ZINNIRAH - Page 1

*

Author Topic: ZINNIRAH  (Read 11040 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

16 December, 2007, 04:16:04 PM
  • Publish
  • Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
    Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

                  Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

                   "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

                   Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

                   Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
    Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
    Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
    bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
    berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.

    Reply #1 16 December, 2007, 06:34:49 PM
  • Publish
  • ya Allah...
    hm..betapa tingginya iman para sahabiah dlu..

    NoZaBiZz

    Reply #2 16 December, 2007, 07:33:07 PM
  • Publish
  • Zinnirah
    Album : See You D IPT
    Munsyid : Unic
    http://liriknasyid.com


    Hadirmu bersama kuntum senyuman
    Walau dirimu hamba tawanan
    Kau jadi impian firdausi
    Kau jadi pingitan hiasan duniawi
    Walau tak pernah melihatmu
    Zinnirah

    Matamu jadi taruhan
    Gantian lara nilaian iman
    Ayuh bersama kita susuri
    Perjalanan derita ini
    Terlindung sudah indahnya maya
    Mata hatimu tetap menyala

    C/O :
    Oh Zinnirah
    Kau umpama bintang di malam hari
    Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
    Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
    Tiada sempadan dan tiada bertepi

    Oh Zinnirah
    Kau umpama bintang di malam hari
    Menerangi alam maya dan diteman purnama
    Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
    Tiada sempadan dan tiada bertepi

    Oh Zinnirah
    Kau serikandi sunyi bersendiri
    Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
    Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
    Menagih korban kasih abadi

    Hadirmu bersama senyuman
    Walau diri hamba tawanan
    Kau jadi pedoman

    Zinnirah kau gadis pilihan
    Hiasan dunia
    Penyeri di firdausi


    Sumber http://www.hijjaz.com.my

    Reply #3 02 January, 2008, 11:37:51 PM
  • Publish
  • maa..kenape sy ad dgr yg zinnirah ni hamba Abu Jahal..bkn Umar..
    ad kekeliruan sejarah ke...
    mgkn ad sape2 yg bole tlg jelaskan
    LIFE FOR ISLAM
    PRAY FOR ALLAH

    Reply #4 12 May, 2009, 01:11:17 AM
  • Publish
  • Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

    Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

    Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

    Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

    Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

    Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

    Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

    Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

    Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

    Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.


    Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

    Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

    Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

    Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Reply #5 06 November, 2009, 02:17:15 AM
  • Publish
  • owhh...ni ke kisah zinnirah..penah bca dalam buku umar al khtab reformis islam,tp xperasan..rsa nk tau sgt sal zinnirah bila dgr nasyid zinnirah..

    Reply #6 06 November, 2009, 04:51:25 AM
  • Publish
  • InsyaAllah...Semoga kita dapat mengambil ketabahan SAHABIAH demi menegakkan Agama ISLAM..KORBAN DIRI semata-mata REDHA ALLAH SWT maka ALLAH zahirkan..Orang yang memperlakukannya MASUK ISLAM dan JADI HAMBA YANG CUKUP BERTAQWA di kalangan SAHABAT dan SAHABIAH..

    Reply #7 06 November, 2009, 08:46:29 AM
  • Publish
  • Subhanallah..
    kuasa Allah tiada tandingannya.
    alangkah tingginya iman zinnirah..

    Reply #8 08 November, 2009, 05:16:31 PM
  • Publish
  •       ~ZINNIRAH~
                                                                                                                                                         
       Zinnirah,wanita yg tdak mempunyai degri,tidak terkenal,tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat besar.Tetapi,Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yg begitu hebat.

       Zinnirah,seorang wanita suci ,mempunyai akidah tauhid yg begitu menebal dlm jiwanya.Biarpun fizikalnya diseksa dgn berbagai kesakitan,penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah.Dia menerima penyeksaan itu dgn redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan,sepakan demi sepakan,hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam,demi Allah,Zinnirah tdak akan menyerah kalah.

       Jiwa tauhid telah menebal dlm dirinya,tdak ada satu pun yg memberi bekas melainkan Allahlah yg berkuasa.Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yg telah bertunjang di hatinya.

       Dia merupakan seorang wanita yg nmpak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yg kuat.Biarpun ujian datang bertubi-tubi,bahkan penderitaan yg diterima itu sebenarnya mematangkan lagi jiwanya,menguatkan lagi akalnya dan  menambahkan lagi keyakinan dan cintanya  pada kesucian agama Islam.

       Penderitaan yg diterimanya itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah.Semakin banyak sujudnya,semakin deras air mata yg mengalir di pipinya.Itulah  Zinnirah,wanita yg mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.

       Menurut riwawat silam, Zinnirah adalah diantara orang yg awal memeluk Islam.Zinnirah menerima berbagai penderitaan, kecaman kata nista dan berbagai penindasan.Beliau yg berketurunan Rom telah ditawan  dan dijual di Kota Mekah.Umar membelinya dengan harga yg murah dan kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar.

       Islam pada awalnya dijalankan dlm keadaan sembunyi-sembunyi.Ketika itu,Rasulullah berdakwah hanya untuk kaum keluarganya.Zinnirah cuba menyembunyikan pengIslamannya sebab dia bimbang kalau-kalau diketahui Umar.Dia bersembahyang,membaca Quran,atau apa sahaja ibadahnya yg lain dilakukan ketika orang lain tiada di rumah atau di waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.Maka di waktu itulah  dia sujud pada Allah,membaca Quran dan bila tiba pada ayat tentang dahsyatnya api neraka maka dia menangis hingga pengsan.

       Rahsia yang cuba disembunyikan itu akhirnya diketahui musuh.Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya.Sebelum ini, Umar juga mengesyaki Zinnirah telah bertukar agama kerana telah dilihatnya banyak perubahan pada Zinnirah.

       Sebelum Umar memeluk agama Islam,beliau terkenal sebagai orang paling kejam,bengis,ganas,garang dan sebagainya.Menurut sebuah riwayat Umar telah menyeksa 11 orang hambanya kerana memeluk agama Islam.Umar juga telah membunuh anaknya sendiri kerana benci dan merasa rendah diri  mendapat anak perempuan.Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam,segala sifat buruknya telah ditukar dngan sifat2 terpuji.

       Zinnirah telah ditampar,ditendang,diikat kedua belah kaki dan tangan dan dijemur di tengah panas mentari.

       Tetapi,semua itu tidak sedikitpun memberi bekas di hati Zinnirah.Bibirnya yg merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman,hatinya tidak putus-putus mengucapkan:
    "Allah.Allah,Allah,Allahu Akbar, Allahlah Yang Maha Besar."
    Dan hatinya berbisik,"Ini untuk-Mu ,Wahai Tuhan,aku membeli kesusahan untuk kesenangan di akhirat kelak..Perjuangan ini memang berat,selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga terpaksa menagih ujian berat...sedangkan neraka itu ribuan nikmat."

       Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya.Hatinya berbisik lagi:"Tuhan,walaupun aku dibunuh  sekalipun aku rela dari menjual agama -Mu ini Tuhan,makin aku diuji makin terasa kehebatan,keagungan-Mu Tuhan.Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kpd orang yg menyeksaku ini."

       Dia tetap sabar walaupun buta melihat alam maya tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam.Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir.

       Apabila melihat keadaan Zinnirah,orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya.Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana laknat Tuhan mereka,Latta dan Uzza.Zinnirah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena mengena.Dan Zinnirah cuba meyakinkan  mereka bahawa buta ini  datangnya dari Allah dan Allahlah yg berkuasa untuk mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

      Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya.Zinnirah dengan yakin tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar.Maka turunlah ayat Quran yang memuji sikap Zinnirah itu yg disampaikan melalui Rasulullah.Umar berhenti menyeksa kerana bosan dengan ketabahan hatinya,walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya tidak sedikitpun berubah.Malah semakin kuat penyeksaan yg dilakukan semakin kuat pautan hatinya pada Allah.

       Allah memberi karamah kepadanya,mata yg buta telah diganti dengan mata yg lebih baik.Dia dapat melihat seperti biasa ,lebih terang dari matanya yg asal.Bahkan sinaran matanya menyilau pandangan orang-orang Quraisy.Begitulah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yg tinggi.Dan akhirnya selamatlah dia dari penindasan orang-orang kafir.

    **Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin.Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.**
    Aku musafir yang mencari kebenaran. Seorang manusia yang mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yang mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang hanif.

    Reply #9 09 October, 2013, 08:08:47 PM
  • Publish
  • Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

    Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

    Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

    Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

    Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

    Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

    Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

    Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

    Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

    Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.


    Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

    Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

    Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

    Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    Bolehkah dikongsikan asal-usul riwayat ini?

    Ini kerana saya terlihat ada satu ayat:

    Quote
    Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

    Saya terfikir; "dua umar?" Adakah benar dikatakan dua Umar? Ini adalah kerana mengikut peringatan yang saya tahu adalah dua insan yang didoakan Nabi adalah Umar ibn al-Khattab dan orang lain yang bukan Umar. Ya, ada ramai Umar pada zaman itu. Antaranya seperti Umar bin al-Hadhrami yg pernah memimpin tentera musyrikin memerangi tentera Islam.

    Namun begitu, dalam riwayat yang lebih sahih, telah dijelaskan bahawa insan kedua yang didoakan oleh Nabi adalah Amr ibn Hisyam, atau gelaran lainnya adalah Abul Hakam. Dan paling masyhur dikenali sebagai Abu Jahal.

    Nabi telah berdoa agar, jika mereka dapat menguatkan Islam setelah memeluk Islam.

    Maka, boleh kongsi sumber?

    Reply #10 10 October, 2013, 02:56:34 PM
  • Publish
  • masyaAllah... baru pertama kali dengar pasal zinnirah ni.. Allahu Rabbi.. kerdilnya..
    Kurniakan kepadaku hati yang mencintaiMU..aku ingin dekat denganMU

    Reply #11 11 October, 2013, 08:33:42 AM
  • Publish
  • Owh...zinnirah empunya diri...sebelum dengar cerita saja tak tau nama...
     P/s:saya ada soalan dari ni..KIv dulu...kena sia sat doluuuu...
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    Reply #12 11 October, 2013, 04:53:08 PM
  • Publish
  • oooo...salah la cupp selama ni...yang cupp tau...zinnirah ni kisah seorang gadis yang mempunyai sepasang mata yang sangat cantik...ada seorang pemuda yang tergoda dengan matanya...dia dengan rela hati mengorek biji mata dan menyerahkan kepada lelaki itu..sebab takut kan azab Allah...dia tak nak sampai tahap menggugat iman lelaki tu...hurm...thanks sharing...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    divider3
    halaqahforum4