Rebonding dan Mewarna Rambut - Page 2

*

Author Topic: Rebonding dan Mewarna Rambut  (Read 29288 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 14 March, 2009, 10:42:29 PM
  • Publish
  • sebenarnya dalam bab ini tgk niat..

    kalau kita buat sesuatu kerana suka2 atau bermegah2, haram...

    lagipun kalau nak bermegah, membuktikan yang dia seorang yg tidak bertudung..

    sekiranya utk suami atau mengelakkan penyakit, dibolehkan...

    begitu juga dengan inai...

    tak kira di rambut atau tangan..

    inai corak di pergelangan tangan juga haram jika berniat utk bermegah2..

    kadang2 bila kita tanya para remaja(wanita) kenapa pakai inai, majoriti menjawab saje suke2 nak bagi cantik...

    itu dikira haram... kerana ia menyerupai tatu..

    inai rambut pun begitu..

    walaupun ia adalah inai dan air boleh menembusi masuk ke rambut sekalipun, hanya niat sahaja yang boleh bagi jawapan sama ada bermegah2 atau tujuan ubat...

    kalau hari ini niat dia utk berubat,
    lama2 jadik trend sampai orang puji rambut dia cantik lalu dia bermegah dgn rebonding dia.. maka jatuh haram... :)

    aku suke tgk rambut siti nuhaliza ngan rafidah aziz.. rambut diorang lawa kan??? paling cun rambut azalina othman.. :)
    Kalau Takder Hacker.. Saper Lagi Yang Nak Merosakkan Pc??
    Virus Terbaik Melissa.exe.. Virus Baik Crackers.exe Virus Sangat Baik Zet.exe

    Reply #21 15 March, 2009, 12:31:28 AM
  • Publish

  • aku suke tgk rambut siti nuhaliza ngan rafidah aziz.. rambut diorang lawa kan??? paling cun rambut azalina othman.. :)

    nak bercakap pasal niat sket la leh tak..niat miker tengok rambut diorang tu untuk aper?
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Reply #22 15 March, 2009, 12:45:49 AM
  • Publish

  • 3) tujuan kita buat tu utk aper..sekiranya utk suami..dipersilakan..kalau sebab2 lain..rentikan ler..

    ibnuwalidaini : guna rejoice jer la..guner jari pun boleh..

    alhamdulillah..tahun lepas for the first time saya buat rebonding tapi untuk tatapan suami je

    Reply #23 15 March, 2009, 12:48:18 AM
  • Publish


  • alhamdulillah..tahun lepas for the first time saya buat rebonding tapi untuk tatapan suami je

    mesti suami terkejut kan..:senyum:..

    Reply #24 15 March, 2009, 12:56:24 AM
  • Publish
  •  owh..itu rahsia..tapi saya memang suker melawo dan suke bergaya sakan depan suami.tapi sejak anak 2  ni..tak  sempat plak..

    Reply #25 15 March, 2009, 01:03:31 AM
  • Publish
  • owh..itu rahsia..tapi saya memang suker melawo dan suke bergaya sakan depan suami.tapi sejak anak 2  ni..tak  sempat plak..

    alhamdulillah..bagus tuh..teruskan2...semoga kalian sentiasa bahgia dari dunia sampai akhirat..amin..

    Reply #26 15 March, 2009, 01:32:03 AM
  • Publish
  • owh..itu rahsia..tapi saya memang suker melawo dan suke bergaya sakan depan suami.tapi sejak anak 2  ni..tak  sempat plak..

    alhamdulillah..bagus tuh..teruskan2...semoga kalian sentiasa bahgia dari dunia sampai akhirat..amin..

    owhhh..syukran jazilan...u too

    Reply #27 18 March, 2009, 11:54:41 AM
  • Publish
  • xpyh la nk wt sume 2...agpn ape faedhnye...cptaan allah da serba cntk kn? nk tnjuk ke spe lau wt rbndg????? btolkn niat dl sblm wt sesua2....

    Reply #28 18 March, 2009, 02:18:00 PM
  • Publish
  • xpyh la nk wt sume 2...agpn ape faedhnye...cptaan allah da serba cntk kn? nk tnjuk ke spe lau wt rbndg????? btolkn niat dl sblm wt sesua2....


    Hashwaz,

    Selamat datang....

    Tolonglah tulis dalam bahasa yang semua orang faham..

    Jangan memendekkan perkataan sehingga boleh menjejaskan maksud yang hendak di sampaikan.

    Lumrah orang perempuan memang sukakan kecantikan dan rambut adalah salah satunya.

    Jika kita mendandan rambut dengan baik dan menarik hanya untuk suami, itu adalah yang sepatutnya..

    Jika suami memandang isteri yang berambut cantik dan mendatangkan keseronokan atau kebahagiaan di hatinya,

    maka isteri itu beroleh pahala sebesar separuh dari dunia...

    Oleh itu teruskan berusaha berdandan dengan sebaik mungkin untuk suami sendiri...
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    Reply #29 24 April, 2009, 07:26:35 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    harap adalah yang sudi menjawab kemuskilan saya ini.
    kalau lurus rambut kekal haram atau tak?
    dan lurus rambut tak kekal harap atau tak?

    sebenarnya banyak lagi nak bertanya tapi biarlah ini dulu....

    Reply #30 26 April, 2009, 12:25:24 PM
  • Publish
  • Soalan

    Bolehkah seorang muslimat mewarnakan rambut dan kukunya dengan inai? Bagaimana pula dengan pewarna rambut dan kuku yang ada di pasaran masa kini?

    Jawapan:

    Perlu dipertanyakan terlebih dahulu, atas tujuan apa seseorang ingin menginai rambut dan kukunya. Jika ia dilakukan atas tujuan bersolek di hadapan lelaki lain, maka ia dilarang. Akan tetapi jika ia dilakukan untuk menutupi uban atau untuk bersolek di hadapan suami, maka ia dibolehkan. Para isteri pada zaman Rasulullah biasa menggunakan inai, hanya mereka membersihkannya setiap kali hendak mengambil wudhu’. Kemudian mereka menginaikan semula selepas sembahyang. [Musnad al-Darimi, no: 1133 dengan sanad yang sahih] Ada pun pewarna yang lain, hendaklah dipastikan ia tidak kalis air (washable) supaya dapat berwudhu’ dengan sempurna dan ia digunakan bukan untuk tujuan bersolek di hadapan lelaki lain.

    Di kalangan masyarakat Melayu ada juga upacara menginai yang dilakukan sempena majlis perkahwinan. Warna kemerahan pada inai dipercayai dapat menakutkan makhluk halus daripada mengganggu kedua-dua pengantin, bahkan dikatakan dapat memberi kesuburan baka. [Dr. Amran Kasimin – Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam (Dinie Publishers, Kuala Lumpur, 1993), ms. 95-96] Kepercayaan syirik daripada agama Hindu ini wajib ditinggalkan.

     

     

    Soalan

    Apa hukum memakai pewarna rambut yang ada cop halal?

    N, Batu Pahat, Johor.

    Jawapan:

    Harus, dengan syarat (1) ia tidak kalis air agar wudhu menjadi sah dan (2) hendaklah tetap menutup aurat apabila berhadapan dengan bukan mahram.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Reply #31 27 June, 2009, 05:58:20 PM
  • Publish
  •  

    Hadis : Mewarnakan Rambut 

    Hadis :
    Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)

    Huraian :
    Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    posted by BLOGGER
     
     

    Reply #32 02 July, 2009, 11:26:11 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Adakah rebonding rambut dibolehkan disisi agama Islam??
    Adakah ia termasuk di dalam kategori mengubah ciptaan Allah??



    Reply #33 02 July, 2009, 11:29:14 AM
  • Publish
  • Hukum meluruskan rambut       

    Assalamualaikum wrm wrbt.

    Saya memakai tudung dan ingin meluruskan rambut dengan niat untuk suami. Saya rasa musykil, sekiranya saya meluruskan rambut (teknik rebonding), adakah chemical yang digunakan akan menyaluti rambut sehingga menyebabkan tidak sah mandi hadas, kerana air tidak sampai pada rambut?

    Sekian Terima Kasih.

    Jawapan.

    Tidak salah untuk kecantikan bagi suami, tetapi mesti memastikan bahawa bahan kimia itu tidak menghalang air, jika ia bertindak menghalang air dari rambut, maka tidak sah mandi hadas.

    Cadangan:
    Pastikan bahan-bahan yang digunakan halal dan suci serta tidak menghalang air dari terkena rambut bagi memastikan sah solat dan mandi hadas.

    Harap sedia maklum.


    Sumber http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=141&Itemid=59
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #34 02 July, 2009, 11:30:46 AM
  • Publish
  • HUKUM “REBONDING”


    Islam adalah agama fitrah. Tiada satupun hukum dan peraturan Islam bercanggah dengan fitrah manusia. Manusia umumnya, samada lelaki mahupun wanita suka sesuatu yang cantik dan indah. Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan umatnya berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan.

    Para fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah HARUS kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh : “Asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

    Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti masymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara lain perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau haram.

    Pertama; niat atau tujuan perkara itu dilakukan. Niat yang tidak baik akan menyebabkan sesuatu yang pada asalnya harus itu menjadi haram. Tetapi, niat yang baik tidak pula menjadikan perkara haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

    Kedua; dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau mengguna- kan khidmat pendandan berlainan jantina.

    Ketiga; dari segi bahan yang digunakan mesti bukan dari benda yang najis, haram atau boleh mendatangkan mudharat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa pendek dan panjang.

    Keempat; khusus bagi golongan wanita. Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan bahan itu dengan syarat apa yang disuruh oleh suaminya itu tidak termasuk dalam kategori yang haram. Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya.

    Berkaitan dengan persoalan “rebonding”, beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan halal dan haram tidak pula menyebut “rebonding” sebagai haram. Namun, sebagai wanita beriman, seeloknya sebelum melakukan sesuatu, buatlah penilaian menyeluruh tentang implikasinya.

    Mengenai baik buruknya “rebonding”, berikut ulasan oleh ahli sains, Richard Hoffman (Profhoff) 388 apabila ditanya mengenainya : “Rambut sebenarnya protein mati yang dikenali keratin. Rambut hidup hanya pada akar umbinya. Oleh itu, sebenarnya ia tiada istilah ‘rambut sihat’. Rambut jika rosak, tidak boleh dibaiki dengan membubuh apa-apa pada permukaannya. Produk yang didakwa boleh membaiki rambut sebenarnya direka untuk menutup kerosakan itu. Pada dasarnya, ia akan hilang apabila rambut dibasuh dan kerosakan itu berkekalan. Kerap juga ia menjadikan keadaan rambut bertambah buruk.

    Walaupun rambut itu dikatakan keratin, menambah keratin (rebonding) tidak memberi kebaikan pada jangka panjang. Hal ini kerana apa yang dibubuh pada rambut adalah pada bahagian luaran saja dan tidak pada bahagian dalam (semula jadi) rambut apabila ia panjang. Kebanyakan produk penjagaan rambut mengiklankan untuk membaiki rambut yang rosak, sebenarnya mereka hanya mahukan wang anda. Kerosakan rambut disebabkan rawatan dan penjagaan rambut yang kurang cermat. Bahkan ia bukan rawatan, cuma sekadar penjagaan rambut sahaja. Prof. Madya Maznah Daud, UITM, Shah Alam

    Sumber http://zakiharun.blogspot.com/2008/05/hukum-rebonding.html

    Reply #35 02 July, 2009, 11:39:35 AM
  • Publish
  • Soalan:
    Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan mengenai rebonding rambut.Boleh atau tidak kita rebonding/meluruskan rambut hanya untuk tatapan suami kerana setahu saya,mengubah ciptaan Tuhan tanpa sebab yg munasabah adalah berdosa.Bolehkah ustaz tolong jelaskan?  

    Jawapan:
    w.salam

    Setengah ulamak mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yg tidak bersifat kekal kerana rambut tersebut akan kembali menjadi kerinting setelah beberapa lama.

    Pengubahan yg bersifat kekal tanpa uzur syar'ie seperti pembedahan plastik menambah kecantikkan adalah haram sama sekali.

     wallahua'lam


    Sumber http://ustazazhar.com/v1/fiqh/rebonding-meluruskan-rambut.html

    Reply #36 02 July, 2009, 12:54:28 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Adakah rebonding rambut dibolehkan disisi agama Islam??
    Adakah ia termasuk di dalam kategori mengubah ciptaan Allah??

    Mohon baca semula dari awal topik ini dibuka. Rujukan ada diberikan berserta hukumnya. Terima kasih.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #37 26 January, 2010, 08:04:42 AM
  • Publish

  • PEMBERITAHUAN FATWA
    NOTIFICATION OF FATWA

    PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

    IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.


    JADUAL/SCHEDULE

    1. Sunat

    Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam

    2. Harus

    (a)  Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad

    (b)  Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

    3.   Makruh


    (a)  Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh

    (b)  Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

    4. Haram

    (a)   Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b)

    (b)   Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakan orang bukan Islam.          

    Bertarikh 12 Januari 2002

    [JMKNNS 209(01)914/1;PU/NS(JB) 5/2-001]
    DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
    Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

     Sumber : http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140%3Ahukum-mewarna-rambut&catid=39%3Afatwa-mufti-negeri-sembilan&Itemid=1
    « Last Edit: 26 January, 2010, 08:06:55 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #38 26 January, 2010, 08:10:57 AM
  • Publish

  • Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban

    SOALAN

    Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

    JAWAPAN:

    Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

    Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

    Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

    1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
    2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
    3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
    4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

    HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

    Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

    1. Makruh
    Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

    Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

    Dalil mereka :
    a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
    b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

    c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

    d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

    2. Haram


    Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

    3. Harus tanpa Makruh


    Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

    Dalil mereka :
    a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
    b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

    Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

    Kesimpulan Hukum
    Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

    a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

    b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

    Ust Zaharuddin Abd Rahman
    Irbid, Jordan

    Reply #39 26 January, 2010, 09:46:13 AM
  • Publish
  • Ni hasil Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri (FMP3) se Jawa Madura di Lirboyo 2 minggu lepas:

    1.   TREND GAYA RAMBUT REBONDING
    Kerangka Analisis Masalah
    Naluri alami dalam diri setiap manusia, untuk selalu terlihat menarik di hadapan orang lain. Mungkin inilah latar belakang berkembangnya berbagai macam bentuk perawatan kecantikan kulit dan rambut. Salah satu yang sedang marak adalah trend gaya rambut. Mulai rambut punk, rasta (gimbal), semir merah, kuning, dan rebounding, mulai disukai kaum remaja. Ada yang sekedar ingin tampil gaul n funky, ada yang bertujuan menjaga penampilan, dan bahkan ada yang merebonding dengan maksud agar rambut lurus dan mudah untuk menggunakan jilbab, dll.
    Informasi ; Rebonding adalah salah satu cara meluruskan rambut melalui proses kimiawi agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah. Dalam sebagian praktek, helai rambut yang terkena perlakuan rebonding akan terlihat lurus secara permanen, dan tidak bisa pulih seperti sedia kala. Karena sebenarnya bagian rambut tersebut telah rusak. Rambut yang pulih seperti aslinya adalah rambut baru yang muncul menggantikan yang telah rusak. Metode rebonding cenderung variatif. Ada yang dengan mengubah struktur ikatan protein rambut melalui memutuskan ikatan asam amino cystine yang menyebabkan rambut bergelombang atau mengurangi ikal dan volume saja. Daya tahannyapun bervariasi mulai 2 minggu hingga 10 bulan.
    Pertanyaan
    a.   Bagaimana hukum melakukan rebonding, pengeritingan rambut, punk, dan rasta bagi kaum wanita?
    Jawaban
    Hukum merebonding dan pengeritingan rambut hukumnya haram kecuali bagi wanita yang sudah bersuami dengan syarat ada idzn az-zauj (seizin suami). Sedangkan memodifikasi rambut dengan model punk atau rasta hukumnya haram karena terdapat unsur tasyabbuh bil fussaq (menyerupai orang-orang fasik)

      R E F E R E N S I
    7.   Raudlah Al-Thalibin vol. I hal. 102
    8.   Tuhfah Al-Muhtâj vol. VI hal. 351
    9.   Bughyah Al-Mustarsyidîn hal. 283
    10.   Faidlu Al-Qadir vol VI hal 135   11.   Fath Al-Bari vol V hal 182
    12.   Raudlat At-Thalibin vol. I hal. 364
    13.   Syarhu An-Nawawi vol VII hal 234
    1.   روضة الطالبين وعمدة المفتين الجزء الاول  صحـ 102
    فرع وصل المرأة شعرها بشعر نجس أو بشعر آدمي حرام قطعا لأنه الانتفاع بشيء منه لكرامته بل يدفن شعره وغيره وسواء في هذين المزوجة وغيرها وأما الشعر الطاهر لغير الآدمي فإن لم تكن ذات زوج ولا سيد حرم الوصل به على الصحيح وعلى الثاني يكره وإن كانت ذات زوج أو سيد فثلاثة أوجه أصحها إن وصلت بإذنه جاز وإلا حرم والثاني يحرم مطلقا والثالث لا يحرم ولا يكره مطلقا وأما تحمير الوجنة فإن كانت خلية من الزوج أو السيد أو كان أحدهما وفعلته بغير إذنه فهو حرام وإن كان بإذنه فجائز على المذهب وقيل وجهان كالوصل وأما الخضاب بالسواد وتطريف الأصابع فألحقوه بالتحمير قال إمام الحرمين ويقرب منه تجعيد الشعر
    2.   تحفة المحتاج في شرح المنهاج  الجزء السادس  صحـ 315
    (فروع) ويحرم على المرأة وصل شعرها بشعر طاهر من غير آدمي ولم يأذنها فيه زوج أو سيد ويجوز ربط الشعر بخيوط الحرير الملونة ونحوها مما لا يشبه الشعر ويحرم أيضا تجعيد شعرها ووشر أسنانها وهو تحديدها وترقيقها والخضاب بالسواد وتحمير الوجنة بالحناء ونحوه وتطريف الأصابع مع السواد والتنميص وهو الأخذ من شعر الوجه والحاجب المحسن فإن أذن لها زوجها أو سيدها في ذلك جاز لأن له غرضا في تزينها له كما في الروضة وهو الأوجه وإن جرى في التحقيق على خلاف ذلك في الوصل والوشر فألحقهما بالوشم في المنع مطلقا -الى ان قال- هل يكره في غير المزوجة أو يحرم فيه نظر وقضية قول الشارح م ر فإن أذن لها زوجها أو سيدها في ذلك جاز الثاني ويؤيده أنها تجر به الريبة على نفسها

    3.   بغية المسترشدين   صحـ 283
    (مسئلة ى) ضابط التشبه المحرم من تشبه الرجال بالنساء وعكسه ما ذكروه في الفتح والتحفة والامداد وشن الغارة وتبعه الرملي في النهاية هو ان يتزيا احدهما مما يختص بالاخر او يغلب اختصاصه به في ذلك المحل الذي هما فيه
    4.   فيض القدير الجزء السادس  صحـ 135
    (من تشبه بقوم) أي تزيا في ظاهره بزيهم وفي تعرفه بفعلهم وفي تخلقه بخلقهم وسار بسيرتهم وهديهم في ملبسهم وبعض أفعالهم أي وكان التشبه بحق قد طابق فيه الظاهر الباطن (فهو منهم) وقيل المعنى من تشبه بالصالحين وهو من أتباعهم يكرم كما يكرمون ومن تشبه بالفساق يهان ويخذل كهم ، ومن وضع عليه علامة الشرف أكرم وإن لم يتحقق شرفه وفيه أن من تشبه من الجن بالحيات وظهر يصورتهم قتل وأنه لا يجوز الآن لبس عمامة زرقاء أو صفراء كذا ذكره ابن رسلان ، وبأبلغ من ذلك صرح القرطبي فقال : لو خص أهل الفسوق والمجون بلباس منع لبسه لغيرهم فقد يظن به من لا يعرفه أنه منهم فيظن به ظن السوء فيأثم الظان والمظنون فيه بسبب العون عليه ، وقال بعضهم : قد يقع التشبه في أمور قلبية من الاعتقادات وإرادات وأمور خارجية من أقوال وأفعال قد تكون عبادات وقد تكون عادات في نحو طعام ولباس ومسكن ونكاح واجتماع وافتراق وسفر وإقامة وركوب وغيرها وبين الظاهر والباطن ارتباط ومناسبة.
    5.   فتح الباري لابن حجر الجزء الخامس  صحـ 182
    قوله : (باب من أهل ملبدا) أي أحرم وقد لبد شعر رأسه ، أي جعل فيه شيئا نحو الصمغ ليجتمع شعره لئلا يتشعث في الإحرام أو يقع فيه القمل .
    6.   روضة الطالبين وعمدة المفتين الجزء الاول  صحـ 364
    واعلم أن الإمام الرافعي رحمه الله ترك مسائل مهمة تتعلق بالباب إحداها يكره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقا أو من موضع واحد لحديث الصحيحين بالنهي عنه وقد اختلف في حقيقة القزع والصحيح ما ذكرته وأما حلق جميع الرأس فلا بأس به لمن لا يخف عليه تعاهده ولا بأس بتركه لمن خف عليه.
    7.   شرح النووي على مسلم الجزء السابع  صحـ 234
    قوله ( أخبرني عمر بن نافع عن أبيه عن ابن عمر أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن القزع قلت لنافع : وما القزع قال يحلق بعض رأس الصبي ويترك بعض وفي رواية أن هذا التفسير من كلام عبيد الله القزع بفتح القاف والزاي  وهذا الذي فسره به نافع أو عبيد الله هو الأصح وهو أن القزع حلق بعض الرأس مطلقا ومنهم من قال هو حلق مواضع متفرقة منه والصحيح الأول لأنه تفسير الراوي وهو غير مخالف للظاهر فوجب العمل به وأجمع العلماء على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة ونحوها وهي كراهة تنزيه ، وكرهه مالك في الجارية والغلام مطلقا ، وقال بعض أصحابه لا بأس به في القصة والقفا للغلام ومذهبنا كراهته مطلقا للرجل والمرأة لعموم الحديث . قال العلماء والحكمة في كراهته أنه تشويه للخلق وقيل لأنه أذى الشر والشطارة وقيل لأنه زي اليهود وقد جاء هذا في رواية لأبي داود . والله أعلم .

    b.   Bagaimana hukum semir merah, kuning, baik pada keseluruhan rambut kepala atau hanya sebagian saja?
    Jawaban
    Hukum bersemir merah, kuning, baik pada keseluruhan rambut kepala atau hanya sebagian diperinci sebagai berikut:
       Dalam kondisi rambut beruban dan pada saat model semir tersebut menyerupai (tasyabbuh) pada kebiasaan (adat) orang-orang fasik, maka hukum bersemir merah dan kuning bagi laki-laki atau wanita yang belum bersuami terjadi khilaf (perbedaan ulama). Menurut Imam Al-Ghazali hukumnya haram Dan menurut Imam ‘Izzuddin Ibnu ‘Abdissalam tetap diperbolehkan.
       Dalam kondisi rambut tidak beruban, maka diperbolehkan bagi wanita yang sudah bersuami atas seijin suaminya. Namun bagi wanita yang belum bersuami terjadi khilaf (perbedaan ulama). Menurut sebagian ulama haram karena tasyabbuh bil fussaq (menyerupai kebiasaan orang-orang fasik). Dan menurut pendapat yang lain diperbolehkan apabila ada tujuan yang dibenarkan syariat (gharad shahih).

      R E F E R E N S I
    1.   Madzahibu Al-Arbaah vol II hal 46-47
    2.   Fihusni As-Sair hal 11-12
    3.   Ittihaf As-Sadah vol VII hal 591-592   4.   Al-Bahru Al-Muhith vol I hal 356
    5.   Fath Al-Bari vol X hal 354
    6.   Syarhu An-Nawawi vol VII hal 204

    1.   مذاهب الأربعة  الجزء الثاني  صحـ 46 – 47
    حكم صباغة الشعر تفصيل المذاهب
    الشافعية- قالوا : يكرة صباغة اللحية والشعر بالسواد إلا الخضاب بالصفرة والحمرة فإنه جائز إذا كان لغرض شرعي كالظهور الشجاع أمام الأعداء في الغزو ونحوه. فإذا كان لغرض فاسد كالتشبه بأهل الدين فهو مذموم, وكذلك يكره صبغها بالبياض كي يظهر بمظهر الشيب ليتوصل بذلك إلى الأغراض المذمومة كتوقيره والإحتفاء به وقبول شهادته وغير ذلك وكما يكره تبييض اللحية بالصبغ فإنه يكره نتف شيبها.
    2.   حسن السير فى بيان أحكام أنوع التشبه  صحـ 11-12
    ما نصه فإن قلت فقد صرح هذا الخضاب شعارا الأعاجم وقد نهينا عن التشبه بهم لأن من تشبه بقوم فهو منهم فما تصنع فى هذا التعارض قلت أما حجة الإسلام الغزالى رضى الله عنه فإنه قال فى كتاب السماع من إحيائه مهما صارت السنة شعارا لأهل البدعة قلنا لتركها خوفا من التشبه بهم وأما سلطان العلماء العزالدين عبد السلام فإنه أشار إلى رده فى فتاوه إذا قال المراد بالأعاجم الذين نهينا عن التشبه بهم أتباع الأكثرة فى ذالك الزمان ويختص النهى بما يفعلون على خلاف مقتضى شرعنا فأما ما فعلوه على وفق الإيجاب أو الندب أو الإباحة في شرعنا فلا يترك لأجل تعاطيهم إياه فإن الشرع لا ينهى عن التشبه بما أذن الله فيه.
    3.   إتحاف السادة المتقين الجزء السابع  صحـ  591 – 592 ( دار الكتب العلمية )
    (العلة الثالثة الاجتماع عليها لما أن صار من عادة أهل الفسق ) والفجور ( فيمنع من التشبه بهم لان من تشبه بقوم فهو منهم) الى أن قال (وبهذه العلة نقول بترك السنة مهما صارت شعارا لأهل البدعة خوفا من التشبه بهم ) وقد نقل الرافعي عن بعض أئمة الشافعية أنه كان يقول الأولى ترك رفع اليدين في الصلاة في ديارنا يعني ديار العجم قال لأنه صار شعارا للرافضة وله أمثلة كثيرة لكن قد يقال ليس كل شيء يفعله الفساق يحرم فعله على غيرهم ولو كان هذا معتبرا لكان الضرب بالدفوف والشبابة حراما الى أن قال.فلما لم يحرم شيء من ذلك علمنا أن هذه العلة عير معتبرة فتأمل . 
    4.   البحر المحيط الجزء الأول  صحـ  356
    مسألة (لا يترك المندوب إذا صار شعارا للمبتدعة) ولا يترك لكونه صار شعارا للمبتدعة خلافا لابن أبي هريرة ولهذا ترك الترجيع في الأذان والجهر بالبسملة والقنوت في الصبح والتختم في اليمين وتسطيح القبور محتجا (بأنه صلى الله عليه وسلم ترك القيام للجنازة لما أخبر أن اليهود تفعله) وأجيب بأن له ذلك لأنه مشرع بخلاف غيره لا يترك سنة صحت عنه وفصل الغزالي بين السنن المستقلة وبين الهيئات التابعة فقال لا يترك القنوت إذا صار شعارا للمبتدعة بخلاف التسطيح والتختم في اليمين ونحوهما فإنها هيئات تابعة فحصل ثلاثة أوجه والصحيح المنع مطلقا .

    5.   فتح الباري شرح صحيح البخاري الجزء العاشر  صحـ  354
    والثغامه بضم المثلثة وتخفيف المعجمة نبات شديد البياض زهره وثمره قال: فمن كان في مثل حال أبي قحافة استحب له الخضاب لانه لا يحصل به الغرور لاحد ومن كان بخلافه فلا يستحب في حقّه,ولكن الخضاب مطلقا اولي لانه فيها امتثال الامر في مخالفة اهل الكتاب
    6.   شرح النووي على مسلم الجزء السابع  صحـ 204
    ومذهبنا استحباب خضاب الشيب للرجل والمرأة بصفرة أو حمرة ويحرم خضابه بالسواد على الأصح وقيل : يكره كراهة تنزيه والمختار التحريم لقوله صلى الله عليه وسلم : ( واجتنبوا السواد ) هذا مذهبنا .
    7.   حاشيتا قليوبي وعميرة  الجزء الثاني  صحـ 480
    وأما الخضاب وصبغ نحو الشعر والنقش وتطريف نحو الأصابع وتحمير الوجه وتجعيد الشعر فحرام بالنجس مطلقا وكذا بالسواد إلا لحية الرجل المحارب لإرهاب العدو وكذا بغير السواد إن منع منه حليل ، وإلا فيجوز لكن مع الكراهة في الخلية ،
    8.   حاشية الجمل الجزء الثاني  صحـ 102
    وفي فتاوى السيوطي في باب اللباس خضاب الشعر من الرأس واللحية بالحناء جائز للرجل بل سنة صرح به النووي في شرح المهذب نقلا عن اتفاق أصحابنا قال السيوطي وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة وحرام على الرجل ا هـ
    9.   إتحاف السادة المتقين الجزء الثاني  صحـ 672
    (الثانى الخضاب بالصفرة والحمرة وهو جائز ) إذا قرنته نية صالحة وهو أن يكون تلبيسا للشيب على الكفار فى الغزو عليهم والجهاد فيهم فإن لم يكن على هذه النية بل للتشبه بأهل الدين والصالحين وليس منهم فهو مذموم ولا يخفى أن مذهب المصنف أن الخضاب بغير السواد سنة سواء كان بحمرة أو صفرة وهذا لايحتاج فيه إلى نية الجهاد بل حاجة الجهاد تبيح السواد فضلا عن غيره كما تقدم فتأمل وقد قال رسول الله "الصفرة خضاب المسلمين والخمرة خضاب المؤمنين " – إلى أن قال – وفى الصحيحين من حيث ابن عمر أنه ويدل له ما رواه أبو داود في سننه مر رجل على النبي صلى الله عليه وسلم قد خضب بالحناء والكتم فقال هذا حسن فمر أخر خضب بالصفرة فقال هذا أحسن من هذا كله وما قال عياض من منع الخضاب مطلقا وعزاه لمالك والأكثرين لما روى من النهى عن تغيير الشيب ولأنه صلى الله عليه وسلم لم يغير شيبه وقد أجاب عنه النواوى بأنه ما مر من حديث ابن عمر وغيره لايمكن ولا تعليله قال والمختار أنه صلى الله عليه وسلم صبغ فى وقت وترك فى معظم الأوقات فأخبر كل بما رأى وهو صادق وهذا التأويل كالمتعين به بين الأحاديث.
    10.   عون المعبود الجزء الحادى عشرة  صحـ  249
    باب في الخضاب أي تغيير شيب الرأس واللحية يبلغ به أي يرفع الحديث إلى النبي صلى الله عليه وسلم إن اليهود والنصارى لا يصبغون أي لا يخضبون لحاهم وجاء صبغ من باب منع وضرب ونصر كما في القاموس فخالفوهم أي فأخضبوا لحاكم والحديث يدل على أن العلة في شرعية الخضاب هي مخالفة أهل الكتاب وبهذا يتأكد استحباب الخضاب وقد كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يبالغ في مخالفتهم ويأمر بها وهذه السنة قد كثر إشغال السلف بها ولهذا ترى المؤرخين في التراجم لهم يقولون وكان يخضب ولا تخضب قال النووي مذهبنا استحباب خضاب الشيب للرجل والمرأة بصفرة أو حمرة ويحرم بالسواد على الأصح انتهى
    11.   إعانة الطالبين الجزء الثاني  صحـ 339)
    (وقوله بحمرة أو صفرة ) أي لا بسواد أما به فيحرم إن كان لغير إرهاب العدو في الجهاد وذلك لخبر أبي دواد والنسائي وابن حبان في صحيحه والحاكم عن ابن عباس رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يكون قوم يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لا يريحون رائحة الجنة  قال في الزبد :
    وحرموا خضاب شعر بسواد ** لرجل وامرأة لا للجهاد **
    قال الرملي في شرحه نعم يجوز للمرأة ذلك بإذن زوجها أو سيدها لأن له غرضا في تزينها به اهـ

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    26 Replies
    17857 Views
    Last post 04 June, 2013, 12:24:10 PM
    by afiQoh
    8 Replies
    32623 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:57:47 PM
    by alhaudhie
    6 Replies
    2316 Views
    Last post 22 June, 2010, 06:33:12 PM
    by mooks