Kenal Diri, Kenallah Allah

Author Topic: Kenal Diri, Kenallah Allah  (Read 40057 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dollmatt

  • *
  • Posts: 169
    • View Profile
Jawab #60 17 June, 2010, 12:01:15 AM
  • Publish Di FB
  • mike kenalkah diri mike yong, tolong kabor kat teman, jenuh teman pikior, tak ketemu jawapan

    The Fonz

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Jawab #61 18 June, 2010, 12:45:25 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Topik Kenal Diri, kenallah Allah atau apa pun topik.

    Apa-apa pun tujuan ialah supaya Tidak Syirik kepada Allah. Dosa syirik tidak diampun. Adakah Iblis syirik? berani ke iblis syirik sedangkan ' berbicara " dengan Allah? Iblis engkar lalu dilaknat. Adakah engkar itu syirik? Dikaji bahawa syirik ada beberapa tahapnya. Syirik Nyata kalu sembah patung yang diyakini Tuhan, contohnya. Syirik halus bagaimana pula? Syirik tersembunyi bagaimana pula?  Kalau sudah kenal diri kemudian dirasakan sudah kenal Allah, adakah berani syirik atau menyengutukan Allah? Topik ini sangat halus dan memerlukan bimbingan yang benar dan tidak lari dari tujuan yang benar. Manusia dan jin dijadikan untuk ubudiah. Ada yang memberi makna ubudiah bermaksud beribadah dan ada juga bermaksud mengenal Pencipta yang Agung. Jika beribadah dalam keadaan syirik, apakah ada nilai? Ikhlas adalah bebas dari syirik. Ikhlas macamana? Disinilah terletaknya tahap2 " kenal Allah " seseorang itu. Kenapa memerlukan kenal diri untuk kenal Allah? Manusia sebaik kejadian. Yang paling dekat dengan diri seseorang itu ialah dirinya sendiri. Tetapi bagaimana pula , " Aku lebih dekat daripada urat marih kamu ". " Dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihat ". " Jika kamu buta didunia ini, akan lebih buta diakhirat nanti".

    Paling senang nak kenal ialah sifat " keakuan diri ". Aku buat itu aku buat ini, aku itu aku ini. Tapi suka sebut LaaHaulaalaa.......... Sifat keakuan ialah pengakuan diri oleh akal. Ya Allah, bimbinglah kami semua agar dijauhi dari syirik, yang nyata, yang halus, yang tersembunyi. Amin !!

    Allahu'lam
    Subhanallah

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #62 18 June, 2010, 12:12:42 PM
  • Publish Di FB
  • nasi tambah

    kenal diri kenal Allah

    mikro: melihat diri

    sebagai KHALIFAH - jadi perentahlah diri mu
    perentah kan kebaikanlah, ESAnya Allah
    wahai .......... jika belum mampu, silakan belajar lagi dan lagi, dan lagi

    kerana, bila berjaya jadi Pemimpin, memimpin diri, banyaklah tu rakyat diri, kaki tangan, hati , akal, nafsu, anggota .......

    maksud nya, wahai penyakit, nyahlah dari diri ku
    wahai kelemahan, nyahlah dari diri ku

    di test dengan sakit GIGI, trylah perentah, tanpa makan ubat, janganlah sakit wahai Gigi,............yeye

    khalifah sedang memerentah

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #63 18 June, 2010, 12:56:11 PM
  • Publish Di FB
  • Salam ..

    "Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad " ..

    Apakah yang ingin diperkenalkan olehNya ?
    ..DiriNya ( DzatNya)
    ..AsmaNya
    ..SifatNya
    ..AfaalNya  atau  .....

    “ Sesungguhnya AKU ini adalah ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak) selain AKU , Maka sembahlah AKU ”
    ( Surah at-Thaaha / Ayat 14 )

    Sabar di dalam menjalani pengenalanNya ..
    Syukurlah pada pengenalanNya ...
    Sekurang2nya dirimu ada pembukaan pengenalanNya ..

    Mudah2an dipermudahkan ...(kata adab pada syariat)
    Allahumma Amin ya Lathiff
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #64 18 June, 2010, 09:09:14 PM
  • Publish Di FB
  • ooo tujuan nya jangan syirik, boleh kenai diri tu tak syirik ka, kata lah hang belajar punya belajar dah kenai diri maka dah pun kenai  Allah, pastu hang nak buat apa, takkan takat berubat orang je kut

    The Fonz

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Jawab #65 18 June, 2010, 09:52:39 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Hanya orang yang sakit perlu berubat. Tak pernah lagi dengar berubat orang sihat. Tetapi, mana yang lebih afdal, berubat diri orang atau berubat diri sendiri? Tetapi jika tidak tahu atau tidak sedar diri sakit dan apa jenis sakit yang perlu diubati, bagaimana dan  apa jenis ubat yang perlu dicari?

    Orang mukmin pula lebih bersikap proaktif dan berpandukan panduan dan bimbingan yang haq, mencari jalan untuk menjauhi dari syirik dan syirik adalah satu perkara yang amat ditakuti. Bukan soal boleh kenai diri tak syirik ka. Tapi jika mengenal diri boleh membawa kepada kenal Allah dan jika ini salah satu jalan untuk menjauhi syirik, maka itulah tujuannya. Menjauhi syirik.

    Maksud saya mengenai kata-kata " kenal diri, kenallah Allah ", mestilah berhati-hati kerana perkara ini amat halus dan jangan sampai tergelincir yakni, terjerumus dalam kesyirikkan. Nauzubillah. Saya amat takut tetapi jika anda tidak, itu terpulang pada diri anda . Setiap manusia ilmu dan kepandaiannya dan saya jahil dalam perkara ini. Semoga semuanya selamat dan dirahmati.

    Allahu'lam
    Subhanallah

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #66 18 June, 2010, 11:04:36 PM
  • Publish Di FB
  •  hang nak kenai Allah macamana yop kalau Allah tak memperkenalkan diri Nya kepada hang yop, diri hang tu mai kemudian, hang nak kenai diri hang lagumana yop, kecuali Allah lah yang bagitau kat hang, hang bila pun takdak yop

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #67 18 June, 2010, 11:43:22 PM
  • Publish Di FB

  • Perkenalkan Allah pada org ramai...Insyallah, Allah akan semakin kita kenali

    The Fonz

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Jawab #68 19 June, 2010, 01:37:21 AM
  • Publish Di FB
  • hang nak kenai Allah macamana yop kalau Allah tak memperkenalkan diri Nya kepada hang yop, diri hang tu mai kemudian, hang nak kenai diri hang lagumana yop, kecuali Allah lah yang bagitau kat hang, hang bila pun takdak yop
    berisalam

    Betol lah tu Yop. Allah lah yang memperkenalkan. DiriNya? Masaalahnya bukan statement ini Yop. Saya cuma cakap hati-hati memahaminya. Yop tiada masaalah ok. Nanti ditanya bagaimana diriNya. Bagaimana LaisaKamishlihi...... . Bagaimana dinyatakan kepada Musa, Lan Tarani, masa Musa datang pada masa yang ditentukan. Bukankah itu seperti mencari?  Nabi pulak dijemput, bukan mencari tapi dibawa.  " Maha Suci Dia yang membawa hambaNya berjalan dimalam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.......... ".

    Topik ini seperti mengajak kita "mencari"  Allah melalui jalan mengenal diri. Tak pandailah saya Yop nak menjelaskan.Mungkin setakat analogi cerita ini saja. Saya datang mencari yop dirumah, saya ketuk pintu, Yop tanya " Siapa tu? ". Saya jawab " Saya ", Yop cakap baliklah. Begitulah berulang-ulang sehingga satu hari saya ketuk2 lagi dan Yop tanya lagi " Siapa?". Saya jawab " Kamu ". Yop cakap OK.

    Allahu'lam
    Subhanallah



    nik suria

    • *
    • Posts: 31
    • Islam agamaku, tanpamu siapalah aku..ALLAHuakbar!!
      • View Profile
    Jawab #69 19 June, 2010, 02:22:08 AM
  • Publish Di FB

  • Perkenalkan Allah pada org ramai...Insyallah, Allah akan semakin kita kenali

    maafkan saya, betul itu..
    jika kita lihat kini..ramai orang seakan-akan lupa Allah, Tuhan Pencipta Alam..
    mereka hanya asyik berseronok , berfoya-foya..
    Allah di'abai'kan...jangan jadi begini, wahai agamaku! bangunlah dan majulah kehadapan!
    ceria*  Get berkats from Allah
    menangiis  Malaysia kini kian meruntuh!
    http://cutes-cat.blogspot.com -blog adik Namaku Ifa

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #70 19 June, 2010, 08:17:11 AM
  • Publish Di FB
  • dah mukasurat 4

    yang ada di mukasurat awalan tu tak baca ke

    macam manusia kebanyakan, zaman kita, tahu, meneruskan sahaja, tanpa sudi melihat ke awalan

    bukankah awalan atau akhirannya tetap sama, jika tak mahu sesat, itulah al Quran dan sunnah nabi SAW

    alah

    ramai duk pot pet, bila di tegur, pandai pula kata, semuanya gerak dari Allah, benarkah, selari dengan petunjukNYA

    ke terbabas dari rail way

    quran 51 21: pada diri kamu ada kebenarannya, mengapa kamu tak mahu berfikir?

    kebenaran tentang apa?

    tentang Tuhan, Yg Maha Kuasa, Maha Mencipta, Memberikan akal - wajib menuntut ilmu, semuga bertambah akal fikirmu,

    kendian rasa dah mampu, dah boleh bangun sendiri, mampan, berdikari,
    jangan lupa
    jangan eksyen lah

    Allah lah yang memberikan kehidupan, bila bila masa boleh Dia mematikan kita

    kerana keadilanNYA, dia berikan masa, untuk kita berfikir

    pada Dia tiada masa, kepada kita, di berikan masa, semuga ada lah masa kamu, berfikir tentang ketuhanan, berfikir hal ketuhanan, semuga kekal, SEDAR, Allah sedang melihat

    benarkah Allah melihat

    semuga dapatlah berakhlak mulia
    semuga dapatlah menolong ke arah mentauhidkan Allah yang Esa

    Esa itu ada dalam diri masing masing, laisa kamislihi syaiun, walaupun manusia sama sahaja, kataNya, tetapi saintis belum menemukan identiti yang sama pada anak adam

    mukholafatuhu lil hawadith, semuga SEDAR lah diri makhluk
    ada Yang Maha Kuasa, sedang melihat

    cuba kamu main Games di internet, online
    siapakah kamu,
    bolehkah kamu ubah games itu ikut kehendak kamu

    penciptanya bebas, update, dan ubah pogram

    demikianlah pada ayat ayatNya, ada pelajaran bagi kaum yang mahu berfikir

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #71 19 June, 2010, 09:40:02 AM
  • Publish Di FB
  • jika kita lihat kini..Allah tidak pernah melupai sesiapa pun, sesiapa pun sedang bergerak menuju kepada Allah samada secara terpaksa atau sukarela, samada taat atau tidak taat, samada patuh atau pun ingkar, samada tau atau tidak tau.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #72 19 June, 2010, 09:50:20 AM
  • Publish Di FB
  • benarkah

    ish ish ish

    [36]
    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
    [37]
    Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


    AKU sebagaimana kamu sangkakan

    Allah bersama sama orang yg benar

    Allah bersama orang yang sedar

    Orang yg lalai, bersama syaitan
    Orang yang kufur juga bersama syaitan
    orang yang engkar juga bersama syaitan

    boleh kah nampak

    ke pandai SEBUT sahaja

    INGAT

    Zikir -

    ikutlah ke ilmuan - pemikiran - kebolehan - kesedaran - diri tuan puan

    bahasa boyan: lu punya dirilah bang

    bahasa kita, empunya diri lah, fikirin dong

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #73 19 June, 2010, 11:01:15 PM
  • Publish Di FB
  • paling hebat bila kenai diri kenai tuhan pastu nak jadi tuhan, pastu selindung disebalik hadis dan quran konon aku itu dia dia itu aku..sebab itu lah pemahaman yang tidak tepat tentang aku sebagaimana sangkaan hamba ku, sepatut nya semua sangkaan itulah yang patut disangkalkan, kalau ikut paham mike..letih yop, berapa banyak tuhan daaa

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Jawab #74 20 June, 2010, 01:29:29 AM
  • Publish Di FB
  • ahaha.....itu bukan paling hebat tu....itu level yang paling bodoh.....

    org kenal diri makin sedar ke diri.....bukan mengaku sendiri Aku itu Allah dan Allah itu Aku....faham pun ikut dengar taqlid cakap org ni yang payah, mulut tu pulak jangan dok lafaz tak tentu pasai Aku itu Allah, Allah itu Aku.....

    peehh....punya lah mudah nak kenal Allah pun dah jadi payah.....dalam nak ibadah pun boley syirik lagi.....astaghfirullah....
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    _May_

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Jawab #75 20 June, 2010, 07:02:46 AM
  • Publish Di FB
  • ia benar punk5_garunk first time ana setuju dengan anta . . wat ibadah jadi susah bangat dengan sesetengah makhluk yang Terterer tu . . . . yang tidak tauw jadi pening yang dah tauw jadi tinggi semacam lah pulak ( kononye ) padahal memeningkan sesetengah orang je

    _May_

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Jawab #76 20 June, 2010, 07:34:00 AM
  • Publish Di FB
  • siapa saya . . saya adalah hamba Allah

    kita semua kan hamba Allah jadi tunaikanlah segala perintahNya

    kenal diri adalah kita hamba Allah
    tidak kenal tidak tauwlah anaaaaa.
    macam mana nak tunaikan perintah Allah .

    ikutlah Al_Quran dan Sunnah . .senang jer ( cakap dan taip senang nak wat susah termasuk saya  juga sama sama usahakan)

    Al-quran diturunkan untuk apa
    sunnah ditunjukkan untuk apa
    masjid dibina untuk pa

    semua dah tau so beribadat je lah
    Allah maha pengasih dan maha penyayang
    tapi jangan lupa Allah juga maha menhukum
    berimanlah sekuat iman
    islam itu mudah
    jangan pula ambil terlalu mudah
    dan jangan pula susahkan sehinggakan sesetengah orang jadi keliru dan tidak mahu beribadat ( ini berlaku didepan saya )
     
    kerana semua ibadat jadi x sah sebab tidak kenal Allah perghhhh sampai dia x nak solat gara2 tidak kenal Allah dan kenal diri dia
    senang2 jer dakwah menda nie dekat orang pula bagussssssss orang islam rosakkan orang islam sendiri rupanya

    kenal diri kita siapa . . kita ni hamba Allah . perintah tetap perintah maka tunaikan sehingga kou akan kenal dengan Allah
    rujuk Al-quran dan hadis ikut sunnah sembahyang secara berjemaah di masjid atau disurau

    tu pun tidak kenal diri lagi , kalau cakap banyak nanti jadi pening pula.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #77 21 October, 2010, 02:12:41 PM
  • Publish Di FB
  • Salam..
     
    Nak kenal diri?
     
    step pertama : Pergi memperkenalkan diri anda dulu.. bagaimana?
    1. kalau anda kuat lari:-
          kamu lari lah sejauh mana yang mampu kamu lari.. just lari.. Pegi buat sekarang!!!!
    setelah penat kamu akan berhenti..
     
    hasil dari pertemuan dan pemerhatian, Allah s.w.t tu lagi jauh dapat lari...
     
     
    2. kalau anda pandai menjahit :-
         Kamu jahit lah sebanyak mungkin baju yang anda dapat jahit dalam masa seminit!!!
     
    Hasil pertemuan dan pemerhatian, Allah s.w.t tu lagi cepat dari anda...
     
    hrmm.. apa buktinya? anda boleh Rujuk Al-Quran dan Hadith.. kalau tak percaya..
     
     
    "Percaya" kan ada dalam rukun Iman.. Anda x percaya??? (ketawa...)
    so, korang lakukan lah ape yang korang expert.. sampai boring... tetapi Allah s.w.t tidak boring..
    korang lari lah.. Allah s.w.t tidak penat..
     
    Hasil pertemuan dan pemerhatian : kita ni buat kerja semua terbatas... ada sempadan.. tetapi Allah s.w.t lebih melangkaui apa yang kita fikir!!!
    jika anda fikir Allah s.w.t tu x boring/ bosan.... SALAH!!! Dia lebih daripada itu.. mengatasi dan melebihi dari x akan boring!!!
     
    ini dalam bahasa pasar kita lah.. maaf jika salah..
     
    Moral of the story... kenalkan diri kepada diri kita dahulu.. kalau anda dapat tahan dari buang air kecil.. anda tahan lah.. tahan sampai mana termampu.. mesti anda tidak AKAN tahan punya...
     
    kemudian... mengaku/ mengadu kepada Allah s.w.t yang kita ni tidaklah sehebat mana pun..
    dan akan muncul dalam hati kita satu perasaan yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini.. ia dinamakan ILHAM..
     
    contoh: jika anda sedang berjalan² tetiba anda dapati ada kedai buku yang menjual bahan bacaan yang anda x cari selama ini... tetapi anda nak tahu dan anda membeli & membacanya..
     
    dan banyak benda yang anda tidak disengajakan lakukan tetapi anda akan perasan satu persatu....
     
    apabila perkara ini berlaku, SEDARLAH.. mulakan muhasabah diri...
     
    hasil dari muhasabah diri tu... akan timbul perasaan baru.. AKU HENDAK MENGENALMU YA ALLAH.. SUNGGUH² NAK KENAL!!!!..
     
    kemudian.. anda mula bertanya kepada kawan² dan akan ditertawakan.. dalam hati anda akan berkata "aku punya pasal la nak ke taknak, korang ape nak sebuk"..
     
    dan anda akan rasa anda BERSENDIRIAN.. bila anda rasa perasaan ini, mulakanlah buat amalan TAUBAH.. kalimah "Astagfirullah hala'zim".. dan solat taubat..
     
    seterusnya anda akan perasan sesuatu.. perasan apa? bagaimana?
    1. rasa sedih secara tiba².. contoh : tengah dengar lagu/ membaca/ menonton bola dan sebagainya.. anda tetiba rasa sayu... (inilah waktunya makhluk Allah s.w.t datang kepada anda...) anda mohon lah : "Aku hendak bersamaMu Ya Allah" atau apa² hajat lain..
     
    2. Anda perasan, anda terjaga dari tidur.. biasa tengah malam atau sebagainya.. (inilah masa dimana Allah s.w.t mengutus makhluknya mengejut anda...)
     
    dalam situasi biasa anda tidak perasan.. anda akan terjaga juga.. kemudian anda akan tidur kembali.. dan besoknya anda baru perasan yang anda pernah terjaga dari tidur malam tadik...
     
    bila anda sudah perasan akan perasaan terjaga ini, pegi la wat solat sunat dan berzikir...
     
    leh lawat Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal untuk perkongsian berkenaan zikir..
     
    dan teruskan dengan istiqomah (berterusan)..
    dan Doa... agar ditunjuk jalan yang lurus..
     
    Semoga dipermudahkan.. ameen..
    semoga amalan hari ini lebih baik dari semalam..
     

    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Jawab #78 22 October, 2010, 03:22:24 PM
  • Publish Di FB
  • [font='times new roman']Bertaubat jadikan jiwa tenang, bersih

    RASULULLAH bersabda: "Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat." (Riwayat Tirmizi).
    Oleh itu, bertaubat dan mohonlah keampunan kepada Allah di atas keterlanjuran yang dilakukan, menyesali dan berazam tidak melakukan kembali dosa.

    Taubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Sesudah hati bersih, tentulah mendapat sinar keimanan dari Allah.

    Dengan bertaubat, ia dapat membersihkan diri daripada melakukan perkaramungkar dan maksiat.

    Ini menjadikan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar mengenangkan kesalahan lalu.

    Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah akan mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berserah kepada-Nya.

    Pembersihan jiwa daripada melakukan segala dosa dan maksiat atau kegiatan tidak berfaedah perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya mengikut masa kerana hidayah Allah itu tidak akan dinikmati jika seseorang itu tidak melakukan amalan secara berterusan.

    Ini kerana jika taubat itu dilakukan selepas saja terasa diri bersalah dan kemudian mengulanginya, ia mendorong seseorang untuk mengulangi perbuatan maksiat dan kejahatan yang lain.

    Selain itu, umat Islam digalakkan supaya lebih banyak beristighfar yang maksudnya memohon keampunan daripada-Nya.

    Dengan beristighfar iaitu: ‘Astaghfirul-Lahal-Azim, allazi la ilaha illa Huwal Haiyul-Qaiyumu waatubu ilaih’ (Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya).

    Sabda Rasulullah pula: "Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduga." (Riwayat Ahmad).

    Mengikut satu riwayat, Nabi beristighfar setiap hari tidak kurang daripada 70 kali.

    Mengikut riwayat lain pula, 100 kali. Tujuan Baginda berbuat demikian, antaranya ialah agar dicontohi umatnya yang sentiasa terbabit dengan dosa.

    Oleh itu, ucapkanlah istighfar sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya 70 kali pagi dan 70 kali petang.[/font]
    « Last Edit: 22 October, 2010, 03:24:16 PM by Hanzalah_H »
    Abdullah Faqir

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Jawab #79 25 October, 2010, 01:41:20 PM
  • Publish Di FB
  • Pelajaran mengenal Allah bukan sekitar ilmu semata-mata, namun ianya melibatkan perihal rasa. Jikalau menjadikan kita hebat ketika berbicara semata-mata namun ianya tidak termasuk lingkungan rasa, makanya sia-sialah ilmu itu pada kita..... Keadaan Hal mengenal Allah itu jikalau diibaratkan dengan keadan kita di dunia ini adalah sebagaimana kita mengenal akan raja/sultan... Dan Adab/akhlak kita di hadapan sultan yang kita kenali ketika itu pasti cukup terpelihara dari segi perlakuan, tutur kata mahupn pandangan...

    Erti Kata Lain, pelajaran mengenal Allah wajib melahirkan Perasaan Ubudiyah yang cukup tinggi. Namun tidak semestinya seseorang yang terpelihara akhlaknya itu bukti seseorang itu telah mengenal Allah, adakalanya kebaikan itu diselangi dengan sifat-sifat mazmummah yang ckup menebal makanya kebaikan itu disisi allah hanyalah sia-sia belaka... dan lebih parah lagi akan terhapus segala pahala amalannya itu.
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    27 Replies
    8046 Views
    Last post 13 October, 2012, 02:15:14 PM
    by mujahid89
    2 Replies
    942 Views
    Last post 23 July, 2012, 06:38:40 PM
    by deuteromalay
    33 Replies
    3212 Views
    Last post 30 September, 2013, 03:20:34 PM
    by acit