Kisah-kisah Nabi SAW dan Para Sahabat R.A.

*

Author Topic: Kisah-kisah Nabi SAW dan Para Sahabat R.A.  (Read 26205 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ain

  • *
  • Posts: 432
  • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
    • View Profile
28 May, 2007, 07:39:40 AM
  • Publish
  • BILAL DAN PENDERITAANNYA

    Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."
    Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."
                            Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
                            Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"
                            Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.
    « Last Edit: 04 May, 2009, 05:00:23 PM by Munaliza Ismail »
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    akil78

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #1 27 March, 2009, 10:23:16 AM
  • Publish
  • Rasulullah SAW menangis Sepanjang malam

    pada satu ketika Rasulullah SAW menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat ini sehingga ke pagi. " Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yan g menghalang perbuatanMu) kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMu. dan jika Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana."  (Al-Maidah : 118)

    Diberitakan juga pada satu malam Imam Abu Hanifah rah. telah menangis sepanjang malam sambil membaca,. : 'Dan sebaliknya dikatakan kepada org kafir, berpisahlah kamu pada hari ini wahi org yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan org yang beriman."  (Ya Sin :59)

    ayat ini membawa makna bahawa org-org yang menderhaka kepada Allah SWT akan diperintah supaya berpisah daripada mereka
    yang berbakti kepadaNya. mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan solehin sebagaimana yg diperbuat oleh mereka di dunia.

     pengajaran : Berdasarkan perintah di atas, sebanyak manapun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita akan dihimpunkan sama ada di kalangan mereka yg bersalah atau di kalangan mereka yg taat.
     :jaz:
                                                                                                                                   

    myway

    • *
    • Posts: 29
      • View Profile
    Reply #2 27 March, 2009, 05:28:47 PM
  • Publish
  • btol tu akil.
    memang kita xkan tau kat mana kita akan ditempatkn.
    syurga atau neraka.
    jika syurga dan neraka x pernah ada, masihkah kita sujud kepadaNya.
    apepun, jgn putus asa dgn rahmat Allah. berusahalah!
    « Last Edit: 27 March, 2009, 05:36:04 PM by myway »

    shukrul

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #3 22 September, 2010, 10:52:38 AM
  • Publish
  • Kecintaan Seorang Sahabat ra.
    Dari 'Aisyah r.a katanya, "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan engkau lebih aku cintai daripada orang tuaku. Jika aku berada di rumah, aku senantiasa merindukan dan tak sabar untuk secepatnya dapat bertemu dan melihatmu. dan apabila aku teringat kematianku dan kematianmu, tetapi aku tahu engkau kelak dimasukan ke dalam surga, tentunya engkau akan ditempatkan di surga yang paling tinggi beserta para Nabi. Sedangkan jika aku dimasukkan ke dalam surga, aku takut jika kelak tidak dapat melihatmu lagi". Nabi SAW tidak menjawab ucapan orang tersebut sampai Jibril menurunkan firman Allah,

    Artinya: Dan barang siapa mencintai Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu Nabi-nabi, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih. Dan merekalah teman yang sebaik-baiknva. (An Nisaa': 69)

    (Thabrani, Abu Nuaim. Al-Hilyah. 4/240)

    Dari Ibnu Abbas ra. dikatakan ada seorang lelaki datang kepada Nabi seraya berkata. "Wahai Rasulullah aku sangat mencintaimu dan selalu mengingatimu. tapi vang aku takutkan jika kelak engkau dimasukkan ke dalam surga di tingkat yang paling tinggi sedangkan aku dimasukkan di tempat yang tidak sama denganmu, maka aku takut tidak dapat lagi melihatinu kelak di akhirat". Rasulullah SAW tidak menjawab ucapan lelaki itu sampai Allah menurunkan fimian-Nya. Wa man yutiillah war Raszila fa ulaika ma'al ladzina...(An Nisaa': 69). Setelah itu Rasulullah SAW membacakan ayat tersebut di hadapan lelaki itu dan mendoakanya."
    (Thabrani, Al-Haitsami. 4/7)

    Kecintaan Sa'ad bin Mu'adz ra.
    Dari Abdullah bin Abu Bakar ra., '.Sesungguhnya Sa'ad bin Muadz ra, berkata kepada Nabi SAW . "Ya Rasulullah. maukah engkau kami buatkan sebuah benteng dan kami siapkan di sisimu sebuah kendaraan. Kemudian kami maju berhadapan dengan musuh, jika kami diberi kemenangan oleh Allah maka itulah yang kami harapkan. tapi jika terjadi sebaliknya, maka engkau dapat segera pergi dengan kendaraan ini. menemui pasukan kita yang masih ada di belakang kita. sebab di belakang kami tertinggal sejuklah kaum yang sangat mencintaimu. Sungguh andaikata mereka tahu bahwa engkau akan berperang pasti mereka akan ikut semuanya. Akan tetapi di karenakan mereka tidak tahu bahwa engkau akan menemui pasukan musuh seperti ini. maka tidaklah heran jika sebagian orang tidak ikut bersama engkau."Maka Rasullah SAW menyatakan terimakasihnya dan mendoakan kebaikan baginva, kemudian mereka membangunkan sebuah benteng bagi Nabi
    (Ibnu Ishaq, Al-Bidayah 3/268)

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #4 10 January, 2011, 12:03:12 AM
  • Publish
  • Khandaq:Kejutan kepada Barisan al-Ahzab

    Setelah beberapa hari menempuhi perjalanan untuk menyerang kaum muslimin dan menghapuskan dakwah Rasulullah s.a.w yang sedang bernaung di bawa kerajaan Islam pertama pimpinan baginda,pasukan tentera al-Ahzab dikejutkan pula dengan kewujudan al-Khandaq(parit).Ini di luar jangkaan mereka kerana tidak menjangkakan kewujudan parit itu akan menghalang misi mereka.Strategi yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi itu sungguh luar biasa pada ketika itu kerana tidak pernah terlintas oleh pihak musuh akan wujud halangan tersebut.Parit yang digali oleh tentera muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w itu berjaya menghalang pihak musuh menyerang tentera muslimin disebabkan luar biasanya iaitu, di pinggir parit yang panjang, dengan kelebaran yang tidak mampu dilompat oleh manusia ataupun kuda tunggangan.Kedalamannya pula tidak memungkinkan sesiapa sahaja memanjat tebingnya yang dalam dan curam.Lagipun, mereka tidak mempunyai peralatan untuk memanjat tebing curam dan tidak peernah lagi menghadapi halangan peperangan seperti itu sebelum ini.

    Walaupun tentera muslimin tidak pernah menggali parit dalam peperangan sebelum ini,usaha mereka berjaya dan ini adalah sesuatu yang luar biasa.Tentera al-Ahzab bimbang terpaksa berkhemah di tebing-tebing sepanjang parit itu,mundar-mandir di sekitar parit untuk mencari tempat yang tidak begitu lebar untuk menyeberang.Tentera musyrikin cuba melompat tetapi ramai yang tidak berjaya dan jatuh ke dalam parit manakala yang berjaya melompat ke seberang pula terpaksa berdepan dengan mata pedang oleh tentera Muslimin Antara tentera al-Ahzab yang terbunuh dalam usaha melepasi halangan khandaq itu ialah seorang tokoh Quraisy yang bernama Amru bin Hud yang dibunuh oleh Saidina Ali bin Abu Thalib karramallahu Wajhahu.

    petik daripada Buku Muhammad S.A.W insan teladan sepanjang zaman...Allahua'lam

    *Subhanallah,hebatnya ilham yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang sentiasa memperjuangkan agama islam,tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah swt.

    Firman Allah,"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."(47:7)
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #5 01 February, 2011, 12:08:52 PM
  • Publish
  • Keutamaan Zubair Bin Awwam RA

    Diriwayatkan dari Muhammad bin Munkadir, dari Jabir bin Abdillah RA:

    Pada hari terjadinya Perang Khandaq, Rasulullah SAW menyerukan perang, lalu Zubair memenuhi seruan itu. Kemudian Baginda menyerukan perang lagi, lalu Zubair memenuhinya lagi. Kemudian Baginda menyerukan perang lagi, lalu Zubair memenuhinya lagi. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya, setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair."

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #6 11 February, 2011, 03:49:14 PM
  • Publish
  • Saad bin Muaz,

     Beliau seorang sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan kaum Ansar.Meskipun dalam perang khandaq tidak berlaku pertempuran terbuka antara tentera musyrikin Quraisy dengan Rasulullah SAW disebabkan adanya parit(khandaq) yang dibina oleh tentera muslimin, namun serangan seperti serangan panah tetap dilancarkan oleh tentera musyrikin Quraisy.

     Antara yang menjadi sasaran senjata musuh ialah Saad bin Muaz.Dia cedera parah, namun masih dipanjangkan usianya oleh Allah SWT. Dalam keadaan luka itu Saad memohon doa kepada Allah SWT,

    "Allahumma wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersemat di hatiku. Bahawa tiada seorang pun di dunia ini yang aku suka berperang dengan mereka, melainkan terhadap kaum yang mendustakan dan menghalau keluar RasulMu. Sekiranya masih ada lagi kaum yang hendak memerangi RasulMu, maka janganlah Engkau matikan aku, sehingga aku sempat berperang dengan mereka."

     Allah SWT memakbulkan doa Saad. Selang beberapa hari keadaan lukanya menunjukkan tanda beransur pulih. Apabila Rasulullah SAW mengerahkan tentera muslimin supaya pergi ke Khaibar bagi memerangi kaum Yahudi Bani Quzaifah, Saad bin Muaz turut serta dalam peperangan tersebut, meskipun dalam uzur lagi aklibat luka.

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #7 22 February, 2011, 06:42:20 PM
  • Publish
  • Si Pedang Allah, Khalid ibn Walid(keberanian yang tidak terhingga)

    Kata-kata Khalid ibn Walid:"Dalam perang Mut'ah, sembilan pedang telah patah di tanganku. Terakhir aku menggunakan pedang lebar buatan Yaman."(Riwayat Bukhari)

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #8 22 February, 2011, 06:48:06 PM
  • Publish
  • Abu Dujanah

    Dari Anas RA,"Pada waktu perang Uhud, Rasulullah SAW mengambil sebilah pedang seraya bertanya,"Siapa yang mahu mengambil ini dariku?" Orang-orang membentangkan tangan mereka berebut,"Aku,Aku!" Tapi Rasulullah SAW menegaskan lagi,"Siapa yang mahu mengambilnya dengan menjaga haknya?" Seketika orang-orang mundur. Hanya Simak ibn Kharasyah Abu Dujanah yang berani mengatakan,"Aku mahu mengambilnya dengan menjaga haknya!" Dan Abu Dujanah pun mengambilnya, untuk menghancurkan rencana busuk orang-orang musyrikin."(SHAHIH MUSLIM)

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #9 22 February, 2011, 08:34:28 PM
  • Publish
  • Saidina Umar al Khattab VS Jin

    Suatu ketika dahulu di kota Madinah diadakan pertandingan gusti. Kita sedia maklum bahawa jaguh gusti ketika itu semestinya Rasulullah, Khalid al Walid, Saidina Umar, Amru al Ash. Tetapi kali ini hanya Saidina Umar sahaja yang ambil bahagian. Saidina Umar sepatutnya boleh menang dengan mudah tetapi lawannya kali ini sangat hebat. Bukan dalam kalangan sahabat, tetapi.....



    Perlawanan bermula, seperti biasa Saidina Umar yang sememangnya handal bergusti sudah tentu menang perlawanan demi perlawanan dan masuk ke peringkat akhir. Almaklumlah, Khalid al Walid tak masuk. Jika tidak, meranalah Saidina Umar.


    Tiba-tiba Saidina Umar melihat seorang penggusti tercampak jauh daripada gelanggang. Dia mula berasa hairan dengan kekuatan seorang pemuda ini. Dia mampu menewaskan musuh dengan mudah, sekali libas sahaja.

    Sampailah giliran Saidina Umar melawan pemuda itu. Mereka bertemu di pusingan akhir. Saidina Umar menyerang, tetapi serangannya begitu senang dipatahkan. Saidina Umar hampir tercampak dek serangan musuhnya yang terlampau hebat.Dia hampir kalah.

    Saidina Umar mula berikhtiar, mencari cara untuk mengalahkan lawannya. Saidina Umar tidak mahu kenangan pahit ketika kalah kepada Khalid al Walid sewaktu mereka kecil dahulu berulang.

    Kemudian dia sedar akan sesuatu. Saidina Umar mula mengatur serangan. Dia melompat ke arah pemuda gagah itu. Setelah dua minit bergelut, pemuda gagah itu serta merta rebah. Saidina Umar berjaya mengalahkan pemuda itu.

    Setelah upacara penyampaian hadiah berakhir, Pemuda itu datang kepada Saidina Umar. Pemuda itu berkata,

    "Kau main tipu, mana adil.."

    Saidina Umar tergelak kecil,

    "Mana ada tipu, adilllah itu."

    Pemuda itu berkata pula,

    "Kau baca ayat Qursi, memanglah aku kalah."

    Pemuda itu sebenarnya adalah jin. Jin yang menyamar jadi manusia. Kesimpulannya, jin ini lemah dengan ayat Qursi jadi amalkanlah ya untuk mengelakkan gangguan jin ini.
    InsyaAllah..


    Al Tabrani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya al Dalail riwayat daripada Ibnu Mas'ud,


    Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata,
    "Apakah engkau boleh berlawan denganku? Kalau boleh mengalahkan aku, akan ku ajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah dan syaitan tidak akan masuk".Maka berlawanlah mereka berdua.Akhirnya jin itu dapat dikalahkan.Maka jin itu berkata,"Engkau baca ayat al-Kursi,kerana kalau dibaca syaitan akan keluar daripada rumah itu." Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa lagi kalau bukan Saidina Umar al Khattab.

    Sumber rujukan,

    http://tukinmyteam.blogspot.com/2011/02/saidina-umar-vs-jin.html

    Yosh!!
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 489
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Reply #10 15 March, 2011, 03:01:58 PM
  • Publish
  • Malaikat Mendengar Bacaan Al Quran Usaid Bin Hudhair.

    Usaid bin Hudhair adalah sahabat Rasulullah saw yag sangat mahir tentang  ilmu Al Quran.
    Beliau merupakan seorang hufaz.Mempunyai suara yang sangat indah ketika  mengalunkan
    bacaan Al Quran.

    Pada suatu malam, ketika sedang duduk berehat di luar rumahnya Usaid mengaluankan
    bacaan Al Quran. Tiba tiba kudanya yang kebetulan ditambat tidak jauh dari tempat
    beliau duduk itu lari berpusing pusing. Beliau terkejut melihat keadaan kudanya. yang
    ketakutan itu. Usaidpun menghentikan bacaannya dan kudanya pun turut berhenti juga.

    Usaid menyambung kembali  alunan bacaan Al Qurannya dan secara tiba tiba juga
    kudanya kembali berpusing pusing tidak menentu dan Usaidpun menghentikan
    bacaannya dan kudanya pun turut berhenti.Usaid kehairanah melihat perlakuan
    kudanya.Setiap kali di ulang mengalunkan bacaan AlQuran  begitullah perlakuan
    kudanya dan apabila Usair menghentikan bacaan dan kudanya pun turut diam.

    Usaid kehairanan dan mencari jawapan, Usaid mendongak ke langit , beliau
    ternampat di langit ada benda seakan akan tergantung dan bergerak
    gerak seperti lampu dan bersinar dengan amat indah. Tahulah Usaid itulah
    punca kudanya ketakutan.

    Pada keesokannya Usaid pergi menemui Rasulullah saw lalu menceritakan apa
    yang dialaminya kepada baginda dan baginda bersabda:
     

    "Itu adalah para malaikat yang mendengar alunan bacaan Al Quran
     kamu wahai Usaid disebabkan elok dan indahnya bacaanmu. Andai
    kamu terus membaca sehingga ke pagi , orang ramai juga dapat melihat
    akan  kehadiran para malaikait itu"

                                                                                                           
    « Last Edit: 15 March, 2011, 03:24:35 PM by imanhilmi »
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Reply #11 31 March, 2011, 10:50:45 PM
  • Publish
  •  :)

    Kisah Rasulullah s.a.w membenarkan yahudi tinggal di rumahnya

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun telah mengijinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah beliau tanpa mengusirnya , padahal ia seorang yahudi yang berbeda agama dengan Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam , tetapi beliau mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah beliau ,
    beliau tidak melarangnya atau dengan mengatakan : ” engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku , kotor dan najis !! ” , tidak demikian akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam . Orang yahudi itu tinggal bersama Rasulullah dan tidur disana , makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul , seakan telah menjadi bagian di keluarga Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam , sampai suatu saat ia sakit dan Rasul menjenguknya,
    Rasul tidak berkata : ” syukur yahudi itu sakit dan tidak tinggal di rumahku lagi ” ,
    rasul tidak demikian tetapi beliau berkata : ” mana orang yahudi yang tinggal di rumahku , mengapa dia pergi, apa kesalahanku ? ! ” .
    Maka setelah rasul sampai di rumah orang yahudi itu , ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul maut , maka Rasul berkata : ” wahai pemuda , maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ” , maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi .
    Maka ayahnya berkata : ” betul , taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu ” , dan pemuda itupun mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat , maka berubahlah wajah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu wafat dalam keadaan Islam , demikian indahnya kerukunan umat beragama.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    5039 Views
    Last post 27 May, 2007, 05:29:54 PM
    by kanjeng sunan
    1 Replies
    3516 Views
    Last post 14 November, 2009, 01:39:43 PM
    by assiddiq
    3 Replies
    6818 Views
    Last post 17 September, 2012, 09:04:02 PM
    by ummieones