[Puasa]: Fadhilat PUASA HARI ARAFAH (Himpunkan Di Sini)

*

Author Topic: [Puasa]: Fadhilat PUASA HARI ARAFAH (Himpunkan Di Sini)  (Read 7438 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 December, 2007, 12:18:49 AM
  • Publish
  • FADHILAT PUASA HARI ARAFAH

         

            Hari Arafah merupakan hari yang mempunanyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

        Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
                                                                             - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

        Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
                                                                                                                        - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

        Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ....Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.
                                                                                                 - Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
         
            Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lepas dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa tahun 1428H mula beransur meningalkan kita bersama kenangan indah dan pahit yang tersendiri. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambahkan lagi bekalan akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 14 December, 2007, 12:23:28 AM
  • Publish
  • Puasa 9 Zulhijah dan hari Arafah (صيام تسع ذي الحجة ويوم عرفة)
    Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
     Terjemahan :

    Bulan Zulhijjah merupakan salah satu dari 4 bulan2 haram, dan ia dikenali sebagai bulan haji, dimana hari2nya adalah 10 yang awal, yang merupakan seafdhal-afdhal2 hari didalam setahun, sebagaimana diperkatakan oleh beberapa hadith. Dari Ibn Abbas ra., Rasullulah saw bersabda :


    ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام" يعني أيام العشر، قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله، إلا أن يخرج الرجل بنفسه، وماله، فلا يرجع بشيء من ذلك
    "'Tidak terdapat pada hari2 melakukan amalan soleh yang disukai Allah swt dari hari ini, yakni hari2 10', maka mereka berkata : 'Bukankan jihad dijalan Allah?'. Baginda menjawab :'Dan bukanlah jihad dijalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri, dan hartanya, dan tidak kembali sesuatu darinya". -[Hadirh riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmudzi dan Ibn Majah].

    Dan didalam lafaz lain :


    ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إلى الله العمل فيهن من أيام العشر، فأكثروا فيهن من التسبيح والتحميد، والتهليل والتكبير
    "Tidak ada hari yang lebih agung/mulia disisi Allah, dan tidaklah paling disukai Allah swt didalamnya melainkan dari hari2 yang sepuluh, maka perbanyakkan Tasbih, Tahmi,.Tahlil dan Takbir" - [Hadith riwayat Tabrani didalam al-Kabir dengan sanad yang baik].

    Sa'ed bin Jubair apabila masuk hari2 ke 10, bersungguh dia beramal sehingga tidak kuat lagi untuk melakukannya.

    Berpuasa pada hari2 10 ini merupakan perkara yang semulia bagi mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang ke 10, yang merupakan hari Eid, maka ia haram dengan pasti).

    Dan hari yang paling banyak fadhilatnya adalah hari ke 9, iaitu hari Arafah, hari dimana jemaah Haji berwukuf dengan keadaan menghadapi kusut dan berabuk, dengan pakaian ihram yang menyerupai kain kafan orang mati, tunduk kepada Allah menjawab seruannya, lalu berdo'a kepadanya.

    Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :


    يكفِّر السنة الماضية والباقية
    " Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].

    Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :


    صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
    "Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].

    Akan tetapi, apakah ini termasuk mereka yang berwukuf di Arafah juga ? Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji.

    Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw melarang berpuasa hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah

    (أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن صوم يوم عرفة بعرفات )

    (Riwayat Ahmad dan Ibn Maajah). Dan dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas),


    أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة
    "bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu [baginda] meminumnya, dan beliau sedang berkhutbah di Arafah" - [Hadith riwayat Muttafaq 'alaih].

    Maka ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka yang berwukuf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan amalan2 haji.

    Ini juga merupakan hari eid (raya) bagi yang berwukuf dimana mereka berkumpul beramai2, sebagaimana ditunjukkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Umar tentang turunnya firman Allah swt :

    (اليوم أكملت لكم دينكم)

    "Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu" dan hadith 'Uqbah bin Amir :


    يوم الفطر، ويوم النحر، وأيام التشريق عيدنا أهل الإسلام، وهي أيام أكل وشرب
    "Hari eid al-Fitr, hari qurban, dan hari2 Tasyrik merupakan hari raya kita orang2 Islam, ia merupakan hari makan dan minum" - [Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i dan al-Hakim, sebagaimana didalam Shahih al-Jaami' al-Shaghir #8192].

    Maka yang rajih (pendapat yang terkuat) disana ialah bahawa Hari Arafah mempunyai kaitan dengan hari2 Eid dan Tasyrik dinisbahkan dengan jemaah Haji, ini merupakan jalan tengah diantara dua dalil. - tamat terjemahan -


    Terjemahan dari petikan buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 140-142.
    Sumber WEB

    husnulkhatimah

    • *
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #2 14 December, 2007, 03:03:17 PM
  • Publish
  • salam
    dalam kuliah menghidupkan sunnah2 Rasulullah baru2 ini anjuran INTIS ada membncagkan
    ttg kelebihan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah..
    antaranya ialah 10 hari (siang hari ) pertama d bulan ini adalah sama hebatnya jg dgn
    10 mlm akhir ramadhan...dah amtla digalakkn kita memperbanyakkan amalan2 spertimana kt memperhebt amalan d 10 mlm akhir ramadhan.....dan jg memperbanyakkan menyebut tahlil, tahmid , takbir dan tasbih..spertimn yg dinyatakn dlm hadis2 di atas...wallahu a'lam...

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 14 December, 2007, 04:01:21 PM
  • Publish
  • Antara membantu memperkuatkan Jihad hawanafsu,senjata yang ampoh ialah puasa-puasa sunnat yg penuh keberkatan dari Allah swt dan mendapatkan pertolongan Malaikat Hafazoh,terutama Para Huffaz.Amieen.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #4 15 October, 2009, 08:21:29 AM
  • Publish
  • sya selalu berpuasa 10 hari dalam bulan haji . yaaitu dari 1 hingga 10 Zulhijjah. harap amal sya diterima oleh Allah SWT. Insyallah.

    divider3
    halaqahforum4