Perubahan sikap cara tangani tekanan emosi

Author Topic: Perubahan sikap cara tangani tekanan emosi  (Read 5562 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
24 November, 2007, 11:24:47 AM
  • Publish Di FB
  • APABILA rasa takut, marah, tertekan dan berlaku perubahan emosi secara tiba-tiba, badan kita mengeluarkan adrenalin. Secara fisiologi kita akan menunjukkan reaksi dan bersedia untuk melawan atau cabut lari (fight or flight).

    Jantung berdebar kerana kadar kelajuan jantung bertambah, pengaliran darah ke perut dan otak berkurangan. Pengaliran darah ke otot bertambah! Jika ada perasaan takut, aliran darah ke kulit berkurangan, muka menjadi pucat. Jika marah, tekanan darah bertambah, badan menjadi panas dan pembakaran makanan yang menjana tenaga meningkat (insulin banyak dikeluarkan untuk memproses gula dalam darah). Reaksi badan sebegini berpunca daripada tindakan refleks yang wujud dalam badan manusia sejak azali (ciptaan Allah). Ini adalah satu mekanisme survival.

    Cara manusia menghadapi musuh berbeza menurut zaman dan perkembangan
    teknologi. Pada zaman silam manusia menghadapi musuh atau binatang buas
    yang menyerang dengan tenaga fizikal. Kita memerlukan tenaga yang banyak. Demikian juga aliran darah ke otot, untuk bersedia kalau dilukai atau digigit binatang atau musuh lain. Darah pada kulit perlu kurang supaya pendarahan tidak kencang dan mudah berhenti.

    Pada masa ini, musuh kita datang dalam pelbagai bentuk. Di antaranya pengaruh dan kesan buruk komputer dalam kehidupan. Kerja pejabat yang menimbun, tarikh tamat kerja yang tidak ada hentinya, berkejar-kejar dengan mesyuarat dan berperang dengan kesesakan lalu lintas. Maka, reaksi 'fight fright or flight' menjadi suatu liabiliti. Ini lebih-lebih lagi, apabila keadaan tekanan (stress) berpanjangan dan adrenalin serta insulin sentiasa dirembeskan. Akibat tindak balas ini adalah 'penyakit'.

    Organ yang sentiasa kekurangan darah akan menjadi lemah dan tidak keruan. Organ yang mendapat lebih darah pun akan mengalami 'kesesakan'. Contohnya, perut yang kurang mendapat aliran darah menjejaskan penghadaman, penyerapan dan perkumuhan (pembuangan toksin). Apabila keadaan gangguan emosi berterusan, sistem pengeluaran hormon mula menunjukkan kesan bebanan emosi dan ini menjejaskan fungsi badan. Tanda bebanan ini menimbulkan gejala seperti keadaan sentiasa letih dan penat serta cepat marah, gangguan penghadaman, sembelit, terlalu kurus atau gemuk dan gangguan tidur. Keadaan ini apabila berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa reda akan menimbulkan penyakit kronik.

    Evolusi penyakit yang disebabkan perubahan emosi boleh difahami dengan
    melihat kepada satu contoh penyakit seperti kencing manis. Tekanan perasaan akan menyebabkan kadar hormon insulin sering meningkat, sementara gula dalam darah sering rendah. Individu ini akan ketagihan gula. Ini kerana kadar gula dalam darah kurang disebabkan pengeluaran insulin berlebihan yang dicetuskan oleh tekanan emosi. Lama kelamaan organ pengeluaran insulin akan 'kelelahan' (exhaustion) dan pengeluaran insulin akan berkurangan sehingga tidak dapat menunaikan keperluan badan. Dengan ini penyakit diabetes bermula.

    Perlu dielak pengambilan gula yang mudah serap seperti glukosa dan sukrosa. Kebanyakan penyakit kronik mempunyai rentetan yang bermula dengan tekanan yang akhirnya menyebabkan degenerasi organ tertentu dan seterusnya menghasilkan penyakit.

    Soalan sekarang, jika demikian, apa yang boleh dilakukan untuk meredakan
    tekanan emosi apabila sentiasa menghadapi keadaan dan keadaan yang  menimbulkan tekanan dalam kehidupan seharian? Banyak kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan bagi seorang mungkin tidak menyebabkan tekanan kepada orang lain.

    Jadi faktor yang menyebabkan tekanan, bukan semata-mata kerana keadaan
    yang tegang atau sukar, tetapi sikap seseorang itu melihat atau menanggapi sesuatu keadaan. Contohnya, Suzana tidak cekap memandu dan tidak suka memandu. Jadi, apabila tahu perlu bekerja luar, dia mula berasa tertekan. Malam sebelum perjalanan, dia susah tidur, selera makannya kurang dan kaki tangannya sejuk. Lain pula dengan Jo. Jo minat memandu dan menganggap memandu kereta jarak jauh sebagai sesuatu yang menggembirakan. Maka, apabila diberi tugas luar, dia tidak mengalami sebarang tekanan. Kerja berat dan susah bagi Suzana adalah kerja yang menggembirakan dan ringan pula bagi Jo.

    Tekanan bukan disebabkan semata-mata keadaan luaran tetapi tindak balas dari badan sendiri terhadap sesuatu rangsangan. Jadi kita harus meneliti semula reaksi badan kita ini. Sebenarnya ada jalan untuk mengubah tindak balas badan iaitu dengan perubahan sikap yang hanya boleh timbul selepas mengenali diri, reaksi badan dan mengenal pasti apa yang menyebabkan reaksi tekanan.

    Reaksi badan terhadap rangsangan berlaku sejak dari bayi dan berbeza di antara seorang individu dengan yang lain. Ia bergantung kepada pengalaman yang dilalui dan tentunya berbeza walaupun dari keluarga yang sama. Faktor dalaman yang menjadi reaksi terhadap rangsangan bukan perkara kecil dan kita boleh faham mengapa ada ayat al-Quran yang berbunyi "Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."

    Apabila reaksi terhadap rangsangan luaran tidak sesuai (seperti yang berlaku pada Suzana), maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masalah dan asam garam hidup. Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai masalah diri yang perlu ditingkatkan. Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.

    Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk menangani tekanan.
    - Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
    - Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.
    - Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.
    - Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.
    - Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.
    - Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa. Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.
    - Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu. Namun, Baginda berdoa :"Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."

    Selepas mengetahui faktor emosi dalam evolusi penyakit, jelas bahawa kesihatan kita bergantung kepada suatu perubahan dalam diri untuk menjadi seorang beriman dan bertaqwa serta penuh pergantungan kepada Allah.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #1 30 November, 2007, 04:13:45 PM
  • Publish Di FB
  • “Kenapa kamu tak menangis? Tak sayang mak bapak?” Soal seorang fasi kepada saya.

    Ingatan kepada program-program lalu yang pernah saya sertai membuatkan saya semakin berhati-hati apabila disuruh memikirkan modul. Dan memang jika diminta untuk menguruskan sesi muhasabah, memang saya tolak.

    Bukan apa, saya sendiri tidak pernah merasa apa-apa setiap kali menghadiri sesi muhasabah. Kadang-kadang modul yang digunakan buat saya rasa jemu, pelik, rasa tidak perlu, tidak penting dan sebagainya.

    Dan pernah saya duduk sama berbincang untuk menguruskan satu program. Sewaktu perbincangan tersebut menghala kepada sesi muhabah, terjadi dialog yang memelikkan saya.

    “Apa sebenarnya objektif diadakan sesi muhasabah ini?” Soal saya yang sebenarnya mahu menukar sahaja sesi itu kepada perkara lain.

    “Supaya timbul kesedaran dalam diri mereka. Nanti balik rumah dapatlah ibu bapa dia merasa tangan dicium, dipeluk.” Balas seorang fasi.

    Kemudian perbincangan diteruskan dan saya mendiamkan diri.

    “Aku rasa kena tukar la modul yang ini. Macam tak sesuai. Apa kata kita buat ini, ini, ini dan itu, itu, itu.” Kata si fulan 1.

    “Hurm. Tapi macam tak buat mereka rasa sedih saja. Aku tak menangis kalau kena modul macam ini.” Kata si fulan 2.

    Inilah yang saya pelik. Perlukah buat modul dengan harapan supaya si dia timbul rasa sedih dan menangis? Adakah kesedaran timbul dengan hanya ada kesedihan atau babak-babak menangis? Kerana inilah yang saya hadapi selama ini.

    Tidak pernah saya dapat berfikir dengan tenang kalau dalam keadaan menangis. Jadi, kalau tidak dapat berfikir dengan tenang, bagaimana pula ingin menyelesaikan setiap apa masalah yang saya lakukan.

    Bukankah muhasabah itu ertinya menilai setiap apa yang telah kita lakukan? Tidak kiralah kita menilai perkara yang baik atau perkara yang buruk yang kita lakukan. Tidak mungkin kita dapat menilai dengan baik dalam keadaan kita menangis teresak-esak. Takut-takut bercampur dengan emosi yang kacau-bilau.

    Andailah kata, kita buat satu modul muhasabah itu tetapi si dia tidak menangis. Janganlah kata dia tiada perasaan sayang atau apa-apa. Mungkin dia lebih matang untuk muhasabah dalam keadaan tenang daripada anda yang muhasabah dalam keadaan menangis teresak-esak.

    Menangis adalah proses menyesali akan perbuatan yang dilakukan. Muhasabah pula adalah proses supaya si dia menyedari dan menginsafi akan perbuatan yang dilakukan.

    Muhasabah dengan cara bercerita

    Saya bukanlah anti kepada sesi muhasabah yang sayu pilu, cuma saya dahulunya belajar di sebuah sekolah asrama yang sesi muhasabah setiap malamnya penuh dengan marah-marah. Tetapi dengan cara itu juga saya sedar apa silap yang telah dibuat.

    Setakat ini hanya dua sesi muhasabah sayu pilu yang berjaya buat saya sedar dan berfikir kesilapan lalu. Satunya pernah saya ceritakan dalam entri ’Zero to Hero’ yang kami duduk dalam satu kumpulan kecil dan menceritakan sesuatu perkara yang tidak pernah diceritakan kepada orang lain.

    Setiap seorang menceritakan masalah, kesilapan yang pernah dia buat dan bagaimana dia mengatasi, apa yang dia mahukan dan lain-lain lagi. Sementara yang lain duduk mendengar dan ada masanya mencelah memberi pandangan. Habis satu cerita, orang lain dalam kumpulan tersebut akan memberi pandangan, idea atau saranan yang baik kepadanya.

    Sesi kedua pula yang saya hadiri sebagai fasilitator. Ada dua orang fasilitator di hadapan menceritakan tentang dirinya dengan ibu bapanya. Apa kesilapan yang pernah dilakukannya dan bagaimana ibu bapa dia sayangkannya. Walaupun ada kalanya dia dimarahi kerana perkara yang dia tidak rasa salah pun.

    Kadang-kadang mendengar cerita orang lain lebih membuatkan kita sedar betapa berharganya hidup kita daripada modul kapal layar karam di tengah laut dan sebagainya.

    Kalau kita melihat dan membaca buku-buku motivasi pun, kebanyakannya dipenuhi dengan cerita-cerita. Dan buku ‘La Tahdzan’ yang menjadi sebutan ramai juga penuh dengan cerita.

    Perkara yang perlu diberi perhatian

    Dialog di awal entri saya itu bukan direka-reka. Memang betul-betul dikatakan kepada saya. Kerana itu saya mohon kepada mana-mana fasilitator yang ingin membuat modul muhasabah ini supaya menjaga setiap kata-kata anda.

    Kadang-kadang dengan hanya melihat orang menangis pun, emosi kita boleh terganggu. Mungkin itu yang menyebabkan fasilitator tersebut tersilap sebut, terlepas cakap dan sebagainya.

    Pernah saya pergi ke rumah anak yatim untuk majlis berbuka puasa dan salah seorang anak yatim tersebut menceritakan sesuatu kepada saya. Ada ceritanya di entri http://studiomuslim.com/motivasi/berfikir-sebelum-bercakap/

    “Dulu pernah ada kumpulan pelajar universiti buat program di sini. Ada seorang kakak tu kononnya nak buat sesi muhasabah biar orang menangis. Tapi banyak benda yang dia terlepas cakap.”

    “Terlepas cakap macam mana?” Soal saya.

    “Ada ke dia kata ‘Apa kamu tak sayang ibu bapa kamu yang dah meninggal ke?’, ‘Mak bapak kamu dah mati, tetapi kamu tak sedar diri!’.”

    Inilah yang ditakuti berlaku jika modul muhasabah itu tidak dirancang betul-betul. Ada perkara yang kita boleh kita sebut dan tidak boleh kita sebut. Ada perkara yang perlu berhati-hati untuk menyebutnya.

    Walaupun program tersebut bukan untuk anak yatim, kemungkinan untuk ada salah seorang daripada peserta itu adalah anak yatim perlu difikirkan. Kalau pun memang tiada langsung, tetapi ada juga peserta yang memang telah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk ibu bapanya, cumanya dia tidak menangis.

    Kalau betul-betul mahu buat sesi muhasabah sayu pilu, setiap perkataan perlu dijaga sebelum menyebutnya. Dan ingat kembali objektifnya adalah untuk memberi kesedaran bukannya supaya mereka yang mendengar itu akan menangis.

    P/s: Entri ini ditulis oleh seorang fasilitator biasa-biasa tanpa apa-apa pengalaman hebat. Jadi janganlah disedut 100%.

    http://studiomuslim.com/kembara/kenapa-tidak-menangis/#more-75
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    mieIKIM

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #2 30 November, 2007, 09:06:10 PM
  • Publish Di FB
  • Ye, kite perlu fikir ke hadapan dan open-minded.
    Donto Koi.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    19 Replies
    11927 Views
    Last post 14 July, 2012, 11:17:41 PM
    by rabbitah
    6 Replies
    1863 Views
    Last post 22 February, 2011, 03:06:51 PM
    by ROHANIKU
    11 Replies
    785 Views
    Last post 17 October, 2013, 10:30:58 AM
    by keMuNcUpp