Rebonding dan Mewarna Rambut

*

Author Topic: Rebonding dan Mewarna Rambut  (Read 28796 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 December, 2007, 02:01:44 PM
  • Publish
  •  :)

     terlebih dahulu saya ingin mengucpkan tahniah kerana berjaya menghasilkn 1 portal yg dianggap istimewa bg sy ini.. sy mempunyai kemusykilan tentang rawatan rebonding rambut ataupun meluruskan rambut..  dlm satu akhbar yg menyiarkan halaman soal jawab agama, ada yg menyatakan bahawa rebonding rambut tidak salah jika bertujuan hanya utuk suami sahaja. boleh berikan penjelasan.. terima kasih kerana sudi membantu..  jumpalagi
    « Last Edit: 06 July, 2009, 12:32:31 AM by Munaliza Ismail »
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    Reply #1 15 December, 2007, 09:24:50 AM
  • Publish
  • Meluruskan rambut adalah harus jika bertujuan untuk kecantikan bagi suami sahaja dan bukan untuk bermegah-megah.

    Dijawab oleh BAHEIS

    ****************************************************

    Hujahan teknik ‘rebonding’, kerinting rambut

    Bolehkah terangkan hukum membuat teknik ‘rebonding’ iaitu teknik meluruskan rambut. Ada yang mengatakan salah kerana mengubah ciptaan Allah. Bagaimana pula dengan orang berambut kerinting, kemudian hendak meluruskannya. Begitu juga jika rambutnya memang lurus, kemudian hendak meluruskan lagi supaya lebih sihat dan cantik. Bagaimana pula kalau dia meluruskannya untuk kelihatan cantik di hadapan suami. Pada masa sama memakai tudung dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, tetapi hanya untuk suami.



    Isteri anggun,



    Johor Bahru, Johor.



    Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.

    Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

    Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

    Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

    Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.

    Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.

    Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

    Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.

    Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.

    Keempat, khusus bagi golongan wanita.

    Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.

    Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.

    Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).”

    Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

    Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.

    Beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan yang halal dan haram juga tidak menyebut ‘rebonding’ sebagai haram.

    Begitu pun, sebagai wanita beriman seeloknya sebelum melakukan sesuatu buatlah penilaian terlebih dulu secara menyeluruh - baik buruknya, untung ruginya dan seumpamanya.

    Mengenai baik atau buruknya ‘rebonding’, saya petik jawapan yang diberikan oleh ahli sains, Richard Hoffmann (Profhoff) 388 apabila ditanya mengenainya. Katanya: “Rambut sebenarnya protein mati yang dikenali ‘keratin’.

    Rambut hidup hanya pada akar umbinya. Oleh itu, sebenarnya ia tiada istilah ‘rambut sihat’.

    Rambut jika rosak, tidak boleh dibaiki dengan membubuh apa-apa pada permukaannya. Produk yang didakwa boleh membaiki rambut sebenarnya bahan yang direka untuk menutup kerosakan itu.

    Pada dasarnya, ia akan hilang apabila rambut dibasuh dan kerosakan itu berkekalan. Kerap juga ia menjadikan keadaan rambut bertambah buruk.

    “Walaupun rambut itu dikatakan keratin, menambah keratin (rebonding) tidak memberi kebaikan pada jangka panjang.

    Hal ini kerana apa yang dibubuh pada rambut adalah pada luaran saja dan tidak pada bahagian dalam (semula jadi) rambut apabila ia panjang.

    “Kebanyakan produk penjagaan rambut mengiklankan untuk membaiki rambut yang rosak, sebenarnya mereka hanya mahukan wang anda. Kerosakan rambut disebabkan rawatan dan penjagaan rambut yang kurang cermat.”



    Dijawab Prof Madya Maznah Daud, pensyarah syariah Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #2 15 December, 2007, 11:47:48 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wrm wrbt.

    Saya memakai tudung dan ingin meluruskan rambut dengan niat untuk suami. Saya rasa musykil, sekiranya saya meluruskan rambut (teknik rebonding), adakah chemical yang digunakan akan menyaluti rambut sehingga menyebabkan tidak sah mandi hadas, kerana air tidak sampai pada rambut?

    Sekian Terima Kasih.

    Jawapan.

    Tidak salah untuk kecantikan bagi suami, tetapi mesti memastikan bahawa bahan kimia itu tidak menghalang air, jika ia bertindak menghalang air dari rambut, maka tidak sah mandi hadas.

    Cadangan:
    Pastikan bahan-bahan yang digunakan halal dan suci serta tidak menghalang air dari terkena rambut bagi memastikan sah solat dan mandi hadas.

    JAIS

    Reply #3 15 December, 2007, 11:51:46 AM
  • Publish
  •  apakah hukum bagi seorang Muslim rebonding rambutnya   

    Jawapan:
       تغيير الشعر بغير السواد لا حرج فيه وكذلك استعمال مواد لتنعيم الشعر المجعد والحكم للشباب والشيوخ في ذلك سواء إذا انتفت المضرة وكانت مادة طاهرة مباحة أما التتغيير بالسواد الخالص فلا يجوز للرجال والنساء لقول النبي صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم : ( غيروا هذا الشيب واجتنبوا السواد ) .


    Tidak menjadi kesalahan menggunakan teknik REBONDING atau sebarang teknik lain utk meluruskan rambut asalkan tidak dgn tujuan tabarruj (berhias i.e membuka tudung) dan tidak menghalang wudu' (Fatawa Lajnah aldaa'imah 5/168).

    PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA

    Reply #4 15 December, 2007, 11:54:54 AM
  • Publish
  • oohh.. begitu.. br lah sy phm..terima kasihh

    Reply #5 15 December, 2007, 11:58:11 AM
  • Publish
  • Adakah seorang muslimah dibolehkan membuat "rebonding/straightening" kepada rambutnya?
       Harus bagi wanita untuk memotong atau meluruskan rambutnya, dengan syarat dia telah meminta izin dari suaminya terdahulu. Yang dilarang adalah memotong rambut sehingga menyerupai lelaki, membotakkan kepala bukan atas sebab kesihatan, dan menyambung rambutnya sehingga menjadi panjang.

    MUIS

    Reply #6 08 January, 2008, 06:15:45 PM
  • Publish
  • terima kasih atas penjelasan.ana baru jmpa topik ni...syukran...sgguh berguna bagi kaum hawa..

    Reply #7 09 January, 2008, 10:22:46 AM
  • Publish
  • yup ibnatul.. kirenyer boleh kalu kta nk rebonding rambut.. tp, jgnlar smpi nk menunjuk2 pd yg bukn muhrim kta.

    Reply #8 09 January, 2008, 10:41:54 AM
  • Publish
  • كنا چاري سالون يڠ ترتوتوڤ جوڬ اڬر تيدق دليهت اوليه ڤلڠڬن/ڤكرجا للاكي يڠ لاين.

    Reply #9 09 January, 2008, 10:59:36 AM
  • Publish
  • okeh. tenkiu sang pencipta.. betul2.. sokong2

    Reply #10 11 December, 2008, 10:59:55 PM
  • Publish
  •  :) buat semua halaqian yg dirahmati Allah..

    ana ada sedikit confuse tentang rebonding?

    boleh ke rebonding ni sbnrnya dalam Islam?

    adakah ia termasuk dalam salah satu perkara yg mengubah ciptaan Allah?

    bila ana tnya setgh orang, diorang ckp hnya utk suami je boleh..betul ke?

    diharap persoalan ini dapat dikongsi bersama

     :jaz:

    Reply #11 12 December, 2008, 12:56:47 AM
  • Publish
  • Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.
    Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.
    Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”
    Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”
    Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.
    Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.
    Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.
    Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.
    Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.
    Keempat, khusus bagi golongan wanita.
    Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.
    Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.
    Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).”
    Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.
    Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.
    Beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan yang halal dan haram juga tidak menyebut ‘rebonding’ sebagai haram.
    Begitu pun, sebagai wanita beriman seeloknya sebelum melakukan sesuatu buatlah penilaian terlebih dulu secara menyeluruh - baik buruknya, untung ruginya dan seumpamanya.
    Mengenai baik atau buruknya ‘rebonding’, saya petik jawapan yang diberikan oleh ahli sains, Richard Hoffmann (Profhoff) 388 apabila ditanya mengenainya. Katanya: “Rambut sebenarnya protein mati yang dikenali ‘keratin’.
    Rambut hidup hanya pada akar umbinya. Oleh itu, sebenarnya ia tiada istilah ‘rambut sihat’.
    Rambut jika rosak, tidak boleh dibaiki dengan membubuh apa-apa pada permukaannya. Produk yang didakwa boleh membaiki rambut sebenarnya bahan yang direka untuk menutup kerosakan itu.
    Pada dasarnya, ia akan hilang apabila rambut dibasuh dan kerosakan itu berkekalan. Kerap juga ia menjadikan keadaan rambut bertambah buruk.
    “Walaupun rambut itu dikatakan keratin, menambah keratin (rebonding) tidak memberi kebaikan pada jangka panjang.
    Hal ini kerana apa yang dibubuh pada rambut adalah pada luaran saja dan tidak pada bahagian dalam (semula jadi) rambut apabila ia panjang.
    “Kebanyakan produk penjagaan rambut mengiklankan untuk membaiki rambut yang rosak, sebenarnya mereka hanya mahukan wang anda. Kerosakan rambut disebabkan rawatan dan penjagaan rambut yang kurang cermat.”

    Dijawab Prof Madya Maznah Daud, pensyarah syariah Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor

    Reply #12 12 December, 2008, 01:01:24 AM
  • Publish
  • TEKNIK REBONDING

    Soalan:
    Bolehkan saya meluruskan rambut dengan tujuan untuk kelihatan cantik didepan suami dan anak-anak tetapi saya akan mengenakan tudung apabila keluar rumah?

    Norfaezah Ahmad
    nor_faez@yahoo.com

    Jawapan:
    Islam tidak pernah melarang wanita berhias untuk suaminya. Paling penting, hiasan itu hendaklah sesuatu yang tidak menyanggahi syariat Islam. Contohnya, seorang wanita bertindik di hidung atau mata, mewarnakan rambut dengan sesuatu yang tidak diharuskan, memakai rambut palsu dan sebagainya. Ia tetap ditegah dan diharamkan dalam Islam.

    Oleh itu, mengenai masalah meluruskan rambut, ulama berbeza pendapat sama ada dibolehkan atau sebaliknya. Yang terbaik, tinggalkan perkara yang tidak dapat disepakatkan oleh ulama. Apa yang dibimbangi, ia termasuk perkara merubah kejadian asal yang dilarang dalam Islam.

    Terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membahaskan tentang perbuatan wanita akhir zaman yang mengubah ciptaan asal seperti mewarna rambut dengan warna hitam, memakai rambut palsu, mencabut kening dan sebagainya. Semua ini tidak lain hanyalah semata-mata menyembunyikan apa yang zahir dan mempamerkan kecantikan.

    Oleh itu, kekalkan kejelitaan rambut kamu yang dianugerahkan oleh ALLAH tanpa meluruskannya. Perhiasan paling baik ialah ketakwaan kepada ALLAH dalam segala keadaan agar tidak terjerumus ke arah kemurkaan-NYA sama ada disedari ataupun tidak. Wallahu a’lam.

    Reply #13 12 December, 2008, 01:04:59 AM
  • Publish
  •    AKIDAH



    SUB KATEGORI
    --Sila Pilih--
       Tarikh Hantar Soalan   
    :
          19/09/2008 10:58 AM
       Soalan   
    :
          salam...saya nak taula.apa hukum teknik rebonding (meluruskan rambut)?saya bakal berkahwin dan bakal suami suka jika rambut saya lurus (sedangkan saya tidak). bolehkah saya melakukannya atas tujuan menggembirakan hati suami (kelak selepas berkahwin)?harap dapat diberikan penjelasan.terima kasih....
       Jawapan   
    :
          Teknik rebonding bukanlah satu rawatan ia sekadar untuk mencantikkan rambut sahaja, sekiranya dibuat untuk suami adalah dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk selain daripada itu.
    Harus membuat rambut dengan menggunakan kaedah rebonding dan sebagainya dengan syarat tidak dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang kecantikannya. Pastikan bahan-bahan tersebut tidak mengandungi najis...
       Status   
    :
          Selesai - Paparan Web.
    .   Nombor Rujukan   
    :
          PANEL SJAI 051108
       Tarikh Selesai   
    :
          05/11/2008 04:21 PM

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/2883deef015a2fb3482574c9001054aa?OpenDocument

    Reply #14 12 March, 2009, 06:19:19 PM
  • Publish
  •  :)

    1)  Bolehkah seseorang muslimah itu rebonding ataupun meluruskan rambutnya?

        Apakah hukumnya?


    2)  Mewarnakan rambut?

        Apakah hukumnya?

    « Last Edit: 31 March, 2009, 06:43:26 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #15 13 March, 2009, 01:50:24 AM
  • Publish
  • bagi pendapat ana,tak boleh sebab mengubah ciptaan ALLAH.apa salahnya,kita tak ubah??sedangkan,semua ciptaan dari ALLAH cantik belaka.dan sepatutnya kita mensyukuri segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada hambanya

    Reply #16 13 March, 2009, 07:34:41 AM
  • Publish
  • rebonding rambut bukan rawatan..cuma sekadar mencantikkan rambut sahaja..tidak ada ulama yang mengharamkan lagi rebonding ini..asal kepada sesuatu itu harus melainkan datang dalil yang mengharamkan nya..

    tetapi dalam keharusan ini ada beberapa perkara yang perlu dijaga...

    1) jangan la pi wat rebonding pada yang berlainan jenis dan di tempat terbuka...rebonding harus tapi bukak aurat haram..so akan jadi haram jugak melakukan nya..sekiranya dapat dijaga..silakan..

    2) penggunaan bahan rebonding diakui bebas dari najis..

    3) tujuan kita buat tu utk aper..sekiranya utk suami..dipersilakan..kalau sebab2 lain..rentikan ler..

    ibnuwalidaini : guna rejoice jer la..guner jari pun boleh..
    « Last Edit: 13 March, 2009, 07:44:41 AM by ibnuwalidaini »
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Reply #17 13 March, 2009, 02:08:34 PM
  • Publish
  • Kenapa nak rebonding rambut?

    Untuk tujuan apa?


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #18 13 March, 2009, 02:36:07 PM
  • Publish
  • salam,

    kalau tujuan nak bercantik untuk suami tak salah...bila keluar rumah pakai tudung seperti biasa..
    tapi kena pastikan perkara2 yang dilist oleh ibnuwalidaini tu...
    Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab, ketinggian ilmu. bukan pada wajah & pakaiannya..   - Hamka -
    [img]http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1868/1868270fotwibw5m2.gif[/img]

    Reply #19 14 March, 2009, 06:17:43 PM
  • Publish
  • rebonding ni teknik meluruskan rambut..
    bagi yang rambut kerinting nak luruskan..bagi yang dh lurus jadi makin lurus..
    selalunya kalau kat kedai rambut bahan yang digunakan baunya masyaAllah busuk sgt2..
    ada sahabat ckp bahan untuk rebonding ni dibuat daripada air kencing kuda..tak tau betul ke tak...
    I Luv Allah and Rasulullah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    26 Replies
    17519 Views
    Last post 04 June, 2013, 12:24:10 PM
    by afiQoh
    8 Replies
    32254 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:57:47 PM
    by alhaudhie
    6 Replies
    2289 Views
    Last post 22 June, 2010, 06:33:12 PM
    by mooks