Aqidah Salafus-Soleh (Menyucikan Allah s.w.t. Daripada Tempat dan Kejisiman)

Author Topic: Aqidah Salafus-Soleh (Menyucikan Allah s.w.t. Daripada Tempat dan Kejisiman)  (Read 16139 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Sang Pencinta

  • *
  • Posts: 446
    • View Profile
13 November, 2007, 11:07:15 AM
  • Publish Di FB

  • AL-HAFIZ AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH: ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK

    Oleh: Abu Syafiq ( Tel HP 006-012-2850578)

    *Bersemayam yang bererti Duduk adalah sifat yang tidak layak bagi Allah dan Allah tidak pernah menyatakan demikian, begitu juga NabiNya.
    ___________________________________________________________________________

    Hakikat kebenaran tetap akan terserlah walaupun lidah syaitan Wahhabi cuba merubahnya.
    Kali ini dipaparkan bagaimana rujukan utama Wahhabi iaitu Al-Hafiz Az-Zahabi sendiri mnghukum kafir akidah sesat: Allah Bersemayam/Duduk yang dipelopori oleh Wahhabi pada zaman kini. Az-Zahabi adalah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin Abdullah ( 673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan kitab-kitab lain termasuk Al-Kabair.

    Az-Zahabi mengkafirkan akidah Allah Duduk sepertimana yang telah dinyatakan olehnya sendiri di dalam kitabnya berjudul Kitab Al-Kabair. Demikian teks Az-Zahabi kafirkan akidah “ Allah Bersemayam/Duduk” :

    ( RUJUK SCAN KITAB TERSEBUT DI ATAS )
    Nama kitab: Al-Kabair.
    Pengarang: Al-Hafiz Az-Zahabi.
    Cetakan: Muassasah Al-Kitab Athaqofah,cetakan pertama 1410h.

    Terjemahan.
    Berkata Al-Hafiz Az-Zahabi:
    “Faidah, perkataan manusia yang dihukum kufur jelas terkeluar dari Islam oleh para ulama adalah: …sekiranya seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR”. Rujuk scan kitab tersebut di atas m/s 142.

    Perhatikan bagaimana Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk. Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir.
    Fokuskan pada kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang itu kata Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan tetapi amat jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang mendakwa Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari seluruh ulama Islam.

    Wahai Mohd Asri Zainul Abidin dan Wahhabi yang lain…ketahuilah apabila anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah dihukum oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam.
    Tidak perlu ditunggu kenyataan “ Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru nak dihukum kafir akan tetapi dengan mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur terkeluar dari Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi.

    Bertaubatlah wahai Wahhabi.

    http://www.abu-syafiq.blogspot.com


    Sang Pencinta

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #1 29 November, 2007, 03:49:38 PM
  • Publish Di FB
  • Petikan Dari Ruangan Bicara Agama
    (Utusan Malaysia, 16 November 2007)

    Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah



    SOALAN: Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

    JAWAPAN: Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

    Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

    Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

    Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

    Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

    “Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

    Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

    Membantu guru

    Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

    “Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

    “Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

    “Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

    Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

    Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

    “Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

    “Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

    “Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

    “Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

    “Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

    “Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

    “Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

    “Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

    Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

    Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

    Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

    “Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

    “Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

    “Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

    “Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

    Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

    Tidak terfikir

    Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

    “Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

    Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

    “Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

    “Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

    “Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

    “Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

    Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

    Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

    Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

    [Tambahan: Dialog ini boleh dirujuk dari kitab `Aqidatun Najin fi `Ilmi Ushuliddin karangan Syeikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani atau lebih dikenal dengan gelaran Tuan Minal al-Fathani. Kitab tersebut selesai dikarang pada hari Sabtu, Jamadilakhir tahun 1308 H/1890 M. Kitab ini bukan hanya setakat untuk rujukan tetapi masih banyak diajar di surau-surau dan di masjid-masjid bahkan di beberapa pondok di seluruh dunia Melayu. Kitab ini yang kedua besar tentang akidah dalam bahasa Melayu sesudah Warduz Zawahir karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetapi adalah yang pertama besar yang masih beredar di pasaran dan yang diajarkan. Cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1319 H/1901 M, ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Maklumat ini adalah berdasarkan kepada tulisan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shaghir Abdullah. - abuzahrah -]


    sentosa

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #2 15 July, 2008, 05:35:45 PM
  • Publish Di FB
  • Saya telah emel kepada seorang kawan saya mengatakan ALLAH TIDAK BERTEMPAT sepertimana yang terkandung dalam sebuah hadih sahih riwayat Muslim.

    Dan ini jawapan saudara saya.
    ________________________________________________
    Untuk makluman jumhur ulama termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan Allah beristiswa’ (duduk/bersemayam) di Arasy. Menidakkannya adalah berlawanan kepada Akidah yang diajar oleh Nabi Muhammad dan perlu bertaubat

    اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

           "Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".

    Taha, 20:5.

    ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ.

    "Dan Dia berkehendak menuju langit".

    Al-Baqarah, 2:29.

    Ummu Salamah dalam menegaskan mengenai Allah duduk di Arasy:

    "Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui) caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya) adalah kufur".

    Lihat:  علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32.  Redza bin Nu'san

                                        Mukti.  Dikeluarkan juga oleh Al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة


    عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِـيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَـلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْعَـرْشُ فَـوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ. وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ.

       "Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy.  Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya.  Dan pada riwayat yang lain:  Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan".
    H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi  (Hadith hasan,sanadnya sahih)

    اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ.

          "Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh Yang di langit (Allah)".

    H/R Bukhari No. 4351.

                Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" pada ayat ini ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" sebagaimana yang dapat difahami dari hadith Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

    اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.

    "Sesungguhnya Allah menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy".

    H/R Bukhari dan Muslim.
    ______________

    Benarlah terdapat ayat al quran yang menerangkan Allah itu bersemayam di atas arsy tetapi saya tidak menyetujui kalau menyamakan bersemayam itu sama seperti mana bersemayamnya raja dan kaisar.

    _________________

    Apa komen anda?

    « Last Edit: 01 April, 2009, 04:44:59 PM by Munaliza Ismail »

    sentosa

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #3 15 July, 2008, 05:40:17 PM
  • Publish Di FB
  • ALLAH BERJISIM

    Saya emel kepada saudara saya-biar saya namakan dia sebagai R sahaja-artikel dibawah:

    ASRI DAH KETANDUSAN HUJJAH LANTAS HINA AKIDAH ISLAM ( Mesti Baca )

    Ini bukan satu tuduhan tapi merupaka pembongkaran berfakta, berhujjah, berdalil dan penilaian ilmiah islamiah berdasarkan kajian yang rapi tanpa fanatik terhadap kebatilan.

    Dalam utusan bertarikh 5 ogos 2007 (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm) pelbagai pengulangan kenyataan yang sama Mohd Asri yang diulang beberapa kali oleh dirinya sendiri.

     

    Mungkin dia mahukan respon dari orang ramai malangnya tiada yang lakukan kerana kesemua umat di Malaysia ini dah bosan mendengar cacian dan kutukan serta pentakfiran juga penjelasan yang menyusahkan lagi menyempitkan terbit dari Mohd Asri Zainul Abidin.
    Disini saya akan nyatakan beberapa sahaja cebisan daripada tulisanya tersebut yang memualkan dan jelas bercanggah dengan islam:

    - Mohd Asri menyatakan:
    Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya.

     

    Saya menyatakan:
    Kenyataan Mohd Asri tersebut telah pun diulang banyak kali dalam keratan akhbar dan majalah oleh dirinya sendiri. Mungkin dia mahukan respon daripada ustaz-ustaz yang mengajar ilmu akidah. Malangnya para tokoh ustaz tidak mahu layan kerana amat terserlah kejahilan Asri dalam ilmu akidah yang cukup basic dan mudah. Dalam hal ini, biarlah saya memjawab dan memberi respon demi menjelaskan kebenaran moga-moga Mohd Asri bertaubat kepada Allah.

    Muftari Mohd Asri Hina Ilmu Akidah Islam Lagi.
    1- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada”.

     

    Saya mengatakan:
    Subhanallah..
    Asri sanggup menghina pengajian akidah islam ini?!
    Saya nak bertanya pada Asri dan Wahhabi lain. Mana lafaz dari Al-Quran dan Al-Hadith yang kata “ Allah Wujud”?! Saya nak lafaznya dari Al-Quran?Mana?!
    Ya..sememangnya lafaz harfiyah sebijik macam itu tidak ada dalam nas, maka adakah kita dilarang mengatakan “Allah Itu Wujud”??! kononnya atas dasar nas Quran dan Hadith tak sebut?!
    Tidak…kita tidak dilarang kata ‘Allah wujud’. Bahkan makna dan erti Allah wujud (ada) terpampang dalam surah Ibrahim ayat 10: “ Tidak ada keraguan pada (kewujudan) Allah”. Dan bersumberkan ayat Alquran inilah maka pengajian akidah seperti itu diterapkan. Malangnya Muftari Mohd Asri pula menghina ilmu akidah itu yang bersumberkan daripada ayat Allah ta’ala sendiri.

     

    Nah!...samalah juga bentuk pengajian tauhid sedemikian, sememangnya wujud dalam akidah islam walaupun lafaz secara harfiyahnya tidak disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Ianya sama dengan penerangan basic ilmu Bahasa Arab yang wujud perkataan Mubtada’, Khobar dan sebagainya. Lafaz tersebut memang Al-Quran dan Nabi tidak ajar akan tetapi makna amat jelas dan mudah difahami bahkan membawa kepeda pemahaman nas Al-quran dan Al-hadith yang tepat.
     
    Apabila ulama islam menyatakan antara sifat Allah itu adalah ‘ada’, tidak salah untuk mengatakan lawan kepada perkataan ‘ada’ adalah ‘tidak ada’. Ini juga untuk membawa kepada keyakinan ilmu akidah agar tidak terhilang rasa keyakinan akan kewujudan Allah ketika insan itu lalai.
    Bukankah ianya selain membawa kepada akidah yang jitu bagi umat zaman ini ianya juga mendorong penjagaan akhlak ketika membelakangi orang ramai. Oleh kerana tidak mempelajari ilmu tauhidlah antara faktor orang berkhalwat yang dipertahankan oleh Asri atas penangkapan mereka. Orang yang paling gembira ketika Asri mengkritikan tangkapan khalwat oleh jabatan agama islam adalah syaitan dan pengkhalwat-pengkhalwat itu sendiri.
    Anda telah membuka peluang maksiat secara besar-besaran wahai Asri.

    2- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “dengar lawannya pekak”.

     

    Saya mengatakan:
    Ini merupakan penghinaan Asri terhadap Hadith Nabawi. Bukankah Nabi Muhammad sendiri yang mengajar bahawa Allah bersifat Maha mendengar dan tidak bersifat pekak?! Sandaran dusta Wahhabi kononnya Asri ini pakar Hadith amatlah memualkan.
    Memadai hujjah dalam hal ini berlandaskan sabda Nabi yang dipetik oleh ulama dalam pengajian akidah islam yang bermaksud:

     

    “ Sesungguhnya kamu semua (umat islam) tidak memohon kepada Tuhan yang pekak mahupun Tuhan yang tidak ada, sesungguhnya kamu semua memohon kepada Tuhan yang mendengar dan yang menerima doa”. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari daripada Abu Musa Al-Asy’ary. Hadith ini juga amat masyhur dan tiada kedhoifan.

     

    Lihat! Nabi sendiri kata:‘Allah mendengar dan tidak pekak’.
    Nah! Bagaimana pula Muftary Asri kata itu adalah akidah kufur falsafah Yunan?!! Adakah nabi Muhammad membawa akidah kufur wahai Asri?! Sudah pasti jawapan Asri adalah Ya! Memang Nabi Muhammad bawa akidah kufur falsafah Yunan katanya. Nauzubillahi minzalik!

     

    3- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: "Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya".

     

    * Perhatikan pada Asri menghina pengajian ' Allah Tidak Berjisim'.
    Saya mengatakan:
    Asri menghina pengajian akidah islam sedemikian. Bahkan Asri menghukum sebagai akidah kufur falsafah Yunan yang bukan islam. Tetapi ulama islam tidak seperti Asri.
    Imam Ahmad Bin Hambal yang merupakan ulama islam Salaf mengatakan Allah tidak berjisim. Imam Abu Hanifah juga merupakan ulama Salaf pun kata Allah tidak berjisim. Bahkan mereka menyatakan Allah tidak berjisim pada kenyataan dan buku karangan akidah mereka sendiri.
     
    Imam Ahmad Bin Hambal Kata Allah Tidak Berjisim:
    Dalam kitab Iktiqod Imam Ahmad pada mukasurat 7-8 dinayatakan : “ Tidak harus menyandarkan jismiyyah kepada Allah kerana Allah tidak berjisim”.
    Imam Ahmad juga menyatakan:” “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

     

    Imam Abu Hanifah Kata Allah Tidak Berjisim:
    Dalam kitab akidah Imam Abu Hanifah yang masyhur berjudul Fiqhul Akbar menyatakan:
    إثباتُهُ بلا جسمٍ
    “ Dan hendaklah menetapakan bahawa Allah tidak berjisim”.

     

    Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
    “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.
     
    Imam As-Syafie Kata Allah Tidak Berjisim:
    Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk (berjisim) diatas arasy maka dia KAFIR ”.

    Dan ramai serta jutaan ulama islam lagi yang menyatakan akidah islam antaranya adalah Allah Tidak Berjisim.
    Maka mengapa Asri mengkafirkan akidah islam ini lantas menganggap iainya merupakan akidah kufur falsafah Yunan tidak islam! Mengapa begini wahai Asri!?!

     

    Kepada Mohd Asri, kunukilkan kenyataan Dr. Yusuf Qardawi sendiri yang mengatakan bahkan mengajar kepada orang awam bahawa Allah Tidak berjisim:
    Berkata Dr. Yusuf Qardawi dalam Majalah Mujtama', Bilangan 1370, Tarikh 25 Jamadul Akhir/1420 Bersamaan 5/10/1999M
    Yang mana majalah tersebut dibaca oleh orang yang alim dan masyarakat umum:
    فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .
    Erinya: " Maka bukanlah dikira sebagai perkara yang dipersetujui oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengumpulnya dalam satu bahagian membawa kepada gambaran yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah ta'aal seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang mereka mengatakan: Wajib beriman bagi Allah itu wajah, mata, dua tangan, jari, kaki, betis dan lain-lain.
    Ini kerana kenyataan seperti ini mengambarkan kesilapan
    yang besar bagi zat Allah itu bercantuman dengan bahagian-bahagian ataupun ianya membawa kepada Allah itu berjisim”.

    Lihat! Yusuf Qardawi sendiri menghalang kaedah yang dilakukan oleh Wahhabi kerana ianya membawa kepada sangkaan yang salah.
    Yusuf Qardawi pun bimbang akidah Allah berjisim itu bahkan dia berhabis-habisan melarang sandaran jisim kepada Allah kerana Allah tidak berjisim.

    Nah! Dimana kamu wahai Muftari Mohd Asri dalam penilaian ilmu akidah dan para ulama salafussoleh?!

    Pembaca sekalian. Pada fokus nombor 1 Asri telah menghina pengajian akidah islam
    yang bersumberkan Al-Quran. Pada focus nombor 2 jelas Asri tidak beriman dengan Hadith Nabi bahkan menentang dan menganggap sebagai falsafah Grekk kafir dan focus yang ketiga Asri sendiri menyandarkan kepada para ulama islam dan Yusuf qardawi sebagai penyebar akidah kufur falsafah Greek.
     
    Semoga Allah memberi hidayah kepada Mohd Asri Zainul Abidin ini. Amin
    Disediakan oleh: abu syafiq ( 012-2850578 )
     
    PS:Inilah akibat tidak belajar asas Islam dengan betul ataupun sudah terlebih pandai menggunakan akal.
     

    ___________________________________________________

    Ini jawapan balas saudara R kpd saya:
    Maaf, saya rasa kamu tersalah sangka.

     

    Mengenali Allah melalui Allah wujud lawannya tiada tidak thabit (tidak pernah ada dan tidak pernah diajar) oleh Nabi Muhammad.

     

    Nabi Muhammad mengajar manusia mengenali Allah melalui Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, 99 nama Allah dan sifat-sifatnya.

     

    Ajaran Allah wujud, qidam, baqa’ lawannya tiada, tidak bersedia dan tidak kekal, hanyalah rekaan manusia pada zaman khalaf (zaman selepas tabi’ tabi’in)

     Kita perlu mengenali Allah seperti mana yang diajar oleh Nabi kita Muhammad bin Abdullah.
    __________________________________

    Saya membalas emel diatas dengan emel berikut:

    Baiklah. Saya hendak tahu penerangan saudara dengan detail...tentang mengenali Allah dengan Asmaul Husna.

    Sebenarnya saudara terkeliru tidak memahami asas cabang ilmu akidah yang sahih dan benar.

    Sebenarnya konsep Sifat 20 itu tidak ada bertentangan dengan Islam. Ia diambil sumbernya dari Al Qur an dan Sunnah. Asmaul Husna itu termasuk dalam Al Quran.

     Saya berikan satu Contohnya.

     Salah satu Nama Allah ialah

     Al-Awwal dan Al-Akhiru

    Apa Maksudnya...

     Allah berada pada Awwal dan Akhir segala kejadian. Maksudnya Allah itu SEDIA ADA.

     Kita tgk Cth lain.

    YA Wahid Maksudnya Allah Maha Esa/Tunggal...Maksudnya ITU WUJUD.

    Maka hendak dikatakan tiada yang nabi ajar maka semuanya salah adalah suatu tanggapan yang terlalu umum dan dangkal.

     Konsep itu adalah daripada ijmak para ulamak dan dihuarikan dengan penuh pelbagai disiplin ilmu akidah yang telah mantap dan diterima seluruh ijmak ulamak.

    Cuma saya tgk para ulamak wahhabi sahaja yang banyak menegaskan Allah bermulut, Allah berkaki, Allah bertelinga...

     Sedangkan itu PENGIBARATAN..walaupun ia IBARAT ia jangan guna sa kamisluhu syaiun..Sila semak Al Quran...jangan guna sa kamisluhu syai un- ini apa maksudnya saudara?

     Ini menjadi pusat kefahaman Sifat 20.

     Dan sesungguhnya Sifat Allah tidak tertetap dengan Sifat 20 sahaja. tetapi ia asas akidah iaitu asa untuk kita memahami dnegan jelas konsep ketuhanan yang selati dnegan ajaran sunnah wal ja maah.

    Saudara mesti juga sudah khtam bab  ilmu berikut.

     Tauhid asma

    Tauhid sifat

    Tauhid zat

    Tauhid af al

     
    Ini hanyalah asas sahaja saudaraku. Saudara boleh merujuk kepada ulamak yang muktabar akan kesahihan ini.

     
    Justeru saya suka menasihatkan, selalulah kita mencari ilmu agama yang dari sumber yang sahih. Cari yang asas. Fahami dahulu.

    _______________________________________






     


    sentosa

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #4 15 July, 2008, 05:45:22 PM
  • Publish Di FB
  • Saya emel R artikel dibawah tentang Ulamak Wahhabi.
    ______________________________________________

    MUFTI WAHHABI Ibnu Baz

    SYEIKH MUFTI WAHHABI BINBAZ
    NAMA : Abdul Aziz Bin Baz.
    TAHUN LAHIR: 1912M.
    TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyadh ).
    DIKAMBUS: 1999M.

    KESILAPAN DALAM AQIDAH:- Kafirkan Umat Islam.
    - Mengkafirkan Seluruh Umat Islam Di Mesir dan Bumi Syam.
    - Tolak Akidah Betul ‘ Allah Bukan Jisim ’.
    - Berakidah Allah Berpenjuru, Berarah dan Bertempat.
    - Mengkafirkan Umat Islam Al-Asya’irah.
    - Menghina Nabi Muhammad.
    - Menghina Nabi Muhammad Sebagai AUTHAN Iaitu Patung Berhala.
    - Mengharuskan Pakai Lambang Salib Kristian.
    - Mengkafikran Seluruh Umat Islam Yang Tinggal Di Hijaz Dan Yaman.
    - Berakidah Allah Duduk Atas Kerusi.
    - Berakidah Zat Allah Di Atas Arasy Pulak.
    - Berakidah Allah Mempunya Dua Belah Kaki Seperti Makhluk.
    - Berakidah Allah Bercakap Macam Manusia Dengan Huruf Dan Suara.
    - Banyak lagi…

    PENYELEWENGAN DALAM FEQAH:- Menganggap Amalan Sunat Sebagai Bid’ah.
    - Haramkan Sebutan “ Sodaqallahu ‘Azhim ” Dan Menghukumnya Sebagai Sesat.
    - Mengharamkan Pengunaan Tasbih Secara Mutlak.
    - Mengharamkan Perkataan Wahhidullah.
    - Mengharamkan Tawassul Secara Mutlak.
    - Samakan Sambutan Maulid Nabi Dengan Yahudi & Kristian.
    - Mengharamkan Potong Janggut Walaupun Untuk Kekemasan Diri.
    - Mengharamkan Selawat Keatas Nabi.
    - Tolak Hadith Nabi (Fadhilat Ziarah).
    - Haramkan Wanita Bawa Kereta Secara Mutlak.
    - Banyak lagi…

    * Rujuk: http://www.binbaz.org.sa/
     
    _________________________________

    Emel saya dijawab balas oleh R dengan emel berikut:

    Tak baik fitnah. Saya juga tidak seratus peratus bersetuju (bahagian feqah) dengannya. Namun dalam bidang akidah, dia berada dalam landasan yang betul.

    _________________________

    Saya membalas dengan emel dibawah:

    Nampaknya saudara terkeliru apa itu fitnah. Fitnah secara asasnya melemparkan sesuatu tuduhan tanpa bukti.

    Saya kemukan satu sahaja.

     Tawassul. Saya skopkan. Ia terlalu luas. Nanti khuatir pula saudara menyentuh tawassul dengan nama wali dan kubur para wali.

     Siang-sianglah itu tertolak dan sesat.

    Saya sentuh sedikit sahaja. Tawassul kepada Nabi Muhammad S.A.W..

    Bagaimana nak tawassul dengan nabi?

     Mudah sahaja. Berselawat ke atas nabi sebelum dan sesudah doa. Terdapat hadis sahih yang muktabar sama ada dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang menerangkan keutamaan selawat dalam solat dna juga dalam berdoa.

     Inilah tawassul. Iaitu dengan selawat doa kita diangkat ke langit.

    Bukan Nabi MUhammad itu Tuhan. tetapi kerana kita ummat Nabi Muhammad dan Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi.

    Saya lihat banyak pengikut wahhabi menolak tawassul. Tetapi merema ini tidka faham. Berselawat sebelum berdoa adalah tawassul juga. Dan ia disuruh Allah, dilakukan Allah dan malaikat, diakui dnegan sabda baginda.

     Kalau memuja kubur, para wali dan lain-lain sila jangans entuh kerana ia sah sah tertolak dan sesat.

     Tetapi bila ada ulamak wahhabi menolak tawassul ke atas Nabi Muhammad S.A.W maka saya menolak beliau.

    _______________________





     


    sentosa

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #5 15 July, 2008, 06:01:33 PM
  • Publish Di FB
  • Saya emel R dnegan emel berikut:
    ______________________________________________________
    Permulaan Ilmu Tauhid

    Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

    Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

     1) Nama ilmu ini :
    Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

    2) Tempat ambilannya :
    Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.

    3) Kandungannya :
    Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

    4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :

    Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.

    Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.

    Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

    Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

    5) Faedah Ilmu Tauhid :
    Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

    6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
    Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

    7) Yang menghantarkan :
    Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

    8) Hukumnya :
    Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

    9) Kelebihannya :
    Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
    " Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
    ( Riwayat Hakim )

    10) Kesudahan ilmu ini :
    Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

    ________________________________________________________________

    R membalas dengan emel berikut:

    Cara yang paling selamant mengenali ilmu tauhid adalah jalan ahli sunnah wal jamaah yang meletakkan sumber yang hanya boleh dipercayai adalah al-Quran, as-Sunnah Muhammad, sumber dari para tabien, dan para tabi’ tabien.

     Para tabien dan para tabi’ tabien dikenali sebagai golongan salaf.

     Oleh itu belajarlah dari sumber yang asal.

     Tanpa saya merendah-rendahkan Abu Hassan Al-Ash’ari dan Abu Mansur al-Maturudi, beliau berdua wujud di zaman khalaf (lawan kepada salaf).
    ____________________________________

    Saya menjawab emel berikut:

    Sebenarnya wujud kekeliruan disini.

    Apa yang saya nyatakan itu namanya BIDANG atau CABANG ILMU DALAM ISLAM.

    BIDANG-bidang ini selagi ia berjalan di atas akidah alhul sunnah wal ja maah maka ia benar dan sahih berdiri di atas Al Quran dan Sunnah.

    Kalau kita ke universiti, wujud jabatan akidah, jabatan usuluddin, jabatan wahyu atau al quran, jabatan hadis...ia diwujudkan kerana pembahagian BIDANG dalam ILMU-ILMU AGAMA.Pengkhususan.

    Tidaklah bermakna siapa yang belajar hadis tidak tahu atau JAHIL ilmu usul misalnya. tetapi KEPAKARANNYA. Itu sahaja. Yang penting ASASNYA sudah ada.

     Jadi NAMA YANG LAIN bukan SYARAT MENOLAK kata ia terkeluar dari nabi.

     Saya ingin tekankan...apa yang perlu difokuskan ialah kembali mengkaji dengan per se setiap bidang ilmu.

     Ini berhajatkankan kepada ilmu asas yang kukuh yakni metodologi atau cara ilmu itu dikaji dan diselidik serta banyak ketabahan.

    Saya lihat kaum wahhabi suka mengatakan kembali kepada Al Qur an dan Sunnah tetapi apakah pengajian ilmu mereka?

    Pengajian ahli sunnah wal ja maah adalah ASLI dan ADA BIDANG YANG DIKHUSUSKAN.

    Jadi berhati-hatilah saudara. Dalam pengajian ilmu agama ini. Kena difahami satu persatu. Jgn berhujah secara umum.

    Suka saya nak tau kalau ada yang salah pada AL Qur an dan Hadis maka bolehlah dibahaskan apa yang saya kemukakan ini.

    Yang pasti saya menolak kaum whahabi, kaum Muda, kaum salafi. Mereka ni bagi saya menggelarkan diri meeka bermacam2 yang baik-baik..cthnya hanya ereka yang ikut Al Qur an dan Sunnah.  Pada masa yang sama melemparkan tuduhan gelaran SESAT dan sebagainya ke

    atas golonganyang tidak sealiran..

    Ketahuilah saudaraku. ISlam ni satu. Allah tidak pernah menyuruh kita ini berkaum-kaum dan berpuak-puak dengan berbagai gelaran.

     Jadilah kita orang Islam yang sejati yang berpegang kepada akidah ahlul sunnah wal ja maah dan sentiasa mencari ilmu dan memperbaiki diri serta amalan menuju TAQWA kepada Allah.
    ____________________________

    Ini tambahan emel saya tentang tawassul kpd R:

    Tambahan tentang tawassul.

     Selawat bukanlah bermaksud tawassul. Tetapi apabila kita berdoa dan memulai doa kita dengan selawat maka ia adalah tawassul.

     Mengapa?Apakah mesti berselawat?

    Saya senaraikan BUKTI SAHIH DIBAWAH.

    1.Hadis sahih-cari sendiri.

    2.Bila kita selawat Allah memberikan kita rahmat. Rahmat adalah kebaikan. Salah stau rahmat ialah terkabulnya doa.

    3.Kita ummat nabi Muhammad. Sayugia diketahui Nabi Muhhammad sangat sayang umatnya sampai akhir zaman. Nabi Muhammad berdoa kepada Allah untuk kebaikan umatnya dan ALlah mengkabulkannya. Salah satunya syafaat nabi kepada umat yang mengikut Sunnah di akhirat nanti. Ini ada dalam hadis. Sila rujuk. Jadi bahagian doa nabi itu adalah untuk umat yang berselawat kepadanya. Kalau kita lupa nabi pasti iman kita tidka sempurna. Ingat nabi dalam erti kata sebut mendoakan nabi, mengikuti ajaran sunnah dan membela nabi muammad s.a.w. Salah satu tanda sayang dan hormat selain selawat juga ialah menyebut nama nabi beserta S.A.W. Tidka memanggil nabi dnegan  Muhammad. Allah melarang para sahabat memanggil nabi dnegan panggilan Muhammad sahaja. Sila rujuk Al Quran. Ingat Islam tidak sempurna bahkan tertolak apabila kita menolak nabi muhammad dari hal sebesar-besarnya sampai hal sekecilnya.

     Semoga beroleh kefahaman.

    ______________________________________

    Jawapan R kepada saya:

    Ulama ahli sunnah kecuali ulama sufi/tarekat menolak tawassul. Tawassul membawa maksud meminta pertolongan melalui perantara.

    Tawassul ada di dalam ajaran kristian dimana umat kristian akan meminta pertolongan melalui paderi-paderi mereka.
    Namun di dalam islam kita hanya meminta pertolongan terus kepada Allah Azza Wajalla. Ianya dibuktikan melalu surah al-fatihah ‘Iyya ka nak budu wa iyya kanas taim’ yang bermaksud ‘Kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku meminta pertolongan’.

    Berselawat kepada Nabi bukan tawassul. Berselawat itu adalah kita memohon kepada Allah agar diberi kesejahteraan ke atas Rasulullah.

     Namun kebanyakkan ajaran sesat membenarkan tawassul lalu kita lihat ada yang bertawasul melalui wali-wali, tok syeikh-tok syeikh, kubur-kubur, ayat-ayat hikmat.

    ____________________________________

    Saya menjawab emel R diatas:

    Itulah POINTNYA.

    Saudara KELIRU.

     Sudah saya katakan tadi. BERTAWASSUL ATAS NAMA WALI ATAU KUBUR ITU SESAT.

    SAYA TENTANG ITU.

    TETAPI SAYA TEKANKAN SELAWAT ITU.

    SAYA TEKANKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI SEBELUM BERDOA DAN SELEPAS BERDOA ADALAH TAWASSUL.

    BERSELAWAT SEBELUM BERDOA DAN SELEPAS BERDOA ADALAH SUNNAH NABI AJARAN NABI DAN RASUL.

    SAYA SKOPKAN INI.

    KITA TIDAK MEMOHON KEPADA NABI. TETAPI MEMOHON KEPADA ALLAH

    KITA BERSELAWAT KERANA ITA SAYANG NABI. DUA KITA MENDAPAT RAHMAT.DAN SEBEHAGIAN DARIPADA RAHMAT ADALAH TERKABULNYA DOA.

    BAIKLAH SAUDARAKU. TELAH SAYA SKOPKAN. SAYA TELAH SKOPKAN.

    SAYA MENOLAK WAHHABI DAH SUFI YANG MELAMPAU-LAMPAU. WAHHABI YANG MENOLAK SELAWAT KE ATAS NABI IN SAYA TOLAK DNA TENTANG.

     SUFI YANG BERTAWASSUL KEATAS WALI DAN KUBUR SAYA TENTANG.

     SEKARANG SUDAH JELAS BUKAN?

     HARAP BEROLEH KEFAHAMAN.
    ____________________________________
    Jawapan R

    Baguslah kalau kita tidak suka menyesatkan. Dan saya rasa, saya dan lain-lain yang mendokong ahli sunnah tidak pernah mengatakan bahawa imam abu hassan al-ashari dan abu mansur almaturudi iru sesat. Namun saya menegaskan kita agar kembali kepada quran dan sunnah dua sumber yang asli yang tidak ada pencemaran ke atasnya.

    _______________________________

    Saya membalas emel R

    SYUKUR. TETAPI PENCEMARAN ITU WUJUD KERANA WUJUDNYA GERAKAN WAHHABI YANG MENGGUNAKAN LOJIK AKAL DALAM MENAFSIRKAN AGAMA.

    KERANA DALAM MENGAJI AGAMA, AKAL MESTI DIPANDU WAHYU. WAHYU BANYAK MENGKAHBARKAN SESUATU YANG SAM IYYAT.

    BERIMAN KEPADA PERKARA SAMIYYAT ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MUKMIN.

    KITA TIDAK BOLEH MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK.

    jangan guna SA KAMIS LUHU SYAI UN..MAKNANYA..ALLAH TIDAK BERUPA DNEGAN MAKHLUK CIPTAANNYA..

    MAKSUD TASBIH 'SUBHANLLAH" ANTARA LAIN IALAH ALLAH BEBAS DARIPADA SEBARANG SIFAT YANG SAMA DENGAN MAKHLUK.

     KATA TELINGA, TANGAN DAN WAJAH ITU ADALAH KATA YANG MEMUDAHKAN UNTUK KITA MEMAHAMI.

    TETAPI HAKIKATNYA ALLAH TIDAK BERTELINGA, BERTANGAN DAN BERWAJAH SEPERTI MANA ANGGOTA MANUSIA.

    ALLAH BERSIH DARI SIFAT-SIFAT ITU.

     TETAPI KAUM WAHHABI MENOLAK. MEREKA MENERIMA ALLAH ITU BERJISIM.BERJISIM SEPERTI MAKHLUK.

     INILAH YANG ALLAH BERFIRMAN:MAHA SUCI ALLAH APA YANG MEREKA SEKUTUKAN!

     DAN JUGA

     ALLAH TIADA SERUPA/SEBANDING DENGANNYA.

     KERANA ITULAH SAYA MENYERU KEMBALI KEPADA PERINGATAN NABI MUHAMMAD S A W.

     BAHAWA JANGAN KAMU MEMIKIRKAN ZAT ALLAH KERANA DIHUJUNGNYA ADALAH KESESATAN. DAN KAMU TIDAK BERUPAYA MEMIKIRKAN ZAT ALLAH.

     SEBALIKNYA FIKIR LAH KEBESARAN ALLAH YANG TERDAPAT PADA ALAM DAN MAKHLUK. DAN MEMIKIRAN KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH TAFAKKUR IA DISURUH OLEH ALLAH DALAM BANYAK TEMPAT DALAM AL QURAN.

    CTHNYA DALAM SURAH AL MULK ALLAH MENCABAR MANUSIA MELIHAT LANGIT INI APAKAH YANG TIDAK SEIMBANG. DAN SEBAGAINYA.

    LIHAT. ASPEK FIZIKAL-LANGIT- DAN ASPEK SAM IYYAT-KEKUASAAN- DIGABUNGKAN OLEH ALLAH DALAM SATU TAFAKKUR DALAM MEMANDANG ALAM SEMESTA.

    INI BUKAN TASAWUF WALAUPUN TASAWUF ADA BAB TAFKAKUR KEPADA ALLAH.

     KALAU NAK BAUNG TASAWIF BUANGLAH.TETAPI JANGAN BUANG TAFAKKUR KERANA TAFAKKUR ITU ADALAH PERINTAH ALLAH TERDAPAT DALAM AL QURAN TERDUSTUR DALAM AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT.

     SEMOGA BEROLEH KEFAHAMAN.
    ________________

    Saya emel kpd R

    TENTANG HIKMAH YANG BANYAK DALAM AL QURAN BERMAKSUD ILMU, PENGAJARAN DAN MUKJIZAT AL QUR AN.

     

    DAN SEBAHAGIAN HIKMAH ITU JUGA TERKANDUNG DALAM SYIFA.

     

    NAK BANGKANG?

     

    SESUNGGUHNYA KAMI MENURUNKAN AL QUR AN ITU SEBAGAI SYIFAK DAN RAHMAT KEPADA ORANG BERIMAN DAN BAGI KAUM KAFIR AL QURAN ITU MENAMBAH KESESATAN DAN KESUSAHAN MEREKA.

     

    AL QUR AN SEBAGAI SYIFA DIBAHAS OLEH ULMAK MUFASSIRIN.

     

    JUMHUR ULAMAK MENTAFSIRKAN SYIFAK ITU TERBAHAGIA KEPADA DUA:

     

    1.SYIFAK BAGI HATI YANG RESAH GUNDAH KONTANG.

    2.SYIFAK BAGI PENYAKIT ZAHIR DAN ROHANI.

     

    IBNU QAYYIM DALAM KITA TIBBNYA BANYAK MEMBICARAKAN AL QUR AN DALAM BENTUK YANG KE 2.

     

    IMAM AL GHAZALI BANYAK MENYENTUH AL QURAN DALAM BENTUK PENYUCIAN JIWA.

     

    NABI MUHAMMMAD TERKENA SIHIR DNA ALLAH MENURUNKAN AL FALAQ AN ANNAS.

     

    DAN NABI MEMBACAKANNYA SEHINGGA TERPUTUSLAH TALI SIHIR SATU DEMI SATU.

     

    DAN MULAI HARI ITU NABI MENINGGALKAN BACAAN LAIN DAN MENGAMALKAN SURAH AL FALAQ DAN ANNAS SEBAGAI MEDIUM DOA KEPADA ALLAH UNTUK BERLINDUNG DARI SIHIR, SYAITAN DAN MANUSIA YANG DENGKI.

     

    LANTARAN DALAM SURAH AL FALAQ DAN ANNAS MEMPUNYAI PENGERTIAN DOA DAN KALIMAH PERLINDUNGAN YANG ALLAHS ENDIRI AJARKAN KEPADA NABI DAN SELURUH UMATNYA.

     

    SILA RUJUK HADIS AL BUKHARI DAN SAHIH MUSLIM DAN BANYAK SAHIH YANG LAIN YANG PERAWINYA HAK DAN BENAR.

     

    AL QURAN JUGA DISENTUH HURAI SEBAGAI PANDUAN HIDUP BERTATANEGARA DAN BERMUAMALAH. SEPERTI YANG DISENTUH DALAM AL MUKADDIMAH OLEH IBNU KHALDUN.

     

    AL QURAN JUGA DI BACA DENGAN TARTIL DI PENGHUJUNG MALAM BUAT MENGUATKAN JIWA DAN ALLAH MENYATAKAN KEBENARANNYA DNEGAN MENYURUH KITA MEMBACA AL QURAN DENGAN TARTIL PADA AKHIR MALAM.

     

    AL QURAN MENJADI ASAS PIAGAM MADINAH.

     

    SEMPURNANYA KALAMULLAH INI. IA DIKAJI DAN DIAMBIL DARI PELBAGAI SUDUT.

     

    NYATALAH AL QURAN ALADAH SYIFAK ZAHIR DAN BATIN DAN RAHMAT. DNA KEPADA MUNAFIK DAN KAFFIR MEREKA PASTI MENOLAK AL QURAN LANTARAN MEREKA TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH.

     

    SEMOGA BEROLEH KEFAHAMAN.

    ________________________

    R membalas

    Iya saya faham. Dan semoga kita semua terima kefahaman bahawa tiada satu sekolah pun malahan sekolah syiah juga tidak menolak berselawat ke atas nabi.

     

    Wahabi, Salafi ,kaum muda, sunnah, sufi, asyariah maturidiah semua menerima kita boleh berselawat ke atas nabi.

     

    Namun ahli sunnah menolak bertawassul dan bertawassul itu tidak sama dengan berselawat.

     

    Kita perlu meminta pertolongan terus kepada pencipta kita iaitu Tuhan Azza Wajalla. Kita berselawat ke atas Nabi adalah kerana itu adalah arahan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    ___________________________

    R menjawab:

    Tawassul yang saya faham lain daripada saudara faham

     

    Saudara faham tassul itu perantara.

    Saya mamahami tawassul itu lebih jauh dari itu.

    Apabila kita selawat Allah pun memberi RAHMAT kepada kita. Kita berdoa dalam LIMPAHAN RAHMAT ALLAH ta'la. Jadi hasilnya apa?

     Kerana apa perlunya kita selawat kepada nabi sebelum dan selepas doa?

    Kerana nabi dah bersabda doa itu tidka akan terangkat ke langit selagi kita tidak berselawat ke atas nabi.

    Dalam selawat terdapat ucapan/doa mohon sejahtera ke atas nabi. Bila kita selawat kita ingat kepada nabi muhammad.

    Siapa nabi Muhmmad SA W?

    1.Kekasih Allah.

    2.Nabi kita-ada bahagian doa nabi untuk umat. Nabi berdoa kepada umat selamat dunia akhirat.

    3.nabi memberi syafaat kepada kita diakhirat kelak. Ada bukti sahih dalam syafaat nabi di akhirat kelak ke atas ummat.

    4.jadi tawassul tu bukan kita mohon kepada nabi tetapi kita selawat keatas nabi sebab perkara di atas kepada Allah dan dengan izin Allah Allah mengkabulkan hajat kita.

    Itu POINTNYA.

    Kalau saudara memahami setakat tawassul=perantaraan maka tidak hairanlah saudara pasti akan terkeliru.












     

     


    nurul Q

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #6 07 September, 2008, 12:32:25 PM
  • Publish Di FB
  • salam.. sebenarnya, yg 13 n 20 tu, pada bilangan je. bukan pasa iktikad.. ini khilaf diantara Imam Abu Hasan Asyari n Abu Mansur Almaturidi. adapun pada iktikad, kita wajib beriktikad bahawa Allah SWT bersifat dengn semua sifat kesempurnaan.. bg Imam Abu Hasan, beliau kata 13 je kerana pada pandangan beliau, beliau menafikan ahwal (keadaan). sebagai contoh, Allah SWT bersifat kudrah n keadaan Allah bersifat kudrah adalah sama.. utk lebih faham lagi, ana bwa contoh.. si anu pakai baju. si anu ni disebut orang y pakai baju n orang y berbaju. jd, orang y sama kan.. begitu juga dengan contoh kudrah td. sebab 2 lah bg imam ni ada 13 sifat je (kena ingat, dari segi bilangan je, bukan iktikad)
    adapun bg imam Abu Mansur Almaturidi, sifat Allah SWT dan ahwal Allah SWT adalah benda yang lain. sebab 2 jd 20 sifat.. wallahu a'lam..
    - blaja biar braso cerdiknya sokmo -

    zalwaualif

    • *
    • Posts: 35
    • JAUH TIDAK BERJARAK,DEKAT TIDAK BERSENTUH
      • View Profile
    Jawab #7 17 January, 2009, 06:13:31 PM
  • Publish Di FB
  • semuanya hebat-hebat belaka,tahniah boleh dah hantar ke plastin

    meow

    Jawab #8 17 January, 2009, 11:42:28 PM
  • Publish Di FB

  • Berdebat dgn org yg berlainan fahamannya pd sy cukuplah sekadar kita sampaikan hujah dan huraian serta pegangan kita.. sekiranya ada sebarang kemusykilan yg selanjutnya, kita jawab lagi.. sy ingatkan pd diri untuk jgn menarik dia menukar pegangannya.. sebab sudah menjadi tabiat org kita jika yg berlainan, itu yg hendak dibesarkan.. asalkan yg dibahaskan tidak mengeluarkan kita dari garis lingkungan akidah, teruskan.. tetapi jika melompat keluar dari batas akidah tauhid, jgn kompromi.. sy berpegang kepada pendapat yg Allah swt itu bersemayam sekehendak-Nya dan selayak-Nya dengan Zat-Nya yang Maha Suci.. :-) Wallahua'lam..

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #9 18 January, 2009, 11:39:36 PM
  • Publish Di FB
  •  Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu: menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    (Surah ali imran 3:7 )

    Siapa yang dah langgar firman ALlah ini mengenai ayat mutasyabihat sebagaimana yang diboldkan? Mengapa takwil ALlah bersemayam pula mengikut sekehendak-Nya? Ini bermakna anda telah membuat takwilan lain pula. Sedangkan ayat mutasyabihat - ALlah sahaja yang tahu takwilannya.

    Kemudian mengenai ayat Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Ini ada perselisihan pendapat ulamak mengenai penjelasannya.

    Mengenai hadith jariyah. Jangan tengok satu hadith sahaja kendian terus ambil ALlah berada di atas Arasyh. Baik baca keseluruhan hadith. Cuba klik di sini :

    1. http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/287
    2. http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/288


    Di situ ada penjelasan dari hadith-hadith yang meriwayatkan tentang hadith jariyah tersebut dengan lebih telus dan teratur. Silakan.

    meow

    Jawab #10 19 January, 2009, 07:11:10 PM
  • Publish Di FB

  • Ulama terpecah kepada 3 golongan di dalam isu ayat-ayat Mutasyaabihat..

    Kelompok 1: Membacanya seperti zahir ayat itu

    Kelompok 2: Menafsirnya sesuai dgn bahasa

    Kelompok 3: Menukarnya dgn takwil lain

    Jumhur ulama berada pada pendapat pertama iaitu mereka membacanya, mengimaninya dan tidak mentafsirnya.. guru saya juga mengajar saya begitu.. tak perlu menukar atau menafsirnya sesuai bahasa mahupun mentakwilnya.. sebagai contohnya yg saya katakan sebelum ini sy berpegang kepada pendapat "Allah bersemayam di Arasy" tanpa mentafsirkan bersemayam itu sbg memerintah, atau duduk bersemayam atau lain-lainnya.. bersemayam itu diimani sbg yg selayaknya utk Zat Allah.. dan pasti sekali perkataan 'bersemayam' itu mempunyai takwil yg tersendiri dan selayaknya pd sisi-Nya yg kita tidak ketahuinya.. dalam erti kata lain sy tidak mengatakan Allah bersemayam dlm makna duduk mahu pun memerintah atau lain-lain, tetapi sy tidak menolak bahawa Allah melakukan bersemayam kerana Allah dgn tegasnya menyebut bahawa dia bersemayam di dalam ayat itu.. sebab itu sy katakan bersemayam dgn selayaknya utk Zat Allah.. yakni perkataan bersemayam itu mempunyai makna khas utk Allah di dalam konteks ayat ini..

    Bahkan mungkin lebih tepat agar sy tidak menggunakan perkataan bersemayam dalam isu ini.. iaitu sy biarkan saja di dalam perkataan asal dari al-Quran.. secara rumusan semula, pegangan saya begini "Allah beristiwa' di atas Arasy".. tetapi Istiwa' itu hanya Allah yg Maha Mengetahui tafsirnya selayaknya utk Zat-Nya.. Mohon maaf kalau sekiranya ada yg tersalah faham dgn cara sy menjelaskan pegangan sy ini.. dalam isu istiwa' Allah ini saya berpegang bahawa Allah tidak menyamai makhluk tetapi dalam masa yang sama sy tidak menolak bahawa Allah melakukan istiwa' kerana Allah bertegas di dalam al-Quran melalui ayat tersebut.. cuma makna istiwa di sisi Allah itu sahaja yg tidak dapat ditafsirkan..

    Wallahua'lam..


    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #11 19 January, 2009, 07:50:49 PM
  • Publish Di FB

  • Ini jawapan balas saudara R kpd saya:
    Maaf, saya rasa kamu tersalah sangka.

     

    Mengenali Allah melalui Allah wujud lawannya tiada tidak thabit (tidak pernah ada dan tidak pernah diajar) oleh Nabi Muhammad.

     

    Nabi Muhammad mengajar manusia mengenali Allah melalui Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, 99 nama Allah dan sifat-sifatnya.

     

    Ajaran Allah wujud, qidam, baqa’ lawannya tiada, tidak bersedia dan tidak kekal, hanyalah rekaan manusia pada zaman khalaf (zaman selepas tabi’ tabi’in)

     Kita perlu mengenali Allah seperti mana yang diajar oleh Nabi kita Muhammad bin Abdullah.


    Menurut ana...anta (Sentosa) bantai lagi!!!

    kata2nya: "Nabi Muhammad mengajar manusia mengenali Allah melalui Tauhid Uluhiyah, Rububiyah,..."

    Itu mana ada?? tunjukkan hadis atau al-Qur'an yang mengatakan tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah??? cakap kat dia!! Inilah manusia...seperti yang diingatkan oleh ulama Usul....ada yang jahal murakkab, yaitu orang yang tidak tahu kalau dia itu tidak tahu.....TITIK....

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    selamat1

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Jawab #12 01 February, 2009, 04:00:24 PM
  • Publish Di FB
  • " Aku bukan diluar atau didalam, bukan diatas atau dibawah. Aku tak dibatasi jarak dan juga waktu, bukan pula dilingkungi sempadan atau zaman. Tiada yang lebih besar atau yang lebih halus dari Ku. Tiada yang lebih jauh dan terlebih hampir melainkan Ku. Namun Aku lebih hampir kepada mu dari diri mu sendiri. Jangan engkau bertanya bagaimana, kerana soalan itu tidak Ku peruntukkan kan jawapan nya kepada mu. Cukuplah engkau melihat bukti-bukti Ku. Berserahlah kepada Ku dalam ketidak upayaan mu, nescaya wahuama'akum ainama kuntum.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 01 February, 2009, 06:29:22 PM
  • Publish Di FB
  • semuanya hebat-hebat belaka,tahniah boleh dah hantar ke plastin

    tengah kusyuk baca masalah aqidah...
    tetiba baca komen zalwaualif...
    nak tergelak pun ada...
    cerita pasal Palestine..
    nak pergi sana,
    aqidah mesti mantap,
    kerana mati itu pasti,
    hidup itu InsyaAllah...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Jawab #14 01 February, 2009, 08:48:35 PM
  • Publish Di FB
  • kalau nk baca lebih lanjut tentang wahabi ni, taip saja ke bank wahabi dan bacalah..
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #15 01 February, 2009, 09:16:23 PM
  • Publish Di FB
  • kalau nk baca lebih lanjut tentang wahabi ni, taip saja ke bank wahabi dan bacalah..

    Well...selain baca blog tuh...lebih bagus orang awam mengaji kitab2 tauhid ulama melayu dulu tu balik...adakan class2 pengajian kitab...jabatan agama Islam start mengeluarkan pernyataan bahwa akidah salafi wahabi yang dibawa seperti pemahaman2 bid'ah, khurafat perlu untuk dibetulkan kembali...kerajaan dan terutama majlis raja2 perlu membentuk kata sepakat konsep akidah bagi Islam di Malaysia...jangan ada akidah sesat yang terselit di celah2 Islam Malaysia...

    ahmad

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #16 18 March, 2009, 11:38:22 AM
  • Publish Di FB

  • Mafhum Istilah "Tempat"


    Dari sudut bahasa, tempat bererti: Sesuatu yang meliputi sesuatu jisim.


    Dari sudut istilah: Suatu yang menjadi lapangan bagi sesuatu jisim. (At-Tanzih karangan Dr. Umar Abdullah Kamil)


      Oleh yang demikian, sesuatu yang bertempat bererti, ia adalah sesuatu yang berjisim. Oleh kerana itulah, aqidah Islam yang murni menyucikan Allah s.w.t. daripada tempat kerana zat Allah s.w.t. tidak berjisim.

     

                Tempat itu adalah sesuatu yang mempunyai ukuran tertentu, begitu juga dengan jisim. Adapun jisim itu adalah sesuatu yang mempunyai saiz tertentu, ukuran tertentu, had-had tertentu, batasan-batasan tertentu dan sebagainya yang mengambil ruang dan tempat. Oleh yang demikian, Maha Suci Allah s.w.t. daripada bertempat dan berjisim. Inilah aqidah Islam yang murni menurut Al-Qur'an, As-Sunnah dan aqidah para salafus-soleh.

     

                Firman Allah s.w.t.:

    Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." (Surah Al-An'am: 12)

     
                Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata: ayat ini menjadi dalil bahawa Allah s.w.t. tidak bertempat, kerana semua tempat yang ada dalam langit dan bumi adalah kepunyaanNya, yang merupakan ciptaanNya. (sila rujuk buku asas at-taqdis).

     

                Perkataan Salafus-Soleh dalam Menafikan Tempat dan Jisim bagi Allah s.w.t..

     

    قال سيدنا علي رضي الله عنه:( كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)

     

    Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j. pernah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim  dan abadi tanpa bertempat)”. (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

     

    قال أيضا: إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)

    Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)

     

    من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . ) حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب: 73:1)

     

    Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

     

    وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: ( أنت الله الذي لا يحويك مكان ) إتحاف السادة المتقين: 380:4)

     

    Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. (94 H) berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

     

    أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا ) إتحاف السادة المتقين: ibid)

    Imam Ali Zainal Abidin r.a. berkata lagi: “Engkaulah Allah yang tidak mempunyai sebarang had...” (ibid)

     

    وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليه من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.

     

    Imam Ja’far As-Sodiq r.a. (148 H) berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)

                                                                                                                           

    قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: " كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء ) الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص 25)

    Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersamaNya). Dialah yang menciptakan segalanya. (Al-Fiqh Al-Absath: 25)

     

    قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة ، حق

    Beliau berkata lagi: Pertemuan dengan Allah s.w.t. bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar (Al-Washiyah: 4)

     

    ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه ، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج (كتاب الوصية ، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص/ 2)

     

    Beliau berkata lagi: Kami mengakui Allah s.w.t. beristiwa atas Arasy tanpa berhajat kepadanya ataupun tanpa menetap di atasnya. Dialah yang menjaga Arasy dan selain daripada Arasy tanpa memerlukannya. (Kitab Al-Washiyyah karangan Imam Abu Hanifah yang ditahqiq oleh Imam Al-Kauthari, m/s2)

     

    وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي: إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

    Imam As-Syafi’e r.a. (204 H) berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).

     

    وأما الإمام الجليل أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل الشيباني فقد ذكر الشيخ ابن حجر الهيثمي أنه كان من المترهين لله تعالى عن الجه ة والجسمية، ثم قال ابن حجر ما نصه: وما اشتهر بين جهلة المنسوبين إلى هذا الإمام الأعظم من أنه قائل بشيء من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه"

     

    Imam Ahmad bin Hanbal r.a. pula, menurut Sheikh Ibn Hajar Al-Haithami bahawasanya, beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibn Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah s.w.t.) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau" (Al-Fatawa Al-Hadithiyyah: 144)

     

    وكذا كان على هذا المعتقد الإمام شيخ المحدثين أبو عبد الله محمد ابن إسماعيل البخاري صاحب الصحيح ( ٢٥٦ ه(  فقد فهم شراح صحيحه أن البخاري كان يتره الله عن المكان والجهة

     

    Imam Al-Bukhari r.a. (256 H) dalam Sahih Al-Bukhari itu sendiri menurut mereka yang mensyarahkannya, bahawasanya beliau menyucikan Allah s.w.t. daripada tempat dan sudut.

     

    وقال الإمام الحافظ الفقيه أبو جعفر أحمد بن سلام ة الطحاوي الحنفي ( ٣٢١ ه ( في رسالته (العقيدة الطحاوية) ما نصه: "وتعالى - أي الله - عن الحدود والغايات والأ ركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات"

    Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

     

    وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه) صاحب الصحيح المشهور بصحيح ابن حبان ما نصه: "الحمد لله الذي ليس له حد محدود فيحتوى، ولا له أجل معدود فيفنى، ولا يحيط به جوامع المكان ولا يشتمل عليه تواتر الزمان"

     

    Imam Ibn Hibban r.a. (354 H) berkata: “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang tidak mempunyai sebarang batasan yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang akan menyebabkan Dia fana, dan tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada termasuk dalam lingkaran masa. (As-Siqat: 1/1)

                                                                                                         

    وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): كان- الله- ولا زمان ولا مكان

    Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

     

    وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): ينزل - يعني الله - بلا آلة ولا تحرك ولا انتقال من مكان إلى مكان

     

    Beliau berkata lagi: Allah s.w.t. turun tanpa alat, tanpa pergerakan, tanpa perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain (ibid 2/136)

     

    وقال الشيخ أبو سليمان أحمد بن محمد الخطابي ) ٣٨٨ ه ( صاحب ) معالم السنن ( ما نصه: وليس معنى قول المسلمين إن الله على العرش هو أنه تعالى مماس له أو متمكن فيه أو متحيز في جهة من جهاته

    Imam Abu Sulaiman Ahmad Al-Khitobi r.a. (388 H) berkata: "Bukanlah makna perkataan kaum muslimin bahawa Allah s.w.t. atas Arasy it bahawa Dia menyentuhnya atau menetap di atasnya, atau mengambil tempat daripada salah satu sudut daripada sudut-sudutnya… (A'lamul Hadith: 2/147)

     

    قال الامام أحمد ، فقد نقل ابو الفضل التميمي رئيس الحنابلة عن الامام احمد مانصه :  كان يقول - أي الإمام أحمد - في معني الاستواء هو العلو والارتفاع ولم يزل الله عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شىء والعالي علي كل شىء... علا ولا يجوز أن يقال استوي بمماسه ولا بملاقاه تعالي الله عن ذلك علوا كبيرا والله تعالي لم يلحقه تغيير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش

     

    Imam Ahmad berkata, seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi, penghulu ulama' hanabilah, daripada Imam Ahmad bahawa beliau berkata tentang makna istiwa: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah s.w.t. sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorangberkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah s.w.t. menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah s.w.t.daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut" (Risalah At-Tamimi: 2/265-290)

     

    قال الامام الطبري رحمه الله : فتبين إذا أن القديم بارىء الأشياء وصانعها هو الواحد الذي كان قبل كل شىء ، وهو الكائن بعد كل شىء ، والأول قبل كل شىء ، والآخر بعد كل شىء، وأنه كان ولا وقت ولا زمان ولا ليل ولا نهار، ولا ظلمة ولا نور ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا نجوم ، وأن كل شىء سواه محدث مدبرمصنوع...

     

                Imam At-Tabari r.a. berkata: Jelaslah bahawa Allah s.w.t. qadim, Tuhan kepada seluruh makhluk dan Penciptanya. Dialah yang Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia juga kekal setelah kewujudan makhluk. Dialah yang Maha Awal sebelum segala sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah s.w.t. itu wujud tanpa masa, zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selainNya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (olehNya). (Tarikh At-Tabari : 1/26)

     

    وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 ه): نصه : ( كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان

     

    Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari r.a. (324 H) berkata: Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat. (tabyiin kazbul muftari: 150)

     

                قال الله تعالى مخبرا عن خليله إبراهيم صلوات الله عليه وسلامه –( لَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ) (الانعام/76) في قصة أفول الكوكب والشمس والقمر وتحريكها من مكان إلى مكان ما دل على أن ربه عز وجل لا يجوز عليه شىء من ذلك ، وأن من جاز عليه الأفول والانتقال من مكان إلى مكان فليس بإله

    Beliau berkata lagi: Allah s.w.t. mengkhabarkan daripada Ibrahim a.s. dalam ayat: "Ketika ia (bintang) lenyap maka baginda (Ibrahim) berkata, aku tidak suka kepada yang lenyap". Dalam kisah tersebut, bintang, matahari dan bulan bergerak-gerak, kejap adan kejap tiada, berpindah dari tempat ke suatu tempat, menunjukkan bahawa Allah s.w.t. tidak bersifat dengan sifat tersebut (bergerak dari tempat ke tempat). Setiap yang boleh lenyap dan berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat maka ia bukan tuhan. (risalah Istihsan Al-Khaudh: 45)

     

    وقال إمام أهل السنة أبو منصور الماتريدي (333 هـ) رحمه الله ما نصه : إن الله سبحانه كان ولا مكان ... فهو على ما كان ، وكان على ما عليه الان ، جل عن التغير والزوال والاستحالة

    Telah berkata Imam Abu Mansur Al-Maturidi r.a. (333 H): "Sesungguhnya Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat…Dia wujud kini sama seperti wujudNya sebelum ini, dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya. Maha Suci Allah s.w.t. daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan. (At-Tauhid karangan Imam Maturidi: 69)

     

    وقال الصوفي أبو عثمان المغربي سعيد بن سلام (373 هـ) فيما نقله عنه أبو القاسم عبد الكريم بن هوازن القشيري (469 هـ) ونصه: أنه كما كان ولا مكان فهو الآن كما كان... ) الرسالة القشيرية: 5)

     

     Imam Abu Uthman Al-Maghribi Sa'id bin Salam r.a. (373 H) berkata (seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Qusyairi: Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud tanpa tempat. Dia wujud kini seperti sedia kala juga… (Ar-Risalah Al-Qusyairiah: 5)

     

    قال الشيخ أبو بكر محمد بن إسحق الكلاباذي الحنفي (385 هـ) في بيان عقيدة الصوفية ما نصه : ( اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان ) التعرّف لمذهب أهل التصوف

     

    Imam Al-Kalabazi (385 H) berkata tentang aqidah para sufi (sejak dari zaman salafus soleh): Telah ijma' dalam kalangan sufi bahawasanya Allah s.w.t. itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa. (At-Ta'arruf : 33)

     

                Demikianlah beberapa perkataan para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah dari kalangan salafus-soleh sendiri, yang menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para salafus-soleh dalam menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.

     

    Semoga kita semua mengikut aqidah salafus soleh yang sebenar dalam menyucikan Allah s.w.t. daripada kelaziman tempat dan kejisiman yang merupakan antara sifat-sifat makhluk yang serba kekurangan. Semoga Allah s.w.t. memelihara kemurnian aqidah kita dalam mengikut aqidah Rasulullah s.a.w., para sahabat r.a., para salafus soleh dan aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah (Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah).

     

    Wallahu a'lam...

     

    Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

     

    Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Ar-Razi


    ahmad

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #17 18 March, 2009, 05:16:32 PM
  • Publish Di FB

  • Al Imam al Hafizh Ibn al Jawzi (W. 597 H) mengatakan dalam
    kitabnya Daf'u Syubah at-Tasybih :

    Maknanya: "Sesungguhnya orang yang mensifati Allah dengan tempat
    dan arah maka ia adalah Musyabbih (orang yang menyerupakan Allah
    dengan Makhluk-Nya) dan Mujassim (orang yang meyakini bahwa
    Allah adalah jisim: benda) yang tidak mengetahui sifat Allah".

    Al Hafizh Ibnu Hajar al 'Asqalani (W. 852 H) dalam Fath al Bari
    Syarh Shahih al Bukhari mengatakan :
    "Sesungguhnya kaum Musyabbihah dan Mujassimah adalah mereka
    yang mensifati Allah dengan tempat padahal Allah maha suci dari
    tempat".

    Al Imam Abu al Hasan al Asy'ari (W. 324 H) –semoga Allah
    meridlainya- berkata: "Sesungguhnya Allah ada tanpa tempat" (diriwayatkan
    oleh al Bayhaqi dalam al Asma wa ash-Shifat).

     Selain itu beliau juga menjelaskan:
    "Tidak boleh dikatakan bahwa Allah ta'ala di satu tempat atau di
    semua tempat". Perkataan al Imam al Asy'ari ini dinukil oleh al Imam
    Ibnu Furak (W. 406 H) dalam karyanya al Mujarrad.

    awal-akhir 2

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #18 29 March, 2009, 07:36:47 PM
  • Publish Di FB
  • sesungguhnya langit dan bumi itu tidak mampu mengandungi Aku ....yang boleh mengandungi aku ialah Hati (qalb) orang-oarang Mukimin...di situlah tempatKu......usah terlalu panjang berbicara kelak banyak silapnya........persoalannya cuma TEMPAT...jangan terlalu banyak merapu...........................

    awal-akhir 2

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #19 29 March, 2009, 07:39:40 PM
  • Publish Di FB
  • Jangan terlalu banyak berbicara tentang ranting dan cabang.......kukuhkan akarnya nescaya cabang dan ranting akan tumbuh sendiri.....bercakap dengan Ilmu sendiri jangan mengulangi cakap orang......................

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2224 Views
    Last post 15 April, 2009, 03:28:27 PM
    by hairilnua
    15 Replies
    8352 Views
    Last post 13 April, 2009, 05:08:12 PM
    by warghhD60
    47 Replies
    52073 Views
    Last post 02 December, 2009, 02:51:04 PM
    by fayah_89