Pesan Ulama hari ini "baca juga tafsirnya tetapi jangan memandai nak menafsir"
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    humairaisya

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Jawab #7 01 March, 2010, 12:32:33 AM
  • Publish Di FB
  • Bacalah Al Quran walaupun tidak boleh membaca dengan baik. Dalam masa yang sama perbaikilah dengan berguru. Jangan tinggalkan pembacaan Al Quran. Hati yang kosong daripada Al Quran akan dikuasai oleh Syaitan. Pesan Ulama hari ini "baca juga tafsirnya tetapi jangan memandai nak menafsir"
    salam..menurut seorang ustaz dr sebuah IPT yg saya kenali..baca lah al-Quran selalu..dan kalau boleh amalkan setiap hari selepas kita solat subuh dan asar..tak kira betul atau salah..bila benda tu kita dah selalu amalkan..insya Allah, kita akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki bacaan dan tajwid di samping memahami setiap ayat yg dibaca..Islam itu indah..dan tak pernah membebankan umatnya..
    Ya Allah...ku perlu rahmat dari-Mu...
    Jadikan ku seindah wanita solehah...

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Jawab #8 01 March, 2010, 12:15:29 PM
  • Publish Di FB
  • Bacalah Al Quran walaupun tidak boleh membaca dengan baik. Dalam masa yang sama perbaikilah dengan berguru. Jangan tinggalkan pembacaan Al Quran. Hati yang kosong daripada Al Quran akan dikuasai oleh Syaitan.


    Ya benar....

    Muhasabah diri..
    berapa minit kita habiskan masa untuk tilawah Al Quran

    Kaji Selidik Warga Halaqian Tilawah Al Quran Dalam Sehari

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    38 Replies
    47248 Views
    Last post 30 December, 2010, 12:57:15 PM
    by 5zul
    2 Replies
    2668 Views
    Last post 09 January, 2010, 10:47:50 PM
    by badryl3
    4 Replies
    605 Views
    Last post 17 September, 2013, 09:11:04 AM
    by ansarul_haqq