Isu Tuntutan Kristian Guna Kalimah Allah

*

Author Topic: Isu Tuntutan Kristian Guna Kalimah Allah  (Read 24018 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

17 February, 2008, 10:42:48 PM
  • Publish
  •  :)Assalamualaikum w.b.t.
    ana ahli baru dalam forum ini.
    di sini ana ingin membawa satu isu yang mungkin sudah pun tersebar luas
    kerana ana sebagai insan yang masih lagi menuntut di sekolah sudah mengetahuinya.
    ia berkaitan isu penggunaan nama ALLAH dalam kitab Injil.
    ia adalah daripada tuntutan pihak sidang Injil Borneo yang cuba menterjemahkan kalimah God kepada ALLAH dalam bahasa melayu adalah cubaan satu cubaan untuk menyamakan kata nama am god(tuhan) dengan kata nama khas God(ALLAH). Dalam kata lain, perkataan ALLAH dalam bahasa melayu cuba diertikan sebagai god(tuhan) sedangkan maksud asalnya adalah God(ALLAH). Mereka akan berjaya melakukan pendekatan ini apabila sebahagian Umat Islam  terus dibiarkan leka dalam kejahilan mereka. jadi kita sebagai Muslimin Muslimat yang bakal menegakkan Islam di bumi ALLAH ini, apakah yang sepatutnya kita lakukan tatkala negara kita sudahpun diserang dengan pelbagai perkara yang tak sepatutnya ada di negara Islam.
    [/b]
    « Last Edit: 25 February, 2008, 10:22:42 PM by sasic-generation »

    lo22

    • *
    • Posts: 351
      • View Profile
    Reply #1 06 January, 2009, 07:33:09 PM
  • Publish
  • Mereka bukan sahaja mengunakan nama Allah dalam kitab mereka, malah mereka sekarang turut menyebut 'Allah
    Taala'.....dlm setiap doa atau khutbah mrk. maklumat ni sy dapat dr seorg kawan penganut mazhab SIB bila secara sepontan masa dia berdoa belajar dlm kelas dia menyebut 'Allah Taala'
    BE MY GUEST....KALAU TAK MAMPU MEMBERI KOMEN YG BAIK...JGN CKP BYK...

    KelanaMan

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Reply #2 01 March, 2009, 12:15:42 AM
  • Publish
  • Oleh shahabudeenjalil

    [float=left][/float]" Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

    Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

    Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

    1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

    "Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

    "Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.

    Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,

    "Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".

    40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

    2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

    3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

    Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

    Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

    Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.

    Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.

    Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

    Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3075
    « Last Edit: 02 January, 2013, 11:12:15 AM by PenaHalaqah »

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #3 28 October, 2009, 04:14:17 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    kalau berdasarkan sejarah Sultan Abdul Hamid menolak untuk mengiktiraf pembelian tanah Yahudi dahulu, ini bermakna apa yang sedang dilakukkan oleh Kristian sekarang adalah suatu teknik halus. Mungkin pada hari ini mereka akan mensyaratkan yang penerbitan itu hany untuk orang Kristian, namun langkah pertama pasti akan ada langkah yang seterusnya.

    Pasti di masa akan datang penerbitan ini akan jatuh juga kepada pembaca-pembaca yang beragama Islam. Sekiranya yang membaca itu seorang yang rapuh aqidahnya, maka dengan mudah sahaja akan terpengaruh dengan dakyah Kristian ini dan akhirnya akan menukar agamanya.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #4 14 November, 2009, 10:06:52 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Kaedah mengelirukan umat Islam seperti itu dinamakan 'Kaedah Serapan'. Kaedah ini telah digunakan sejak lama dahulu. Ia digunakan oleh Arab Kristian untuk mengelirukan Arab Islam. Dan sekarang digunakan oleh Melayu Kristian kepada Melayu Islam pula. Sebenarnya dalam Kaedah Serapan ini bukan sahaja istilah agama tetapi juga begitu banyak ritual dan istiadat serta kepercayaan agama (yang sebenarnya bukan ajaran agama sekadar kebiasaan sahaja) yang telah diserapkan demikian. Saya tidak mahu menyenaraikannya kerana boleh tambah mengelirukan lagi. Tapi cubalah fikir dan cari sendiri. Memang banyak.

    Saya rasa; isu itu kecil saja berbanding penyelewengan yang kita sendiri lakukan. Lagipun; sekurang-kurang dengan yang demikian, jika diekploitasi; menjadi bertambah mudah bagi kita membuat pembetulan akidah umat Kristian supaya menerima kebenaran Islam. Lainlah kalau kita dah pasrah tak mahu berdakwah atas alasan hidayah datang dari Tuhan.

    Nota: Rasanya lebih baik kita teliti kesesatan ungkapan: Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah DARIPADA kita membesar-besarkan isu orang Kristian menamakan Tuhan mereka Allah itu.

    Wassalam.
     

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #5 14 November, 2009, 11:54:01 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Kaedah mengelirukan umat Islam seperti itu dinamakan 'Kaedah Serapan'. Kaedah ini telah digunakan sejak lama dahulu. Ia digunakan oleh Arab Kristian untuk mengelirukan Arab Islam. Dan sekarang digunakan oleh Melayu Kristian kepada Melayu Islam pula. Sebenarnya dalam Kaedah Serapan ini bukan sahaja istilah agama tetapi juga begitu banyak ritual dan istiadat serta kepercayaan agama (yang sebenarnya bukan ajaran agama sekadar kebiasaan sahaja) yang telah diserapkan demikian. Saya tidak mahu menyenaraikannya kerana boleh tambah mengelirukan lagi. Tapi cubalah fikir dan cari sendiri. Memang banyak.

    Saya rasa; isu itu kecil saja berbanding penyelewengan yang kita sendiri lakukan. Lagipun; sekurang-kurang dengan yang demikian, jika diekploitasi; menjadi bertambah mudah bagi kita membuat pembetulan akidah umat Kristian supaya menerima kebenaran Islam. Lainlah kalau kita dah pasrah tak mahu berdakwah atas alasan hidayah datang dari Tuhan.



    Nota: Rasanya lebih baik kita teliti kesesatan ungkapan: Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah DARIPADA kita membesar-besarkan isu orang Kristian menamakan Tuhan mereka Allah itu.

    Wassalam.
     

    Setuju 120 Peratus dengan kata-kata Rich_km (Apa makna km tu)

    Jangan disibukkan benda yang kecil sehingga benda yang besar terabai. Roh agama ialah Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Apabila perkara ini ditegakkan maka tertegaklah agama dalam diri manusia. Semua kaedah orang Kafir adalah kaedah yang lemah. Begitu juga tipu daya Syaitan juga lemah. Kita sibuk membuat benteng untuk menahan serangan ke atas akidah orang Islam tetapi kita sendiri tidak usaha untuk membangunkan akidah orang Islam. Ulamak beritahu hari ini Orang Islam terlalu cepat menuju kepada makhluk. Malah mereka berdoa pun untuk minta makhluk. keyakinan  mahkluk yang selesaikan masaalah begitu menebal dalam kehidupan orang Islam. Seorang yahudi memegang sebilah pedang dan mengajukan kepada Nabi SAW dan berkata "siapa yang akan tolong kamu hari ini". Nabi SAW menjawab Allah. Lantas pedang itu terjatuh. Nabi SAW mengambil dan mengajukan kepada orang yahudi itu dan berkata "siapa yang akan menolong kamu hari ini". Yahudi itu terdiam. Orang Islam hari ini bersifat sepertimana Yahudi tersebut iaitu meyakini apa yang ada ditangannya bukan seperti Nabi SAW iaitu meyakini kepada Allah. Walaupun selepas itu Nabi SAW memegang pedang itu tetapi keyakinan Nabi SAW tidak berubah. Semoga saya Insaf dan sedar InshaAllah.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #6 17 November, 2009, 03:11:10 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Rich tu Richard. km tu Kota Marudu. Home town saya Kota Marudu. Suatu masa dulu saya pernah guna nama Richard. Nama itulah yang menghijrahkan saya kepada Islam. Dulu saya Islam jugak. Tapi Islam keturunan je.

    Boleh saya tambah sikit lagi kisah sdr tu? Lebih kurangnya

    ...Nabi SAW mengambil dan mengacukan (pedang itu) kepada orang yahudi itu dan berkata: "Siapa yang dapat menolong kamu, sekarang?". Yahudi itu menjawab: "Kamu sajalah ya Muhammad".

    Nota: Kalau kita dapat kembalikan umat Islam mengabdi (bukan sekadar menyembah) kepada Allah; saya pasti Islam akan dapat dikembalikan kepada asalnya. Saya pasti sesiapa yang memahami Islam tidak akan menentangnya kerana Islam memang untuk semua manusia.

    Nota 2: Suatu ketika ada orang (khususunya pendakyah Islam) mengatakan; betapa bodohnya orang Islam kerana menyembah batu (kaabah); berbanding mereka yang menyembah figure (arca suci). Saya katakan bahawa orang Islam tidak pernah menyembah kaabah. Tidak terdapat orang Islam sujud atau menyembah kaabah; kerana ruang kosong di keliling adalah untuk orang berjalan tawaf. Orang Islam tidak menyembah kaabah. Apa yang disyariatkan ialah 'orang Islam sembahyang mengadap ke kaabah. Kalau tak percaya; sila lihat siaran langsung haji atau siaran langsung solat tarawikh pada bulan Ramadhan.

    Wassalam.

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1153
      • View Profile
    Reply #7 01 January, 2010, 01:02:18 AM
  • Publish
  • Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

    Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

    Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231171725/Article
    « Last Edit: 01 January, 2010, 01:04:53 AM by rahmanw »

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1153
      • View Profile
    Reply #8 01 January, 2010, 01:03:05 AM
  • Publish
  • ni apa cerita ni?
    kejap tak boleh...kejap boleh...tak ada yang nak lawan kes ni ke?

    jawdan

    • *
    • Posts: 318
      • View Profile
    Reply #9 01 January, 2010, 02:12:39 AM
  • Publish
  • Perkara ini akan membingungan mereka yang kurang ilmu..dan kemungkinan akan berlaku kejadian keluar dari Islam...
    Perkara ini bahaya...Kita usahakan..kita didik keluarga kita,sahabat kita,kawan kita,rakan kita,kenalan kita,jiran tetangga dan sebagainya,,

    Moga kita dapat mempetahankan martabat Islam..
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    jawdan

    • *
    • Posts: 318
      • View Profile
    Reply #10 01 January, 2010, 02:13:28 AM
  • Publish
  • Asslamualaikum..ada satu info...Perkataan Allah memang digunakan dalam bible...

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #11 01 January, 2010, 02:17:07 AM
  • Publish
  • sama-samalah kita fikirkan demi umat islam sejagat........
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #12 01 January, 2010, 06:04:41 AM
  • Publish
  • apa beza kita guna ke mereka guna ke, perkataan tu

    jika benar penggunaan nya tentu ada pembuktiannya

    sesiapa yang tidak meng hukum dengan apa yang Allah turunkan/ tetapkan/ tentukan - tentulah tidak benar pengakuannya, itu sebab di katakan > engkar ( kufur/ kafir ), zalim, murtad/ syirik.

    The choice is Yours - memang jika kamu tanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan ini semua, ..............Allaaah .......jawab mereka.

    jadi yang membezakan seseorang, bukan kerana lidah..............tetapi pembuktian melalui amalan kebaikan - terbaik ialah La ilaha ill 'allaah - akal setuju, mulut setuju, hati/diri mahu tunduk hanya kepada Allaah. Cukuplah Allah bagiku, Kepada Allaah lah aku berserah - bertawakkal. Ittaqulloh.

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 274
      • View Profile
    Reply #13 01 January, 2010, 07:44:42 AM
  • Publish
  • perkataan Allah pada bible tak akan mengelirukan pada mereka yang memahami dzat2 Allah atau pun yang mempunyai ketinggian ilmu agama seperti ramai di sini. tapi pada pandangan saya, ia mampu mengelirukan sesetengah pihak diluar sana yang sekadar beragama Islam dan cetek ilmu agama.
    Negara kita adalah negara pelbagai kaum. Mungkin kita boleh terima hakikat ini, tapi tak mustahil ada pihak yang akan mengambil kesempatan mengenai perkara ini. Kita juga harus ingat bahawa pemikiran orang bukan Islam tidak sama dengan pemikiran orang Islam dari segi agama berdasarkan ilmu mereka.
    Bila Allah ada dalam bible dan ada dalam tafsir al-Quran;
    1) adakah Allah yang dirujuk ini sama?
    2) adakah Allah juga menurunkan agama Kristian, ataupun mengiktiraf agama Kristian?
    3) adakah bila Allah ini sama, maka semua 99 nama2 Allah yang lain juga boleh disamakan?
    4) bagi mereka yang sedang mencari jalan kebenaran mungkin akan berlaku sedikit kesulitan untuk memahami perkara ini.
    5) bagi orang kristian sendiri, adakah mereka sudah tidak perlu mengenal Islam kerana ternyata kita menyembah tuhan yang sama dari segi bahasa.

    saya ada kawan kristian yang sangat taat pada agama dan berpegang pada bible dalam kehidupan sehari2. Ternyata mereka menganggap Allah di bible adalah sama dengan Allah orang Islam. Mereka anggap kita dan mereka semua adalah sama. malah mereka cuba melakukan ibadat2 seperti berpuasa dan menyebut insyaAllah, SubhanAllah, MasyaAllah dan sebagainya. Saya merasa sangat marah dengan situasi ini kerana saya tak rasa kita dan mereka adalah sama,  lebih2 lagi apabila mereka menolak nabi Junjungan, Nabi Muhammad saw !!!
    p/s: maaf, sedikit emosi disini =)

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1153
      • View Profile
    Reply #14 01 January, 2010, 04:04:52 PM
  • Publish
  •  :)

    pendapat tuan/puan tu betul....
    dan memang tak dinafikan....perkataan ALLAH digunakan dalam bible...malah dalam bible tu ada juga terkandung firman ALLAH yang asli yang diambil dari injil...
    cuma apa yang nak den tekankan adalah....jarum puak2 kafirun tu amat halus....sedar tak sedar ianya telahpun menusuk kedalam hati orang islam yang jahil tentang islam...
    mungkin bagi kita yang belajar...INSYALLAHUTA'ALA...kita mampu membezakan yang hak dan yang bathil (mohon perlindungan kepada ALLAH)
    tapi bagi anak2 muda yang cukup2 mentah untuk membezakan keduanya?tidak risaukah kita jika mereka menggunakan perkataan ALLAH sepenuhnya untuk menyebarkah dakwah kristian mereka terhadap kita?
    saya mengambil satu contoh.....pernahkah tuan/puan mendengar lagu dari penyanyi seberang yang bernama agnes monica yang bertajuk ALLAH PEDULI?kalau belum...disini saya sertakan videonya.....
    Allah Peduli-Agnes Monica

    banyak blog dan forum yang membincangkan mengenai lagu ni...namun apa yang menyedihkan....ada juga yang beragama islam yang memandang mudah perkara ini....hinggakan ada yang sanggup mempertahankan lirik lagu ni....

    tahap keimanan kita bukanlah seperti dizaman RASULULLAH SAW dan para sahabat....
    adakalanya masih tak mampu menanggung ujian ALLAH.....
    bimbang akhirnya kita akan jadi macam di indonesia....nak samarata sampaikan kubur pun boleh bercampur orang islam dan kristian....

    ummulqurra

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #15 01 January, 2010, 05:36:40 PM
  • Publish
  • Allah pada umat islam / umat Muhammad ~ Tuhan Yang Maha Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan, bukan dua dan bukan tiga.

    Allah bagi umat Kristian ~ Tuhan yang menjelma dalam tiga bentuk. Tuhan yang boleh beranak dan diperanakkan.

    inilah perbezaan utama Islam dan Kristian. hayati dan fahamilah wahai muslimin sekalian.



    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #16 01 January, 2010, 07:57:11 PM
  • Publish
  • A spokesman for the Herald, the newspaper of the Catholic Church in Malaysia, said a legal suit was filed after they received repeated official warnings that the newspaper could have its licence revoked if it continued to use the word.

    "We are of the view that we have the right to use the word 'Allah'," said editor Rev Lawrence Andrew.


    Pasti ada yang tidak berpuas hati,namun jadikan perbezaan ini sebagai satu titik tolak untuk kita sama-sama mencari jalan untuk mengembangkan Islam pada orang bukan Islam.

    Pasti sesiapa sahaja yang beragama Islam pasti tercabar apabila membaca petikan di atas.Namun ana juga percaya,betapa ramai umat Islam berlapang dada dan menerima permintaan mereka ini.

    Seperti yang Ukhti Kak Long ulaskan,"Allah" cuma istilah yang digunakan dalam bahasa Arab,God dalam bahasa Inggeris,Tuhan dalam bahasa Melayu.
    Bahasa yang membezakan tetapi membawa maksud yang sama.  Apa yang bezanya mereka tidak mengucap perkataan “Laa ila ha ila Allah,Muhammad Rasulullah” iaitu syahada.

    Bible ---> Biblios---> Al – Kitab = Himpunan buku-buku

    Perkataan bible diambil dari perkataan biblios yang bermaksud Himpunan buku-buku.Agama Kristian terdapat dua Bible yang berbeza,perbezaan itu disebabkan perbezaan jumlah buku yang dihimpunkan.Dan kristian pun ada mazhabnya juga.

    Didalam Bible terdapat dua Perjanjian,iaitu Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru.Perbezaan antara dua Bible ini terdapat dalam Perjanjian Lama. Bagi Mazhab Protestant,Bible mereka terdapat 66 buah buku.Manakala bagi Mazhab Catolik terdapat 73 buah buku.

    Berbalik kepada isu utama iaitu penggunaan nama Allah dalam Bible.Penggunaan perkataan Allah dalam bible sebenarnya sudah lama dilakukan.Ini bukan cerita olok-olok,kerana Bible sudah diterjemahkan kepada 2000 bahasa dan antaranya ialah bahasa Arab.Apa yang pasti,terjemahan dalam Bahasa Arab sendiri mempunyai 11 dialek yang berbeza.

    Seperti yang kita sedia maklum,kitab mereka bible sering perbeza dan tidak seperti AlQuran.Penggunaan perkataan Allah sudah lama berada dalam bible,tambahan lagi bible sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan dinamakan dengan nama Al-Kitab.

    lynx7

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #17 01 January, 2010, 08:22:10 PM
  • Publish
  • kita bimbang ada pihak yang akan menyebarkan dakyah dan fahaman yang tidak betul kerana penggunaan nama Allah sudah bebas digunakan oleh agama2 lain

    khalidjo

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #18 02 January, 2010, 10:52:21 PM
  • Publish
  • Ini terang2 adalah usaha oleh Barat dan mubaligh Kristian untuk menyebarkan ugama kristian kepada orang Malaysia.

    Di China dan Jepun ugama ini dilarang. Jadi tiada sebab kita membenarkan penggunaan Allah sebagai Kristian.
    Ini satu provokasi kepada orang Melayu.

    Orang PAS yang menyokong penggunaan Gereja seperti Khalid Samad sudah di jangka. Begitu juga Nik Aziz diam. Tapi dia
    akan setuju juga seperti lazimnya.
    Ambil jalan yang mudah dan penakut.

    Kerajaan UMNO telah mengharamkan orang Kristian digunakan di Malaysia tapi orang Keling PAkiam telah membawa kemahkamah
    dimana seorang Hakim Cina perempuan telah membatalkan pengharaman itu.

    Ini tidak menghairankan kerana orang Cina tidak berugama dan perkataan Allah itu tidak memberi makna apa2 kepadanya.
    Terpulang kepada UMNO juga dan orang Melayu untuk menyerang balik tindakan penyebaran Kristian ihi
    kerana Katolik adalah ugama yang mundur yang tidak dipakai di eropah atau Us lagi.

    Tetapi hendak dikembangkan ke negara membangun seperti Filipina. usaha menjadikan Malaysia terutama SAbah dan Sarawak sebagai
    Filipina yang katolik sedang giat di jalankan.

    Jadi kita perlu menyerang balas.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #19 02 January, 2010, 11:42:34 PM
  • Publish
  • 31. Luqman
    25. Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah." Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1233 Views
    Last post 29 September, 2014, 04:09:19 PM
    by halawah
    18 Replies
    1915 Views
    Last post 12 January, 2010, 11:41:25 AM
    by Haizeel
    0 Replies
    304 Views
    Last post 04 October, 2012, 05:09:28 AM
    by orang biasa