Permasalahan Berkaitan puasa

Author Topic: Permasalahan Berkaitan puasa  (Read 45118 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14534
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Jawab #80 07 August, 2010, 05:44:17 AM
  • Publish Di FB

  • Soalan
    Apakah hukum menggantikan puasa bagi waris yang telah meninggal dunia?

    Jawapan

    Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

    Jelas dalam ayat ini, Allah SWT mewajibkan puasa ke atas orang beriman, yang pastinya mereka yang beriman akan langsung menyahut seruan Allah yang berisi perintah melakukan puasa sepanjang Ramadan.

    Dalam ayat-ayat yang berikutnya Allah memberikan rukhsah (kelonggaran) bagi mereka yang yang bermusafir atau yang uzur boleh meninggalkan puasa pada bulan Ramadan dan digantikan puasa yang tertinggal pada bulan-bulan yang mendatang.

    Apa yang pasti, berpuasa Ramadan akan menjadikan kita ummah yang bertakwa kepada Allah SWT. Takwa sahaja yang dapat melahirkan masyarakat yang berwibawa yang ada nilai-nilai positif dan etika yang beranjakkan paradigma.

    Umat yang hidupnya ada motif yang jelas, iaitu apa sahaja yang dilakukan pasti ada kesannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT telah berjanji bahawa dengan menghayati ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesabaran pasti mengundang kepada kekuatan dalam (spiritual) dan kekuatan luaran (fizikal).

    Oleh yang demikian pastikan puasa tidak ditinggalkan, kerana biarpun ada kelonggaran diberi oleh syarak tetapi pastinya berpuasa itu lebih baik daripada berbuka.

    Kalau umat ini menyedari dan mengetahui akan kelebihan dan kehebatan zahir dan batin Ramadan pasti akan mengharapkan supaya sepanjang tahun menjadi Ramadan.

    Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya, "cepatnya Ramadan", "bila nak habis Ramadan" dan pelbagai keluhan yang lain.

    Justeru, janganlah mencari alasan untuk tidak berpuasa, kerana belum tentu tahun depan kita berpeluang menikmati keindahan Ramadan dan merebut rahmat dan maghfirah-Nya.

    Adapun puasa ganti bagi orang yang telah meninggal dunia oleh waris menjadi perselisihan di kalangan ulama fiqh.

    Pendapat al-Syafieyyah dalam pendapat yang kuat. Sekiranya ada yang meninggal dunia maka terpulang kepada diri wali sama ada mahu dibayar puasanya dengan berpuasa untuknya ataupun membayar fidyah.


    Hal ini termasuklah puasa nazar. Pendapat ini disokong oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah.

    Ibn Hazim al-Zakiri berpendapat, tidak dibayar fidyah untuk puasa daripada orang yang meninggal dunia, akan tetapi ambil sebahagian hartanya untuk mengupah orang untuk berpuasa bagi hari-hari yang dia tidak berpuasa.

    Pandangan ini juga merupakan pandangan Ali Thal, Said bin al- Musayyub dan al-Awzarie, Thaus, Hammad bin Sulaiman, al-Zuhli dan al- Hasan al-Bakri dan Qatadah.

    Pendapat al-Hanabilah pula, sekiranya puasa yang ditinggalkan puasa nazar maka harus bagi ahli keluarga (waris) mengqadakan (menggantikan ) puasa yang tertinggal disebabkan oleh uzur syarie. Sekiranya puasa yang ditinggalkan itu puasa wajib maka tidak diharuskan mengqadanya oleh ahli warisnya.

    Mazhab al-Malikiyah dan al-Hanafiah tidak dipuasakan bagi yang telah meninggal akan tetapi dibayar fidyah bagi hari-hari yang ditinggalkan dengan syarat diwasiatkan terlebih dahulu.

    Sekiranya tidak diwasiatkan 'wali' boleh melakukan tebusan dengan memberi makan sebagai ganti fidyah.

    Memandangkan puasa yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal tidak boleh digantikan dengan berpuasa bagi pihaknya, maka lebih awla tidak dipuasakan oleh orang lain ketika masih hidup.

    Pendapat mazhab al-Syafieyyah yang disokong oleh Imam al-Nawawi merupakan pendapat dan pandangan yang menghimpunkan dua keadaan, iaitu, sama ada digantikan puasa ahli keluarga yang meninggal dunia atau membayar fidyah.

    Maksudnya, ahli waris masih berpeluang untuk melakukan kebajikan kepada arwah dari kalangan ahli keluarga. Kalau tidak mampu menggantikan puasa ahli keluarga yang telah meninggal bolehlah dibayar fidyah sahaja.

    Mungkin pada masa sekarang membayar fidyah tidak menjadi masalah. Apa pun, puasa yang ditinggalkan oleh ahli keluarga masih ada peluang untuk ditunaikan berdasarkan pandangan mazhab al-Syafieyyah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ahmad_chill

    • *
    • Posts: 61
      • View Profile
    Jawab #81 09 August, 2010, 09:18:48 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...

    Nak dapatkan kepastian ni..
    kalau keluar mani disiang hari sebab mimpi, sedang berpuasa, samada puasa ramadhan atau sunat...adakah batal atau tidak?

    Sebabnya saya telah tersilap bagi tahu kawan saya bahawa ianya batal..
    minta perbetulkan saya...syukran

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #82 09 August, 2010, 10:31:01 PM
  • Publish Di FB
  • bukan sengaja.

    tak batal puasa.

    Cuma perlu mandi wajib .


    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #83 09 August, 2010, 10:34:40 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...

    Nak dapatkan kepastian ni..
    kalau keluar mani disiang hari sebab mimpi, sedang berpuasa, samada puasa ramadhan atau sunat...adakah batal atau tidak?

    Sebabnya saya telah tersilap bagi tahu kawan saya bahawa ianya batal..
    minta perbetulkan saya...syukran

     :ws:
    Para ulama sepakat bahawa keluar mani di saat sedang puasa tidak membatalkan, asalkan keluarnya bukan disengajakan, sama ada diri sendiri atau orang lain. Sekiranya keluar dengan sengaja maka puasa akan terbatal.Seandainya mimpi itu tidak berangkat dari menuruti hawa nafsu, tetapi terjadi begitu saja pada saat seseorang sedang tertidur di siang hari bulan Ramadhan, insyaALlah tidak mengurangi pahala kerana mimpi tersebut bukan keinginan yang disengajakan.Wa'ALlahualam..

    ahmad_chill

    • *
    • Posts: 61
      • View Profile
    Jawab #84 09 August, 2010, 10:44:48 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...

    Nak dapatkan kepastian ni..
    kalau keluar mani disiang hari sebab mimpi, sedang berpuasa, samada puasa ramadhan atau sunat...adakah batal atau tidak?

    Sebabnya saya telah tersilap bagi tahu kawan saya bahawa ianya batal..
    minta perbetulkan saya...syukran

     :ws:


    Seandainya mimpi itu tidak berangkat dari menuruti hawa nafsu, tetapi terjadi begitu saja pada saat seseorang sedang tertidur di siang hari bulan Ramadhan, insyaALlah tidak mengurangi pahala kerana mimpi tersebut bukan keinginan yang disengajakan.Wa'ALlahualam..


    "Seandainya mimpi itu tidak berangkat dari menuruti hawa nafsu,"

    Tak faham frasa di atas...boleh perjelas lagi?
    kalau mimpi tu memang mimpi berjimak...atau dalam istilah biasa mimpi basah?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #85 09 August, 2010, 10:51:12 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...

    Nak dapatkan kepastian ni..
    kalau keluar mani disiang hari sebab mimpi, sedang berpuasa, samada puasa ramadhan atau sunat...adakah batal atau tidak?

    Sebabnya saya telah tersilap bagi tahu kawan saya bahawa ianya batal..
    minta perbetulkan saya...syukran


    Soalan ini boleh dirujuk jawapannya di sini :  Re: Permasalahan Berkaitan puasa

    anim_mirul87

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #86 11 August, 2010, 09:09:44 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=TitleBox]assalammualaikum..sy ingin bertanya..
     1) adakah fidyah tidak boleh di bayar semasa bulan ramadan?bulan apakah yang boleh kite membayar fidyah?ada yg mengatakan tidak boleh
        bayar pada bulan islam.adakah benar?
     2) benarkah secupak bersamaan 566.85 gram?
                        tak ade owg nk beritahu ke nie,:sedihnya:?  tlong la,:sedihnya:
    [/box]
    « Last Edit: 13 August, 2010, 08:14:48 PM by anim_mirul87 »

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 323
      • View Profile
    Jawab #87 12 August, 2010, 11:52:10 AM
  • Publish Di FB
  • Soalan

    Batalkah puasa seseorang sekiranya menelan kahak atau lendir di tekak?.


    Jawapan

    Batal puasa bagi orang yang menelan kahak atau lendir di tekak. Jika puasa wajib maka hendaklah diqada'..

    Assalamualaikum ummi...
    Sekadar ingin bertanya, apa yang saya tahu ummi, hukum ini ada khilaf dikalangan ulamak. Saya ada rujuk pada ustaz, yang menyatakan bahawa jika wujud khilaf diantara mazhab, ini memberikan pilihan pada kita untuk memilih..Mohon ditegur ummi jika saya salah..

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Jawab #88 12 August, 2010, 12:45:58 PM
  • Publish Di FB
  • Bismillah
    Assalamualaikum
    Menyambut bulan Ramadhan - Puasa Ganti

    Soalan:

    Assalamualaikum w.b.t. USTAZ...

    Kes - puasa yang ditinggalkan pada tahun lepas, tidak habis diganti selama 4 hari,

    Ada pendapat yang mengatakan puasa yang tidak sempat di ganti selama 4 hari itu akan diganda kepada 2, menjadi 8 hari dan diwajibkan membayar beras sebanyak 4 cupak pada tahun berikutnya.

    Yang sebetulnya macam mane ustaz??

    Saya kompius Ustaz..... Esok lusa dah nak nikah,nak ajar isteri pulak  :ins:


    [box title=Jawapan:]

    Jika terlambat ganti puasa sampai datang tahun baru tanpa uzur syarie..wajib ganti puasa dan wajib bayar fidyah.

    Bilangan puasa yg wajib diganti tidak berganda.

    Bilangan fidyah yg berganda dengan sebab masuk langkah tahun.

    Dalam kes ini..bilangan puasa yg wajib ganti tetap 4 hari dan fidyah 4 cupak beras.
    Maka jika masuk pula Ramadhan tahun depan maka wajib ganti puasa 4 hari dan fidyah berganda menjadi 8 cupak.

    wallahua'lam
    [/box]

    Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1500




    Fidyah dibayar 1 cupak untuk 1 hari. Perlu dibayar setelah melepasi ramadhan berikutnya.

    Soalannya;
     Bagaimana jika terlupa berapa hari yang perlu dibayar dalam menentukan jumlah bayarannya?


    soalan

    jika tak sempat bayar puasa 3 hari, selepas ramadhan tahun ini, saya wajib bayar 3 hari puasa dan 3 cupak beras kan ustaz? tapi nk bayar fidyah pada siapa?



    Fidyah hendaklah diberikan kepada orang miskin, sepertimana:

    Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

    "Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.’’
    (Al-Baqarah ayat 184).

    Ibnu Abbas Radiallahuanhu telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan ke atasnya fidyah, beliau berkata yang maksudnya:

    "Orang yang sangat tua di kalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).



    Fidyah yang diganti dengan memberi makanan ini banyak mana ya? Adakah setiap hari bersamaan dengan bilangan hari yang perlu diganti dan bagaimana kiraan setiap hari makanan yang diberi dengan jumlah (cupak)?

    Bagaimana jika diri tidak mampu membayar fidyah. Adakah fidyah ini berganda dari tahun ke tahun berikutnya jika tidak dibayar pada masanya.

    Mohon pencerahan.

    Jazakallah.
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #89 22 August, 2010, 09:59:55 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    1) Adakah wajib bayaran fidyah atas seorang wanita yg tak habis menggantikan puasa yg ditinggalkan(kerana kedatangan haid,bukan disengajakan)  sehingga datangnya Ramadhan yg baru?? atau hanya perlu menggantikan bilangan hari yg ditinggalkan kerana dia masih mampu berpuasa/tak ada keuzuran(penyakit@etc)? Kebanyakan yg saya kaji mengatakan wajib membayar fidyah dan banyak juga yg mengatakan tak perlu bayar berdasarkan firman Allah ni:

    Dan wajib atas mereka yang tidak terdaya untuk berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu dengan memberi makan fakir miskin, dan sesiapa yang bersukarela memberi kebajikan (bersedekah dan sebagainya) lebih dari yang ditentukan, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, (Surah al-Baqarah ayat 184).

    Jadi kalau dia mampu terus menggantikan berpuasa, dia tak perlu bayar fidyah..begitukah??



    Dia perlu lakukan kedua-duanya sekali.Bayar fidyah dan menggantikan puasa  mengikut bilangan hari yang ditinggalkan  itu sekiranya  telah datang Ramadhan. 

    wallahua'lam.

    Rujukkan: http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1500



    2) Kebanyakan hujah di permasalahan berkaitan puasa hanya menyebut perkatan jimak/bersetubuh yg mewajibkan kaffarah kepada suami..soalan saya, adakah wajib kaffarah ke atas suami yg mengeluarkan mani DENGAN SENGAJA tetapi secara tidak memasukkan zakar kedalam faraj isteri (mungkin melalui sex oral/tangan sendiri)..pada fahaman saya, berjimak/bersetubuh adalah memasukkan zakar ke dalam faraj..bagaimana pula jika tidak tetapi mengeluarkan mani dgn sengaja..adakah perlu kaffarah atau hanya bertaubat dan menggantikan puasa..

    mohon pencerahan ...mohon juga dalil2 ...



    Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

    Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

    Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

    (Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)





    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #90 22 August, 2010, 10:08:20 AM
  • Publish Di FB
  • Fidyah dibayar 1 cupak untuk 1 hari. Perlu dibayar setelah melepasi ramadhan berikutnya.

    Soalannya;
     Bagaimana jika terlupa berapa hari yang perlu dibayar dalam menentukan jumlah bayarannya?


    Ikutlah jumlah bilangan hari yang dia ingat  dan yakini belum dibayar.



    Fidyah yang diganti dengan memberi makanan ini banyak mana ya? Adakah setiap hari bersamaan dengan bilangan hari yang perlu diganti dan bagaimana kiraan setiap hari makanan yang diberi dengan jumlah (cupak)?

    Bagaimana jika diri tidak mampu membayar fidyah. Adakah fidyah ini berganda dari tahun ke tahun berikutnya jika tidak dibayar pada masanya.

    Mohon pencerahan.

    Jazakallah.



    Fidyah

    Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian harta (makanan) kepada fakir miskin diatas sebab-sebab tertentu.

    TAKSIRAN


    1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
    1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg

    Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

    Contoh :

    Fidyah
    Sekiranya seseorang meninggalkan puasa 3 hari dan tidak mengqadhakan sehingga masuk Ramadhan berikutnya, wajid keatasnya mengqadhakan puasanya serta membayar fidyah (3 hari x 2 tahun x RM1.75 = RM10.50)

    Selagi puasa tidak dibayar, fidyah akan berganda setiap tahun.

    Tidak mampu kerana apa? Tua atau miskin?


    Rujukan :  http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/fidyah-a-kaffarah.html

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #91 22 August, 2010, 10:17:42 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=TitleBox]assalammualaikum..sy ingin bertanya..
     1) adakah fidyah tidak boleh di bayar semasa bulan ramadan?bulan apakah yang boleh kite membayar fidyah?ada yg mengatakan tidak boleh
        bayar pada bulan islam.adakah benar?
     2) benarkah secupak bersamaan 566.85 gram?
                        tak ade owg nk beritahu ke nie,:sedihnya:?  tlong la,:sedihnya:
    [/box]

    [box2 title=Peringatan]
    Dilarang menggunakan singkatan ejaan perkataan. Eja perkataan dengan betul.[/box2]

    1. Bayaran fidyah tersebut perlu dijelaskan sebelum masuknya bulan Ramadan tahun yang berikutnya.

    2. "benarkah secupak bersamaan 566.85 gram?"  <--cuba tukarkan kepada sukatan dari gram kepada cupak.
    1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
    1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 612
      • View Profile
    Jawab #92 22 August, 2010, 10:46:46 AM
  • Publish Di FB
  • boleh rujuk di sini untuk tahu bagaimana nak kira fidyah>>>>  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11254.0
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #93 22 August, 2010, 11:48:25 AM
  • Publish Di FB

  • Adakah terlupa atau tidak sengaja akan membatalkan puasa?


    Jika semua perkara di atas dilakukan secara tidak sengaja tidaklah akan membatalkan puasa.
    Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terlupa tatkala ia berpuasa lalu ia makan atau minum maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allahlah yang memberinya makan dan memberinya minum” (HR Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)

    Baginda juga bersabda; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)

    Bagaimana jika seseorang itu dipaksa makan; adakah puasanya akan batal?


    Menurut Imam Abu Hanifah dan Malik; batal puasa. Bagi mazhab Syafi’ie, ada dua qaul. Menurut Imam an-Nawawi; yang rajih ialah tidak batal puasa. Adapun mengikut Imam ar-Rafi’ie; yang rajih ialah batal puasa. Khilaf yang sama juga bagi seorang yang dipaksa bersetubuh seperti wanita yang dipaksa oleh suaminya. Menurut Imam Ahmad; jika yang dipaksa ialah makan, maka tidak batal puasa. Tetapi jika yang dipaksa itu ialah jimak, maka batallah puasa.

    Bagaimana jika seseorang itu tersilap menyangka fajar belum terbit lalu ia masih bersahur atau menyangka matahari telah terbenam lalu ia pun berbuka?


    Seorang yang menyangka fajar belum lagi terbit (yakni belum masuk waktu subuh), lalu ia meneruskan makan, minum, bersetubuh dengan isteri dan sebagainya (dari perkara-perkara yang membatalkan puasa di atas), tiba-tiba setelah beberapa minit kemudian ternyata padanya bahawa sangkaannya itu silap dan fajar sebenarnya telah pun terbit (yakni subuh telah masuk), batallah puasanya pada hari itu mengikut jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat. Wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut pada hari lain selepas Ramadhan. Walaupun begitu, untuk hari tersebut ia tetap wajib menahan dirinya dari makan, minum dan sebagainya sebagai menghormati bulan Ramadhan.

    Begitu juga, jika orang yang menyangka matahari telahpun terbenam, lalu ia berbuka puasa dan kemudian ternyata bahawa sangkannya itu silap –yakni matahari belum lagi terbenam-, batallah puasanya. Wajib ke atasnya mengganti atau mengqadhakannya.

    Imam Ishaq bin Rahawaih, ulamak-ulamak mazhab az-Zahiri, al-Hasan dan Mujahid menyanggahi pandangan jumhur di atas di mana menurut mereka; tidak batal puasa dan tidak perlu diqadha. Mereka meletakkan hukum bagi masalah ini sama seperti hukum orang yang makan kerana terlupa.


    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:29 AM

    http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-persoalan-1.html

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #94 22 August, 2010, 11:51:57 AM
  • Publish Di FB

  • Apa yang perlu dilakukan oleh seorang yang sedang menikmati makan atau sedang bersetubuh lalu ia terdengar azan yang menandakan fajar subuh telah terbit?

    Hendaklah ia segera meluahkan makanan yang ada di dalam mulutnya sebelum masuk ke kerongkongnya.[1] Jika tidak diluahnya sebaliknya terus ditelannya makanan itu, maka batallah puasanya. Begitu juga, jika ketika fajar sedang terbit ia masih dalam keadaan bersetubuh dengan isterinya, maka wajib ia mencabut zakarnya dengan segera. Dengan mencabutnya itu tidaklah batal puasanya sekalipun sesudah itu keluar mani. Namun jika ia tidak mencabutnya –yakni tidak menghentikan persetubuhannya dengan segera-, maka batallah puasanya. Bukan sekadar itu, wajib pula atasnya membayar kaffarah (iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut) mengikut jumhur ulamak (Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) kerana batal puasa itu berlaku dengan persetubuhan yang disengajakan. Mengikut mazhab Hanafi; ia wajib mengqadha puasa sahaja dan tidak wajib kaffarah.


    Adakah batal puasa orang yang bersetubuh di malam hari, tetapi ia mandi junub selepas terbit fajar (yakni setelah masuk waktu subuh)?


    Tidak membatalkan puasa kerana yang membatalkan puasa ialah jika berlaku persetubuhan itu selepas terbit fajar. Adapun mandi janabah selepas terbit fajar, maka tidak memberi kesan apa-apa pada puasa. Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar (masuk waktu subuh). Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas terbit fajar. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.


    Adakah mencium isteri di siang hari bulan Ramadhan membatalkan puasa?


    Tidak membatalkan puasa. Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan. Saidatina A’isyah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menciumku sedang ia berpuasa. Siapa di antara kamu yang berupaya mengawal keinginan dirinya sebagaimana Rasulullah berupaya mengawalnya?”.
    (Riwayat Imam Muslim)

    Namun kata ulamak; keharusan itu khusus bagi orang yang mampu menahan syahwatnya. Adapun orang yang tidak mampu, haram ia mencium atau mengucup isterinya di siang hari di bulan Ramadhan kerana dibimbangi akan membawa kepada persetubuhan atau terkeluar mani yang akan membatalkan puasanya.

    Nota kaki;

    [1] Ini adalah pandangan jumhur ulamak. Ada ulamak berpandangan ia boleh terus makan jika makanan telah ada di tangannya. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; “Jika salah seorang dari kamu mendengar bunyi azan (subuh) sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah ia letak bekas hingga ia selesaikan keperluannya dari bekas itu (yakni hingga ia minum dari bekas itu)” (HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.). (Lihat; al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, hlm. 202).

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #95 22 August, 2010, 11:56:18 AM
  • Publish Di FB

  • Adakah harus berkumur dan membasuh hidung ketika sedang puasa?

    Harus tetapi jangan berlebihan kerana dibimbangi akan tertelan air. Sabda Nabi s.a.w.; “Lebihkanlah memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika engkau berpuasa” (HR Imam Abu Daud dan Tirmizi dari Laqith ibn Shabirah r.a.).

    Jika tertelan air kerana berlebih-lebihan berkumur atau membasuh hidung itu, batallah puasa. Jika seseorang itu berkumur secara sederhana sahaja –tanpa berlebihan- lalu ia tertelan air tanpa disengajaka, tidaklah batal puasanya.[1]

    Apa hukum mandi dengan niat menyejukkan badan ketika sedang berpuasa?

    Harus kerana diceritakan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w.; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

    Adakah harus memberus gigi ketika sedang berpuasa?


    Harus kerana Nabi s.a.w. menggalakkannya pada setiap kali hendak mengambil wudhuk tanpa mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Sabda baginda; “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (HR Imam Malik, Ahmad, Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

    Namun hendaklah berhati-hati agar jangan tertelan ubat gigi atau sisa-sisa makanan di celah gigi tidak termasuk ke dalam kerongkong kerana ia akan membatalkan puasa.

    Adakah harus bercelak ketika sedang berpuasa?


    Harus kerana ‘Aisyah r.a. pernah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memakai celak dalam bulan Ramadhan ketika baginda sedang berpuasa” (HR Imam Ibnu Majah).

    Begitu juga menurut ulama’; tidak membatalkan puasa menitikkan ubat ke dalam mata kerana mata bukanlah saluran yang terbuka (yang sampai ke rongga dalam badan yakni perut atau kepala).

    Nota kaki;

    [1] Begitu juga dengan wanita yang mengunyah makanan untuk anaknya lalu tertelan atau orang yang merasa makanan lalu tertelan; menurut mazhab Syafi’ie tidak membatalkan puasa kerana tidak disengajakan. Namun menurut mazhab Maliki dan Hanafi; batal puasa. (Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 440).


    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #96 22 August, 2010, 12:01:25 PM
  • Publish Di FB

  • Apa hukum mengunyah-ngunyah sesuatu ketika sedang berpuasa tanpa menelannya?


    Hukumnya makruh. Namun jika benda yang dikunyahnya itu mencair atau tertanggal bahannya ke dalam air liur, lalu ditelan bersama air liur atau tertelan, batallah puasa.

    Begitu juga, makruh mengunyah-ngunyah makanan kecuali jika tidak dapat dielakkan seperti untuk memberi makan anak yang masih bayi atau sebagainya, maka tidaklah makruh hukumnya. Tetapi hendaklah dipastikan makanan yang dikunyah itu tidak masuk bersama air liur ke dalam kerongkong kerana jika berlaku maka batallah puasa.


    Apa hukum merasa makanan ketika sedang berpuasa?


    Merasa makanan tidaklah membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh kecuali jika ada keperluan seperti tukang masak, membeli makanan untuk berbuka atau sebagainya. Namun setelah dirasa hendaklah diluahkan kerana jika tertelan masuk ke dalam kerongkong bersama air liur atau sebagainya akan batallah puasa.


    Apa hukum membuang darah dari badan ketika sedang berpuasa seperti berbekam dan sebagainya?


    Tidak membatalkan puasa. Ibnu Abbas r.a. ada menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah berbekam ketika beliau dalam keadaan ihram haji dan pernah berbekam semasa beliau berpuasa” (HR Imam Bukhari).

    Namun hukumnya makruh jika dibimbangi akan melemahkan badan. Tsabit al-Bannani menceritakan; Anas bin Malik r.a. pernah ditanya; “Adakah kamu sekelian (yakni para sahabat Nabi s.a.w.) memakruhkan bekam ke atas orang berpuasa?”. Jawab beliau; “Tidak, kecuali jika boleh melemahkannya”.


    Apa hukum menelan air liur?


    Menelan air liur sendiri yang masih di dalam mulut sekalipun banyak tidaklah membatalkan puasa. Adapun menelan air liur orang lain maka batallah puasa.

    Namun jika air liur itu bercampur dengan benda yang lain, maka jika ditelah akan batallah puasa. Ini seperti seorang memilin benang yang berwarna dengan mulutnya, lalu bercampur air liurnya dengan pewarna benang itu kemudian ditelannya, maka batallah puasanya. Begitu juga batal puasa menelan air liur yang terkena najis -sebelum membasuhnya- seperti air liur yang bercampur dengan darah dari gusi. Namun kalau gusi selalu berdarah atau kebiasaannya mengeluarkan darah dan sukar memelihara darahnya maka darah yang seperti itu dimaafkan dan memadai dengan meludahnya sebagai ganti membasuhnya dan tidak diberatkan membasuhnya pada setiap waktu dan dimaafkan juga darah yang bercampur dengan air liur.

    Begitu juga, batal puasa jika menelan air liur yang telahpun dikeluarkan dari mulut sekalipun masih melekat pada bibir.


    Adakah menelan gelema atau dahak membatalkan puasa?


    Bagi masalah ini ulamak-ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.

    Adapun menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.


    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #97 22 August, 2010, 12:09:42 PM
  • Publish Di FB


  • Bagaimana dengan sisa-sisa makanan di gigi? Batalkah puasa jika ditelan?


    Hendaklah dilihat pada dua keadaan;

    1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka tidaklah membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.

    2. Adapun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa, namun makruh.

    Adakah melakukan suntikan melalui urat, menyuntik ke bawah kulit atau ke dalam daging badan akan membatalkan puasa?


    Tidak membatalkan puasa sama ada suntikan itu untuk tujuan pengubatan, taghziyah (iaitu memberi makanan seperti menyuntik vitamin, memasukkan air, kalsium dan sebagainya) atau membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam mazhab empat.[1]

    Namun ada setengah ulama’ semasa hari ini mengecualikannya dari suntikan makanan iaitu jika yang disuntik itu adalah bahan makanan seperti glukos atau sebagainya, maka batallah puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum.


    Adakah debu-debu di jalan boleh membatalkan puasa?


    Jika debu jalan atau debu tepung –ketika sedang mengayaknya- masuk ke dalam ke dalam kerongkong tanpa disengajakan tidaklah membatalkan puasa kerana hal ini sukar dielakkan. Namun jika sengaja membuka mulut lalu masuk debu tersebut maka batallah puasa.


    Adakah mencium bau-baun yang harum akan membatalkan puasa?


    Tidak membatalkan puasa.



    Adakah harus membatalkan puasa dengan sengaja?


    Diharamkan ke atas orang yang berpuasa fardhu (sama ada puasa qadha’ Ramadhan, puasa nazar atau puasa kifarat) memutuskan puasanya -dengan berniat membatalkan puasa atau dengan berbuka- secara sengaja tanpa ada sebarang keuzuran. Adapun jika ia berpuasa sunat, maka harus baginya untuk memutuskan puasa sunatnya itu pada bila-bila masa dan tidak diwajibkan ia mengqadhakannya. Namun memutuskan puasa dengan sengaja ini adalah makruh hukumnya. Sabda Rasulullah s.a.w.;

    اَلصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِيْرُ نَفْسِهِ: إِنْ شَاْءَ صَاْمَ وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ

    “Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya. Kalau dia mahu ia boleh meneruskan puasanya dan jika ia mahu ia boleh berbuka”.
    (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Hakim dari Ummu Hani r.a.)


    Apakah hukum mencela orang lain, berdusta dan mengumpat ketika sedang berpuasa?


    Amat dimakruhkan, akan tetapi tidaklah akan membatalkan puasa. Hukum ini disepakati oleh ulamak kecuali Imam al-Auza’ie di mana ia berpandangan; batal puasa orang yang mengumpat, berdusta dan mencela orang semasa sedang berpuasa.

    Maksud makruh di atas ialah akan mengurangkan pahala puasa dan mungkin menghapuskannya. Banyak orang berpuasa dan puasanya sah tetapi tidak berpahala.


    Adakah melakukan maksiat membatalkan puasa?


    Menurut jumhur ulamak; melakukan maksiat hanya akan mengurangkan pahala puasa. Ia tidak lah akan membatalkan puasa selama orang yang melakukan maksiat itu tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa sebagaimana disebut tadi.[2]

    Imam Ibnu Hazm menyanggahi pandangan jumhur di atas di mana beliau berpendapat maksiat akan membatalkan puasa. Bagi beliau, jika seseorang itu berdusta, mengumpat, mengadu domba, meninggalkan solat, melakukan aniaya atau kezaliman dan sebagainya lagi dari perbuatan-perbuatan yang diharamkan, batallah puasanya. Beliau berdalilkan makna zahir dari beberapa hadis Nabi s.a.w. yang melarang melakukan melakukan dosa semasa sedang berpuasa, antaranya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).[3] Beliau menolak pandangan jumhur di atas yang berkata maksiat hanya menghilangkan pahala puasa bukan membatalkannya dengan menganggapnya sebagai pandangan yang lemah.[4]

    Nota kaki;

    [1] Berdasarkan fatwa Mufti Mesir yang lalu iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’ie. (Lihat; Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434). Pandangan ini juga dipersetujui oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi kerana menurut penjelasan beliau; benda yang masuk melalui suntikan itu tidaklah masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan ia juga tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri. (Lihat; 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100).
    [2] Pandangan ini disokong Dr. al-Qaradhawi. (Lihat; 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 99-100).
    [3] Al-Muhalla, 4/304.
    [4] Al-Muhalla, 4/306.


    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    ctnani08

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #98 26 August, 2010, 02:22:10 PM
  • Publish Di FB
  • salam...saya nak ty...sy confius sgt2 tentang hukum menggunakan inhaeler semasa berpuasa bg org yg hidap asma @ lelah...ade yg kt boleh krn ia umpama kita menyedut udara...ade yg kt xboleh krn ia termasuk dlm memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan...yg tmbh confius bila kedua2 pendapat adalah dr golongan org2 yg berilmu agama yg tinggi (ustaz) tp berbeza pula jawapannya..ade sesape yg berpengetahuan...

    almulk

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Jawab #99 26 August, 2010, 02:35:44 PM
  • Publish Di FB
  • salam...saya nak ty...sy confius sgt2 tentang hukum menggunakan inhaeler semasa berpuasa bg org yg hidap asma @ lelah...ade yg kt boleh krn ia umpama kita menyedut udara...ade yg kt xboleh krn ia termasuk dlm memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan...yg tmbh confius bila kedua2 pendapat adalah dr golongan org2 yg berilmu agama yg tinggi (ustaz) tp berbeza pula jawapannya..ade sesape yg berpengetahuan...

    kedua-duanya ada pendapatnya dan hujahnya sendiri.. jadi kita boleh memilihnya dengan pandangan mana yang kita kuat untuk menerimanya..
    Kembara MencariNYA

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    131 Replies
    47665 Views
    Last post 23 April, 2014, 08:38:29 PM
    by hondaex5
    4 Replies
    14034 Views
    Last post 11 August, 2010, 04:52:30 AM
    by msa
    53 Replies
    20006 Views
    Last post 06 May, 2014, 11:22:10 AM
    by al-baab