Sayangnya ALLAH kepada Kita

Author Topic: Sayangnya ALLAH kepada Kita  (Read 5556 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ain

  • *
  • Posts: 432
  • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
    • View Profile
27 May, 2007, 09:27:49 PM
  • Publish Di FB
  • Keutamaan zikir
           
          Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala
           
           
          “Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu  sekalian…..”                                                     
                (al-Baqarah: 152)
           
          Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
          (al-Ahzab: 41)
           
          “Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.”                                                             
          (al-Imran: 191)
           
          “Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.” 
          (an-Nisa’: 103)
           
          Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam  keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.

          Allah berfirman:
           
          “Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan  takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan  petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”
          (al-A’raf: 205)
           
          Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:
           
                      “Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sakali.”                                                                               
            (an-Nisa: 142)
           
          Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:
           
          “Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua belah bibirnya bergerak-gerak (kerana       berzikir kepadaKu).”
           
           Sabda Rasulullah s.a.w.:
           
                    “Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah azzawajalla.”
           
                    Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali, baginda lalu menjawab:
           
                    “Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan  lidahmu lembut berzikir kepada Allah azzawajalla.
           
          Sabda Rasulullah s.a.w.:
           
                    “Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam       diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari       kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”
           
                      Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan: Zikir itu ada dua macamnya: Berzikir kepada Allah azzawajalla di antara dirimu dan antara    Allah azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah s.w.t pada ketika Allah  mengharamkan sesuatu kepadanya.
    « Last Edit: 07 January, 2013, 04:13:41 PM by PenaHalaqah »
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Jawab #1 27 May, 2007, 10:12:07 PM
  • Publish Di FB
  • Allah mmg sygkan kita, DIA memberikan kita ruang, masa dan kesempatan utk bertaubat, tp kita x pernah cuba utk menyedarinya.. kadang² kita sengaja melengahkan urusanNya.
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #2 29 May, 2007, 08:10:08 AM
  • Publish Di FB
  • btol tu...memacam care ALLAH buat supaya kita sedar yg rahmat DIA luas..namun...kelalaian kita mengkaburkan pandangan bahawa rahmat ALLAH tu sebenarnya luas...

    jihad

    • *
    • Posts: 37
      • View Profile
    Jawab #3 29 May, 2007, 08:15:34 AM
  • Publish Di FB
  • cuma kita ni je yang tak sedar-sedar

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #4 30 May, 2007, 09:12:21 AM
  • Publish Di FB
  • sedarlah wahai hamba ALLAH...

    abu_taufiq

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #5 10 January, 2010, 12:00:19 PM
  • Publish Di FB
  • salam... akhi,boleh x sertakan sanadnya sekali...... bukn apa, sekadar ign menambah koleksi hadith dismping kita leih berdidiplin dlm menyampaikn ilmu hadith...... apa2 pun..... Allah memg syg akn hambaNya.....

    leih-lebih berdidiplin-berdisiplin
    « Last Edit: 10 January, 2010, 12:41:44 PM by Ummi Munaliza »

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #6 10 January, 2010, 01:25:50 PM
  • Publish Di FB
  • Firmannya Ali Imran ayat 26.
    "Sesungguhnya Tuhan adalah segala-galanya"

    Orang yang gagal menundukkan kecintaan kepada ALlah, mereka hanya dapat cinta murahan.
    Cinta inilah yang direbutkan. Sedangkan cinta ALlah dibiarkan.
    ALLAH sangat sayang pada kita manusia dan Dia sangat inginkan kita menyayangi-Nya.
    Kita boleh berkawan dengan-Nya bahkan Dia adalah kawan yang paling setia.

    Sebab Rasulullah SAW ketika wafat ada bersabda:
    "Aku akan pergi kepada kawan yang Tinggi (Allah)"

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #7 10 January, 2010, 01:37:07 PM
  • Publish Di FB
  • Sabda Rasulullah s.a.w.:
    “Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam       diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari       kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”
    Ini adalah hadis Qudsi. Ada dalam koleksi hadis qudsi saya..

    "Wahai HambaKu! Apabila engkau ingat kepada-Ku ketika sunyi sepi,nescaya Aku akan ingat pula padamu dalam sunyi sepi. Dan apabila engkau ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,Aku akan ingat pula padamu dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik dan lebih besar jumlahnya."
    (HQR Baihaqi dari Ibnu Abbas R.A.)

    "Apabila hambaKu ingat kepadaKu ketika sunyi sepi,nescaya AKu ingat pula kepadanya ketika sunyi sepi. Dan bilamana ia ingat kepadaKu dalam lingkungan ramai,nescaya Aku pun akan ingat kepadanya dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik daripada khalayak ramai tempat ia ingat kepadaKu."
    (HQR Thabarani dari Ibnu Abbas R.A.)

    "Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam hatinya Aku pun akan ingat nya dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku pun ingat kepadaNya dalam lingkungan khayalak ramai yg lebih baik. Dan jika ia mendekat kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekat pula kepadanya sehasta. Dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta,nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan,maka Aku mendatanginya sambil berlari."
    (HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)

    Rujukan Koleksi Hadis Qudsi
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Jawab #8 10 January, 2010, 01:56:45 PM
  • Publish Di FB
  • "Wahai HambaKu! Apabila engkau ingat kepada-Ku ketika sunyi sepi,nescaya Aku akan ingat pula padamu dalam sunyi sepi. Dan apabila engkau ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,Aku akan ingat pula padamu dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik dan lebih besar jumlahnya."
    (HQR Baihaqi dari Ibnu Abbas R.A.)

    "Apabila hambaKu ingat kepadaKu ketika sunyi sepi,nescaya AKu ingat pula kepadanya ketika sunyi sepi. Dan bilamana ia ingat kepadaKu dalam lingkungan ramai,nescaya Aku pun akan ingat kepadanya dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik daripada khalayak ramai tempat ia ingat kepadaKu."
    (HQR Thabarani dari Ibnu Abbas R.A.)

    "Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam hatinya Aku pun akan ingat nya dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku pun ingat kepadaNya dalam lingkungan khayalak ramai yg lebih baik. Dan jika ia mendekat kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekat pula kepadanya sehasta. Dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta,nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan,maka Aku mendatanginya sambil berlari."
    (HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)

    Rujukan Koleksi Hadis Qudsi

    Syukron... Byknya Ilmu disini. Alhamdulillah.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    akuhambanya

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #9 10 February, 2010, 06:21:52 PM
  • Publish Di FB
  • Saya pernah membaca sebuah buku yang saya pinjam dari seorang sahabat. Buku itu amat bagus. Amat menyentuh hati saya. Dan sahabat itu juga amat baik kerana sudi meminjamkan buku tersebut kepada saya. Semasa membaca buku tersebut banyak perkara yang membuat saya berfikir berkenaan kuasa Allah.

    Allah itu Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Mengasihani hambanya. Lihat saja bagaimana Allah mencipta langit. Betapa langit itu sebenarnya adalah satu anugerah yang besar kepada kita manusia. Sebenarnya Allah itu berhak menjadikan langit itu dengan dua warna sahaja hitam dan putih andai Dia menghendakinya. Namun Allah itu sifatnya Maha Mengetahui, lihat saja bagaimana indahnya fajar sadiq pada awal pagi. Indahnya langit sewaktu matahari terbenam. Pernahkah kita terfikir berkenaan hal ini sebelum ini? Apa faedahnya Allah mencipta langit dengan pelbagai warna itu. Maha Besar Allah yang menguasai dunia. Maha Suci Allah yang amat mengasihi hambanya. Allah mencipta langit dengan pelbagai warna kerana Allah tahu bahawa hambanya yang lemah ini akan perlu kepada perkara-perkara tersebut.

    Fikirkan..apa yang anda lakukan jika fikiran anda buntu, tertekan. Tidakkah keindahan-keindahan yang ada pada langit Allah itu salah satu daripada perkara yang mampu membuat anda tenang. Sayangnya Allah kepada kita hambanya yang sering lalai ini. Itu baru langit. Cuba anda perhati kejadian lain yang dicipta Allah. Fikirkan bagaimana kehidupan anda tanpa ciptaan tersebut. Wallahuallam..
    hidup sekali hiduplah yang terbaik

    anasameen

    • *
    • Posts: 1053
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Jawab #10 21 March, 2010, 12:39:13 PM
  • Publish Di FB
  • Salam...
    Apa tak sayangnya, memang DIA sayang. Kalau tak, masakan kita tiba2 ada kat dunia ni. Siap bagi Quran sunnah, aqal, hati, pendek kata semua DIA bagi. DIA ingat kita 24jam tak berhenti, tapi kita mungkin setakat 5x je yang tu pun tak berapa nak pasti. Tapi kalau DIA ambil tindakan sikit dengan bagi ujian, kita cakap macam-macam. Masa tu baru nak gelabah. Jangan sampai Nabi sendiri tak kenal umat, kalau macam tu jadi, khalas. Tak ada dah yang lebih bahagia dalam hidup muslim selain dapat tempat kat "hati" DIA. ALLAHu'alam
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    radhiah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #11 22 March, 2010, 09:55:06 AM
  • Publish Di FB
  •  :)sememangnya sayang Allah tiada batas tepi,kuddus dan suci.Untuk menghayati dan merasai lagi cinta kasihNya, cuba baca ayat-ayat suci AL-Qur`an yang mulia, baca dengan mentadabbur makna dan isinya,tentu, kita akan lihat bahawa setiap ayat dan susun atur kalimat-kalimat suciNya itu mengandungi mesej-mesej cinta kasih Khaliq kepada makhluqnya(yakni kita).betapa kita dicipta dengan sebaik-baik kejadian (surah At-Tin), dibekalkan dgn seindah dan semulia-mulia jasad, hati dan  aqal,diberi segala kemudahan penginapan yakni alam ini dan segala isinya, semua utk kita.diberi panduan dan tatacara kehidupan, dari yg paling asas kepada yg paling kompleks.Dlm ketegasan, ada kelembutan,dalam amaran siksaan ada bujukan janji balasan ni`mat syurga.Betapa kita dijaga, diawasi penuh cakna, penuh perihatin, lalu kita rasa terpelihara dan terselamat dibawah naungan kasihNya.Sungguh...cintaNya maha Agung. Lalu renunglah ke dlm diri...bagaimana kita membalas kasihNya itu? Berapa kali kita bersyukur, tunduk dan sujud kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan dan ikhlas cinta kita kepadaNya? Bagaimanakah dan dimanakah kita meletakkan Dia di hati kita? Semoga kita diberiNya hidayat utk mencintai dan mentaatiNya....dan sentiasa mengingatiNya setiap detik, setiap ketika..Amin..

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #12 22 March, 2010, 10:35:39 AM
  • Publish Di FB

  •  :)

    Firman Allah swt dalam surah Al Ankaabut ayat 69 ;

    “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”..
    Sodaqallahul'Aziim


    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Ruji

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Jawab #13 08 June, 2010, 10:19:53 AM
  • Publish Di FB
  • Berusaha memperbaiki diri adalah tuntutan agama. Jika terasa diri kekosongan, mungkin itu bermakna diri telah mula jauh dari petunjuk. Namun sering berlaku tiba tiba datang cahaya .. Mudah-mudahan itu bermakna hidayah Ilahi akan menyelamatkan. Orang mukmin hendaklah sentiasa yakin rahmat Allah, tidak boleh putus asa.  Kita berusaha dan berikhtiar, Allah menguatkan dan memberi balasan. Hadis-Hadis Qudsi di atas amat penting untuk dihayati.
    "Ya Allah, Dzat yang mengendalikan hati, kendalikanlah hati kami untuk taat kepadaMu. " Kepada sahabat-sahabat, sila lawati blog saya http://memorygreen1.blogspot.com/

    malekredzuan

    • *
    • Posts: 194
    • Searching the truth
      • View Profile
    Jawab #14 08 June, 2010, 10:25:56 AM
  • Publish Di FB
  • Keutamaan zikir
           
          Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah s.w.t pada ketika Allah  mengharamkan sesuatu kepadanya.

    boleh terangkan maksud ayat nie?saya tak faham
    thankz

    Nur_Mumtazah

    • *
    • Posts: 13
    • ..ku temukan bahagiaku dalam imanku..
      • View Profile
    Jawab #15 30 October, 2010, 09:21:00 AM
  • Publish Di FB
  • Sering kali kita bertanya itu dan ini apabila kita ditimpa ujian, musibah atau dugaan dari Allah.

    KENAPA AKU DIUJI?
    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
     
    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
     "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
     
    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
     
     KENAPA AKU RASA FRUST?
    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
     
    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
     
    APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
     
    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
     "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
     
    AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
    "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

    .....sedarkah kita, ujian, dugaan atau musibah yang melanda menandakan betapa sayangnya Allah pada kita?

    Ingatlah…
    Nabi Muhammad SAW pun dahulu mendapat ujian yg sangat berat, padahal Nabi Muhammad itu merupakan hamba yg paling disayang Allah & sudah dijamin masuk surga. Tapi semua itu dilakukan kerana Allah sangat mencintainya.

    “Setiap muslim yang terkena musibah, penyakit, atau yang lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon menggugurkan daun-daunnya” (HR Muslim)

    “Cobaan itu akan selalu datang menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada diri anaknya, atau pada hartanya sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa batas dosa sedikitpun” (HR Tirmidzi)

    Kita mendekati Allah sejengkal, Allah mendekati kita sehasta.
    Kita mendekati Allah sehasta, Allah mendekati kita sedepa.
    Kita mendekati Allah berjalan, Allah mendekati kita berlari.
    Subhanallah betapa Allah sangat mencintai ku…

    Begitu banyak hal yang telah Allah berikan kepada kita sebagai bukti bahwa Allah sangat mencintai dan menyayangi kita,
    bahkan kita tak akan mungkin bisa menghitungnya.
    Lalu kenapa terkadang kita belum bisa mencintai Allah dengan sesungguhnya??

    Dekati Allah… Jaga selalu Allah dihatimu… Ingatlah Allah dimanapun kamu berada
    Cintailah Allah dengan sesungguhnya dengan Taubat Nasuha…
    Dirikanlah solat 5 waktu tepat waktunya dan jangan menunda-nundanya
    Dan janganlah kamu simpan kitab mu didalam almari sehingga penuh debu, tapi bacalah kitab Suci mu Al Quran dan pelajari makna yang terkandung didalamnya..
    Sedekahkanlah sedikit rezeki mu kepada orang-orang yang kurang mampu..
    Perbanyaklah mengingat Allah dengan selalu berzikir dan bertasbih padaNya..
    Dan janganlah kamu selalu menuntut hakmu kepada Allah… padahal kamu sering lalai menjalankan kewajibanmu kepada Allah
    Tetaplah berprasangka baik kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah sangat menyayangi & mencintaimu…

    SALAH SILAP HARAP PERBETULKAN..YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T...YANG BURUK DATANGNYA DARI KELEMAHAN DIRI ANA..WALLAHUA'LAM DARI ANA Nur_Mumtazah
    nurhafizahzaini

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #16 03 January, 2013, 02:09:28 PM
  • Publish Di FB

  • Rasulullah SAW bersabda;
     "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya,
     melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu,
     sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya".
     (HR Bukhari, Muslim)

    Sesungguhnya sakit dan musibah bukan Allah mahu siksa atau benci tapi sebagai peringatan dan mahu berikan keampunan dan keamanan,hidup dengan berakal fikir yang segar agar rezki mudah dan hidup barakah,
    Bagaimanakah Rezki yang mencurah dan halal lagi barakah!

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #17 03 January, 2013, 04:02:48 PM
  • Publish Di FB
  • Menuntut ILMU adalah wajib atas setiap diri

    ILMU tiada penamatnya, kerana banyak mana tahu pun, ibaratnya celupkan jarimu ke dalamlautan, bila kamu angkat jarimu, apa yang lekat di jarimu itu

    sesuangguhnya apa pun Ujian Allah
    mudahnya bila Ingat Allah
    bila Allah redha

    inshallah

    semoga tidak lah duduk dalam kebinasaan
    semoga tidaklah suka duduk di dalam penyakit itu sahaja

    keluarlah ya
    Hijrah

    tiap tiap diri tengantung niat hijrahnya

    silakan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    27 Replies
    3393 Views
    Last post 29 March, 2010, 02:48:53 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    819 Views
    Last post 21 January, 2011, 10:32:28 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    447 Views
    Last post 15 July, 2011, 06:56:07 AM
    by al_ahibbatu