Login  |  Daftar

Author Topik: Khutbah Aidil Adha 1438H  (Dibaca 4748 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Halaqah

  • Global Moderator
  • *****
  • Posts: 77
    • View Profile
Khutbah Aidil Adha 1438H
Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية     38 سورة  سباء :

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ﴿٣٩﴾

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.

Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Sempena beradanya kita pada hari raya korban ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Antara tujuan besar ibadat korban ialah mendekatkan diri kita kepada Allah dengan membersihkan hati daripada sikap kedekut dan terlalu cinta kepada nikmat duniawi sehingga lupa kepada Allah dan akhirat. Antara sebab hati kita jauh daripada mengingati Allah dan akhirat ialah : [1] Menurut hawa nafsu. [2] Cinta dunia dan takut mati. [3] menurut hasutan Syaitan [4] Tabiat buruk [5] Dosa.

Oleh itu ibadat korban yang dilakukan bukan sahaja untuk menyembelih binatang korban malah apa yang paling besar untuk mengikis sifat tercela dalam diri sehingga fadhilat korban mampu dicapai antaranya sebagaima Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً   – رواه الترمذي وابن ماجه والحاكم

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj :

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾

Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkannya untuk kamu (menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Nikmat hari raya ini mesti kita zahirkan rasa syukur dengan amalan soleh termasuk ibadat korban. Usah ditunggu bahagia baharu memanjatkan syukur, sebaliknya panjatkan syukur, maka bahagia akan menyusul. Jangan ditunggu banyaknya nikmat, tetapi belajarlah bersyukur walau atas nikmat yang sedikit. Syukur bukan sekadar saat tersungkur, malah ketika gembira dan nikmat berbaur. Sesungguhnya, semakin kuat menzahir rasa syukur, nikmat akan bertambah, sekali gus menambah baik kualiti jiwa. Pertambahan nikmat terbahagi kepada dua, iaitu pertambahan dari sudut kuantiti dan kualiti.  Misalnya, syukur saat miliki harta dengan melakukan sedekah. Harta akan berkurangan jika dibelanjakan, tetapi jika dilaburkan sebagai sedekah, ia akan memberi pulangan lebih lumayan di akhirat sana.

عَنْ مُطَرِّفٍ عَنْ أَبِيهِ – رضى الله عنه – قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقْرَأُ (أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ) قَالَ : يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِى مَالِى – قَالَ – وَهَلْ لَكَ يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلاَّ مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ.- رواه مسلم

Maksudnya: Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w sedang membaca surat At Takatsur, lalu baginda bersabda: “Anak Adam mengatakan: “Hartaku-hartaku, hartaku, dan apakah kamu wahai anak Adam, memiliki dari hartamu kecuali apa yang engkau makan maka akan habis atau kamu pakai makan akan lusuh atau kamu sedekahkan maka itu sahaja yang tinggal

Menerusi sedekah juga bukan sekadar kuantiti ganjaran bertambah, malah kualiti jiwa juga berubah. Melahirkan jiwa bersyukur perlu kepada sifat qanaah iaitu cukup dengan sedikit dan jika berlebih mampu untuk dibahagi-bahagikan. Dengan cara itu, hati akan lebih lapang dan menawarkan jiwa yang lebih sihat serta segar.

Rasa syukur juga subur bila kita fahami walau sekecil manapun nikmat yang dikurnia ia akan dirasakan besar kerana yakin bahawa nikmat itu datang daripada Allah yang Maha Besar. Nikmat yang besar akan terasa kecil sekiranya terlalu menumpu kepada nikmat diterima semata-mata. Jangan terikut dengan sifat manusia yang kurang syukur sebagaimana firman Allah dalam ayat 19-21 surah al-Ma’arij :

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾

Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;  Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut;

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa menyentuh tentang kehebatan keluarga nabi Ibrahim a.s dalam membina keluarga yang sakinah tenang dan tenteram mematuhi perintah Allah dengan suburnya rasa mawaddah cinta dan rahmat kasih sayang atas dasar agama. Penghayatan agama dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat adalah begitu penting terutama bila kita melihat statistik jenayah keganasan semakin meningkat seperti laporan Statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seba­nyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2017 yang merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan jenayah di bawah Kanun Keseksaan melibatkan wanita sebagai mangsa seperti cabul kehormatan, sumbang mahram, rogol dan kesalahan luar tabii. Sebanyak 23,212 atau 40 peratus merupakan kes keganasan rumah tangga melibatkan wanita sebagai mangsa. Bagi kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Ma­sya­­rakat (JKM) bagi tempoh 2010 sehingga tahun 2016 lalu adalah sebanyak 28,365 kes

Keganasan rumahtangga dan juga keluarga tidak tenteram akibat beberapa faktor antaranya : [1] Kurang ilmu sebelum dan selepas kahwin. Perumpaan sesebuah perkahwinan itu diibaratkan sebuah kapal. Jika pada mulanya lagi kapal itu sudah bocor kerana kekurangan ilmu dan amalan agama di dalamnya. Bagaimana kapal tersebut ingin terus berlayar? Lama kelamaan kapal tersebut semakin luas bocornya dan akhirnya tenggelam. Maka sebab itu sesebuah perkahwinan itu banyak berakhir dengan penceraian. [2] Sering bergaduh di mana bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat. [3] Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban sedangkan anak adalah rezeki Allah untuk diberi kasih [4] Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki sedangkan kita wajib syukur atas nikmat samada banyak atau sedikit kerana syukur kunci kepada rezeki  [5] Kedekut dengan pasangan dan anak-anak. Sepatutnya jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama. [6] Gagal mengawal emosi dan amarah. Didiklah diri supaya tidak meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan penuh mesra. [7] Kurang sabar. Oleh itu, ajarlah untuk bersabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki. [8] Kurang berdoa maka sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Antaranya lazimilah dengan doa nabi Ibrahim a.s sebagaimana ayat 40 surah Ibrahim :

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 :

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾

Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

Menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan melalui jalan senang tetapi penuh halangan. Antaranya [1] Ujian berupa cemuhan dan penghinaan dari musuh-musuh Allah yang tidak menginginkan berkembangnya syiar Islam. [2] Pencemaran nama baik Islam dan pejuangnya dengan harapan agar Islam menjadi nama yang sentiasa dibenci dan menjadi musuh dunia atas nama Islamphobia. [3] Ancaman bentuk ugutan, penjara, penganiayaan bahkan sampai kepada pembunuhan. [4] Pujuk rayu dengan harta dan takhta sehingga ramai yang gugur dalam perjuangan Islam

Menyedari tentang ujian, cabaran atau tekanan dalam memperjuangkan Islam maka kita mesti mempersiap diri dan melaksanakan beberapa perkara antaranya :

    Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.
    Membanyakkan membaca dan tadabbur Al – Quran serta berdoa kepada Allah.
    Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup sebaliknya dunia tempat mengumpul bekalan akhirat
    Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan pelbagai ujian.
    Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.
    Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.
    Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak antaranya dalam menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.
    Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekalian hamba yang bakal ditanya tentang penggunaan segala nikmat sementara di dunia ini
    Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.
    Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dahsyat sekalipun, sekaliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti yang jauh lebih dahsyat lagi mengerikan

Oleh itu gunakanlah nikmat hari raya korban ini dalam menghayati sikap berkorban harta, masa dan jiwa dalam menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara.  Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam bukanlah perkara yang ringan. Allah swt telah menjanjikan balasan yang terbaik bagi mereka yang istiqomah dalam perjuangan Islam. Maka, tentu saja untuk mendapatkan janji yang terbaik dari Allah swt tersebut tidaklah mudah, melainkan penuh dengan ujian, halangan, rintangan, dan berbagai macam perlawanan. Untuk itu, marilah sama-sama kita kuatkan dan luruskan niat dalam perjuangan Islam. Tundukkan pandangan mata dan hati dari segala bentuk duniawi yang akan melemahkan iman dan menidurkan kita dari perjuangan Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisaa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٧٤﴾

Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sumber Asal

Halaqah

  • Global Moderator
  • *****
  • Posts: 77
    • View Profile
خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية  34 سورة  النمل :

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Tahun ini kita menyambut hari raya korban ketika kehangatan negara menyambut kemerdekaan kali ke-60. Sesebuah Negara boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh dalam setiap segi. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks Negara semata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah Negara. Dalam konteks individu kemerdekaan bererti bebasnya seseorang dari tekanan hawa nafsunya dalam melakukan segala tindakan di mana bagi seorang yang beriman pertimbangan rasionalnya adalah ketika dia menyandarkan segala perbuatannya kepada aturan Allah. Ibarat kata Hukama’ ; ”Seorang budak beramal kerana takut hukuman, pedagang beramal kerana menginginkan keuntungan, dan orang merdeka beramal kerana mengharap keredhaan Allah swt.”

Sedangkan dalam konteks masyarakat, kemerdekaan adalah ketika mereka tidak lagi menjadi pengekor pola berfikir, budaya bahkan agama para penjajah. Masyarakat yang merdeka memiliki pola pikir, budaya dan agama yang khas yang membezakan mereka dari masyarakat sebagaimana masyarakat Madinah Munawwarah setelah Rasulullah saw. berhijrah, baginda mulai membentuk masyarakat di sana dengan kehidupan beragama yang jauh berbeza dengan sebelumnya bukan sahaja dari sudut ibadat khusus malah meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Melihat suasana masyarakat dan negara kita agak membimbangkan walau pun sudah 60 tahun menyambut merdeka bila aqidah semakin tergugat dengan bebasnya pemikiran liberal yang mahu halalkan murtad, zina dan budaya songsang termasuk ada anak muda Melayu yang menyertai program anti Tuhan. Malah kenyataan yang mendakwa al-Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia dalam suatu program baru-baru ini menambahk kecelaruan yang ada.

Masalah jenayah juvana seperti statistik Kementerian Pendidikan menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan tahun 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal sehingga adanya cadangan untuk pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius untuk dihantar menjalani program pemulihan di penjara dan lokap tidak lama lagi bagi memerangi gejala sosial di sekolah. Kita berharap suatu kajian lebih mendalam dibuat agar modul agama dan tarbiah rohani ditekankan agar ia boleh merawat bukan semakin melarat

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Keberadaan kita pada hari raya korban yang mulia ini juga jangan kita lupa untuk berkorban samada dengan harta mahu pun doa dalam membantu saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah penjajahan moden dengan peperangan, kebuluran sebagaimana di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Somalia, Filiphina, Myanmar, Selatan Thailand dan sebagainya. Ingatlah suatu pesanan berharga daripada nabi s.a.w

 الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzhaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat

Akhir kata selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagiakan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ