Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: Memilih Pasangan  (Dibaca 17307 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
*
Terengganu
Offline
22.04.09 197

Syukron
Beri: 19 Terima: 10
Paparan Profil WWW
« Jawab #80 pada: 07 July, 2009, 07:01:16 AM »

 assalamualaikum buat semua... banyak panduan2 yang saya perolehi dlm topic ni.. bukan mudah cari pasangan yang terbaik, kena perbaiki diri sendiri dulu... selalu.. bila orang tanya bila saya nak kahwin, saya jawab tunggu seruan dari langit dulu..(bergurau..) Dengan siapa, bila...Semuanya masih dalam pengetahuan Allah lagi...

Banyak lagi kekurangan pada diri yang harus dibaiki, agama , akhlak dan sebagainya.. saya mahu jadi muslimah solehah dulu seterusnya az-zaujah solehah..  Moga Allah makbulkan cita-cita saya..  aamiin

Teringat kata-kata Aisya pada Fahri: Jodoh itu rahsia Allah...


"Ya Allah, Kau kumpulkanlah aku bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia...Amin."
http://beyondmindeyesstudio.blogspot.com
*
Offline
02.04.09 82

Syukron
Beri: 1 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #81 pada: 07 July, 2009, 08:03:05 AM »

memilih pasangan bukannya semudah memilih ikan dipasar..
kalau tersalah pilih merana badan..pada pendapat saya sebagai seorang wanita x salah kalau kite ni memilih sangat.."MEMILIH" disini bukannya nak pilih pasangan yang hensem,kacak,bergaya dan berkedudukan..tetapi pasangan yang baik dari segi agamanya,ahlaknya dan sebagainya..

kalau boleh biarlah pasangan yang kita pilih tu nanti boleh membimbing kita di dunia mahupun akhirat..
setiap manusia dijadikan berpasangan dan hidup saling melengkapi antara satu sama lain..

jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya ditangan allah..
so berdoalah moga allah pertemukan kite semua dengan jodoh dikalangan orang2 yang beriman....-AMIN-
*
Offline
28.05.09 19

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #82 pada: 07 July, 2009, 09:27:17 AM »

salam..
dlm memilih ni mcm mn kita nk tau seseorg tu btl2 ikhlas??
sbb kadang2 org selalu berlakon dlm hal ni.depan kita dia cakap lain tp dlm hati wallahualam..
ini yg merunsingkan ana...
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #83 pada: 07 July, 2009, 09:39:50 AM »

salam..
dlm memilih ni mcm mn kita nk tau seseorg tu btl2 ikhlas??
sbb kadang2 org selalu berlakon dlm hal ni.depan kita dia cakap lain tp dlm hati wallahualam..
ini yg merunsingkan ana...

kalau kita terlalu memikirkan keikhlasan seseorang, sampai bila pun kita tidak akan berkahwin
maka ikutlah sunnah dan petunjuk dari Al-Quran dalam memilih pasangan...

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

*
Selangor
Offline
04.06.09 799

Syukron
Beri: 305 Terima: 131
Paparan Profil
« Jawab #84 pada: 07 July, 2009, 09:48:00 AM »

salam..
dlm memilih ni mcm mn kita nk tau seseorg tu btl2 ikhlas??
sbb kadang2 org selalu berlakon dlm hal ni.depan kita dia cakap lain tp dlm hati wallahualam..
ini yg merunsingkan ana...

kalau kita terlalu memikirkan keikhlasan seseorang, sampai bila pun kita tidak akan berkahwin
maka ikutlah sunnah dan petunjuk dari Al-Quran dalam memilih pasangan...




Betul tu..
Kita tak mampu nak menyelami hati orang lain. Yang penting kita ikhlaskan hati dalam mencari pasangan, insya Allah, Allah mudahkan urusan kita. Allah tu tak zalim, kalau kita ikhlas, insya Allah ditemukan dengan orang yang ikhlas juga

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
*
Negeri Sembilan
Offline
03.07.09 46

Syukron
Beri: 18 Terima: 5
Paparan Profil
« Jawab #85 pada: 07 July, 2009, 08:09:25 PM »

assalamualaikum..
sy setuju sgt ngn pndpt ummi, klu kt terlampau pikirkan tentang keikhlasan, kesetiaan dan semuanya, x kahwin la kita mcm tu. bagi pndapat sy utk persoalan saudara lipan tu, mohon la petunjuk Allah samada pilihan saudara tu tepat atau tidak..dalam masa yang sama cuba saudara lipan uji pasangan saudara tersebut..mksud sy, saudara lipan uji dia dengan benda yang paling dia tak suka atau takut klu jadi kat suadara..misalnya, pasangan saudara tersebut tak suka lelaki yang tak berduit..cuba satu hari saudara kata, saudara tak ada duit semasa dia mintakkan saudara belikan sesuatu atau mungkin saudara boleh cuba olok-olok kata nk pinjam duit dengan dia..pada saya, klu pasangan saudara tu betul2 ikhlas dengan saudara, insyaAllah dia akan pinjamkan duit dia setakat yang termampu atau dia akan faham dengan keadaan saudara bila saudara tak dapat nk tunaikan permintaan dia.Wallahualam..semoga keikhlasan yang saudara cari dari pasangan saudara akan sauadar temui.kalau ada salah dalam pandangan yang saya kemukakan ni, sila perbetulkan...sebagai hamba Allah, sy mmg tak lari dari membuat kesilapan..
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #86 pada: 07 July, 2009, 08:34:09 PM »

...dalam masa yang sama cuba saudara lipan uji pasangan saudara tersebut..mksud sy, saudara lipan uji dia dengan benda yang paling dia tak suka atau takut klu jadi kat suadara..misalnya, pasangan saudara tersebut tak suka lelaki yang tak berduit..cuba satu hari saudara kata, saudara tak ada duit semasa dia mintakkan saudara belikan sesuatu atau mungkin saudara boleh cuba olok-olok kata nk pinjam duit dengan dia..pada saya, klu pasangan saudara tu betul2 ikhlas dengan saudara, insyaAllah dia akan pinjamkan duit dia setakat yang termampu atau dia akan faham dengan keadaan saudara bila saudara tak dapat nk tunaikan permintaan dia.


Ntah ya...saya tidak suka benar cara orang zaman sekarang ini suka menguji pasangan dalam bab jodoh ini. Adakah dalam sirah dan sejarah, pasangan jodoh perlu di uji terlebih dahulu dalam menentukan siapa pilihan kita? Seperti juga ada topik yang dibuka "Cara menguji lelaki itu kuat agamanya." Rasanya macam menyimpang pula dari ajaran...
*
Negeri Sembilan
Offline
03.07.09 46

Syukron
Beri: 18 Terima: 5
Paparan Profil
« Jawab #87 pada: 07 July, 2009, 08:47:54 PM »

ye ke ummi?? jadi, kita tak boleh ke nak uji dulu pasangan kita tu??sy harap ummi dapat terangkan pada saya tentang perkara ni. terima kasih utk teguran ummi..
*
Offline
26.02.09 3

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #88 pada: 29 July, 2009, 03:27:52 PM »

salam. mcm mana kalau pihak perempuan mmpunyai penyakit yg mana sukar untuk pasangan mendapatkan zuriat?
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #89 pada: 29 July, 2009, 03:47:57 PM »

ye ke ummi?? jadi, kita tak boleh ke nak uji dulu pasangan kita tu??sy harap ummi dapat terangkan pada saya tentang perkara ni. terima kasih utk teguran ummi..

Siapa kita untuk menguji seseorang itu bertakwa atau tidak? Cubalah lihat semula bagaimanacara dan kaedah dalam memilih pasangan atau
calon suami / calon isteri. Di sini di paparkan cara-cara memilih pasangan ( sekadar idea dan perkongsian) (tak nak ikuti semua ,tak apa):

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?"

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.

Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya.

Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang dan pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama

Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?


2. Menyayangi Pasangan

Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan

Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat

Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan

Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita

Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian

Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik di antara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman

Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua

Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual

"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!


Bonus Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah? Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang ataupun menerima lamaran seseorang.
*
Sarawak
Offline
01.05.09 571

Syukron
Beri: 1 Terima: 40
Paparan Profil
« Jawab #90 pada: 29 July, 2009, 03:51:03 PM »

salam. mcm mana kalau pihak perempuan mmpunyai penyakit yg mana sukar untuk pasangan mendapatkan zuriat?


KAHWIN DUA...

AKU DAH TAK PECAYA DOA.
*
Sarawak
Offline
01.05.09 571

Syukron
Beri: 1 Terima: 40
Paparan Profil
« Jawab #91 pada: 29 July, 2009, 03:55:03 PM »

...dalam masa yang sama cuba saudara lipan uji pasangan saudara tersebut..mksud sy, saudara lipan uji dia dengan benda yang paling dia tak suka atau takut klu jadi kat suadara..misalnya, pasangan saudara tersebut tak suka lelaki yang tak berduit..cuba satu hari saudara kata, saudara tak ada duit semasa dia mintakkan saudara belikan sesuatu atau mungkin saudara boleh cuba olok-olok kata nk pinjam duit dengan dia..pada saya, klu pasangan saudara tu betul2 ikhlas dengan saudara, insyaAllah dia akan pinjamkan duit dia setakat yang termampu atau dia akan faham dengan keadaan saudara bila saudara tak dapat nk tunaikan permintaan dia.


Ntah ya...saya tidak suka benar cara orang zaman sekarang ini suka menguji pasangan dalam bab jodoh ini. Adakah dalam sirah dan sejarah, pasangan jodoh perlu di uji terlebih dahulu dalam menentukan siapa pilihan kita? Seperti juga ada topik yang dibuka "Cara menguji lelaki itu kuat agamanya." Rasanya macam menyimpang pula dari ajaran...


uji menguji ni selalunya dibuat masa mrk masih berkaple2 lagi..konon nya nak ujian setakat mana kesetiaan...BODOH..

kenapa tak nak uji or tgk sejauh mana bakal pasangan (TERUTAMANYA LELAKI) menjalankan perintah agama??
*
Malaysia
Offline
28.07.09 30

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #92 pada: 29 July, 2009, 03:57:34 PM »

berkahwin untuk aper sebenarnya?
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #93 pada: 29 July, 2009, 04:01:01 PM »

salam. mcm mana kalau pihak perempuan mmpunyai penyakit yg mana sukar untuk pasangan mendapatkan zuriat?


Kalau muslimat itu memang sudah tahu yang dia mempunyai penyakit dan memang tidak mampu mempunyai zuriat, maka sebaik-baiknya dia berterus terang dengan calon suami . Jika belum kenal calon itu dan di adakan majlis ta'aruf, maka  semasa majlis itulah muslimat itu kena beritahu segala kekurangan diri. Tapi zaman ini berlainan zaman dahulu, kecanggihan sistem telekomunikasi ada, minta saja alamat email, maka berterus terang saja di email akan kekurangan diri, jadi majlis pun tak payah nak diadakan kalau calon itu pasti menolak bakal isteri yang tidak berupaya melahirkan zuriat.
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #94 pada: 29 July, 2009, 04:03:42 PM »

Kemakmuran sebuah rumah tangga,negara,masjid dan lain2 yg spatutnya adalah bila didirikan berlandaskan ketakwaan padaNya dan begitu juga dengan sebuah negara iaitu dipimpin oleh pemimpin yg bertakwa. Itulah dia kemakmuran iaitu merujuk pada alquran dan sunnah sbgai panduan.Istikharah dulu jgn putus2,cuba hadapi dulu/sanggup/usha/ikhtiar sambil mohon pertolongan ALLAH dan jika ditakdirkan juga maka terima..

BERKATA IBNU ALKOYIM ALJUZIT “HAKIKAT TAUHID TIDAK SEMPURNA KECUALI DENGAN ADANYA IKHTIAR MENCARI DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB DI BENTANGKAN OLEH ALLAH. MEMBEKUKAN SEBAB-SEBAB ADALAH SUATU KECACATAN PADA DIRI ORANG YANG BERTAWAKAL.MANAKALA MENINGGALKAN LANGSUNG KERANA LEMAH BERUSHA ADALAH BERLAWAN DENGAN PENGERTIAN TAWAKAL KERANA TAWAKAL YANG BENAR IALAH HATI BERPEGANG TEGUH DENGAN ALLAH DALAM BERUSHA MENGHASILKAN PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA MANUSIA PADA AGAMANYA DAN DUNIANYA SERTA MENOLAK PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA AGAMANYA DAN URUSAN DUNIANYA.DAN PEGANGAN ITU MESTILAH SERENTAK DENGAN USAHA,IKHTIAR DAN DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB,KALAU TIDAK MAKA IA ADALAH ORANG YANG MEMBEKUKAN HIKMAH DAN SYARAK ALLAH.”

DI AMBIL DARI KITAB AL-IMAN(RUKUNNYA,HAKIKATNYA,PEMBATALANNYA)

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Http://cahayarabbani.blogspot.com
Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #95 pada: 29 July, 2009, 04:07:20 PM »

uji menguji ni selalunya dibuat masa mrk masih berkaple2 lagi..konon nya nak ujian setakat mana kesetiaan...BODOH..

kenapa tak nak uji or tgk sejauh mana bakal pasangan (TERUTAMANYA LELAKI) menjalankan perintah agama??

Ini pun kita tak boleh nak uji, macamana cara nak uji? Nak suruh datang rumah dan jadi imam solat jemaah? Atau nak suruh mengaji depan mak ayah? Atau kita pergi "date" bila sampai waktu masuk solat, ajak pergi masjid? Semua orang boleh pergi masjid, sekarang ni  kalau dalam perjalanan bukan melalui lebuhraya, orang singgah masjid untuk qada hajat. Jadi 'how' nak uji dari segi agamanya?
*
Sabah
Offline
28.07.09 6

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #96 pada: 29 July, 2009, 04:12:19 PM »

waalaikusalam...urm..,dilema?tp npa bcinta?npa msh truskn...?bg sy xslh untuk mmpristerikn ppuan 2,myb yup! dlu dia social life,tp x untuk skrg.kt xbleh mnilai ppuan 2 dr 1sudut sj.insyaAllah ppuan 2,skiranya dbimbing akn mjd isteri yg baik thdp kwn anda.brsyukurla cz ppuan 2 da trus trg ngn kwn anda.ni tnda ppuan 2 mmg baik.kn kmu sndiri yg katakan bhwa ppuan 2dr klurga yg baik2.xdnafikan zaman sekarag ssh nk cr ppuan yg baik. mn thu ppuan 2,bla dbimbing akn mnjdi isteri yg solehah malah lbh terbaik dmata kwn anda e2.apapun, jgn lpa untuk srh kwn anda solat istikharah.
*
Sarawak
Offline
01.05.09 571

Syukron
Beri: 1 Terima: 40
Paparan Profil
« Jawab #97 pada: 29 July, 2009, 04:31:03 PM »

uji menguji ni selalunya dibuat masa mrk masih berkaple2 lagi..konon nya nak ujian setakat mana kesetiaan...BODOH..

kenapa tak nak uji or tgk sejauh mana bakal pasangan (TERUTAMANYA LELAKI) menjalankan perintah agama??

Ini pun kita tak boleh nak uji, macamana cara nak uji? Nak suruh datang rumah dan jadi imam solat jemaah? Atau nak suruh mengaji depan mak ayah? Atau kita pergi "date" bila sampai waktu masuk solat, ajak pergi masjid? Semua orang boleh pergi masjid, sekarang ni  kalau dalam perjalanan bukan melalui lebuhraya, orang singgah masjid untuk qada hajat. Jadi 'how' nak uji dari segi agamanya?

dilemma Ummi, dilemma mencari jodoh yg sepadan...takkan la sampai mcm kisah 'Musang Berjanggut' nanti..

How nak uji dr agama?...kalau sy, dr segi cr sy membimbing pasangan sy...ada ka berpandukan agama yg benar or main hentam je...kita ni ramai yg suka main hentam, shortcut....
*
Malaysia
Online
04.02.08 408

Syukron
Beri: 10 Terima: 63
Paparan Profil
« Jawab #98 pada: 29 July, 2009, 04:38:51 PM »

selalunya sebelum kahwin semua yg buruk2 ni di sembunyikan.. kalo sblm ni tak smbhyg pun.. dpn kekasih, bakal mak , ayah mertua.. pijak semut pun tak mati.. solat terus full..


org kata org yg bercinta ni buta.. dah buta mcm mana nak uji...

so ..

:-)

« Last Edit: 29 July, 2009, 04:40:34 PM oleh wan_sgmt »
*
Sarawak
Offline
01.05.09 571

Syukron
Beri: 1 Terima: 40
Paparan Profil
« Jawab #99 pada: 29 July, 2009, 04:39:51 PM »

selalunya sebelum kahwin semua yg buruk2 ni di sembunyikan.. kalo sblm ni tak smbhyg pun.. dpn kekasih, bakal mak , ayah mertua.. pijak semut pun tak mati.. solat terus full..


org kata or gyg bercinta ni buta.. dah buta mcm mana nak uji...

so ..

:-)



korek je mata dia tu...hehehehhe..
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
Kisah mencari pasangan Mutiara Kata umsha 9 2088 Kiriman Terakhir 11 August, 2010, 11:51:51 AM
oleh pelangi pagi
Kerinduan setiap pasangan Keluarga Mithali umsha 18 3351 Kiriman Terakhir 14 April, 2009, 04:01:47 PM
oleh nur zulaikha
Cerpen : Pasangan Soleh Cerpen « 1 2 » ahmad fikry 36 781 Kiriman Terakhir 31 August, 2010, 02:12:20 PM
oleh aqilah_93