0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
PENGERTIAN PUASA# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.PUASA WAJIB# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.PUASA SUNAT# Puasa enam hari pada bulan Syawal# Puasa hari Arafah# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam# Puasa bulan Syaaban# Puasa Isnin dan Khamis# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)PUASA MAKRUH# Puasa yang terus menerus sepanjang masa# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriqPUASA HARAM# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri# Puasa pada hari raya pertama Haji# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.SYARAT WAJIB PUASA# Berakal# Akhir Baligh (Cukup umur)# Kuat atau mampu mengerjakan puasaSYARAT SAH PUASA# Islam# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)# Suci daripada haid dan nifas# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.RUKUN PUASA# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA# Makan dan minum dengan sengaja# Muntah dengan sengaja# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan# Keluar darah haid atau nifas# Gila# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA# Orang yang sakit# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.# Orang tua yang sudah lemah# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.http://www.darulnuman.com/semasa/puasa.html
Maap jika ana bertanya beberapa soalan lagi..Puasa 6 bulan syawal pada hari raya ke berapa?Puasa Asyura pula boleh di buat pada 10 sahaja atau 9 dan 10 atau 9/10/11?Dan puasa bulan syaaban pada tarikh bila?Terima kasih....
Maap jika ana bertanya beberapa soalan lagi.. Puasa Asyura pula boleh di buat pada 10 sahaja atau 9 dan 10 atau 9/10/11?
Ana dengar bacaan kitab baru-baru ini, jika dibuat 3 hari berturut2 iaitu pada 8,9 & 10 Muharram dan dibuat juga solat sunat mutlak (4 rakaat ) insyaallah diampunkan Allah 50 tahun dosa yang lepas dan 50 tahun dosa kedepan.......wallahualam.
Quote from: assujak on 17 January, 2008, 08:03:32 AMAna dengar bacaan kitab baru-baru ini, jika dibuat 3 hari berturut2 iaitu pada 8,9 & 10 Muharram dan dibuat juga solat sunat mutlak (4 rakaat ) insyaallah diampunkan Allah 50 tahun dosa yang lepas dan 50 tahun dosa kedepan.......wallahualam.kalo enti dapat pastekan quote hadith tu bersama2 dalilnya adlh lebih baik.
Wallahualam....ana bukan pakar hadis...tanyalah syeikh-syeikh kat atas nun....ya serikandisufi & ainulfatmamana le tau ilmu korang lebih tinggi dari syeikh2 nih...leh lerbagi pendapat....
Dimulakan Oleh Abi Naim KHAS Ramadhan
Dimulakan Oleh Syazwani Adnan Ibadah
Dimulakan Oleh aida deiyana KHAS Ramadhan