FAKTOR DALAMAN VS FAKTOR LUARAN..........

*

Author Topic: FAKTOR DALAMAN VS FAKTOR LUARAN..........  (Read 4897 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
21 February, 2008, 03:36:57 AM
  • Publish

  • FAKTOR DALAMAN VS FAKTOR LUARAN

    Remaja dibelasah sehingga mati

    KOTA BHARU 16 Feb. - Seorang remaja mati selepas dipercayai dikurung dan dibelasah dua lelaki termasuk salah seorang bekas majikannya di sebuah rumah di Jalan Zainal Abidin dekat sini, Khamis lalu.

    Mangsa Mohamad Adam Ramli, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas hampir 48 jam koma kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika mangsa dipercayai dibawa oleh dua lelaki terbabit ke rumah tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

    Ulasan:
    Masalah gejala sosial bukan sahaja berlaku di kalanganorang-orang yang bodoh atau tidak berpelajaran tetapi ia juga sering berlaku di kalangan cerdik pandai. Tidak hanya di kalangan orang bawahan tapi juga terkena pada orang-orang atasan dan berjawatan tinggi. Pun bukan sahaja kena
    pada orang miskin bahkan orang kaya juga terkena tempiasnya.Bukan sahaja terjadi pada golongan yang jahil dalam agama, tapi orang yang alim ilmu agama juga terlibat sama.

    Justeru itu, kita tidak boleh mengatakan orang yang terlibat di dalam gejala sosial adalah berpunca dari kebodohan, atau kerana kemiskinan, atau kerana jahil dalam agama. Kerana di dalam realiti kehidupan kita, orang kaya, bijak pandai serta berjawatan tinggi pun ada yang terjebak sama. Kalau begitu apakah punca sebenar terjadinya gejala sosial ini?

    Sebenarnya sesuatu masalah yang berlaku itu, bukan berpunca dari faktor-faktor luaran sahaja seperti kesilapan teknik dan lain-lain, tetapi ia juga ada bersangkutan dengan faktor dalaman atau rohaniah manusia.

    Ibarat seorang doktor berdepan dengan seorang pesakit yang meracau-racau dan bercakap merapu-rapu. Doktor tidak akan kaji mulut pesakit atau peti suaranya, sekalipun yang nampak tidak betul ialah mulutnya atau kelajuan suaranya. Yang salah pada pesakit itu ialah sistem urat sarafnya atau ada tekanan pada jiwanya. Maka doktor pun ubatkan jiwa atau urat sarafnya maka hasilnya pesakit itu kembali bercakap seperti biasa.

    Secara umumnya, faktor dalaman selalunya bersangkutan dengan hati atau jiwa.Mari para pembaca berfikir; apakah yang menyebabkan seorang datuk sampai tergamak merogol cucunya sendiri? Apakah yang menyebabkan seorang ayah sanggup membunuh masa depan anak daranya sendiri? Apakah yang menyebabkan seorang suami sanggup melacurkan isteri demi kepentingan dirinya?

    Kalau dalam masyarakat Melayu, mereka ini digelar sebagai 'orang yang tak berhati perut'. Kenapa hati sasarannya? Berpunca dari hati yang sudah rosaklah menyebabkan manusia sampai hilang arah, kecewa, putus asa, resah gelisah, putus harap dengan Tuhan, aqidah terlalu lemah, tidak rasa Tuhan boleh menyelesaikan segala masalah, kacau-bilau perasaan,
    kekosongan hati, rasa rendah diri (inferiority complex), tidak rasa diawasi oleh Tuhan, tidak sabar dengan dugaan hidup dan berbagai-bagai penyakit jiwa yang telah melanda manusia.

    Takut-takut masalah ini semakin kronik dan sampai ke kemuncaknya bila ia gaga1 diselesaikan, boleh menyebabkan mereka yang menghidapinya mengambil jalan keluar yang mudah iaitu membunuh diri. Bila mereka menghadapi masalah,mereka tidak tahu ke mana hendak dirujuk. Akhirnya masalah yang dipendam itu semakin membengkak ibarat bisul yang
    menunggu saat pecah, yang bisanya sudah tidak tertahan lagi.

    Tetapi anehnya, kepandaian dan keintelektualan tidak begitu serius digunakan untuk mengubat pesakit jiwa ini berbanding usaha yang dibuat terhadap pengubatan penyakit fizikal lahiriah manusia.

    Faktor luaran,walaupun faktor ini bukanlah merupakan faktor yang utama
    tetapi sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Mari kita lihat beberapa contoh faktor luaran yang menyebabkan berlakunya gejala sosial.Pergaduhan, perkelahian atau perpecahan.

    Bagaimana pula dengan masalah perpecahan yang berlaku di tengah masyarakat, sama ada perpecahan sesama sendiri atau dengan parti lawan? Apa puncanya?
    -Buruk sangka atau salah sangka terhadap orang yang berkrisis dengan kita.
    -Tidak puas hati.
    - Sombong dengan kepandaian sendiri sehingga tidak boleh menerima pandangan, nasihat, tunjuk ajar atau teguran dari orang lain walaupun pihak tersebut benar.
    - Pantang dicabar
    - Suka mencari kesalahan orang lain serta memperbesarkannya.
    --Menjatuhkan orang lain semata-mata untuk kepentingan dirinya.
    -
    Merompak, menyamun dun mencuri:
    - Tidak mempunyai pekerjaan untuk sara hidup sama ada kerana tiada kelulusan, dibuang ke rja, sakit atau mengalamikecacatan.
    - Ada pekerjaan tetapi keperluan hidup tinggi. Gaji tidakmencukupi.
    - Keinginan hidup mewah kerana terpengaruh dengan budaya masyarakat yang materialistik.
    -Orang-orang kaya dan berharta tidak merasa tanggungjawab untuk memberi kepada yang miskin, walaupun orang-orang miskin tinggal berjiran dengan mereka. Akhirnya, oleh kerana tidak sabar dan tertekan dengan masalah hidup,orang kayalah yang men.jadi sasaran mereka.
    -Orang-orang kaya sombong dan menunjuk-nunjuk menyebabkan orang miskin sakit hati dan berdendam. Bila ada peluang menyamun dan merompak, tanpa takut-takut mereka lakukannya.

    Cukuplah kita ketengahkan beberapa contoh punca berlakunya gejala sosial yang kronik itu. Jelaslah bahawa ia bukan sahaja melibatkan faktor luaran semata-mata tetapi berpunca dari jiwa yang tidak bersih; yang masih bergelumang dengan hasad dengki, tidak boleh bertolak ansur, tidak jujur, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, sombong, bangga, berdendam,
    gila dunia, tamak dan lain-lain.

    Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah kita memperbaiki atau mensucikan jiwa yang telah kotor ini. Sebab itu Islam mengajak kita menilik ke dalam hati, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
    "Allah tidak memandang rupa dun harta kamu tetapi Dia memandang hati dun amalan kamu." (Riwayat Muslim)

    Firman Allah SWT:
    Maksudnya: "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya, rugilah orang yang mengotorinya. " (Asy Syams: 9 -10)

    Apabila hati ini sudah terubat, kita akan menemui hati itu dipenuhi dengan cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.Untuk membersihkan hati, kita mesti merujuk kepada Allah kerana Dialah yang tahu segala selok-belok kejadian manusia. Dia yang menciptakan manusia, sudah pasti apa sahaja masalah yang menimpa manusia, Dia ada cara untuk menyelesaikannya.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #1 27 December, 2009, 02:28:03 PM
  • Publish
  • Luaran tidak semestinya memcerminkan dalaman

                                     Tetapi

    Dalaman semestinya akan mencerminkan luaran
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #2 27 December, 2009, 02:44:01 PM
  • Publish
  • Luaran tidak semestinya memcerminkan dalaman

                                     Tetapi

    Dalaman semestinya akan mencerminkan luaran

    Agreed with it Riot..
    Bila dalaman sudah "firm"..
    InsyaAllah faktor luaran tidak akan dapat pengaruhi kita..
    Mohon dikuatkan iman pada ya Rabb

    nurqaseh

    • *
    • Posts: 285
    • http://nurqaseh2010.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 27 December, 2009, 03:09:26 PM
  • Publish
  • AKAL - AGAMA-  = HANCUR
    AKAL + AGAMA = GEMILANG

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 161
      • View Profile
    Reply #4 25 April, 2011, 11:25:43 PM
  • Publish
  • Luaran tidak semestinya memcerminkan dalaman

                                     Tetapi

    Dalaman semestinya akan mencerminkan luaran
    :msya: sangat mendalam kata-kata ini...
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #5 29 September, 2012, 01:37:45 AM
  • Publish

  • FAKTOR DALAMAN VS FAKTOR LUARAN


    Ulasan:
    Masalah gejala sosial bukan sahaja berlaku di kalanganorang-orang yang bodoh atau tidak berpelajaran tetapi ia juga sering berlaku di kalangan cerdik pandai. Tidak hanya di kalangan orang bawahan tapi juga terkena pada orang-orang atasan dan berjawatan tinggi. Pun bukan sahaja kena
    pada orang miskin bahkan orang kaya juga terkena tempiasnya.Bukan sahaja terjadi pada golongan yang jahil dalam agama, tapi orang yang alim ilmu agama juga terlibat sama.


    Betul masalah sosial bukan hanya berlaku kepada orang bodoh dan miskin malah turut berlaku kepada orang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan besar malah bekerja di badan-badan kerajaan.

    Sepanjang saya berkerja di jabatan saya, terdapat banyak salah laku tatatertib utamanya dalam kes seksual di sesetengah tempat pendidikan yang melibatkan orang berjawatan tinggi dengan berjawatan rendah seperti pengarah dan orang bawahan, serta tenaga pengajar sama ada guru  atau pensyarah sesama mereka serta guru dan murid dan guru dengan kekasih di luar. Mereka ini dikategorikan manusia tidak beraklaq

    Jika inilah sikap mereka di tempat-tempat pendidikan adakah patut kita samakan luaran dengan dalaman mereka? Di luar adalah sebagai pendidik atau orang yang boleh dicontohi tetapi hakikat dalamamnya sedemikian. Memang tidak boleh dipercayai...
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    boyboy

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #6 03 October, 2012, 10:32:18 AM
  • Publish
  •  :) sume..

    nie la remaja yang dari kecil hilang pedoman hidup akibat tidak dibimbing secara betul oleh iba bapanya.. mungkin kekurangan perhatian dan kasih sayang..

    masyarakat kini perlu ambil kisah dan jaga tepi kain sasama sendiri untuk menyelamatkan remaja hari ini.. bukan pandang sebelah mata sahaja..

    boboboi

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #7 16 October, 2012, 10:36:29 AM
  • Publish
  • Luaran tidak semestinya memcerminkan dalaman

                                     Tetapi

    Dalaman semestinya akan mencerminkan luaran
    :msya: sangat mendalam kata-kata ini...


    sangat setuju...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    16937 Views
    Last post 13 February, 2012, 01:49:59 PM
    by Yuzie
    11 Replies
    5876 Views
    Last post 09 March, 2012, 07:45:34 PM
    by wan_farid
    7 Replies
    1870 Views
    Last post 17 January, 2013, 04:12:01 AM
    by halawah