Sakaratul Maut

*

Author Topic: Sakaratul Maut  (Read 22441 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 11 December, 2009, 10:19:16 AM
  • Publish
  • MALAIKAT MAUT: TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG

    Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.

    Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

    Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

    Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? ". Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

    Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.

    Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

    Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

    Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

    Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

    Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. "

    (Surah Al-A'raf: ayat 34)

    Reply #21 22 December, 2009, 11:58:33 PM
  • Publish
  • Sakitnya Mati
     

    Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan  kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
     
    Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
     
    Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
     
    Sebelum tidur:
    1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
    2] Selawat ke atas Nabi
    3] Membaca tasbih
     
    Amalan harian:
    1]  Sentiasa membaca Al-Quran
    2]  Memelihara solat terutama solat fardu
    3]  Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
    4]  Membaca tasbih
    5]  Membanyakkan sedekah
    6]  Sentiasa berzikir menyebut Allah
     
    Amalan yang perlu dijauhi:
    1]  Dusta
    2]  Khianat
    3]  Mengadu domba
    4]  Kencing berdiri
     
     
    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
     
    Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
     
    Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
     
    Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."
     
    Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

    Reply #22 02 February, 2010, 02:45:30 PM
  • Publish
  • Salam,

    Lantas apa pengajaran yg kita peroleh?
    tiadalah lain selain dunia hanyalah kesempatan dan persinggahan menyediakan bekalan hidup selepas mati.
    Maka usahlah bertangguh lagi.

    wassalam
    Ilahi anta maksudi, waridhaka matlubi

    Reply #23 02 February, 2010, 03:11:40 PM
  • Publish
  • sedikit dari kita yang ambil pengajarannya...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    Reply #24 02 February, 2010, 09:37:29 PM
  • Publish
  • http://al-merapu.blogspot.com    topiknya    Rasulullah - muhammad - ketua kami (a) dan (b)

    Reply #25 03 February, 2010, 01:30:05 AM
  • Publish
  • Allah Ya Rahman..Allah Ya Rahim..
    Jika ditakdirkan Allah menjemput tatkala ini..bagaimanakah keadaanku..
    Jika Malaikat menjengah tatkala ini..bagaimana rupaku..
    Jika ajalku semakin hampir..apakah yang digambarkan padaku..syurga atau nerakanya..
    Jika saatnya tiba..adakah akan direntap atau ditarik dengan lembut..?
    Menangiskah aku disana..atau tersenyumkah aku..?

    Allahumma..bantulah kami..hanya kepadaMu kami harapkan keampunan di atas dosa-dosa yang tak bertepi..di atas kealpaan,kelalaian dan kejahilan..Allahumma..hanya kepadaMu kami bergantung harap..hanya padaMu kami berserah ya Rabb..Ampunkan kami..
    Ampunkan kami..Ampunkan kami Ya Allah..!

    Amin
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    Reply #26 03 February, 2010, 03:07:40 AM
  • Publish
  • Demi masa,ingat lah kematian.

    Reply #27 06 June, 2010, 08:37:13 PM
  • Publish
  • SakaratulMaut


    iklan ni patut ditayangkan di Malaysia. barulah orang2 sedar..

    mungkin ade yg dah tngok video nih.
    « Last Edit: 06 June, 2010, 08:39:42 PM by FlaiR »
    Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya

    Reply #28 05 December, 2010, 11:29:20 PM
  • Publish
  • Mati ialah berpisah nyawa dengan tubuh.


    Waktu dalam sakratul maut itu ada orang yang susah, huru-hara, penuh dengan godaan- godaan syaitan hingga matinya menjadi susah.
    Bagi mereka yang derhaka terhadap Allah, iaitu orang yang melakukan dosa besar maka susah baginya untuk mati kerana hukuman Allah terhadapnya.
    Antara dosa besar yang menyebabkan roh susah keluar daripada badan ialah syirik, nmurtad, dan derhaka kepada ibu bapa.
    Susah itu juga kerana kuatnya godaan.
    Orang beriman dan beramal soleh juga mengalami dugaan.
    Namun, bagi orang yang beramal soleh matinya senang.

    Huru-hara yang dialaminya adalah bermacam-macam.
    Ada yang nampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit,
    harta, maksiat yang dilakukan, dan ada godaan yang mereka merasa haus dan lapar.
    syaitan akan berbuat pelbagai godaan sehingga mereka lupa akan Allah Taala.


    Bersabda Nabi Muahmmad s.a.w:‘Bahawa mayat itu setelah mula gelap pandangan matanya dia nampak sebuah tangga yang tegak antara langit dan bumi. Tangga itu antara zamrud warna biru yang indah sekali. Belum pernah ia lihat seindah itu. Maka ketika itulah dia membuka matanya dan diikuti penglihatannya. ’(riwayat bukhari)

    ‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)

    Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dating se ekor syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan se ekor syaitan lagi menyerupai bapa yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

    Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berdepan dengan maut. Detik- detik roh itu akan keluar dari tubuh akan meninggalkan alam dunia. Malah bermacam-macam lagi dugaan sebenarnya. Cuma amalan soleh lagi ikhlas yang akan dapat menyelamatkan kita dari godaan atau fitnah syaitan tersebut.

    Renungankanlah:

    Kita sentiasa dalam fitnah, baik semasa hidup, mahupun hampir mati, disamping itu juga kita akan menghadapi fitnah kubur begitu juga bagi mereka yang akan hiup di akhir zaman tidak lepas dari fitnah dajjal. Dari itu sama-salam kita berdoa kepada ilahi semoga kita terhindarkan diri kita daripada fitnah-fitnah tersebut. Amin

    Reply #29 06 December, 2010, 09:43:36 AM
  • Publish
  • Seharusnya kita bertanya pada diri kita apakah bekalan kita menuju kematian itu? Apa yang akan kita bawa menghadap Allah s.w.t nanti....

    Reply #30 29 January, 2011, 11:26:14 AM
  • Publish
  • Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang maka lebih hebat dan tinggilah pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu yang paling dahsyat adalah sewaktu sakaratul maut. Ketika ini syaitan tidak lagi datang untuk menggoda kita untuk membuat maksiat. Tetapi matlamatnya lebih hebat. Impiannya lebih tinggi daripada gunung Fuji malah mengalahkan gunung Everest. Mungkin juga lebih tinggi daripada langit. Tujuan syaitan kali ini adalah untuk menukar akidah kita.



    Rasulullah S.A.W pernah bersabda,


    "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan ketika saat maut."


    Iblis yang ditugaskan untuk mengganggu manusia ketika Sakaratul Maut disusun menjadi 7 golongan....


    Rombongan 1

    Datang Iblis dengan pelbagai rupa seperti emas, perak, makanan dan minuman yang lazat. Jika orang yang dalam Sakaratul Maut itu sewaktu hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka akan disogokkan segala keperluan itu sehingga nyawanya terputus daripada tubuh. Inilah keadaan mati yang lalai dan lupa kepada Allah S.W.T (kematian munafik dan fasiq). Golongan yang gemar memasak jangan takut pula, semuanya bergantung kepada amal kita di dunia ini.


    Rombongan 2

    Datang Iblis kepada orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu menyerupai binatang yang paling ditakuti manusia seperti ular, singa, harimau, naga, dinosaur, buaya, kala jengking yang berbisa. Maka orang itu akan meraung sekuat hati. Saat itu terputuslah nyawa daripada badannya.


    Rombongan 3

    Datang Iblis Laknatullah yang menyerupai binatang yang amat diminati oleh bakal si mati. Jika dia berminat kepada burung, maka syaitan akan menjelma menjadi burung tersebut. Apabila tangan orang yang hendak mati itu ingin memegang binatang kesayangannya itu, matilah dia dalam keadaan lalai dan lupa terhadap Allah. Maka nerakalah tempat pengakhirannya. Bagi peminat kucing, jangan risau..yang penting kita teguhkan akidah kita kepada Allah. Jangan kita membenci pula kepada binatang ini kerana yang menentukan sama ada kita tergoda atau tidak kepada godaan syaitan ini adalah iman kita kepada Allah.


    Rombongan 4

    Datang Iblis dalam bentuk manusia yang paling dibenci oleh bakal si mati. Maka si mati itu akan berusahalah untuk menggerakkan tubuhnya bagi melakukan sesuatu kepada orang yang dibencinya itu. Kemudian sewaktu itulah maut datang dan matilah dia dalam keadaan fasiq dan munafiq.


    Rombongan 5

    Datang pula Iblis menyerupai orang yang kita sayang. Contohnya ayah, ibu, nenek, atuk, adik, kakak, isteri dan sanak saudara. Iblis menjelmakan diri mereka menjadi orang yang kita sayang dan membawakan kita air. Sedangkan ketika itu kita sangat dahaga. Maka berkatalah Iblis,

    'Wahai anakku, inilah sahaja minuman yang kami bawakan kepadamu dan berjanjilah engkau akan menuruti kami. Engkau akan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.'

    Maka jika dia sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir panjang lagi. Ketika waktu itulah dia mati dalam kekafiran yang nyata


    Rombongan 6

    Iblis akan datang menjelmakan diri menjadi ulama' yang membawa banyak kitab. Dia cuba meragukan kita tentang Zat Allah serta memberi ceramah yang mengelirukan. Maka kita pun akan ragu-ragu tentang kewujudan Allah dan akidah kita selama ini. Dalam keraguan itu, Malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah dia dalam kekafiran dan kekallah dia dalam neraka. Terhapuslah segala amalan baiknya ketika di dunia dahulu.


    Rombongan 7

    Rombongan terakhir Iblis adalah yang paling hebat. Rombongan ini terdiri daripada 72 barisan ( sama seperti sabda Rasulullah S.A.W bahawa umat Islam akan terbahagi kepada 73 barisan dan satu sahaja yang masuk syurga serta selainnya masuk neraka. Mereka yang masuk syurga ialah mereka yang berpegang kepada al Quran dan Sunnah ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).Ketahuilah sesungguhnya Iblis Laknatullah akan menggoda manusia dengan 72 macam godaan. Setiap satunya berlainan.


    Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia itu kalimah ' La ilaaha illAllah' untuk menyelamatkan dirinya daripada golongan Iblis yang sedaya upaya mahu menyesatkan umat manusia. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud,

    "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu : La ilaaha illAllah"



    Sumber Rujukan

    Sakinah karya A.Ubaidillah Alias

    http://www.tukinmyteam.blogspot.com
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Reply #31 29 January, 2011, 03:48:59 PM
  • Publish
  •  :)

    T,kasih kerana berkongsi info yang amat baik ini, sebab itulah kita perlu sentiasa berdoa agar kematian kita dalam khusnul khatimah....belum tentu sepanjang hidup kita baik dan mati kita dalam kalimah lailahaillallah...

    Reply #32 29 January, 2011, 08:28:56 PM
  • Publish
  • afwan ya akhi...
    sememangnya penentu terakhir kita sama ada syurga atau neraka adalah ketika sakaratul maut...
    Sentiasalah berdoa untuk khusnul khatimah.. :aamiin:

    Reply #33 29 January, 2011, 11:05:36 PM
  • Publish
  • terima kasih atas info ni... memang bnyk dugaan yang terpaksa tempuhi

    Reply #34 30 January, 2011, 01:48:41 AM
  • Publish
  • kalau ada sandaran dari sumber2 quran dan hadis, artikel ini akan lebih menarik.

    Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga

    ratus pedang” (HR Tirmidzi)


    Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?”
    (HR Bukhari)


       


    Setiap yang bernyawa pasti akan mengalami maut, sesuai Firman-Nya :

    "Setiap jiwa itu pasti akan merasakan mati dan sesungguhnya akan dipenuhi segala pahala amalmu pada hari kiamat." (QS : Ali Imran : 185)

    "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." (HR. Ibnu Abid Dunya)

    Reply #35 30 January, 2011, 02:01:02 AM
  • Publish


  • Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Mujaadalah 58:19)

    Reply #36 30 January, 2011, 02:06:34 AM
  • Publish


  • Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az-Zukhruf 43:37)



    Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Az-Zukhruf 43:38)

    Reply #37 30 January, 2011, 02:13:51 AM
  • Publish
  • afwan ya akhi...
    sememangnya penentu terakhir kita sama ada syurga atau neraka adalah ketika sakaratul maut...
    Sentiasalah berdoa untuk khusnul khatimah.. :aamiin:

    keju sedang usaha mencari sandaran nas/hadis sahih pada post anda.


    Reply #38 30 January, 2011, 07:07:21 AM
  • Publish
  • Sesungguhnya beliau (Nabi SAW) itu mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Beliau (Nabi SAW) lalu memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian mengusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudahkan kepada saya terhadap sakaratul maut ini." (HR. Bukhari dan Muslim)
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #39 30 January, 2011, 08:25:19 AM
  • Publish
  • syukran atas peringatan...ya Allah jagan kau ambil nyawaku melainkan dalam keadaan Islam dan iman....moge berada dibawah lindungan dan rahmatnya... :ins:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    2365 Views
    Last post Yesterday at 12:35:22 PM
    by alhaudhie
    4 Replies
    2721 Views
    Last post 20 June, 2011, 08:24:49 PM
    by nurul hana
    4 Replies
    728 Views
    Last post 10 November, 2010, 02:14:15 PM
    by cahayalurus