Wanita dan Purdah

*

Author Topic: Wanita dan Purdah  (Read 41343 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummu Hana

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
Reply #60 22 October, 2009, 09:43:01 AM
  • Publish
  • boleh rujuk buku "Hijab" bagi penjelasan yang lebih terperinci...nama penulisnya ana lupa...
    purdah tradisi wanita arabi..? benarkah begitu...? bacalah dan carilah sejarah perintah berpurdah...dan bandingkanlah pula dengan pakaian tradisi wanita arab sebelum kedatangan Islam...pasti kita lebih bersyukur..syukur ya Allah..
    Semoga Allah kurniakan kita hidayah dan kekal dalam hidayah..

    NadiyaHafiz

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #61 29 October, 2009, 12:43:29 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum
    Keinsafan benar2 dari hati kerana Allah
    mudah2an ianya  berpanjangan
    selama ini diri ini jauh dan telah lama alpa dan terlupa
    kini ku bersyukur kerana petunjuk dan hidayahNya aku kembali dekat di sisiNya
    Buat suami, ampun dan maaf ku pinta..

    NadiyaHafiz

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #62 29 October, 2009, 01:00:48 PM
  • Publish
  • Niatku ingin berpurdah
    tetapi kerja di bwh KPM pasti tiak mengizinkan
    bolehkah aku mpnyai 2 persnalti yg berbza
    di tmpat kerja berbaju kurung bertudung biasa
    diluar berjubah dan berpurdah
    apa pandangan dn cadangan?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #63 29 October, 2009, 01:10:54 PM
  • Publish
  • Niatku ingin berpurdah
    tetapi kerja di bwh KPM pasti tiak mengizinkan
    bolehkah aku mpnyai 2 persnalti yg berbza
    di tmpat kerja berbaju kurung bertudung biasa
    diluar berjubah dan berpurdah
    apa pandangan dn cadangan?


    Sila layari di sini berkaitan persoalan perlukah  mempunyai 2 personaliti berbeza...

    1. Berpurdah :Keadaan semasa Bekerja dan Belajar

    2. http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2009/09/kenapa-kadang-aku-berniqab-kadang.html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    althafunnisa_89

    • *
    • Posts: 1
    • Cinta Ilahi Yang Utama
      • View Profile
    Reply #64 09 February, 2010, 10:36:08 PM
  • Publish
  • salam ustaz...
    ana nak tanya tentang hal berpurdah...
    apakah sebenarnya hukum memakai purdah?
    keliru...bila saja orang lain melihat seseorang berpurdah, pasti mereka akan bertanya 'Sebelum ni memang pakai purdah ka?'...kalau jawapannya tidak, apakah salah..
    apa harus kalau nak pakai purdah memang dia itu seorang yang memang familiar degan purdah di wajahnya...

    satu hal lagi ustaz...
    berpurdah sekarang ni kan, adakalanya ikut tempat juga...
    ada setenagh tempat kita selesa berpurdah..
    tapi di tempat yang lain mungkin kita tidak selesa, mungkin kerana faktor sekeliling, atau memang peraturan tempat itu, purdah tidak dibenarkan...
    dalam keadaan ini kan, seseorang yang berpurdah akan mengalami hal, sekejap pakai sekejap tak...macamana tu?
    “Ingatlah wahai Bani Adam, mati yang tak boleh dimandikan, mati yang tak boleh dikafankan dan mati yang paling dahsyat ialah MATI HATI. Oleh itu, penuhilah hatimu dengan zikrullah”…

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #65 10 February, 2010, 06:49:33 AM
  • Publish
  • apakah sebenarnya hukum memakai purdah?



    Rujuk di sini : Re: Wanita dan purdah


    keliru...bila saja orang lain melihat seseorang berpurdah, pasti mereka akan bertanya 'Sebelum ni memang pakai purdah ka?'...kalau jawapannya tidak, apakah salah..
    apa harus kalau nak pakai purdah memang dia itu seorang yang memang familiar degan purdah di wajahnya...


    Tidak salah, Tidak perlu.

    berpurdah sekarang ni kan, adakalanya ikut tempat juga...
    ada setenagh tempat kita selesa berpurdah..
    tapi di tempat yang lain mungkin kita tidak selesa, mungkin kerana faktor sekeliling, atau memang peraturan tempat itu, purdah tidak dibenarkan...
    dalam keadaan ini kan, seseorang yang berpurdah akan mengalami hal, sekejap pakai sekejap tak...macamana tu?


    Rujuk di sini : Re: Berpurdah :Keadaan semasa Bekerja dan Belajar

    Dan untuk lebih mudah maklumat berkaitan berpurdah , baca di sini Berpurdah :Keadaan semasa Bekerja dan Belajar


    Purdah Antara perbandingan hukum.

    Oleh : Dr Yusuf Qardhawi

    Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

    Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.

    Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

    Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud " Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.

    Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

    1. baju yang menutup seluruh tubuh.
    2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
    3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
    (lihat mu'jam asasi arab)

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

    Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

    Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

    Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

    Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

    Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juag terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

    Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

    Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

    Adakah purdah wajib?


    Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memaki purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

    Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

    Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
    : Hadis Rasul SAW yang bermaksud " Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
    : Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
    : Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

    dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.


    Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.


    1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
    2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
    3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
    4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
    5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
    6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

    Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

    1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
    2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
    3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.


    Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

    Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

    Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

    Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!
    « Last Edit: 10 February, 2010, 07:00:55 AM by Ummi Munaliza »

    hamimah

    • *
    • Posts: 632
      • View Profile
    Reply #66 11 February, 2010, 10:10:52 PM
  • Publish
  • purdah...ramai yang mempersoalkan.....
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #67 12 February, 2010, 01:08:31 AM
  • Publish
  • purdah...ramai yang mempersoalkan.....

    Apa yang dipersoalkan dan kenapa? Menulis biar sempurna dan berhujah biar bertempat.

    mujahidah_94

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #68 15 February, 2010, 10:34:53 PM
  • Publish
  • moga Allah mmbri kite kkuatan utk mghadapi dunia yg pnuh pancaroba ini...
    : )

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #69 16 February, 2010, 03:19:42 AM
  • Publish
  •  :)

    Serba sedikit ciri-ciri yang ada pada orang berpurdah;

    Purdah tiada paksaan dalam syariat tetapi indahnya purdah bagi muslimah yang suka memelihara dirinya dalam syariat Allah swt dan mengelokkan akhlaqnya dalam terus meningkatkan Ilmu mencari amal yang diredhai Allah swt,dimana dengan purdah ia dapat selalu;
    1) muhasabah diri menjaga mata sebagai dari pandangan zahir dan mencuci dari cacat rukun hati

    2)menjaga tuturkata yang terucap dimulutnya samada perbualan dan percakapan biasa maupun berunsur Dakwah agar dapat menundukkan fikiran dan hati dari  terikut oleh perasaan/nafsu yang tidak terkawal.(Bersedehana dalam segala hal)(Mendidik Jiwa dan membimbing hati bersifat TAWADDHU' dan Tathowwu' IlallahuuRabbi)samaada dalam solat maupun hal biasa saja.

    3)Memperingati diri agar suka disediakan dengan bekalan airwudhu' agar mudah ia merujuk ke Al-Qur'an untuk di baca maupun di Hafaz secara rutin ,hal yang paling digemari sekali jika dirinya berbekal wudhu' tiba masuk waktu solat mudah ia untuk bersama-sama orang-orang yang mengerjakan solat samaada Nawafil maupun Thathowwu'(wajib).Subhanallah indahnya dan bahagianya hati dan fikirannya. :syukur:

    4)Apabila menemui sesuatu kesulitan maka ia mudah terus melafazkan Zikrullah sebanyak buih yang tidak terhitung bilangannya,dan bila ada orang yang mengadu nasib padanya tanpa ragu dan curiga lantas ia terus menDoakan agar kesembuhan dan rasa menyenangkan orang tsb.Masya Allah.Maka Allah suka cepat mengkabulkan atas Izin Dan RDHA ALLAH SWT jua. :msya: :syukur:

    5)Segala apa yang dilakukan semua atas Perlindungan Allah swt melalui para malaikat yang sesuai dengan Doa dan amalan yang dibuat secara YAQIEN dan TAWAKKAL. :ins:

    6)Terutama purdah ini mendapat melindungi dari pandangan tajam orang lain ke WAJAHnya kekadang dirinya tiada apa pun, tetapi sebaliknya orang yang memandangnya, :msya:,apa agaknya yang direnungkan dan dinikmati wajah orang tsb,cantik tidak putih Wallahu'Alam seri cahaya lampu mana ada,membazir elektrik jer ! tapi kekadang orang yang murung dan tak dikenal pun boleh melekat cukup terpandang wajah saja,sudah cukup bak PUngguok Merindukan Bulan..(Perasannya !Nauzubillahiminzalik) belum lagi ia berucap dan luahkan sesuatu yang terlintas fikiran dan hatinya.
    maka kekadang sebilanagn kecilnya sajalah kebanyakan orang yang berpurdah ini suka dirinya menjadi macam Boneka Hidup,dan kekadang Seram juga takut disalah guna pandang dan timbul persoalan dan Fitnah Hidup,maka dirinya susah mau ditemui dan menemui orang kebanyakan kecuali jika ada IZIn pihak bersangkutan jika ia anak dara IBUBAPAnya tempat sandaran IZIn,
    jika ia sudah berkahwin maka Suami tempat IZin dan menemaninya berjumpa dan bergaul dengan orang-ramai,
    jika ia seorang guru maka ibubapa dan suami sebagai pendukung agar ia tetap Iman dan Ilmu tidak disalah menfaatkan untuk dirinya dan umumnya,
    jika ia sebagai seorang anak/isteri /Ibu dan guru maka ia lebih utamakan Amanah Allah swt pada Ahli-keluarganya agar selamat masyarakat setempat dan persekitaran.
    SEgala-galanya dengan Izin Allah swt jua.Semoga Ilmu/Amal dan Imannya terpelihara dan didalam Peliharaan Allah  :aamiin:
    Maka yang diharapkan agar dirinya selalu mendapat Keampunan Allah swt dan pada umumnya agar tidak disalahkan hal tsb.
    Hidup dan matinya kerana mencari REDHA ALLAH Sahaja.

    Wallahu'Alam Bissawob.
    WabillahitTaufiq Walhidayah Wassalamualaikum WR WB WM.
    « Last Edit: 16 February, 2010, 03:21:28 AM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #70 16 February, 2010, 03:49:17 AM
  • Publish
  • kalau pakai purdah,waktu solat boleh pakai ka?
    waktu pergi haji tak boleh pakai kan?umrah?tawaf?saie?boleh?
    kalau keluar,pergi makan macam mana?
    air ya la,dari bawah...makan macm susah tak?

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #71 16 February, 2010, 04:02:10 AM
  • Publish
  • kalau pakai purdah,waktu solat boleh pakai ka?
    waktu pergi haji tak boleh pakai kan?umrah?tawaf?saie?boleh?
    kalau keluar,pergi makan macam mana?
    air ya la,dari bawah...makan macm susah tak?
    1)Mendirikan Solat berhadapan qiblat sama ada dalam masjid maupun depan Kaabah memang tidak boleh berpurdah kerana wajah kita sedang dilihat/dipandang Allah swt dan disaksikan oleh para malaikat Allah .=Maka wajib dibuka.

    2)Semasa dalam Ihram  mengerjakan ibadah haji/Umroh tawaf dan Saie tidak digalakan oleh Rasulillah saw memakai purdah kerana mencari Redha Allah dan beramalan sebaik-baik amalan agar dapat didengar dan dikuti oleh orang lain,Bemenfaat ilmu pada diri sendiri dan bermenfaat ilmu pada orang lain agar dapat diikuti ilmu dan apa yang dilafazkan saat mengerjakan hal Haji/Umroh tsb  bagi yang lainnya.

    3)Kalau pergi makan atau minum baginya tak susah malah lebih terjaga. :ins:
    Rezki yang ditelan pun tak dilihat orang akan gaya mulut yang mengonyahnya,sihat-sihat wal'afiat zahir dan bathin,alangkah Indah dan Nikmatnya IMAN.......HEEEK  :syukur: pun tak kedengaran oleh orang lain maka terpelihara dari Riya' dan 'Ujub baginya :msya:

    Wallahu'Alam Bissawob.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #72 16 February, 2010, 08:13:26 AM
  • Publish
  • kalau pakai purdah,waktu solat boleh pakai ka?
    waktu pergi haji tak boleh pakai kan?umrah?tawaf?saie?boleh?


    Aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Maka ketika solat,memang tidak boleh menutup muka.

    Begitu juga ketika di dalam ihram. Telah tertulis13 perkara yang dilarang ketika ihram.
    "Menutup muka, larangan ini hanya dikenakan kepada wanita Muslim yang dalam keadaan berihram serta dalam solat." Jika ia dilakukan dengan sengaja maka dikira berdosa dan perlu dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir). Ketika tawaf dan saie masih dikira di dalam ihram.

    Bila berniat sahaja ihram di miqat, tidak kira ketika ihram haji atau umrah, larangan 13 perkara akan berkuat kuasa, termasuk salah satunya tidak boleh menutup muka bagi perempuan sehingga selesai kerja-kerja haji dan umrahnya.


    Quote
    kalau keluar,pergi makan macam mana?
    air ya la,dari bawah...makan macm susah tak?

    Islam itu mudah dan jangan pula kita sendiri yang menyusahkan. Kita memang tahu, berpurdah bukan wajib, maka ketika mahu makan dan minum, buka sahaja lah. Tak payah kita menyusahkan sehingga nak suap makanan perlu selak-selak macam langsir. Masa pergi kedai makan, cari tempat yang agak tersorok, agar jika kita buka purdah tidak menimbulkan fitnah. Buka pun bukan buka suka-suka, tapi buka ketika nak makan.Jangan kita menunjukkan islam itu sukar dan menyusahkan sehingga nak makan pun payah nak suap.

    bl4ck_arrow

    • *
    • Posts: 45
    • لا اله الا الله محمد رسول الله
      • View Profile
    Reply #73 23 April, 2010, 01:08:23 PM
  • Publish
  • Assalamu'laikum wr wb...

    wanita ini "medan" sebenarnya adalah dalam lingkungan "4 dinding rumah"...

    "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu………….. "[Al-Ahzab (33) : 33 ]

    bilamana hadir lelaki ajnabi di kalangan mahramnya (spt shbt bapanya, suaminya, saudara lelakinya, atau anak lelakinya; atau sepupunya; atau lainnya) maka hendaklah diadakan tabir bagi memisahkan medannya dari lelaki ajnabi tersebut selama tempoh itu...bilamana ia keluar dari rumahnya, hendaklah diusahakan supaya ia sentiasa berada dalam medannya...maka itu Rasulullah saw telah membawa isteri2 baginda di dalam tandu2 yang "bersempadankan 4 tabir"...sedang dalam keadaan sahabat2 yang tidak berkemampuan menyediakan tandu untuk isteri2 mereka, isteri2 mereka dipakaikan cadar yang menutupi seluruh tubuhnya dari hujung kepala hingga hujung kaki...(tak bole bawa rumah, maka mesti usaha adakan "rumah" bagi wanita selama bersafar samada sekejap/lama, dekat/jauh)...demikianlah adab memelihara aurat wanita...perintah dari Allah swt; Allah yang sama ketika hayat Rasulullah saw & sesudah wafatnya baginda saw sehingga ke hari ini...

    seluruh manusia & segala sesuatu adalah makhluk Allah swt...manusia sbg hamba Allah, tidak sekali-kali & tidak akan pernah sama kedudukannya dengan Tuannya...siapa yang berasa wanita boleh menampakkan kepada lelaki ajnabi, walau sekadar muka & tapak tangan, maka sesungguhnya dia telah meletakkan manusia setaraf dengan Allah swt kerana menganggap boleh menampakkan kepada lelaki ajnabi sama seperti ketika ia menghadap Khaliqnya...na'uuzubillaahi min zaalik...

    "perhiasan" seorang wanita dari sudut pandangan lelaki bukanlah emas perak atau intan permata yang ada di leher, di tangan, di jari, di kaki dsb...tetapi "perhiasan" yang menarik pandangan lelaki kepada seorang wanita adalah seluruh tubuhnya termasuk wajahnya...maka Allah mengizinkan "perhiasan" yang biasa dilihat daripada seorang wanita hanya untuk mahramnya...

    "...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan..." [An-Noor (24) : 31]

    ini yang jelas dengan keizinan Allah, tiada izin Allah dalam memperlihatkan kepada lelaki ajnabi, melainkan dalam urusan merisik mengikut syarat2nya...

    fahamilah & hayatilah perjalanan hidup Rasulullah saw yang tidak lain & tidak bukan hanyalah dengan wahyu beserta taufiq & hidayah dari Allah swt...inilah sahaja jalan kehidupan yang diterima oleh Allah swt, yang mesti kita pegang & amalkan dalam kehidupan kita...(sesungguhnya
    bukan hanya perkataan Rasulullah saw itu menjadi dalil; angguk baginda bersetuju dgn perbuatan shbt, geleng baginda tidak mengiyakan perbuatan sahabat, malah diam baginda yang mengiyakan pun tidak, menidakkan pun bukan; hatta seluruh perlakuan baginda, termasuk fikir baginda saw...ins Allah)

    wallahu'alam...


    :::... دعأ  هداية  انتوق  سلوروه  امة  سلوروه  عالم ... إن شاألله ...:::

    puspawatie

    • *
    • Posts: 205
      • View Profile
    Reply #74 23 April, 2010, 01:31:18 PM
  • Publish
  • em.betul kah jika wanita memakai purdah,d akhirat nanti ALLAH akan mendatangi wanita tersebut disaat semua manusi ingin bertemu ALLAH...BETUL KAH HADIS NIE?

    puspawatie

    • *
    • Posts: 205
      • View Profile
    Reply #75 10 May, 2010, 12:02:25 PM
  • Publish
  • kehidupan dunia & akhirat perlulah seimbang..
    kalau asyik mementingkan keduniaan saje ini la akibatnye..

    YA Allah letakkan dunia di tanganku bukan di hatiku
    ............AMIIIN...

    florafauna

    • *
    • Posts: 487
      • View Profile
    Reply #76 10 May, 2010, 12:20:34 PM
  • Publish
  • ameeeennnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    puspawatie

    • *
    • Posts: 205
      • View Profile
    Reply #77 12 May, 2010, 01:20:41 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..mcm na ye ada kekuatan pakai purdah?masa sekolah blh la pakai..ble dh keluar alam tu dah masuk ke masyarakat susah la
    ...waalaikumsalam..em,bagi saya tu semua bergantung pada empunya diri...tepuk dada tanya iman...niat berpurda tu kerana apa?ikut suasana ker?????masyaallah...betulkan niat tu ya...nampak sangat ikut suasana...tapi apapun purda x wajib pun...tapi terlalu banyak hikmah jika kita memakainya...wallahualam...

    nuraiaishah

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #78 07 September, 2010, 01:03:46 PM
  • Publish
  • betul cakap cik nur annisa ... apa2 pn berdasar pada tahap keimanan seseorang  dan kekuatan pada diri kita ....

    Zarith Annissa

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Reply #79 07 September, 2010, 06:02:17 PM
  • Publish
  • sebagai gadis muslimah.... nisa teringin nak pakai purdah..... tapi disebabkan alam masa sekarang tak sesuai lg, insya Allah lepas kahwin nisa akan pakai purdah.... bagi nisa suma tu adalah cantik bagi seseorang muslimah.... dan keindahan cptaan Allah beri nisa nak tutup supaya tak terkena panahan iblis..... tapi teringinya nak mula dari sekarang.... masa dan keadaan tak bape sesuai....... doa2 kan lah supaya nisa dapat menunaikan hajat yang terpendam ni...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    8050 Views
    Last post 16 July, 2011, 05:40:48 PM
    by hamimah
    43 Replies
    12252 Views
    Last post 12 May, 2010, 01:32:08 PM
    by puspawatie
    40 Replies
    14692 Views
    Last post 03 January, 2013, 07:47:09 PM
    by al_ahibbatu