HATIKU MILIKMU-Fatimah Syarha

Author Topic: HATIKU MILIKMU-Fatimah Syarha  (Read 18948 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ainulhaq

  • *
  • Posts: 31
  • Salam ukhuwah fillah buat semua halaqian...
    • View Profile
01 January, 2008, 07:51:58 AM
  • Publish Di FB
  • HATIKU MILIKMU
    Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN


    Semakin kuusir semakin ia hadir,
    Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
     
    Kusedar kini,
     
        HATIKU MILIKMU
     
    Biarpun jauh kularikan diri,
    Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

    Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
    Editor:DR. SALBIAH SELIMAN

     
    SINOPSIS
     
                Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.
     
               Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.
     
                Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul  yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun,  tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu  memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah. 
     
                ‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.
     
    Apakah dilema cinta yang dihadapi?
    Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
    Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
    Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?
     
    Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,
     
    ‘’Hatiku pula milik siapa?’’.
    « Last Edit: 01 January, 2008, 07:54:15 AM by ainulhaq »
    Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
    Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
    bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
    berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.

    mukmin1912

    • *
    • Posts: 111
      • View Profile
    Jawab #1 21 March, 2008, 09:33:29 PM
  • Publish Di FB
  • Dulu penulis ini terkenal dengan karya dakwahnya 'Tautan Hati'
    Aku Tetap Mencari Dunia,
    Namun Akhirat Tetap Aku Utamakan,
    Kerana Dunia & Akhirat Senjata Kebahagiaan,
    Insan Terpilih Segenap Maya...

    ashrafishak

    • *
    • Posts: 38
    • Penegak Syiar Islam
      • View Profile
    Jawab #2 27 March, 2008, 09:44:38 PM
  • Publish Di FB
  • Ingatkan buku ni buku jiwang karat, rupe2 nyer novel dakwah.....terkeliru la dengan tajuknya....
    Istiqamah kunci kejayaan

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #3 27 April, 2008, 02:19:39 PM
  • Publish Di FB
  • hati ku milikmu adallah kisah yang terkandung dalam tautan hati sendiri..kini beliau tampil dengan novel terbaru :: SYABAB MUSAFIR KASIH::

    ainulhaq

    • *
    • Posts: 31
    • Salam ukhuwah fillah buat semua halaqian...
      • View Profile
    Jawab #4 09 May, 2008, 10:43:27 AM
  • Publish Di FB
  • Dulu penulis ini terkenal dengan karya dakwahnya 'Tautan Hati'

    sebenarnya ssinopsis citer ni sy ambil dr internet..tapi ceritanya terkandung dalam novel "TAUTAN HATI"..sy terlupa nk mention sblm ni..terima kasih krn tlg sebarkan info ni..syukron jazilan..

    ainulhaq

    • *
    • Posts: 31
    • Salam ukhuwah fillah buat semua halaqian...
      • View Profile
    Jawab #5 09 May, 2008, 10:47:07 AM
  • Publish Di FB
  • Ingatkan buku ni buku jiwang karat, rupe2 nyer novel dakwah.....terkeliru la dengan tajuknya....

    percintaan berlandaskan syariat supaya menjadi rujukan & iktibar..buku yg seronok utk dibaca..tajuk sebenar novel ni "TAUTAN HATI"..
    cuba la baca..insya'Allah ada pengajaran yg dpt diambil..wallahualam..

    ainulhaq

    • *
    • Posts: 31
    • Salam ukhuwah fillah buat semua halaqian...
      • View Profile
    Jawab #6 09 May, 2008, 10:49:49 AM
  • Publish Di FB
  • hati ku milikmu adallah kisah yang terkandung dalam tautan hati sendiri..kini beliau tampil dengan novel terbaru :: SYABAB MUSAFIR KASIH::

    kedai mana blh sy dapatkan novel "SYABAB MUSAFIR KASIH" ni???...jazakallahu khoiran..

    asiah yusra

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #7 30 July, 2008, 04:43:49 PM
  • Publish Di FB
  • ana sangat tertarik dengan novel tautan hati semoga penulis teruskan perjuangan demi memartabatkan islam

    izza

    • *
    • Posts: 172
    • Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
      • View Profile
    Jawab #8 09 August, 2008, 01:42:58 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    sekadar info terkini tentang penulis...
    Fatimah Syarha binti Hj Mohd Noordin akan melangsungkan walimatul urus pada 17 Ogos 2008 di Terengganu
    sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk bakal pasangan pengantin baru ni ya....
    "LA ILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH"

    alwahidatu_wardah

    • *
    • Posts: 16
    • B E L A J A R M E M B E R I
      • View Profile
    Jawab #9 09 August, 2008, 01:58:01 AM
  • Publish Di FB
  • assalamu'alaikum...

    ana ucapkan selamat pengantin baru buat Fatimah Syarha bt. hj Nordin..
    semoga bahagia ke anak cucu..

    mfz06

    • *
    • Posts: 57
    • Tiada Yang Lebih Hebat Dari Cinta Allah
      • View Profile
    Jawab #10 21 August, 2008, 10:22:46 AM
  • Publish Di FB
  • Salam...

    novel Tautan Hati saye beli kat Pesta Buku kat PWTC.. tgk dari luar mcm best..bile dah baca lagi best!:sedihnya:..Alhamdulillah banyak pengajaran dan input saya dapat...syukran..
    tahniah kepada Fatimah Syarha!!
    ~Pencarian ilmu Mu tiada Penghujungnya~

    shefah

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #11 23 August, 2008, 03:51:59 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    syok kn karya akak fatimahsyrha ni..ske sgt..smoge dpt mndidik sy ke jln yg bna..sy berushe utk mnjd bek wpon kurg sempurna..:sedihnya:~

    Putri_Cahaya

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #12 23 August, 2008, 09:59:46 PM
  • Publish Di FB
  • salam.. sy juga ada beli novel Tautan Hati ni... alhamdulillah.. rasa sgt2 bersyukur.. byk yg dapat sy blajar dari novel ni..rugi sapa2 tak beli novel ni..
    Seharum Kasturi Seindah Pelangi, Segalanya Bermula Di Hati..

    izza

    • *
    • Posts: 172
    • Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
      • View Profile
    Jawab #13 23 September, 2008, 06:38:25 PM
  • Publish Di FB
  • http://www.friendster.com/photos/20539344/1/949682865
    gambar kawin fatimah syarha.....
    **saja kongsi info tentang penulis..**

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #14 21 November, 2008, 02:44:34 PM
  • Publish Di FB
  • Kalau dalam hadapi fatamorgana kekalutan fikiran utk ringankan kepala baca jiwang2 ni enak gak ya!(Relax and Refreshing )
    Tapi jgn terawang sampai lupa ibadah dan kewajiban yg perlu diutamakan sudahlah ya!
    Buat yg sdh dewasa tu lahai.....kena pasang wayering....jika terleka cpt2 short-cut biar terberhenti sblm mati terkezut .......muwahaz3X

    Hatiku milik ibu bapa alangkah mulia...
    hatiku untuk Allah YME alangkah nikmat bahagianya....
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    harithmkt90

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Jawab #15 08 January, 2009, 12:19:15 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah..kepada fatimah syarha..ana merasakan keikhlasan kamu dalam menulis novel sebagai wadah dakwah adalah satu yang amat diharapkan oleh semua orang islam..ku kira novel mu berjaya mengalahkan novel ayat2 cinta...teruskan perjuangan..ramai yang sedang mengekori jejak langakahmmu..

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Jawab #16 08 March, 2009, 10:33:31 AM
  • Publish Di FB
  • wah dah kawin rupanyer
    [img]

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Jawab #17 09 March, 2009, 09:27:08 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    buku yang memangkin semangat perjuangan untuk berdakwah.............................teruskan usaha.sejak mengenali novel sebegini,saya tercari2 masih adakah lagi novel yang berunsur dakwah lagi.rasanya sgt susah............

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Jawab #18 22 April, 2009, 09:14:07 PM
  • Publish Di FB
  • salam.. sy juga ada beli novel Tautan Hati ni... alhamdulillah.. rasa sgt2 bersyukur.. byk yg dapat sy blajar dari novel ni..rugi sapa2 tak beli novel ni..

    ana sokong...novel kedua Fatimah syarha yang berjudul "tautan hati"pun best
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    conan_gurl

    • *
    • Posts: 63
      • View Profile
    Jawab #19 22 April, 2009, 09:34:13 PM
  • Publish Di FB
  • bleh download x novel nie??:senyum:
    coz nak beli xde kesempaan..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2937 Views
    Last post 24 April, 2009, 02:06:55 PM
    by wardah_najihah
    18 Replies
    4204 Views
    Last post 24 April, 2009, 01:35:02 PM
    by nur zulaikha
    33 Replies
    7611 Views
    Last post 27 December, 2012, 05:15:03 PM
    by HijrahHati