Qurban dan Aqiqah - Page 1

*

Author Topic: Qurban dan Aqiqah  (Read 54667 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

19 November, 2007, 09:24:30 AM
  • Publish
  • Pengertian Qurban



    Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
    Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
     PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

     Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.


    Firman Allah subhanahu wata‘ala:

    { فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

    Maksudnya:
    “Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
    (Surah Al-Kauthar 108:2)

    Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.


    Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.


    Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
    HUKUM MELAKUKAN QURBAN

     Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
    Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
     “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
    (Riwayat Tirmizi)

     

    PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

    Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

    Qurban Wajib
     Qurban Nazar.

    Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
     Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

    Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
    Qurban Sunat

     Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

     SYARAT-SYARAT QURBAN

     Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

    Syarat Wajib/Sunat Qurban.
    Syarat Sah Qurban.
    Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.
     

    Syarat Wajib/Sunat Qurban

     1.     Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

    2.     Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

    3.     Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

     

    Syarat Sah Qurban

    Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

    Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


    Hendaklah disembelih oleh orang Islam.


    Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
    Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

    Islam.
    Merdeka.
    Aqil Baligh.
    Bermukim atau Musafir.
    Berkemampuan.
     

     WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

     Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
    “Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

    BINATANG QURBAN

     Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

    Jenis binatang yang diqurban.
    Umur binatang qurban.
    Kadar binatang yang disembelih.
    Sifat–sifat binatang qurban.
    1. Jenis Binatang Yang Diqurban
    Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

    Firman Allah subhanahu wata‘ala:
    { وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
    Maksudnya:
    “Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
    (Surah Al-Hajj 22:34)

    Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


    Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.


    Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
     

    “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

     2. Umur Binatang Qurban

    Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

    Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
    Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
    Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
    Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.
    3. Kadar Binatang Yang Disembelih
    Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

    “Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

    Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
    “Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

     

    4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

    Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

    Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
    Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
    Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
    Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
    Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
    Bertanduk.
    Putih warna bulunya (pada kibasy).
    Jantan.
    Sifat yang makruh pada binatang qurban:

    Rabit telinganya.
    Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
    Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
    Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
    Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
    Kabur penglihatannya.
     

    PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

    Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.


    Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.


    Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.


    Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.


    Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.


    Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.


    Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.


    Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.


    Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.


    Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.


    Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:

    Membaca basmalah.
    Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
    Binatang diarahkan ke arah qiblat.
    Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
    Berdoa.
     
    12.     Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

    “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

    13.     Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

    “Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

     

    PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

     Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.


    Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.


    Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
    .
    Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.


    Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.
     

    HUKUM DAGING QURBAN

     Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.


    Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.


    Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian  dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
    { فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
    Maksudnya:
    “Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
    (Surah Al-Hajj, 22:28)

    Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
    { وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
    Maksudnya:
    “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
    (Surah Al-Hajj, 22:36)

    Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

    Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
    .
    Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.


    Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.


    Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.


    Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib  pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.


    Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
     
     
    © Jabatan Mufti Negeri Melaka
    « Last Edit: 19 November, 2007, 09:26:43 AM by faseh@فصيحة »
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    Reply #1 19 November, 2007, 09:26:19 AM
  • Publish
  • `Aqiqah

    PENGERTIAN ‘AQIQAH

    ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
    HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

    Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
     WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

    Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.


    Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
    كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

    Maksudnya:
    "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
    (Riwayat Abu Daud)

     SYARAT ‘AQIQAH

    Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.


    Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
     PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

    Berdoa semasa hendak menyembelih:


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".


    Menyembelih ketika matahari sedang naik.


    Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.


    Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.


    Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


    Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 
     

    PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

    Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.


    Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.


    Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 


    Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.


    Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 


    Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.


    Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.


    Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.

    Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
     

    HIKMAH ‘AQIQAH

    ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
    Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
    Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
    Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
    Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
    Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
     Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

    Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

    ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.


    Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.


    ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.


    Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
     

    Reply #2 19 November, 2007, 02:41:15 PM
  • Publish
  • Untuk binatang yang kita korban atau aqiqah, akan Allah jadikan ia kenderaan untuk melintas titian sirat.Apabila Allah yang menyediakan kenderaan tersebut maka ianya tidak akan ada kecatatan dan keraguan untuk melepasi titian tersebut.Jadi, penting kita melakukan akikah dan korban bagi menyelamatkan diri dari jatuh ke dalam api nereka.

    Reply #3 19 November, 2007, 03:55:19 PM
  • Publish
  • jaza kumullahu khoiron kathira..
    kadangkala...ALLAH hilangkan mentari...kemudian DIA dtgkan guruh..puas kita menangis..mencari di mana mentari kita..rupa-rupanya ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yg indah..

    Reply #4 26 March, 2010, 10:25:46 AM
  • Publish

  • Tulang binatang Aqiqah

    Soalan :

    Adakah wajib tulang binatang yang diakikahkan ditanam semuanya atau terserah kepada yang berakikah atau ada di antara tulang-tulang yang boleh tidak ditanam?

    Jawapan:

    Tiada tuntutan terhadap tulang-tulang itu bahawa ia 'wajib' ditanam daripada nas syarie. Malahan ibadah akikah itu sendiri hukumnya sunat muakkad.

    Cuma terdapat beberapa hadis melarang memecahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah. Sunnah mengajar kita memotongnya mengikut sendi-sendi haiwan tersebut seperti hadis daripada Saidatina 'Aisyah r. a. yang bermaksud: "Yang paling afdal bagi anak lelaki (diakikahkan dengan) dua ekor kambing biri-biri yang setara keadaannya dan bagi anak perempuan (diakikahkan dengan) seekor kambing biri-biri. Dipotong pada sendi-sendi anggota (haiwan tersebut) dan jangan dipecah-pecahkan tulangnya".

    Hatta ketika makan seperti satu hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad r.a. mengadakan akikah anaknya, maka Rasulullah bersabda: "Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya."

    Sumber : Bicara Agama, Utusan Online 26 Mac 2010
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #5 02 April, 2010, 12:34:48 PM
  • Publish

  • SOALAN 1:


    Adakah ibadah akikah hanya dilakukan semasa kecil atau boleh dilakukan selagi hidup?

    JAWAPAN  1 :


    Ibadah akikah ini hukumnya sunat muakkad (yang dituntut) bukan wajib seperti yang dipercayai oleh sesetengah orang. Ibu bapa diberi kemudahan untuk melaksanakannya pada bila-bila masa dalam tempoh selepas tujuh hari lahir sehingga baligh.

    Jika anak-anak sudah baligh tetapi mereka masih juga tidak mampu tidak mengapa tidak melakukannya kerana tuntutan ke atas wali telah gugur dan sunat bagi diri anak-anak itu sendiri melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada diri baginda sendiri setelah diangkat menjadi Rasul (riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani).

    SOALAN 2 :

    Jika kini kami adik-beradik (tiga orang perempuan) ingin melakukan ibadah akikah, bagaimanakah caranya?

    JAWAPAN 2 :

    Ia ibadah yang mudah. Oleh kerana kalian bertiga perempuan, setiap seorang perlu menyediakan seekor kambing biri-biri (shah) untuk diakikahkan kerana ia adalah yang paling afdal.

    Ia bertepatan dengan pedoman hadis daripada Saidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya, 4/266, no. 7595. Jadi tiga ekor kambing biri-biri diperlukan.

    Apa yang lebih penting menentukan niat sembelihan untuk akikah dan untuk siapa: si fulanah binti si fulan.

    Ia perlulah disembelih oleh seorang lelaki Islam dengan alat sembelihan yang tajam. Tulang-tulangnya dipotong mengikut sendi dan tidak dihancurkan.

    Adalah lebih afdal daging tersebut dimasak masakan yang berasa manis. Kemudian diberi makan kepada orang ramai terutamanya fakir miskin.

    Terkini, ibadah ini ada diuruskan oleh syarikat-syarikat tertentu dan boleh diupah secara online seperti di http://www.korbanaqiqah.com.my.

    Wallahu A'lam.

    Reply #6 07 June, 2010, 03:45:21 AM
  • Publish
  • Apakah hukum akikah ?
    'it was fun especially when you do it in da name of ALLAH..what ever it is remember study and working is Jihad N Jihad can bring near to Allah N make u feel relief in this world full of stressness..;-)

    Reply #7 07 June, 2010, 08:21:47 AM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    Dalam episod yg lepas IMAN MUDA ada nayata persoalan ini..


    1.       MAKSUD :   

    ·         Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.


    2.       HUKUM :     

    ·         Sunat muakkad

    ·         Bagi lelaki    = sunat 2 ekor kambing

    ·         Bagi perempuan       = sunat 1 ekor kambing.

    ·         lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

    3.       WAKTU AKIKAH :                 

    ·         Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )

    ·         Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

    4.       SYARAT SAH :         

    ·         niat akikah ketika sembelih

    ·         tidak cacat serta cukup umur

    ·         ikut syarat sah sembelihan

    5.       DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :

    ·         mestilah binatang an'am

    ·         tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin

    ·         sunat dimasak manis dan dibuat jamuan

    ·         sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

    6.       SUNAT AKIKAH :

    ·         berdoa ketika hendak menyembelih

    ·         menyembelih ketika matahari sedang naik

    ·         dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan

    ·         tidak mematahkan tulang binatang akikah

    ·         mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah

    ·         dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

    7.       HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :           

    ·         sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat

    ·         untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah

    ·         bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan

    ·         mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat

    ·         sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak

    ·         menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata

    ·         mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

    8.       CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :

    ·         lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri

    ·         baca doa di kedua-dua belah telinga

    ·         sapu lelangit dengan benda manis

    ·         menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7

     
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #8 08 June, 2010, 02:39:07 AM
  • Publish
  • Terima kasih atas perkongsian

    Reply #9 01 November, 2010, 06:18:38 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....saya ada kemusykilan sedikit berkenaan dengan aqiqah. saya adalah seorang bapa yang ingin aqiqah utk anak kedua saya. Anak pertama saya telah saya aqiqah kan 9 tahun yg lepas. Tetapi sekarang, saya baru dapat tahu dari ibu saya, yang saya sendiri belum  di aqiqahkah. Jadi soalan saya, adakah sah aqiqah anak pertama saya yang saya aqiqah 9 tahun lepas. Terima kasih.

    Reply #10 04 November, 2010, 03:56:11 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....saya ada kemusykilan sedikit berkenaan dengan aqiqah. saya adalah seorang bapa yang ingin aqiqah utk anak kedua saya. Anak pertama saya telah saya aqiqah kan 9 tahun yg lepas. Tetapi sekarang, saya baru dapat tahu dari ibu saya, yang saya sendiri belum  di aqiqahkah. Jadi soalan saya, adakah sah aqiqah anak pertama saya yang saya aqiqah 9 tahun lepas. Terima kasih.
    :ws:
    Akikah untuk anak  pertama itu sah walaupun sendiri belum akikah. Mengakikahkan anak adalah tanggungjawap ibu bapa. Jadi anda sebagai bapa telah pun laksanakan tanggungjawap itu. Akikah atas saudara jatuh pada ibu bapa saudara, walaupun mereka belum lakukan mungkin ada sebab-sebab tertentu.

    Reply #11 04 November, 2010, 03:57:15 PM
  • Publish
  • Apakah hukum akikah ?

    Hukum  melakukan  akikah  adalah sunat muakad.

    Reply #12 04 November, 2010, 04:55:53 PM
  • Publish

  • UMUR KAMBING AQIQAH

    Soalan;

    Ustaz, kambing aqiqah kena umur berapa? Haruskah aqiqah dengan kambing betina?


    Jawapan;

    Syarat binatang untuk aqiqah sama seperti yang disyaratkan untuk korban dari segi jenis, umur, bebas dari kecacatan dan sebagainya.[1] Kambing ada dua jenis iaitu; [2]

    (1) Biri-biri (الضأن): iaitu jenis kambing berbulu tebal (termasuklah kibas, kharuf dan sebagainya). Yang sah dibuat korban dan aqiqah darinya ialah al-Jaza’ah (الجذعة) iaitu biri-biri yang genap setahun umurnya (yakni masuk tahun kedua) atau telah gugur gigi hadapannya sekalipun belum genap setahun.

    (2) Kambing biasa: iaitulah dari jenis kambing berbulu rambut. Yang sah dijadikan korban darinya ialah ath-Thaniyyah (الثنية) iaitu yang genap dua tahun umurnya (yakni masuk tahun ketiga) mengikut pendapat yang paling kuat. Ada juga pendapat menyatakan; yang dikatakan at-Thaniyyah bagi kambing biasa ini ialah yang genap setahun sebagai mana biri-biri di atas.

    Jabir r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jangan kamu menyembelih (untuk korban dan aqiqah) melainkan Musinnah kecuali jika susah bagi kamu memperolehinya, maka kamu sembelihlah Jazaah dari biri-biri” (Riwayat Imam Muslim). Menurut ulamak, Musinnah ialah unta, lembu dan kambing biasa (yang bukan biri-biri) yang telah mencapai umur Thaniyyah dan yang lebih tua darinya. Thaniyyah bagi unta ialah yang genap lima tahun, Thaniyyah bagi lembu ialah yang genap dua tahun. Thaniyah bagi kambing biasa ialah yang berumur genap dua tahun mengikut yang rajih (dan ada ulamak berpandangan; yang berumur genap setahun). Jaza’ah pula ialah binatang-binatang tadi yang umurnya kurang setahun dari umur Thaniyyah.[3] Jazaah bagi unta ialah yang berumur genap empat tahun, bagi lembu dan kambing yang berumur genap setahun dan bagi biri-biri juga yang genap setahun mengikut yang rajah (ada yang berpandangan; yang mencapai umur 6 bulan). Hadis tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa tidak harus disembelih binatang korban dan aqiqah dari Jaza’ah kecuali biri-biri sahaja (yakni (الضأن)).[4]

    Mengenai jantina, sah korban (begitu juga aqiqah) sama ada dengan binatang jantan atau binatang betina dengan sepakat para ulama’.[5] Berkorban dengan binatang jantan lebih afdhal dari binatang betina. Dan berkorban dengan binatang jantan yang belum pernah berkahwin (yakni berjima’) lebih baik dari yang pernah berkahwin. Begitu juga, berkorban dengan binatang betina yang belum pernah beranak lebih baik dari yang pernah beranak.[6]

    Wallahu a’lam.

    Nota kaki;

    [1] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 88-89.
    [2] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 287.
    [3] Syarah Soheh Muslim, juz. 13, kitab al-Udhiyyah.
    [4] Syarah Soheh Muslim, juz. 13, kitab al-Udhhiyah dan al-Majmu’, jil. 8, hlm. 286.
    [5] Begitu juga, sah dibuat korban binatang khunsa. (al-Iqna’, jil. 2, hlm. 818)
    [6] al-Majmu’, jil. 8, hlm. 290.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/search?q=korban

    Reply #13 04 November, 2010, 06:32:22 PM
  • Publish

  • DAGING KORBAN DAN AQIQAH


    Soalan;
    ustaz, soalan saya berkenaan Daging Aqiqah dan Daging Korban:-

    1)Manakah lebih baik dan lebih afdhal samaada kita sedekahkan daging tersebut secara mentah-mentah atau kita masak terlebih dahulu dan beri makan kepada mereka yang berhak (buat kenduri)

    2) Adakah boleh orang bukan islam makan Daging Aqiqah / Daging Korban ( mereka hadir dalam majlis kenduri dan makan makanan tersebut )
    Terima Kasih Ustaz


    Jawapan;

    1. Bagi daging korban, sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Jika hendak disedekahkan (atau dihadiahkan) setelah dimasak adalah harus. Cuma bahagian yang wajib disedekah kepada fakir miskin, hendaklah disedekahkan kepada mereka dalam keadaan mentah.[1] Adapun bagi daging aqiqah, sunat dimasak[2] iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana daging korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput mereka ke rumah.[3]

    2. Mengenai memberi daging korban kepada orang kafir, menurut Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Thur; ia adalah harus. Imam Malik pula memakruhkannya, malah memakruhkan memberi kulit binatang korban kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith memakruhkannya. Adapun pandangan mazhab Syafi’ie, menurut Imam Nawawi; harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar)[4].

    Wallahu a’lam.

    Nota Kaki;

    [1] Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Jika orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya memakan kesemua daging korbannya (tanpa ada sedikitpun yang disedekahkan kepada fakir miskin), maka ia wajib menggantinya dengan nilai/harga paling minima yang memadai sebagai sedekah, kemudian hendaklah ia membeli dengan harga itu daging untuk disedekahkan sebagai ganti yang dimakannya. Disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya. (Lihat; Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Majmu’, jil. 8, hlm. 308-309 dan Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824).
    [2] Termasuklah daging aqiqah nazar; sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian barulah disedekahkan kepada fakir miskin. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370).
    [3] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.
    [4] Rujuk; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 316.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/

    Reply #14 15 November, 2010, 09:21:31 AM
  • Publish
  • Pengertian (الأضحية):

    Istilah Syarak: Binatang yang disembelih samada unta, lembu atau kambing bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq.

    Dalil-dalil Pensyariatan:
    1. Firman Allah Taala:
    'maka lakukan sembahyang kerana tuhanmu, dan berkorbanlah 'sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah'.

    Yang di maksudkan dengan "النحر"  ialah sembelihan korban menurut pendapat yang sahih dikalangan mufassir selepas sembahyang hari raya.

    2. Sabda Rasul SAW:
    'Adalah Baginda SAW  melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri'  kata Anas: 'Aku juga melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri'.

    3. Pada riwayat yang lain: 'Rasul SAW telah menyembelih korban dengan dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk, Baginda menyembelih kedua-duanya sendiri, Baginda membaca “basmalah” serta bertakbir dan meletakkan kaki baginda diatas tengkuk kedua-dua kibasy itu'.

    Hikmah Pensyariatan:

    Korban  الأضحية:  Menghidupkan kembali sunnah Nabi Ibrahim AS yang telah diuji oleh Allah Taala dengan memerintahkan baginda menyembelih anaknya Ismail AS.  Baginda Nabi Ibrahim AS akur dengan arahan tersebut dan  bersiap untuk melaksanakan perintah itu. Lalu Allah Subhanahuwa Taala menurunkan pengganti kepada Nabi Ismail  dengan seekor kambing kibasy (kambing biri-biri). Lalu diperintahkan agar disembelih kibasy tersebut kemudian disedekahkan dagingnya kepada ahli keluarga dan fakir miskin agar mengembirakan mereka pada hari raya Aidil Adha.

    Hukum الأضحية Melakukan Korban:

    1. Adalah 'sunat muaakad' (سنة مؤكدة).
    Sebagai satu syiar yang agong dan sepatutnya kepada umat Islam memeliharanya, seperti yang disebutkan dalam hadis Saidina Anas tadi.

    2. 'Sunnah ala kifayah' (سنة على كفاية: ليفعلها مرة ويتركها مرة).
    Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain.

    3. Sembelihan korban adalah tidak wajib.
    Berdasarkan perbuatan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA yang tidak melakukanya, kerana bimbang dianggap oleh umat ianya sebagai perkara wajib.

    4. Korban boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:

    a. (تعيين الأضحية) :
    Contohnya, seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan "ini akan  kujadikan binatang korbanku".

    Dengan ucapan tersebut  menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.

    Ianya tidak menjadi wajib sekiranaya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan.
    (يعني: لا بد من التلفظ مالك الأنعام)

    b. Bernazar untuk melaksanakan korban:

    Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya 'qurbah'  kepada Allah S.W.T. Demikian juga dalam perkara-perkara taat yang lain.
    Mereka Yang Dituntut Untuk Melakukan Korban, terdapat tiga syarat:

    1. Islam: Tidak dituntut kepada orang kafir, sekiranya mereka melakukannya tidak sah.
    2. Cukup umur dan beraqal: Kanak-kanak dan orang gila tidak dituntut  keatas mereka oleh hukum.
    3. Berkemampuan: Orang yang ingin melaksanakannya mestilah cukup nafkah untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungannya dari segi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan selainnya sepanjang tempoh hari raya dan hari-hari tasyriq.

    Binatang-Binatang Yang Dibenarkan Untuk Perlaksanaan Korban:

    i) Tidak boleh korban melainkan dengan haiwan ternakkan (الأنعام), iaitu unta, lembu dan  kambing. (sebab selain itu tiada pengkhabaran dari Nabi SAW dan para sahabat).
    Firman Allah Taala :

    'Agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah berupa haiwan ternakkan'.
    Haiwan ternakkan meliputi tiga jenis:

    1. Semua jenis unta.
    2. Semua jenis lembu, termasuk kerbau. Tidak boleh jenis lembu liar, rusa dan seladang (بقر الوحش).
    3. Semua jenis kambing, termasuk kambing biasa dan kambing biri-biri.(معز, ضأن، كباش, خروف).

    ii) Boleh disembelih binatang korban samada jantan atau betina.

    Riwayat dari nabi SAW:
    Daripada Ummu Kurzin dari Nabi SAW bersabda: ‘bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan kanak-kanak perempuan seekor kambing, tidak mengapa samada kambing tersebut jantan atau betina'.

    Hadis ini adalah dalil kepada ibadah 'aqiqah', namun ia juga menjadi dalil atas membolehkan untuk ibadah korban. (Daging  jantan sangat elok أطيب  dan daging betina itu lembut أرطب ).

    iii) Dibolehkan bagi seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang. Samada  mereka yang ingin melaksanakan tersebut daripada satu keluarga atau dari keluarga yang lain. Juga samada niat mereka semua sama atau berbeza-beza (yakni korban wajib atau sunat).
    Riwayat dari Jabir RA berkata : 'Kami telah melakukan korban bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah bagi seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu tujuh orang'. Adapun seekor kambing hanya untuk seorang sahaja.

    iv) Korban dengan unta lebih afdhal dari lembu, kerana unta lebih besar nisbah dagingnya.
    - Lembu  lebih afdal dari kambing kerana seekor lembu membolehkan untuk  tujuh orang berbanding seekor kambing yang hanya untuk seorang.
    - Setiap orang dengan seekor kambing pula lebih afdhal daripada berkongsi tujuh orang dalam seekor unta atau lembu, kerana kambing bersendirian pada sembelihannya.
    - Kambing biri-biri lebih afdhal dari kambing biasa.

    Riwayat dari Ubadah Bin Samit RA: 'Sebaik-baik korban itu dengan kambing biri-biri yang bertanduk'.
    - Kerana daging kambing biri-biri 'atyab' lebih elok. Kambing biri-biri warna putih lebih elok daripada warna perang dan hitam.

    Riwayat dari Anas RA; 'bahawa  Nabi SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri yang berwarna putih'.

    v) Diharuskan korban dengan binatang yang gemuk 'berisi' kerana ia lebih afdhol dari binatang yang kurus. (Nisbah yang gemuk lebih banyak dagingnya).

    Syarat-Syarat Korban:

    1. Haiwan ternakan; Tidak boleh selain darinya, seperti disebut di atas.

    2. Umur: Disyaratkan pada binatang korban adalah cukup umur, ia berbeza mengikut jenis:

    a. Unta: Umur  tidak kurang dari lima tahun dan menjangkau masuk umur enam tahun.
    b. Lembu dan kambing biasa معز : Umur tidak kurang dari dua tahun dan menjangkau masuk umur tiga tahun.
    c. Kambing biri-biri: Umur tidak kurang dari setahun dan menjangkau masuk umur dua tahun. Kecuali kambing biri-biri yang (أجذع ) matang (dilihat pada gugur gigi-giginya) sebelum setahun.

    Berdasarkan umum sabda Rasul SAW:
    ".'Lakukanlah korban pada kambing biri-biri yang  telah matang kerana ia dibolehkan'
    Riwayat  dari Jabir RA bahawa Rasul SAW bersabda:
    'Jangan kamu sembelih melainkan yang cukup umurnya melainkan sekiranya susah untuk kamu mendapatinya maka sembelihlah yang matang daripada kambing biri-biri'.

    Riwayat  Abu Hurairah RA  bahawa Rasul SAW bersabda:
    'Sebaik-baik korban ialah yang matang dari jenis kambing biri-biri'.

    3. Tiada Sebarang Aib:

    Disyaratkan pada binatang korban mestilah tiada sebarang aib yang boleh mengurangkan daging pada ketika itu atau waktu mendatang. Kerana tujuan dari ibadat korban ialah daging.
    - Jadi tidak boleh yang hodoh, buruk العوراء   dan buta العمياء.
    - Tidak boleh yang tersangat tempang العرجاء. Yang tampak sangat tempangnya jika ia berjalan dipermukaan tanah yang rata.
    - Tidak boleh yang tesangat nyanyok العجفاء  iaitu hilang akalnya kerana nyanyok.
    - Tidak boleh yang gila المجنونة . yang sekiranya dibawa ke padang rumput ia tidak makan ruput atau ia makan sedikit kemudian lupa.
    - Tidak boleh yang tiada gigi.
    - Tidak boleh yang terputus sebahagian telinga sekiranya sedikit tidak mengapa.
    - Tidak boleh yang terputus sebahagian lidah kerana mudarat keadaannya boleh mempengaruhi kurang daging.
    - Tidak boleh yang jelas nampak berpenyakit.
    - Tidak boleh yang jelas berkurap samada sedikit atau banyak.

    Diriwayatkan oleh Bara' Bin Azib RA bahawa Nabi SAW bersabda :
    'Empat perkara yang tidak boleh terdapat pada binatang korban, hodoh yang jelas hodoh, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas tempangnya, dan gila yang jelas gilanya'.

    Dikiaskan keempat-empat aib ini pada selainnya (segala perkara yang boleh mengurangkan daging).
    - Di bolehkan sekiranya aib-aib itu terlalu sedikit dan tidak mempengaruhi berkurangnya daging.
    - Dibolehkan pada binatang yang dikasi.
    - Dibolehkan binatang jantan yang kuat mengawan.
    - Dibolehkan binatang betina yang walaupun kerap beranak namun tidak elok dagingnya.
    - Dibolehkan tetapi makruh binatang yang tidak tumbuh tanduk, terpecah sarung tanduk,  terpatah tanduk atau yang berlubang cuping telinga. (makruh disebabkan nampak buruk, tetapi boleh dijadikan korban kerana semua itu tidak mengurangkan dagingnya).
    - Dibolehkan binatang yang bertelinga kecil dan tidak boleh yang tidak tumbuh telinga.
    - Dibolehkan yang dilahirkan tanpa tetek (uncang susu) dan ekor pada pendapat yang 'asoh', dan tidak boleh sekiranya yang terputus uncang susu atau ekor sebahagian atau semuanya.
    - Boleh bagi yang luruh sebahagian gigi, dan tidak boleh yang luruh semua gigi mengikut  pendapat yang 'asoh'.

    Apabila seseorang bernazar untuk melakukan korban binatang yang ditentukan تعيين الأضحية  dalam keadaan binatang yang ditentukan tersebut terdapat aib yang dilarang, tetap juga wajib .

    Seperti seorang berkata kepada kambingnya yang ada aib: 'haiwan ini adalah korbanku', maka wajib ia melaksanakannya, (nazar tersebut akan diberi pahala tetapi tidak menjadi ibadat korban, ia hanya menjadi 'qurbah'. Daging yang dibedak-bedakkan menjadi sedekah),  kerana syarat korban mestilah sejahtera dari aib.

    Sekiranya dibaringkan binatang korban yang tiada aib untuk disembelih, tiba-tiba membawa kepada patah kakinya atau tempang maka tidak boleh atas pendapat yang 'asoh', kerana ia tempang sebelum disembelih. Sepertinya  juga sekiranya terpatah kaki kambing lalu disegerakan untuk disembelih maka ia tidak boleh.

    I am proud to be a MUSLIM

    Reply #15 15 November, 2010, 09:21:53 AM
  • Publish
  • 4. Niat:

    Disyaratkan niat pada korban kerana ia adalah ibadat.
    - Diniatkan ketika hendak sembelih, kerana asal niat disertakan pada awal perbuatan. Melainkan sekiranya telah 'ditaayinkan' terlebih dahulu kambing tersebut maka sudah memadai itu sebagai niat.
    - Sekiranya ia mewakilkan sembelihan kepada orang lain maka hendaklah niat ketika menyerahkan binatang tersebut kepada orang yang diwakilkan. Atau ketika wakilnya memulakan sembelih.(kerana orang yang diwakilkan itu mengantikan dirinya).

    Waktu Perlaksanaan Korban:
    Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, iaitu pada sepuluh zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

    Diriwayatkan oleh Bara' bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda:
    'Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah'.

    Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

    Riwayat dari Jubair Bin Mut'im: bahawa Rasul SAW bersabda:
    'Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih'.

    Dan waktu afdholnya dilakukan setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, selepas berlalu kadar sembayang sunat hari raya dua rakaat dan dua khutbah. Apabila disembelih selepas waktu ini diberi ganjaran pahala, samada imam telah mengimami sembahyang hari raya atau tidak, atau yang ingin melakukan korban telah sembahyang hari raya atau tidak. Tidak  kira samada dia adalah orang bandar atau orang kampung atau orang yang musafir. Atau samada  imam telah menyembelih binatang korbannya atau tidak.

    Boleh  menyembelih korban sepanjang empat hari tersebut sama ada malam atau siang, (tetapi dimakruhkan waktu malam).

    Jika disembelih sebelum waktunya tidak sah sembelihannya itu bahkan hanya menjadi daging sembelihan biasa. Apabila berlalu hari tasyriq tetapi belum lagi sembelih, sekiranya binatang yang disembelih itu untuk tujuan  ibadah korban maka tidak sah. Kerana ia bukan waktu yang disunatkan korban.

    Jika disembelih juga, hanya menjadi semata-mata daging (bukan ibadah).
    Sekiranya binatang yang hendak disembelih itu nazar, maka wajib disembelih juga, jadilah ia sebagai 'qodo', (nazar tidak gugur walaupun telah berlalu waktu).

    Tempat Sembelihan Korban:

    Tempat sembelihan korban ialah ditempat untuk buat korban samada di negerinya atau tempat permusafirannya.

    Memakan Daging Korban:

    Terdapat perbezaan diantara korban sunat dan korban yang ditentukan atau yang dinazar.

    a. Sekiranya korban sunat:
    Boleh makan sebahagian daging korban, qias sepertimana hadyu  الهدى  (korban yang dilakukan ditanah haram).

    Firman Allah Taala:
    'Dan unta-unta itu kami jadikan untukmu sebahagian dari syiar agama Allah'.
    Allah Taala menjadikannya untuk manusia, jadi terpulang kepada manusia memilih untuk makan atau tidak. Tetapi sunat di makan sebahagian sahaja daripadanya.

    - Disunatkan makan satu pertiga dan disedekahkan dua  pertiga kepada orang miskin, boleh juga menghadiahkan satu pertiga darinya kepada orang kaya atau selainnya.
    - Jika hendak makan lebih banyak maka wajib bersedekah walaupun sedikit kepada orang miskin dengan kadar yang dinamakan sedekah, kerana maksud dari ibadat korban ialah meyenangkan orang miskin.
    - Sekiranya telah termakan semuanya maka wajib keatasnya membayar ganti ضمان   dengan kadar yang dinamakan sedekah.
    - Lebih afdhol ia menyedekah keseluruhan daging korban tersebut kecuali sedikit untuknya sekadar sekali kenyang لقمة  untuk mendapat keberkatan. Kerana sedekah itu lebih mendekatkan kepada taqwa, menjauhkan dari mementing diri sendiri.

    b. Sekiranya korban nazar atau wajib (dengan sebab 'taayin') ditentukan, maka tidak boleh makan daripadanya.
    Sekiranya dimakan juga maka wajib keatasnya 'ضمان' ganti.
    Tidak diwajibkan keatasnya menyembelih yang lain tetapi diganti dengan nilai daging kemudian disedekahkannya.
    Demikian juga sekiranya orang lain merosakkannya maka ia perlu menggantikannya.

    Larangan Menjual Daripada Korban:

    Tidak boleh menjual sesuatu pun daripada binatang sembelihan korban. Samada korban nazar atau sunat, termasuk didalamnya daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan selainnya. Tidak boleh menjadikan kulit atau selainnya sebagai upah kepada tukang sembelih, tetapi boleh disedekahkan kepadanya.

    Riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW bersabda:
    'Sesiapa yang menjual kulit korban maka tiadalah ibadah korban baginya'.

    -Boleh memberi upah kepada tukang sembelih yang miskin kemudian disedekahkan kepadanya  daging korban atau kulit, ia umpama memberikan kepada fakir miskin yang lain.

    Mengambil manfaat Dengan Kulit Sembelihan Korban:

    - Sekiranya korban itu sunat maka harus bagi orang yang melakukan korban  mengambil manfaat dari kulit korban tersebut dengan segala bentuk manfaat.  (dibuat khuf, kasut, selipar, baju dan sebagainya).
    - Sekiranya korban wajib samada 'taayin' atau nazar maka tidak boleh mengambil manfaat sedikitpun darinya dan wajib disedekahkan semuanya.
    Sunat-Sunat Dalam Ibadat Korban Dan Adab-Adabnya:

    1. Disunatkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadat korban, tidak mencukur rambut atau bulu dimuka dan dibadannya setelah masuk sepuluh zulhijjah.
    Serta tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelih.

    Riwayat dari Ummu Salamah RA bahawa Rasul SAW bersabda :
    'Sesiapa yang ada padanya binatang yang ingin dikorbankan, lalu ia melihat anak bulan zulhijjah maka jangan mencukur bulunya, dan memotong kukunya sehinggalah ia telah melakukan korban'.

    Yang demikian itu tidak wajib kerana ia bukan daripada perkara yang diharamkan bahkan hanya 'makruh tanzih', (hikmah darinya ialah mengekalkan semua juzuk anggota mudah-mudahan dibebaskan dari api neraka), (dikatakan juga untuk menyerupakan seperti orang yang berihram).

    2. Disunatkan menyembelih korbannya sendiri.
    - Boleh juga digantikan kepada orang lain yang halal sembelihannya, lelaki atau wanita.
    - Disunatkan tidak mewakilkan kepada selain orang islam, kerana ia adalah perkara 'qurbah'. Lebih afdhal di lakukan oleh orang islam, serta untuk keluar dari khilaf yang melarang orang bukan islam dari sembelih.
    - Disunatkan kepada orang yang diwakilkan itu alim dengan hukum-hakam sembelih agar ia lebih mengetahui tentang sunnah sembelih.
    - Apabila diwakilkan kepada orang lain untuk sembelih disunatkan kepada orang yang melakukan korban menyaksikan upacara sembelihan itu.

    Riwayat dari Abu Said Al Kudri RA: bahawa Rasul SAW telah bersabda kepada Fatimah RA:
    'Bangun ke korbanmu dan saksikannya, sesunguhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu'.

    3. Disunatkan pada adab sembelih ialah menajamkan pisau, untuk memudahkan sembelihan, supaya ketika menghiris tarik dan tolak lebih sempurna.
    - Disunatkan mengadap kiblat dan mengarahkan binatang korban kearah kiblat.
    - Disunatkan menyembelih unta dalam keadaan berdiri tiga kaki (melipat lutut kedua-dua kaki hadapan).
    - Disunatkan membaringkan lembu dan kambing atas lambung kiri, dengan melepaskan kaki kanan belakang dan diikat tiga kaki yang baki.
    - Disunatkan membaca bismillah ketika sembelih. Sekiranya ditinggalkan dengan sengaja atau lalai halal sembelihan, tetapi tetap 'makruh karahah tanzih'. Disunatkan beserta bacaan bismillah ketika sembelih itu membaca selawat keatas Nabi SAW.

    4. Disunatkan bagi penyembelih membaca bismillah dan bertakbir.
    'Riwayat dari Anas RA bahawa Nabi SAW membaca bismillah dan bertakbir'.
    - Disunatkan berdoa kepada Allah Taala dengan berkata :
    "Ya Allah terimalah ibadat korban dari kami".

    Riwayat dari Aisyah RA bahawa nabi SAW menyembelih kambing biri-biri dan berkata:
    'Dengan nama Allah, wahai tuhan terimalah dari Muhammad dan dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad'.
    Setelah itu barulah disembelih binatang tersebut.

    5. Disunatkan melakukan korban dirumah dengan disaksikan oleh ahli keluarga, untuk sama-sama mereka menyertainya dalam berdoa dan mendapat pahala selain bergembira dengan sembelihan dan menikmati daging.

    6. Disunatkan kepada 'imam' pemimpin umat islam melakukan korban kepada umat islam keseluruhannya dari harta baitulmal di tempat sembahyang hari raya dan dia menyembelihnya sendiri.
    -  Sekiranya imam melakukan korban dengan wangnya untuk dirinya sendiri maka boleh dilakukanlah dimana sahaja yang ia kehendakki.
    -  Tetapi sekiranya ia melakukan korban untuk umat islam maka hendaklah di 'musolla' yang berhimpun padanya umat islam untuk sembahyang hari raya.

    Riwayat dari Ibnu Umar RA berkata:
    'Adalah Rasul SAW menyembelih dan melakukan korban di tempat sembahyang hari raya'.

    7. Disunatkan orang yang musafir melakukan sepertimana orang yang bermustautin.
    'Riwayat dari Aisyah RA: bahawa Nabi SAW: telah melakukan korban untuk isteri-isterinya di mina dalam haji wadak'.

    Cabang-Cabang  Dari Perkara Korban:

    1. Korban lebih afdhol dari sedekah sunat, kerana berdasarkan hadis sohih yang masyhur dalam sembelihan, dan ada sebahagian ulamak yang mewajibkannya, selain ia juga merupakan syiar yang agung.

    2. Tidak boleh bagi penjaga anak yatim dan penjaga orang kurang akal السفيه melakukan korban untuk mereka dengan harta mereka. Kerana syarak menyuruh penjanganya berjaga-jaga إحتياط  terhadap harta mereka, dilarang mensedekahkan harta mereka, kerana korban adalah sedeqah.

    3. Boleh memberi makan fakir miskin umat islam daripada korban secara ijmak, dan boleh memberi makan fakir 'ahli zimmah' dari korban sunat bukan dari korban wajib.

    4. Tidak sah melakukan korban untuk orang lain yang hidup tanpa izinnya, kerana korban adalah ibadah. Asal pada ibadah tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan ada dalil, lebih-lebih lagi tanpa izinnya.

    -  sekiranya melakukan korban oleh salah seorang ahli keluarga maka  terhasil padanya 'sunah kifayah' terhadap ahli keluarga yang lain walaupun tidak diizinkan oleh ahli keluarga itu.
    -  Terkecuali korban yang dilakukan oleh imam kepada umat islam dari harta baitumal.
    -  Orang yang 'taayin'  dan nazar, apabila orang lain menyembelihkan untuknya tanpa pengetahuannya pada waktu korban maka sudah sah.

    5. Tidak sah korban dari orang mati yang tidak mewasiatkan, sekiranya diwasiatkan boleh, pendapat lain mengatakan sah juga korban orang mati walaupun tidak mewasiatkan, (diiktibar sedeqah).
    6. Anak binatang korban menjadi hukum korban. Sekiranya dinazarkan ataupun di 'taayinkan'  maka wajib sembelih anaknya bersamanya dan dibedakkan dagingnya seperti ibunya.

    Reply #16 20 November, 2010, 12:36:42 AM
  • Publish
  • apakah hukum memberi daging korban kepada non-muslim?

    apakah hukum memberi daging akikah kepada non-muslim?

    saya masih ragu2

    Reply #17 07 November, 2011, 10:57:39 PM
  • Publish
  • ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #18 08 November, 2011, 12:34:40 PM
  • Publish
  • Ni yang dah disembelih ke? ..masih boleh berdiri..? Subhanallah..

    Reply #19 17 November, 2011, 04:24:34 PM
  • Publish
  • Allahuakbar.... mungkin saraf halkum tidak benar-benar putus.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2638 Views
    Last post 30 June, 2012, 02:39:15 PM
    by UMMBARAQAH
    13 Replies
    21797 Views
    Last post 01 November, 2014, 09:56:12 AM
    by azalinamatzaini.lin
    1 Replies
    1375 Views
    Last post 05 November, 2011, 12:14:18 AM
    by Ummi Munaliza