TAQWA

Author Topic: TAQWA  (Read 14974 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
02 January, 2008, 11:18:13 AM
  • Publish Di FB
  • TAKRIF TAQWA

    Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
    Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
    taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa
    juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan
    taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa
    itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang
    tidak faham.

    Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.
    Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’,
    namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya
    bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat
    kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak
    sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi
    walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu,
    ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati.
    Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

    Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan
    larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan
    kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
    meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan
    apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.
    Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat
    kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa
    yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat
    menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat
    Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
    Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
    taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa
    beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata.
    Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa
    oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan
    Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat
    dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa
    itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan
    di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih
    dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang
    terpokok dalam agama.

    Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa
    yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan
    kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka
    taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu
    upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati
    orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin
    ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu
    menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang
    mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

    TAKRIF
    Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu
    tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
    bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu
    daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa
    tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau
    khasya.

    Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang
    ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti
    berikut:

    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
    kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
    dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

    Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah
    ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal
    kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini
    ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil
    Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
    jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau
    benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau
    benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan
    masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
    Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau
    pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-
    perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan
    kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina
    sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat
    mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai
    pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah
    itulah usaha ke arah taqwa.

    Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah
    disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia
    adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala
    sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih
    sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya.
    Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah
    erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
    Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar
    ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.
    Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan
    disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah
    Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan
    ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia
    satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah
    diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan
    perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah
    ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di
    mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya
    telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

    Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
    yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
    Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu
    Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
    dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah
    telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
    Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
    jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
    amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
    dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
    benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
    pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
    tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
    amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
    kasihan dan sebagainya.

    Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab
    dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah
    ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah
    dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang
    akan selamat di dunia dan di Akhirat.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Raja62

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Jawab #1 04 May, 2008, 10:11:51 AM
  • Publish Di FB
  • Terima Kasih,Pak Kiyai Kanjeng,
    Taqwa bukan sahaja kita menghambakan di depan Allah SWT tetapi kita & saya wajib mencari Guru
    Mursyid supaya kita mengetahui sifat Mazmumah(Sifat-sifat Negatif) & Sifat Mahmudah,Dengan kaedah
    TarikaturRasul(Kaedah Jalan Cinta kepada Allah).Dengan Murid yang beradab dengan Guru insyaAllah
    dapat terikatlah Rasulullah SAW,Jibrail A.S. dan Sampai kepada Allah AWJ.
    Dengan ini dapatklah kita bakal mendapat Waridah(Karunia Allah Yang dapat Cahaya Nur ketenangan
    dan terkikis lah sebahagian sifat negatif untuk membangkitkan Api Zikirullah semangat untuk semangat
    melaksanakan tugas sebagai Orang yang mencari kecintaan Allah).
    Dengan tugas berzikir dapat mencari tahap karunia Allah yang akan datang .
    Orang muslim bukan sekadar membaca,mendengar,mellihat,menghafal,menhayati,
    tetapi dia kena merasakan perasaan ruh/nafs/Nafsu/nurullah/cinta kepada Allah.
    merasa Allah menjaga,Melihat segala perbuatan kita.
    mengikut iman masing-masing.Kerja taqwa ini bukan senang tetapi
    minta kepada Allah SWT untuk memudahkan segala kerja kita,InsyaAllah!..
    Amal kita buatlah mana yang mampu kita buat.
    kita niat untuk jihad besar tetapi kalau ada keuzuran sila tampung balik amal kita.
    kerana orang yang buat amal ini kita mesti berbaik sangka Kepada Allah bukan untuk mencari
    maqam kesempurnaan insan Kamil,tetapi mencari Rahmat Allah,Dan kasih Sayang Rasulullah SAW.
    Barulah kita dapat mengikut contoh Akhlak Nabi Mohd.Mana kita Mampu,InsyaAllah!
    Salam Meow!
    Saya,Syaidina Imam Al Mahdi(R.A.)
    (Y.M. Sheikh Raja Izzuddin Shah Al-Haj)
    MAY THE FORCE OF ALLAH S.W.T. BE WITH YOU ALL,INSYALLAH!

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #2 05 May, 2008, 09:18:24 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wr.wb.
    TAQWA itu indah
    tapi pencapaiannya umpama tajam dihujung mata pisau,
    sedikit terkehel maka terluka susah diubati dan dijagai rapi...
    Masya Allah.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #3 07 September, 2012, 08:47:40 AM
  • Publish Di FB
  • sesiapa yang Faham dari keterangan di atas
    cuba bandingkan dengan IMD
    sesiapa yang dapat Ilmu IMD, dapatkah menemui jawapannya? subhanallah

    inshallah ya, di peliharanya
    mohonlah kepadanya

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1071 Views
    Last post 26 February, 2010, 10:15:59 AM
    by sharmilah sakka
    4 Replies
    934 Views
    Last post 26 November, 2011, 05:36:02 PM
    by AhmadFaiz.MS
    4 Replies
    792 Views
    Last post 15 June, 2012, 02:46:16 PM
    by al_ahibbatu