Pandangan Ustaz Taib Azamuddin

*

Author Topic: Pandangan Ustaz Taib Azamuddin  (Read 2606 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 November, 2007, 09:52:50 PM
  • Publish
  • USTAZ TAIB AZAMUDDIN MENOLAK SALAFI TUA

    7 Oktober. Ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam Masjid Negara datang dari Baling, Kedah ke Taiping. Aku berkesempatan mendengar ceramahnya pada malam itu. Bicaranya bersahaja, penuh info dan diselangi jenaka mencuit hati yang dibuat dengan wajah seriusnya. Seperti kebanyakan ulama lain, beliau juga menolak dakwah Salafi Tua @ Wahhabi. Ustaz Taib rupa-rupanya bersama kelompok Dr. Haron Din, Ustaz Uthman el-Muhammady, Dr. Badrol Amin, Ustaz Zamihan al-Ghari, Ustaz Raof al-Bahanji, Ustaz Wan Soghir dan lain-lain yang menolak fahaman Salafi Tua ini.



    Banyak juga dakwah dan dakyah Salafi Tua khsususnya bawaan Mufti Perlis yang dikomennya. Apabila menyentuh hal ehwal kaum berfahaman Wahabi ini, Ustaz Taib bercakap dengan nada tegas dan bersunguh-sungguh seolah-olah seorang ketua tentera memberi taklimat peperangan.

    Akan kukisahkan apa yang masih kuingat, bersandarkan memori otakku yang sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Imam Turmizi, bersandarkan pemahamanku yang dangkal tidak seperti dalamnya pemahaman Imam al-Ghazali, bersandarkan ketelitianku yang hambar tidak seperti telitinya Imam Sufyan ath-Thauri, bersandarkan kemalapan mindaku tidak seperti cerahnya pemikiran Syeikh Zakaria Ansari, bersandarkan kebenakan hati tidak seperti tahunya Syeikh Ahmad al-Fatani….. tapi sekurang-kurangnya luas sedikit KESEDARANKU berbanding Syeikh Albani, Dr. Asri mahupun Ustaz Rasul Dahri, walaupun ilmu mereka dalam hafazan dan bahasa Arab melebihi aku.

    Ustaz Taib Azamuddin menyentuh tentang Dr. Yusuf Qardhawi yang disebutnya ‘mujaddid’. Gelaran ini menunjukkan sanjungannya kepada Qardhawi. Namun begitu, sanjungannya tetap tidak melebihi sanjungan kepada an-Nawawi dan asy-Syafie. Menurutnya, sehebat-hebat Qardhawi, tidaklah dia sampai ke tahap Mujtahid Mazhab/ Mujtahid Fatwa seperti Imam Nawawi, apatah lagi untuk mencapai kedudukan Mujtahid Mutlak sebagaimana Imam Syafie.

    Kita semakin ketandusan ulama. Qardhawi yang gah pun setakat itu sahaja duduknya. Namun ‘di celah-celah ketandusan itu’, ada juga suara-suara yang berani untuk menolak imam-imam mazhab terutamanya Imam Syafie.

    Sapu muka selepas solat bidaah. Wirid dan doa selepas solat bidaah. Kata Ustaz Taib, sudah lama dia beritahu, “ Habih-habih bagi salam kalau nak pi panjat pokok pauh (mempelam) pun … panjat la. Tak dak sapa kata salah aih! Tapi jangan la dok membidaahkan orang yang nak baca!” Begitulah lebih kurang katanya. Beliau juga menyentuh sedikti tentang tahlil, talkin, maulidurrasul dan lain-lain yang biasanya dimusuhi oleh kaum Salafi Tua Wahhabi.

    Habis hadis-hadis serban dipertikai. Maklumlah, kaum Wahhabi di Saudi memang tak pakai serban. Menurut Ustaz Taib lagi, hal ini ialah salah satu daripada agenda Yahudi. Mereka mahu melondehkan imej ulama Islam kononnya serban dan jubah bukan sunnah. Padahal dalam masa yang sama musuh-musuh Islam ini sangat mementingkan imej manusia selain ulama. Semuanya perlu ada imej tersendiri. Contohnya tukang masak, lihat pakaian mereka di seluruh dunia.

    Betul juga kata Ustaz Taib Azamuddin. Aku lihat pakaian sukan bukan main dititik-beratkan di seluruh dunia. Entah boleh entah tidak berseluar panjang dalam perlawanan bola sepak, tennis, lumba basikal dan lain-lain di peringkat antarabangsa. Lihat pula pakaian mereka (kita pun sama kini) ke majlis-majlis makan malam, anugerah, mesyuarat dan sebagainya. Kadang-kadang kalau tidak pakai tali leher tak boleh masuk. Tak pakai kot hitam tak boleh masuk. Tapi kalau pakaian para ulama Islam zaman-berzaman, mereka perlekeh semahu-mahunya. Ada pula orang-orang Islam sendiri yang menyokong.

    Akhirnya ulama sudah tidak ada imej. Kata Ustaz Taib, kini ustaz-ustaz mula jadi tukang masak sahaja dalam rancangan-rancangan televisyen. Itulah taraf ustaz-ustaz kita. Katanya lagi, hanya ada seorang ustaz saja yang dibenarkan memakai serban di televisyen… iaitu ustaz Harjit Singh Hulon- pembaca berita.

    Ada beberapa perkara lagi yang disentuhnya tentang kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh kaum Salafi Tua @ Wahhabi ini. Walaupun ceramahnya itu ceramah politik, tetapi asal ada ruang saja, beliau akan memperkatakan Salafi Tua @ Wahhabi. Hal ini menunjukkan betapa besar kerisauannya terhadap bahaya Wahhabi. Apatah lagi mutakhir ini Wahhabi, Sekular dan Liberal sekan-akan satu gandingan.

    Antara isu politik yang disentuhnya ialah tentang Menteri Besar Kedah yang belumpun satu penggal memegang jawatan tetapi dikatakan sudah mampu memiliki kapal terbang peribadi. 18 000 keluarga di Kedah memohon rumah kos rendah tetapi tidak sampai 300 buah pun yang siap pada tahun ini. Maksudnya ada antara pemohon yang terpaksa menunggu puluhan tahun lagi untuk mendapatkan rumah tersebut. Kontraktor projek-projek mega di negara kita kebanyakannya dari Singapura. Banyaklah lagi isu politik.

    Begitulah antara isi penting yang kudengar. Tidaklah aku rakam, sekadar mengingat seimbas lalu. Kepada Ustaz Taib Azamuddin, teruskan dakwah.

    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=252&mode=&order=0&thold=0
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.


    divider3
    halaqahforum4