Bahaya Bertumit Tinggi

Author Topic: Bahaya Bertumit Tinggi  (Read 6842 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faseh

  • *
  • Posts: 999
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
15 January, 2008, 07:45:12 AM
  • Publish Di FB
  • Bahaya Bertumit Tinggi

    Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID

    BERKASUT tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

    Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

    Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

    Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

    Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).

    Malah, dengan ketinggian begitupun, ia tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam setiap hari secara berterusan.

    Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung.

    Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.

    “Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.

    “Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.

    “Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.

    “Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.

    Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.

    “Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.

    “Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.

    Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.

    Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang.

    “Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu,” katanya.

    Menurut Dr. Asmah, kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.

    “Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis.

    “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.

    Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.

    Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.

    Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.

    Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.

    Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai.

    Menurut Dr. Asmah lagi, dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.

    Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.

    Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.

    Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.

    “Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.

    “Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.

    “Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan,” katanya.

    Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung
    * Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.

    * Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki. ;D

    * Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.

    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #1 15 January, 2008, 08:38:11 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    bahayanya bertumit tinggi....

    bukan sahaja bahaya malah menyakitkan kaki...

    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Jawab #2 01 May, 2009, 06:19:51 PM
  • Publish Di FB
  •                      


    kaki anda pon perlukan udara..perlu nafas gak..sayangilah kaki anda,,,janganlah menyeksa kaki..sendiri yg rasa padahnya..
    smile until you cant smile;

    efa_reeza

    • *
    • Posts: 113
      • View Profile
    Jawab #3 01 May, 2009, 06:38:41 PM
  • Publish Di FB
  • salam,

    umum telah mengetahui akan bahayanya memakai kasut tumit tinggi tapi masih ade lagi yang mengambil tidak endah akan perkara sebegini...dalam course yang saya ambil di ipt memerlukan pelajar memakai kasut tinggi tapi takde lah tinggi sangat.at least nampak sikit tumitnya.tapi sebahagian rakan-rakan saya masih memakai kasut yang bertumit tinggi yang melebihi hadnya.

    kesannya mungkin tidak dialami pada waktu sekarang...akan datang siapa tahu.jadi melarat pula.

    nni

    • *
    • Posts: 346
    • ingin kan kedamaian jiwa..
      • View Profile
    Jawab #4 01 May, 2009, 07:07:25 PM
  • Publish Di FB
  • lg pon...
    tapak kaki mmg dah siap dicipta leper mcm tu....
    bila ubah dgn berjalan berjengket (bertumit tinggi), mane tak dpt penyakit..

    klu yg nmpk tumit gak, sy prefer yg kasut jenis wedge... selesa.. n paling penting, stable!

    hahha..
    klu yg heel mcm gmbr paku tu, klu jln laju sket je mcm nak tergolek rasanya. nak turun tangga pon takot.
    huuuhhuhu.

    - wedge sandals (tp yg ni tinggi sgt la, n too stylish, x nak la.. mcm artis lak..)


    - wedge sandals (this one not bad, kan)

    wedge sandals yg berasaskan gabus adlh ringan dan tak berbunyi kuat masa berjalan..  =;8)
    « Last Edit: 01 May, 2009, 07:11:32 PM by nni »
    Help me transforming into a good muslimah, please...

    http://hidupinas.blogspot.com/

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Jawab #5 01 May, 2009, 08:22:36 PM
  • Publish Di FB
  • tak silap ana hukum pakai kasut tinggi nie pun adew lah..trylah tnye ustaz...sebab org yang pakai kasut tinggi nie..dapat menarik perhatian taw,,,disebabkan bunyi hentakkan..ammglah kasut lain tu adew jugak tpi..cuba fikir logik...boleh ke cover bunyi kalau dah pakai kasut tumit tinggi...

    lg pon...
    tapak kaki mmg dah siap dicipta leper mcm tu....
    bila ubah dgn berjalan berjengket (bertumit tinggi), mane tak dpt penyakit..

    memanglah kalau jalan berjengkit tak rasa sakit..cuba try dua tiga bulan tanpa berhenti..apew rase??
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    nni

    • *
    • Posts: 346
    • ingin kan kedamaian jiwa..
      • View Profile
    Jawab #6 01 May, 2009, 09:18:19 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    memanglah kalau jalan berjengkit tak rasa sakit..cuba try dua tiga bulan tanpa berhenti..apew rase??


    oh.. bkn, maksud sy,
    mmg la dpt penyakit kalau sengaja berjalan berjengket (kan pakai high heel ni same je la mcm berjengket).


    Quote
    sebab org yang pakai kasut tinggi nie..dapat menarik perhatian taw,,,disebabkan bunyi hentakkan..ammglah kasut lain tu adew jugak tpi..cuba fikir logik...boleh ke cover bunyi kalau dah pakai kasut tumit tinggi...


    ye.. sy paham ni.
    tak bleh yg berbunyi kuat sampai tarik perhatian org kan.

    klu high heel yg mcm bawah ni mmg bising bunyi nya. huhhu...


    - ancaman high heel pada kaki wanita...
     

    naaz93

    • *
    • Posts: 209
    • ..::ISLAM ITU INDAH::..
      • View Profile
    Jawab #7 01 June, 2009, 04:34:25 PM
  • Publish Di FB
  • mom sy kata kasut tumit tinggi ni pn blh dtgkn mandul..
    *kalau kerap dipakai n jd kebiasaan..
    ..::Langkah Hari Ini Menentukan Destinasi Hari Esok::..

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Jawab #8 01 June, 2009, 05:05:06 PM
  • Publish Di FB
  • Kasut tumit tinggi? pada pendapat saya memang ianya tidak baik untuk kesihatan kaki.

    p/s

    kalo wanita pakai kasut tumit tinggi, terase rendah ja diri ini
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Fauziah Begam

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Jawab #9 01 June, 2009, 06:02:43 PM
  • Publish Di FB
  • mmg bahaya lu pakai yang tinggi sgt.....pakai yang ada tumit ckit...jgn terlampau tinggi sampai 3 inci......
    sy gerun nk pakai......
    Lg pn mmg akan sakitkan kaki.....lenguh sgt2......time tido mmg terasa....

    ana saifudeenah

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #10 01 December, 2009, 02:49:32 PM
  • Publish Di FB
  • mamakai kasut bertumit tinggi memang agak bahaya
    kalau dilihat dari sudut kesihatan pelbagai penyakit akan kita dapat
    kalau ditinjau dari sudut fizikalnya memang bahaya sangat senang jatuh
    masih tercari-cari
    untuk menggapai kebenaran
    supaya mardhatillah

    AziraAziz

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #11 28 April, 2011, 09:41:19 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya paling tidak suka pakai kasut tumit tinggi.
    Saya lebih mengutamakan memakai kasut kerana lebih selesa dan selamat..

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #12 28 April, 2011, 09:54:48 PM
  • Publish Di FB
  • -salam-

    Kasut tumit bahaya juga kerana:

    -kalau terpijak ekor kucing,menderita kucing tu..atau siput(adik saya terpijak siput dengan kasut tumit tinggi,mula-mula terbeliak mata siput tu, lepas tu tiada terus)

    tapi ada baiknya:

    -berfungsi sebagai hammer..heee..
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    zinnirah1001

    • *
    • Posts: 76
      • View Profile
    Jawab #13 28 April, 2011, 10:19:02 PM
  • Publish Di FB
  • Saya pun tak berminat pakai kasut tumit tinggi, rasa tersiksa nak berjalan...
    Pakai kasut yang simple dan flat lebih selesa...^^,

    hani muslim

    • *
    • Posts: 848
      • View Profile
    Jawab #14 28 April, 2011, 11:09:45 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    haaah.
    kekadang kasut tunggi tu.
    bukan bagi keselesaan.
    bagi keseksaan.'sampai keluar air mata.
    sakit kaki.
    tapi.sesuai digunakan.
    untuk mempertahankan diri.:senyum:

    norlela

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #15 28 April, 2011, 11:21:18 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    haaah.
    kekadang kasut tunggi tu.
    bukan bagi keselesaan.
    bagi keseksaan.'sampai keluar air mata.
    sakit kaki.
    tapi.sesuai digunakan.
    untuk mempertahankan diri.:senyum:

    saya setuju.. kadang-kadang melihatkan mereka yang pakai kasut tinggi kita yang rasa terseksa..
    kesian-kesian..

    hani muslim

    • *
    • Posts: 848
      • View Profile
    Jawab #16 28 April, 2011, 11:23:06 PM
  • Publish Di FB
  •  :) hah.
    betul tu.
    kesian kesian.
    ada sampai berdarah kaki dia.'
    semata-mata nak pakai.
    kasut tumit tinggi.
    :senyum:..'
    pendapat sahaja..........
    jangan marah....

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #17 28 April, 2011, 11:33:04 PM
  • Publish Di FB
  • hmmm...salah satu sebab, bertumit tinggi dipakai nak sangat...supaya terserlah lah..itu liuk lintuk lentuk badan melentik..kan?kan? kan?... wahai suami2...dan bapak2...selamatkan diri mu..dan AHLII mu..dari seksa api neraka... Hari ini..ramai, ibu-ibu, bapak-bapak, suami-suami....yg TURUT menanggung dosa, dek kerana ahli keluarga mereka dari kaum wanita, menjadi asbab utk orang lain dapat dosa.. Siapa yg x sayang siapa??...ibu bapa tak sayang anak perempuan mereka kah? suami2 tak sayang isteri-isteri merekah kah? ataukah... anak2 perempuan yg tak sayang ibu bapa? dan..isteri-isteri yang tak sayang suami mereka??.. iaitu....dengan mengHERET ibu bapa dan suami mereka ke dalam KEMURKAAN ALLAH....

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #18 28 April, 2011, 11:46:03 PM
  • Publish Di FB
  • Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.

    “Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.

    “Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.

    “Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.

    “Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.

    Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.

    “Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.

    “Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.

    Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.

    lebih banyak keburukannya...:sedihnya:...kelebihannya cuma nampak tinggi pada pandangan orang saja....ishk3x...
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    rasya alia

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #19 05 May, 2011, 10:34:10 AM
  • Publish Di FB
  • :) :)sy ska pakai ksut tggi(wedge ) ni bab rsa confdent skit bla jln...
    tmbh lak klu jln ngan org yg lbih tggi dri kta,,,
    tp kena ikut tmpt jgak la klau nak jalan kat area msjid india 2 x  yah la nak pkai ksut tggi jga kot..
    t spruh jlan ja dah lenguh..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    5381 Views
    Last post 01 March, 2011, 12:04:29 PM
    by Arozi
    18 Replies
    3650 Views
    Last post 06 February, 2011, 11:21:59 AM
    by emm
    7 Replies
    9570 Views
    Last post 20 February, 2012, 11:35:46 AM
    by Yuzie