Koleksi Mutiara Kata

*

Author Topic: Koleksi Mutiara Kata  (Read 47130 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mentaripagi90

  • *
  • Posts: 189
  • senyumlah sokmo
    • View Profile
Reply #40 16 June, 2010, 07:41:32 AM
  • Publish
  •  berisalam
       Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….
       Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
       Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
       Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
       Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
       Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
    Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
       Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
       Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
       Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
       Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
       Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
       Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
       Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
       Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.


     :syukur: :syukur: :syukur:
    ~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

    mentaripagi90

    • *
    • Posts: 189
    • senyumlah sokmo
      • View Profile
    Reply #41 16 June, 2010, 07:49:28 AM
  • Publish

  •    Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
       Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
       Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
       Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
       Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
       Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
       Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
       Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille
       Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
       Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
       Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
       Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
       Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
       Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
       Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
       Apabila sempuran akal, kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib
       Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
       Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
       Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
       Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
       “rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
       Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
       Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
       Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
       Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
       Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
       Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
       Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
       Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
       Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
       Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
       Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
       Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)
       Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
     :syukur: :syukur: :syukur:

    syafiqah96

    • *
    • Posts: 111
      • View Profile
    Reply #42 04 September, 2010, 12:45:53 AM
  • Publish
  • Kata yang indah ialah 'ZIKRULLAH', lagu yang merdu adalah 'AZAN', media yang terbaik adalah 'AL QURAN', senaman yang terbaik ialah 'SOLAT', kebersihan yang menyegarkan ialah 'WUDUK', perjalanan yang indah ialah 'ZIARAH', khalayan yang baik ialah mengingati 'DOSA & TAUBAT', dan diet yang sempurna ialah 'BERPUASA'.

    yaminshaari

    • *
    • Posts: 20
    • - yamin -
      • View Profile
    Reply #43 28 September, 2010, 10:03:44 PM
  • Publish
  • Allah memberi kita tubuh badan.
    Semua perkara berlaku dengan takdir Allah.
    Tapi, Allah memberi kita peluang untuk melakukan apa saja asalkan tidak bercanggah dengan hukum Allah.
    Jadi, apa tunggu lagi. Rebut peluang yang ada ini. Jangan terlalu banyak berehat dan malas.

    Jangan beralasan dengan berbagai dalih.
    Terus berusaha hingga berjaya !!!
    Ingat, Allah tidak mengubah nasib seseorang melainkan mereka harus mengubahnya sendiri.
    Kemudian, Apa pun yang berlaku tawakal dan redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

    Dan, teruskan berusaha !!! InsyaAllah, dengan niat yang betul ke syurga lah kita semua.
    Harus diingat, di sana barulah sebenar-benarnya tempat untuk kita berehat, selama-lamanya dengan penuh kesenangan.
    Mencari cinta yang hakiki...

    misbah

    • *
    • Posts: 104
    • fizikal pandangan manusia, hati pandangan Allah.
      • View Profile
    Reply #44 28 September, 2010, 10:23:21 PM
  • Publish
  • mutiara kata membina semangat..................

    Tidaklah hina orang yg hanya berpakaian compang-camping dan berkasut usang selama mana ia tetap memiliki jiwa yg tunduk kepadaNya,mata yg selalu menangis(menyesali kesalahan),dan hati yg redha dengan takdir..........

    Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah,senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yg buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang2 soleh.....

      Kepedihan dalam mencapai cita2 adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan,peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yg baik adalah wewangian yg semerbak.........

    Kemampuan melupakan hal2 yg tidak disenangi adalah suatu nikmat,mengingat nikmat2 adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan............
     
    selamat menghayati..........
    (koleksi mutiara kata al-qarni)
     
    aKu....

    GadisHijau

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Reply #45 28 September, 2010, 10:28:13 PM
  • Publish
  • Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

    Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

    Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

    irfan_ismail

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Reply #46 29 September, 2010, 08:55:56 AM
  • Publish
  • ketika ini saya ini meminta semua berfikir sejenak...
    1. Mengapa setiap hari semakin bertambahnya gejala sosial dikalangan remaja islam?
    2. Mengapa remaja islam?
    3. Dimana silapnya ?
    4. Siapa yang bersalah dalam soal ini?
    5. Siapa yang hendak di persalahkan?
    6. Adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati atas permasalahan ini?
    7. Adakah sudah tidak ada jalan penyelesaian untuk permasalahan ini?

    = sebenarnya Rasulullah bermula dengan seorang diri yang diberi petunjuk menyedari kesesatan manusia..
    = Rasulullah diperintahkan mengajak manusia pada kebenaran dikalangan masyarakat yang lebih teruk lagi dari masalah yang menimpa umat islam...
    = kenapa saya kata demikian?
    = orang jahiliah langsung tak ada iman tapi orang islam di malaysia ni masih ada iman
    = jadi apa yang perlu saya nilai disini?
    = Jawapannya.......  Orang jahiliah yang tak ada iman inipun apabila nabi buat usaha dakwah... mereka boleh jadi manusia yang terbaik dan diredhoi Allah....
    = so?.............. Mengapa usaha agama yang dibuat dimalaysia menjadikan umat islam semakin hari semakin celaka?..
    = mangapa? mengapa? mengapa?
    =jawapannya......... Kerana usaha agama yang dijalankan di Malaysia tidak 100% mengikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah swt...
    = Sebenarnya 1 orang islam bertanggungjawab untuk seluruh umat islam didunia ini.
    = jangan tengok orang lain... tengok diri kita sendiri..... adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita untuk diri, keluarga, masyarakat dan umat....
    = amalkan agama dan ajaklah sedaya mungkin manusia yang kita kenal kepada amalan agama.

    semua ini untuk saya dan saya hanya mahu kongsi dengan Semua..

    Yang Benar.... Brother in islam.....


    irfan_ismail

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Reply #47 29 September, 2010, 09:17:34 AM
  • Publish
  • [Motivasi] Kisah seekor monyet
     Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahwa di bagian lain dunia ini ada tempat yang disebut "hutan" di mana ia berpikir akan mendapatkan tempat yang lebih "baik". "Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya. Orangtua si Monyet, meskipun bersedih, melepaskan kepergiannya. "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.

    Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "hutan" yang ia gambarkan sebagai tempat hidup kau Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orangtuanya tetap tinggal di hutan itu. Waktu terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orangtuanya. Tentu kedatangan anak semata wayang itu disambut gembira orangtuanya.

    Sambil berpelukan, si Anak Monyet berkata, "Ayah, Ibu, aku tidak menemukan hutan seperti yang aku angan-angankan. Semua binatang yang aku temui selalu keheranan setiap aku menceritakan bahwa aku akan bergi ke sebuah tempat yang lebih baik bagi semua binatang yang bernama hutan." "Malah, mereka mentertawakanku." sambungnya sedih. Sang Ayah dan Ibu hanya tersenyum mendengarkan si Anak Monyet itu. "Sampai aku bertemu dengan Gajah yang bijaksana," lanjutnya, "Ia mengatakan bahwa sebenarnya apa yang aku cari dan sebut sebagai hutan itu adalah hutan yang kita tinggali ini!. Kamu sudah mendapatkan dan tinggal di m hutan itu!" Benar, anakku. Kadang-kadang kita memang berpikir tentang hal-hal yang
    jauh, padahal apa yang dimaksud itu sebenarnya sudah ada di depan mata."

    Kita semua adalah si Anak Monyet itu. Hal-hal sederhana, hal-hal ada di sekitar kita tidak kita perhatikan. Justru kita melihat hal yang "jauh-jauh" yang pada dasarnya sudah di depan mata. Kita gelisah dengan karir pekerjaan, kita gelisah dengan sekolah anak-anak, kita gelisah dengan segala
    rencana kehidupan kita. Padahal, yang pekerjaan kita sekarang adalah bagian dari karir kita. Padahal, anak-anak kita bersekolah sekarang adalah bagian dari proses pendidikan mereka dan hidup yang kita jalani adalah bagian dari rangkaian kehidupan kita ke masa yang akan datang.

    Tanpa mengecilkan arti masa depan dan sesuatu yang lebih baik, ada baiknya apabila kita fokus dengan apa yang ada di depan mata, apa yang kita kerjakan sekarang, karena hal ini akan berpengaruh terhadap masa depan Anda. Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawabanmu masih salah karena banyak orang yang buta."

    Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawaban baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban dia selalu, "Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

    Akhirnya tahun lalu, kakekku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu karena itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada kakek.

    Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bagian tubuh yang paling penting, sayang?"

    Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berpikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

    Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar- benar"hidup". Untuk semua bagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

    Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah karena fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu
    membalas, "Bukan, tapi karena bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangin ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis kapan pun kamu membutuhkannya."

    Akhirnya, aku tahu, bagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialamin oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka berarti.

    "Masa depan Anda, karir Anda, serta kehidupan Anda adalah yang Anda kerjakan hari ini."

    kamar pujangga

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #48 18 October, 2010, 12:15:45 PM
  • Publish
  • Salam...andainya sy jahil dalam ilmu Agama walaupun sy memahami tetapi besarlah hati sy sekiranya dapat diterangkan asal usulnya kejadian perempuan..ini adalah kerana sy sangat tertarik pada kiriman "WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,BUKANDARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADADAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAIDAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.". dan sy minta izin utk copy paste ...tapi ada juga insan yg mempertikaikan, perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk???


    harap dapat berkongsi bersama.
    terima kasih..
    [/color][/size]

    sha ira

    • *
    • Posts: 44
    • turn to Allah, his never far away
      • View Profile
    Reply #49 21 December, 2010, 11:22:13 AM
  • Publish
  • rendahkan hati didada solat, basahi pipi dgn airmata taubat, serikan wajah dgn siraman wudu', sucikan hati dgn wangian keikhlasan & pagari diri dgn benteng keimanan...

    kumanzali

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #50 09 January, 2011, 01:09:20 PM
  • Publish
  • hidup sekali mati sekali, ambillah peluang yg dikurniakan ilahi, agar tidak sesal diakhirat nanti

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Reply #51 12 January, 2011, 05:56:04 PM
  • Publish
  • Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.

    ZIYLA MOHD

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #52 13 January, 2011, 12:47:10 PM
  • Publish
  • WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,

    BUKAN
    DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,

    TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA

    DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI

    DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.


    BOLE KE SY COPY.... SY BERMINAT

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #53 19 January, 2011, 11:32:13 PM
  • Publish
  • Gunakan lah tiap detik untuk bertasbih, tiap minit anda untuk berfikir, dan tiap jam anda untuk beramal.

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #54 20 January, 2011, 12:08:22 AM
  • Publish
  • :)


    __***__Sesungguhnya para pelaku zuhud di dunia ini, mereka menjadikan redha Allah sebagai baju mereka, dan cinta Allah sebagai alas tidur mereka__***__
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    fahimah

    • *
    • Posts: 1
    • salam ukhuwah fillah
      • View Profile
    Reply #55 20 January, 2011, 12:14:34 AM
  • Publish
  • Sahabat yang baik itulah keikhlasan,
    Teman sejati itulah keredaan,
    Kawan setia itulah teguran,
    Rakan akrab itulah kejujuran,
    Taulan istimewa itulah ketaqwaan.
    assalamualaikum

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #56 20 January, 2011, 12:17:04 AM
  • Publish
  • **__**Alangkah indahnya hidup dan kehidupan ini jikalau perkataan disertai perbuatan,**__** alangkah bagusnya teori serta hukum yang ditegakkan sesuai pelaksanaannya,**__** alangkah bermanfaatnya pendidikan yang berdiri di atas akhlak yang selalu dikerjakan dan teladan(contoh) yang baik**__**

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #57 20 January, 2011, 10:39:04 AM
  • Publish
  • Alangkah indahnya sekiranya aku dapat menunaikan segala janji ku pada Mu....
    Hidup ku.....
    Mati ku.......
    Hanya untuk Mu.....
    Setiap nafasku adalah cinta pada Mu....
    Setiap gerak ku hanya kerana Mu.....
    Ya Allah....berikan aku kekuatan.....

    ukhtinabilah

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #58 20 January, 2011, 01:07:19 PM
  • Publish
  •  :)
    Buat renungan bersama~ ( Nasihat Syeikh Ali Tantawi buat Semua Muslimat)

    Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun
     
    Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
     
    Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
     
    Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
     
    Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.
     
    Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
     
    Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
     
    Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
     
    Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
     
    Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."
     
    Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
     
    Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
     
    Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
     
    Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
     
    Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
     
    aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.
     
    Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
     
    Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1048
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Reply #59 20 January, 2011, 01:13:06 PM
  • Publish
  • :)
    Buat renungan bersama~ ( Nasihat Syeikh Ali Tantawi buat Semua Muslimat)

    Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun
     
    Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
     
    Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
     
    Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
     
    Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.
     
    Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
     
    Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
     
    Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
     
    Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
     
    Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."
     
    Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
     
    Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
     
    Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
     
    Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
     
    Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
     
    aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.
     
    Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
     
    Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

    Assalamualaikum...

    Putri minta izin copy ayat ini boleh tak?

    maafkan putri..
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    15724 Views
    Last post 13 December, 2012, 02:15:29 PM
    by afiQoh
    1 Replies
    1551 Views
    Last post 02 June, 2012, 03:13:15 PM
    by leha
    17 Replies
    3390 Views
    Last post 07 December, 2012, 08:10:57 PM
    by afiQoh