Doa Yang Indah...

Author Topic: Doa Yang Indah...  (Read 5765 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zaitihamdan

  • *
  • Posts: 561
  • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
    • View Profile
04 February, 2008, 11:06:02 AM
  • Publish Di FB
  • Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
    "Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

    Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
    "Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."

    Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
    "Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."

    Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
    "Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."

    Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
    "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."

    Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
    "Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."

    Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
    "Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."

    Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
    "Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
    « Last Edit: 04 February, 2008, 11:08:54 AM by zaitihamdan »
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #1 04 February, 2008, 02:44:23 PM
  • Publish Di FB
  • subahanallah doa yg sgt mnyentuh hati..bnyk kiranya yang ku pelajari drt entry ini..syukran datin..

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #2 04 February, 2008, 04:55:15 PM
  • Publish Di FB
  • Masya Allah,ilmu yang berfaedah dihasilkan dr doa yg indah juga,
    namun hamba tak mampu berbuat seindah doa ,
    kerana hidup masuliyah yg berbedza sgl.dihadapi dan penyesuaian keadaan.
    Namun doa pasrah tetap ditadahkan jua;
    "Ya Allah,ampunilah hambamu ini,setiap waktu tetap doa yg baik ditaburkan.Makmurkan segala keindahan yang ada dimenfaatkan bersama"
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    ria_firdaus

    • *
    • Posts: 194
      • View Profile
    Jawab #3 01 July, 2008, 04:38:59 PM
  • Publish Di FB
  • :)


    Ya Shobur,Ya Latif..
    Ajarilah kami untuk bersabar menerima segala takdirMu
    Ajarilah kami sanggup mengendalikan nafsu amarah
    Yang setiap saat membuat orang lain murka
    Ya Allah kami ini rentan disulut bisikan setan
    Mudah sekali jatuh ke dalam kedzaliman..
    Namun kasih sayangMu tidak berkurang sedikitpun..
    Mudahan-mudahan sisa waktu yang masih kami miliki di dunia,
    Bisa menjadikan kami taat padaMu,mencintaiMu dan berserah diri sepenuhnya kepadaMu.
     :aamiin: Ya Allah..




    “Dunia ini bagi orang beriman adalah ladang dzikir & akhirat akan menjadi panen bagi mereka.
    Mereka berjalan dengan memakai sarana syukur kepadaNya, hingga sampai pada anugerah-anugerah yg dikeluarkan dari perbendaharaan simpananNya. Sesungguhnya Dia Raja Yang Maha Mulia”

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Jawab #4 04 May, 2010, 06:39:24 AM
  • Publish Di FB
  • Doa Pagi (Morning Du'a)


     berisalam
    Semoga pagi ini membawa rahmat kepada semua halaqian sekelian
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #5 06 May, 2010, 10:38:22 PM
  • Publish Di FB
  • doa yang menyentuh perasaan kita sebagai hamba Allah SWT

    itachi

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #6 07 May, 2010, 12:41:03 AM
  • Publish Di FB
  • Ini adalah doa 2 yang diamalkan oleh Rasullallah saw

    ]DOA MERAWAT PENYAKIT

    Ya Allah ya tuhanku, lenyapkan kepayahan daripadanya , sembuhkanlah dia , kerana Engkaulah yang menyembuhkan , tiada sembuhan melainkan sembuhanmu, suatu sembuhan yang tiada menniggalkan penyakit

    riwayat bukhari dan muslim

    Kafiat dan khasiat
    Daripada Aisyah ra  bahawa nabi selalu membentengi kaum keluarganya seraya berdoa tersebut

    DOA KETIKA DITIMPA KESUSAHAN

    Tiada tuhan melainkan Allah yang maha besar lagi maha penyantun, tiada tuhan yang disembahkan melainkan Allah, pemilik arasy yang agung, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah , pemilik langit dan bumi, pemilik arasy yang mulia

    Riwayat Muslim

    Kafiat dan khasiat

    Daripada Ibnu Abbas , apabila Rasullallah megnhadapi bencana, baginda akan membaca doa tersebut

    Ps: Saya amik ini daripada Buku Ustaz Zahazan .. DOA DAN ZIKR MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH SWT

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #7 25 June, 2010, 11:45:20 PM
  • Publish Di FB
  • Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
    "Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

    Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
    "Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."

    Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
    "Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."

    Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
    "Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."

    Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
    "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."

    Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
    "Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."

    Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
    "Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."

    Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
    "Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

    Syukran Jazilan  :jaz:  ....jauh di mata dekat dihati...hadiahmu tetap dikenang semoga ilmu menjadi jariah dan mendapat keberkatan hidup dan murah rezki.. :ins:

    Nasyid oleh Rabbani - Satu Qiblat Yang Sama


    ainarohani

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #8 05 July, 2010, 01:55:38 AM
  • Publish Di FB
  • dendam adalah penjara hati yang akan sentiasa mengikat jiwa...sama-samala kita melatih diri untuk menjadi seorang yg pemaaf dan mengikis segala sifat2 mazmumah yang masih berbaki didalam diri (",)
    Gajet Terbaik Untuk Yang Tercomel
    http://amnicollections.com]AMNI Collections[URL]

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 666
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Jawab #9 05 July, 2010, 10:19:29 AM
  • Publish Di FB
  • xda apa yang perlu dimalukan sebab jalan ke arah kebaikan berlandaskan syariat Islam.... banyak manfaat dan iktibar yang boleh diikuti. trima kasih...
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Jawab #10 06 September, 2010, 06:35:20 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Doa pagi dan petang,

    Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

    "Ya Allah,
     aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.
    Ya Allah,
    aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku.
    Ya Allah,
    jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku.
    Ya Allah,
    peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku.
    Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
    (HR. Imam Ahmad)

    mizsarr

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Jawab #11 06 September, 2010, 05:08:32 PM
  • Publish Di FB
  • salam..... sy nk tanya...
    takpe ke kalau saya doa mcam ni "Ya ALLAH, aku mohon kepadamu tunjukkan aku jalan keluar daripada kesedihan ini"

    takpe ke? betuL ke? sbb saya tak nmpak jalan dah nk kuar dr kesedihan saya.....

    SafwanRazali

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Jawab #12 07 September, 2010, 08:38:30 AM
  • Publish Di FB
  • sebenarnya ,tidak kisah pun apa cara kita nak berdoa.kita berdoa kepada ALLAH. kita tahu bahawa ALLAH maha mengetahui .ALLAH juga yang hanya memperkenankan doa.Jadi tidak usahlah kita risau cara kita berdoa. lagipun ,kita kan tahu bahawa setiap percakapan itu doa.

    SafwanRazali

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Jawab #13 07 September, 2010, 08:40:27 AM
  • Publish Di FB
  • sebenarnya ,tidak kisah pun apa cara kita nak berdoa.kita berdoa kepada ALLAH. kita tahu bahawa ALLAH maha mengetahui .ALLAH juga yang hanya memperkenankan doa.Jadi tidak usahlah kita risau cara kita berdoa. lagipun ,kita kan tahu bahawa setiap percakapan itu doa. w.a

    misbah

    • *
    • Posts: 106
    • fizikal pandangan manusia, hati pandangan Allah.
      • View Profile
    Jawab #14 07 September, 2010, 04:06:20 PM
  • Publish Di FB
  • aKu....

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Jawab #15 22 October, 2010, 12:09:02 PM
  • Publish Di FB
  • Wahai TUHAN kami
    Janganlah KAU menyeksa kami bila kami lupa
    Sesungguhnya kami hidup dalam kesedihan
    Kami mensia-siakan waktu kami
    Kejahilan telah menimpa kami
    Kebingungan selalu menyertai kami
    Hanya keampunan MU yang kami harapkan

    Ya RABB
    Janganlah KAU bebani kami dengan bebanan yang berat
    Sesungguhnya kami adalah hambaMU yang lemah dan manusia yang miskin
    ENGKAU yang mendidik kami
    padaMU kami meminta
    Kabulkanlah permintaan kami

    Ya ALLAH
    AMpunilah kami
    Kamilah orang yang sering berbuat salah dan sewenang-wenangnya
    Daripada kami timbul keburukan
    Dalam diri kami terlalu banyak kekurangan
    ENGKAU TUHAN PEMURAH , MULIA, PENGASIH dan PENYAYANG

    Tiada yang dapat memberi keampunan
    kecuali Engkau ya ILLAHI
    Tiada yang dapat bermurah hati
    kecuali ENGKAU ya ALLAH
    Tiada yang dapat memberi anugerah kepada orang2 yang membuat kesalahan
    kecuali ENGKAU ya RABBUL'IZZATI

    Ya RAHMAN
    Dan kasihanilah kami yang dhaif ini
    Dengan RAHMAT MU,
    kami berbahagia,
    Dengan KASIH SAYANG MU,
    cita-cita kami terwujud
    Dengan BELAIAN RAHMATMU
    amal kami diterima
    Dan dengan CINTA KASIH MU
    keadaan kami baik dan sejahtera.

    Amiin, Amiiin, Amiiin Ya Rabbal'alamin

    qaniah

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Jawab #16 22 October, 2010, 01:10:18 PM
  • Publish Di FB
  • Allahumma amin.... Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu &dlm ketaatan kepadamu

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 690
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Jawab #17 22 October, 2010, 04:44:11 PM
  • Publish Di FB
  • Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
    "Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

    Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
    "Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."

    Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
    "Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."

    Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
    "Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."

    Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
    "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."

    Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
    "Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."

    Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
    "Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."

    Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
    "Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

    fuh..bukan je ia berunsurkan ilmiah..tapi ia juga motivasi diri sebagai manusia..kita sebagai manusia yang selalu berdoa untuk mendapat hadiah dan balasan baikdiam
    I am proud to be a MUSLIM

    Anaconda

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #18 22 October, 2010, 08:31:51 PM
  • Publish Di FB
  •  
     
     
     
    DOA 1
    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
    Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
     
     
    DOA 2
    اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
    Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    45 Replies
    13383 Views
    Last post 05 December, 2012, 03:53:12 PM
    by shirahana
    1 Replies
    2887 Views
    Last post 17 February, 2011, 09:29:39 PM
    by putri_hambali
    1 Replies
    724 Views
    Last post 07 July, 2011, 12:15:56 AM
    by nadeea