Amalan Supaya Anak Tidak Degil - Page 1

*

Author Topic: Amalan Supaya Anak Tidak Degil  (Read 16314 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 December, 2007, 01:00:24 AM
  • Publish
  • AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat dgn kita spt isteri @ suami)

    1.   Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

    2.   Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

    3.   Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

    4.   Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

    5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


    Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


    *Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.



    Diambil dari Portal Muslimah:
    http://hanan.com.my/article.php?sid=1702
    « Last Edit: 03 June, 2013, 02:53:25 PM by PenaHalaqah »
    Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
    Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
    bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
    berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.

    Reply #1 22 August, 2009, 12:19:19 PM
  • Publish
  • Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
     
    >>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
    >>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
    >>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
    >>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
    >>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
    >>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian
    >>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
    >>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.

    Reply #2 05 January, 2010, 10:15:52 PM
  • Publish
  • nice sharing info...

    Reply #3 06 January, 2010, 12:13:36 PM
  • Publish
  • hope ada lg info2 yg bermanfaat

    Reply #4 23 February, 2010, 10:42:45 AM
  • Publish
  • InsyaAllah... boleh diamalkan untuk menghadapi cabaran mendidik anak2 pada hari ini

    Reply #5 23 February, 2010, 11:15:05 AM
  • Publish
  • SubhanaAllah...

    akan ku praktikkan petua ini untuk insan-insan tersayang..

    Reply #6 23 February, 2010, 11:47:29 AM
  • Publish
  • terima kasih banyak2 diatas ilmu yang diberi...

    Reply #7 23 February, 2010, 12:07:11 PM
  • Publish
  • syukran atas info yang bermakna ini. memang saya cari selama ini

    Reply #8 23 February, 2010, 12:19:27 PM
  • Publish
  • perbanyakkanlah membaca surah al-luqman dan ar-rahman..semoga kite mengamalkan ape yang baik dari kalimah suci allah.

    Reply #9 23 February, 2010, 01:16:33 PM
  • Publish
  • terima kasih amat bermakna ...akan ku praktikan...

    Reply #10 23 February, 2010, 02:41:13 PM
  • Publish
  • trma kasih atas petua yg dbrikn. insya-Allah akn sy jdkn ikutn.

    Reply #11 23 February, 2010, 03:29:50 PM
  • Publish
  • terima kasih INSYAALLAH akan dpraktikkan....

    minta izin utk dsebarkan...

    Reply #12 13 April, 2010, 11:24:09 AM
  • Publish
  • Salam.
    Akhlaqnya seorang anak juga datangnya daripada cara pemakanan. Cuba ikut cara makan Nabi SAW, pasti tak menyesal kerana akhlaqnya Nabi SAW mendapat pengiktirafan ALLAH.

    1.Amalkan kurma, budayakan kurma sebelum makan
    2.Kismis
    3.Hindarkan makanan ringan
    4.Setiap kali menghidangkan makanan buat anak (sebagai contoh susu), doa dan bacakan ayat2 syifa' atau apa2 zikir kerana setiap satunya bawa kebaikan yang berlainan
    5.Ketika memasak, jangan mengamalkan lagu artis1 tertentu, tetapi lagukan nama2 ALLAH, dan doa

    Doa si ibu, lebih tinggi pada mata ALLAH, namun tak bermakna doa si ayah tak bermakna. ALLAHu'alam
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    Reply #13 13 April, 2010, 12:04:33 PM
  • Publish
  • maklumat yang memang ku cari2...terima kasih sebab kongsi kat sini..
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Reply #14 13 April, 2010, 12:07:15 PM
  • Publish
  • maklumat yang memang ku cari2...terima kasih sebab kongsi kat sini..

    Aman, anak dah berapa?
    Moga maklumat yang kami kongsi dapat menolong...

    Reply #15 13 April, 2010, 02:51:53 PM
  • Publish
  • Salam..
    amalan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan anak2 degil kelak sewaktu mengandung amalkan pantang memakan daging kerana risau anak yang bakal dilahirkan kelak degil.. I.allah kita sbgai manusia briktiar..hanya Allah yang mmpu mnolong... Wallahualam..+_+

    Reply #16 13 April, 2010, 06:54:47 PM
  • Publish
  • ni amalan untuk anak tak degil. ada tak amalan untuk diri sendiri agar tak degil?

    Reply #17 13 April, 2010, 07:11:01 PM
  • Publish
  • ada petua orang-orang lama:

    1) semasa membasuh beras untuk tanak nasi...niat dalam hati minta dengan ALLAH..macam mana kerasnya beras namun apabila telah masak akan selembut nasi begitulah juga hati ku, suamiku, anak-anaku dan seluruh keluarga ku dalam menerima kebaikan dan perintahmu YA ALLAH..

    2) jangan sebut perkataan degil tapi tukar perkatan yang baik-baik seperti bertuah,bijak, pandai..sebab perkataan yang keluar daripada mulut ibu adalah doa...

    3) kalau taknak anak degil..ibu dan ayah pun janganlah degil...selalunya ALLAH akan balas apa yang kita telah buat pada ibu dan ayah kita dulu menerusi anak-anak kita kan...what you give..you will get back..

    :senyum:...ingatan ini untuk aku jugak ler...

    Reply #18 13 April, 2010, 07:16:14 PM
  • Publish
  • syukron tulang rusuk...petua yang baik

    Reply #19 13 April, 2010, 07:43:08 PM
  • Publish
  • Bacakan zikir Ya Latif berulang kali diikuti dengan surah Asy-Syuura ayat 19.

    اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ


    Maksudnya : Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

    Baca dan hembus pada tengkuk/ ubun-ubun ketika anak2/isteri/suami tidur. Amalan ini mudah, insyaAllah berkesan.
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    27 Replies
    4971 Views
    Last post 26 May, 2011, 05:15:57 PM
    by syaqilla
    2 Replies
    3625 Views
    Last post 08 November, 2012, 12:38:15 PM
    by Sofia Zara
    31 Replies
    9582 Views
    Last post 17 July, 2012, 04:08:34 PM
    by Cahaya_Mu