Bab 13 : Azan dan Iqamah

Author Topic: Bab 13 : Azan dan Iqamah  (Read 14170 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2061
    • View Profile
31 October, 2007, 04:13:16 PM
  • Publish Di FB
  • PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH

        * Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
        * Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
        * Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.

    HUKUM AZAN DAN IQAMAH

        * Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
        * Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.

    LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA

        * Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid # hanya sekali sahaja.
    # Lafaz tersebut adalah seperti berikut:
    Pada azan subuh pula ditambah kalimah kali yang kedua.

    # Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz
    atau pada sembahyang tarawih diucap

     SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH

        1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.

        2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.

        3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.

        4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.

        5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.

        6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2061
      • View Profile
    Jawab #1 31 October, 2007, 04:14:28 PM
  • Publish Di FB
  • PERKARA SUNAT SEMASA AZAN

        1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.

        2. Menghadap ke arah qiblat.

        3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.

        4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.

        5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.

        6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke     sebelah kiri semasa menyebut   dengan keadaan dada yang tetap.

        7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.

        8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua kali selepas laungan

       

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2061
      • View Profile
    Jawab #2 31 October, 2007, 04:16:07 PM
  • Publish Di FB
  • 9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.
      10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah dan , maka hendaklah dijawab dengan kalimah   Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz

       


    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2061
      • View Profile
    Jawab #3 31 October, 2007, 04:16:25 PM
  • Publish Di FB
  • 11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti berikut:


    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #4 19 February, 2008, 01:27:12 PM
  • Publish Di FB
  • Siap dgn kelengkapan persediaan solat...sesudah wudhu' maka persiapan utk menghadap qiblat dgn;ilmu2 yg diajarkan diatas..
    Semoga kita menjadi /tergolong sbg insan+hamba Allah yg soleh/solehah.Amin.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #5 10 March, 2008, 01:24:19 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Azan menandakan tiba waktu solat...
    Para muslimin+mukminin akan terhibur bila mendengar azan...
    seolah2nya kekasihnya sdg memanggil dgn suara mendayu2 kumandang diudara...; :msya:



    Apabila selesai azan maka ia pun berdoa;

     :aamiin:

     :syukur:

    Apabila azan dilaungkan niscaya Syaithon-syaithon akan lari berkeliaran,maka suruhlah anak-anak kamu masuk kerumah masing untuk berwudhuk dan mendirikan solat dengan menyempurkan pakaian dengan rapi bagi muslimin dan telekong yang menutup seluruh anggota aurah bagi muslimah dan berdiri atas sejadah hadapkan wajahmu dengan niat yang bersih terhadap Allah swt YMK.tunaikan solat dengan khusyuk.Semoga Berbahagialah!!! Amin.
    « Last Edit: 04 January, 2009, 07:27:29 PM by halawah »

    asyraf_alfandani

    • *
    • Posts: 26
    • usrah penggerak ummah
      • View Profile
    Jawab #6 13 March, 2008, 12:59:12 AM
  • Publish Di FB
  • alhamdulillah...semoga tabah dalam perjuangan..
    usrah pengggerak ummah

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #7 08 April, 2008, 08:43:00 PM
  • Publish Di FB
  • Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...dalam azan, syaitan lari bertempiaran, kerana ia adalah seruan dakwah, mengajak kepada solat.
    Allahuakbar...takbir ihram memulakan solat, syaitan datang mahu mengganggu merosakkan solat. kerana syaitan tak takut org beribadat.
    Allahuakbar...dalam nyanyian....apa syaitan buat agaknya ekk

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #8 04 January, 2009, 07:28:40 PM
  • Publish Di FB
  • Apabila azan dilaungkan niscaya Syaithon-syaithon akan lari berkeliaran,maka suruhlah anak-anak kamu masuk kerumah masing untuk berwudhuk dan mendirikan solat dengan menyempurkan pakaian dengan rapi bagi muslimin dan telekong yang menutup seluruh anggota aurah bagi muslimah dan berdiri atas sejadah hadapkan wajahmu dengan niat yang bersih terhadap Allah swt YMK.tunaikan solat dengan khusyuk.Semoga Berbahagialah!!! Amin.

    lo22

    • *
    • Posts: 351
      • View Profile
    Jawab #9 05 January, 2009, 02:02:33 PM
  • Publish Di FB
  • Apabila azan dilaungkan niscaya Syaithon-syaithon akan lari berkeliaran,maka suruhlah anak-anak kamu masuk kerumah masing untuk berwudhuk dan mendirikan solat dengan menyempurkan pakaian dengan rapi bagi muslimin dan telekong yang menutup seluruh anggota aurah bagi muslimah dan berdiri atas sejadah hadapkan wajahmu dengan niat yang bersih terhadap Allah swt YMK.tunaikan solat dengan khusyuk.Semoga Berbahagialah!!! Amin.

    ada lagi syaitan yg tak kan lagi bertempiaran.......


    iaitu manusia - org bukan islam @ kafir....mrk berani menghina azan.......


    BE MY GUEST....KALAU TAK MAMPU MEMBERI KOMEN YG BAIK...JGN CKP BYK...

    akil78

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #10 07 April, 2009, 09:17:09 AM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah..
    w/bagaimanapun..ada hadith mengatakan azan tanpa wudhuk dibolehkan..
    tidak menjadi kesalahan..
    tapi lebih elok bila nak azan hendaklah berwudhuk terlebih dahulu..

    kalu sseorang yg nak azan tanpa wudhuk di bolehkan..
    tapi bila nak Iqamah, kena ada wudhuk terlebih dahulu..

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #11 07 April, 2009, 04:07:42 PM
  • Publish Di FB
  •     5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
        6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.


    adakah syarat-syarat yang dikenakan ke atas lelaki yang ingin melaungkan azan dari segi afdhal dan sebagainya?

    seperti seorang tua lebih afdhal dari seorang kanak-kanak?
    atau, seorang yang baik sebutan dan sedap suaranya lebih afdhal dari orang yang tidak fasih?
    atau, seorang yang dari keturunan baik lebih afdhal azannya, dari seorang anak haram?
    atau, seorang yang tidak pernah berzina lebih afdhal azannya dari seseorang yang pernah berzina?
    atau, seorang yang tidak cacat anggota lebih afdhal azannya dari seseorang yang cacat anggota?
    atau, seorang yang disukai ramai lebih afdhal azannya dari seseorang yang dibenci?
    atau, seorang yang menetap lebih afdhal azannya dari seorang yang bermusafir?

    mohon penjelasan dari ustaz berkenaan dari hukum fekah.
    sekian.
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #12 03 May, 2009, 09:46:25 AM
  • Publish Di FB
  •     5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
        6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.


    adakah syarat-syarat yang dikenakan ke atas lelaki yang ingin melaungkan azan dari segi afdhal dan sebagainya?

    seperti seorang tua lebih afdhal dari seorang kanak-kanak?
    atau, seorang yang baik sebutan dan sedap suaranya lebih afdhal dari orang yang tidak fasih?
    atau, seorang yang dari keturunan baik lebih afdhal azannya, dari seorang anak haram?
    atau, seorang yang tidak pernah berzina lebih afdhal azannya dari seseorang yang pernah berzina?
    atau, seorang yang tidak cacat anggota lebih afdhal azannya dari seseorang yang cacat anggota?
    atau, seorang yang disukai ramai lebih afdhal azannya dari seseorang yang dibenci?
    atau, seorang yang menetap lebih afdhal azannya dari seorang yang bermusafir?

    mohon penjelasan dari ustaz berkenaan dari hukum fekah.
    sekian.

    sepengetahuan sy..semua tak jadi masalah..
    jika akal nya waras..islam dan pertuturan nya betul sbagai contoh sebutan yg tak betul ialah sukar untuk di fahami..
    maka afdhal orang yang pertuturan nya betul untuk melaungkan azan..
    itu yg saya tahu..yg salah tolong betulkan..


    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    MBoyzz97

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #13 18 September, 2010, 10:25:00 PM
  • Publish Di FB
  •     5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
        6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.


    adakah syarat-syarat yang dikenakan ke atas lelaki yang ingin melaungkan azan dari segi afdhal dan sebagainya?

    seperti seorang tua lebih afdhal dari seorang kanak-kanak?
    atau, seorang yang baik sebutan dan sedap suaranya lebih afdhal dari orang yang tidak fasih?
    atau, seorang yang dari keturunan baik lebih afdhal azannya, dari seorang anak haram?
    atau, seorang yang tidak pernah berzina lebih afdhal azannya dari seseorang yang pernah berzina?
    atau, seorang yang tidak cacat anggota lebih afdhal azannya dari seseorang yang cacat anggota?
    atau, seorang yang disukai ramai lebih afdhal azannya dari seseorang yang dibenci?
    atau, seorang yang menetap lebih afdhal azannya dari seorang yang bermusafir?

    mohon penjelasan dari ustaz berkenaan dari hukum fekah.
    sekian.

    emm dari pendapat saya(sy bkn ustaz tp bdk umur 13 tahun jer)orang lebih baik azan daripada atas ialah orang yang ikhlas apabila dia melaungkan azan walaupun suara nya teruk tetapi ikhlas itu lebih baik daripada orang yang suara nya merdu ttpi x ikhlas dengan shortcut nyer IKHLAS lah yang paling penting dan utama apabila melakukan ibadat

    Yang Benar,
    Mboyzz

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    7202 Views
    Last post 20 May, 2011, 05:05:21 PM
    by hafizul_84
    112 Replies
    20724 Views
    Last post 26 September, 2012, 06:19:42 PM
    by ipin90
    1 Replies
    385 Views
    Last post 11 November, 2012, 06:52:30 AM
    by al_ahibbatu