Permasalahan Berkaitan puasa

Author Topic: Permasalahan Berkaitan puasa  (Read 37236 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Jawab #60 31 August, 2009, 08:36:10 AM
  • Publish Di FB

  • KEMUSYKILAN TENTANG PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

    Soalan;

    ustaz, saya ada satu kemusykilan; adakah perkara-perkara ini membatalkan puasa:
    -menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung
    -tertelan air liur selepas bersahur yang masih mengandungi sisa-sisa makanan selepas masuknya azan subuh
    -mengorek hidung dan mengorek tahi telinga menggunakan putik kapas
    -air masuk ke dalam telinga dan melalui dubur sewaktu menyelam di sungai
    -mandi atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
    sekian terima kasih.

    Jawapan;


    Dalam masalah perkara yang membatalkan puasa, ada di antaranya yang disepakati oleh ulamak dan ada yang menjadi khilaf. Menurut Imam Ibnu Ruysd; secara amnya ada tiga perkara yang diijmakkan ulamak (yakni telah disepakati sekelian ulamak) bahawa ia membatalkan puasa, iaitu;[1]
    1. Makan
    2. Minum
    3. Jimak (bersetubuh)

    Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus; para ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.[2] Menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala/hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.[3] Menurut ulamak-ulamak yang lain; menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.[4]

    Mengenai sisa makanan dalam air liur; hendaklah dilihat pada dua keadaan;

    1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka telah disepakati oleh ulamak bahawa ia tidak membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.

    2. Adapun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Abu Hanifah; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa, namun makruh.[5]

    Setakat mengorek hidung tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa ialah jika dimasukkan sesuatu ke dalam hidung hingga melepasi bahagian akhir hidung (yakni hingga sampai ke kepala) atau hingga masuk ke kerongkong.

    Mandi adalah harus bagi orang berpuasa dengan syarat tidak berlebihan hingga air memasuki ke dalam rongga tubuh yang terbuka (iaitu rongga halqum (kerongkong), lubang telinga, lubang dubur dan saluran zakat/faraj).[6] Menurut mazhab Syafi’ie; termasuk dalam pengertian berlebihan ketika mandi ialah mandi dengan menyelam. Jika seseorang menyelam lalu masuk air ke dalam rongga tubuhnya tadi, batallah puasanya. Seorang yang mengetahui bahawa kebiasaannya jika ia menyelam akan masuklah air ke dalam rongga tubuhnya, baginya haram mandi dengan menyelam ketika berpuasa.[7] Adapun mengikut mazhab Abu Hanifah; masuk air ke dalam telinga kerana menyelam tidaklah membatalkan puasa.[8]

    Menurut mazhab Syafi’ie; memasukkan kayu ke dalam telinga akan membatalkan puasa. Menurut Imam Abu Hanifah; tidaklah batal puasa. Jadi, mengikut mazhab Syafi’ie; tidak harus mencuci telinga dengan putik kapas pada siang hari di bulan Ramadhan kerana ia boleh merosakkan puasa. Adapun mengikut mazhab Hanafi, perbuatan tersebut tidak ada halangan kerana ia tidak membatalkan puasa, cuma yang sebaiknya ialah meninggalkannya (untuk mengelak dari pertikaian ulamak). [9]

    Mengenai mandi sebelum berbuka puasa, hukumnya makruh mengikut mazhab Syafi’ie kerana ia mengembalikan kesegaran pada badan, lalu menghilangkan hikmah puasa iaitu merasai kepayahan menahan lapar kerana Allah. Begitu juga, dimakruhkan orang yang sedang berpuasa berseronok/bersenang dengan perkara-perkara harus seperti mencium bau-bauan harum, kerap masuk bilik air, mendengar bunyi-bunyi yang menyenangkan dan sebagainya kerana ia berlawanan dengan hikmah dan kehendak puasa tersebut.[10] Namun, ramai ulamak menolak alasan tersebut berdalilkan hadis dari beberapa orang sahabat yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Menurut mazhab Abu Hanifah; tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.[11]

    Mengenai bersugi selepas masuk waktu zohor, menurut mazhab Syafi’ie; hukumnya makruh kerana ia akan menghilangkan bau mulut yang dinyatakan di dalam hadis bahawa bau mulut itu lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Namun sebahagian ulamak yang lain tidaklah memakruhkannya kerana bersugi telah disunatkan oleh Nabi s.a.w. pada setiap kali hendak solat secara umum tanpa baginda mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Lagi pun terdapat hadis dari ‘Amir bin Rabi’ah r.a. menceritakan; “Banyak kali aku melihat Nabi s.a.w. bersugi ketika beliau sedang berpuasa” (HR Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis hasan).[12]

    Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja. Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).

    Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
    2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
    3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
    4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
    5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
    6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
    7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

    Nota Kaki;

    [1] Bidayatul-Mujtaihid, 1/381.
    [2] Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 436.
    [3] Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
    [4] Al-Fiqh al-Islami, Wahbah az-Zuhaili, 2/657, al-Wajib, Wahbah Zuhaili, 1/342, Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
    [5] Rahmatul-Ummah, hlm. 92, Fiqh al-Ibadat, hlm. 436, Al-Fiqh al-Islami, 2/658.
    [6] Al-Mughni, 2/78.
    [7] Al-Mughni, 2/78.
    [8] Al-Fiqh al-Islami, 2/657.
    [9] Al-Wajiz, 1/343, al-Fiqh Islami, 2/657.
    [10] Al-Wajiz, 1/339, al-Fiqh al-Islami, 2/636, 638.
    [11] Al-Fiqh al-Islami, 2/637.
    [12] Al-Fiqh al-Islami, 2/637, 640.

     USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #61 31 August, 2009, 08:58:46 AM
  • Publish Di FB

  • KAFFARAH

    Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya apa hukum berjimak di bulan ramadhan dan kalau dikenakan kifarat macam mana saya hendak membayarnya. Contohnya memberi makan kepada 60 fakir miskin, macam mana hendak bagi makan.atau boleh kah saya kirim kan pada orang untuk beri makan pada orang miskin.

    Jawapan;

    Berjimak di siang hari di bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana ia akan merosakkan puasa yang diwajibkan Allah. Pelakunya bukan sahaja wajib menggantikan puasanya, tetapi dikenakan pula kaffarah di samping wajib bertaubat. Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Tatkala kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki lalu berkata kepada baginda; ‘Ya Rasulullah! Aku telah musnah’. Rasulullah bertanya kepadanya; ‘Apa yang telah berlaku padamu?’. Jawabnya; ‘Aku telah mensetubuhi isteriku semasa aku sedang berpuasa (Ramadhan)’. Lalu Rasulullah bertanya; ‘Adakah kamu memiliki seorang hamba untuk dibebaskan?’. Jawabnya; ‘Tidak ada’. Baginda bertanya lagi; ‘Mampukah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?’. Jawabnya; ‘Tidak’. Baginda bertanya lagi; ‘Adakah kamu boleh memberi makan 60 orang miskin?’. Jawabnya; ‘Tidak’. Lalu Rasulullah mengambil satu bekas berisi kurma dan memberi kepadanya sambil berkata; ‘Ambillah kurma ini dan sedekahkannya kepada fakir miskin’. Lelaki tersebut menjawab; ‘Apakah ada orang yang lebih fakir dariku, ya Rasulullah? Demi Allah, tidak ada di Madinah ini ahli rumah yang lebih fakir dari ahli rumahku’. Rasulullah tersenyum hingga nampak jelas giginya. Kemudian baginda berkata; ‘Berilah makan kurma itu kepada ahli rumahmu’. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

    Merujuk kepada hadis di atas, kaffarah yang dikenakan ke atas orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan terdiri dari;
    1. Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita.
    2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
    3. Memberi makan 60 orang miskin.

    Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Hanafi Syafi’ie dan Hanbali); kaffarah di atas bukanlah pilihan, akan tetapi ia wajib mengikut urutan, yakni jika seseorang itu mampu melakukan yang pertama (membebaskan hamba) maka itulah yang wajib atasnya. Jika tidak mampu yang pertama, barulah pergi kepada yang kedua dan seterusnya ketiga. Oleh kerana di zaman hari ini hamba sudah tidak ada lagi, maka yang tinggal hanyalah dua; puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin (jika tidak mampu berpuasa). Adapun menurut mazhab Imam Malik; kaffarah tersebut adalah pilihan, yakni tidak wajib mengikut urutan. Yang wajib ialah melakukan salah satu dari tiga tersebut. Jumhur ulamak berdalilkan hadis di atas. Adapun Imam Malik berdalilkan hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. telah memerintahkan seorang lelaki yang membatalkan puasanya di bulan Ramadhan agar membebaskan hamba atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin” (HR Imam Ahmad, Malik, Muslim dan Abu Daud). Dalam hadis ini, Abu Hurairah r.a. menggunakan kalimah “….atau...” dan kalimah ini memberi makna pilihan.

    Menyentuh tentang memberi makan, ia sama seperti yang ditetapkan dalam fidyah, iaitu; menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki, Syafi’ie dan Ahmad); bagi seorang miskin kadar yang wajib diberikan ialah satu cupak makanan asasi tempatan. Di negara kita, makanan asasi itu tentunya beras. Mengikut ukuran hari ini, kadar satu cupak beras lebih kurang 650 gram. Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah; kadar yang wajib diberikan ialah satu gantang (iaitu 2.6 KG beras) setiap seorang. Selain itu, Imam Abu Hanifah juga mengharuskan kaffarah dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu.

    Adakah harus memberi makan 60 orang miskin itu diganti dengan memberi makan kepada seorang miskin sahaja selama 60 hari? Mazhab Imam Abu Hanifah mengharuskan. Namun jumhur ulamak tidak mengharuskannya, yakni menurut mereka; wajib merangkumi 60 orang miskin kerana itu yang termaktub di dalam hadis.

    Sebagaimana harus kita mewakilkan kepada orang lain untuk mengagihkan zakat kita, maka sama juga dengan kaffarah; harus kita mewakilkan orang kepercayaan kita untuk menyampaikan kaffarah kita kepada orang miskin. Yang penting wang/harta untuk kaffarah itu datang dari kita.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 443-445.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #62 31 August, 2009, 09:01:27 AM
  • Publish Di FB

  • Kepada siapa Kaffarah mahu dibayar?

    Soalan; ustaz, tolong ustaz jelaskan, adakah anak yatim sama dengan orang miskin jika saya ingin membayar kifarat kpd 60 orang miskin. wassalam.

    Jawapan;

    Maksud fakir atau miskin ialah orang yang tidak mempunyai harta/pendapatan untuk menyara diri dan keluarga di bawah tanggungannya (sama ada kerana sakit, kurang upaya, belum mendapat pekerjaan atau sebagainya) atau ia mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi (seperti memiliki gaji bulanan tetapi gaji itu tidak mampu menampung keperluan diri dan keluarganya). Anak yatim tidak semuanya miskin kerana ada di kalangan mereka yang kaya atau berada, cuma tidak mempunyai bapa. Oleh kerana orang yang berhak menerima fidyah atau kaffarah hanyalah orang fakir/miskin sahaja, maka membayarnya kepada anak yatim tidak harus atas dasar keyatimannya semata-mata, tetapi hendaklah atas dasar kemiskinan/kefakirannya jika benar ia fakir/miskin.

    Wallahu a'lam.

    Rujukan;

    1. Fiqh al-'Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 386.

     USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #63 31 August, 2009, 05:48:12 PM
  • Publish Di FB

  • MASALAH PUASA

    Soalan;
    ustaz, berikut adalah persoalan saya mengenai puasa Ramadhan:
    1. Bolehkah seseorang itu menitikkan ubat ke atas bibir mulutnya yang sakit(ulcer mulut) ketika berpuasa?
    2. Bolehkah seseorang itu menggosok gigi menggunakan ubat (contoh ubat gigi mukmin) pada waktu pagi sebelum pergi bekerja?
    3. Apakah batal puasa dan solat seseorang yang menelan air liurnya ketika menunaikan solat dalam waktu berpuasa?
    4. Seorang yang mengidap gastrik sering meludah kerana katanya air liurnya kerap keluar dan rasanya agak masam/pahit. Apakah ia boleh menelannya dan air liur yang bagaimana tidak dibenarkan ditelan ketika berpuasa?
    JazakAllah.

    Jawapan;

    1. Menitik ubat ke bibir adalah harus dengan syarat menjaganya jangan sampai tertelan. Jika tertelan, batallah puasa.

    2. Menggunakan ubat gigi semasa sedang berpuasa adalah harus. Pada zaman Nabi s.a.w., kayu siwak yang digunakan juga mempunyai rasa dan jirim dan tidak ada ulamak melarangnya ke atas orang yang berpuasa. Namun, sebagaimana syarat di atas; hendaklah dijaga jangan sampai tertelan. Jika tertelah, batal puasa.

    3. Menelan air liur tidaklah membatalkan puasa, begitu juga tidak membatalkan solat, kecualilah jika air liur itu bercampur dengan makanan. Jika air liur bercampur makanan, wajib lah diluahkan. Jika ditelan, batallah puasa.

    4. Jika dirasai air liur ada bercampur dengan sesuatu sama ada yang datang dari luar atau datang dari dalam (seperti air/muntah yang terbit dari perut, kahak/gelema, darah dari gusi atau sebagainya), wajiblah diluahkan. Jika tidak bercampur sesuatu (yakni semata-mata air liur) tidak mengapa ditelan.

    Wallahu a’lam.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #64 31 August, 2009, 06:48:14 PM
  • Publish Di FB


  • BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

    Soalan;

    Ustaz,
    Saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?.

    Jawapan;

    Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut;
    1. Islam
    2. Baligh
    3. Berakal
    4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit.
    5. Tidak bermusafir
    6. Bersih dari haid dan nifas

    Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (al-Baqarah, 184).

    Selama ia dalam perjalanan, rukhsah itu terus berjalan baginya. Adapun jika ia berhenti di suatu tempat/persinggahan, ia tertakluk dengan hukum berikut;

    1. Sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia meninggalkan puasa hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

    2. Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya meninggalkan puasa selagi urusannya belum selesai sekalipun meliputi sebulan penuh Ramadhan.

    Merujuk kepada kes saudara, oleh kerana saudara telah mengetahui bilangan hari saudara akan tinggal di luar Negara itu dan jumlah hari itu melebihi empat hari, maka menurut jumhur ulamak; sebaik saudara tiba di situ, musafir saudara telahpun terputus dan saudara tidak harus lagi meninggalkan puasa kecuali hari saudara akan pulang nanti (yakni bermula kembali musafir saudara). Jika saudara memakai pandangan Imam Abu Hanifah, haruslah saudara meninggalkan puasa selama saudara tinggal di luar Negara itu kerana bilangan hari saudara akan tinggal di situ kurang 15 hari.

    Perlu diingatkan; puasa-puasa yang ditinggalkan semasa musafir itu wajib diqadha/diganti semula selepas Ramadhan sebelum tiba Ramadhan yang baru.
    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 418 dan 446.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #65 31 August, 2009, 06:54:37 PM
  • Publish Di FB

  • UKURAN WAKTU BERBUKA BAGI ORANG MUSAFIR

    Soalan;
    Ustaz,
    saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.
    Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat?

    Jawapan;

    Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar); Seorang yang bermusafir –sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah; 187).

    Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan; Nabi s.a.w. bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata –dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat-; “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.).

    Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku ialah; jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

    Jika berpuasa menyukarkannya –khusus bagi yang menuju ke Barat- kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

    (Rujuk; al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/8. Terjemahan dilakukan secara bebas dan dengan penghuraian)

    Wallahu a’lam.
    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    pemikir

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #66 03 September, 2009, 10:06:02 PM
  • Publish Di FB
  • 11/8/2009 الشيخ وهبي سليمان غاوجي

     
     حكم إبرة الدواء للصائم

    إذا أخذ الصائم إبرة في العضل أو العِرْق وهو صائم فعلى قول الصاحبين (الفقيهين أبي يوسف ومحمد بن الحسن) لا يفطر؛ لأن الدواء لم يدخل الجوف مِن مَنفذ مفتوح خِلْقةً. الأخذ بقول الصاحبين أيسر في الدين وأبعد عن الحرج، وقد نص فقهاؤنا على جواز الإفتاء بخلاف ظاهر الرواية لتغير الزمان، فلعل هذه من تلك.
    ومنع بعض مشايخنا من أَخْذ السيروم (المصل) أو إبر التغذية أثناء الصيام وذلك لَعَمْرُ الله احتياط في الدين والاحتياط في الدين أمر حسن.
     
     
    *من كتاب الشيخ وهبي سليمان غاوجي الألباني "الصيام وأحكامه" وفْقَ مذهب الإمام أبي حنيفة رحمه الله تعالى".

    http://www.itihad.org/?q=node/146

    pemikir

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #67 03 September, 2009, 10:55:55 PM
  • Publish Di FB
  • Sumber berita harian :

    Golongan dibenarkan berbuka puasa

    Zamanuddin Jusoh
    zaman@nstp.com.

    SIAPAKAH orang yang dibenarkan berbuka pada Ramadan dan adakah mereka wajib menggantikannya (qada)?


    Antara mereka yang dibenarkan berbuka ialah:


    l Orang tua yang uzur. Mereka diwajibkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah sebanyak satu cupak untuk satu hari (anggaran 675 gram = RM1.75) dan tidak wajib menggantikan puasanya (qada) mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Maliki.

    l Orang sakit yang tiada harapan sembuh juga sama hukumnya sama seperti golongan uzur mengikut pendapat tiga imam tadi. Antara penyakit itu ialah: leukemia, kanser usus, Aids, meningitis (jangkitan selaput otak), pneumonia (jangkitan paru-paru), pyelonephritis (jangkitan saluran kencing) dan septisemia (pemusnahan tisu akibat bakteria di dalam saluran darah).

    l Orang yang bermusafir sejauh dua marhalah (88.7 km) yang membolehkannya sembahyang qasar. Syaratnya, ketika musafirnya sebelum terbit fajar. Haram berbuka bagi mereka yang bermusafir di siang hari mengikut pendapat Imam Syafie. Beliau juga berpendapat bagi yang bermusafir pada suatu waktu saja iaitu bersifat sementara (tidak kekal musafir). Mereka diwajibkan menggantikannya pada waktu lain. Manakala bagi yang sentiasa bermusafir tidak diharuskan berbuka kerana tiada ruang masa untuk mengqadanya.

    l Ibu hamil yang bimbang terhadap dirinya atau janin di dalam perutnya diharuskan berbuka mengikut pendapat Syafie dan Hanafi. Jika akan berlaku kemudaratan kepada salah satu dari keduanya maka jumhur ulama berpendapat ia wajib berbuka. Ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan (Al-Baqarah: 195.

    Begitupun ibu yang menyusukan anaknya. Maka diwajibkan menggantikan puasa serta membayar fidyah (satu cupak) jika dibimbangi terhadap janinnya saja. Jika bimbang terhadap keduanya maka diwajibkan qada saja tanpa diwajibkan membayar fidyah. Mengikut pendapat Imam Syafie, hukumnya sama juga bagi mereka yang mengambil upah menyusukan anak atau mendermakan-nya jika tiada orang lain yang tampil membantu.

    l Mereka yang bekerja berat sehingga terpaksa berbuka seperti pekerja di sektor pertanian, pembinaan dan lain-lain dengan syarat tiada pekerjaan lain untuknya meneruskan kehidupan. Bagaimanapun hendaklah dia berniat puasa pada malamnya dan jika dia tiada berdaya lagi bolehlah dia berbuka dan wajib menggantikan pada hari yang lain (qada).


    Seseorang meninggal dunia sedangkan dia masih belum melunaskan qada puasa yang lalu dan walhal dia berupaya melakukannya ketika hayatnya. Adakah dibolehkan ahli keluarganya menggantikan puasa bagi pihaknya?


    Rasulullah SAW bersabda melalui hadis Aisyah RA bermaksud: “Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai kewajipan puasa, maka hendaklah digantikan oleh ahli keluar-ganya (walinya). (Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam Musnad-nya).

    Berdasarkan hadis ini, adalah disunatkan bagi keluarga si mati menggantikan puasa orang yang meninggal tanpa membayar fidyah. Boleh juga puasa ini dilakukan orang lain tetapi selepas mendapat keizinan dari ahli keluarga si mati.

    Pernah datang seorang lelaki berjumpa Nabi SAW lalu bertanya : “Wahai Rasulullah, ibu saya meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa selama sebulan, bolehkah saya mengqadakan puasa itu bagi pihaknya ? Maka sabda Rasulullah yang bermaksud : “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah kamu akan membayar hutangnya? Maka jawab lelaki itu: `Ya`. Maka Rasul SAW bersabda: Hutang kepada Allah adalah lebih perlu untuk dibayar. (Riwayat Ahmad).

    Bagaimanapun diharamkan bagi seseorang mewasiatkan kepada keluarganya untuk menggantikan puasanya sedangkan dia masih hidup.


    Antara berbuka puasa dan solat Maghrib. Yang manakah patut didahulukan?


    Sunat berbuka dulu sebelum solat dengan tamar atau air sebelum sembahyang. Dari Anas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa biji kurma atau dengan beberapa teguk air saja. (Riwayat Abu Daud).

    Jika makan sudah dihidangkan maka diharuskan kita mendahului makan berdasarkan sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika makan malam sudah dihidangkan, maka makanlah dulu sebelum solat Maghrib, janganlah kamu melengahkannya.

    Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW bermaksud: “Apabila bertembung antara makan malam dan solat Isyak maka didahulukan makan malam”. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada individu masing-masing yang lebih mengetahui mengenai dirinya sendiri.


    l Penulis ialah Pegawai di Unit Agama NSTP, boleh dihubungi melalui e-mel: zaman@nstp.com.my


    Quote


    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20090828011408/Article/

    munazlan

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #68 04 September, 2009, 05:18:11 PM
  • Publish Di FB

  • wajib ka seorang perempuan itu puasa sedangkan ia tidak menutup aurat di kalayak ramai
    « Last Edit: 04 September, 2009, 05:24:42 PM by Ummi Munaliza »

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2895
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Jawab #69 04 September, 2009, 05:41:19 PM
  • Publish Di FB

  • wajib ka seorang perempuan itu puasa sedangkan ia tidak menutup aurat di kalayak ramai

    wajib berpuasa...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #70 04 September, 2009, 05:43:02 PM
  • Publish Di FB

  • wajib ka seorang perempuan itu puasa sedangkan ia tidak menutup aurat di kalayak ramai
    "Wajib ke seorang perempuan itu puasa sedangkan ia tidak menutup aurat"= WAJIB berpuasa
    Kerana Puasa adalah Rukun Islam dimana umat islam mesti ikuti..
    Menutup aurat pun WAJIB juga untuk wanita islam..dan berdosa meninggalkan pekara yang wajib.
    Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Renungi firman Allah SWT sebagai balasan-Nya kepada mereka yang bersikap demikian iaitu firman-Nya bermaksud: "Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat nanti dia akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala perbuatan kamu" (al-Baqarah ayat 85).

    untuk menghukum terima atau tidak itu sudah semestinya hak allah...
    macam kisah p*****r yang memberi minum air kepada anjing...

    wa'allahu'alam..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #71 04 September, 2009, 05:50:40 PM
  • Publish Di FB


  • Berpuasa dan menutup aurat dua perkara berbeza.

    Selagi perempuan itu memenuhi tuntutan kewajiban seorang Islam berpuasa, dia wajib berpuasa. Menutup aurat adalah kewajiban.

    Tidak menutup aurat dia berdosa. Jadi dia berpuasa dalam keadaan berdosa...

    razin

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #72 04 September, 2009, 08:55:23 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    terdapat pelbagai pendapat yg mgatakan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa !
    dan ada juga yg mengaitkan dgn hisap rokok ?

    tolong bantu !!!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #73 04 September, 2009, 09:26:21 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    terdapat pelbagai pendapat yg mgatakan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa !
    dan ada juga yg mengaitkan dgn hisap rokok ?

    tolong bantu !!!



    Sila klik link ini. Jawapan ada di post 18. Klik di sini  Re: Permasalahan Berkaitan puasa

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #74 27 September, 2009, 06:28:58 AM
  • Publish Di FB

  • PUASA TAPI TAK SOLAT

    Soalan :
    Quote
    Seorang muslim yang meninggalkan solat tapi berpuasa, adakah puasanya itu akan diterima kerana dia seorang muslim?.Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?.

    Jawapan:


    Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :
    "Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalamnya menjadi gugur"
    [hadith riwayat Al-Bukhaari #520]

    Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

    Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :
    Barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :

    "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama"[Al-Taubah: ayat-11]"

    Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya:

    "Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir.

    Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].

    wallahu'alam.
    « Last Edit: 09 November, 2009, 06:27:37 AM by Ummi Munaliza »

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Jawab #75 29 September, 2009, 04:19:59 PM
  • Publish Di FB
  • Ulama berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

    Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

    Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

    Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

    Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

    Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

    Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

    Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

    Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

    Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

    "Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

    Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

    Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

    Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

    sumber: blog cinaislam

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #76 24 October, 2009, 03:08:43 PM
  • Publish Di FB

  • Soalan :

    Adakah batal puasa jika melihat gambar lucah hingga keluar air mazi dan air mani?

    Jawapan :

    Perbuatan yang dinyatakan dalam soalan ini adalah salah satu cara mengeluarkan air mani dengan sengaja. Ianya termasuk dalam perkara -perkara yang membatalkan puasa.

    Kalau yang keluar itu air mazi, puasanya tidak batal. Kalau yang keluar itu mani, maka batal puasanya kerana sengaja melihat perkara-perkara yang boleh mengeluarkan mani(melihat gambar lucah).
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #77 24 October, 2009, 03:45:50 PM
  • Publish Di FB
  • Soalan :
    Adakah batal puasa jika melihat gambar lucah hingga keluar air mazi dan air mani?
    Jawapan :
    Perbuatan yang dinyatakan dalam soalan ini adalah salah satu cara mengeluarkan air mani dengan sengaja. Ianya termasuk dalam perkara -perkara yang membatalkan puasa.
    Kalau yang keluar itu air mazi, puasanya tidak batal. Kalau yang keluar itu mani, maka batal puasanya kerana sengaja melihat perkara-perkara yang boleh mengeluarkan mani(melihat gambar lucah).

    Terima kasih membetulkan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #78 09 November, 2009, 06:26:05 AM
  • Publish Di FB

  • BERPUASA TAPI TAK SOLAT


    Quote
    Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.


    Jawapan;

    Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

    Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
    1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
    2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

    Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

    Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

    “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

    Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
    2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
    3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
    4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 4:43 PM
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1283
      • View Profile
    Jawab #79 10 January, 2010, 02:07:56 AM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian

    (1:1) Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  
    (2:183)  Hai org2 yg beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas org2 sebelum kamu agar kamu bertakwa,
    (2:184)  (yaitu) dalam beberapa hari yg tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yg sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yg ditinggalkan itu pd hari-hari yg lain. & wajib bagi org2 yg berat menjalankannya (jika mrk tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorg miskin. Barangsiapa yg dgn kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yg lebih baik baginya. & berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

    Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dari Saidina Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).

    Dari Abu Hurairah RA pula bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menafkahkan sepasang binatang - yakni dua ekor kuda, lembu ataupun unta - dalam kepentingan fi-sabilillah, maka ia akan dipanggil dari semua pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah yang lebih baik." Maka jikalau seseorang itu dari golongan ahli solat, ia akan dipanggil dari pintu Solat, barangsiapa yang termasuk dalam ahli jihad, ia akan dipanggil dari pintu Jihad, barangsiapa yang termasuk dalam ahli puasa, ia akan dipanggil dari pintu Rayyan - maksudnya puas atau kenyang minuman, barangsiapa yang termasuk dalam ahli sedekah, maka ia dipanggil dari pintu Sedekah."
    Abu Bakar r.a. berkata: "Ya Rasuiullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu, tetapi apakah ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu?"
    Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, ada dan saya mengharapkan agar anda termasuk dalam golongan orang yang dipanggil dari segala pintu tadi." (Muttafaq 'alaih)
    « Last Edit: 10 January, 2010, 02:11:47 AM by saya hamba »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    130 Replies
    41890 Views
    Last post 15 October, 2012, 10:54:03 PM
    by syababrashid
    4 Replies
    12228 Views
    Last post 11 August, 2010, 04:52:30 AM
    by msa
    10 Replies
    11924 Views
    Last post 12 November, 2011, 11:07:17 PM
    by msa