Di Mana Sensitiviti Umat Islam?

Author Topic: Di Mana Sensitiviti Umat Islam?  (Read 4342 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

al_haq

  • *
  • Posts: 385
  • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
    • View Profile
08 November, 2007, 03:43:46 AM
  • Publish Di FB
  • DI MANA SENSITIVITI UMAT ISLAM ?

    Pada 23 Julai 2006, Ahad yang lalu satu perhimpunan telah diadakan dan dinamakan sebagai Perhimpunan Sejuta Rakyat untuk menentang Lina Joy yang telah murtad. Perhimpunan ini telah diadakan pada di Masjid Wilayah Persekutuan. Dalam perhimpunan tersebut telah diadakan forum yang dibarisi oleh Dato’ Harussani Mufti Perak, peguam dan pensyarah. Sebelum itu, pada 18 Julai yang lalu demi menangani isu murtad di negara ini, satu badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Front Bertindak Anti Murtad (Frokad) diwujudkan oleh segolongan masyarakat Islam yang prihatin.

    Selain itu isu murtad ini hangat dibahaskan di Dewan Rakyat negara kita pada 16 Julai rentetan kewujudan kumpulan Artikel 11 yang mempunyai agenda untuk memastikan individu yang beragama Islam bebas menukar agamanya atau dalam erti kata lain menghalalkan 'murtad'. Kumpulan ini juga mencabar hak umat Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Mahkamah Syariah adalah 'defender' kepada hak ini untuk dipertahankan, katanya. Usaha kumpulan ini tidak kurang bezanya dengan IFC yang hangat diperkatakan dahulu.

    Dalam artikel ini, penulis ingin menjelaskan berkenaan artikel 121 ( 1A ) yang turut menjadi isu hangat yang dibahaskan di Malaysia kini. Namun semua perbahasan ini hakikatnya membawa kepada satu kesimpulan, menafikan hak umat Islam dan meremehkan isu murtad.
    Apa itu Artikel 121 (1A)
    Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.
    Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?
    Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.
    Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?
    Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824. Malah dalam satu kes, Ramah vs Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan:
    "Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law." Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu. Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.
    Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?
    Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.
    Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?
    Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.
    Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?
    Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?" Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.
    Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?
    Mohamad b Abdullah atau Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam. Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar."
    Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak. Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan "sebab" untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC dan sekutu mereka. They are playing the cards now. Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.


    Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?
    Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.
    Apa yang terbaik sebenarnya?
    Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal. Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang. Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.
    Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya. Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.
    Kata-kata akhir?
    Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam. Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi.
    Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam, tetapi kami berusaha ke arah pembaikannya secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia.Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.


    al_haq
    JORDAN
    « Last Edit: 09 November, 2007, 03:30:42 AM by al_haq »
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Jawab #1 09 November, 2007, 03:29:34 AM
  • Publish Di FB
  •    Untuk renungan bersama..
     
    Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
    Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
     
    Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu  ini dengan
    membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang  terhadap
    pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
    signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
    kerana  dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
    minta kepada  semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
    kuliah-kuliah dan semua  khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
    dalam kuliah-kuliah dan di atas  mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
    IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
     
    Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send  memorandum kepada PM
    minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan  dalam
    perlembagaan Malaysia.
    Antaranya:
    1) Setiap anak yang  baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
    mana-mana agama  sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
    tuan-tuan.
    Ini apa cerita ni?  Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
    dididikkan dengan cara Islam. Kita  tak boleh bubuh nama Islam kat
    anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk  bincang di mahkamah,
    tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia  kata nak
    jadi
    hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab  dah
    digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
    2) Di dalam dokumen pengenalan  mykad dan passport dihapuskan kolum
    identiti agama - maknanya, perkataan  "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa
    minta di"tiada"kan.
    3) Mana-mana   orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
    tidak perlu masuk  Islam.
    4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,
    mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    5) Sebagaimana kerajaan   Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
    begitu juga kerajaan  Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
    ibadat orang bukan  Islam.
    6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup  aurat
    hendaklah dimansuhkan , kerana ia menghina agama bukan Islam.
    7)   Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
    mahkamah  syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
    bukannya perfect,  tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
    kita. Kalau mahkamah  syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,masalah
    nikah kahwin, cerai talak  apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah
    syariah, maknanya, perkahwinan  tidak akan berjalan di atas akad nikah,
    sebaliknya, perkahwinan akan dibuat  secara berdaftar.
    8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua  hartanya
    dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    9) Mana-mana  pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
    penjagaan anak tidak  boleh diberikan kepada mereka.
    10) Sebagaimana program-program di radio dan  tv yang menerangkan tentang
    ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing,  begitu juga
    ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11)  Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
    dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12) Apa istimewanya  Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
    Malaysia ?
    ....lagi 3 ana tak  ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium
    Muslim.
     
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita  sendiri , so mana
    sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani  tegur PM
    dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
    Mufti  Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
    langsung!".. .Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",
    katanya,  "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
    maka inilah hadiahnya!". ...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang
    lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut
    sampai  tak boleh nak buka!
    ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
    [3]  Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
    berhukum  dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
    mereka Genghiz  Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
    yang merupakan sebuah  buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
    daripada syariat yang berbagai,  iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
     
    Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada  fikiran dan hawa
    nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh  anak
    cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
    Rasulullah,
    sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
    sehingga  dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
    selain  daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
    al-Quran al-'Azim  oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.  Cetakan Beirut)
     
    Allahu ta`ala `alam.
    16 Februari  2006
     
    **SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE  Dimintak  POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA..
     KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD...  SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN  ISLAM...
     

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #2 23 November, 2007, 09:47:10 AM
  • Publish Di FB
  • Perlunya kita meletakkan sensitif kita dalam sesebuah bangsa dan apalagi Agama yang Haq mencegah kebathilan.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    syah_apium

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Jawab #3 25 December, 2007, 10:36:02 AM
  • Publish Di FB
  •  :assalamualaikum:

    masalahnya kita sekarang tidak sensitif langsung pada agama kerana beranggapan bahawa lantak diala, bukan saudara kita, bukan keturunan kita. mereka lupakah kita sebenarnya saudara seagama. patut peka atau cakna bila agama Islam yang kita anuti ini dipermainkan, diperlekehkan dan sebagainya. Kita tidak sayangkah jika agama kita dihina, dikeji atau sebagainya.

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #4 25 December, 2007, 01:56:56 PM
  • Publish Di FB
  • berbalik kepada persoalan dari mana kita dtng. utk apa kt datng dan kemana kt akan kembali..

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #5 25 December, 2007, 02:16:07 PM
  • Publish Di FB
  • Jangan mati rasa wahai ummat..

    ASSALAMUALAIKUM W.B.H

    Menemui saudaraku, didoakan agar anda semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.

    Kehadiran warkah ini bukan untuk direnyuk dan kemudian dibuang di dalam tong sampah sebelum membacanya, tetapi diharapkan agar anda semua dapat meluangkan masa untuk membaca warkah ini dan kemudian merenung, memahami serta jika berkesempatan menyampaikan isi kandunganya kepada umum.

    Wahai saudaraku,

    Sekitar tahun 1950-an, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (In-Re Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan.Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam sehingga berlakunya pertumpahan darah di luar perkarangan Mahkamah lama di Singapura.

    Selepas merdeka cabaran yang dihadapi oleh Agama Islam di Negara kita terus sengit. Islam pada hari ini sentiasa dicabar, diserang serta diperlekeh kedaulatanya daripada semua sudut oleh pelbagai golongan anti-Islam dan penganut agama Islam yang goyah kefahamanya terhadap Islam tidak terkecuali di dalam soal murtad. Sejak mencapai kemerdekaan Institusi kehakiman kita tidak pernah sunyi daripada tuntutan-tuntutan untuk menukar pegangan agama Islam kepada agama-agama lain. Di dalam rekod perundangan Malaysia tercatat kes-kes seperti Daud Bin Mamat , Jamaluddin Bin Othman, Kamariah Ali, Dhalip Kaur, Soon Singh, Aishah Bukhari, Mohamad Said Nabi dan ramai lagi yang menunjukkan kepada kita, betapa besarnya gejala sedemikian.

    Wahai saudaraku,
    Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan. Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak harus menjadi punca perdebatan, kerana masalah orang murtad sudah semakin membarah. Ketelusan mufti di dalam mengemukan fakta dan nasihat tidak harus dipersoalkan kerana sudah menjadi tugas para mufti untuk menasihati Raja-raja melayu di dalam hal-ehwal agama Islam. Jikalau dahulu amukan orang Melayu akan tercetus apabila satu orang Islam murtad, maka kita tanya diri sendiri, apakah perasaan dan tindakan kita apabila menatap berita di dada akhbar mengenai kes-kes murtad yang semakin banyak berlaku.

    Terbaru, perasaan umat Islam dan kedaulatan Agama Islam dirobek lagi dengan kes permohonan untuk membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalan seorang warganegara Malaysia berketurunan Melayu dan beragama Islam yang bernama Azlina Bt Jelani. Beliau yang telah mengaku murtad kini menggunakan nama Lina Joy. Kes beliau ini akan didengar di peringkat mahkamah persekutuan dan dijangka akan diputuskan pada awal bulan ogos pada tahun ini.




    Wahai saudaraku,
    Marilah kita semua berdoa kepada Allah s.w.t agar panel hakim-hakim yang mendengar kes ini diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan keluhuran perlembagaan persekutuan. Jika tidak, maka kita akan menyaksikan keruntuhan besar benteng pertahanan Islam di dalam sistem perundangan Malaysia. Kedudukan istimewa agama Islam di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama persekutuan akan terhakis, begitu juga dengan perkara 121 (1A) mengenai bidang kuasa mahkamah Syariah sebagai forum memutuskan kes-kes murtad juga akan terjejas, perkara 11(4) untuk menyekat dakyah agama lain kepada penganut Islam sudah tidak bermakana lagi jika kes Lina Joy dibenarkan, dan yang paling menyedihkan peruntukan istimewa perkara 160 yang menafsirkan Orang Melayu sebagai beragama Islam, berketurunan Melayu,mengamalkan budaya Melayu dan bercakap Melayu perlu dipinda, bagi memasukan peruntukan bahawa Orang Melayu juga boleh beragama selain Islam.. Nauzubillah?

    Wahai saudaraku,
    Berpeganglah bahawa Islam itu melangkaui batas definisi Undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Sejak Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka diruntuhkan oleh bangsa penjajah, Orang Melayu terus nekad dan istiqomah mempertahankan kekuatan akidah mereka walaupun kuasa kristian menjajah selama lebih 500 tahun.

    Wahai saudaraku,
    Apakah anda rela melihat Umat Islam pada masa akan datang tergugat daripada segi pegangan akidahnya dan hidup di Negara sendiri bagai melukut di tepi gantang, harus diingat, keadaan dunia sekarang sudah kembali kepada era penjajahan, kejatuhan negara-negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan memungkinkan pemurtadan berleluasa umat Islam di negara-negara terbabit berlaku.

    Wahai saudaraku,
    Aku percaya bahawa ibu-bapa Lina Joy , Aishah Bukhari bahkan mana-mana ibu -bapa pasti tidak sanggup melihat anak-anak yang lahir hasil daripada pengorbanan dan kasih-sayang semenjak kecil untuk memungkiri segala ajaran agama yang telah diberikan. Tiada ibu-bapa yang sanggup melihat anak-anak yang dibesarkan bak menatang minyak yang penuh, di didik dengan pengajian Al-quran di awal usia, diberikan pendidikan agama di sekolah dan universiti, di ajar dengan adab dan akhlaq di dalam pergaulan akhirnya menidakkan kewujudan Allah S.W.T sebagai satu-satunya tuhan yang patut disembah, dan Muhammad S.A.W sebagai rasulnya.
    Tiada seorang pun di antara kita yang sanggup melihat sesorang yang rapat sama ada mempunyai petalian darah ataupun tidak , baik ibu-bapa, anak, abang,kakak adik, ataupun sahabat akhirnya memilih untuk derhaka kepada Penciptanya.

    Wahai saudaraku,
    Tiupkanlah ruh dan kesedaran perjuangan di dalam dirimu, mantapkanlah ilmu di dadamu buat menagkis segala serangan musuh-musuh Islam untuk mencabut akar akidahmu dan keluaraga mu.Infaqkanlah harta mu untuk perjuangan membela kedaulatan dan kesucian Islam dan akhirnya berserahlah kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, melalui pengaduan doa dengan penuh khusyuk. Janganlah sekali-kali lupa bahawa Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan meminta pertolongan, mudah-mudahan Allah selamatkan umat Islam seluruhnya daripada sebarang kecelakaan dan musibah.
     sumber : blog sahabat

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #6 25 December, 2007, 02:57:22 PM
  • Publish Di FB
  • Marilah sama kita mendoakan keselamatan Islam yg dimiliki org tsb....dan ummat Muhammad saw sejagat.
    BismillahirRahmanirrAhiim'
    "Allahummahdi qauma laya'lamuun" bermaksud"Ya Allah berilah Hidayah bagi org2 yg tiada mengetahuinya"
    "Allahumma najjina minal Qaumizzoliimiin"bermaksud"ya Allah selamatkan kami dari kaum/para Zolimiin"
    "wanajjina minalkaumulkaaafiiriin"bermaksud"Dan selamatkan kami dari kaum kafir"
    Amiien...
    Sodaqallahul'Aziiim.

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Jawab #7 26 December, 2007, 12:12:49 PM
  • Publish Di FB
  • ameen. Smg ditetapakn hidup mati kita dalam iman dan islam dan diberi kesempatan kpd kita utk mengislamlkan seramai org mengikut semampu mungkin. ameen

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #8 27 June, 2008, 12:30:40 AM
  • Publish Di FB
  • umat islam lebih sensitif pada perkara2 yang berkaitan kewangan berbanding agama

    zahirah_s

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Jawab #9 12 July, 2009, 10:51:47 PM
  • Publish Di FB
  • Jangan mati rasa wahai ummat..

    Wahai saudaraku,

    Sekitar tahun 1950-an, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (In-Re Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan.Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam sehingga berlakunya pertumpahan darah di luar perkarangan Mahkamah lama di Singapura.


    gadis itu, natrah, baru sahaja meninggal dunia 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda. moga roh2 yang syahid mempertahankan keislaman natrah dirahmati Allah..
    may Allah bless us

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #10 25 December, 2012, 04:24:27 PM
  • Publish Di FB
  • Ummat Islam mesti rasa sensitif jika budaya agama bercampur baur dengan agama dunia...
    Supaya menjaga hak Tuhan Semesta alam ini...
    لن أسألك (هل أنت مسلم أم لا) وأتحمل مسؤولية ما أقول :أنت كافر
    وإذا كُنْتَ مسلما وقلت هذا الكلام فقد كَفَرْتَ
    Artinya;"Tidak sekali-kali aku bertanya engkau;
    1)Adakah kau seorang muslim atau bukan?
    dan aku  menanggong persoalan hal kewajiban
    apa yang aku akan kata;
    Engkau telah kafir
    Jika kau seorang muslim maka katakanlah kata ini" sesungguhnya aku hapuskan"
    [/b][/size]
    Maksud nya seorang itu jika ia akui orang Islam cukuplah ia katakan لاالله الا الله الحي القيوم,bukan dipersoalkan kerana tertanggong dengan beban hidup yang berat,malah bersifat tawakkal kepada yang Maha Hidup dan mEnghidupkan iaitu "Allah"
    Sebab agama lain penganutnya dibebankan dengan suatu kewajiban dan dilepaskan..tak suka rasa ada bertanggongjawab pada diri sendiri dan ummat"
    Lihatlah video ini ambillah pengajaran dari kehidupan hewan... :msya:
    أتحداك ان لا تبكي لقصة يرويها الشيخ محمد حسان



    Cukoplah kita berdoa;
    اللهم وفقنا الي ما تحبه وترضاه
     
    "Ya Allah kami telah sepakat untuk mengasihi Rasulullah saw 
    dan redha atas segala ajaran baginda Rasulillah saw. :aamiin:
    dan perbaharuilah holiday ini dengan kalimah Tauhid untuk tingkatkan Iman
    لاالله الا الله الحي القيوم
    [/size][/color]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    72 Replies
    21232 Views
    Last post 10 February, 2012, 04:57:21 PM
    by Mei
    2 Replies
    506 Views
    Last post 23 September, 2013, 01:37:04 PM
    by easternpoem
    17 Replies
    2654 Views
    Last post 27 January, 2013, 07:43:36 AM
    by Abg Ngoh