KEBANGKITAN ISLAM ANTARA TA'AT KEPADA SYARA' DAN TA'AT KEPADA SISTEM PENTADBIRAN

*

Author Topic: KEBANGKITAN ISLAM ANTARA TA'AT KEPADA SYARA' DAN TA'AT KEPADA SISTEM PENTADBIRAN  (Read 2116 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Liyana_Afifah

  • *
  • Posts: 20
    • View Profile
04 December, 2007, 12:32:19 AM
  • Publish
  • Gerakan Islam ialah sutau yang membawa kepada ta'at akan ALLAH S.W.T dan syari'atNYA.

    Apabila ta'at kepada tanzim melebihi ta'at kepada ALLAH S.W.T dan syari'at akan membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.

    Ta'at itu hanya wajib kepada ALLAH SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebaikan (ma'ruf). Seseorang Muslim itu wajib ta'at kepada ALLAH S.W.T, Rasul serta ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan.
    Firman ALLAH S.W.T dalam Suratun Nisa' ayat ke 65 yang bermaksud:
    " Maka demi TUHANmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."

    Ini memberikan kepada kita satu kaedah ta'at kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda RasuluLLAH s.a.w: " Ta'at itu kepada perkara-perkara kebaikan." Dan lagi sabda RasuluLLAH s.a.w.: " Tiada keta'atan kepada makhluq yang menyuruh kepada kemaksiatan."

    SYARI'AT ALLAH S.W.T MELIPUTI SEMUA MAKHLUQ

    Di sana terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syari'at ALLAH S.W.T. Demokrasi merupakan hukum pada manusia. Manakala hukum Islam (syari'at) itu hukum pada sisi ALLAH S.W.T.
    Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
    " Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila ALLAH S.W.T dan RasulNYA menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."
    (Suratul Ahzaab : 36)
    Firman ALLAh S.W.T yang bermaksud:
    " Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALLAH S.W.T dan Hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) ALLAH S.W.T dan RasulNYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, ALLAH S.W.T telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNYA; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. ALLAH S.W.T redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan ni'mat pemberianNYA. Merekalah penyokong-penyokong (agama). Ketahuilah! sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) ALLAH S.W.T itu ialah orang-orang yang berjaya."
    (Surahtul Mujadalah : 22)

    TA'AT KEPADA KETUA ITU MERUPAKAN KETA'ATAN KEPADA ALLAH S.W.T

    Ta'at kepada seorang pemimpin atau ketua yang menjalankan tugas di atas dasar kebaikan bukan kemaksiatan merupakan ta'at kepada ALLAH S.W.T.

    Sabda RasuluLLAH s.a.w: " Sesiapa yang ta'at kepada ketuanya, sesungguhnya dia ta'at kepadaku, dan barangsiapa ta'at kepadaku maka dia ta'at kepada ALLAH S.W.T. Sesiapa yang berpaling dari ketua, maka dia telah membuat maksiat kepadaku, dia juga telah membuat maksiat kepada ALLAH S.W.T."

    Perkara ini sangat penting kepada setiap ahli gerakan Islam. Sama ada dia sebagai seorang ketua (Pemimpin), ahli dan sebagainya. Ini bagi menjamin dasar yang dibawa oleh sesuatu gerakan itu terlaksana.

    Islam mengajarkan kepada kita tentang kebaikan dan keburukan kepada Ummat Islam. Barangsiapa yang sengaja mengingkarinya, amatlah dilarang dan mereka akan mendapat balasannya kelak:

    - Semua orang telah maklum, tentang perbuatan mencela dan mencaci itu merupakan perkara yang terlarang. 
      Syara' telah menjelaskan akibat bagi orang-orang yang melakukan maksiat.

    - Zakat merupakan fardhu kepada Ummat Islam. Ianya memberi kebaikan yang banyak kepada Ummat Islam.

    - Barangsiapa yang berpaling dari kegiatan-kegiatan gerakan Islam (da'wah) tanpa sebarang keuzuran (bagi yang
      sentiasa beriltizam dengan gerakan) dia telah melakukan maksiat. Manakala menghadiri sesuatu kegiatan yang
      dijalankan merupakan suatu yang amat berfaedah dan mendapat ganjaran.

    - Tiada perbezaan di antara hubungan sesama Islam dan hubungan di antara anggota sesuatu pertubuhan.
      Masing-masing saling memerlukan di antara satu sama lain seperti satu bangunan yang dibina kukuh.

    Malangnya sekarang ini ramai yang membezakan di antara sesuatu gerakan dengan orang yang bukan ahli seperti memilih hanya ahli-ahlinya sahaja yang akan mendapat segala kemudahan dan kesenangan. Di manakah gerakan yang benar-benar dapat menarik perhatian manusia lain ke arah kebaikan? Jika dilihat Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna tidak menghadkan siapa yang diberi perhatian dan keutamaan. Beliau mengajak semua manusia ke arah kebaikan. Tiada perbezaan di antara ahli gerakannya dan bukan ahli.

    - Sikap saling tolong menolong di kalangan Ummat Islam wajib di sisi syara'. Serta menjaga kehormatan diri, harta
      saudara mereka adalah wajib.

    Di manakah kedudukan Ummat Islam sekarang. Masing-masing ingin menegakkan kuasa sendiri, tidak kisah lagi apa yang akan terjadi kepada saudara mereka. Bahkan mereka sanggup bermusuhan sesama sendiri asalkan kepentingan diri tercapai. Inilah yang berlaku di negara-negara Islam sekarang.

    - Berkasih sayang kerana ALLAH S.W.T serta benci juga kerana ALLAH S.W.T.

    Telah dimaklumi bahawa wajib ke atas orang Islam itu mengasihi saudaranya. Sama ada yang sesama ahli dalam gerakan ataupun tidak. Tiada beza lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang sentiasa beriltizam dengan ajaran Islam. Islam mengajarkan kita supaya berkasih sayang itu di atas dasar agama, bukan kerana sebab-sebab yang lain. Bagi orang-orang yang bergiat dalam gerakan Islam, mereka tidak seharusnya hanya mementingkan hubungan sesama mereka dan tidak dengan orang-orang lain. Ini adalah perilaku yang salah.

    Sekiranya ini dapat dibawa oleh seorang pemimpin dalam gerakannya maka syari'at Islam akan dapat dilaksanakan dengan baik. Inilah pentingnya ta'at kepada syari'at bukannya kepada tanzim.

    Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
    "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
    (Surah Qaaf : 37)

    Petikan daripada buku : API KEBANGKITAN ISLAM & CABARAN ABAD KE-21
    Oleh: FATHI YAKAN


    "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu...Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..." (Imam Nawawi)

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Reply #1 04 December, 2007, 01:11:18 PM
  • Publish


  • Di manakah kedudukan Ummat Islam sekarang. Masing-masing ingin menegakkan kuasa sendiri, tidak kisah lagi apa yang akan terjadi kepada saudara mereka. Bahkan mereka sanggup bermusuhan sesama sendiri asalkan kepentingan diri tercapai. Inilah yang berlaku di negara-negara Islam sekarang.

    Ye....dimanakah?????
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    matsabu

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #2 16 May, 2009, 04:28:57 PM
  • Publish


  • Di manakah kedudukan Ummat Islam sekarang. Masing-masing ingin menegakkan kuasa sendiri, tidak kisah lagi apa yang akan terjadi kepada saudara mereka. Bahkan mereka sanggup bermusuhan sesama sendiri asalkan kepentingan diri tercapai. Inilah yang berlaku di negara-negara Islam sekarang.

    Ye....dimanakah?????


    sekarang,khalifah tiada....negara islam pon tiada...jika persidangan OIC merancang penegakkan khilafah,sudah tentu penerapan hukum islam akan diterapkan semula secara kaffah diseluruh dunia....mungkin islam akan menakluk 2/3 dunia semula...allahhuakbar....

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Reply #3 16 May, 2009, 07:15:37 PM
  • Publish
  • ]


    Di manakah kedudukan Ummat Islam sekarang. Masing-masing ingin menegakkan kuasa sendiri, tidak kisah lagi apa yang akan terjadi kepada saudara mereka. Bahkan mereka sanggup bermusuhan sesama sendiri asalkan kepentingan diri tercapai. Inilah yang berlaku di negara-negara Islam sekarang.

    Ye....dimanakah?????


    sekarang,khalifah tiada....negara islam pon tiada...jika persidangan OIC merancang penegakkan khilafah,sudah tentu penerapan hukum islam akan diterapkan semula secara kaffah diseluruh dunia....mungkin islam akan menakluk 2/3 dunia semula...allahhuakbar....



    yang ada ISA ... peace~~~
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    matsabu

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #4 16 May, 2009, 10:48:30 PM
  • Publish
  • ]


    Di manakah kedudukan Ummat Islam sekarang. Masing-masing ingin menegakkan kuasa sendiri, tidak kisah lagi apa yang akan terjadi kepada saudara mereka. Bahkan mereka sanggup bermusuhan sesama sendiri asalkan kepentingan diri tercapai. Inilah yang berlaku di negara-negara Islam sekarang.

    Ye....dimanakah?????


    sekarang,khalifah tiada....negara islam pon tiada...jika persidangan OIC merancang penegakkan khilafah,sudah tentu penerapan hukum islam akan diterapkan semula secara kaffah diseluruh dunia....mungkin islam akan menakluk 2/3 dunia semula...allahhuakbar....



    yang ada ISA ... peace~~~


    ISA....tak takut ke....nanti masuk ISA....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    2958 Views
    Last post 21 June, 2010, 06:57:41 AM
    by rich_km
    1 Replies
    1091 Views
    Last post 19 June, 2007, 01:24:38 PM
    by d_heikel
    2 Replies
    2480 Views
    Last post 04 December, 2007, 12:38:30 AM
    by Liyana_Afifah