0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
salamdengan penuh hormat, saya kurang bersetuju dengan pandangan yg berbahagia dato' ustaz.pada pandangan saya untuk menghasilkan hukum yg tepat kita tidak seharusnya hanya melihat pada aspek teks sahaja tapi kita juga perlu memahami dari segi budaya, antropologi dll i.e apa dia yg dimaksudkan dengan bertatu dizaman nabi tu kerna sesuatu hukum itu tak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya.memahami budaya bagi menghasilkan hukum sesuatu perkara yg baru dan asing dalam ilmu fiqh. ia termasuk dalam bab memahami illah (sebab) sesuatu hukum = jika ada illah, adalah hukum tu. jika tidak ada, tidak adalah hukum tu.apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu?? adakah ia hanya haram kerna aspek lukisannya, atau kerna ia tak mensahkan wudu' atau kerna ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerna ia menggunakan jarum yg menusuk kulit.saya tak buat kajian mendalam, tapi sekali imbas saya perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yg diamalkan oleh masyarakat asli i.e. badwi arab dizaman nabi, dayak di amerika selatan, iban dll dengan budaya berinai yg berukiran bunga-bunga yg kita lihat di kalangan masayarakat indo-pakistan yg popular di hari ni di kalangan org melayu.dalam hal ini, mengqiyaskan hukum dalam hadis tu kepada amalan berinai yg berukir awan larat oleh kaum pompuan pada pandangan saya adalah, dalam istilah hukum, qiyas ma`al fariq. erti mudahnya ia bukan apple to apple analogy.namun, ada juga kecenderungan hari ini yg mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional = melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yg tidak kekal semata-mata kerna terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. dan sifat ketidakkekalan tatu tu, dijadikan helah utk bertatu, tapi rupanya hampir sama dengan yg kekal.yg seperti ni mmg wajarlah dilarang, tetapi larangannya ialah kerna niat melakukannya tak betul = terpengaruh dgn satu budaya yg mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yg terdapat larangan oleh agama, apatah lagi kalau imej-imej itu, adalah imej yg mmg islam tidak suka.namun untuk extend aplikasi hadis tu kepada semua bentuk lukisan berinai ala indo-pakistan yg biasa kita nampak di tangan pengantin-pengantin pompuan seperti yg satu masa dulu ditunjukkan oleh kakz, lalu kita katakan mereka sumer tu kena laknat allah.. saya tak bersetuju.hukum bentuk inai yg sedemikian tidak jatuh dalam hadis berkenaan, tapi jatuh dalam hukum bersolek dan berhias bagi org pompuan.salamhaniffhttp://www.rantauan.com/forum/viewtopic.php?p=69738#69738
Secara ringkas, kesimpulan yang boleh dibuat atas posting2 di atas ialah dibenarkan untuk wanita berhias untuk suaminya...diulang... UNTUK SUAMINYA. Bukan untuk ORANG RAMAI, bukan untuk BAKAL SUAMI, dan bukan untuk BERMEGAH DIRI.Setuju tak semua?Yang dirisaukan ialah akan menjadi yang disebut itu.Bagi saya kalau yang nak pakai, pakailah. Tapi kalau tak pakaipun, jatuh ke kecantikan diri? Sebab macam2 corak yang diletakkan di tangan. Kalah corak kat atas kek lapis sarawak.Jadi kalau betul untuk suami, maka pakailah dan coverlah tangan tu ketika di khalayak ramai. Sebab ada saya pergi majlis kahwin sahabat, ada sahabat dia kat bawah cakap "ish..cantik betul tangan isteri si 'xxxx' tu. Macam artis bollywood. Nak je aku kahwin dengan dia. Kenapalah dia mesti pilih si xxxx dan bukan aku?"Mungkin 1 dalam 100 je koyt keluarkan ayat di atas, anyway, just to share.Allahu'alamp/s: ada orang cakap tak leh pakai ni ada satu lagi sebab iaitu menyerupai majlis perkahwinan orang india (sebab dah jadi kes orang kahwin dia amik orang india hiaskan inai tangan, rupanya simbol yang diukir membawa pujian kepada dewa hindu--be careful. Anyone wants to comment about this?
salam..pe yang dapat ana bagi tau ialah,tak payahlah gatai2 nak ukir inai..bukannya cantik..bukan cara tu,kita mengikut gaya india ke??
inai kat kuku sahaja bole....inai yang berukir-ukir tidak, sebab menyamai orang-orang hindu. so pikir-pikirlah
Quote from: badryl3 on 10 January, 2010, 07:11:42 AMinai kat kuku sahaja bole....inai yang berukir-ukir tidak, sebab menyamai orang-orang hindu. so pikir-pikirlahMohon baca ulasan sebelum ini...illat yang membuat haram dan lain-lain...masalah inai ini tidak diilhaqkan kepada konsep tasyabbuh bi al-Kuffar...saya takut ada halaqin yang salah faham,...