Jantung Manusia dan Sakit berkaitan Jantung

*

Author Topic: Jantung Manusia dan Sakit berkaitan Jantung  (Read 31555 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
24 May, 2007, 03:20:57 AM
  • Publish
  • Jantung manusia bentuknya seperti buah pear dalam ukuran genggaman tangan, beratnya antara 225 gram hingga 340 gram

    Ia berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun akan berdenyut 36,792,000 kali

    Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang " Ajaib " ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.

    Jantung manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.

    Apakah ada alat pengepam lain yang mampu melakukan pekerjaan berat seperti ini dalam jangka masa yang lama tanpa pernah berhenti atau perlu kepada perbaikan...

    MAHA SUCI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..
    « Last Edit: 31 July, 2009, 01:44:41 PM by Munaliza Ismail »
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    adeq_fauzy

    • *
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #1 13 June, 2007, 10:47:53 PM
  • Publish
  • JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”

    Dan, kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau strok?”

    Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.

    Apakah itu penyakit jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?

    *Penyakit jantung

    Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.

    Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.

    Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.

    Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.

    Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).

    Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).

    Adakah ini akan berlaku kepada saya?

    Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.

    Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.

    Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.

    Kesemua faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

    Seperti yang telah disebutkan tadi, diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

    Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

    Jika anda mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.

    Jangan tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.

    *Tanda-tanda serangan jantung

    Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.

    Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

    Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:

    * Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.

    * Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.

    * Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.

    * Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.

    *Gejala dan tanda amaran serangan jantung

    Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

    TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.

    TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:

    * Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan

    * Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap

    * Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba

    * Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

    * Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab

    * Masalah ingatan atau kekeliruan

    *Tujuh tip jantung sihat

    1- Apakah sejarah keluarga anda?

    Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.

    Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

    Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

    2- Di meja makan

    Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.

    Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

    3- Serat larut: senjata rahsia anda

    Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

    Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.

    Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

    Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

    4- Mengawal tekanan darah

    Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

    5- Awasi berat badan anda

    Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

    Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

    Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

    6- Berhenti merokok

    Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

    7- Jangan lupa berjumpa doktor!

    Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.

    - Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.

    Artikel ini sumbangan oleh Program Menangani Wabak Diabetes (FAD) Penjagaan Jantung yang dianjurkan oleh Institut Diabetes Negara (NADI). Program ini juga disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat daripada Roti Gardenia Breakthru. Untuk pertanyaan, sila hubungi NADI di talian 03-78761676/78761677.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    adeq qai

    • *
    • terajui islam,..[]/system down!+tQ+
      • View Profile
    Reply #2 01 October, 2007, 04:54:36 PM
  • Publish
  • apa tanda2 awal penyakit y berkait ngan jantung?????

    tue y jadik tanda tyer qai skang,..
    sahabat,.teman,.
    dengarkanlah luahan hatiku
    yang melayar rindu,..

    ^_+

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 28 July, 2009, 12:13:26 PM
  • Publish

  • Fakta jantung

    Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.

    Jantung mengepam sekitar 80 cc darah bagi setiap degupan. Degupan jantung adalah antara 70 denyutan setiap minit, dan dalam satu hari jantung akan mengepam 8 ribu liter darah ke seluruh tubuh.

    Jantung bekerja secara automatic melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.

    Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.

    Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.

    Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.

    Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.

    Faktor-faktor utama yang menjadi risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari adalah:

        * Merokok
        * Tahap kolesterol yang tinggi
        * Darah tinggi
        * Diabetes mellitus (kencing manis)
        * Keturunan

    Senaman meningkatkan permintaan sistem pengaliran darah membuat jantung bekerja lebih efisyen. Adalah disarankan untuk berjalan, berjogging ringan, berenang atau berbasikal selama 30 hingga 40 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

    Penyakit jantung mungkin tidak boleh didiagnosis pada peringkat awal. Oleh itu, amat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian stress secara rutin, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 45 tahun.

    Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stress.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 28 July, 2009, 12:21:45 PM
  • Publish
  • Tanda-tanda serangan jantung


    Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

    Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

    Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

    Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung

    Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

    60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 28 July, 2009, 12:31:46 PM
  • Publish
  • Sakit Jantung

    Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

    Serangan Penyakit Jantung

    Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

    Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".


    Faktor Penyebab

    Asap Rokok

              Mempercepatkan pembekuan darah
              Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
              Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
              Tekanan Perasaan
              Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
              Tekanan darahnya juga meningkat.


    Kandungan Lemak Yang Tinggi

              Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega,
                  minyak sapi,   daging berlemak.


    Kurang bersenam

             Senaman penting untuk menguatkan jantung.
              Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke   jantung.  Bersenamlah.


    Darah Tinggi

        Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
              Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
              Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
    Kencing Manis

             Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
    Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

              Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
              Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
              Jika anda merokok.
              Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
              Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
              Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
              Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan
              lemak yang tinggi.
              Jika anda kurang bersenam.
              Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

    Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

          Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang
              menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda
              penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
        
              Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
        
              Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi
             atau kencing manis.
        
             Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
        
             Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari
             terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan
             lain-lain sepertinya.
        
             Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
        
    Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.


    artikel dari :  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=606%3Asakit-jantung&catid=200%3Ajenis-jenis-penyakit&Itemid=4
    « Last Edit: 31 July, 2009, 01:40:59 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #6 28 July, 2009, 12:33:21 PM
  • Publish
  • saya pun penah rase sesak dada sbelah kiri, tp xtau la sbb ape.:sedihnya:
    trime kasih ummi sbb kasi info ni, pasni kena pegi chek doct.

    wan_sgmt

    • *
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #7 28 July, 2009, 01:02:52 PM
  • Publish
  •  :)

    TAMBAHAN :


       1. DAYA TARIK SEKSUAL
          Jantung Manusia Penelitian terhadap 2.500 lelaki usia 49-54 tahun menunjukkan, lelaki yang orgasme sedikitnya tiga kali seminggu, risiko kematian akibat penyakit jantung koroner turun menjadi separuhnya. Aktiviti seksual dapat meningkatkan detik jantung hingga dua kali lipat dan membakar sekitar 200 kalori atau setara dengan lari cepat selama 15 minit.

       2. JANTUNG PEREMPUAN
               Penyakit jantung telah menyebabkan kematian pada 500.000 perempuan Amerika setiap tahun atau 50.000 lebih banyak dari korban lelaki. Serangan jantung pada perempuan diawali dengan tanda-tanda; sesak nafas, terasa ada tekanan di jantung, hidung seperti tersumbat, rasa sakit pada punggung dan rahang.

       3. PERBAIKAN JANTUNG
              Jika jantung Anda rosak, di masa depan mungkin boleh diperbaiki. Saat ini sejumlah ahli sedang meneliti seekor keldai merah guna mengembangkan terapi sel untuk manusia yang jantungnya rusak. Sel jantung binatang amfibi ini cepat sekali membantu pemulihan otot jantung, sifatnya mirip sel punca.

       4. DARI HATI KE HATI
              Komunikasi dengan haiwan dalam studi yang dilakukan seorang ahli menunjukkan bahwa detak jantung binatang yang disentuh manusia merupakan cerminan detak jantung manusia yang menyentuhnya. Ini dapat menggantikan metode lama untuk mengetahui tingkat stres seseorang.

       5. JANTUNG BESAR
              Seseorang dengan ukuran jantung yang besar tidak ada hubungannya dengan besar hati. Ukuran jantung yang besar ternyata menandai penyakit jantung yang tersembunyi. Jantung yang membesar biasa disebut sebagai “dilated cardiomyopathy”. Ukuran jantung yang besar menyebabkan jantung harus memompa dengan keras agar cukup dialiri darah. Jika tidak dirawat bisa berisiko gagal jantung.

       6. TERTAWA ITU SEHAT
              Tertawa terbahak-bahak hingga Anda mengeluarkan air mata selain membuat perasaan nyaman juga membuat relaks dinding-dinding saluran darah (endothelium), dan menyebabkan darah lancar mengalir selama 45 menit setelah tawa pecah. Kerusakan pada “endothelium” dapat menyempitkan pembuluh darah dan mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

       7. “MINUM JANTUNGMU”
             Kulit anggur yang banyak mengandung antioksidan amat bagus bagi kesihatan. Anggur putih dan anggur merah rupanya sama-sama menyebabkan senyawa perlindungan jantung menjadi tertutup. Jadi, berhat-hatilah dengan kesukaan Anda minum anggur.

       8. PERJALANAN DARAH
              Dalam seminit jantung Anda mampu mengepam darah ke setiap sel tubuh Anda. Dalam sehari, sekitar 100.000 detak jantung Anda telah memompa 2.000 gelen darah segar (mengandung oksigen) beberapa kali hingga menempuh jarak 60.000 mile (sekitar 96.000 kilometer). Sungguh pekerjaan berat bagi otot yang hanya berukuran sekepalan tangan.

       9. PATAH HATI
    Putus cinta dengan kekasih atau menghadapi kematian saudara dekat dapat meningkatkan risiko terkena serangan jantung. Demikian hasil sejumlah penelitian. Perasaan trauma semacam itu juga memicu munculnya hormon stres ke dalam aliran darah dan membuat jantung sempat terhenti sejenak. “Simpton” (gejala) yang muncul bisa berupa sesak napas, dada terasa sakit. Namun, biasanya gejala ini langsung hilang dalam beberapa hari.

      10. TANDA CINTA
     Benda dengan bobot 5 kilogram, berupa kumpulan otot yang penuh darah yang kita sebut jantung menjadi simbol universal untuk cinta. Orang Yunani percaya bahwa jantung adalah tempat tinggalnya semangat (spirit), sementara China mengaitkannya dengan kebahagiaan. Orang Mesir berpikir bahwa perasaan dan kemampuan intelektual muncul dari jantung. Tak ada yang tahu sebenarnya simbol cinta itu berasal dari mana pada mulanya.
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 31 July, 2009, 01:41:42 PM
  • Publish

  • Apa itu Sakit Jantung - Rawatan Sakit Jantung

    Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung (coronary thrombosis). Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman. Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

    Jika anda menghidap diabetis jenis 1 atau jenis 2, pengaliran tenaga qi yang lemah pada bahagian organ dalam badan adalah disebabkan berat badan yang terlebih dan kurang senaman. Simptom yang berbeza pada coronary thrombosis, simptom yang biasa adalah : sakit yang secara tiba-tiba pada bahagian sternum (tulang payudara) atau pada bahagian hadapan dada di sebelah kiri tangan.kesan daripada radiasi kesakitan berkemungkinan akan menular ke lengan sebelah kiri. Kesakitan juga boleh radiasi ke arah tangan, rahang, telinga, perut dan lengan kanan. Ia akan menjerut dalam atau keliling tengkuk. Selepas itu akan terjadi masalah pernafasan yang teruk atau secara tiba-tiba. Selepas kesakitan, seseorang itu akan pengsan secara tiba-tiba atau pening yang teruk.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 31 July, 2009, 01:43:41 PM
  • Publish

  • Petanda Bahaya  - Rawatan Sakit Jantung

    Apabila sakit dada yang teruk atau mana-mana simptom di atas terjadi secara tiba-tiba, ia kemungkinan adalah coronary thrombosis. Angina terjadi apabila anda kurang berusaha dan anda seharusnya berusaha secara fizikal untuk menjadikannya seperti biasa hari ke hari. Satu petanda bahaya yang penting adalah penyakit koronari arthrosklerosis menjadi teruk apabila berapa banyak usaha untuk merawat angina menjadi kurang. Perlu diingatkan angina akan terjadi apabila anda tidak berusaha langsung. Jika angina terjadi secara tiba-tiba semasa anda berehat dan bertahan selama 10 minit, secepat mungkin pergi ke hospital berdekatan.

    Reply #10 31 July, 2009, 03:04:18 PM
  • Publish
  • Masya`Allah,takutnya penyakit ni..pernah tgk rawatan pesakit jantung..hu...mdah2an dapat di elakkan sakit jantung ni

    Reply #11 31 July, 2009, 04:41:28 PM
  • Publish
  • Kita sama-samalah berdoa moga allah s.w.t melindungi kita dari penyakit2 merbahaya..moga kita semua berada dalam perlindungannya.insyaallah.

    Reply #12 23 September, 2009, 06:29:25 AM
  • Publish
  • Try amalkan terapi Solat Tahajud.InsyaAllah ia membantu bukan sahaja untuk jantung malah penyakit jiwa (termasuk stres) dsb

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #13 23 September, 2009, 07:24:03 AM
  • Publish
  • Jantung tu, tugasnya pam darah, dalam hadis nabi, ada kenyataan, syaitan berlari dalam darah manusia, itulah punca segala penyakit, akibat lalai Ingat Allah. idak kenal Allah, padahal awal deeen ialah mengenal Allaah,

    maaf ya tuan doktor dan pelajar medical, teropong tuan tuan tak dapat melihat syaitan

    tetapi apakah anda tak mahu percaya dengan sunnah? tak mahu percaya dengan sirah?

    manusia memanglah, sangat menyukai Nafsu, malah ada yang mempertuhankan Nafsu. dan Nafsu sangat suka kepada pujukan syaitan,

    Input diri bukan hanya melalui mulut, apa yang kita kunyah makan minum, malahan, tel;inga, apa yang di dengari, hidung , apa yang di hidu? mata apa pula di lihatnya? nah terbentuklah, di 'hati, titik noda, hitam, menjadikan keras hati, tentu saja syaitan lebih ramai, dalam darah, rujuk Quran 43 46.

    Rahsia ada dalam diri masing masing >> bertanyalah dengan 'ahli zikir' yakni orang yang mengetahui

    Sum79

    • *
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Reply #14 23 September, 2009, 09:22:22 PM
  • Publish
  • Jantung tu, tugasnya pam darah, dalam hadis nabi, ada kenyataan, syaitan berlari dalam darah manusia, itulah punca segala penyakit, akibat lalai Ingat Allah. idak kenal Allah, padahal awal deeen ialah mengenal Allaah,

    maaf ya tuan doktor dan pelajar medical, teropong tuan tuan tak dapat melihat syaitan

    tetapi apakah anda tak mahu percaya dengan sunnah? tak mahu percaya dengan sirah?

    manusia memanglah, sangat menyukai Nafsu, malah ada yang mempertuhankan Nafsu. dan Nafsu sangat suka kepada pujukan syaitan,

    Input diri bukan hanya melalui mulut, apa yang kita kunyah makan minum, malahan, tel;inga, apa yang di dengari, hidung , apa yang di hidu? mata apa pula di lihatnya? nah terbentuklah, di 'hati, titik noda, hitam, menjadikan keras hati, tentu saja syaitan lebih ramai, dalam darah, rujuk Quran 43 46.

    Rahsia ada dalam diri masing masing >> bertanyalah dengan 'ahli zikir' yakni orang yang mengetahui
    betui3, sendiri mau ingat ler...
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    Qishashul

    • *
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #15 05 December, 2009, 03:06:11 PM
  • Publish
  •    Hidup Sihat, Jantung Sihat
    Berhenti Merokok

    Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

    Harungi Hidup Dengan Tenang

    Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan

    Jantung Sihat Sepanjang Hayat

    Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

    Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

    Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

    Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

    Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

    Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

    Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):

    Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.
    Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

    maharcinta5740

    • *
    • Aku Hamba Allah...
      • View Profile
    Reply #16 24 December, 2009, 01:46:24 PM
  • Publish
  • Masya`Allah,takutnya penyakit ni..pernah tgk rawatan pesakit jantung..hu...mdah2an dapat di elakkan sakit jantung ni

    penyakit jantung juga salah satunya disebabkan oleh kolestrol yang tinggi..perkara ini seterusnya akan menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan hariannya.
    "aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."
    (Imam Nawawi)  baguss

    Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang menghijau.. ceria* ceria* ceria*

    Reply #17 02 January, 2010, 09:03:15 PM
  • Publish
  • Apa jadi ye jika jantung itu membengkak??
    implikasi kepada pesakit??
    syukran

    Reply #18 23 December, 2010, 11:04:15 AM
  • Publish
  • dulu slalu sakit dada sblh kiri. bila nak tarik nafas rasa sakit sangat. jadinya kena hold nafas dlu (tak nafas) tapi berlaku kadang-kadang sahaja. biasanya 1-2 minit. sekarang alhamdulillah dah jarang sangat terjadi. tapi masih tidak tahu kenapa mcacam tu berlaku.
    halaqahforum4

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #19 23 December, 2010, 11:53:24 AM
  • Publish
  •  :msya:
    Manusia dikurniakan jantung untuk intranfusi darah ke  pembuluh nadi yang menjalar kealiran urat seluruh tubuh anggota badan,jika aliran darah itu tersendat maka akan terganggu transfusi aliran darah itu,

    sebab akibatnya dari tenaga dan tangan manusia itu sendiri yang tiada tahu untuk mengatasi dan menangani gaya hidup yang sihat,maka akal dan urat saraf yang beraliran darah diotak juga tersendat maka timbullah kanser otak ataupun hati dan pembuluh jantung yang tersumbat....

    Tapi dalam hal Allah swt Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang menciptakan yang paling besar dan Dasar manusia,namun manusia tetap tak menyadarinya.

    .iaitu
     Jantung Al-Qur'an...

    Beribu-ribu dan jutaan melion manusia yang tak hiraukan dan mengambil peduli halnya

    namun Jantung itu Tetap Berdenyut dan memberikan Harapan hidup pada manusia yang perlukan Hidup dan manusia yang telah mati,namun apa  yang terahsia tidak menjadi Sakit dan menyakiti apalagi di SAKITI

    Tetapi hanya  dibaca oleh segelintir manusia yang Maheer dan tahu fungsi yang tersirat sanubari mesej Allah swt.

    Sedarkah kita hal KELEMAHAN DAN KEDHOIFAN kita Sendiri dalam hal heran dan persoalkan itu dan ini?
    namun inginkan hidup yang mudah tanpa susah???


    Oleh karenanya dalam firman-Nya, Allah Swt melarang hamba-Nya menanyakan tentang kesusahan yang mereka hadapi dalam menunaikan kewajiban.
    أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَسْأَلُواْ عَنْ أَشْيَاء إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُواْ عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللّهُ عَنْهَا وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ (101) قَدْ سَأَلَهَا قَوْمٌ مِّن قَبْلِكُمْ ثُمَّ أَصْبَحُواْ بِهَا كَافِرِينَ (102) (المائدة الأية 101 – 102)
    [/size]
    Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) yang jika dijelaskan kepadamu, niscaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Qura’an itu sedang dipaparkan, niscaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan kamu tentang hal-hal itu, Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya telah ada sekelompok kaum sebelum kamu yang menanyakan hal serupa, kemudian mereka pada kafir (tidak percaya)” (QS. Al-Maidah: 101-102)
    صدق الله العظيم   



    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4