Menahan Kentut Dalam Solat

Author Topic: Menahan Kentut Dalam Solat  (Read 8380 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ummie_fatimah

  • *
  • Posts: 31
    • View Profile
09 January, 2008, 06:27:41 PM
  • Publish
  • Salam di sini saya nak tanya, bagaima ye jika seseorang itu nak terflatus(terkentut), tetapi ia mampu tahan sehingga abis sembanhyang adakah sembahyang ia sah, maknanya gas usus ini tidak menerobos lagi la....

    p/s ; nak buat cam ner banyak makan bawang putih kot....:senyum:

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #1 10 January, 2008, 08:20:37 AM
  • Publish
  • Quote
    "Makhruh mengerjakan sembahyang sambil menahan hendak buang air besar atau air kecil atau hendak kentut. bahkan terkadang menjadi haram menahannya kalau akan mendatangkan mudarat dan sunat menyelesaikan semua itu bahkan terkadang wajib, sekalipun tidak sempat mengerjakan sembahyang jemaah. Makhruh menahan semua yang disebutkan di atas apabila waktunya (waktu solat) masih luas. Tetapi jika waktu telah sempit wajiblah bersembahyang sambil menahannya selama tidak memberi mudarat kerana menghormati waktu"
    -Sabilal Muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

    Secara asasnya jika difahami soalan yang bertanya, solat si penahan kentut itu masih sah, tetapi jatuh makhruh hukumnya. Jika anda merujuk kitab lain seperti  kitab riyadhus sholihin, ditemui akan nas/hadis Rasulullah s.a.w:

    dari Aisyah r.a berkata:"saya pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna salat seorang muslim apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil" (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Antara sebabnya menjadi makhruh ialah apabila ditahan akan akan kentutnya maka akan terganggulah khusyu'nya dalam bersolat. apatah lagi jika dengan menahan menyebabkan si penahan bergerak-gerak kecil dan menyebabkan terganggunya jemaah lain (jika solat berjemaah).

    Tetapi hukumnya boleh menjadi haram (iaitu tidak sah solatnya) jika dengan perbuatan menahan itu akan mendatangkan mudharat kepada yang menahan, sebagai contoh akan mendatangkan penyakit kepada si penahan.

    Hukumnya boleh berubah menjadi wajib (menahan kentut atau buang air besar dan kecil) sekiranya jika kita membatalkan solat maka akan luput waktu solat (contoh: kita solat di akhir waktu atas sebab2 yang tak apat dielakkan).

    Harap info kecil ini dapat membantu :)

    Allahu'alam
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #2 11 January, 2008, 12:40:43 AM
  • Publish
  •  ;D.jika menahan dengan sebab takut sampai lewat ke tempat kerja macam mana ye?

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #3 11 January, 2008, 06:20:25 PM
  • Publish
  • ;D.jika menahan dengan sebab takut sampai lewat ke tempat kerja macam mana ye?

    Hukumnya tetap makhruh kerana ianya kerana kecuaian kita sendiri tidak bersiap-siap awal. Sebab yang saya tahu menjadi wajib menahan apabila ianya mendatangkan mudharat dharuriyyat.

    Allahu'alam, mungkin ada sahabat-sahabat lain ada perkongsian lain.

    Nurlily

    • *
    • Posts: 15
    • ..Not Need To Know..
      • View Profile
    Reply #4 26 August, 2011, 04:02:10 PM
  • Publish
  • assalamualaikum. :)

           saya hendak minta tolong tentang bagaimana jika saya menahan angin daripada keluar, tiba-tiba merasa seperti ianya hendak keluar, dan was-was tetapi kerana takut lambat solat berjemaah,maka saye menjalankan solat seperti biasa, adakah batal solat saya? 
         minta diterangkan..terima kasih. :aamiin:
    I ^_^ LuV AllAh....LuV RaSuLLuLLAh SAW..LuV  MaMA  & aBaH  &  FaMiLy...

    Nurlily

    • *
    • Posts: 15
    • ..Not Need To Know..
      • View Profile
    Reply #5 27 August, 2011, 11:42:19 PM
  • Publish
  •  :)Terima kasih keterangan tadi..dapatla saye mnjalankan solat tanpa was2.. :syukur:

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #6 29 August, 2011, 07:28:39 AM
  • Publish
  • Kena faham apakah matlamat solat.
    Matlamat solat ialah khusyuk.

    Jika kita kejar tahan kentut, maka kekhusyukan kita hilang.
    Tetapi jika kita tidak menahannya walau dirakaat terakhir, makan kita dapat akan kekhusyukan dan solat kita lebih berkualiti.

    Tak perlu sayang nak ulang solat atau malas nak berwuduk semula.
    Matlamat solat ialah khusyuk.

    wallahualam.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    kamilmalik

    • *
    • Posts: 29
    • apa khabar semua, saya baru disini
      • View Profile
    Reply #7 29 August, 2011, 03:46:38 PM
  • Publish
  • kalau macam tu, tak marah ke orang kat belakang kita?
    Kenapa Pengurusan Masa Penting? Mahu Tips Cara Didik Anak Percuma? Bagaimana Untuk
    Langsing Badan Mudah?

    green_forest

    • *
    • Posts: 158
      • View Profile
    Reply #8 29 August, 2011, 06:26:21 PM
  • Publish
  • kalau macam tu, tak marah ke orang kat belakang kita?

    Kenapa orang belakang nak marah pulak? apa kena mengena?

    cutist89

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #9 31 August, 2011, 03:58:38 PM
  • Publish
  • kalau macam tu, tak marah ke orang kat belakang kita?

    jangan risau orang belakang baik hati dan peramah semua.boleh dibaca berbincang.kohkohkoh

    kamilmalik

    • *
    • Posts: 29
    • apa khabar semua, saya baru disini
      • View Profile
    Reply #10 31 August, 2011, 04:06:48 PM
  • Publish
  • kalau ada yang ganas, nahas kita kena maki nanti. tapi saya rasa orang yang pi semyang ni orang yang baik semua koh

    green_forest

    • *
    • Posts: 158
      • View Profile
    Reply #11 31 August, 2011, 08:56:08 PM
  • Publish
  • Apa la.....tak faham laaa....kenapa orang belakang nak marah pulak? orang depan tu bukannya kentut bedebuk busu bango....dia cuma tahan kentut dia, tak bagi kentut....kalau kentut bunyi bedebuk bau busuk bango tu sah2 la wudhuk dia dan solat dia batal.....ish tak paham aihh...

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #12 31 August, 2011, 10:45:14 PM
  • Publish
  • menahan ketut waktu solat hukum nya makruh.

    bukan busuk atau wangi yg menjadi masalah,,

    Nak kentut... kentut jer. pas tu ambik wuduk lagi.

    tapi : mana ada kentut yg bau wangi dalam sejarah dunia !@!!!!!

    Reply #13 01 September, 2011, 07:23:14 AM
  • Publish
  • KALAU BELUM SEMBAHYANG TAK BOLEH TAHAN NAK KENTUT KE KENCING KE BERAK KE, TAPI KALAU SUDAH SEMBAHYANG DAH RAKAAT AKHIR TIBA2 BERASA NAK KENTOT TU BOLEHKIRA LAH NAK TAHAN PUN TAMBAH PULA JADI IMAM

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #14 23 November, 2011, 11:13:36 AM
  • Publish
  • Di sini aku ada masalah sikit tp nk kata sikit tu taklah sikit tp masalah besar jugaklah bg aku. Aku ni selalu je ms aku ambil wudhuk je kentut, kl aku tak ambil wudhu tarak kentutlah pulak. Kadang-kadang tu aku kena ambil banyak kali wudhu sampai 5 kali dlm nak tunai 1 waktu tu. Masuk rakaat pertama je mulalah, dah macam amalan pula. Kadang tu lepas ambil wudhuk aku biarlah dulu biar dia kentut dulu tapi tak nak pulak kentut. Aku ada tanya orang dia kata itu pun gangguan iblis juga pergi buat ona bahagian 'tuuut'. Betul ke gangguan iblis selain daripada faktor makanan.?Ada saranan yang baik ka?
    kentut adalah angin - dan angin itu sendiri ada mahkluk menghuni nya..
    Insyallah -

    semua itu ada lah hasutan NAFSU -
    supaya kamu bersangka.. sangka...
    Niat tiada di susuli ...

    bila nak ambil whuduk terbawa isu semalam.. kentut dan kentut terbawa dalam ibadah... maka syaitan susuli lah kentut mu itu -
    (Senyum)-

    Pagari lah NAFSU - Ikhlas Insyallah -

    Walhan adalah setan yang menggoda orang yang berwudhu dan membisikinya. Mujahid berkata,"Di antara keturunan setan adalah Laqnis dan Walhan,keduanya menggoda orang yang bersuci dan sholat. Keduanya digelari dengan al-Hafaf dan Murrah.

    Ubay bin Kaab meriwayatkan dari Nabi SAW. Beliau bersabda,"Sesungguhnya wudhu itu ada setannya yang bernama Walhan. Maka takutlah kalian semua dari sifat was-was pada air."Diriwayatkan oleh Tirmidzi.

    Khanzab adalah setan pengganggu orang salat. Muslim meriwayatkan dari Ustman bin Abi Al Ash. Dia berkata,"Ya Rosulullah, setan telah menghalangi antara diriku dan salatku dan tanda-tanda yang ia kenakan padaku." Rosulullah bersabda,'Itu adalah setan yang di sebut Khanzab. Maka bila engkau merasakannya, berlindunglah kepada Allah darinya, dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.' Maka aku melakukan itu dan Allah menghilangkannya dariku."
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #15 23 November, 2011, 12:28:10 PM
  • Publish
  •  :)

    Jawapan Ustaz Abdul Kadir al Joofre dalam iluvislam.com :

    Bismillah.. 1. Bunyi dalam perut tidak dikira. Pergerakan angin di dalam perut sama sekali tidak membatalkan wudhu' kan... 2. Jika masih was-was di dalam solat hindarinya dengan ilmu, iaitu ingati semula ajaran para ulamak bahawa was-was itu datang dari syaitan saja, dan berjuanglah agar kita tidak ditipu oleh syaitan. Usaha agar jangan dibatalkan hanya dengan syak. Kita ingati semula ilmu yang telaha dipelajari, kuncinya yakin. Jika yakin terbatal barulah keluar dari solat dan ulangi wudhu'. Jika tidak, maka jangan batalkan. Wallahu A'lam

    Tambahan :

    Kalau jelas terbau kentut atau bunyi kentut maka batal solat dan wudhuk tersebut. Jika tidak.. teruskan sahaja solat. Itu memang kerja syaitan untuk mengganggu.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #16 23 November, 2011, 07:32:27 PM
  • Publish
  • Kalau rasa nak terbuang angin,baik berhenti solat sebelum terbuang.takut menggangu orang lain kalau masa solat berjemaah.
    kalau Ada ruang kosong makmum kena penuhkanlah.

    bukankah Allah maha mengetahui

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #17 24 November, 2011, 08:48:44 AM
  • Publish
  •  :syukur:

    Persoalan menahan kentut ketika solat, dan persoalan was-was berkaitan kentut sudah dijawab. Saya lock thread ini. JazakaLlahu khairan kathira.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2080
      • View Profile
    Reply #18 05 November, 2012, 02:13:52 AM
  • Publish
  • Hukum Tahan Kentut Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

    Tok Imam Terketar2 Tahan Kentut - Lawak Habis ! - Ustaz Azhar Idrus
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #19 05 November, 2012, 04:23:59 PM
  • Publish
  • Seronok mahu berkongsi ilmu ini..
    inilah yang berlaku tapi susah mahu tahu
    mahu beritahu pun adooilah malu.
    Hukum Tahan Kentut Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus
    Tok Imam Terketar2 Tahan Kentut - Lawak Habis ! - Ustaz Azhar Idrus


     :syukur:
    Hukum Tahan Kentut Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

    Tok Imam Terketar2 Tahan Kentut - Lawak Habis ! - Ustaz Azhar Idrus
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1559 Views
    Last post 15 February, 2012, 08:55:57 AM
    by NurFurqan
    0 Replies
    512 Views
    Last post 05 June, 2012, 11:02:21 PM
    by Syafiq19
    3 Replies
    884 Views
    Last post 23 June, 2012, 07:08:30 AM
    by williskirana