Kenal Diri, Kenallah Allah

*

Author Topic: Kenal Diri, Kenallah Allah  (Read 46568 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 January, 2008, 03:24:04 AM
  • Publish
  • CONTOH SOALAN:
    Kenapa ‘kenal diri, kenallah Allah”?
    Apa kaitan ‘diri’ dengan ‘Allah’?

    JAWAPAN:
    Ringkasnya (jawapan lengkap kena mai kuliah le... ) Khaliq dan makhluk dua 'hal' yang berbeza dan berlawanan. Hanya ada 'dua hal' sahaja iaitu 'Khaliq' dan 'makhluk', tak ada yang lain.

    Khaliq tidak boleh dilihat, digambarkan, ditunjukkan dan sebagainya. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengenal Khaliq ialah dengan mengenal satu-satunya 'lawan'nya iaitu makhluk-kerana tak ada yang lain. Maka, apabila sudah kenal makhluk, selepas itu barulah berupaya unuk mengenal Khaliq. Begitu.

    Bukan seperti fahaman mereka yang jahil, kononnya apabila disebut 'kenal diri kenallah Allah' maksudnya diri itulah Allah- bukan. Fahaman mereka tersilap lalu menghukum sesat mudah-mudah. Yang kita maksudkan ialah- kenal diri terlebih dahulu maka selepas itu barulah mampu mengenal Allah.

    Saya beri satu contoh:

    Kita hendak kenalkan budak pra-sekolah warna hijau dan warna merah (sahaja). Kita letak sepuluh biji bola merah dan sepuluh biji bola hijau dalam satu dulang (hanya ada dua warna sahaja). Kita maklumkan kepada pelajar yang pelajaran hari ini ialah untuk mengenal warna hijau (kita andaikan para pelajar belum kenal warna merah dan hijau).

    "Baik anak-anak, dalam dulang ini ada bola merah dan hijau. Selepas penerangan saya nanti, saya mahu kamu tunjukkan bola berwarna hijau."

    Kemudian guru ambil sebiji bola warna merah dan sebut "Bola ini berwarna merah" lalu dikeluarkan daripada dulang.
    Kemudian guru ambil sebiji lagi bola warna merah dan sebut "Ini juga bola berwarna merah." lalu dikeluarkan.
    Begitulah untuk bola yang seterusnya hingga bola yang kelima. Semuanya warna merah.

    "OK pelajar. Sekarang, saya mahu Azlin ambil sebiji bola berwarna hijau."

    Sekiranya Azlin tidak bengap, sudah tentu dia akan ambil sebiji bola berwarna hijau dan bukannya merah. Sebab apa? Sebab dia sudah kenal lima biji bola warna merah, lalu secara automatik dikenalnya warna hijau kerana dalam dulang itu hanya ada dua hal (*SAHAJA) iaitu "merah' dan 'hijau'.

    Begitulah tamsilannya. Apabila ita sudah kenal makhluk/ diri, kemudian barulah kita boleh kenal Khaliq.

    Insyaallah boleh faham.

    *Semalam ada dua orang anak muda belasan tahun datang hendak dengar penerangan ana. Yang seorang buat kali kedua (sehari sebelum itu sudah datang), yang seorang lagi kali pertama. satu sesi satu setengah jam. Maksudnya seorang baru dengar 3 jam dan seorang lagi baru dengar 1 jam setengah.

    Alhamdulillah... baru sekadar itu saja mereka sudah boleh faham hingga meng-Esakan af'al Allah, sudah masuk peringkat awal hakikat.
    Wallahualam.
    ALEX: Hairan dengan Dr. Abdul Fatah Haron…

    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=285
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 06 January, 2008, 12:03:25 PM
  • Publish
  • Subhanalalh...memang sukar mahu kenal diri,bagaimana mungkin mahu kenal orang lain hantu ke pontianak ke atau lbh dahsyat syaithon...Kalau sdh tak kenal diri bagaimana mahu kenal Allah swt.jika sdh tak kenal Allah jwbnya Zalim pada diri sendiri....sebab itu semahu sendirilah ia..mahu buat yg mungkar (Zina)secara terang2 ke/disebalik tabir ke atau dimana2 konon tunjok hebat...
    Pak guru di Hadapan suruh ucapkan Astaghfirulalhal'Aziim 100x. Al-Qur'an yg digemakan dipage depan  pun berat mahu disebut macam kena bayar $$$$

    Padahal tujuannya semua utk membantu  kenal diri sendiri dan kenal Allah swt.Pencipa yang SEJATI DAN ABADI.

    BismillahirRahmanirrahiim;
    "Famayya'mal mistqaala zarratin khairayyarah;Barangsiapa yg berbuat kebaikan maka ia melihat sendiri kebaikannya sendiri"
    "Famayya'amal mistqaalazarratin syarrayyaroh;Barangsiapa yg berbuat keburukan ia sendirilah yg akan melihat kejahatannya sendiri walaupun sezarrah" (Surah zilzalah;Juz 'Amma)
    Sodaqallahul'aziim.

    Jika tak takut Allah buatlah apa yg dia suka" 'Imal ma syi'ta; Buatlah apa yang Ko SuKo"
    'Fayaghfiru limayyasyaaa fayu'azzibuhu limayyasyaa;Maka Allah akan beri pengampunan bagi siapa yg dikehendaki dan Allah akan mengazab bagi siapa juga yg dikehendaki (org yg berkenaan sesuai dgn perbuatan)"Sodaqallahul'Aziim.
    Lahaulawalaquwwataillahbillahil'aliyyil'aziim.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    zaitihamdan

    • *
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #2 06 January, 2008, 02:20:33 PM
  • Publish
  • nak tambah sikit ukhtie halaqah.."jika kamu tidak merasa malu maka perlakukan lah sesuka hati mu.."
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 06 January, 2008, 02:47:02 PM
  • Publish
  • nak tambah sikit ukhtie halaqah.."jika kamu tidak merasa malu maka perlakukan lah sesuka hati mu.."
    Terima kasih , Alhamdulillah !pembetulan dr apa yg sy tsilap dan tkureng.
    Salam ukhufillah.(senyum tu sodaqah)

    Reply #4 09 May, 2008, 09:11:47 AM
  • Publish
  •  :)


    saya nak syorkan pd ikhwah semua supaya baca buku MENGENAL DIRI yg dikarang oleh ustaz mustafa aljiasy
    TAKKAN HILANG ISLAM DDUNIA
    DMANA BUMI DPIJAK
    D SITU ISLAM DJUNJUNG

    kanjeng sunan

    • *
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #5 09 May, 2008, 09:49:16 AM
  • Publish
  • :)


    saya nak syorkan pd ikhwah semua supaya baca buku MENGENAL DIRI yg dikarang oleh ustaz mustafa aljiasy

    nak kenal diri melalui buku tak boleh...
    nak kenal kena cari guru mursyid...
    yang mana dia kenal tuhannya...

    p/s...ramai yang bercerita mengenai kenal diri...
           tapi berapa ramai yang kenal diri mereka...
            perkatakan mudah...tetapi.....?
    TuhAN cInTa aGuNg..

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #6 03 July, 2008, 11:21:56 AM
  • Publish
  •  Kenallah diwajah kita ada hidung /mata dan mulut ke tidak???
    kalau tak kenal hawaz(pancaindera) yg utama itu mmglah tak kenal diri sendiri!!
    Econ(Nafas)jantung yg berdenyut dlm dada dan nadi ditgn serta hembusan nafas melalui hidung,
    jika masih tak trase..mmglah dah tak kenal diri....(Mayat kot!!!)
    Kenallah diri maka akan Kenal....
    Siapa Pencipta yg Sebenar-benar Yang Maha Agung....
    sdh tentu akan mengatakan doktor/prof yg hebat mmbri nyawa dan jantong...
    tali gantong api yg memanaskanlah..itulah neraka dunia.....
    Nauzubillahiminzalik

    Reply #7 03 July, 2008, 02:18:17 PM
  • Publish
  •  :)

    sebagai contoh yang dikatakan mengenal diri,adakah yang dikatakan jasad itu muhammad dinamakan kenal diri? jika tak pegang konsep ini maka kita dikatakan tidak mengenal diri?bincang2

    Reply #8 04 July, 2008, 08:42:42 AM
  • Publish
  •  :)
    saya tambah lagi, byk aliran tasawuf-tareqat (mungkin tidak semua)beranggapan bahawa muhammad itu manusia. maknanya, tiap-tiap manusia itu Muhammad kerana semua manusia berbentuk Muhammad(dalam ejaan arab). huruf Muhammad yang dilukis menegak: mim- kepala, ha - bahu, mim kedua- punggung, dal - kaki. saya sendiri tidak pasti dimana sumber aslinya hal seperti ini atau adakah ianya rekaan semata2....atau bagaimana? wallahua'lam

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #9 12 December, 2008, 04:21:34 PM
  • Publish
  • Kenallah diwajah kita ada hidung /mata dan mulut ke tidak???
    kalau tak kenal hawaz(pancaindera) yg utama itu mmglah tak kenal diri sendiri!!
    Econ(Nafas)jantung yg berdenyut dlm dada dan nadi ditgn serta hembusan nafas melalui hidung,
    jika masih tak trase..mmglah dah tak kenal diri....(Mayat kot!!!)
    Kenallah diri maka akan Kenal....
    Siapa Pencipta yg Sebenar-benar Yang Maha Agung....
    sdh tentu akan mengatakan doktor/prof yg hebat mmbri nyawa dan jantong...
    tali gantong api yg memanaskanlah..itulah neraka dunia.....
    Nauzubillahiminzalik

    Iman merupakan punca bagi sifat-sifat yang murni. Seorang mukmin terhias didalam dirinya sifat belas-kasihan, cinta dan sayang sesama muslimin dan mereka juga adalah rahmat serta contoh bagi umat sejagat.

    Dengan sifat-sifat inilah Allah s.w.t telah memuji Rasulullah s.a.w di dalam firmannya :
     
    Maksudnya “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri  yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

    Maka jika mahu kenal diri dan kenal Allah swt dan ajaran Rasulillah saw,usah bosan memburu ilmu dalam kelas /majlis ilmu/forum dan masjid rumah yang diredhai Allah dan mendapatkan ilmu yang murni(sbg usaha tgn sendiri) setelah berusaha amalkan ilmu yang sedia ada dan semaikan Iman di dalam dada,maka curahkan tinta ditangan sendiri untuk menyampaikan ilmu maupun mencurahkan ilmu ke dalam Buku lalu hasilkan rezeki menurut ilmu dan idea yang sesuai pancaran cahaya hidup insan di muka bumi yang terbentang.Itulah sumber kehidupan rezeki yang halal dan tahap stamina yang teguh lagi digemari ramai.Insya Allah.
    Wallahu'Alam Bissawob.


    Reply #10 12 December, 2008, 05:41:22 PM
  • Publish
  • perlu ke kite mengenal diri...
    n perlu ke kite kne mengenal diri dulu kalo nak mengenal allah...
    ...????

    ainun

    • *
    • Ya Rabb.. tolong ampuni aku untuk setiap pandangan
      • View Profile
    Reply #11 12 December, 2008, 07:52:35 PM
  • Publish
  • harap ada ustaz2 yg blh bntu beri penerangn pd saudari/a mirul_azhar..
    emm...
    cba kta pk..
    ana dh hdup 15 thun (ats umo seseorang tu laa..)
    but, smpai sekarang ana still xleh faham ngan dri ana..
    jauh sekali mngenalinya..
    kadang2 selalu ckp kat dri sndiri..
    ana rindu pada diri ana sendiri..
    entahlah...
    bla dok sensorang msti prkataan tu yg akn trkeluar..
    hummm... mcm mna nk mngenali diri sndiri..??
    boleh terangkan dgn lebih lanjut..??
    ana jga masih prlukn pnjelasan...
    syukran, ya...
    ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

    Shohib Mirbat

    • *
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #12 12 December, 2008, 11:01:54 PM
  • Publish
  •  :) Berkenaan kenal diri, kenallah Allah itu ialah suatu perintah Allah kepada manusia untuk berfikir akan keunikan kejadian diri sendiri yang mana hanya Allah, tiada satu apa jua sekalipun selain Allah yang mampu berkuasa mencipta sekalian makhluk tanpa sebarang rujukan apa-apapun.

    Ia juga bermaksud bahawa Allah memerintahkan manusia untuk mengenali Allah dengan lebih teliti melalui belajar mengenali sifat-sifatNya, nama-namaNya, serta dzatNya yang tiada tandingan supaya jelas, terang lagi nyata kesedaran manusia mengenai sifat wujud Allah itu.

     :msya: Manusia selama-lamanya, tanpa keizinan Allah, tiada berkemampuan mengenali diri sendiri mahupun menyelami haqiqat penciptaan manusia itu tanpa mengetahui serta mengenali dengan sebenar-benar kenal terlebih dahulu berkenaan Pencipta yang Maha Hebat lagi Maha Perkasa, Allah yang Maha Menguasai sekalian 'alam.

    Oleh yang demikian, perintah Allah supaya mengenaliNya adalah wajib keatas setiap manusia kerana "Bermulanya ad-diin itu adalah mengenali dengan benar-benar kenal berkenaan Allah".  :ins: Belajarlah dan tuntutlah 'ilmu tauhidullah dari orang yang benar-benar 'arif berkenaan Allah kerana Allah tidak mahu dipersekutukan dengan apa-apapun oleh sekalian makhlukNya.

    Jangan berlengah-lengah lagi kerana 'umur kita diibaratkan di dalam Al-Quran seperti : "Kehidupan mereka hanyalah sebentar, tidak lebih dari sebahagian pagi ataupun sebahagian petang sahaja". Moga Allah mema'afkan kita semua kerana tidak bersegera dan bersikap acuh tidak acuh di dalam perkara mengenali Allah.

    "Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Kau menghukumi kami andainya kami lupa ataupun salah. Ya Tuhan kami, janganlah Kau menghukumi kami sepertimana Kau menghukumi orang-orang yang telah Kau hukumi sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Kau timpakan keatas kami apa-apapun yang kami tidak mampu menanggunginya. Ma'afkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami semuanya. Hanya Kau (Allah) sahaja penolong kami, maka tolonglah kami keatas orang-orang yang kafir". [Surah Al-Baqarah:ayat 286]  :aamiin:
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    ainun

    • *
    • Ya Rabb.. tolong ampuni aku untuk setiap pandangan
      • View Profile
    Reply #13 13 December, 2008, 05:55:55 PM
  • Publish
  • Moga Allah mema'afkan kita semua kerana tidak bersegera dan bersikap acuh tidak acuh di dalam perkara mengenali Allah.


    emm...
    syukran atas prkongsiannya...
    hdup ni xkan ada prhntian
    kcuali mati..
    jd selagi ada waktu..
    mohon ana dberi kesempatan utk
    trus mnambah ilmu+amal+iman..
    lemahnya ana..
    dlm segenap prkara..

    zalwaualif

    • *
    • JAUH TIDAK BERJARAK,DEKAT TIDAK BERSENTUH
      • View Profile
    Reply #14 17 January, 2009, 02:50:17 AM
  • Publish
  • perlu ke kite mengenal diri...
    n perlu ke kite kne mengenal diri dulu kalo nak mengenal allah...
    ...????

    mesti..........................supaya kita tahu tiada selain Allah,kalau ada selain Allah syirik namanya.

    Reply #15 01 February, 2009, 03:47:12 PM
  • Publish
  • 'lihatlah' Allah pada setiap kejadian, pada manusia, pada binatang, pada tumbuhan, bukit-bukau, bulan bintang, lihatlah pada diri mu sendiri. Jangan lah engkau melihat manusia pada kejadian manusia, kuda pada kejadian kuda, bulan dan juga bintang pada kejadian nya.
    Wahai hamba ku" Aku lah yang bersembunyi disebalik tiap-tiap kejadian itu. Aku lah yang memperkenalkan Diri Ku pada tiap-tiap kejadian dan perbuatan itu untuk kamu kenali Kebesaran dan Keagungan Ku."

    Kerana terlampau terang nya cahaya, hanya nampak benda, maka terlupalah kepada cahaya. demikian lah ibaratnya.

    Reply #16 22 March, 2009, 02:19:12 AM
  • Publish
  • antara diri dan Tuhan, diibaratkan seperti cahaya lilin yang diletakkan di bawah cahaya matahari.

    cahaya lilin tersebut, TIDAK bersatu dengan cahaya matahari (kerana cahaya itu adalah bertingkat-tingkat "nurun-alan-nur") TETAPI cahaya lilin itu FANA (tenggelam, hampir tiada) apabila di bawah sinaran matahari tadi.

    oleh yang demikian, WUJUD yang hakiki adalah SATU. wahdatulwujud.
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Reply #17 28 March, 2009, 11:46:22 PM
  • Publish
  • seseorang di tanya kenalkah kamu akan Allah.....lalu dijawap...kenal.......bagaimana kamu mengenalnya.....diriku miskin dan lemah sedangkan Allah itu Maha Kaya dan Maha berkuasa.......
    mengenal Allah itu apabila tau menafikan diri dan mengisbatkan kepada Allah semata2......Jalannnya dengan mengenal Zat, Sifat ,Afaal dan AsmaNya.......Awal2 Agama itu Mengenal Allah.................caranya???????

    Reply #18 29 March, 2009, 12:11:55 AM
  • Publish
  • awal agama (ad-din/cara hidup) adalah mengenal Tuhannya.
    seorang sahabat baginda s.aw. mengatakan, "Aku mengenal Allah melalui Allah"

    caranya pelbagai.
    dunia ini adalah qalam Allah yang tidak berbicara.
    di mana sahaja kamu labuhkan pandanganmu, di situ kamu lihat Allah.

    quran pula adalah qalam Allah yang berkata-kata. apabila kamu membacanya, hatimu bakal berbisik dengan bisikan ketakwaan.

    ada di kalangan mereka yang faham tanpa perlunya kepada kata-kata (seperti Nabi Ibrahim).
    dan ada yang memerlukan kesaksian dari Tuhan mereka (sebagaimana sahabat yang memeluk Islam apabila mendengar dan memahami al-Quran)

    semua berlaku atas kehendak Allah. bagaimana kamu mengenal Allah? kenal dirimu.
     

    Reply #19 29 March, 2009, 01:02:16 AM
  • Publish
  • Berfikir tentang ciptaan Allah, dan jangan berfikir tentang zat Allah, semoga ia dapat memberikan kepada kita kebesaran dan kekuasaan Allah

    divider3
    halaqahforum4