Masalah Berkaitan Gigi

*

Author Topic: Masalah Berkaitan Gigi  (Read 17470 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abdullah82

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
13 November, 2007, 04:01:16 PM
  • Publish
  • Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.

    Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

    Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

    Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.

    CEGAH MASALAH GUSI

    Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

    1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

    Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

    2) Jaga Pemakanan

    Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

    Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

    3) Rawatan Gigi

    Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

    Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

    Artikel dari:
    http://perkahwinansempurna.blogspot.com


    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #1 13 November, 2007, 08:40:20 PM
  • Publish
  • masalah gigi dan gusi berdarah..sbb kan plak2 yang ada kat gigi..
    sbb tue kena berus gigi ikut aturan...
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    iswimsuit

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #2 06 December, 2007, 09:45:07 PM
  • Publish
  • Cuba ambil pakej vitamin yang ada Calsium+Zinc+Magnesium..insyaAllah

    mawar_merah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #3 15 May, 2010, 12:57:22 AM
  • Publish
  • kbtlan ggi ana tgh sakit skg....((
    aduhai..gusi kot ngilu2 je rase

    ningonly

    • *
    • Posts: 204
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #4 15 May, 2010, 01:37:52 AM
  • Publish
  • sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu ke tuuu..
    itulah aku...padamu

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #5 15 May, 2010, 03:50:46 AM
  • Publish
  • Terima kasih atas artikel ini. semoga menjadi panduan untuk ibu2 hamil...kesian tengok kawan2 yg hamil....beratnya ujian...semoga dilipatgandakan pahalanya...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    rosnah64

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #6 15 May, 2010, 12:39:27 PM
  • Publish
  • anak umi pun selalu gusi berdarah juga.setiap kali gosok gigi mesti berdarah.

    najali

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Reply #7 15 May, 2010, 12:42:36 PM
  • Publish
  • kurang vitamin C ni..
    Ceriakan hari anda!

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #8 25 February, 2011, 06:47:57 PM
  • Publish
  • Sakit gigi – cabut atau tampal?

    Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .

    Kenapa kita sakit gigi?

    Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

    Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?

    Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

    Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.

    Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.

    Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli.

    SUMBER


    Aku_Anak_Mak

    • *
    • Posts: 136
      • View Profile
    Reply #9 25 February, 2011, 08:36:33 PM
  • Publish
  • Den bukan doktor  gigi,tapi den juga bukan  reti pasal gigi.  Saja  nak  menyibuk  kat sini....
    Aku  Yang Bengong

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #10 25 February, 2011, 10:28:19 PM
  • Publish
  • Jenis-jenis tampalan gigi




    The following error or errors occurred while posting this message:
    The message does not meet the minimum word requirements (5 words).

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #11 25 February, 2011, 10:32:03 PM
  • Publish




  • The following error or errors occurred while posting this message:
    The message does not meet the minimum word requirements (5 words).

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #12 25 February, 2011, 10:36:43 PM
  • Publish


  • Anda boleh mendapatkan info tentang kesihatan pergigian di sini


    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #13 25 February, 2011, 10:58:46 PM
  • Publish
  • Tampalan Komposit   
       
    Ditulis oleh Dr. Nur Zunaidah   

    Jenis tampalan berwarna gigi ini sangat popular sekarang disebabkan oleh warnanya yang menyamai warna asal gigi dan kegunaannya yang pelbagai walaupun harganya lebih mahal daripada tampalan amalgam.

    Komposit terdiri daripada campuran partikel kaca, resin sintetik dan agen pengerasan. Prosedur penampalan juga lebih rumit dan memakan masa dari amalgam tetapi bentuk kaviti tampalan adalah lebih kecil dari amalgam, bermakna tidak banyak gigi dibuang.

    Selain digunakan sebagai tampalan untuk merawat gigi yang berlubang akibat kerosakan gigi, ianya juga boleh digunakan sebagai bahan tampalan untuk menggantikan struktur gigi yang patah atau hilang. Komposit juga digunakan untuk membetulkan kecacatan permukaan gigi, veneer dan membetulkan bentuk gigi yang tidak normal seperti gigi kacip kedua yang tirus.

     

    Komposit juga adalah tampalan yang sesuai digunakan untuk menutup ruang antara gigi yang jarang, dijadikan bahan korona komposit, mengikat gigi yang goyah, membetulkan kecacatan gigi congenital, menampal permukaan porselin yang rosak, dijadikan bahan inlay dan onlay,bahan penggantian gigi hilang, melekatkan aplians ortodontik ke gigi dan penutupan akses implant.
     
    Kesan sampingan tampalan komposit

    Terdapat sebilangan kecil pesakit yang mungkin merasa sensitive pada gigi yang ditampal dengan komposit selama beberapa hari berlanjutan ke seminggu. Sekiranya rasa sensitive berterusan, pesakit mungkin tidak sesuai menerima tampalan komlosit, oleh itu penggantian dengan tampalan jenis lain boleh dilakukan oleh doctor gigi

    Berapa lamakah jangka hayat tampalan komposit?

    Tampalan komposit mungkin perlu diganti selepas beberapa tahun kerana pinggir yang bocor atau tampalan patah. Walaupun ianya kelihatan seperti gigi asal tetapi kekuatannya tidak dapat menandingi enamel gigi, oleh itu jika pesakit kerap menggigit makanan atau barang yang terlalu keras seperti tulang atau cengkerang ketam, tampalan ini boleh patah dan perlu diganti. Pesakit juga digalakkan menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan kerana pinggir tampalan boleh bocor tanpa disedari. Sekiranya tampalan komposit mengecut selepas beberapa tahun, maka terdapat ruang kecil antara tampalan dan permukaan gigi yang boleh memerangkap makanan. Sekiranya tampalan bocor tidak diganti, maka pengumpulan makanan ini boleh menyebabkan kerosakan gigi yang tidak disedari di bawah permukaan tampalan.

    Kelebihan tampalan komposit berbanding dengan amalgam

     

    # Tampalan komposit melekat ke permukaan gigi, jadi ianya mengekalkan kekuatan asal gigi. Perak iaitu satu komponen tampalan amalgam boleh melemahkan gigi dan menjadikannya lebih mudah patah. Gigi yang patah lebih mahal untuk direstorasi jadi walaupun pada awalnya, harga tampalan komposit lebih mahal, tetapi untuk jangka masa panjang kosnya lebih murah kerana gigi patah dapat dielakkan.

    # Tampalan komposit mengembalikan rupa asal gigi.

    # Gigi yang direstorasi dengan komposit kurang sensitif kepada panas atau sejuk dengan syarat teknik yang betul digunakan dan pesakit tidak sensitif dengan bahan-bahan komposit. Ini adalah kerana amalgam adalah sejenis logam yang boleh mengalirkan haba ke gigi. Walau bagaimanapun, ini dapat dielakkan dengan melapikkan bahan pelapik penebat di bawah amalgam.

    # Komposit tidak mengandungi merkuri seperti amalgam. Ada pendapat yang mengatakan merkuri di dalam amalgam adalah toksik walaupun tiada bukti yang kuat.

    # Oleh kerana komposit boleh melekat ke permukaan gigi, maka jumlah gigi yang dipotong untuk penyediaan kaviti tampalan adah kecil berbanding amalgam. Ini dapat menyelamatkan struktur gigi. Penyediaan kaviti amalgam adalah lebih besar kerana rekabentuk tertentu sahaja dapat memastikan amalgam tidak mudah tanggal kerana amalgam tidak melekat ke permukaan gigi, tetapi mengisi ruang kaviti sahaja.

    # Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tampalan komposit cepat rosak, jadi ianya tidak sesuai digunakan bagi pesakit yang mengambil alkohol berlebihan.


    SUMBER


    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #14 16 December, 2011, 03:56:40 PM
  • Publish
  •  :)
    Kalau gigi bongsu tumbuh condong sedikit ke luar sehingga menyebabkan tergigitnya tisu pipi jika tidak berhati-hati semasa mengunyah, ape yang doktor gigi akan buat? gigi bongsu tu akan dicabut ke? ataupun bahagian gigi yang tajam tu akan dikikis?
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Yern Ain

    • *
    • Posts: 15
    • Guide us to the straight path (1:6)
      • View Profile
    Reply #15 20 December, 2011, 12:20:38 AM
  • Publish
  • :)
    Kalau gigi bongsu tumbuh condong sedikit ke luar sehingga menyebabkan tergigitnya tisu pipi jika tidak berhati-hati semasa mengunyah, ape yang doktor gigi akan buat? gigi bongsu tu akan dicabut ke? ataupun bahagian gigi yang tajam tu akan dikikis?

    Biasanya, kena tengok keadaan gigi tu dulu. Space cukup ke, dia tumbuh condong macam mana, ke arah mana, bawa kebaikan atau tak. Mostly wisdom tooth yang abnormal akan dicabut. Tapi tak semuanya.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #16 23 May, 2012, 05:50:14 PM
  • Publish
  • Lesson learnt..

    Saya punya gigi dulu ada masalah gusi berdarah..ada satu tempoh tu kerap jugakla..setiap kali basuh muka,cuci muka,ambil wudhuk pun, kadang2 duduk diam2 study malam2 pun tiba2 boleh berdarah..ada bengkak tapi tak sakit.Saya risau jugak,kena skurvi ke,saya kurang vitamin C ke..dahla saya ni kureng sikit makan buah..Bila dah asyik hilang darahjeni,takut pulak jadi anemia :senyum:..Bila jumpa doktor,bukannya skurvi..ni risau sangat,dah memandai diagnose sendiri tapi salah..:senyum: .Dr cakap saya kena periodontitis..ape2 lahtu..:senyum:


    gambar hiasan semata ye

    Dental Calculus

    Ada pembentukan calculus (yang warna kuning2/perang) kat bahagian dalam gigi-yang dekat dengan kelenjar air liur.. Pembentukan calculus disebabkan oleh pengumpulan mineral2 dalam air liur terbentuk atas plak di gigi..Bila plak mengeras,jadilah calculus..(hardened dental plaque)

    Plak yang berkumpul ni akan menyebabkan gusi bengkak,irritated and inflamed (keradangan).Bila gusi bengkak merah2 camtu dipanggil gingivitis.Lama-lama gusi lemah dan connective tissue yang menghubungkan gusi dan gigi lemah,jadilah periodontitis..

    Sebab gusi bengkak macamtu merah2..kaya dengan darah..patutla asyik berdarahje gigi..

    Plaque accumulation causes the gingiva to become irritated and inflamed, and this is referred to as gingivitis. When the gingiva become so irritated that there is a loss of the connective tissue fibers that attach the gums to the teeth and bone that surrounds the tooth, this is known as periodontitis. Because dental plaque is the sole cause of periodontitis, it is referred to as the primary aetiology. Plaque that remains in the oral cavity long enough will eventually calcify and become calculus. Calculus is detrimental to gingival health because it serves as a trap for increased plaque formation and retention; thus, calculus, along with everything else that causes a localized build-up of plaque, is referred to as a secondary etiology of periodontitis.

    ~wikipedia~


    Nak buang calculus?jawapannya scaling..Scaling-dia buangla calculus2 tu..Saya dulu setiap kali dr gigi datang sekolah nak check gigi dah kecut perut..alamak..mesti kena scaling..Tiap tahun dr gigi datang,tiap tulah kena scaling.Saya ingat masa darjah 6 kena scaling teruk betul berdarah..sampai sumbat mulut penuh tisu,kapas..:senyum: udahla ngilu kan scaling..saya tutp mata tak mahu tengok instrument2 yang masuk dalam gigi,darah2 tapi dr suruh bukak,takut saya tidur agaknya :senyum:

    Baru saya tahu kenapa berdarah banyak bila scaling..sebab bila remove/buang dah calculustu,bengkak pun kurangla..darah yang terkumpul dari inflammation tadi keluarla..Scaling agak mahal,jadi kalau dapat free kat klinik gigi memang bestla.. :senyum:

    Dulu adik saya pernah cakap,jangan scaling selalu,nanti gigi rapuh?Saya ada baca kat manetah,ni macam myth je..Sebab scaling bukan buang enamel gigi tu..tapi scaling buang calculus..Bila tak scaling untuk buang plak,lama2 plak akan berkumpul lebih teruk..calculus makin tebal,inflammation makin banyak..Bahkan bila datang lambat untuk buang plak/calculus,nanti masa tu gigi dan gusi dah tak kuat..bila scaling masa tu mungkin affected gigi..Malah kalau lagi teruk,cabut gigi terus :senyum:..



    Saya buat scaling baru2 ni,dental student yang buat..nasihat kat saya..

    1-Berus gigi jangan kasar2 ye :senyum:
    2-Guna berus gigi yang lembut (smooth),sebab hard tooth brush lebih sesuai untuk gigi palsu sebenarnya
    3-Kumur2 setiap kali lepas makan-jadikan amalan
    4-Masa gosok gigi,nak gosok bahagian dalamtu,kanan dan kiri mulut kita tu,gosok 45 degree..dan gosok di antara gigi dan gusi jugak untuk bersihkan sisa2 makanan di celah2 gigi..
    5-Gosok betul2 (tapi lembut,jangan tekan2 nanti berdarah..) terutamanya bahagian gigi yang berdekatan dengan kelenjar air liur di mana air liur dihasilkan-ini bahagian gigi yang dekat dengan lidah-bawah lidah.. dan gigi yang dekat dengan bahagian pipi-daging pipi (buccal mucosa)..
    6-Guna mouthwash kalau boleh..dan tak perlu kumur2 guna air paip dah lepas guna mouthwashtu,dalam 30 seconds macamtu..
    7-Guna flos untuk hilang sisa makanan celah gigi..

    Saya nak tambah-kurangkan makanan manis, dan cucilah mulut selepas makan manis sebab bakteria ni mudah membiak dengan persekitaran yang kaya dengan sugar(glucose ) ni.. :senyum:..nanti boleh menyebabkan karies yang macam kanak2 tu..gigi rongak,rompong..nasib baikje gigi susu.. :senyum:

    Sekarang ni pun takdelah hilang sungguh darah kat gusi..ada jugak sikit2..tapi takpe,slow2 kita jaga gigi elok2 mula sekarang :senyum: InsyaAllah..
    Sebab memang jugak kerap orang tak ambil kisah sangat dengan penjagaan gigi..saya pun dulu camtu gak,tapi dah sedar dah :senyum:
     :ins:  :syukur:
    « Last Edit: 30 September, 2012, 10:25:22 AM by Nurul Nawar »

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #17 23 May, 2012, 06:09:16 PM
  • Publish
  • -salam-

    thanks for sharing...sakit gigi adalah antara tiga paling sakit dalam dunia sebelumnya sakit ketika sakaratul maut dan bersalin.
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    hani muslim

    • *
    • Posts: 847
      • View Profile
    Reply #18 23 May, 2012, 09:41:33 PM
  • Publish
  •  :)

    satu perkongsian yang amat bermanfaat..sebab saya adalah antara salah satu orang yang selalu sakit gigi..:senyum:..syukran atas ilmu yang bermanfaat

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    82 Replies
    29851 Views
    Last post 23 October, 2013, 11:38:03 AM
    by NUR ZELYN
    10 Replies
    1768 Views
    Last post 27 February, 2011, 08:28:06 PM
    by rabbitah
    5 Replies
    2244 Views
    Last post 13 December, 2011, 10:26:31 AM
    by khairunnisak87