Apabila Kita Marah

*

Author Topic: Apabila Kita Marah  (Read 33574 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
24 May, 2007, 03:22:39 AM
  • Publish
  • SIMPTON DAN GEJALA PENYAKIT:

    Perasaan Marah boleh mengakibatkan byk kebinasaan dan kerosakan,samada pada diri org yg marah atau org yg dimarahinya. Kerana MARAH lah anggota memukul, mulut memaki,hati pula bersarang dgn dendam dan dengki,lalu berharap dan suka org yg dimarahi ditimpa bala musibah, dia juga tidak suka melihat org yg dimarahinya (dibenci) itu mendapat kesenangan dan mengharap harap agar dapat mendedahkan keburukannya. Itulah akibat akibat perasaan marah, perlakuan buruk yg membawa kepada kebinasaan.

    Justeru itu amatlah penting memecahkan kemarahan,meredakannya dan mengawalnya mengikut petunjuk yg benar ini.

    spt mana sabda Rasul SAW (maksudnya): "Tidaklah (dikatakan) kuat gagah itu dgn pergaduhan (pergelutan),sesungguhnya kuat gagah itu ialah sesiapa yang dapat mengawal dirinya ketika Marah" (Hadis riwayat Shaikhani)

    # Itulah sebenarnya org yg kuat dan menguasai dirinya.ketika Marahnya, dia dpt menahan dan mengawal diri dari melakukan perkara buruk spt memukul, memaki, menyakiti apatah lagi kpd org yg lebih dhaif (lemah) dpdnya.

    PENAWAR DAN UBAT PENYAKIT MARAH:

    Lazimkan melakukan DUA perkara apabila berasa MARAH :

    1. Memecahkan kemarahan /meredakannya:

    Yang dimaksudkan dgn memecahkan kemarahan ialah mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan Marah sehingga ia tunduk patuh kpd pertimbangan aqal dan suruhan Syara'.

    Umpama anjing perburuan yg taat patuh tidak sekali kali engkar kpd perintah tuannya; maka begitulah juga Marah, bergerak gerak akur dgn arahan pertimbangan aqal yg waras, dan syara', tenang dan diam mengikut petunjuk keduanya dpd keduanya itu.

    Perkara ini dpt dicapai dgn bersungguh sungguh mengasuh dan mengajar perasaan marah ini dgn membiasakan lambat marah, mudah memberi kemaafan,menjauhi pertelingkahan dan perkara perkara yg menyebabkan marah.

    memecahkan kemarahan bukan bererti menghilangkannya atau membuang perasaan marah sama sekali kerana perasaan marah tidak mungkin dpt di buang dari diri kita, dan tidak patut ia hilang; bahkan jika ia hilang sekalipun maka wajib kita mengadakannya kerana Marah adalah perkakas yg perlu untuk:

    A. Memerangi musuh Allah, menghalang kekufuran dan Kejahatan Musuh Allah.

    B. Menyeru kepada perkara ma'ruf

    C. Menegah perkara Mungkar.

    2. Menjaga cetusan lintasan dalam hati :

    Diri hendaklah mengetahui dan mengingati:

    I. Mengetahui tidak ada sebab mengapa perlu marah (i.e dlm hal yang berkaitan dgn peribadi bukan krn agama atau hal ketaatan kpd Allah dan Rasul ) kerana segala sesuatu itu berlaku adalah dgn kehendak Allah, bukanlah dgn kemahuan dan kehendaknya. Tidak memahami perkara ini adalah sehabis habis jahil.

    II. Mengetahui bahawa Marah kemurkaan Allah lebih hebat dpd kemarahannya, sedangkan pula limpah kurnia Allah dan kemaafan Allah lebih besar dpd itu. Beberapa kali dirinya menderhakai Tuhannya, Allah masih lagi membuka luang kemaafan, tidak terus dijatuhkan hukuman.

    III. Hendaklah kita ingat, bahawa kita lebih wajib mengikut perintah Allah dpd kita marah tak tentu pasal dan menurut kehendak nafsu dan jiwa kebinatangan.

    Perkara yg dilakukan ketika Marah :

    1. Mengucap Ta'awuz iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.

    2. Hendaklah duduk jika sedang berdiri

    3. hendaklah berbaring jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah:

    4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an nar )dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi"

    i.e. meletakkan semulia- mulia anggota pd tubuh manusia kpd sehina-hina tempat supaya terhapus takabbur (ego)nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. lalu ketahui sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kpd tanah ia dikembalikan. tidak patut baginya merasa takabbur,angkuh dan sombong. Penutup: Menahan diri drpd marah adalah sifat yg baik dan terpuji, justeru itu Allah ada menyebut dlm kitabNya al quranul karim tentang org yg menahan diri drpd marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda Rasul saw:" Sesiapa yg menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yg tercetus hati utk melaksanakannya;Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu daud.

    WALLAHU A'LAM
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    NurWahidaFauzi

    • *
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #1 24 May, 2007, 04:13:55 AM
  • Publish
  •  :)

    Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

    Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

    "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

    Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " saya belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " saya bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini saya akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

    Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

    Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa "ketuanan"kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

    a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

    b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

    c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

    di) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

    e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

    f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

    pergi) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu' dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

    h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

    i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

    Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

    Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda.

    Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Berbanyakkanlah beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

    wassalam..

    ..portalmuslimah..

    Reply #2 28 May, 2007, 10:56:50 AM
  • Publish
  • Indahnya Pahala Menahan Amarah              


    "Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

    Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza. Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya  begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimananan) seseorang.

    Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya  berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang,dan lapang dada.

    Adakalanya, kita  merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang sedar. Kita  merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah .

    Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu."

    Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu ngerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.

    Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?"

     Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat."

    Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya layan dengan baik, maka ia selamat." 

    Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.

    Rasulullah saw memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sikapnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah  saw. tidak berbuat demikian.

    Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, baginda ingin menunjukkan pada kita bahwa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya daripada harta benda apa pun.

    Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah.

    Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)

      Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi)

    Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan, maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya maupun masyarakatnya.

    Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil.

    Dan, seorang pemimpin yang mudah tersalut nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya.  Lalu ia akan sentiasa menimbulkan sikap permusuhan dalam masyarakatnya.

    Begitu juga pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Mereka tidak akan mampu melayarkan  bahtera hidup. Karena, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya.

    Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam dadanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan hatinya.

    Kesabarannya pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang  bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya.

    Orang yang demikian, akan mampu menguasai dirinya, menahan amarahnya, mengekang lidahnya dari pembicaraan yang tidak patut.

     Wajib baginya,melatih diri dengan cara membersihkan dirinya dari penyakit-penyakit hati.Seperti, ujub dan takabur, riak, sum'ah, dusta, mengumpat dan lain sebagainya.

    Dan menyertainya dengan amalan-amalan ibadah dan ketaatan kepada Allah, demi meningkatkan darjat yang tinggi di sisi Allah swt.

     Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah.

    Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani)

     

    Sabdanya juga, "Bahwasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya.

    Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (artinya kalau benar ia  berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud)
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    ain

    • *
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #3 28 May, 2007, 06:52:53 PM
  • Publish
  • Nota Buat Si Pemarah
     
    Bohonglah jika kita kata kita tidak pernah marah. Marah merupakan suatu emosi yang subjektif dan kadangkala sukar diduga.Marah merupakan perkara biasa dalam hidup manusia tetapi menjadikan seseorang itu luar biasa adalah cara dia mengawal kemarahannya.
     
    Pelbagai cara manusia  melepaskan rasa kemarahannya .Ada yang menunjukkan dengan perubahan emosi yang ketara pada wajahnya .Ada pula yang mengambil sikap berdiam diri sahaja .Ada yang tidur.Ada pula yang makan berlebihan tetapi yang berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan yang serius.
     
     Daripada Sulaiman b.Sharad r.a katanya , dua orang lelaki sedang memaki hamun. Melihatkan itu, lalu Rasulullah S.A.W bersabda:-
     
     “Sesungguhnya aku tahu satu kalimah yang kalau dia membacanya , nescaya hilang marahnya.Kalimah itu adalah “auzubilla himinasy syaitonirrajim” yang bermaksud “Aku berselindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang terkutuk.”
     
     Pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa bagimda bersabda bahawa :-
     
    “Yang bernama Pendekar itu bukanlah orang yang menjatuhkan lawan tetapi Pendekar sejati ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

    Tips Menghilangkan Marah
    1.   Mula - mula kita perlu malu dgn Allah SWT akn segala tindak tanduk kita.Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.
    2.   Bila dtg rasa hendak marah , ingatlah kita ini hanyalh manusia yg hina.
    3.   Banyakkan berdiam diri dan b'doa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat mrh.
    4.   Hendaklah igt kesan daripada mrg itu mungkin akn membawa permusuhan dan pembalasan dari org yg anda marahi.
    5.   cuba bygkan betapa buruknya rupa kita ketika sdg mrh.Ia lebih buruk drpd p'lakuan s'ekor binatang.
    6.   Apabila dtg mrh .bnykkn baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaianirrajim)krn mrh itu dtgnya dari syaitan.
    7.   apabila mrh sdg memuncak .ambil wuduk krn wuduk dpt menengkan api kemrhan yg sedang membara.
    8.   Jikalau tidak hilang marah dgn hal t'sebut di ats,hndklah tidur.Krn ianya akn meredakan perasaan marah apabila bangkit drpd tidur.
    9.   Tauhid kita perlu tepat .Setiap sesuatu itu dtgnya dari Allah dn akn kembali kpd Allah .Knp kita perlu mrh..
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    NurWahidaFauzi

    • *
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #4 28 May, 2007, 07:10:26 PM
  • Publish
  • Balasan baik hindari marah
    Balasan baik hindari marah ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya.

    Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

    Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

    Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

    Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

    Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

    Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

    "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

    Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

    alyani

    • *
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #5 28 May, 2007, 07:16:07 PM
  • Publish
  • Firman Allah SWT "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya, janganlah kedua matamu berpaling dari mereka karena mengharapkan perhiasan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingat kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Q.S. Al-Kahfi, 18:28). ::)

    KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.

    alyani

    • *
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #6 28 May, 2007, 07:17:16 PM
  • Publish
  • Allah yang telah memberi peringatan kepada kita dalam firman-Nya, "Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Q.S. Yusuf, 12:53).
     ::)

    Reply #7 28 May, 2007, 07:35:43 PM
  • Publish
  • Menghadapi Orang Zalim

    Orang zalim adalah orang yang suka berbuat aniaya, mementingkan diri sendiri. Dia mahu berbuat apa saja yang merugikan orang lain asal apa yang dikehendakinya dapat tercapai. Memang berbahaya sekali menghadapi orang zalim. Tetapi dengan kebesaran Allah dan izinNya kita dapat mengatasinya sehingga selamat dari kezaliman mereka. Untuk itu, cubalah amalkan petunjuk di bawah ini:

    1) Hadapilah orang zalim itu dengan tenang, hilangkan perasaan takut dan ragu-ragu tetapi jangan ikut emosi.

    2) Sebelum menghadapi mereka bacalah ayat di bawah ini 7 kali. Insya Allah, orang zalim yang kita hadapi akan lemah, tidak berani melakukan kekerasan dan sewenang-wenangnya. Sebaliknya apa yang kita kehendaki dari mereka akan kita perolehi.

    Ayat yang dibaca:

    Maksudnya : [68] Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. [69] Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan. [70] Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

    Demikianlah rahsia yang terkandung di dalam surah Al Qashash ayat 68-70. Percayalah bahawa kebenaran pasti menang meskipun harus menghadapi dengan perjuangan yang amat berat.

    Wallahualam Bisawab
     


    NurWahidaFauzi

    • *
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #8 28 May, 2007, 07:52:36 PM
  • Publish
  • Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

    berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.


    ain

    • *
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #9 28 May, 2007, 08:13:54 PM
  • Publish
  • hm...btol tuh...
    besenye...klu marah yang x dapat dikawal...bermakne kite x dapek kawal nafsu kite...sesamelah kite didik nafsu kite ke arah lebih bernafsu utk lakukan amar makruf nahi mungkar...

    NurWahidaFauzi

    • *
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #10 28 May, 2007, 09:01:57 PM
  • Publish

  • Firman ALLAH SWT:

    " Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik"

    [Surah Al-Imran : ayat 134]

    ain

    • *
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #11 29 May, 2007, 08:06:20 AM
  • Publish
  • marah ada yang dibenarkan...ape marah yang dibenarkan tu?

    1.marah kerana ALLAH...

    marah kerana adal sesetgh orang x malu melakukan maksiat sedangkan mereka itu sentiasa diperhatikan ALLAH...

    2.marah bukn kerana mengikut nafsu sehingga boleh menimbulkan pergaduhan..

    menjadi kebiasaan marah inilah yang selalu terjadi di sekeliling kita...salah satu punca kita tidak dapat mengawal kemarahan kita adalh iman kita nipis...taqwa kita kurang...sebab ape?orang yang bertaqwa sentiasa merasakan yang dia diperhatikan oleh ALLAH...maka...malu akan meyelubungi dia dalam melakukan maksiat..

    faseh

    • *
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Reply #12 29 May, 2007, 08:10:58 AM
  • Publish
  • pabila kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah...
    pabila marah dalam keadaan duduk, maka baring lah...
    jika tidak, ambillah wuduk...
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    ain

    • *
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #13 29 May, 2007, 08:30:22 AM
  • Publish
  • itulah antara cara2 utk meredakan kemarahan... >:(

    ahmad_siddiqui

    • *
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #14 29 May, 2007, 12:26:13 PM
  • Publish
  • marah merupakan suatu fitrah yg Allah tanamkan dlm jiwa setiap manusia..

    sebab tu Allah utus Rasulullah utk mengajar cara mengurus akhlak mrk..

    marah biarlah kerana Allah subhanahu wa ta'ala.
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    ruhani

    • *
    • http://www.youtube.com/watch?v=Zcrsfg-EeqM
      • View Profile
    Reply #15 29 May, 2007, 01:13:27 PM
  • Publish
  • Seekor anjing dilontar dengan seketul batu,  lantas menyalak-nyalak marahkan batu yang menyakiti tubuhnya.  Marahnya pada batu itu,  bukan kepada si pelontar batu itu.  Itulah mentaliti anjing.

    Tidaklah jauh bezanya dengan seorang yang apabila merasai dirinya ditipu atau dikhianati, atau dipersendakan atau direndahkan,   maka akan marah dan amat kecewa sekali dengan sikap saudaranya itu.  Pandangannya terarah kepada makhluk itu,  bukan kepada itu "......Yang Menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan".  Inilah mentaliti  seorang hamba yang terhijab dari hakikat.

    Mungkin disebabkan  kerana tebalnya ammarah atau mungkin kerana punya penglihatan tetapi yang tidak boleh melihat.

    Pada "si jahil" itu......... tidak hairanlah,  sebab kerana kejahilannya itulah yang menjadikan mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya. sesungguh nya sifat marah itu Allah samakan dgn sifat kebinatangan.



    kanjeng sunan

    • *
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #16 29 May, 2007, 02:23:25 PM
  • Publish
  • terlalu sukar rasanya untuk menahan amarah..
    dari perkataan memang mudah..
    tetapi bila tercalar maka..
    amarah jua yang terkeluar...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    alyani

    • *
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #17 29 May, 2007, 03:23:05 PM
  • Publish
  • memang benar...
    banyakkan istighfar......

    ain

    • *
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #18 29 May, 2007, 06:14:37 PM
  • Publish
  • ye...setiap insan punya sifat amarah...
    namun...tidak semua insan dapat mengawal amarahnye dengan cara yang ditunjukkan oleh rasulullah......adakah kita antara orang itu??

    alyani

    • *
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #19 29 May, 2007, 07:14:32 PM
  • Publish

  • "tujuan perbaikan akhlak ialah membersihkan qalbu dari kotoran hawa nafsu dan amarah hingga hati menjadi suci bersih bagaikan cermin yang dapat menerima Nur cahaya Tuhan".
    (iMAM aL-gHAZALI) ::)

    divider3
    halaqahforum4