Hukum Onani Dalam Islam

Author Topic: Hukum Onani Dalam Islam  (Read 63453 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

achek76

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
Reply #40 17 August, 2009, 11:15:52 PM
  • Publish


  • Boleh achek baca dari awal topik ini untuk penjelasan soalan achek? Rasanya dah ada diterang
    kan dengan jelas . Jika tiada, saya akan rujuk soalan ini kepada ahli feqah.

    salam..
    dear ummi...boleh tak kiranya di terangkan secara detail toward my 1st and 2nd question, atau lebih khusus. kerana saya khuatir terkeliru tentang mazhab yang membenarkan dan yang tidak. utk soalan saya yg pertama tidakkah jika telah bernikah semua yang ada pada isteri itu halal utk suami nya dan juga sebaliknya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #41 17 August, 2009, 11:24:30 PM
  • Publish


  • Boleh achek baca dari awal topik ini untuk penjelasan soalan achek? Rasanya dah ada diterang
    kan dengan jelas . Jika tiada, saya akan rujuk soalan ini kepada ahli feqah.

    salam..
    dear ummi...boleh tak kiranya di terangkan secara detail toward my 1st and 2nd question, atau lebih khusus. kerana saya khuatir terkeliru tentang mazhab yang membenarkan dan yang tidak. utk soalan saya yg pertama tidakkah jika telah bernikah semua yang ada pada isteri itu halal utk suami nya dan juga sebaliknya.

    InsyaAllah akan dijawap oleh yang ahli, bersabar, yang ahli sedang menyiapkan dalil dan nasnya. Memang dalam makluman Ustaz yang menjawap bahagian ini.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #42 17 August, 2009, 11:33:07 PM
  • Publish
  •  :)

    PENGENALAN

    Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani.

    Saya juga tidak terlepas dari pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya Yahoo Massenger. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.

    Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

    Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllah.

    PENGERTIAN ONANI

    Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

    HUKUM ONANI

    Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:


    Mengatakan haram onani secara mutlak.

    Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:
    Quote
    Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
    (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

    Pandangan dari Mazhab Hanafi:

    Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
    Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.

    Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

    Pandangan dari Mazhab Hanbali:

    Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

    Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

    Kesimpulan:

    Dari perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas. Pendapat saya ini juga disokong oleh pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Mahir Mansor Abdul Razak seperti yang terkandung di dalam kitabnya bertanjuk al-Syaz al-Fayah Min Ahadis al-Nikah.

    SEKADAR PERINGATAN

    Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

    Quote
    Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.

    (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

    Quote
    Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi.
    (Riwayat al-Baihaqi).

    Di dalam kitab Targhib Wa Tarhib karangan Imam Munziri pada hadis bernombor 2866:
    Hadis ini juga Riwayat al-Tabrani di dalam kitab Mukjam Ausat, al-Hakim dan dari thoriqnya untuk al-Baihaqi. Berkata al-Hakim: Sahih isnad. Dalam Mustadrak al-Hakim pada hadis benombor 2729 katanya: Hadis ini sahih isnad tetapi assyaikhan(iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim) tidak mengeluarkannya. Dan Imam Zahabi sepakat dalam Talkhis katanya: Sahih.


    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

    Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
    1. Orang yang melakukan homoseks.
    2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
    3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
    4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
    5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
    6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
    7. Orang yang menggangu jirannya.

    (Riwayat al-Tabrani). Hadith yang ini pula ialah hadith hasan lizatihi dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith yang sahih pada sanadnya.


    CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI

    Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

    1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

    2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.

    3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

    4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

    5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

    6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

    7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

    8. Berpuasa.

    9. Dan sebagainya lagi.

    PENUTUP

    Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenai bahayanya ketagihan onani dari sudut kesihatan mental dan jasmani.

    Di sini juga saya ingin menyarankan dan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah sosial yang menimpa umat Islam di Malaysia khususnya pada masa kini.

    Semua pihak mestilah berperanan untuk membawa kembali budaya Islam ke dalam kehidupan masing-masing agar segala masalah sosial yang timbul dapat ditangani dengan sempurna. Peranan ini mesti ditanggung bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin.

    Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara seperti ini. Aminnn.


    Sumber : Ustaz Buluh
    « Last Edit: 17 August, 2009, 11:35:58 PM by IbnuNafis »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #43 19 August, 2009, 07:57:42 AM
  • Publish


  • Soalan :

    SAYA mempunyai tabiat gemar beronani. Tabiat ini bermula sejak di bangku sekolah ketika berusia belasan tahun sehingga kini.

    Pelbagai cara diusahakan bagi mengatasinya, tetapi tidak berjaya. Saya cuba mendekatkan diri dengan Tuhan, namun nafsu makin membuak-buak ingin melakukannya. Bagaimanakah cara berkesan?

    Jawapan :

    PENYELESAIAN terbaik kepada masalah anda ialah dengan berkahwin. Rasulullah s.a.w menggalakkan anak muda yang mampu daripada sudut harta benda supaya segera berkahwin.

    Jika tidak mampu hendaklah memperbanyakkan puasa sunat. Ini kerana puasa dapat meredakan nafsu dan menambah ketakwaan. Dengan itu kita mampu menjauhi perkara tidak baik.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #44 10 September, 2009, 07:08:58 AM
  • Publish

  • Bahaya onani
    Bersama Dr.Ismail Thamby,DOKTOR SAKIT TUAN


    BERONANI sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan ‘ketagih onani’ untuk renungan bersama.

    Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

    Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar ketagihan kerana saya menerima banyak soalan daripada mereka yang mengaku ‘penagih onani’.

    Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

    Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

    Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

    Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

    Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.

    Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

    Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

    Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.

    Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.

    Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.

    Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #45 10 September, 2009, 07:11:12 AM
  • Publish

  • Tabiat onani masa muda menghantui bakal suami
    Bersama Dr.Ismail Thamby,DOKTOR SAKIT TUAN

    SAYA akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Jadi, saya sungguh khuatir jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

    Untuk pengetahuan doktor, saya sebenarnya suka beronani, lebih-lebih lagi dengan wujudnya telefon mudah alih yang canggih dewasa ini, jadi ia sangat menyenangkan saya untuk menonton rakaman yang saya muat turun.

    Sekarang saya sungguh khuatir apabila mengenangkan tarikh kahwin yang semakin hampir kerana saya beronani pun tidak sampai dua minit, jadi ini lagi menambahkan kekusutan saya bagi menghadapi saat bahagia yang akan menjelma tidak lama lagi.

    Apa perlu saya lakukan bagi membaiki diri ini dan menghadapi perkahwinan yang bakal menjelma? Tolonglah saya memulihkan semangat dan kekuatan kelakian saya.

    BAKAL SUAMI

    Anda menggunakan teknologi canggih terkini secara negatif, iaitu muat turun klip lucah untuk anda mendera anggota kelamin yang anda sendiri tahu akan melemahkan lagi fungsinya.

    Bayangkan keadaan anda bukan hanya akan mengalami masalah cepat klimaks akibat kecuaian itu, malah boleh mengalami mati pucuk (kerosakan tisu lembut dan tisu pengembang zakar) dalam umur yang muda! Bertaubatlah dan jangan sia-siakan kehidupan anda.

    Mungkin untuk mengenali fungsi syahwat dan ejakulasi anda mencuba mengurut anggota kelamin dan anda mengenali proses itu yang akan berlaku apabila anda kahwin kelak.

    Pengenalan itu mencukupi bagi anda untuk menjinakkan diri dengan pasangan anda dan sama-sama menikmati keseronokan syahwat serta membantu satu sama lain dalam hubungan intim.

    Ini yang sepatutnya, tapi untuk anda lain pula cerita, mendera dan membelasah anggota kelamin untuk seronok sendiri dan kemudian khuatir pula dan takut tidak dapat memuaskan pasangan.

    Saranan saya kepada anda ialah, hentikan amalan onani dan amalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan lakukan senaman berkala.

    Senaman dapat membina tenaga dan stamina, sekali gus secara langsung dapat meningkatkan daya dan tumpuan minda dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

    Anda akan dapati apabila mula serasi dengan pasangan anda dan dia juga mengalami keadaan sama, ia akan membuatkan anda berdua menghayati keseronokan hubungan intim tanpa batasan.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #46 10 September, 2009, 07:11:55 AM
  • Publish


  • Risiko jangka panjang amalan onani

    Soalan :
    SAYA berusia 18 tahun dan ketika berusia 16 tahun lagi, saya sudah kerap melakukan onani. Adakah perbuatan itu boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan saya? Adakah saya berkemungkinan terdedah kepada penyakit berbahaya?

    REMAJA RUNSING,Selama, Perak

    Jawapan.


    IA bergantung kepada jenis onani yang anda lakukan serta bahan yang digunakan dalam onani.

    Secara am, manipulasi ke atas bahagian kemaluan mendedahkan seseorang kepada risiko luka geseran (sama ada nampak nyata atau sebaliknya), jangkitan kuman, gian keinginan berlanjutan dan seumpamanya.

    Kesannya mungkin timbul hanya dalam jangka masa panjang. Anda juga dinasihati berjumpa pakar psikiatri untuk rawatan teknik mengawal gelora perasaan anda ini.
    « Last Edit: 26 January, 2010, 10:15:20 AM by Awit1910 »

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #47 27 November, 2010, 03:18:02 PM
  • Publish
  • Hukum Onani (Masturbasi) Bagi Lelaki & Wanita

    Oleh Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net


    Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?


    Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

    Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

    Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

    "Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

    Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

    Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

    Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

    1) Karena takut berbuat zina.
    2) Karena tidak mampu kawin.

    Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

    Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

    "Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)


    Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

    Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila buka ) :-

    Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.


    Antara soalan-soalannya :-


    1)      " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."

    2)      "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.

    3)      "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."

    4)      "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."

    5)      "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"

    6)      "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"


    Sebeban Alasan

    Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.

    "Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.

    Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.


    Virus Bermula

    Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.

    Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

    Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

    ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

    Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

    Juga disebut dalam sebuah athar :

    النظر سهم مسموم من سهام إبليس

    Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)


    Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
     
    كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

    Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)


    Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

    Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

    Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

    Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

    لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

    Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

    Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.

    Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

    1) Satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

    Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
     
    وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

    Ertinya :  "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

    Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

    a) Malumin : Ertinya : "tercela"
    b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"

    2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

    Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

    Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

    3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

    Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

    4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.

    Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

    1) Kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

    Beliau menyebut :-

    Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

    Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.


    2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

    Beliau menyebut :-

    Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

    Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.


    3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

    Beliau berkata :

    Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

    Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

    Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

    Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

    Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

    Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!


    Rujukan

    Penutup

    Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

    1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
    2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
    3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
    4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
    Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.


    Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan

    "jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

    11 Syawwal 1428 H

    Sila ke laman web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk artikel penuh : http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282-hukum-onani-lelaki-a-wanita.html
    http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/617-syahwat-a-gejala-onani--mampu-menghancur-umat-islam.html
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #48 10 December, 2010, 02:56:25 PM
  • Publish
  •  
    Pertanyaan:
    Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

    Jawapan:

    Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


    وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ


    “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

    Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
    Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

    Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
    Rasulullah SAW,


    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.


    “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

    Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

    Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

    Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
    Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

    Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,


    ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.


    “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

    Rujukan:
    Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
    Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Reply #49 05 April, 2011, 04:24:04 PM
  • Publish
  •  :)
    maafkan cahaya membuat thred yang kuirang sopan
    hanya mahu tanya ulasan dan keputusan sidang halaqian semua


    Pertanyaan:
    Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

    Jawapan:

    Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman, (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT


    وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

    “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

    Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
    Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

    Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
    Rasulullah SAW,


    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ .

    “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

    Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

    Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

    Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
    Kedua , Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

    Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

    ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

    “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #50 05 April, 2011, 08:03:11 PM
  • Publish
  • -salam-

    Berkenaan hal ini, ada penjelasan tentangnya dalam blog  Ustaz Zaharuddin , jawapan oleh Dr. Yusof  Al-Qaradawi

    sumber:http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282.html?task=view


    Apakah Hukum melakukan onani?


    Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

    Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

    Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

    "Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

    Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

    Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

    Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

    Karena takut berbuat zina.
    Karena tidak mampu kawin.
    Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

    Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

    "Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

    « Last Edit: 05 April, 2011, 08:07:03 PM by sonidoter89 »
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    maliki

    • *
    • Posts: 607
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #51 05 April, 2011, 09:45:41 PM
  • Publish
  • kesimpulannya onani boleh dibuat ke tak dalam islam semata mata nak elak zina dan perasaan lain???
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #52 05 April, 2011, 09:52:35 PM
  • Publish
  • kesimpulannya onani boleh dibuat ke tak dalam islam semata mata nak elak zina dan perasaan lain???

    Rajin-rajin kan diri baca dari awal  topik ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #53 05 April, 2011, 10:27:55 PM
  • Publish



  • Jika sesiapa ada persoalan mengenai tajuk ini, sila merujuk dahulu perbincangan di atas, kemungkinan penyelesaian masalah telah ada jawapan dan jika masih musykil sila berhubung dengan mana-mana MOD.


    TOPIK DIKUNCI

    Nurul Adila

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #54 22 April, 2011, 11:14:07 AM
  • Publish
  •  :) saya mempunyai seorang kawan lelaki yang suka beronani dan menonton video lucah.. dia mengatakan kepada saya bahawa perbuatanya itu adalah untuk memuasakn nafsu dia tanpa berzaina.. dan di sini saya ingin mengetahui apa hukum melakukanya,.

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #55 22 April, 2011, 11:33:43 AM
  • Publish
  • :) saya mempunyai seorang kawan lelaki yang suka beronani dan menonton video lucah.. dia mengatakan kepada saya bahawa perbuatanya itu adalah untuk memuasakn nafsu dia tanpa berzaina.. dan di sini saya ingin mengetahui apa hukum melakukanya,.
    maka dosa nya besar-
    perbuatan itu di laknat ALLAH -
    sedangkan pelbagai cara boleh mengawal Nafsu salah 1 Puasa...
    dekat diri kepada ALLAH Insyallah -
    pebuatan melancap itu di murka ALLAH - kalau dah mampu berkahwin lah...
    (Senyum)-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    13723 Views
    Last post 19 July, 2012, 11:07:13 AM
    by Ana Tholibah
    7 Replies
    4148 Views
    Last post 03 December, 2008, 11:38:29 AM
    by beruang
    2 Replies
    2218 Views
    Last post 16 December, 2010, 05:03:32 AM
    by rabbitah